NURALIA
terjaga dari lenanya ketika jam didinding bilik Tengku Haris menunjukkan pukul
6:05 pagi. Tangan Tengku Haris yang berada diatas perutnya cuba dialihkan.
Lelaki itu membuka matanya apabila terasa lengannya dialihkan. NurAlia
memandang Tengku Haris yang sudah terjaga itu.
“Sorry
buat awak terjaga. Lia nak bersiap solat Subuh.” Ujar NurAlia perlahan. Tengku
Haris yang masih mamai itu cuma mengangguk dan menutup matanya kembali. Lantas
NurAlia turun dari katil lalu menuju ke bilik air bersama tuala dan baju
bersih.
Pintu
bilik air ditutup rapat. Matanya membuntang ke arah sebatang tubuh yang masih
lagi lena diatas katil. Telekung yang diletakkan diatas rak disebelah almari
pakaian dicapai lalu disarung ke badan.
Selepas
mengaminkan doa, NurAlia memusingkan badannya menghadap katil dimana suaminya
masih lagi terlena. NurAlia menggeleng kepala. Lantas dia menanggalkan telekung
yang masih terlekat dibadannya dan diletakkan kembali di rak. Kakinya diatur
kemas menghampiri katil. Tanpa ragu-ragu NurAlia cuba menepuk lengan lelaki
itu. Hanya beberapa kali cuma, lelaki itu memisat-misat kedua belah matanya.
“Awak,
tak nak bangun lagi ke? Dah pukul berapa ni.” Rungut NurAlia. Tengku Haris
memandang NurAlia yang sedang mencekak pinggang.
“Dah
pukul berapa?” Tanya Tengku Haris.
“Dah
dekat pukul 6:30 pagi dah awak. Bangun lah cepat. Nanti terbabas kang. Saya nak
turun siapkan sarapan.” Jawab NurAlia sambil menarik lengan lelaki itu supaya
turun dari katil. Tengku Haris tersengih. Senang diperlaku begitu. NurAlia
memandang Tengku Haris yang sedang menayang gigi dihadapannya.
“Tersengih
dengan muka baru bangun tidur macam tu, dah macam orang tak betul saya tengok.”
Ujar NurAlia selamba.
“Tak
betul macam ni pun orang tu sayang.” Balas Tengku Haris lalu meluru ke bilik
air.
NurAlia
menelan liur. ‘Eh...dia dengar ke? Alamak! Malunya aku.’ NurAlia meletak
tangannya didahi. ‘Nak malu apanya. Dia bukan orang lain pun. Suami aku jugak.’
Kakinya diatur menuju ke almari pakaian milik Tengku Haris. Pintu gelongsor
almari ditolak perlahan. Matanya terarah pada kemeja-kemeja yang tergantung
didalam almari itu.
Kemeja
pejabat berwarna putih dan seluar slack hitam berserta tie berwarna ungu terang
ditarik keluar dari almari pakaian itu. Sengaja dia meletakkan pakaian
dipilihnya itu diatas katil. Kemudian cepat-cepat dia meluru keluar dari bilik
itu.
Tepat
jam 6:50 pagi Tengku Haris sudah muncul didapur dengan kemas berpakaian.
NurAlia terpegun melihat ketampanan suaminya pagi itu. Tengku Haris menguntum
senyuman sambil tangannya bermain-main dengan tie dileher.
NurAlia
membalas senyuman itu penuh makna. Pinggan berisi roti bakar dibawa ke ruang
makan diikuti dengan Tengku Haris dibelakangnya. Briefcase yang digalas dibahu sengaja
diletakkan diatas kerusi bersebelahan dengannya.
“Maaflah,
roti bakar aje yang saya boleh sediakan untuk awak pagi ni. Baru perasan banyak
stok makanan dah tak ada.” Ujar NurAlia sambil menuang air teh ke dalam cawan.
“Ini
pun dah cukup. It’s okay. Nanti awak senaraikan barang-barang yang nak dibeli,
tengahari nanti In shaa Allah saya datang ambil awak. Kita pergi mall
sama-sama.” Ujar Tengku Haris. NurAlia mengangguk.
