Episode 9
SEJAK
mereka pulang dari Kuantan tempoh hari, Tengku Haris
kelihatan dingin sekali dimata NurAlia. Dia tidak berani untuk bertanyakan
perihal lelaki itu kerana bimbang lelaki itu akan bersangka buruk terhadapnya.
Sharifah
Amira yang kini sedang hamil 3bulan lebih banyak menghabiskan waktunya di banglo
itu. Tengku Hafiz pula sudah 2 minggu
tidak ke pejabat dek kerana tempias ‘morning sickness’ si isteri. NurAlia
seakan perasan tentang perubahan Sharifah Amira kepadanya kerana wanita itu
semakin hari semakin kasar dengannya berbanding sebelum ini. Namun kerana
memikirkan mungkin pembawakan budak, NurAlia hanya bertahan walaupun makian
bagaikan makanan telinganya kini.
Bibik
Biah menghampiri NurAlia yang sedang asyik menyiram pokok-pokok bunga di taman
mini itu.
“Bibik...
tak perasan pulak Bibik ada dekat sini.” Seloroh NurAlia. Dia menutup pili air
lalu dia menghampiri Bibik Biah yang sedang duduk di bangku kayu di sebelah
kolam ikan kecil itu.
“Macammana
nak perasan, Lia tu khusyuk sangat duk menyiram pokok. Bibik tengok, Lia macam
ada masalah aje? Gaduh dengan Tengku Haris ke?” Serkap Bibik Biah.
NurAlia
cepat-cepat menggeleng kepalanya.
“Takde
apalah Bik. Lia okay aje.” Ujar NurAlia perlahan. Lantas dia mematikan paip air.
Lalu dia melabuhkan punggung diatas bangku kayu di taman mini.
“Biasalah
Lia, orang dah nak kahwin ni macam-macam dugaannya. Lia kena banyak bersabar.”
Ujar Bibik Biah berbaur nasihat. NurAlia merenung ke tanah sambil menguis
kakinya.
Deruan
enjin kereta Tengku Haris mematikan lamunan gadis muram itu. NurAlia memandang
kereta BMW putih itu. Lalu dia mengangkat punggung lalu meninggalkan taman
mini. Tengku Haris yang baru sahaja
memarkir keretanya di porch banglo sempat melihat tingkah NurAlia sebentar tadi.
TENGKU Haris merenung ke
langit yang hanya diterangi bulan yang terang bercahaya. Sejak pulang dari
Kuantan tempoh hari, dia sering pulang lewat malam dek kerana menyiapkan
tugasan di pejabat yang tidak pernah selesai itu. Fikirannya sedikit terganggu
apabila memikirkan majlis perkahwinannya yang bakal tiba tidak lama lagi.
Tiba-tiba
kedengaran pintu biliknya dibuka. Lantas dia memusingkan badannya menghadap
pintu biliknya. Melihat Tengku Hafiz yang muncul disebalik pintu, Tengku Haris
terus tersenyum.
“Nampak
abang je terus senyum? Apa yang kelakar wahai Tengku Haris?” Tegur Tengku Hafiz
sambil berjalan menghampiri balkoni bilik itu. Tengku Haris menggelengkan
kepalanya.
“Teruk
jugak ye alahan abang ni. Sampai kurus dah Ris tengok.”
“Boleh
tahanlah Ris. Tapi hari ni okay sikit daripada semalam. Mungkin dah beransur
baik kot. Alah, nanti kalau si Alia tu mengandung, tahulah Ris macammana rasa
alahan ni. Sekarang boleh lah gelakkan abang.” Ujar Tengku Hafiz panjang lebar.
Tengku Haris mendengar kata-kata abangnya itu hanya tersenyum pahit. ‘that is
not going to be happen lah bang’ bisik Tengku Haris di dalam hati.
“Ris
dah ready nak jadi suami orang ke ni?” Tanya Tengku Hafiz dengan wajah yang
serius.
“In
Shaa Allah bang. I will be a very good husband to her. Don’t worry lah.” Ucap Tengku Haris seakan
cuba meyakinkan abangnya itu.
“Baguslah
kalau macam tu. Haa.. lupa abang nak bagitahu Ris. Esok Lisa balik sini. Dah
cuti katanya.” Ujar Tengku Haris mendatar.
“Lama
sungguh dia tak balik sini.” Ujar Tengku Haris.
