19 December 2012

Be Mine, My Maid? Episode 10


Episode 10
Hanya sekali lafaz sahaja NurAlia kini sah menjadi isteri kepada Tengku Haris. Airmata seperti mengerti perasaannya ketika lafaz akad terlafaz. Apabila Tengku Haris mengucup dahinya,  NurAlia seperti merasakan sesuatu. Entah kenapa perasaan kasih terhadap lelaki yang baru bergelar suami itu hadir terlalu dalam.

Majlis resepsi mereka diadakan dalam suasana yang cukup meriah di perkarangan banglo mewah itu. NurAlia dilayan baik sekali oleh Tengku Haris sepanjang majlis resepsi mereka itu.  NurAlia merenung cincin perkahwinan yang terletak cantik di jari manisnya. Terimbau kembali saat Tengku Haris menyarungkan cincin ke jari manisnya pagi tadi. Ada satu perasaan aneh yang mula hadir didalam dirinya tatkala dia mengucup tangan Tengku Haris.

Tengku Haris menutup pintu biliknya perlahan. Dia memandang NurAlia yang sedang termenung di balkoni biliknya. Kakinya melangkah menuju ke katil lalu direbahkan badannya di situ. NurAlia yang terdengar pintu bilik ditutup cepat-cepat memusingkan badannya. 

“Aku ada sesuatu nak bincang dengan kau.” Ujar Tengku Haris sebaik sahaja mereka bertentang mata.
NurAlia melangkah perlahan menghampiri katil pengantin. Tengku Haris membetulkan kedudukannya. Lalu dia menepuk tilam empuk itu memberi isyarat supaya NurAlia duduk disebelahnya. NurAlia hanya akur dengan permintaan Tengku Haris.

“Aku nak berterima kasih dekat kau kerana kau dah tolong aku. Aku akan ikut segala syarat-syarat yang kau letakkan sebelum ni. Dan aku janji selepas 6 bulan usia perkahwinan kita ni, aku akan lepaskan kau seperti dalam perjanjian kita. Aku harap sepanjang 6 bulan ni kita boleh jadi kawan. Aku tak nak kau anggap kau masih orang gaji keluarga ni. Faham?” Ujar Tengku Haris. NurAlia cuma mengangguk mendengar kata-kata Tengku Haris.

“Oh ya, aku tak nak kau panggil aku Tengku depan family aku. Kau faham kan? Dah lah, dah lewat ni. Aku nak tidur.” Ujar Tengku Haris sambil menepuk bantal. NurAlia terkial-kial sendirian di depan Tengku Haris.

“Kau ambil bantal tu, kat dalam almari tu ada comforter. Tidurlah kat mana kau nak tidur. Jangan kau berani tidur atas katil aku ni. Faham?” NurAlia hanya akur dengan kata-kata Tengku Haris. Kepalanya sarat memikirkan kehidupan yang bakal ditempuhi sebagai seorang isteri. Dia sedar perkahwinan mereka hanyalah seketika, namun dia tetap harus taat kepada suami walau apa sekalipun. Dia nekad untuk menjalankan kewajipannya sebagai seorang isteri walaupun perkahwinan mereka hanya seketika.

USAI menunaikan solat Subuh, NurAlia cuba mengejutkan Tengku Haris untuk menunaikan solat. Sebaik sahaja Tengku Haris terjaga dari lenanya, NurAlia terus meminta izin lelaki itu untuk turun ke tingkat bawah untuk membantu Bibik Biah menyediakan sarapan.

NurAlia mencuit bahu wanita separuh abad yang sedang mencuci pinggan di sinki. Wanita itu ketawa apabila melihat NurAlia berdiri dibelakangnya.

“Alia... buat apa kat dapur ni? Awak tu kan dah jadi menantu dalam rumah ni. Dah, tak payah nak buat kerja ni. Bibik boleh buat.” Ujar Bibik Biah apabila melihat laju sahaja tangan NurAlia mencapai teko kosong di dalam kabinet.

NurAlia mengeluh mendengar kata-kata wanita tua itu. Walaupun dia sudah bergelar isteri kepada Tengku Haris, namun tiada sedikit pun perbezaan yang dia rasai. Bagi dirinya dia tetap NurAlia yang sama.

“Ala Bibik ni, Lia dah terbiasa buat kerja dalam rumah ni. Tak salah kan Lia tolong Bibik macam sebelum ni? Lagipun, tak ada beza apa pun.” Ujar NurAlia sambil tangannya ligat membancuh teh panas. Bibik Biah hanya menggeleng kepala melihat NurAlia yang ligat membantunya.

