22 January 2013

Be Mine, My Maid? Episod 14



“HAFIZ ada cerita dekat Ris berkenaan dengan Mega?.” Tanya Tengku Jamil sebaik sahaja isteri dan menantunya hilang ke dapur.

“Ada pa. Pagi tadi abang ada beritahu Ris. Ris sebenarnya tak sangka Tan Sri Azman tu sampai berani lesapkan duit syarikat.” Ujar Tengku Haris. Tengku Jamil tersenyum.

“Papa kenal Tan Sri Azman dah lama Ris. Hampir 8 tahun. Dia lah yang bawa papa masuk ke dalam Mega ketika Mega mula bertukar pentadbiran dulu.  Mega Jaya dulu taklah berkembang macam sekarang. Dan ketika papa baru beli saham di Mega, Tan Sri bukanlah pemegang saham terbesar Mega. Kalau Ris nak tahu, Mega Jaya bermula hanya dengan 2 orang partner. Bila salah seorang partner Mega ketika itu meninggal dan 50% saham yang dipegang terpaksa dijual pada orang luar. Sebab itulah Mega sekarang ada beberapa orang pemegang saham.” Terang Tengku Jamil panjang lebar.

Tengku Haris memandang isteri dan Bonda yang baharu sahaja menyertai mereka diruang tamu.  Dulang berisi gelas diletak di atas meja.

“Siapa pula pemegang saham terbesar selepas tu Papa?” Soal Tengku Haris dengan penuh minat. NurAlia ketawa melihat Engku Maryam seperti tidak berminat mendengar topik perbualan suami dan anak lelakinya itu.

“ Jom Lia kita borak kat dapur. Dua beranak ni kalau dah bukak cerita pasal bisnes, memang susah nak berhenti.” Ajak Engku Maryam. NurAlia tersenyum. Akur. Tengku Jamil dan anak lelakinya ketawa kecil.

“Entahlah Ris. Papa pun dah lupa. Semasa papa join Mega Jaya dulu pun, Mega diuruskan oleh anak perempuan founder Mega.” Jawab Tengku Jamil.

NurAlia tersentak. Nama Mega Jaya yang baru disebut oleh bapa mertuanya mematikan langkahnya. ‘Apa kaitan papa dengan Mega?’ NurAlia mengerutkan dahinya. Langkah diatur kembali mendapatkan ibu mertuanya didapur.

Tengku Haris tidak menyangka Mega Jaya yang kini berdiri megah mempunyai sejarahnya tersendiri. Sepatutnya syarikat itu perlu dipertahankan.  Daripada bercerita tentang Mega Jaya  mereka beralih pula tentang Red Properties Consultation yang sedang dikendalikan oleh Tengku Haris kini.

Engku Maryam dan NurAlia sudah naik ke bilik ketika dua beranak itu rancak berbual soal perniagaan.
NurAlia melangkah perlahan menuju ke katil yang seperti sudah memanggilnya untuk beradu. Belum pun sempat dia merebahkan badannya, pintu bilik dibuka dari luar. NurAlia cepat-cepat membetulkan duduknya.

Tengku Haris menutup kembali daun pintu bilik. NurAlia yang sedang duduk bersimpuh diatas katil dipandangnya. Lalu dia menguntum senyuman manis kepada isterinya. Lantas dia menghampiri isterinya. NurAlia menahan debaran didadanya. Melihat Tengku Haris yang tersenyum penuh makna membuatkan dia menjadi kecut. Sesungguhnya dia belum lagi bersedia untuk itu kerana dia merasakan seperti ada sesuatu diantara mereka masih belum terungkai.

Tengku Haris sengaja melabuhkan punggungnya disebelah NurAlia yang sudah kelihatan resah itu. Segera dia menggenggam kedua belah tangan isterinya. Lalu wajah manis isterinya ditatap lembut.

“Sayang....” Panggil Tengku Haris lembut.

NurAlia memberanikan diri untuk membalas renungan suaminya. Sengaja panggilan itu tidak disahutnya.
“Kali ni abang tak akan memaksa atau mendesak Lia untuk terima abang sepenuhnya sebagai suami Lia. Cuma abang nak Lia tahu bahawa hati abang tak akan berubah untuk isteri abang ni.” Luah Tengku Haris panjang lebar.

