3 January 2013

Be Mine, My Maid? Episode 11



TENGKU Haris melipat kembali akhbar Berita Harian apabila sudah habis dibaca. Gelas berisi air limau dicapainya. Kepalanya sarat merencanakan aktiviti yang harus dia lakukan bagi menghilangkan kebosanan pada hujung minggu itu. Telefon bimbitnya yang terletak diatas meja disebelahnya berlagu riang. Lantas dia mencapai telefon bimbit itu apabila nama sahabatnya tertera diskrin.

Hatinya lega apabila sahabat karib, Syed Adam ingin bertandang ke rumah untuk pertama kalinya. ‘Macam tau-tau je aku tengah bosan.’ Bisik Tengku Haris didalam hati.  Tidak sampai 5 minit kereta Syed Adam sudah pun berada diluar pagar banglo. Lantas alat kawalan jauh pagar ditekannya. Apabila pintu pagar terbuka luas barulah kereta milik Syed Adam dipandu masuk ke porch.

Tengku Haris tersenyum apabila memandang Syed Adam yang baru sahaja keluar dari perut kereta.

“Wah kawan aku ni makin berisi nampak? Maklumlah kan orang tengah bahagia.” Usik Syed Adam apabila mereka bersalaman. Tengku Haris ketawa mendengar kata-kata rakannya itu.

“Kau ni mengarut ajelah. Dahlah, kau nak lepak kat luar atau kat dalam Syed?” Soal Tengku Haris. Syed Adam memandang segenap ruang laman.

“Kat luar ajelah Ris. Nanti segan pulak bini kau tu.” Jawab Syed Adam selamba. Tengku Haris ketawa kecil.

“Kalau macam tu, kau duduklah dulu. Aku nak masuk sekejap.” Ujar Tengku Haris sebelum menghilangkan diri disebalik sliding door. NurAlia yang sedang mengintai dicelah langsir terus membetulkan duduknya apabila melihat kelibat Tengku Haris.

“Kawan aku datang tu. Kau tolong buatkan air.” Arah Tengku Haris apabila melihat NurAlia diruang tamu. Tanpa berlengah Tengku Haris terus mendapatkan rakannya dianjung rumah.

*****
HAMPIR satu jam Syed Adam berada dirumah Tengku Haris pada hari itu.  Pelbagai perkara mereka berborak pagi itu daripada perihal pejabat hinggalah perihal peribadi termasuk rumahtangga Tengku Haris. Hanya Syed Adam yang mengetahui tentang keadaan sebenar disebalik perkahwinan Tengku Haris dan NurAlia.

Tengku Haris tersenyum apabila mengimbau kembali hari pernikahannya tempoh hari. Syed Adam bagaikan terpegun tatkala melihat NurAlia yang baru diiring masuk ke ruang masjid yang menjadi saksi pernikahan mereka. Itulah kali pertama Syed Adam berjumpa dengan NurAlia setelah gadis itu sering menjadi tajuk perbualan antara dia dan Tengku Haris beberapa hari sebelum hari pernikahan Tengku Haris.

“Ris, baik kau lupakan kontrak enam bulan kau tu. Kalau aku dapat perempuan macam Alia tu , aku campak aje kontrak mengarut korang tu.” Itulah kata-kata Syed Adam yang menampar telinganya sebaik sahaja NurAlia diiring memasukki ruang masjid.

Entah mengapa wajah putih bersih NurAlia bermain dimata. Wajah gadis itu jugalah sering menganggu konsentrasi dikala dia sibuk dengan kerja di pejabat. Satu keluhan terlahir dibibir tanpa sedar.

“Awak, saya dah siapkan makan tengahari. Awak nak makan sekarang tak?” Soal NurAlia sebaik sahaja melihat Tengku Haris yang masih belum berganjak dari duduknya di luar rumah.

Pertanyaan NurAlia menyedarkan Tengku Haris dari lamunannya.  Wajah gadis itu dipandangnya lembut.  Gadis itu tidak pernah melupakan tugasnya sebagai isteri. Segala keperluan diri Tengku Haris dijaga rapi oleh gadis itu.  Perasaan halus yang pernah tersimpan untuk gadis itu suatu masa yang dulu bagaikan kembali berputik kini.

“Awak.....” Jerit NurAlia apabila lelaki itu asyik merenungnya. Perasaan kurang enak menjelma didalam dirinya. Lengan Tengku Haris sengaja dicubitnya.