JAM 8 pagi kelihatan Tengku Jamil dan Engku Maryam baru sahaja menuruni anak tangga. NurAlia yang baru sahaja selesai meletakkan sarapan pagi di atas meja makan sempat menoleh sekilas apabila terdengar ada suara dari satu sudut.

“Yam, tengok menantu baru awak ni.. Dah jadi menantu kita pun dia sibuk buat kerja dapur lagi. Bertuah kita dapat menantu macam ni, Yam.” Puji Tengku Jamil sebaik sahaja mereka memasukki ruang makan. NurAlia menguntum senyuman apabila matanya bertembung dengan anak mata pasangan suami isteri itu. Engku Maryam menepuk bahu NurAlia sebagai tanda setuju dengan pujian suaminya sebentar tadi.

“Haris belum bangun lagi ke Lia?” Soal Tengku Jamil kepada NurAlia yang baru sahaja ingin beredar dari ruang makan.

“Ten.....Erm... Abang Haris dah bangun solat Subuh pagi tadi. Agaknya dia sambung tidur.” Ujar NurAlia perlahan. Tengku Jamil hanya mengangguk mendengar jawapan menantunya.

“Lia tak makan sekali?” Soal Engku Maryam.

“Err... Tak apalah Bonda. Lia nak panggilkan Abang Haris dulu. Lia naik atas dulu Bonda, Papa.” Ujar NurAlia dengan penuh hormat. Lantas dia mengatur langkah menuju ke tangga.

Air muka Tengku Malissa terus berubah menjadi kelat apabila dia terpandangkan NurAlia yang baru sahaja ingin mendaki tangga. Tengku Malissa menghampiri NurAlia yang hanya menunduk itu.

“Kau jangan ingat aku tak tahu apa muslihat kau kahwin dengan abang aku. Dasar perempuan kampung!.” Bisik Tengku Malissa. NurAlia tergamam. Dia menahan sebak didadanya. Tanpa menunggu lama, Tengku Malissa terus meninggalkan NurAlia yang masih lagi kaku di situ.

Tengku Haris mengerutkan dahinya apabila melihat NurAlia kaku berdiri di atas tangga. Tengku Hafiz dan Sharifah Amira yang baru sahaja keluar dari kamar mereka itu turut kehairanan melihat NurAlia. Tengku Haris memandang Tengku Hafiz dibelakangnya. Lantas dia menuruni anak tangga menghampiri NurAlia.

“Sayang, kenapa berdiri kat sini ni?” Tanya Tengku Haris dengan lembut. Sengaja dia tinggikan suaranya. Tangan NurAlia disentuhnya lalu dia menarik gadis itu ke ruang tamu. Tengku Hafiz menguntum senyuman melihat kemesraan yang dipamerkan.

“Kenapa dengan kau ni?” Tanya Tengku Haris setelah pasti abang dan kakak iparnya sudah hilang disebalik ruang makan.

NurAlia mengangkat wajahnya. Wajah bersih Tengku Haris ditatapnya. Hatinya pedih apabila teringatkan tuduhan melulu Tengku Malissa. Dia tidak mahu Tengku Haris tahu akan hal itu. Kerana dia tidak mahu Tengku Malissa semakin membenci dirinya. Akhirnya soalan Tengku Haris dibiarkan tidak berjawab. Cuma mata mereka berbicara.
*****
Genap 2 minggu usia perkahwinan mereka, Tengku Haris telah membawa NurAlia berpindah ke sebuah banglo 2 tingkat milik Tengku Haris di Ampang. Walaupun pada mulanya keputusan Tengku Haris untuk berpindah dari banglo keluarganya dibantah oleh Engku Maryam, namun demi perjanjian dalam perkahwinan dia dan NurAlia, dia terpaksa berkeras untuk membuat keputusan untuk tinggal berasingan.

NurAlia mengerling sekilas ke arah jam didinding dapur. Kebiasaannya Tengku Haris akan pulang dari pejabat tepat jam 6 petang. Jam didinding sudah ke angka 7. Satu keluhan terlahir dibibir. Seperti sudah menjadi rutin hariannya menanti kepulangan si suami dari pejabat. Dia bagaikan sudah terbiasa dengan rutinnya itu. Walau pada mulanya Tengku Haris tidak menyenangi tindakan NurAlia, namun semakin hari dia mula menyenangi tindakan isterinya itu.