“Awak
nak saya sapukan jem untuk awak atau awak nak buat sendiri?” Tanya NurAlia yang
baru sahaja melabuhkan punggung bertentangan dengan suaminya itu.
“Kalau
‘sayang’ yang tolong sapukan lagi aa..bang selera nak makan.” Balas Tengku
Haris yang sengaja menekankan perkataan sayang dan abang. NurAlia mencebik.
Tengku Haris ketawa lalu mengenyitkan matanya.
“Mengadalah
awak ni. Ber’abang’ pula pagi ni.” Rungut NurAlia. Pura-pura marah. Hatinya
sedikit kembang apabila mendengar panggilan yang dibahasakan Tengku Haris
sebentar tadi. Tengku Haris yang ketawa itu dijeling. Sekeping roti yang sudah
disapu jem diletakkan ke dalam pinggan Tengku Haris. Tidak menunggu lama,
lelaki itu terus menyuap roti itu ke dalam mulutnya.
Sebaik
sahaja selesai bersarapan, Tengku Haris tidak menunggu lama untuk ke pejabat.
Sebaik sahaja siap menyarung kasut, telefon bimbit milik Tengku Haris berlagu
riang. Lantas lelaki itu menjawab panggilan tersebut lalu melangkah menuju ke
kereta sambil membimbit briefcase.
NurAlia
terkedu. Baru sahaja ingin melangkah masuk, namanya dipanggil Tengku Haris. NurAlia
memusingkan badannya kembali. Lalu tangannya digenggam Tengku Haris. Lelaki itu
merapatkan bibirnya ke dahi NurAlia. Kemudian NurAlia mengucup lembut tangan
suaminya itu.
“Sorry,
er... abang lupa. Abang pergi dulu ya sayang.” Ujar Tengku Haris selamba.
NurAlia hanya mampu tersenyum. Hatinya berbunga riang. Matanya menghantar
pemergian suaminya itu. Apabila kereta lelaki itu tidak lagi kelihatan, NurAlia
menutup rapat pintu utama lalu menjalankan rutin hariannya seperti biasa.
TENGKU
Haris meneliti kertas kerja yang telah disiapkan oleh Nancy, setiausahanya. Setelah
berpuas hati, barulah dia menandatangani kertas kerja itu. Kemudian, butang
interkom disisinya ditekan lalu dia mengarahkan setiausahanya itu masuk. Tidak
lama kemudian Nancy muncul bersama sebuah fail.
“You
tolong hantar dokumen ni pada Pengarah Urusan. I dah periksa apa yang patut dan
I dah approve. Anything, just let me know.” Arah Tengku Haris sambil memandang
skrin telefon bimbitnya. Nancy meletakkan fail yang dibawanya diatas meja
ketuanya lalu dia mencapai dokumen yang perlu dihantar kepada Pengarah Urusan
syarikat.
“Bila
I minta you bawakan fail Mega ni?” Soal Tengku Haris hairan. Tidak pula dia
mengarahkan wanita tinggi lampai dihadapannya membawa fail tersebut. Nancy
membetulkan rambutnya.
“Erm...
Tengku Hafiz minta I berikan fail Mega pada Tengku few minutes sebelum Tengku
panggil I.” Terang Nancy sambil menolak fail yang bertanda Mega Jaya Sdn. Bhd
itu. Tengku Haris menganggukkan kepalanya mendengar penjelasan daripada
pembantunya itu.
“Tak
mengapalah. Nanti I contact Tengku Hafiz directly. You may go now.” Ujar Tengku
Haris yang sudah mula membuka fail tersebut.
“Baiklah
Boss. I keluar dulu.” Ujar Nancy perlahan. Baru sahaja tangannya memulas tombol
pintu, Tengku Haris memanggil namanya.
“By
the way, you tolong kosongkan jadual I after lunch. Semua appointment,
tangguhkan esok.” Ujar Tengku Haris tegas.
“Baiklah.
Ada apa-apa lagi Boss?” Soal Nancy sambil tersengih.
