Episod
18
NURALIA
binti Roslan. Matanya meneliti maklumat peribadi yang tertera dalam helaian
itu. Kemudiannya dia mengalih pandangannya pada salinan IC isterinya yang
menjadi simpanannya itu. Bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya, Tengku
Haris menggosok-gosok kedua belah matanya itu.
Alamat dan nombor IC yang tercatat
adalah sama namun hanya berbeza nama bapa kedua-dua nama itu. Tengku Haris
yakin kedua nama itu adalah orang yang sama. Wajah isterinya bermain dimatanya.
Tengku Haris meraup mukanya dengan tangannya. Keliru dengan perasaannya ketika
itu.
Tengku Hafiz menolak pintu bilik
adiknya itu. Airmuka adiknya yang sedikit muram itu menimbulkan tanda tanya
dibenaknya. Kakinya melangkah menghampiri meja Tengku Haris.
“Ris, kenapa monyok semacam je ni?”
Tegur Tengku Hafiz sambil matanya memandang kertas diatas meja adiknya itu.
Tengku Haris tidak menjawab
pertanyaan abangnya itu sebaliknya dia menunjukkan dokumen diatas mejanya itu.
Tengku Hafiz memandang satu persatu butiran yang tercatat. Kemudiannya dia
memandang Tengku Haris bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru dilihatnya.
“Ris tak tahu macam mana nak
berdepan dengan Lia. Ris tak pasti apa yang Ris patut lakukan sekarang. Ris tak
rasa Ris boleh berlagak macam biasa bila berdepan dengan isteri Ris.” Luah
Tengku Haris sambil mengurut dahinya. Tengku Hafiz menarik nafas perlahan.
“Ris, abang rasa Lia ada sebab
tersendiri kenapa dia sembunyikan identiti diri dia yang sebenar. Dan abang
fikir, Ris tak perlu nak menghukum Lia atas apa yang dia lakukan ni.” Terang
Tengku Hafiz. Cuba untuk berfikir positif. Dia tidak mahu mengeruhkan hubungan
pasangan itu.
Tengku Haris mengeluh berat. Dia
beristighfar berkali-kali. Cuba menenangkan dirinya.
“Abang tak nak hubungan Ris dengan
Lia jadi keruh disebabkan perkara ni. Isteri Ris tu kan sedang mengandung.
Jangan buat dia susah hati. Takkanlah disebabkan perkara ni, Ris nak hukum Lia?
Lagipun abang yakin, dia ada reason dia yang tersendiri.” Ujar Tengku Hafiz
lagi. Cuba memulihkan fikiran adiknya itu.
“Betul cakap abang tu. Erm... abang
datang bilik Ris ni ada apa-apa ke?” Soal Tengku Haris kembali normal.
Pertanyaan dari Tengku Haris itu membuatkan Tengku Hafiz teringatkan sesuatu.
Lalu sampul surat yang berada didalam poket dikeluarkannya. Kemudian sampul itu
bertukar tangan. Tengku Haris memandang abangnya sebaik sahaja habis membaca
isi surat tersebut.
“Papa? Macam mana nanti?” Soalan itu
terpancul dibibir Tengku Haris. Tengku Hafiz mengetap bibir.
“I will take care of him. Don’t
worry.” Jawab Tengku Hafiz sambil tersenyum. Faham apa yang sedang bermain
difikiran adiknya itu.
“Ris betul-betul tak sangka orang
yang Ris nak sangat jumpa, rupanya orang yang terlalu dekat dengan Ris. Hampir
setahun Papa wakilkan Ris attend segala meeting di Mega, this NurAlia Roslan
tak pernah muncul. Hinggalah this few months, dia hantar peguam dia untuk
attend.” Luah Tengku Haris lagi. Tengku Hafiz tersenyum.
TIBA
sahaja dikediaman, Tengku Haris terus mencari kelibat isterinya. Tiada lagi
perasaan marah terhadap isterinya sebaik sahaja Tengku Hafiz berjaya
menenangkannya pagi tadi. NurAlia yang terlena disofa ruang tamu dihampirinya
perlahan. Wajah itu cukup tenang pada pandangan matanya.
Perut isterinya yang sedikit timbul
itu diusap perlahan. Lalu sebuah kucupan hinggap didahi isterinya lama. NurAlia
membuka matanya seraya terasa ada pergerakkan di perutnya. Tengku Haris
menghadiahkan senyuman manis kepada isterinya apabila wanita itu membuka mata.
“Abang dah lama balik? Lia minta
maaf, Lia tak sedar abang dah balik.” Ujar NurAlia sambil membetulkan
kedudukannya supaya suaminya dapat melabuhkan punggung disebelahnya.
“Abang nak minum tak? Lia ambilkan
jus?” Tanya NurAlia lembut. Tengku Haris menggeleng kepalanya. Tengku Haris
mencapai briefcasenya lalu dia menarik sampul surat putih keluar dari beg itu.
Kemudian dia menghulurkan surat itu kepada isterinya. NurAlia mengerutkan
dahinya. Surat yang masih bersampul itu dbukanya. Tengku Haris menanti reaksi
dari isterinya itu.
Mata NurAlia bulat apabila membaca
isi surat tersebut. Matanya memandang suaminya. Cuba membaca perasaan suaminya
ketika itu. Namun wajah itu tenang. Bagaikan tiada secalit perasaan marah padanya.
“Abang, Lia... Erm.. Lia minta maaf.
Ampunkan Lia, bang.” Tangan suaminya dikucup berkali-kali. Laju sahaja
airmatanya merembes keluar ketika itu. Kebisuan suaminya itu bagaikan menikam
hatinya.