Tengku Haris menjerit kesakitan apabila terkena cubitan NurAlia.

“Padan muka. Saya tanya awak ni. Nak makan ke tak?” Tanya NurAlia geram. Tengku Haris tersenyum melihat NurAlia yang sudah naik angin itu.

“Jomlah. Temankan aku makan sekali.” Ujar Tengku Haris yang sudah berdiri itu. NurAlia menjeling ke arah Tengku Haris lalu melangkah pergi. Langkah kaki diatur membuntuti langkah kaki Tengku Haris.

Di meja makan, Tengku Haris terlopong apabila melihat lauk pauk yang terhidang diatas meja. Sebaik sahaja nasi putih sudah didepan mata, Tengku Haris tidak menunggu lama untuk menyedok lauk ke dalam pinggannya. NurAlia gembira melihat Tengku Haris yang cukup berselera menikmati masakannya itu.

“Mana kau tahu ni lauk favourite aku?” Soal Tengku Haris sambil bersandar kekenyangan. NurAlia menjungkit bahu.

“Seingat aku, dekat rumah dulu kau tak pernah pun masak lauk ni.”

“Entahlah. Harini tekak saya rasa nak makan ikan masak asam macam ni. Tak sangka pulak favourite awak.” Ujar NurAlia selamba. Lantas dia mengambil pinggan Tengku Haris lalu ke dapur. Tengku Haris tersenyum sendiri. Tidak puas dia merasa masakan NurAlia. Buktinya hampir tiga pinggan dia menjamah nasi tengahari itu.

NurAlia muncul di ruang tamu dengan sepinggan tembikai sebagai pencuci mulut.  Dia ketawa lucu melihat Tengku Haris yang bersandar kekenyangan di sofa.

“Kalau hari-hari kau masak macam ni, gemuklah aku nanti.” Rungut Tengku Haris sambil mengurut perutnya.
NurAlia mencebik. “Kalau takut gemuk, tak payah lah makan berpinggan-pinggan macam tadi.” Bidas NurAlia selamba. Tengku Haris merenung tajam ke arah NurAlia yang selamba berkata-kata. NurAlia menjelir lidah apabila sedar diri direnung tajam oleh Tengku Haris.

“Kalau aku gemuk, nanti orang cakap kau pandai jaga suami. Tak gitu Puan Alia?” Balas Tengku Haris sambil ketawa mengekek. NurAlia menjungkit bahu cuma.

*****
JAM 6:45 pagi NurAlia sudah sibuk menyediakan sarapan pagi buat Tengku Haris. Apabila selesai menghidang sarapan pagi diatas meja makan. NurAlia mengatur langkah menuju ke tingkat atas. Pintu bilik Tengku Haris diketuk perlahan. Hanya beberapa ketukkan sahaja pintu bilik lelaki itu dibuka dari dalam.
Tengku Haris yang hanya bertuala memandang NurAlia yang ayu berbaju kurung dihadapannya. Tengku Haris ketawa melihat wajah gadis itu merona kemerahan.

“Ada apa kau ketuk pintu pagi-pagi ni? Rindu aku ke?” Usik Tengku Haris selamba. NurAlia cepat-cepat menggeleng kepalanya.

“Buang masa je nak rindu-rindu awak. Nanti turun sarapan.” Balas NurAlia geram. Tidak menunggu lama dia terus menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah.

Tengku Haris ketawa melihat perilaku NurAlia sebentar tadi.  Baju kemeja biru didalam almari menjadi pilihannya untuk ke pejabat pada pagi Isnin itu. Sebaik sahaja berpuas hati dengan penampilannya, Tengku Haris terus mencapai briefcase dan telefon bimbit lalu bergegas ke tingkat bawah.

Bau haruman yang dipakai Tengku Haris memberi sedikit ketenangan kepada NurAlia. NurAlia memandang Tengku Haris yang baru sahaja muncul dari tingkat atas. Bibir lelaki itu mengukir senyuman manis. NurAlia bagaikan terbuai melihat penampilan lelaki itu pada pagi itu.  Gelora didalam hatinya cuba ditahan.

“Awak nak sarapan tak?” Tanya NurAlia. Tengku Haris meletakkan briefcase di atas sofa ruang tamu.
Jam dipergelangan tangan dipandang sekilas. Lalu dia mengangguk. Bagaikan disampuk, NurAlia menarik lengan Tengku Haris untuk ke ruang makan. Tengku Haris bagaikan terpana dengan tindakan NurAlia yang begitu selamba menarik lengannya. Ketika diruang makan barulah NurAlia perasan akan tingkahnya sebentar tadi.  Tengku Haris tersenyum sumbing. NurAlia berlagak selamba.