Sejak berpindah ke situ, mereka tidak lagi berkongsi bilik. NurAlia sengaja memilih bilik di tingkat bawah berdekatan dengan bahagian dapur rumah. Tengku Haris pula seperti gembira dengan pilihannya ketika mereka baru berpindah tempoh hari.

Tengku Haris menolak perlahan pintu utama rumah. Matanya melilau sekeliling ruang tamu mencari sebatang tubuh NurAlia. Namun gagal. Telinganya dapat menangkap satu suara yang lunak sedang menyanyi. Bibirnya menguntum senyumman. Lantas kakinya diatur menuju ke dapur. NurAlia yang sedang menari-nari sambil memegang botol kicap direnungnya. Gadis itu sedikit pun tidak menyedari kehadiran Tengku Haris di situ.

“Sejak bila botol kicap dah tukar jadi mic ye Puan Alia?” Sindir Tengku Haris mematikan suasana. NurAlia terdiam.  Kaku berdiri berdekatan sinki apabila terdengar suara itu. Mukanya merah menahan malu. Tengku Haris menahan tawa.

“Err... Awak.. Awak dah lama balik? Soal NurAlia gagap akibat menahan malu.
Tengku Haris akhirnya ketawa melihat reaksi NurAlia. NurAlia tertunduk malu.
“Aku dah dekat 10 minit berdiri kat sini tengok konsert kau. Terer jugak kau menari ye. Nasib baik tak melayang barang kat dapur ni.”

NurAlia mendengus geram dengan usikkan Tengku Haris.

“Konsert kau dah habis kan? Aku lapar ni.” Ujar Tengku Haris selamba. NurAlia cuba mencapai sudip untuk memukul Tengku Haris yang masih tidak berhenti menyakatnya. Tengku Haris ketawa melihat NurAlia yang sudah naik marah itu.

“Okay-okay. Aku nak naik atas, mandi. Nanti kau dah siap masak, panggil aku.” Ujar Tengku Haris dengan tawa masih bersisa itu.

“Yela.. Saya dah siap masak dah pun. Cuma nak hidang aje. Nanti awak dah siap semua, awak turun lah makan.” Ujar NurAlia. Tengku Haris hanya mengangguk lalu mengatur langkah menuju ke tangga untuk ke kamarnya.

NurAlia tersenyum apabila teringatkan usikan Tengku Haris sebentar tadi.  Sebaik sahaja selesai menghidang makan malam, NurAlia terus ke kamarnya untuk menunaikan solat Maghrib. Sebaik sahaja selesai menunaikan solat, NurAlia melangkah keluar dari kamarnya.

Tengku Haris memandang NurAlia yang baru sahaja keluar dari kamarnya.

“Kau dah makan?” Tanya Tengku Haris.

“Belum. Awak makanlah dulu.” Jawab NurAlia lembut.

“Apa salahnya makan sekali dengan aku? Dah, mari makan dengan aku. Tak payah cakap banyak.” Arah Tengku Haris tegas.  ‘Berdosa ingkar perintah suami.’  Entah dari mana datangnya suara membuatkan NurAlia akhirnya akur. Dia sedar Tengku Haris tetap suaminya walaupun perkahwinan mereka hanyalah berdasarkan perjanjian. 

Sebaik sahaja selesai makan malam, NurAlia menyertai Tengku Haris menonton tv di ruang tamu. Tengku Haris memandang NurAlia sekilas. Gadis itu seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Kau ni kenapa? Ada masalah ke?” Soal Tengku Haris.

NurAlia cepat-cepat menggelengkan kepalanya.
“Habis tu? Yang muram aje ni?”

“Saya bosanlah duduk kat rumah ni. Kalau dulu ada juga Bibik Biah. Tak lah sunyi sangat. Kat sini saya sorang je kat rumah.” Rungut NurAlia. Puas setelah berjaya meluahkan apa yang tersirat.

“Kau nak aku hantar kau balik sane ke? Kau nak hadap Lisa hari-hari ke? Kau sanggup?” Soal Tengku Haris bertalu-talu. Nama Lisa yang diungkit Tengku Haris mengejutkan NurAlia.  Air mukanya terus berubah.

“Kau ingat aku tak tahu kau dengan Lisa ada masalah? Jangan dilayan sangat Lisa tu.” Ujar Tengku Haris sambil memandang NurAlia. Mata mereka bertembung. Cepat-cepat NurAlia mengalihkan pandangannya ke televisyen. Debaran didada membuatkan dia tidak selesa berada berduaan di ruang tamu. Lantas dia meminta diri untuk ke kamarnya.

