Episode 20
KINI usia kandungan
NurAlia sudah menginjak ke angka 8 bulan. Perut yang sudah besar itu
membataskan pergerakkan NurAlia. Dia lebih banyak berehat daripada melakukan
kerja-kerja rumah. Segala kerja-kerja rumah kini telah pun diserahkan kepada
pembantu yang sudah hampir 2 bulan bekerja dikediaman mereka itu.
Sejak kehadiran pembantu rumah, Tengku Haris kini kerap pulang lewat dari
kebiasaannya akibat timbunan kerja di pejabat. NurAlia pula kini sudah mula
belajar selok-belok perjalanan Mega Jaya Sdn. Bhd. Memandangkan dia telah
mengambil keputusan untuk mengambil alih syarikat itu selepas selesai
berpantang.
Gelas kaca yang berisi
susu itu dicapai lalu dia menghirup air susu yang masih bersisa itu. Kemudian
matanya kembali fokus pada skrin kaca televisyen yang sedang menayangkan
rancangan Wanita Hari Ini. Topik
perbualan yang berkisar asam garam rumah tangga itu sedikit sebanyak menarik
minatnya untuk terus menonton rancangan itu.
Bunyi deringan pesanan ringkas
membuatkan tumpuan NurAlia pada televisyen sedikit terganggu. Lantas NurAlia
mencapai telefon bimbit yang terletak di atas meja kopi itu lalu dia membuka
pesanan itu. Mata NurAlia membulat apabila membuka pesanan ringkas yang
dihantar oleh Tengku Malissa itu.
Airmatanya perlahan-lahan membasahi pipinya.
Gambar Tengku Haris dan Sharifah
Adira yang sedang makan disebuah restoran itu direnung kembali. Fikirannya mula
menerawang jauh. Mengingati detik kali pertama dia berjumpa dengan Sharifah
Adira di rumah keluarga Tengku Haris.
“PUAN
Alia mana Kak Na?” Tanya Tengku Haris yang baru sahaja tiba itu. Tali lehernya
dilonggarkan sedikit. Beg sandangnya diletakkan di atas sofa. Matanya melilau
mencari kelibat isterinya.
“Puan berehat dekat bilik. Tengku
nak saya panggilkan ke?” Tanya Kak Su pula.
“Tak apalah Kak Su. Saya nak naik
mandi.” Ujar Tengku Haris lalu mengatur langkah menuju ke tangga.
Pintu bilik ditolak perlahan.
Matanya terbuntang ke arah katil. NurAlia yang sedang lena itu dipandang. Jam
dipergelangan tangan dikerling sekilas. ‘Dah nak masuk maghrib.’ Desisnya.
Tengku Haris terus menghampiri isterinya yang masih lena itu. Pipi isterinya
itu dielus lembut. Kemudian dia mengejutkan isterinya itu. NurAlia memandang
suaminya penuh makna. Hatinya pedih. Gambar yang dikirim melalui pesanan
ringkas itu kembali tergambar dilayar fikirannya.
“Lia tak sihat ke?” Tanya Tengku
Haris sambil mengusap rambut panjang isterinya itu. NurAlia menggeleng.
“Lia okay. Abang dah lama sampai?”
“Baru je. Abang nak mandi dulu,
kejap lagi kita jemaah sekali ya sayang? Dah lama kita tak jemaah sekali kan?”
Usul Tengku Haris. NurAlia mengangguk. Sedikit sejuk hatinya mendengar
permintaan suaminya itu.
Sebaik sahaja suaminya itu
menghilang ke bilik air, NurAlia mencapai telefon bimbit suaminya yang terletak
di atas meja sisi katil. Laju sahaja jarinya digerakkan menyentuh skrin telefon
bimbit suaminya itu. Matanya terbuntang apabila melihat senarai panggilan masuk
yang memaparkan sebaris nama yang sudah mula bermain dikepalanya.