NurAlia menunduk. Jauh disudut hati, dia bagaikan berbunga riang apabila mendengar luahan suaminya itu.  Bibirnya bagaikan dikunci untuk meluahkan perasaannya ketika itu.

“Abang tetap akan tunggu sayang.” Kata-kata itu bagaikan janjinya buat isterinya tika itu. Genggaman tangan segera dilepaskan. Belum sempat dia ingin turun dari katil, tangannya dicapai NurAlia. Tangannya dikucup lembut.

“Lia minta maaf. Tak sepatutnya Lia buat abang macam ni.” Ucap NurAlia perlahan. Sepasang mata milik suaminya ditatap penuh kasih. Tengku Haris mengusap ubun-ubun isterinya sambil mengucap syukur. NurAlia menguntum senyuman penuh makna. Bagaikan mengerti, Tengku Haris bingkas turun dari katil menutup suis lampu bilik.

Akhirnya bahagia kini menjadi milik mereka.

TENGKU Haris menguntum senyuman apabila wajah manis isterinya terlayar diruang matanya. Kehidupan mereka bagaikan saling melengkapi kini. Sudah genap seminggu mereka menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri dalam erti kata yang sebenar. 

2 keping tiket kapal terbang dipandang sambil tersenyum. Terbayang reaksi isterinya tatkala diberitahu tentang rancangannya itu. Jam dipergelangan tangan dikerling seketika. Terasa bagaikan waktu bergerak perlahan. Tengku Haris kembali menyambung kerjanya.

Ketukan pintu bilik pejabatnya sedikit mengganggu konsentrasinya seketika. Nancy yang baru sahaja muncul itu dipandangnya.

“Yes, ada apa Nancy?” Soal Tengku Haris. Nancy meletakkan surat yang bersampul putih dihadapan ketuanya itu. Tengku Haris mengerutkan dahinya. Lantas dia membuka surat tersebut. Sebaik sahaja membaca isi kandungan surat tersebut, Tengku Haris kembali melipat surat tersebut.

“You tolong sediakan dokumen yang patut untuk I bawa bersama ke mesyuarat di Mega esok. Oh ya, you tolong kumpulkan dokumen yang perlu I periksa sebelum I mula bercuti next week. I tak nak diganggu once I dah start bercuti nanti.” Arah Tengku Haris.

“Baik Boss. Kalau tak ada apa-apa lagi, I keluar dulu.” Ujar Nancy.

“Before 5:00 pm you hantar dokumen tu. Mungkin I ke Mega terus pagi esok.”

“Baik Boss.”

“You boleh keluar sekarang.” Arah Tengku Haris. Nancy mengangguk dan terus mengatur langkah keluar. 

Tengku Haris kembali menyambung kerjanya  sebaik sahaja setiausahanya itu keluar.  Beberapa minit 
kemudian, setiausahanya muncul dengan beberapa dokumen penting yang dimintanya sebentar tadi. Tepat jam 5:00 petang Tengku Haris bersiap untuk pulang ke rumah. Dia bagaikan tidak sabar untuk pulang menemui isterinya.


NURALIA membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh peguamnya. Mesyuarat tergempar yang akan diadakan di Mega Jaya pada esok pagi sedikit sebanyak mengejutkan dirinya. Peguamnya meminta dirinya untuk hadir ke mesyuarat tersebut memandang dia adalah salah seorang pemegang saham Mega Jaya kini.
Otaknya kembali terimbau perbualan antara suami dan bapa mertuanya tempoh hari. Dua beranak itu bagaikan ada kaitan dengan Mega Jaya.

‘Nak pergi ke? Kang tak pasal-pasal terserempak dengan Haris dekat sana. Tak ke mati aku?’ NurAlia mengeluh. Tiba-tiba dia mendapat idea. Sepantas kilat dia membalas SMS itu. Selang beberapa minit sahaja peguamnya sudah membalas SMS darinya. NurAlia tersenyum lega.

“SAYANG, abang ada surprise untuk sayang.” Ujar Tengku Haris ketika mereka sedang menonton tv selepas makan malam. Dengan penuh minat NurAlia memandang suaminya. Tengku Haris tersenyum. Dia mencapai briefcase lalu dua keping tiket yang tersimpan kemas didalam briefcase dikeluarkan. Lalu dia menghulurkan tiket itu kepada isterinya yang setia menunggu itu.

