10 January 2014

Bunga Cinta Hati - 14


Episod 14
PUAN Sri Khatijah tersenyum lebar sambil memandang bakal menantunya itu. Gadis berambut coklat kemerahan leka berborak dengan kedua bakal iparnya. Sudah hampir 20 tahun mereka mengenali keluarga kecil itu. Sejak suaminya mengambil keputusan untuk menerima Haji Aziz sebagai rakan kongsi syarikatnya. Sejak itulah mereka menjadi akrab dengan keluarga kecil itu.
            “Mami Khaty, Am tak balik KL ke? Dia tak tahu ke D dah balik Malaysia?” Tanya Diana sedikit muram. Puan Sri Khatijah memandang anak perempuannya silih berganti.
            “Mami sengaja tak beritahu Am. Mami nak surprisekan Am. Nanti mami minta dia balik KL.” Bohongnya. Rin dan Lis cuma mengangguk. Bersetuju dengan kata-kata maminya itu. Diana mengukir senyuman lebar. Terbayang wajah lelaki itu diruang matanya.
            “Mami, apa kata kalau D pergi sana? Tak payahlah susahkan Am tinggalkan kerja pejabat dia. Kan mama?” Ujar Diana sambil memegang lengan mamanya. Puan Sri Khatijah terdiam. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan.
            “Bagus juga idea D tu. Kan Rin?” Celah Lis tiba-tiba. Rin yang sedang menghirup airnya terus mengangguk tanpa berfikir panjang. Diana tersenyum lebar.
            “Mama tak kisah. Tapi D jangan menyusahkan Am pula.” Ujar Hajah Zarina lembut.       Diana mengangguk. Hatinya begitu teruja untuk membuat kejutan kepada tunangnya itu. Puan Sri Khatijah menjeling anak perempuannya itu. Menyedari jelingan tajam maminya, Rin terus menukar tajuk perbualan mereka. Sengaja dia bertanyakan tentang persiapan perkahwinan adiknya dan Diana yang bakal diadakan 2 bulan sahaja lagi.

