NURALIA
kegelisahan di tempat duduknya. Tengku Haris yang sedang menonton Buletin Utama
memandang NurAlia sekilas. Dia perasan gadis itu seolah-olah sedang memikirkan
sesuatu. Ketika mereka sedang menikmati makan malam sebentar tadi, gadis itu tidak
banyak bercakap. Berita kedatangan Engku Maryam dan Tengku Jamil pada esok hari
telah disampaikan sebaik sahaja dia tiba dirumah.
“Kau
ada masalah ke?” Soal Tengku Haris memecahkan kesunyian antara mereka. NurAlia
terpinga-pinga sebentar.
“Aku
tanya, kau ada masalah ke?” Ulang Tengku Haris.
“Tak
adalah. Saya okay.” Jawab NurAlia.
“Habis
tu, kau fikir apa? Pasal Bonda nak datang sini esok?” NurAlia
terdiam. Tengku Haris tersenyum. NurAlia memandang Tengku Haris yang masih lagi
menguntum senyuman.
“Salah
kita jugak tak ada nak call Bonda lepas pindah sini. Mungkin Bonda dengan Papa
saja datang nak tengok kehidupan kita sekarang. Kau risaukan apa sebenarnya?”
Teka Tengku Haris. NurAlia mengeluh lagi.
“Maknanya
selama Bonda kat sini, kita tidur satu biliklah nanti?” Soal NurAlia sambil
menunduk.
Tengku
Haris ketawa. ‘Itu yang kau risau rupanya.’ NurAlia menjeling Tengku Haris yang
sedang ketawa itu.
“Kau
takut aku sentuh kau? Sebab itu kau takut tinggal sebilik dengan aku? Come on
lah sayang, kita kan suami isteri. Apa salahnya kalau kita......” Belum sempat
Tengku Haris menghabiskan kata-kata, bagaikan dapat membaca fikiran Tengku
Haris lantas NurAlia menyampuk.
“Dahlah, saya nak masuk bilik dulu. Cakap
dengan awak ni buat saya sakit hati ajelah.” Luah NurAlia geram. Lantas dia
berdiri untuk meninggalkan ruang tamu. Baharu sahaja kakinya ingin melintasi
Tengku Haris yang sedang terbaring disofa, tangannya dipaut lelaki itu. NurAlia
tergamam seketika. Kemudian dia cuba menarik tangannya. Namun gagal. NurAlia
memandang Tengku Haris yang sedang merenung tajam kearahnya. Dadanya berombak
kencang.
“Esok
pagi kita kemas sama-sama bilik kau tu. Jangan risau, aku tak akan kacau kau. “
Ujar Tengku Haris sambil mengenyit mata. NurAlia mendengus geram. Lantas tangannya
ditarik dari genggaman lelaki itu. Tengku Haris ketawa.
*****
TENGKU
Haris dan NurAlia bersalaman dengan pasangan yang baru sahaja tiba dari Kuantan
itu. Tengku Jamil menepuk bahu anak
lelakinya itu apabila melihat anaknya itu sedikit berisi. Engku Maryam memeluk bahu menantunya itu
sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
“Duduklah
dulu Bonda, Papa. Lia bawakkan minuman.” Ucap NurAlia sopan. Beberapa minit
kemudian NurAlia muncul dengan menatang dulang yang berisi se jag jus oren dan
sepinggan kuih-muih. Sebaik sahaja selesai menghidang, NurAlia mengambil tempat
disebelah Tengku Haris.
“Bonda
dengan Papa dah makan tengahari ke? Kalau belum, boleh Lia panaskan lauk kat
dapur tu.” Ujar NurAlia dengan penuh sopan. Tengku Haris sengaja melingkari
pinggang NurAlia sebaik sahaja isterinya itu duduk disebelahya. NurAlia sempat
menjeling sekilas ke arah Tengku Haris.
“Tak
payah susah-susahla Lia. Tadi kami sempat berhenti makan tengahari dekat RnR
tu.” Jawab Tengku Jamil mesra.