NurAlia ternganga apabila membaca butiran tiket itu. “Phuket? Honeymoon?” Soal NurAlia sedikit menjerit bagaikan tidak percaya dengan apa yang dibacanya. Tengku Haris ketawa melihat reaksi isterinya yang terlopong bagaikan tidak percaya itu.

“Sejak kita kahwin, abang tak bawa sayang honeymoon kan? Lagipun abang kesian dekat sayang. Hari-hari duduk rumah je.” Ujar Tengku Haris sambil mengusap rambut isterinya. NurAlia menguntum senyuman manis. Satu kucupan mesra hinggap dipipi kanan suaminya. Tengku Haris mengukir senyuman. Bahagia.

“Sayang, abang nak tanya sesuatu boleh?” Tanya Tengku Haris. NurAlia membalas renungan suaminya itu.

“Kenapa Lia tak pernah cerita dekat abang tentang keluarga Lia?” Soal Tengku Haris tiba-tiba. NurAlia tergamam seketika.

“Tak ada yang menarik tentang keluarga Lia, bang.” Jawab NurAlia sedikit mengelak untuk bercerita. Pandangannya diarah pada televisyen. Tengku Haris memalingkan wajah NurAlia supaya memandangnya.

“Cerita dekat abang. Abang perlu tahu.” Ujar Tengku Haris berbaur tegas. NurAlia menatap wajah suaminya dalam. ‘Sampai bila aku nak sorok latar belakang aku? Dia suami aku. Dia berhak untuk tahu segalanya. Tapi...tidak tentang Mega.’ Bisiknya didalam hati. Dahi suaminya yang berkerut itu dipicit lembut sambil tersenyum.

“Okay. Apa yang abang nak Lia ceritakan?” Tanya NurAlia cuba menarik tali. Tengku Haris memicit hidung isterinya geram.

“Tentang Arwah mama, ayah.” Jawab Tengku Haris.

“Arwah Mama meninggal beberapa bulan sebelum Lia kerja dengan keluarga abang. Sejak Lia kecil, Lia tak pernah kenal siapa ayah Lia yang sebenar. Arwah Mama tak pernah bercerita tentang ayah. Selepas Mama meninggal, Lia dihalau oleh ayah tiri Lia. Nasib Lia baik sebab Allah temukan Lia dengan Tuan Karim. Kalau tak kerana Tuan Karim, mungkin Lia tak akan jumpa suami Lia ni.” Jawab NurAlia panjang lebar.

“Sebelum kita bertolak ke Phuket, Lia bawa abang melawat kubur Arwah Mama.” Ujar Tengku Haris. NurAlia mengangguk cuma.  Terasa rindu terhadap Arwah Mamanya mula menyelinap ke jiwanya.

JAM 11:45 pagi NurAlia mendapat panggilan daripada peguamnya yang baru sahaja selesai menghadiri mesyurat tergempar di Mega Jaya sebagai wakil kepada NurAlia. Sebaik sahaja dia menghubungi suaminya, NurAlia terus bersiap untuk ke pejabat peguamnya. Dia bernasib baik kerana suaminya tidak akan pulang untuk makan tengahari dirumah.

Setibanya di pejabat peguamnya, NurAlia terus mengatur langkah menuju ke meja pembantu Encik Hakim yang terletak disebelah bilik lelaki itu. Belum sempat dia bersuara, pintu bilik Encik Hakim telah dibuka dari dalam.

“Dah sampai pun you, Alia. Come in.” Tegur Encik Hakim seraya melihat NurAlia yang sedikit terkejut itu.  NurAlia akur lalu melangkah masuk ke dalam bilik peguamnya itu. Sebelum pintu bilik itu ditutup oleh Encik  Hakim, sempat lelaki itu mengarahkan pembantunya membancuh 2 cawan teh.

“So, you nak I mulakan cerita dari mana ni?” Tanya Encik Hakim sebaik sahaja pintu biliknya ditutup. NurAlia yang tersenyum.

“From the start, of course.” Jawab NurAlia sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk bilik pejabat itu. Encik Hakim tertawa kecil. Lantas dia mengambil sebuah fail yang tertera nama NurAlia lalu dihulur kepada NurAlia.

“Itu dokumen yang mengesahkan you sebagai salah seorang pemegang saham Mega Jaya. You semaklah apa yang patut. Dokumen ni disimpan sejak Arwah Mama you letakkan nama you sebagai salah seorang pemegang saham Mega lagi.” Ujar Encik Hakim perlahan.