TIBA sahaja di villa, Puan Sri Khatijah merebahkan badannya disofa empuk ruang tamu. Kepalanya berserabut memikirkan sebarang kemungkinan yang bakal terjadi sepanjang Diana berada di Terengganu. Apabila teringatkan Kay yang masih bercuti di Terengganu, lantas dia cuba menghubungi anak bongsunya itu. Dia mendengus hampa apabila panggilannya tidak dijawab.
            Kay yang baru sahaja keluar dari bilik air itu terus mencapai telefon bimbitnya yang berada diatas katil. Nama maminya tertera diskrin. Lantas dia membalas panggilan maminya itu. Beberapa saat kemudian, suara maminya sudah berada ditalian.
            “Sorry, Kay dalam toilet tadi. Ada apa mami call Kay? Mami sehat?” Tanyanya sebaik sahaja mendengar suara maminya itu.
            “Sehat aje. Mami cuma nak minta Kay sampaikan pada Am yang Diana akan ke sana. Mungkin esok atau lusa. Jangan pula dia sibuk melayan budak perempuan tu nanti.” Ujar wanita itu dihujung talian. Ternganga mulut Kay apabila mendengar kata-kata maminya itu. Tanpa mendengar respon anaknya itu, Puan Sri Khatijah terus mematikan talian.
            Kay melepaskan keluhan berat. Lantas dia menyarung pakaian ke tubuhnya kemudian dia terus melangkah keluar dari biliknya. Apabila mendengar suara abangnya ditingkat bawah, lantas dia berlari anak menuruni anak tangga.
            “Nak ke mana tu laju sangat?” Tegur Dato’ Darwisy apabila memandang adiknya yang terkocoh-kocoh menuruni tangga. Tanpa sepatah kata Kay terus mendapatkan abangnya yang sedang menonton tv.
            “Diana nak datang sini esok!” Jerit Kay sambil melompat naik atas sofa. Berubah terus air muka abangnya itu.
            “You are not joking, right?” Tanya Dato’ Darwisy cuba meminta kepastian.
            “No, i’m not. Mami yang call Kay tadi.” Jawab Kay dengan wajah yang serius. Dato’ Darwisy menepuk dahi. Lantas dia menarik keluar telefon bimbitnya dari poket seluar. Tanpa sepatah kata, dia menghubungi maminya itu. Beberapa deringan sahaja dia sudah dapat mendengar suara maminya.
            “Buat apa perempuan tu nak datang ke sini? Am tak ada masa nak layan dia.” Ujarnya sebaik sahaja mendengar suara maminya.
            “Apa salahnya tunang Am nak pergi jenguk Am? Lagipun D tu baru je balik Malaysia. Dah tentu dia nak jumpa tunang dia kan.” Jawab Puan Sri Khatijah tenang. Dato’ Darwisy menggaru kepalanya. Kay menahan tawanya melihat abangnya yang lagaknya seperti orang kurang siuman.
            “Dah, Am tak nak dengar apa-apa lagi. Am tak pernah anggap dia tunang Am. Am betul-betul tak ada masa nak layan dia. Am sibuk!” Tegasnya pula. Kemudian dia terus mematikan talian.
            “Kalau dia betul-betul datang macam mana? Mami kita tu, bukan kita tak tahu macam mana.” Ujar Kay lembut. Dato’ Darwisy meraup mukanya.
            “Farah. Abang tak nak libatkan dia dalam hal ni. Abang tak nak Farah tahu tentang Diana. Kalau boleh, abang nak selesaikan semua ni tanpa pengetahuan Farah.” Luah Dato’ Darwisy sambil meraup wajahnya.
            Kay menunduk. Memikirkan jalan penyelesaian yang mungkin dapat membantu masalah abangnya itu.  Dato’ Darwisy diam membisu. Otaknya hanya memikirkan buah hatinya itu.
            “Kay rasa cara terbaik, abang perlu terangkan perkara yang sebenar kepada Farah. Kay tak rasa, tindakan abang untuk merahsiakan perkara ini daripada Farah, is a good idea. Kalau satu hari nanti dia dapat tahu tentang perkara ini dari mulut orang lain, keadaan akan menjadi semakin rumit.” Ujar Kay tenang. Dato’ Darwisy memandang Kay dalam. Otaknya memproses cadangan adiknya itu.
            “Abang takut Farah tak boleh terima. And end up dia tinggalkan abang.” Ujar Dato’ Darwisy pula. Jam didinding dipandang sekilas.
            “I hate her. She ruined my life.” Jerit Dato’ Darwisy tiba-tiba sambil melangkah ke tangga. Kay ketawa melihat tingkah abangnya itu.

FARAH memandang sayu kereta Amy yang sudah bergerak meninggalkan rumah itu. Tinggallah dia sendirian dirumah itu. Pintu utama dikunci kemas. Kakinya melangkah ke dapur. Niat dihati ingin mengisi perut, namun hampa apabila melihat isi peti ais yang sudah kosong. Jam didinding sudah ke angka 2.15 petang. Lantas dia menghantar pesanan ringkas kepada sikekasih hatinya. Apabila mendapat balasan daripada lelaki itu, barulah Farah berlari anak masuk ke dalam biliknya untuk bersiap.           
            Skirt labuh berwarna biru gelap menjadi pilihannya dan dipadankan pula dengan blouse chiffon berwarna kelabu. Selepas berpuas hati dengan solekan nipis diwajahnya, dia memilih selendang bewarna biru untuk menutup rambutnya.
            Bunyi hon dari kereta Dato’ Darwisy membuatkan dirinya sedikit kelam kabut. Laju dia berlari menuju ke pintu utama. Kasut yang diletakkan didalam almari kecil dicapainya. Selepas mengunci pintu, dia terus melangkah menghampiri kereta lelaki itu.
            “Cantiknya.” Puji Dato’ Darwisy mesra. Farah tersenyum lalu menarik tali pinggang keledar.
            “So, where are we going?” Tanya Dato’ Darwisy sambil memandu keluar dari kawasan perumahan itu.
            “You dah lunch?” Tanya Farah pula. Lelaki itu mengangguk.
            “Belum. Jom, temankan i lunch dulu?”
            Dato’ Darwisy mengangguk sambil menatap wajah Farah seketika.
            “Anything for you, sayang.” Jawab Dato’ Darwisy lembut. Farah menguntum senyuman. Lantas dia memberitahu tempat yang ingin ditujunya. Tanpa banyak soal, Dato’ Darwisy memandu keretanya menuju ke tempat yang ingin dituju Farah.