“Sorry.” Itu sahaja yang terkeluar dari bibir NurAlia ketika itu. Malu bukan kepalang dirasakan ketika itu.  Mee goreng kegemaran Tengku Haris dicedok ke dalam pinggan. Mereka menikmati sarapan pagi tanpa sebarang suara. Sebaik sahaja Tengku Haris menghabiskan mee goreng didalam pinggannya, lantas lelaki itu berdiri sambil meneguk air secawan teh. NurAlia yang masih belum habiskan mee goreng didalam pinggannya terus berhenti apabila melihat Tengku Haris seperti sudah lambat untuk ke pejabat.

NurAlia mengejar langkah Tengku Haris yang sedang memakai kasut di pintu utama. “Awak!!!” Jerit NurAlia. Tengku Haris yang sudah  siap berkasut memandang NurAlia yang menjerit memanggil namanya. 

“Ada apa? Aku dah lambat ni.” Ujar Tengku Haris sambil memandang jam dipergelangan tangannya.
NurAlia menghulurkan tangannya untuk menyalami Tengku Haris. Melihat perlakuan NurAlia, Tengku Haris terpana sebentar. Namun huluran tangan itu disambut lembut. Hatinya bagaikan berbunga riang tatkala bibir NurAlia dirasakan mengucup lembut tangannya. Itulah rutin NurAlia hampir setiap hari sejak mereka bergelar pasangan suami isteri. Pagi itu seperti ada suatu kelainan dirasakan. Perasaan aneh yang kerap dirasakan tempoh hari kini kembali hadir.

NurAlia cuba menarik tangannya yang masih digenggam kemas. Mata mereka bertentangan seketika. Sebuah kucupan hangat diberikan di dahi NurAlia. NurAlia tersentak. Tengku Haris tersenyum melihat mata NurAlia yang bulat memandang tepat ke arahnya. Dagu NurAlia dicubit lembut lalu dia melangkah ke kereta. Tengku Haris mengenyitkan matanya sebelum dia memasukki keretanya.

Pintu utama ditutup rapat sebaik sahaja kereta Tengku Haris hilang dari pandangan. NurAlia mengurut dadanya perlahan.  Dia sedar dirinya kini sudah bertemu dengan pemilik hatinya. Sejak hari pertama mereka bergelar suami isteri lagi perasaan kasih terhadap Tengku Haris sudah pun hadir.

Walaupun pernah suatu ketika dia menolak keras perasan cinta yang mula tumbuh buat suaminya apabila sedar perkahwinan mereka hanyalah sementara. Namun kini dia nekad untuk tetap menyintai lelaki itu walaupun dia pasti suatu hari nanti dia akan terluka.  Kakinya diatur ke tingkat atas.  Dengan lafaz bismillah, NurAlia membuka pintu bilik Tengku Haris. Semerbak bau minyak wangi lelaki itu mencucuk hidungnya. NurAlia bagaikan diulit bahagia. Terasa Tengku Haris begitu dekat dengannya ketika itu.

Tangannya mengusap bantal yang digunakan Tengku Haris. Lalu dia menghampiri meja kerja Tengku Haris. Gambar lelaki itu ditatapnya. Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Lantas tangannya mencapai sehelai kertas nota kecil dan sebatang pen. Dengan senyuman, dia membongkokkan badannya dan menulis sesuatu diatas kertas tersebut.

Terima kasih kerana sudi menjadi suami saya walaupun untuk seketika. Sayang awak.
Truly love  you,
                    NurAlia

Kertas kecil itu diletakkan didalam sebuah buku yang terletak diatas meja itu. Lantas NurAlia melangkah keluar dari bilik itu. Kakinya diatur menuju ke kamarnya ditingkat bawah. Telefon bimbit dikepala katil dicapainya. Laju sahaja jarinya menekan butang di telefon bimbitnya. Pesanan ringkas daripada Encik Hakim dibuka. Matanya membuntang memandang tepat ke arah skrin.

Sebaik sahaja selesai membaca pesanan itu, laju sahaja jari-jemari NurAlia menekan butang di telefon bimbitnya untuk membalas pesanan ringkas itu. NurAlia menarik nafas lega apabila pesanan ringkas daripada Encik Hakim dibacanya.