Tengku
Haris menggeleng. Lalu memberi isyarat supaya pembantunya keluar. Tengku Haris
membuka helaian pertama fail yang dihantar oleh pembantunya sebentar tadi.
Lantas dia mengambil keputusan untuk ke bilik abangnya, Tengku Hafiz.
TENGKU
Hafiz memandang Tengku Haris yang baru sahaja melabuhkan punggung dihadapannya.
“What’s
up?” Tanya Tengku Hafiz. Sejurus itu, Tengku Haris meletakkan fail yang
dibawanya itu diatas meja Tengku Hafiz. Tengku Hafiz ketawa kecil apabila
melihat fail itu.
“Abang
nak Ris buat apa dengan fail ni?” Soal Tengku Haris sambil memerhati abangnya
itu.
“Lupa
pula abang. Papa ada beritahu abang pagi tadi tentang krisis di Mega. Bulan
depan mungkin mesyuarat tergempar akan diadakan di Mega. Tan Sri Azman akan
diisytihar bankrup kerana dia tidak mampu bayar balik wang syarikat yang dia
lenyapkan tu. Dan semua saham yang dia ada dalam Mega akan dijual kepada Ahli
Lembaga Pengarah atau orang luar.” Terang Tengku Hafiz panjang lebar.
Tengku
Haris mengerutkan dahinya. “Habis, apa kaitan dengan Ris pula?” Soal Tengku
Haris yang masih keliru.
Tengku
Hafiz tersenyum seketika.
“Ris,
antara Ris dengan abang... Rislah yang lebih berpengalaman dalam urusan
berkaitan dengan Mega. Jadi, Papa minta Ris wakilkan Papa pada hari mesyuarat
tu nanti.” Jawab Tengku Hafiz tenang.
“So,
mungkin ini peluang abang untuk jadi salah seorang pemegang saham Mega?” Usik
Tengku Haris. Tengku Hafiz ketawa.
“In
Shaa Allah. Kalau kena dengan harga yang ditawarkan, abang ngap.” Balas Tengku
Hafiz.
Mereka
sama-sama ketawa akhirnya. Tengku Haris mengerling jam tangannya seketika.
“Lunch
time pun belum lagi dah sibuk tengok jam? Tak sabar nak balik nampak.” Usik
Tengku Hafiz sambil matanya terarah pada skrin laptop.
“Of
courselah. Kalau ikutkan hati ni, dengan Alia sekali Ris nak bawa datang
pejabat tahu?” Balas Tengku Haris selamba. Tengku Hafiz ketawa mendengar
kata-kata adiknya itu.
“Dulu
bukan cakap dia bukan taste Ris kan? Tengok, bila dah kahwin nak berenggang pun
susah. Eh, Ris tak bawa Lia pergi honeymoon ke? Tak silap abang, 2 hari lepas
kahwin Ris terus masuk pejabat kan?”
Tengku
Haris mengangguk. Dia diam sejenak.
‘Macam
mana nak fikir pasal honeymoon abang oii, adik kau kahwin dalam terpaksa. Tapi
sekarang dah lain.’ Tengku Haris tersenyum. Otaknya bagaikan dapat membayangkan
sesuatu. Tengku Hafiz mengerutkan dahi melihat adiknya yang tiba-tiba
tersenyum.
“Hoii...
dah sampai mana?” Sergah Tengku Hafiz.
Tengku
Haris ketawa. “Dahlah, Ris nak keluar dulu. Lepas lunch Ris tak masuk pejabat.
Anything, call me.” Ujar Tengku Haris sambil mengangkat punggung dari kerusi
empuk itu. Tengku Hafiz menggeleng kepala mendengar kata-kata adiknya itu.
“Ada
appointment kat luar ke hari ni? Or dating dengan isteri tersayang?” Usik
Tengku Hafiz lagi.
“Ris
ada date dengan Lia nak pergi shopping groceries.” Jawab Tengku Haris selamba.
Lalu dia melangkah keluar dari bilik pejabat Tengku Hafiz.