RESTORAN Secret Recipe menjadi pilihan gadis bertudung biru itu untuk mengisi perut yang sudah berbunyi. Farah memesan spagethi meatballs dan jus epal untuk santapannya. Dato’ Darwisy pula hanya memesan caramel ice latte untuknya. Kedua mereka tidak bersuara sambil melayani telefon pintar ditangan sehinggalah pesanan tiba.
            “Kenapa you tak ajak Kay sekali?” Tanya Farah sambil menyuap spagethi ke mulutnya.
            “Dia malas nak keluar.” Jawab Dato’ Darwisy ringkas. Tanpa sepatah kata Farah menghabiskan spagethi yang masih berbaki itu. Entah mengapa, dari sudut matanya dia perasan lelaki itu cuba menyembunyikan sesuatu darinya. Malas mahu bertanya, dia menghabiskan makannya secepat yang boleh.

“YOU ada masalah ke?” Farah memulakan perbualan. Laut yang terbentang luas dihadapannya direnung lama. Bunyi ombak mendamaikan jiwanya. Dato’ Darwisy disebelahnya dipandang sekilas.
            “Kenapa you tanya macam tu?” Tanya lelaki itu pula.
            “Jangan terkejut kalau i cakap i ada sixth sense.” Balas gadis itu sambil memandang lelaki disebelahnya itu.
            “Okay, kalau betul you ada sixth sense, cuba you beritahu i apa yang ada dalam fikiran i sekarang.” Ujar Dato’ Darwisy sambil tersenyum. Farah menggigit bibir.
            “Dari apa yang i boleh baca, ada sesuatu yang sedang menganggu fikiran you sekarang. Betul tak?” Teka Farah pula. Lelaki itu ketawa sinis lalu menggeleng kepalanya. Pandangannya terarah pada ombak yang sedang beralun.
            “Ada sesuatu yang i nak you tahu.” Ujar Dato’ Darwisy dengan wajah yang serius. Farah memandang Dato’ Darwisy yang sudah bertukar wajah itu.
            “I cintakan you sepenuh hati i.” Ujar Dato’ Darwisy dengan mata yang bercahaya. Farah menguntum senyuman.
            “Tapi ada sesuatu yang lebih penting yang i nak you tahu. I harap you dengar dulu penjelasan i selepas i beritahu perkara ni.” Ujar Dato’ Darwisy lagi. Farah mengangguk bersahaja.
            Dato’ Darwisy menarik nafas sedalamnya.
            “Apa dia?” Tanya Farah ingin tahu.
            “I dah bertunang.” Luah Dato’ Darwisy dengan wajah yang serius. Farah terpana. Bibirnya bagaikan terkunci rapat. Sungguh dia terkejut dengan apa yang baru didengarinya itu. Jantungnya bagaikan berhenti berdengup. Dato’ Darwisy memandang Farah yang diam seribu bahasa. Satu keluhan panjang terbit dibibirnya.
            “I tahu berita ini mengejutkan you. Tapi bukan niat i untuk berbohong dengan you tentang diri i. Dan dia bukanlah orang yang i cinta, suka atau sayang. You tahu kan dalam hati i cuma ada you?” Dato’ Darwisy cuba menjelaskan perkara sebenar. Farah menunduk.
            “Kenapa perlu bertunang kalau tak cinta?” Soal Farah yang sudah muram itu.
            Lelaki itu meraup wajahnya seketika.
            “You ingat waktu pertama kali kita balik KL sama-sama? Masa tu i terserempak dengan you dekat R&R?” Soal lelaki itu pula. Tiada respon daripada gadis itu.
            “I balik KL that day semata-mata untuk batalkan pertunangan i dengan perempuan tu. Percayalah, dalam hati i cuma ada you.” Luah Dato’ Darwisy sambil memandang Farah.
            Farah tidak memberi reaksi. Dato’ Darwisy memicit dahinya. Bimbang dengan perubahan pada wajah gadis disebelahnya itu.
            “I nak balik.” Minta Farah tanpa memandang Dato’ Darwisy.