Dari senarai panggilan, NurAlia
beralih pula ke pesanan ringkas. Belum sempat dia membuka salah satu pesanan
ringkas yang terdapat dalam senarai itu, dia terdengar pintu bilik air dibuka.
Lantas NurAlia cepat-cepat meletak
kembali telefon bimbit itu ditempat asal.
Tengku Haris yang hanya bertuala
separas lutut itu melangkah keluar dari bilik air. NurAlia cepat-cepat
menggerakkan badannya untuk berdiri. Tengku Haris mencapai tuala isterinya lalu
dia menghulurkan tuala itu kepada isterinya.
“Hati-hati sayang.” Pesan Tengku Haris
lembut. Pandangannya menghantar isterinya sehingga isterinya itu hilang dari
pandangannya. Di dalam bilik air, NurAlia menangis semahunya. Segala luka
dihatinya diluahkan melalui tangisannya itu.
SEBAIK
sahaja selesai menunaikan solat Maghrib berjemaah, NurAlia menyambut huluran
salam suaminya itu seperti kebiasaan. Tengku Haris perasan wajah isterinya itu
sedikit suram. Timbul tanda tanya dibenaknya. Namun lidahnya bagaikan keras
untuk bertanya. Melihat isterinya yang sedang berusaha untuk berdiri itu lantas
dibantunya.
“Thanks.”
Ucap NurAlia bersahaja. Telekung yang dipakainya sebentar tadi diletakkan
diatas rak.
“Lia nak ke mana tu?” Tanya Tengku
Haris seraya melihat isterinya sudah melangkah ke pintu.
“Lia nak tolong Kak Su siapkan makan
malam.” Jawab NurAlia.
“Tak payahlah sayang. Abang nak bawa
Lia dinner kat satu restaurant favourite abang.” Ujar Tengku Haris
sambil menarik tangan isterinya ke katil. NurAlia mengerutkan dahinya. Hairan.
“Ada something yang Lia tak tahu ke?” Tanya NurAlia pula.
Tengku Haris tersenyum.
“Tak lah sayang.”
“Birthday
abang ke? Rasanya bukan.”
“No.
Kita dah lama tak habiskan masa berdua kan. Jomlah sayang.” Tengku Haris
menarik tangan isterinya. Tubuh isterinya dihadapkan ke arah almari pakaian
isterinya itu. Laju sahaja tangan Tengku Haris mencapai pakaian yang tergantung
didalam almari itu lalu disuakan kepada isterinya seketika. NurAlia kaku.
Tengku Haris yang sibuk memilih pakaian itu dipandang dengan seribu tanda
tanya.
Dress labuh berwarna pink lembut dan
maternity cardigan berwarna hitam menjadi pilihan Tengku Haris. NurAlia akur
tanpa bantahan. Tengku Haris tersenyum melihat NurAlia yang sudah lengkap
memakai pakaian yang dipilihnya itu.
“Cantik.” Puji Tengku Haris sambil
mengusap rambut isterinya itu. NurAlia tersenyum. Tepat jam 8.05 malam, kereta
milik Tengku Haris sudah dipandu keluar dari perkarangan kediaman mereka.
Tengku Haris menarik tangan NurAlia
masuk ke dalam sebuah restoran mewah yang terletak ditengah Kuala Lumpur.
Hidangan masakan barat menjadi pilihan pasangan itu.
“Dah lama kita tak dinner macam ni kan sayang?” Tengku
Haris bersuara sebaik sahaja pelayan restoran itu meninggalkan meja mereka.
“Abang sibuk sangat.” NurAlia
menarik muka. Berpura-pura merajuk. Tengku Haris ketawa kecil.
“Sorry
lah sayang. Papa bagi abang banyak sangat kerja dekat pejabat tu. Abang janji
lepas ni dah tak ada balik lambat lagi.” Ujar Tengku Haris bersungguh-sungguh.
NurAlia memaniskan wajahnya.
“Lia faham, bang. Lagipun abang buat
semua tu kan untuk keluarga kita jugak. As
long as abang tak buat perkara bukan-bukan, Lia tak kisah.”