“Bonda
ni nak sangat datang rumah kamu berdua ni bukan apa, cuma nak tengok keadaan
kamu suami isteri. Haris ni pun satu. Tak ada nak call Bonda sejak kahwin ni.
Bila dah lihat suasana rumah kamu berdua ni, barulah Bonda tenang.” Ujar Engku
Maryam panjang lebar.
Tengku
Haris dan NurAlia menguntum senyuman.
“Ris
bukan tak nak call Bonda, banyak sangat
kerja dekat pejabat tu. Bonda tanyalah Papa tu. Semua kerja Papa, Ris yang kena
handle. Dahlah Papa bagi kerja bila dah nak dekat tarikh due.” Rungut Tengku
Haris sambil memuncungkan bibirnya ke arah Tengku Jamil. Engku Maryam memandang
suaminya. Tengku Jamil ketawa.
“Umur
abang tu dah tak payah sibuk fikir pasal pejabat lagi. Sepatutnya abang
serahkan urusan syarikat pada anak-anak pula. Bila tak larat nak buat kerja
baru sibuk nak susahkan anak-anak.” Rungut Engku Maryam sambil memandang suaminya.
Tengku
Jamil ketawa. “Yam oii... balik-balik itu yang awak nak bebelkan. Hampir separuh
umur saya habiskan dengan kerja, takkan sekarang awak nak suruh saya duduk rumah
goyang kaki? Alamatnya nanti bertambah
berisilah saya.” Balas Tengku Jamil. Satu cubitan hinggap di lengannya sebaik
sahaja kata-katanya memasukki telinga Engku Maryam.
NurAlia
mengukir senyuman melihat kemesraan pasangan dihadapannya itu.
“Tak
lama lagi Bonda dah nak timang cucu pertama. Mira lagi 2 bulan nak bersalin.
Kamu berdua bila lagi nak bagi hadiah kat Bonda?” Pertanyaan daripada Engku Maryam
membuatkan NurAlia dan Tengku Haris saling berpandangan.
“Jangan
tunggu lama-lama Ris, Lia. Bonda dengan Papa pun tak sabar nak tengok anak kamu
berdua.” Ujar Engku Maryam.
NurAlia
memandang Tengku Haris dengan harapan lelaki itu menyelamatkan keadaan itu.
Namun dia hampa apabila lelaki itu bagaikan tidak memberi respon.
“Belum
ada rezeki lagi Bonda. In Shaa Allah, bila dah ada nanti Bonda lah orang
pertama kami beritahu.” Jawab NurAlia bersahaja.
“Awak
ni Yam, budak berdua ni kan baru jer kahwin. Biarlah dorang nak berhoneymoon
dulu. In Shaa Allah kalau panjang umur kita, dapatlah kita tengok anak Ris ni.”
Bidas Tengku Jamil menyelamatkan keadaan. NurAlia tersenyum lega. Tengku Haris
disebelahnya dijeling.
NurAlia
mengerling jam didinding. Kepalanya merencanakan sesuatu. Lalu dia meminta diri
untuk ke dapur demi untuk menyiapkan makan malam buat mentuanya. Beberapa minit
kemudian, Engku Maryam muncul di tengah-tengah dapur dan menawarkan
pertolongan. Puas NurAlia meminta wanita anggun itu agar berehat sahaja. Namun apabila
wanita itu berkeras ingin membantu, NurAlia membiarkan sahaja.
Apabila
hari hampir senja, NurAlia membawa mentuanya ke bilik yang telah disediakan di
tingkat atas. Sebaik sahaja pasangan itu masuk ke bilik, NurAlia mengatur
langkah perlahan menuju ke bilik Tengku Haris. Dia merasakan sedikit gementar
apabila kaki sudah melangkah masuk ke dalam bilik itu. Matanya mencari Tengku
Haris disegenap inci bilik itu. Namun bunyi pintu bilik air dibuka telah
menjawab soalannya ketika itu. Matanya
dilarikan apabila terpandang Tengku Haris
yang hanya bertuala separas lutut.