NurAlia meneliti satu persatu helaian didalam fail tersebut. Beberapa minit kemudian, pembantu Encik Hakim muncul dengan 2 cawan teh. Sebaik sahaja pembantu Encik Hakim keluar dari bilik itu, barulah NurAlia bersuara.

“So, apa yang terjadi dalam meeting tadi?” Akhirnya soalan itu terkeluar jua dari bibir NurAlia. Itulah tujuan sebenarnya.

Encik Hakim terus memandang NurAlia yang baru sahaja menutup fail ditangannya. Lantas dia mengatur langkah menghampiri sofa disebelah NurAlia.

“Erm.. Tan Sri Azman dah diisytihar bankrup dan semua saham dia akan dijual oleh kerana dia tidak mampu membayar balik duit syarikat yang dia lenyapkan.” Jawab Encik Hakim tenang. NurAlia membuka matanya apabila mendengar jawapan yang keluar dari bibir peguamnya itu.

“Perlantikan CEO baru untuk Mega hanya akan diumukan once dah ada pemegang saham terbesar yang baru. Daripada meeting tadi, I tengok ada yang berminat untuk membeli saham tu. I nasihatkan kalau you betul-betul nak dapatkan kembali Mega Jaya, this is the only way.” Ujar Encik Hakim lagi.

NurAlia memandang lelaki disebelahnya itu. “You really have to help me. Tolong uruskan urusan jual beli saham ni.” Pinta NurAlia perlahan.

“You tak perlu risaulah. I akan bantu you dapatkan Mega. Lagipun I dah janji kan?” Jawab Encik Hakim. Jawapan Lelaki itu membuatkan NurAlia menarik nafas lega.

“Thanks Encik Hakim. I tak tahulah nak harapkan siapa lagi kalau bukan you.”

“Panggil I Hakim cukuplah Lia. Tak perlu nak ber’encik’ lagi dengan I.” Ujar Encik Hakim lagi.

NurAlia tersenyum. Hampir setahun dia mengenali lelaki ini. Tidak pernah dia mendengar Arwah Mamanya mengadu perkara negatif tentang lelaki disebelahnya. Mungkin oleh kerana itulah, lelaki itu menjadi orang kepercayaannya sehingga kini.

“Oh ya Lia, tak salah I dalam meeting pagi tadi, suami you pun ada sekali. Mungkin wakilkan bapa mertua you.” Ujar Encik Hakim. NurAlia tertunduk. Encik Hakim mengerutkan dahinya.

“Let me guess, dia tak tahu tentang semua ni? Dan dia tak tahu you ada kaitan dengan Mega?” Teka Encik Hakim. NurAlia hanya menggeleng kepala.

“Macam mana you nak berdepan dengan mereka nanti?” Soal lelaki itu lagi. NurAlia mengeluh perlahan.

“I don’t know. I pun tak sangka keluarga suami I ada kaitan dengan Mega. You pun tahu I tak boleh undur diri daripada Mega, Hakim.” Balas NurAlia menahan sebak didada. Encik Hakim memicit dahinya.

“Tak apalah. I akan cuba tolong apa yang patut. Anything, you can count on me.” Ujar Encik Hakim yakin. NurAlia menguntum senyuman.

“Thanks, Hakim.” Balas NurAlia perlahan. Dia sendiri takut untuk membayangkan hari itu tiba. Jauh disudut hati dia memanjat doa agar melindungi rumahtangganya.                                 

23 comments:

  1. Kenapa Alia tak terus terang je dengan suami dia????

    ReplyDelete
  2. Move on. Teruskn lagi. Tp agk lmbt up kn entry ya.

    ReplyDelete
  3. Any specific reaaon knp dia tak nak beritahu hsbd dia?

    ReplyDelete
  4. Pendapat sy, harap penulis x marah; Sepatutnya Alia berterus terang dgn husband dier apabila husband dier tanya... sbb sy xnampak apa2 issue pun akan timbul kalau Alia cerita kat Husband dier skrg lagipun husband dier pun xtau background Alia...n...Alia dah predict something bad will happen in future bila husband dia tahu so why dia xbg tahu skrg ... for me Alia dah buat satu kesilapan besar...bad judgement ,,,...n i think ramai yg dah boleh agak how the story will be ... need to add good reason why Alia xboleh berterus terang dgn husband dier ....