“Thanks sayang. Erm... sayang duduk
sini kejap, abang nak pergi toilet.
Jangan pergi mana-mana tau.” Pesan Tengku Haris. NurAlia mengangguk bagaikan
anak kecil. Tengku Haris terus meninggalkan isterinya.
Beberapa minit selepas pemergian
Tengku Haris, telefon bimbit milik suaminya berbunyi nada pendek menandakan ada
pesanan ringkas masuk. NurAlia memandang skrin telefon bimbit suaminya yang bernyala
itu. Dia terpegun apabila melihat notification WhatsApp muncul diskrin
Iphone 5 milik suaminya itu. Adira! Sebaris nama itu bagaikan menikam
jantungnya. Lantas NurAlia mendapatkan nombor telefon milik Adira didalam buku
telefon suaminya. Lalu telefon bimbit suaminya diletakkan ditempat asal
kembali. Dia menenangkan dirinya seketika sebelum suaminya muncul. Sebak yang
didada ditahannya.
Tengku Haris muncul dengan sejambak
bunga mawar merah. NurAlia kaku seketika.
“Abang rasa bersalah sangat dengan
isteri abang. Kebelakangan ni abang tak banyak habiskan masa abang dengan
sayang. Sekali lagi, abang minta maaf ya sayang?” Tengku Haris menghulurkan
jambangan bunga itu kepada isterinya yang masih terpana itu. NurAlia menguntum
senyuman semanis mungkin apabila dia sendiri dapat merasakan keikhlasan
suaminya dari sepasang mata milik suaminya.
“Lia faham bang. Lia tak ambil hati
pun. Abang tak perlulah nak rasa bersalah lagi.” Ujar NurAlia sambil menyambut
huluran suaminya. Tengku Haris kembali duduk ditempatnya.
“SAYANG,
boleh Lia beritahu abang macam mana ciri-ciri rumah impian Lia? Abang rasa
abang tak pernah tahu apa impian Lia. Apa Lia suka.” Tanya Tengku Haris ketika
mereka sedang berehat didalam kamar mereka.
NurAlia meletakkan kepalanya diatas
dada suaminya. “Erm... Lia suka rumah ala english
style. Ada pokok-pokok hijau, bunga segar dan ada elemen semulajadi. Sebab
itu yang boleh membuatkan Lia tenang. Nanti lepas Lia bersalin, Lia nak tambah
taman mini dekat depan rumah kita. Setiap petang bolehlah kita rehat sambil
menghirup udara nyaman kan? Abang suka tak?” Ujar NurAlia panjang lebar. Tengku
Haris tersenyum mendengar kata-kata NurAlia.
“Insha Allah sayang, nanti kalau
diizinkan Allah abang akan tunaikan impian Lia.” Ujar Tengku Haris lembut.
NurAlia tersenyum. Walaupun ada seribu satu persoalan yang bermain dimindanya
ketika itu, dia cuba untuk berdiam diri terdahulu. Dia ingin mencari waktu yang
sesuai untuk merungkai segala kekusutan yang ada.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Episod 21
B
|
EBERAPA
keping gambar Sharifah Adira dan Tengku Haris ditatap berkali-kali. Hatinya
bagaikan ditikam berkali-kali dirasakan ketika itu. Gambar-gambar itu
dimasukkan kembali ke dalam sampul berwarna putih apabila terdengar telefon
bimbitnya berbunyi. Nama peguamnya tertera diskrin. Lantas dia menjawab
panggilan itu. Beberapa minit kemudian NurAlia sudah bersiap ingin keluar. Enjin kereta merah hati itu dihidupkan.
Kemudian dia memandu keluar menuju ke pejabat peguamnya.
Setibanya dipejabat peguamnya,
pembantu Hakim Azimin menyambut baik kehadirannya petang itu. Pintu bilik Hakim
Azimin ditolak perlahan oleh Haida, pembantu Hakim Azimin dengan ucapan terima
kasih, NurAlia terus menapak perlahan memasuki bilik pejabat peguamnya itu.