 FARAH merebahkan badannya diatas tilam yang bercadar ungu itu. Air mata yang ditahan sepanjang perjalanan pulang ke rumah merembes jua akhirnya. Fikirannya mula mencerna kembali segala kata-kata Dato’ Darwisy sebentar tadi. Nafasnya ditarik sedalam yang mungkin.
            Laju sahaja otaknya mengimbas kembali pertemuan pertamanya dengan keluarga lelaki itu. Dia cuba untuk mengaitkan apa yang telah diberitahu lelaki itu sebentar tadi dengan layanan Puan Sri Khatijah pada pertemuan pertama mereka dikediaman milik keluarga Dato’ Darwisy.  Dia tahu gadis itu adalah gadis pilihan keluarga Dato’ Darwisy. Tetapi entah mengapa berita pertunangan lelaki itu tidak mampu ditelannya.
Jika layanan buruk keluarga lelaki itu berjaya membuatkan dirinya untuk berjuang demi hubungan mereka, namun berita pertunangan itu membuatkan hatinya hancur bagai dirobek-robek.
Dato’ Darwisy memandang Kay yang sedang membaca majalah di ruang tamu. Telefon bimbitnya dilempar atas sofa bersebelahan Kay. Puas dia menghubungi Farah namun gadis itu seperti sengaja tidak mahu menjawab panggilannya.
“Beri Farah masa. Mungkin dia masih terkejut dengan apa yang abang beritahu dia.” Ujar Kay tenang. 
Dato’ Darwisy melepaskan keluhan yang berat.
“Relaks lah bang. Sooner or later she will find you back. Trust me. You just have to wait. But please, don’t push her.” Kay cuba menenangkan hati abangnya itu.
           “Kay tahu kan abang tak pernah cintakan mana-mana perempuan macam abang cintakan Farah. Dia terlalu istimewa dalam diri abang. Abang dapat rasa Farah terluka. Dan abang tak nak kehilangan dia. I love her so much.” Luah Dato’ Darwisy dengan wajah yang muram.
            “Apa pun keputusan Farah, abang kena terima. Dia berhak untuk tarik diri dalam hubungan abang. Walau payah sekali pun, you have to forget her. I know how hurt it will be, but life must go on.” Ujar Kay lagi. Majalah ditangannya sudah diletakkan diatas meja.
            “Thanks Kay. Kalau Kay tak ada sekarang, tak tahulah apa yang abang akan lakukan sekarang. I owe you one sister!” Ucap Dato’ Darwisy sambil menepuk tangan adiknya itu. Kay mengenyitkan matanya sambil tersengih.
            “Kalau macam tu, bolehlah Kay nak request sesuatu dengan abang kan?” Pancing Kay dengan senyuman yang masih bersisa.
            Dato’ Darwisy mengerutkan dahinya.
            “Laju je kan? Menyesal pulak abang cakap macam tu.” Usik Dato’ Darwisy selamba. Lantas Kay mencubit lengan abangnya itu. Tergelak besar lelaki itu apabila melihat perubahan pada wajah adiknya itu.
            “Dah muncung dah baby besar ni. Okaylah, Kay nak abang belikan apa?”
            “Tak jadilah.” Rajuk Kay sambil mengangkat punggung.
            “Peluang datang sekali aje tau. Bukan senang abang nak tanya macam ni.” Ujar Dato’ Darwisy selamba.
            Kay yang sudah menapak menghampiri anak tangga itu terus menghentikan langkahnya sebaik sahaja mendengar kata-kata abangnya itu. Dengan senyuman diukir dibibir, Kay memusingkan badannya memandang abangnya itu.
            “I’m planning to go to Paris next month. Erm... if you don’t mind, boleh tak abang sponsorkan airline ticket untuk Kay? Please?” Lambat-lambat dia menghabiskan ayatnya. Bimbang dengan reaksi abangnya itu.           
            “Takkanlah Pengarah Urusan macam Kay ni tak mampu nak bayar airline ticket untuk bercuti kot?” Gurau Dato’ Darwisy sambil membetulkan duduknya. Kay mencekak pinggangnya sambil memandang abangnya itu.
            “Abang nak sponsor atau tak nak ni?” Soal Kay yang sudah naik geram itu.
            “Yelah, abang sponsorkan. Gurau sikit pun dah naik angin. Nanti berkedut baru tahu.” Usik Dato’ Darwisy lagi. Kay tersenyum lebar. ‘ Fuh...Selamat duit aku.’ Bisiknya dalam hati.