Tengku Haris mengukir senyuman apabila perasan wajah
gadis itu sudah bertukar warna. Kakinya diatur menuju ke almari pakaian. T-shirt
dan kain pelikat dicapainya. NurAlia yang masih tidak berganjak dari sofa
dipandang. ‘tak nak mandi ke minah ni?’
“Kau tak nak mandi ke makcik? Kejap lagi masuk
maghrib. Dah, cepat pergi mandi, ambil wuduk. Aku tunggu kau ni.” Arah Tengku
Haris tegas. Mendengar arahan Tengku Haris, hati NurAlia bagaikan berlagu
indah. Lantas dia berdiri lalu memusingkan badannya menghadap almari pakaian. Dia
tertunduk apabila melihat Tengku Haris masih bertuala.
‘Aku nak ambil tuala mandi macammana ni? Ala, mamat
ni..’ Rungut NurAlia didalam hati. Tawa Tengku Haris meletus lagi. Selamba
sahaja Tengku Haris menyarungkan kain pelikat dihadapan NurAlia. Terjerit kecil
gadis itu dibuatnya. Lagi kuat tawa Tengku Haris mengenakan NurAlia.
“Dengan suami sendiri pun nak malu ke Puan Alia?
Dah, pergi lah mandi cepat.” Arah Tengku Haris. Cepat-cepat NurAlia menghampiri
almari lalu dia mencapai pakaiannya yang sudah disusun didalam almari milik Tengku
Haris. Pakaiannya dan ‘adik kakak’ yang sengaja dibalut dengan tuala dibawa
masuk ke dalam bilik air. Bau haruman sabun yang dipakai Tengku Haris mencucuk
hidungnya. Bibirnya menguntum senyuman. Terbuai dengan haruman tersebut.
*****
Tengku Haris memusing badannya menghadap NurAlia
sebaik sahaja selesai mengaminkan doa. Wajah bersih NurAlia yang masih
bertelekung itu direnung. Lantas NurAlia menarik tangan Tengku Haris untuk bersalaman.
Tengku Haris mengusap lembut ubun-ubun NurAlia apabila gadis itu menunduk
mengucup tangannya.
NurAlia mengangkat kepalanya. Mata mereka saling
bertatapan. Bagaikan hati mereka saling berbicara meluahkan isi hati pemilik
mereka. Tengku Haris menggenggam erat tangan NurAlia dan tiada lagi kontrak
yang sentiasa menjadi penghalang diantara mereka ketika itu. Hanya hati yang
saling berbicara.
Ketukan pintu menyedarkan mereka dari lamunan
masing-masing. Sepantas kilat NurAlia menarik tangannya dari genggaman Tengku Haris.
Dia membetulkan telekungnya. Tengku Haris berdehem beberapa kali. Lantas dia
berdiri lalu melangkah menuju ke pintu.
“Ris baru nak solat ke?” Soal Tengku Jamil sebaik
sahaja pintu bilik anaknya dibuka dari dalam.
“Eh.. taklah Papa. Kami baru jer selesai. Kenapa
Pa?”
NurAlia berdiri lalu menghampiri Tengku Haris yang
berdiri menghadap Tengku Jamil.
“Lepas kita makan malam nanti Papa dengan Bonda nak
ke rumah Hafiz. Ris dengan Lia nak pergi sekali dengan Papa?” Soal Tengku
Jamil. Tengku Haris memandang NurAlia yang sedang berdiri di belakangnya.
NurAlia membalas pandangan Tengku Haris yang seperti meminta jawapan
daripadanya. Hanya anggukan dibalas ketika itu.
“Boleh jugak, Papa. Ris pun dah lama tak balik
sana. Nanti kita pergi sekali lah. Kan sayang?” Sengaja Tengku Haris memeluk
bahu NurAlia dihadapan Tengku Jamil. NurAlia hanya mengangguk sambil tersenyum
memandang Tengku Jamil.