“Sampai pun you. Dah sarat sangat
dah i tengok.” Tegur Hakim Azmin sebaik sahaja NurAlia muncul. NurAlia
melabuhkan punggung diatas sofa bilik itu.
“You nak minum apa-apa tak?” Tanya
Hakim Azmin.
“No
thanks. I dah minum sebelum datang tadi.” Jawab NurAlia lembut.
“Alright.”
Hakim Azmin duduk menghadap NurAlia. Kemudian sehelai kertas kecil dikeluarkan
daripada poketnya.
“Nah.” Kertas kecil itu dihulurkan
kepada NurAlia yang kelihatan sedikit muram itu. Kertas kecil itu bertukar
tangan.
“Alamat Encik Roslan sekarang.
Budak-budak i dah comfirmkan 2 hari
lepas.” Ujar Hakim Azimin tenang. NurAlia menutup mulutnya. Terkejut dengan apa
yang didengarinya.
“Ayah i? You dah jumpa?” NurAlia
masih lagi tidak percaya. Sekali lagi dia meneliti alamat yang ditulis pada
kertas itu.
“Bila you nak jumpa ayah you?” Tanya
Hakim Azimin. NurAlia memandang lelaki itu seketika.
“I... entahlah. Mungkin bila i
bersedia untuk jumpa ayah, barulah i pergi.” Jawab NurAlia ringkas.
“Boleh i tanya you sesuatu?” Tanya
Hakim Azimin lagi. NurAlia mengangguk.
“I tengok you macam sedih aje. Ada
masalah ke?”
NurAlia cepat-cepat menggeleng
kepalanya.
“Kalau you ada masalah, you boleh
beritahu i. Kalau i boleh tolong, inshaAllah i tolong.” Ujar Hakim Azimin.
“Thanks.
Selagi i mampu, i tak akan menyusahkan orang lain. Erm... kalau dah tak ada
apa-apa, i minta diri dululah Hakim.” Ujar NurAlia yang sudah berdiri itu.
“I hantar you ke kereta.”
“No
thanks. Nanti apa pula staff you kata. Don’t
worrylah Hakim.” Ujar NurAlia cuba menyakinkan lelaki itu.
“Okaylah kalau you dah cakap macam
tu. Take care ya.” Pesan Hakim
Azimin. Dia tahu ada sesuatu yang sedang membelengu fikiran bakal ibu itu. Dia
sudah menganggap perempuan itu seperti adiknya sendiri kerana bersimpati dengan
kehidupan yang dijalani perempuan itu.
NURALIA
melangkah keluar dari lif lalu mengatur langkah perlahan menuju ke pejabat Red
Property Consultation. Seorang receptionist wanita menyambut mesra NurAlia
ketika NurAlia muncul disitu.
“Tengku Haris ada?” Tanya NurAlia
lembut.
“Ada Puan Alia. Mari, saya bawakan
Puan ke bilik Tengku.” Pelawa gadis muda yang bernama Aza itu. Lantas NurAlia
menolak lembut permintaan gadis itu. Kemudiannya dia melangkah perlahan menuju
ke bilik pejabat suaminya. Nancy yang
sudah ternampak isteri ketuanya itu lantas dia menghampiri NurAlia.
“Puan Alia...” Tegur Nancy sedikit
janggal. NurAlia menguntum senyuman manis kepada pembantu suaminya itu.
“Tengku ada kat dalam tak Nancy?”
Tanya NurAlia.
“Err.. Boss ada tetamu sekarang. Apa
kata Puan duduk dulu?” Ujar Nancy sedikit kelam kabut. NurAlia mengerutkan
dahinya. Namun dia akur sahaja. Baru beberapa minit NurAlia melabuhkan
punggung, kelihatan Sharifah Adira melangkah keluar dari bilik pejabat Tengku
Haris. Perempuan itu sempat menjeling tajam ke arah NurAlia yang sedang duduk
di ruang menunggu berhadapan bilik Tengku Haris.