Tengku
Malissa, adik bongsu Tengku Hafiz dan Tengku Haris yang sedang menuntut di
Universiti Malaysia Sabah (USM). Adiknya itu sangat jarang untuk pulang ke
Kuala Lumpur berbanding rumah keluarga mereka di Kuantan.
TENGKU
Haris tersenyum mengagumi keindahan alam ciptaan Tuhan
Yang Maha Esa itu. Hilang segala bebanan
kerja yang ditanggungnya selama seminggu dia sibuk di pejabat tempoh hari.
Jam
8:45 pagi Tengku Haris mendapat panggilan daripada Datin Rohana yang ingin bertemu
dengannya pada petang Sabtu itu. Tengku Haris memandang NurAlia sekilas yang
baru sahaja melintasi ruang tamu. Dia perasan gadis itu sedikit muram sejak
semalam. Wajah gadis itu bermain di mindanya kini.
Tengku
Hafiz dan Sharifah Amira yang baru muncul dari tingkat atas hanya memandang
Tengku Haris yang kelihatan seperti sedang termenung. Tengku Hafiz mendapatkan
adiknya itu manakala Sharifah Amira menghilang ke dapur.
“Hai
Ris, orang nak jadi pengantin ni tak boleh banyak termenung sangat. Nanti takut
hilang seri pengantin.” Usik Tengku Hafiz. Tengku Haris ketawa mendengar usikan
daripada Tengku Hafiz.
“Abang
nak keluar ke mana?”
“Nak
pergi klinik dengan isteri abang. Kenapa?” Tanya Tengku Hafiz sambil matanya
mencari sesuatu di atas meja kecil.
“Lisa
datang sini dengan apa?”
“Erm...
kata Bonda dia datang dengan kereta. Petang nanti sampailah dia tu.”
Tengku
Haris cuma menganggukkan kepalanya sambil matanya terarah dikaca tv. Beberapa minit kemudian Tengku Hafiz meminta
diri untuk ke klinik bersama isterinya itu.
JAM
2:00 petang Tengku Haris sudah bersiap-siap untuk ke
butik milik Datin Rohana. Sebelum dia melangkah keluar dari banglo itu dia
sengaja mencari NurAlia di dapur. Entah
kenapa dia ingin melihat wajah itu sebelum dia melangkah keluar.
Sebaik
sahaja namanya dipanggil oleh Tengku Haris, NurAlia terus cepat-cepat
mendapatkan lelaki itu yang sedang berdiri di tengah-tengah dapur kering.
“Ada
apa awak panggil saya?” Dia sengaja membahasakan Tengku Haris ‘awak’ kerana dia
kini lebih selesa begitu. Walaupun dia tahu lelaki itu masih akan ber’aku’
dengannya.
“Aku
nak keluar ke butik Datin Rohana. Kau ada nak request apa-apa tak?” Tanya
Tengku Haris sambil matanya merenung segenap inci wajah gadis itu.
“Tak
ada.” Ringkas sahaja jawapan yang keluar dari bibir kecil milik NurAlia.
Mendengar
jawapan ringkas dari mulut gadis dihadapannya itu dia terus mengambil langkah
keluar dari banglo itu. Sebaik sahaja
Tengku Haris pergi, NurAlia terus masuk ke dalam biliknya.
SUARA
Bibik Biah yang sedang berbual mesra mencuri perhatian NurAlia yang sedang
menulis sesuatu didalam diarinya. Lantas dia menyimpan diari itu didalam laci
dan terus melangkah keluar dari biliknya. Bibik Biah memandang NurAlia yang
baru sahaja keluar dari bilik itu. Gadis yang berambut perang yang berdiri
berhadapan dengan Bibik Biah turut memusingkan badannya.
“Nilah perempuan yang nak kahwin dengan abang
Lisa tu Bibik? Dasar perempuan tak tahu malu! Cuba kau cermin muka kau tu sikit
Alia.!” Herdik Tengku Malissa.
“Maafkan
saya Tengku. Saya sedar siapa saya ni, tetapi saya bukanlah seperti yang Tengku
fikirkan.” Ucap NurAlia sebak. Lantas dia berlari meninggalkan dapur kering
itu.
Bibik
Biah mengeluh kesal. Tengku Malissa mencebik apabila mendengar kata-kata
NurAlia sebentar tadi.