Maklumat yang baru sahaja diterima berkenaan bapa kandungnya sedikit sebanyak memberi dia harapan untuk kembali merasa kasih sayang daripada seorang bapa. Satu senyuman terukir diwajah NurAlia. Mengharapkan satu keajaiban bakal berlaku.

TENGKU Haris mengerling jam di dinding bilik pejabatnya. Dia menelan liur apabila terkenangkan masakan NurAlia kelmarin. Bagaikan terbau masakan gadis itu, lantas tanpa menuggu lama Tengku Haris mencapai telefon bimbit dan kunci kereta lalu dia bergegas melangkah keluar dari biliknya.

Nancy yang sedang menjawab panggilan telefon terus berdiri sebaik sahaja terpandang majikannya yang baharu sahaja keluar dari biliknya itu.

“I nak keluar lunch. I’ll be back after 2 p.m.” Beritahu Tengku Haris tegas.  Lantas dia mengatur langkah menuju ke lif.

“Baik Tengku.”

“Kau masak apa tengahari ni?” Tanya Tengku Haris sebaik sahaja mendengar suara NurAlia dihujung talian.

“Salam pun tak terus tanya orang macam nak makan. Saya tak masak harini.” Balas NurAlia.
Tengku Haris mendengus geram. ‘Pandai kau menjawab ye.’ Ujarnya dalam hati.

“Aku dah on the way balik rumah ni. Kau tolong masakkan lauk semalam untuk aku.” Pinta Tengku Haris. Tengku Haris tersengih apabila mendengar NurAlia merungut tidak cukup 

bahan untuk memenuhi permintaannya itu.
“Yelah, aku belikan. Kau SMS senarai barang, aku belikan. Cepat!” Ujar Tengku Haris. Sebaik sahaja mematikan talian, Kereta yang dipandu Tengku Haris meluncur laju ke pasaraya untuk membeli barang keperluan yang telah disenaraikan oleh NurAlia.

Sebaik sahaja berjaya mendapat parkir kereta, Tengku Haris bergegas keluar dari perut kereta mewahnya. Tengku Haris kaku berdiri apabila kakinya memasukki Groceries Section di tengah-tengah pasaraya tersebut.  Dia bagaikan menjadi tumpuan wanita-wanita separuh abad yang sedang membeli belah di bahagian itu. Matanya memandang skrin telefon bimbitnya.Cuba menghafal beberapa barang yang dipesan NurAlia.

‘Manalah aku tahu menda alah yang dia pesan ni. Aduiiii... Menyesal betul.’ Jeritnya didalam hati. Matanya terpandang seorang wanita 50-an yang sedang membelek sesuatu.

“Assalamualaikum.” Sapa Tengku Haris perlahan. Wanita itu memandang Tengku Haris kehairanan.
“Waalaikummussalam. Kenapa nak?” Soal wanita itu lembut. Wanita itu tersenyum apabila melihat Tengku Haris yang kemas berkemeja sambil memegang bakul. Seolah-olah dapat membaca fikiran Tengku Haris, wanita itu membantu Tengku Haris mendapatkan beberapa barangan yang tidak dikenalinya.

Tidak tahu ingin membalas budi wanita itu, Tengku Haris cuba untuk  membayar barang yang dibeli oleh wanita itu. Namun ditolak lembut dengan alasan ikhlas membantu. Tengku Haris tersenyum. Hanya ucapan terima kasih terlahir dibibirnya.

*****
Tengahari itu Tengku Haris makan berselera sekali bagaikan tidak puas menikmati lauk kegemarannya itu. Lelaki itu makan 3 pinggan nasi tengahari itu. NurAlia cuma menggeleng kepala melihat Tengku Haris.

“Kenapa? Kau hairan ke tengok aku macam ni?” Soal Tengku Haris sambil membasuh tangannya. NurAlia mengerutkan dahinya.

“Nak hairan ape pulak? Semalam awak dah bedal  3 pinggan nasi, hari ni pun awak bedal 3 pinggan. Nanti badan tu dah gemuk jangan salahkan saya pulak.” Ujar NurAlia selamba.

Tengku Haris mencebik. “Ape susah? Nanti kau lah jadi mangsa kena teman aku pergi jogging pagi-pagi. Kan sayang?” Usik Tengku Haris sambil mencuit hidung NurAlia.