Beberapa saat kemudian interkom
dimeja Nancy berbunyi seketika. Suara Tengku Haris kedengaran memanggil Nancy.
Nancy yang baru sahaja ingin melangkah ke bilik Tengku Haris itu dihalang
NurAlia. Lantas dia mengatur langkah masuk ke dalam bilik pejabat suaminya.
“SAYANG, what are you doing here?”
Tanya Tengku Haris yang kelihatan sedikit terkejut dengan kehadiran isterinya
itu. NurAlia terus melabuhkan punggungnya di sofa. Sengaja tidak menjawab
pertanyaan suaminya itu. Tengku Haris menutup pintu biliknya lalu menghampiri
isterinya disofa.
Tanpa sepatah kata NurAlia membuka
kotak yang berisi pizza. Tengku Haris hanya memerhati isterinya itu. Lalu sepotong pizza disuapkan kepada
suaminya. Sepasang mata milik NurAlia jatuh pada dada bidang suaminya. Dia
terkedu. Kesan gincu pada baju kemeja biru suaminya menyebakkannya.
Tengku Haris diam mengikut rentak
isterinya. Dia sedar ada kedinginan antara mereka ketika itu. Hampir separuh
pizza mereka nikmati petang itu.
“Do
you love her?” Tanya NurAlia tiba-tiba. Tengku Haris membulatkan matanya.
Sedikit terkejut dengan soalan NurAlia. Tengku Haris mencapai tangan isterinya.
Namun ditepis NurAlia.
“I
repeat, do you love her?” Ulang NurAlia lagi. Tengku Haris merenung tajam
isterinya itu.
“No.”
Jawab Tengku Haris pendek. NurAlia menguntum senyuman sinis. Air mata yang
ditahan akhirnya menitis juga. Jari NurAlia bermain didada suaminya. Tengku
Haris menunduk.
“Sayang, it’s not like what you think. Let me explain.” Ujar Tengku Haris
sambil memegang bahu isterinya. NurAlia menggeleng.
“Mungkin betul apa yang Lisa kata
pada Lia sebelum ini. Lia hanyalah perampas. Tak sedar diri. Abang, kalau
sebelum ini Lia boleh bertahan dengan segala makian daripada adik abang, tapi
tidak lagi hari ini. Segala kata-kata adik abang pada Lia dah Allah tunjukkan
kebenarannya.” Ujar NurAlia.
Sampul surat putih dikeluarkan dari
tas tangannya lalu diletakkan diatas meja kemudian dia berdiri dan melangkah
keluar dari bilik pejabat itu. Tengku Hafiz yang baru sahaja melangkah keluar
dari lif itu tidak sempat menghalang NurAlia yang sudah melangkah masuk ke
dalam lif. Lantas kaki diatur untuk mendapatkan Tengku Haris.
PUAS
Tengku Haris cuba memujuk isterinya namun tiada impak positif diterimanya. Dia
buntu. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan untuk meraih perhatian isterinya
itu. Sudah 2 hari isterinya itu bersikap dingin dengannya. Segala persoalan
hanya dijawab dengan sepatah perkataan sahaja.
Dirasakan suara isterinya terlalu
mahal ketika itu. Namun, dalam kedinginan isterinya itu, wanita itu masih lagi
tahu menjalani tanggungjawabnya sebagai isteri. Segala makan pakai Tengku Haris
masih lagi disediakan seperti biasa.
Sebaik sahaja tangan itu dikucup,
NurAlia terus meninggalkan suaminya yang masih berdiri di pintu utama. Tengku
Haris terkedu seketika. Kemudian dia melangkah keluar menuju ke kereta.
NurAlia menyelak sedikit langsir
biliknya. Matanya menghantar pemergian suaminya itu. Sebaik sahaja kereta biru suaminya itu hilang
daripada pandangan mata, lantas NurAlia mencapai telefon bimbitnya lalu nama
Sharifah Adira dicari melalui senarai kontek.