Tengku Haris mengurut dadanya sebaik sahaja NurAlia meninggalkannya sendirian di ruang tamu. Ada sesuatu yang dia rasakan kini. Apabila hatinya terdetik sesuatu, cepat-cepat dia cuba menidakkan. Akhirnya Tengku Haris membuang perasaan itu jauh-jauh.
*****
SETELAH bersiap ala kadar, NurAlia bergegas ke Pejabat peguam Arwah Mama untuk membincangkan tentang wasiat yang ditinggalkan untuknya. Sekian lama dia menunggu kepulangan Encik Hakim dari luar negara untuk menyelesaikan urusan penyerahan harta Arwah Mamanya.

Setelah urusan pembacaan wasiat selesai dan ditandatangani,  NurAlia berasa sedikit tenang walaupun dia terpaksa berdepan dengan satu lagi masalah iaitu Tan Sri Azman. Sampul surat putih kekuningan direnungnya. Sekeping surat dan gambar ditatapnya. Airmatanya mula bertakung apabila membaca isi surat tersebut. Encik Hakim menghulurkan sapu tangan kepada NurAlia. Gadis itu menyambut huluran itu tanpa ragu.

Sebaik sahaja surat itu habis dibaca, NurAlia melipat kembali surat itu lalu dimasukkan kedalam sampul. Gambar hitam putih itu ditenung lama. Lelaki yang berdiri disebelah Tan Sri Azman dalam gambar itu dia pasti adalah bapa kandung yang dicarinya. Gambar itu dihulur kepada Encik Hakim yang setia menantinya.

“Dalam surat ni, Arwah Mama ada bagi satu hint. Kampung Raja, Besut. Mungkin dia masih tinggal disitu. Or maybe, adik beradik dia masih disitu.” Ujar NurAlia. Encik Hakim mengeluarkan telefon bimbitnya. Lalu dia menghubungi orang suruhannya.

“I dah contact dengan pembantu I, In Shaa Allah in few days kita akan dapat maklumat baru.” Ujar Encik Hakim tenang.  NurAlia mengangguk cuma. Ada sesuatu sedang bermain difikirannya kini.

“Macammana dengan Mega Jaya?” Soal NurAlia tiba-tiba. Air muka Encik Hakim berubah serta merta.

“I minta maaf sebab saham milik Arwah Puan Sri di Mega Jaya Sdn. Bhd tak dapat nak diselamatkan sebelum Arwah meninggal. Tan Sri Azman berjaya memaksa Arwah untuk tandatangan dokumen pindah milik saham syarikat. I dengar company tu sekarang tengah dilanda krisis. Mungkin nanti ada sesuatu yang tak jangka berlaku.” Terang Encik Hakim. NurAlia mengeluh perlahan.

Mega Jaya Sdn. Bhd. adalah salah sebuah syarikat terbesar di Malaysia. Syarikat itu telah diamanahkan oleh Arwah datuk NurAlia kepada Arwah Mamanya. NurAlia perlu mendapatkan kembali haknya sebagai pewaris tunggal Mega Jaya Sdn. Bhd.

“You kena bantu I untuk dapatkan kembali syarikat tu. No matter what.” Ujar NurAlia. Dia nekad untuk mendapatkan kembali syarikat itu demi untuk mengembalikan harta milik keluarganya.

14 comments:

  1. wah tak sabar nak tgk alia berjuang nak dapatkan syarikat milik keluarga nya..
    harap lepas ni tengku rasa sayang dan cinta dan rasa berat hati nak lepaskan alia...

    cite ni best...

    ReplyDelete
  2. kita pun tak sabar.....macam wanie cakap....

    ReplyDelete
  3. genre jalan citer diadun dgn sebati..senang memahami...well tq's writer...waitin' next en3

    ReplyDelete
  4. Story yang menarik....
    Tak sabar nak baca sambungan.... #^_^

    ReplyDelete
  5. cite nie best...
    keep it up cik writer...
    x sbr nk bca smbungan ... :-)

    ReplyDelete
  6. best.....saya suka

    ReplyDelete
  7. cerite best giller..... bila episod seterusnya? tak sabar nak baca

    ReplyDelete
  8. besttt .. xsbr tnggu n3 strusnya .. :)

    ReplyDelete
  9. cpt2 post entry bru plz.... xsabo teman dh...

    ReplyDelete
  10. sambg la.... best2

    ReplyDelete
  11. In most of the cases, you need to pay the maid service center and they will pay their employees. Maid Service

    ReplyDelete

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...