SEBAIK sahaja
selesai membeli barang keperluan dapur, mereka
mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah apabila mendapat panggilan
daripada Tengku Jamil yang ingin ke rumah mereka. Kereta yang dipandu Tengku Haris
meluncur laju menuju ke kediaman mereka.
NurAlia
diam seribu bahasa ketika mereka didalam perjalanan pulang. Tengku Haris memandang
isterinya sekilas.
“Alia....”
Panggil Tengku Haris lembut.
“Hmmm....”
“Erm...
apa kata kita pergi honeymoon? Sayang Cakap aje nak pergi mana.” Ujar Tengku Haris
sedikit teruja.
NurAlia
terlopong apabila kata-kata Tengku Haris menampar telinganya.
“Abang
nak kita lupakan tentang kontrak kita dan Lia cuba buang tembok yang ada antara
kita.” Ujar Tengku Haris sambil memandu. NurAlia memandang Tengku Haris disebelahnya.
“Kenapa
tiba-tiba???” Soal NurAlia berani. Sengaja ingin menduga lelaki disebelahnya.
Tengku Haris tersenyum.
“Sebab
abang dah mula yakin dengan perasaan kita. Abang tak nak kita membuang masa
kita lagi.” Terang Tengku Haris sambil membelok keretanya masuk ke perkarangan
kediaman mereka. NurAlia membisu. Tengku Haris merasa terseksa apabila tiada
respon daripada gadis itu.
“Abang
akan tunggu Lia.” Ujar Tengku Haris. Lalu dia meninggalkan NurAlia yang masih
kaku didalam perut kereta.
SEJAK mereka
tiba dirumah petang tadi, Tengku Haris langsung tidak banyak bercakap
dengannya. Satu ditanya, satu dijawab lelaki itu. Lelaki itu kelihatan begitu muram. Ligat otak NurAlia memikirkan cara untuk menarik
perhatian suaminya itu. Matanya memandang ke arah tangga. Kosong. Kedua mertuanya
mungkin sedang berehat ditingkat atas. NurAlia tersenyum.
Kakinya
diatur perlahan menuju ruang tamu dimana Tengku Haris sedang menonton
televisyen. Bahu Tengku Haris dicuitnya. Namun lelaki itu hanya memandangnya
seketika kemudian kembali beralih ke kaca televisyen.
‘Mak
aii... cakap nak tunggu aku. Then kenapa nak masam muka dengan aku pulak?’
bisik NurAlia didalam hati. Dek kerana hatinya tidak senang melihat air muka
suaminya itu, NurAlia memilih untuk memujuk lelaki itu.
Sengaja
NurAlia duduk bersimpuh diatas lantai berhadapan dengan sofa dimana Tengku Haris
sedang duduk. Lelaki itu sedikit pun tidak mengendahkannya. ‘Apa aku nak buat
ni? Kuatkan lah wahai hati. Jangan kau menangis sudah.’ Bisik NurAlia lagi.
NurAlia
mengangkat kepalanya memandang Tengku Haris.
“Awak...”
Tiada
respon. Lalu kedua pipi Tengku Haris disentuh lembut. Tengku Haris menundukkan
kepalanya lalu memandang tepat anak mata isterinya.
“Awak
merajuk ke? Tolongla jangan diam macam ni dengan saya. Tak senang saya kalau
awak macam ni.” Luah NurAlia. Namun lelaki itu masih membisu. NurAlia menahan
airmatanya daripada mengalir dihadapan lelaki itu.
“Awak....”
Panggilnya lagi.
“Abang.”
Balas Tengku Haris akhirnya. NurAlia menelan liur. Tengku Haris menggenggam
kemas tangan isterinya ketika itu.
“Selagi
Lia tak ubah panggilan Lia pada abang, jangan harap Lia boleh lepas dari abang.”
Ugut Tengku Haris. NurAlia terdiam. Cuba menarik tangannya dari genggaman kemas
suaminya.
“Macam
budak-budaklah awak ni.” Rungut NurAlia.
Tengku
Haris sedikit pun tidak menghiraukan rungutan daripada isterinya ketika itu.