“Jom Papa, kita borak dekat bawah.” Ajak Tengku Haris
sambil melepas pelukan di bahu NurAlia.
“Kejap lagi Lia turun siapkan makan malam ye Papa.”
Ujar NurAlia. Tengku Haris sempat mengenyitkan matanya ke arah NurAlia yang
masih bertelekung itu. NurAlia mencebik. Lantas dia menutup kembali daun pintu
bilik.
*****
“Kenapa Bonda ajak perempuan kampung tu datang
sini? Lisa menyampah tengok muka dia lah Bonda.” Bentak Tengku Malissa sebaik
sahaja Engku Maryam melangkah masuk ke dalam perut banglo mewah itu. Lengan
Engku Maryam ditariknya masuk ke bahagian dapur kering banglo.
“Apa tak kena dengan Alia
tu? Bonda tak nampak satu pun perangai pengikis yang Lisa duk cakap kat Bonda
selama ni.” Bidas Engku Maryam. Tengku Malissa mencebik.
“Depan Bonda memanglah dia
tak tunjuk. Lisa kenal sangat jenis perempuan kampung macam dia tu. Dah lah tak
setaraf dengan keluarga kita.” Ujar Tengku Malissa mengharapkan Bondanya
menyebelahinya ketika itu.
“Malaslah Bonda melayan kamu
ni. Kak Mira mana?”
Tengku Malissa mendengus.
“Kat atas. Berehat kot.” Jawab
Tengku Malissa. Engku Maryam menggeleng kepala melihat anak bongsunya itu.
Di ruang tamu, Tengku Haris
dan Tengku Jamil leka berborak tentang urusan pejabat. Engku Maryam mengatur
langkah mendaki anak tangga. NurAlia mencari kelibat Bibik Biah yang dirindui.
“Assalamualaikum Bibik!”
Jerit NurAlia perlahan disebelah Bibik Biah yang sedang leka membancuh air.
“Ya Allah Lia, lamanya tak
datang sini.” Ujar Bibik Biah. Mereka berpelukkan seketika.
“Lia rindu sangat dekat
bibik tau. Biar Lia tolong hantarkan air ni kat depan.”
“Eh, tak payahlah Lia. Ini kan
kerja bibik. Lia duduk aje.” Ujar bibik Biah. NurAlia menarik muncung. Bibik
Biah tersenyum. Akhirnya Bibik Biah akur. NurAlia mencapai dulang itu lalu
membawa ke ruang tamu. Tengku Haris yang sedang berbual dengan abang dan
Papanya memandang NurAlia yang baru sahaja muncul dari dapur itu.
Tengku Hafiz dan Tengku
Jamil hanya memandang NurAlia yang sedang menuang air teh ke dalam cawan.
“Pandai awak jaga Ris ni
Lia. Sampai dah naik badan dia ni. Kan Papa?” Usik Tengku Hafiz. NurAlia
tersenyum.
“Adik awak tu yang makan
sampai tak ingat dunia. Itu yang dia dah naik tembam. Kan Papa?” Balas NurAlia.
Lantas cepat-cepat dia menghilang ke dapur. Sudah lama dia tidak berbual dengan
Bibik Biah. Kadang kala tersimpul kerinduan buat wanita tua itu.
Tengku Haris menjerit
memanggil nama isterinya. NurAlia yang sedang menonton televisyen didalam bilik
Bibik Biah cepat-cepat berdiri apabila terdengar nama dipanggil.
“Jenuh abang cari sayang
tau. Dekat sini rupanya. Jomlah kita balik.” Ujar Tengku Haris lembut sekali
nadanya. NurAlia memandang Bibik Biah yang memerhati mereka itu.
“Bibik, Lia minta diri dulu.
Nanti Lia datang lagi.”
“Yelah Lia.”
NurAlia dan Bibik Biah
berpelukkan seketika. Tengku Haris sengaja meraih tangan NurAlia ke dalam
genggamannya. NurAlia sengaja mengikut rentak lelaki itu dek kerana sedar di
mana dia berada ketika itu.