NurAlia menjeling tajam. Lantas dia mengutip pinggan lalu dibawa ke sinki dapur. Tengku Haris ketawa. Masakan gadis itu benar-benar berjaya mengikat perutnya. Saban hari dia sentiasa memikir tentang gadis itu. Dia sedar cinta yang telah berkubur suatu masa dulu, telah kembali bertaut. Namun dia tidak berani untuk meluah. Tengku Haris mengeluh perlahan. Kakinya diatur ke kamarnya di tingkat atas.

Jam 1:45 petang barulah Tengku Haris muncul di ruang tamu kemas berpakaian pejabat. Pintu bilik NurAlia diketuk beberapa kali. NurAlia membuka pintu kamarnya. Tengku Haris yang berdiri dihadapannya dipandang dari atas ke bawah.

“Aku nak balik office. Nanti aku balik rumah macam biasa.” Beritahu Tengku Haris. NurAlia mengangguk. Kakinya diatur menghantar Tengku Haris ke pintu utama. Tanpa banyak soal NurAlia mencapai tangan Tengku Haris lalu dikucup lembut. Seperti sudah terbiasa, Tengku Haris menghadiahkan satu kucupan didahi NurAlia. NurAlia tersipu malu. Tengku Haris tersenyum lalu dicuit hidung gadis itu. Kemudia meminta diri untuk bertolak ke pejabat.

*****
BELUM lagi sempat Tengku Haris melabuhkan punggungnya dikerusi empuknya, pintu bilik pejabatnya ditolak. Tengku Haris mengangkat kening apabila melihat Tengku Hafiz muncul dari balik pintu.

“Awal lunch hari ni Tengku Haris?” Perli Tengku Hafiz sambil tersenyum. Tengku Haris berpura-pura membetulkan tali lehernya.

“Ada apa bang?” Soal Tengku Haris cuba mengelak daripada menjawab soalan abangnya itu. Tengku Hafiz ketawa melihat gelagat adik lelakinya itu.

“Abang dengar Mega Jaya tengah bermasalah sekarang? Betul ke?” Soal Tengku Hafiz.

“Papa beritahu ke?”

Tengku Hafiz mengangguk.

“Mungkin CEO Mega akan buka harga untuk jual saham dia. Tapi Ris tak pastilah betul ke tidak. Kenapa? Abang berminat nak beli saham dia ke?”

“Mungkin. 15% should be okay. Ris tolonglah dapatkan maklumat tentang keadaan semasa Mega. Any good news, bagitahu abang.” Ujar Tengku Hafiz bersungguh-sungguh. Tengku Harus mengangguk.

“I will. Nanti kalau Ris ada dengar dorang dah buka harga, i will let you know.” Ucap Tengku Haris yakin.

“By the way, Bonda ada call Ris?”

“Takda pulak. Kenapa?”

“Bonda call abang semalam, Bonda nak datang sini. Nak bermalam rumah Ris katanya.”

Berita yang baru dia dengar itu bagaikan mencabut nyawanya. Lantas wajah NurAlia bermain dimatanya.

“Ris cubalah call Bonda nanti.” Ujar Tengku Hafiz sambil membelek akhbar dihadapan Tengku Haris.
Tengku Haris menggaru kepala yang tidak gatal itu.







10 comments:

  1. Best.....cinta antara Haris dan Alia dah mula berputik...
    P/s: kerap-kerap lah buat sambungan,tak sabar nak tahu cerita yang selanjutnya... #^_^

    ReplyDelete
  2. alia perlu la pindah bilik...mak mertuakan nak datang

    harap2 bila dah pindah bilik hubungan dia orang suami isteri menjadi lebih erat dan menjadi suami isteri yang sebenar bukan diatas kontrak aja...

    ReplyDelete
  3. Cerita nie mamang best sangat....
    Ps buat penulis:- cepatkan sikit lah episod seterusnya, tak sabar

    ReplyDelete
  4. X sabarnya nak baca epi 12.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. aaaa! curious ape jadi lepas ni. hihi. cepat2laaa update :)
    -M

    ReplyDelete
  6. da lama sy ikut jalan stori ni mmg terkesan d hati.

    ReplyDelete
  7. semakin menarik,penulisan makin bagus..semoga berjaya
    SAS

    ReplyDelete
  8. crita mcm best ja..cpt la bkukan novel ni..mls hbskan msa + current.

    ReplyDelete
  9. camne dyorang kawen??nuralia ada bapak lagi...
    saper jd wali??

    ReplyDelete

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...