Dia tidak akan mengalah kerana dia yakin hati gadis itu adalah miliknya.
“Er...Aaa...bang,
boleh tak lepaskan tangan Lia ni? Sakit tahu tak?” Akhirnya NurAlia mengalah.
Tengku Haris menunduk, lalu mengucup dahi NurAlia serentak lelaki itu
melonggarkan genggaman tangan mereka. NurAlia menutup matanya apabila terasa
bibir suaminya itu mengucup dahinya. Hatinya tenang.
“Yam,
tengok anak menantu kita ni. Nampaknya hajat awak nak dapat cucu kedua tak lama
lagi akan dimakbulkan.” Ujar Tengku Jamil yang entah bila sudah berada disitu
bersama Engku Maryam.
Tengku
Haris tersengih. NurAlia tertunduk malu. Engku Maryam dan Tengku Jamil melabuhkan
punggung berhadapan mereka.
“Papa
ni kalau iya pun, bagilah salam dulu. Terperanjat kami dibuatnya .” Ujar Tengku
Haris selamba. NurAlia hanya mampu tersenyum ketika itu.
best..tak lama lagi boleh la dapat baby..
ReplyDeleteOwh so sweet..... #^_^
ReplyDeleteSalam, nampaknya Tengku Haris sendiri yang jatuh cinta kembali terhadap isterinya. Apakah cinta ini akan berkekalan apabila NurAlia adalah Pengarah Urusan sebenar Mega Jaya. Pastinya peguam NurAlia akan membeli kesemua saham yang dijual. Diharapkan Tengku Haris tidak menuduh NurAlia perkara yang bukan-bukan lagi selepas ni. Eda Suryani, cerita ni pasti ada konflik yang hebat lagikan?
ReplyDeletehehehe... terima kasih sudi memberi komen ya. :)
ReplyDeletetolong la cept smbung cite ni..x sabr dh nk tgk ape jd pasni...hehehe
ReplyDeleteMuch Like kak! >.<
ReplyDeletelagi3x..Keep it up!^_<
best la cepatlah sambung ya tq.
ReplyDeleteTidak kah Nur Alia tahu bertapa runcingnya co. milik keluarganya..adakah T.Haris dan T. Jamil akan terkejut bila mengetahui Nur Alia bukan calang calang orangnya..dan adakah timbul perasaan prasangka T.Haris kepada isterinya..kenapa isterinya menjadi maid sedangkan isterinya datang dari keluarga yg bukan calang calang..hopefully ada E3 dalam masa yg terdekat ini..teruja nak tahu pergolakan dalam co milik Nur Alia..
ReplyDeletewaa...best nyer...
ReplyDeleteromantik gituu...
hehe...sambung lagi..
-noorwieyl-
cik writer makin pandai la buat org nebes,tertanya2 ape la agknya main conflict. pape pun best off luck sista
ReplyDeleteSAS :b
bile nak kuar yg ke14
ReplyDeleteolong la cept smbung cite ni..x sabr dh nk tgk ape jd pasni...
ReplyDeletebest!...next plz. :D
ReplyDeleteBest5x. Cepat2 la smbg. X sabar nak tgu ni
ReplyDeletesuke citer nie....bace tjuk dia kt pnulisn2u ters jtuh cinta nsb baik x trgolek...xsbr nk tau kish slnjutnya...sbenrnya xsbr n tau reaksi Tngku Haris bile tau spe NurAlia sebnrnya...huhuhu..
ReplyDeleteara
sgt best...x sabar nk baca sambungan dia..hehee
ReplyDeletebest sangat2..!! sangat2 best..!! suka sangat baca karya awak.. x sabar nak tunggu next entry.. :)
ReplyDeleteBest sgt2 x sabar nak tau n3 seterusnya...
ReplyDeletecepatlah sambung cerita nie tak sabarlah.
ReplyDeleteermmmm best thumbs up :)
ReplyDeleteAnna,
ReplyDeleteWhen i can read the next Chapter..... Can wait for tat.....
comey nya
ReplyDelete