    ReplyDelete
  5. Rilex la reader, i think writer ni bkn expert writer..trg2 la ms writer ni baru nk bljr, i read n i m not expecting much sbb i knw this is new writer. Beside i percaya yg stiap cerita mesti nk ada conflict,so i gues knp si alia ni nk bt mcm tu mesti ade sbb.. Hahah reader xyah la nk emo smpai mcm tu ye..
    Well good luck miss writer.. Keep it up,semoga ms writer akan dicurahkan dgn idea2 yg bernas lg.. Xoxo

    ReplyDelete
  6. Bestt.. X sabar nak tau kisah seterusnya.. Jgn la tunggu lama sgt.. Hehehee
    pasal alia x terus terang ngan hsbd dia tu.. Mesti ada sebabnya.. Tunggu je kisah aelanjutnya.. X yah la nk komen itu ini.. Buat la cerita sendiri.. Baru tau caner rasa.. Kalau ok je smua x thrill la... Hmm
    To ms writer.. Keep it up..!!

    ReplyDelete
  7. Bestt.. X sabar nak tau kisah seterusnya.. Jgn la tunggu lama sgt.. Hehehee
    pasal alia x terus terang ngan hsbd dia tu.. Mesti ada sebabnya.. Tunggu je kisah aelanjutnya.. X yah la nk komen itu ini.. Buat la cerita sendiri.. Baru tau caner rasa.. Kalau ok je smua x thrill la... Hmm
    To ms writer.. Keep it up..!!

    ReplyDelete
  8. kite sbgai pembace memberi pendapat....x salah kite bg komen..mane taw komen kite membina....maybe slapas bg komen itu ini....mampu menjdkan cerita tu lebih menarik...pembace jugak puas hati nanti..dlm kehidupan kite perlukan teguran utk menjdkan hidup kite lebih sempurna . lebih baik....bgitu jugak dgn pembikinan crite...... :)

    ReplyDelete
  9. best aje cite nie cepat2 a sambung ya baru je join nie tp xboing malah teruja je setakat nie nak tau n2 seterusnya...teruskan

    ReplyDelete
  10. bestt......next plsss.....

    ReplyDelete
  11. Best jugak laaaa.tpi klau alia bgitahu hsbnd dia lgi best sbb x kn ada conflict nnti.why dia bgitahu jaaa.klau ada prgaduhn pn skjp ja.lgipn bkn nya hsbnd dia yg nk saham mega tu.bkn tengku hafiz ka yg nk saham dlm mega? I dont really understand but all is okay i love it.good luck for next story.so when next story?cant wait!!

    ReplyDelete
  12. BILA NK WAT SAMBUNGANNYA.....DAH TAK SABAR SGT2 NIH NK BCA NEXT STORY.....TLG UPLOAD UPLOAD CEPAT SKIT....

    ReplyDelete
  13. so sweet cerita ne...pasangan yg menarik..cuma betullah komen2 sblm ne...nape alia x berterus terang saja...kalau pun ada mslh mintalah husband dia bantu...sbg psgn suami isteri sepatutnya ada sikap saling membantu dan bkongsi suka dan duka..baru blh jd teladan pd semua yg membacanya..tp tu sekadar komen..penulis lbh tahu jln ceritanya...ppun gud luck..smoga penulis berjaya mjdkn novel ini antara novel paling menghiburkn... :)




    ReplyDelete
  14. cepat lahh sambung . sweet cerita dia.. takk sabar nakk tunggu..

    ReplyDelete
  15. alamak lamanyerrrr...x sbr nak tunggu

    ReplyDelete
  16. Jln citer ni hampir sama mcm citer cinderella tp best so teruskan usaha. N3 baru cepat sikit tak sabo nak baca

    ReplyDelete
  17. Hi Anna , cerita ni bestlah ,i x sabar nak tahu sambungannya.pls cepat boleh x.

    ReplyDelete
  18. Assalam, hai anna...seronok cerita nie....terbitkan lah novel nie....tak sabar nak tunggu ending....

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum..first bce novel ney semalam sy da mula jatuh hati untuk baca yang seterusnya..harap sangat penulis dapat sambung next entry dengan secepat yang mungkin... :)
    "bittaufiq wannajah, allah yubarik fik"

    ReplyDelete
  20. mak aiii anna...pjgnya breakk...x sbr dah ne nak tnggu n3 baru

    ReplyDelete

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...