“Tengku,
Bibik kenal Alia tu macammana. Dah hampir setahun dia kerja dekat sini. Dia
budak baik, Tengku.” Pujuk Bibik Biah lembut.
“Alah,
Bibik bukan tahu apa pun. Entah-entah perempuan tu dah bagi ubat guna-guna
dekat abang tu. Sampai abang nekad sangat nak nikah dengan perempuan yang entah
dari keturunan mana tu.” Ujar Tengku Malissa dengan amarah yang masih bersisa
itu.
Bibik
Biah hanya mampu menggeleng kepala mendengar tuduhan dari mulut Tengku Malissa
itu. Jauh disudut hati tuanya itu dia yakin pembantunya bukanlah seperti yang
Tengku Malissa fikirkan.
NURALIA
duduk termenung di bus stop kecil berhampiran taman perumahan elit itu. Hampir
setengah jam dia berada di situ. Kepalanya sarat memikirkan keputusan besar
yang telah dilakukannya tempoh hari. Perkahwinan yang bakal berlangsung tidak
lama lagi bakal merubah hidupnya walaupun perkahwinan itu cuma seketika. Dia bimbang
hatinya bakal terluka dengan permainannya sendiri. Tanpa sedar satu keluhan
keluar dari bibirnya.
Langit
yang sudah bertukar warna menarik kaki NurAlia untuk berjalan pulang ke banglo
milik keluarga Tengku Haris. Baru sahaja kakinya menapak, tiba-tiba kereta BMW
putih milik Tengku Haris berhenti berhampiran dengannya. NurAlia menjadi tidak
keruan apabila tingkap kereta itu diturunkan.
“Kau
buat apa kat sini Alia?” Tanya Tengku Haris. NurAlia menelan liurnya. Akhirnya dia
cuma kaku berdiri menghadap kereta lelaki itu.
“Dah,
masuk cepat. Hari nak hujan ni.” Arah Tengku Haris tegas.
NurAlia
akur. Sebaik sahaja pintu kereta ditutup, Tengku Haris terus memandu laju
menunju ke satu destinasi yang tidak diketahui NurAlia.
“Awak
nak bawa saya ke mana ni?” Tanya
NurAlia. Tengku Haris sengaja membiarkan soalan itu.
Beberapa
minit kemudian mereka sampai di satu taman permainan kanak-kanak. Tengku Haris
mematikan enjin keretanya lalu melangkah keluar dari perut kereta. Melihat
tingkah Tengku Haris, NurAlia terus keluar dari perut kereta mewah itu.
“Aku
minta maaf sebab mungkin aku dah buat kau keliru. Aku tengok kau macam ada
masalah jer Alia.” Ujar Tengku Haris perlahan. NurAlia turut menyandarkan
badannya di kereta mewah Tengku Haris.
“Tak
ada apalah Tengku. Mungkin sebab saya penat.” Ujar NurAlia ringkas.
“Aku
minta maaf sebab heret kau dalam masalah aku dengan family aku ni. Aku janji
perjanjian antara kita hanya untuk setahun. Aku tak akan letak apa-apa
kesalahan di bahu kau bila hari ‘itu’ tiba nanti.” Ujar Tengku Haris lembut. Dia
memandang NurAlia disebelahnya itu. NurAlia menahan getaran didadanya itu. Banyak
perkara yang mereka bualkan petang itu. Kebanyakkan berkisar tentang
perkahwinan yang bakal menjelang tiba nanti.
Best laa..nak lagi! !!!!!!!
ReplyDeletehehe... thanks sudi respond. :)
ReplyDeletebest...bler nak kuar versi novel??
ReplyDeletelambat lagi ka nak kuar bab 10 ????????? bila ek ?????
ReplyDeletebetnyerr..nk lagiiii
ReplyDeleteAdakah sharifah amira bekas kekasih tengku haris?
ReplyDeletebest..bler nak kuar ep 10
ReplyDeletebest!!!! =Dv
ReplyDeleteNak Lagi boleh?cerita awak bestlah!!
ReplyDeletethumbs up!
Sorry. Episode 10 still in progress. Me bz ngan wedding. In shaa Allah esok I will upload it.
ReplyDeleteSabar na..
aih, lambat lg ke nk upload? nk lagi nk lagi nk lagi :)
ReplyDelete-M
Assalamualaikum. Bila nak keluarkan post terbaru?
ReplyDeleteakhir ada juga blog tq.
ReplyDelete