Nasibnya baik kerana sempat
mengambil nombor telefon gadis itu melalui telefon bimbit suaminya beberapa
bulan yang lalu. Satu pesanan ringkas dihantar kepada gadis itu.
Sudah puas dia berfikir tentang
masalah rumahtangga mereka. Dia ingin bertentang mata dengan gadis itu. Hanya itu cara baginya untuk mengetahui
perkara sebenar antara suaminya dan Sharifah Adira. Dan ketika itu jugalah dia
sudah mendapat kekuatan dirinya.
NurAlia bersiap ala kadar. Setelah
berpuas hati dengan penampilan dirinya, dia melangkah keluar dari biliknya.
Kakinya melangkah perlahan menuruni anak tangga. Kunci kereta dicapai dari
bakul kecil diatas almari kasut.
DENGAN
lafaz basmallah, NurAlia mengatur langkah perlahan masuk ke restoran The Loaf
di Paradigm Mall. Matanya tertancap kearah seorang gadis berambut panjang
berkulit putih yang sedang sibuk dengan telefon bimbit.
“Assalamualaikum.” Sapa NurAlia
lembut. Tangan dihulur. Gadis itu sedikit mencebik. Dengan terpaksa, gadis itu
menyambut huluran tangannya. NurAlia tersenyum lalu duduk. Tidak lama kemudian
seorang pelayan wanita datang ke meja mereka. NurAlia hanya memesan Vanilla
Latte pada pagi itu.
“So,
apa yang you nak tahu sangat tentang i dan suami you?” Sharifah Adira
bersuara. Dia sedikit terganggu dengan
wajah tenang dihadapannya itu.
“I hanya nak tahu apa hubungan you
dengan suami i. Itu saja.” Jawab NurAlia tenang. Sharifah Adira tersenyum.
Mereka diam ketika pelayan wanita menghantar air yang dipesan.
“Kenapa you nak tahu? You dah rasa
tergugat ke?”
“I berhak untuk tahu perkara sebenar
Cik Adira. Tengku Haris is my husband.
Untuk apa i nak rasa tergugat? I tak nampak apa-apa sebab untuk i rasa
tergugat.” Jawab NurAlia.
“For
your information Alia, kami dah lama bercinta. Dan untuk pengetahuan you
juga, Engku Maryam dah pun datang jumpa keluarga untuk merancang perkahwinan
kami few weeks sebelum Haris ambil
keputusan untuk mengahwini you!” Ujar Sharifah Adira lantang. NurAlia terpana
seketika.
“Kalau you tak muncul antara i dan
Haris, perkara ni tak akan terjadi. You dah rampas Haris daripada i, Alia.”
Ujar Sharifah Adira. Namun suaranya sedikit perlahan berbanding tadi. NurAlia menggeleng
kepala.
“I bukan merampas Tengku Haris
daripada you, Adira. I tak merampas.” Ujar NurAlia perlahan. Dia tidak mahu
punca sebenar perkahwinannya diketahui gadis dihadapannya itu.
“Kalau you tak merampas, tinggalkan
Haris.” Ujar Sharifah Adira tegas. NurAlia membulat memandang Sharifah Adira.
“Anak yang i kandung ini adalah anak
kami. I tak mahu anak i lahir tanpa bapa...” “You
sanggup ke tengok suami you tak bahagia dengan you? You sanggup ke tengok Haris
ada perempuan lain dibelakang you?” Sharifah Adira cuba memasang jerat.
“Kalau Allah dah tetapkan jodoh i
dan Haris tak panjang, i redha. Tetapi, kalau Allah tetapkan jodoh i dan Haris
panjang, i tak akan biarkan orang macam you kacau rumahtangga kami. I harap you boleh berfikir dengan waras jika you
berada ditempat i sekarang. Assalamualaikum.” Ujar NurAlia tegas lalu dia
berdiri. Sebelum dia melangkah, dia sempat meletakkan sekeping not RM50 di atas
meja.