SENGAJA dia mengarahkan pemandunya sahaja untuk  menjemput Diana di lapangan terbang dek kerana dia mahu perempuan itu sedar bahawa kedatangannya tidak dialukan. Pintu bilik pejabatnya ditolak perlahan. Dengan langkah perlahan dia menapak masuk ke dalam biliknya.
            Kerusi kulit hitam itu ditarik perlahan. Lalu dibiarkan punggungnya mencium kerusi empuk itu. Fail diatas meja tidak berjaya menarik perhatiannya. Dibenaknya ketika itu hanyalah bayangan sikekasih hati yang masih menyepikan diri. Ingin sahaja dia menerjun turun ke tingkat bawah untuk menjenguk gadis itu. Namun pesanan daripada Kay menjadi penghalang untuk berbuat demikian.
           
FARAH sengaja menyibukkan dirinya dipejabat. Tidak mahu fikirannya diganggu dengan memikirkan perihal lelaki itu.  Baginya biarlah mereka memberi ruang untuk diri mereka dahulu. Dia tidak mahu membuat keputusan yang bakal mengecewakan hatinya kelak.
            Badannya disandarkan seketika. Lega. Hilang kepenatan mengadap kerjanya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas diterimanya. Laju sahaja tangannya mencapai telefon bimbitnya yang terletak dihujung meja.
            Pesanan ringkas yang dihantar oleh Dato’ Darwisy melalui aplikasi Whatsup itu dibukanya. Dahinya berkerut apabila memandang gambar yang dihantar lelaki itu. Gambar sekeping kertas yang ditulis perkataan ‘i love you’ dan tiga kuntum bunga dipandang Farah. Telefon bimbitnya diletak kembali dihujung meja. Kemudian dia kembali menyambung kerjanya yang masih tertangguh itu.

DATO’ Darwisy merenung telefon bimbitnya. Menanti balasan daripada sikekasih hatinya. Beberapa kali dia menekan punat di telefon bimbitnya, namun masih tiada tanda-tanda positif daripada gadis itu. Dato’ Darwisy  melepaskan keluhan berat.
            Bunyi deringan telefon bimbit memeranjatkannya. Hatinya berbunga kembali. Apabila melihat gerangan sipemanggil, wajahnya bertukar masam. Lambat-lambat dia menjawab panggilan itu.
            “Ada apa you call i ni?” Soalnya sebaik sahaja mendengar suara gadis itu dihujung talian.
            “What’s wrong with you Am? Dari jauh i datang semata-mata untuk you. I bukan datang sini nak jumpa driver you!” Jerit Diana dihujung talian.
            “Bukan i yang mintak you datang sini, D. Remember that.” Balas Dato’ Darwisy sinis lalu dia mematikan talian.
            Beberapa minit kemudian, sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. Apabila melihat nama pemanggil, Dato’ Darwisy menggeleng kepala.
            ‘Ni mesti kerja perempuan tu.’ Ujarnya perlahan sebelum menekup telefon ke telinganya.
            “Am!” Panggil mami dihujung talian.
            “Yes mami. Ada apa mami call Am ni? Am sibuklah mami.” Ujarnya dalam nada lembut. Sengaja dia melunakkan suaranya.
            “Am, D called mami tadi. Kenapa Am tak pergi jemput D di airport? Kesian D tau. Dia bukannya kenal sesiapa pun.” Ujar wanita itu. Dato’ Darwisy melepaskan keluhan berat.

            “Mami, D bukannya budak kecil lagi mami. Kalau di oversea dia boleh berdikari, ini kan pula Kuala Terengganu yang kecil ni mami. Am banyak kerja ni.” Rungutnya pula. Lalu dimatikan talian. Tiba-tiba pintu biliknya ditolak kasar. Dato’ Darwisy berdiri. Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja. Matanya memandang tepat pada Diana yang masam mencuka itu. 

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...