Tepat jam 11 malam NurAlia dan Tengku Haris pulang berdua
sahaja ke kediaman mereka. Engku Maryam dan Tengku Jamil tidak jadi untuk
bermalam di kediaman mereka dek kerana risaukan kesihatan Sharifah Amira yang
tidak menentu.
Setibanya mereka di rumah, NurAlia mengatur langkah
menuju ke kamarnya. Namun dilarang Tengku Haris dengan alasan Engku Maryam dan
Tengku Jamil mungkin akan datang pada bila-bila masa untuk mengambil bagasi
mereka. Tanpa sebarang syak, NurAlia akur.
*****
“Kau buat apa tu?” Sergah Tengku Haris apabila
melihat NurAlia seperti sedang berkira-kira ingin merebahkan badannya diatas
sofa.
Tengku Haris yang baru sahaja ingin berbaring
diatas tilam, terus sahaja berdiri lalu menghampiri NurAlia. Tangannya dihulur
kepada NurAlia. NurAlia mengangkat wajahnya.
“Aku janji tak akan usik kau. Aku tak nak kau
sakitkan badan kau tidur atas sofa ni.” Pujuk Tengku Haris. NurAlia kaku.
Tangan NurAlia diraihnya lalu menarik gadis itu ke katil.
“Dah lah, tidur.” Ringkas sahaja kata-kata dari
mulut Tengku Haris ketika itu. NurAlia
masih diam seribu bahasa.
“Tak baik tau ingkar perintah suami. Tak cium bau
syurga tau.” Ujar Tengku Haris dengan nada seperti merajuk. NurAlia tersenyum.
Tengku Haris yang sudah berbaring menarik nafas lega apabila melihat NurAlia
sudah menunjukkan tindakbalas yang positif.
Itulah pertama kali mereka tidur sekatil. Debar
didada hanya Tuhan sahaja yang tahu ketika itu. Tengku Haris yang sudah terlena
itu direnungnya. Segala kasih sayang telah tertumpah buat lelaki itu sejak hari
pertama bergelar isteri. Jarinya galak menyentuh bibir lelaki itu.
“Sayang awak.” Bisik NurAlia sambil jarinya
mengusap pipi bersih suaminya. Akhirnya dia terlena dengan sendiri. Tengku Haris
membuka matanya perlahan. Satu senyuman terukir dibibirnya. Tangan NurAlia
digenggamnya. Segenap wajah NurAlia menjadi tatapannya. Sehingga dia dibuai
mimpi.
tak sabar tngu next chap..lg baca lg best..awesome!
ReplyDeleteBest3x!!! Thumbs up! =D
ReplyDeletewow... bestnya jalan cerita dia. Well Done! Tak sabar untuk episod seterusnya
ReplyDeletebest..suka sgt..smbung lg..
ReplyDeleteBest sangat... Gud job,,,
ReplyDeleteBEST LA X PUAS NAK LAGI BOLEH TQ.
ReplyDeletesatu E3 yg membuai perasaan 2 pasangan yg telah dikat dengan ijab dan qabul..bila kah agaknya Nuralia akan menerajui syarikatnya sendiri dan adakah dia akan merahsiakan siapa dirinya dari pengetahuan suaminya..
ReplyDeleteso sweet..msg2 syg ntare 1 sme lain..x sbr nak tggu halangan pe yg mampu menggoncang rumh tgge haris dan alia..
ReplyDeletekeep it up anna rose.. saya yakin anda boleh
ReplyDeletexoxo
kak long
next n3 plz !! :D
ReplyDeleteBest...looking foward for next n3....tqvm
ReplyDeletewaaaa...best la awak...suke suke :)
ReplyDeletemacm ane smabungan nya...cepat la ckit kak,...nak taw ape jadi dengan alia nie...
ReplyDeleteIn most of the cases, you need to pay the maid service center and they will pay their employees. Maid Service
ReplyDelete