“SAYA tengok
kereta Lia tak ada. Dia ke mana?” Tali leher dilonggarkan sedikit.
“Puan tak ada pula beritahu Kak Na
tadi.” Jawab Kak Na jujur. Tengku Haris mengeluh berat. Telefon bimbit
dikeluarkan dari poket. Sambil melangkah masuk ke rumah, dia cuba menghubungi
NurAlia. Namun hampa. Tiada jawapan. Lantas Tengku Haris memanjat tangga ke
kamarnya.
NurAlia membulat apabila melihat
kereta milik suaminya sudah berada diperkarangan kediaman mereka. ‘Awal abang
balik harini.’ Desisnya. Dia memakir kereta disebelah kereta milik suaminya.
Dengan perlahan dia keluar dari perut keretanya itu.
“Tengku dah lama balik ke Kak Na?”
Tanya NurAlia sebaik sahaja terlihat pembantunya berdiri di pintu utama.
“Baru lagi Puan. Tengku ada kat
atas.” Jawab Kak Na. NurAlia mengangguk sahaja. Lalu dia mengatur langkah masuk
ke dalam kemudian dia mendaki tangga ke tingkat atas. Pintu kamar yang tertutup
rapat itu dibukanya. Tengku Haris yang sedang melipat sejadah itu menjadi
tatapannya. Lantas dia menghampiri suaminya itu. Dia menyalami tangan suaminya.
“Sayang ke mana?” Tengku Haris
melabuhkan punggung di sofa sambil memerhatikan isterinya. NurAlia duduk
disebelah suaminya itu.
“Jumpa Adira.” Ringkas sahaja
jawapan yang meniti dibibir NurAlia.
“Kenapa tak beritahu abang Lia nak
jumpa dia?” Ada perubahan pada intonasi suara suaminya ketika itu. NurAlia
tersenyum sinis.
“Kenapa? Tak boleh ke Lia jumpa
Adira?”
“Bukan macam tu. Sayang, abang cuma
bimbang kalau ada apa-apa berlaku pada sayang. Lagipun abang tahu, Lia berhak
jumpa dia untuk dapatkan penjelasan tentang apa yang sedang berlaku antara kita
sekarang. Tapi abang cuma bimbangkan keadaan Lia. Itu aje.” Tengku Haris
mengusap tangan isterinya perlahan. NurAlia membisu.
“Sayang, look... abang nak Lia dengar apa yang abang cuba sampaikan sekarang.
First of all, abang nak tegaskan
antara abang dan Adira dah lama berakhir. Hubungan kami dah lama putus. Dan
abang dah tak ada perasaan pada dia. Hanya Lia dalam hati abang.
Lia isteri abang dunia akhirat. Second, Abang tak tahu menahu tentang
rancangan Bonda yang nak kahwinkan abang dengan Adira. Tolonglah percaya dengan
apa yang abang cakap ni.” Jelas Tengku Haris panjang lebar. NurAlia yang masih
membisu itu dipandangnya.
“Aduh....”
Tengku Haris terpinga-pinga.
“Kenapa sayang? Sayang sakit ke?”
Tanya Tengku Haris risau.
“Bukan. Anak kita....”
Lantas dia meletakkan tangan
suaminya diperut.
“Tendang perut mama ya sayang? Anak
papa jangan nakal-nakal tau. Kesian mama.” Ujar Tengku Haris lembut. Lalu dia
mengucup lembut perut isterinya yang membesar itu. NurAlia tersenyum.
“Dah senyum pun isteri abang ni.
Baru lega hati abang.”
“Lia percaya apa yang abang cakap
tadi. Maafkan Lia ya bang?”
Tangan suaminya dikucup. Tengku
Haris mengusap rambut isterinya itu.
“Sayang belum solat kan? Sayang
pergi solat dulu.” Ujar Tengku Haris. NurAlia mengangguk. Lantas Tengku Haris
membantu isterinya yang kelihatan sukar untuk berdiri itu.