“Abang....” Panggil NurAlia
perlahan. Tengku Haris memandang wajah isterinya yang sudah basah itu.
“ Siapa Lia sebenarnya?” Tengku
Haris bersuara. NurAlia tunduk.
“Kenapa Lia sembunyikan semua ni
dari abang?” Soal Tengku Haris lagi.
“Lia tak tahu nak beritahu abang
macam mana. Lia tak bersedia nak berdepan dengan abang tentang semua ni.” Jawab
NurAlia sambil menahan sendu.
“Macam mana Lia boleh ada kaitan
dengan Mega?” Terpacul soalan itu akhirnya. NurAlia meramas tangan suaminya cuba
mencari sedikit kekuatan. Mata Tengku Haris tidak lepas memandang isterinya
itu. Entah kenapa, wajah isterinya itu memberi ketenangan padanya. Tiada
perasaan marah walaupun secalit kepada wanita dihadapannya itu.
“Lia dapat tahu tentang semua ni
selepas kita kahwin. Wasiat yang arwah mama tinggalkan pada Lia hanya dapat
dibaca selepas Lia berkahwin. Arwah Mama dulunya adalah pemegang saham terbesar
di Mega tetapi sejak arwah mama berkahwin dengan Tan Sri Azman, hampir
keseluruh saham milik mama dirampas oleh Tan Sri.” Terang NurAlia perlahan.
Tengku Haris terpegun seketika.
“Tan Sri Azman? Ayah tiri Lia?”
NurAlia mengangguk.
“Kenapa Lia boleh kerja.....” Belum
sempat suaminya menghabiskan ayatnya, NurAlia mencelah.
“Sehari selepas mama meninggal, Tan
Sri bawa balik perempuan lain dalam rumah tu. Lia dihalaunya keluar dari rumah
dimana tempat Lia membesar. Nasib Lia baik kerana Lia dipertemukan dengan Tuan
Karim. Dan Tuan Karimlah yang bawa Lia ke rumah abang.” Ujar NurAlia lagi.
Tengku Haris mengesat airmata yang membasahi pipi isterinya itu. Lantas dia
menarik isterinya ke dalam pelukannya. Kata-kata Tengku Hafiz di pejabat pagi
tadi bagaikan bermain ditelinganya. Dia mengakui ada betulnya nasihat abangnya
itu.
“Lia minta maaf sebab Lia rahsiakan
perkara ni pada abang. Lia tak bermaksud untuk membohong...” Tengku Haris
meletakkan jari telunjuknya dibibir isterinya. NurAlia terdiam.
“Abang faham, sayang. Cuma abang
harap, Lia tak akan sembunyikan apa-apa lagi daripada abang lepas ni.” Ujar
Tengku Haris tegas. NurAlia diam. Fikirannya teringatkan sesuatu. Lantas dia
meleraikan pelukan suaminya. Tangan suaminya diramas lembut.
“Abang, sebenarnya ayah kandung Lia
masih hidup. Cuma masih belum dapat dikesan dimana ayah sekarang.” Ujar NurAlia
jujur. Matanya tepat merenung sepasang mata milik suaminya itu. Tengku Haris
mengerutkan dahinya.
“Ayah dengan arwah mama berpisah
selepas beberapa bulan Lia dilahirkan. Arwah mama pernah minta Lia cari ayah.
Tetapi Lia tak tahu dari mana patut Lia mulakan pencarian. Selepas wasiat itu dibaca,
ada sekeping surat Mama tulis. Dalam surat tu ada alamat lama rumah keluarga
ayah. Dengan bantuan peguam mama, kami dapat tahu yang ayah masih hidup.”
Terang NurAlia lagi.
“Abang akan bantu Lia cari ayah.
Insha Allah, satu hari nanti kita akan jumpa ayah.” Ujar Tengku Haris. Dia
tidak menyangka isterinya itu mempunyai bebanan kisah silam yang menyakitkan.
Jauh disudut hatinya, dia berjanji untuk menjaga isterinya sebaik mungkin.
“Abang, terima kasih kerana masih
sudi menerima Lia.” Ucap NurAlia syahdu. Tangan suaminya dikucup lembut. Tengku
Haris mengusap ubun isterinya.
“Abang tak akan sia-siakan Lia dan
anak kita yang bakal lahir ni.” Ujar Tengku Haris bersungguh-sungguh. Tengku Haris
menguntum senyuman buat isterinya itu. NurAlia menarik nafas lega apabila
melihat senyuman dibibir suaminya itu. Segala bebanan dibahunya kini sudah
boleh dilepaskan.
TENGKU Haris
mengelap tangannya dengan tuala kecil sebaik sahaja dia selesai mencuci pinggan
di sinki. NurAlia yang sedang membancuh milo panas itu dikerling seketika. Kepalanya
terfikirkan mesyuarat yang akan diadakan di Mega bagi mengumumkan perlantikkan
CEO baharu Mega.
“Abang, abang tengah fikir apa ni?
Lia dah siapkan milo panas abang ni. Jom, kita duduk dekat depan.” Tegur
NurAlia sambil menarik lengan suaminya. Tengku Haris mengangguk cuma.
Baru sahaja punggung Tengku Haris
mencium sofa, NurAlia bersuara sekali lagi.
“Abang fikir apa tadi? Ada masalah
ke?” Tanya NurAlia lagi.
Tengku Haris menggeleng. NurAlia
mengangkat kening. Hairan. Lalu bahu suaminya diurut lembut.
“Abang, boleh Lia tanya abang
sesuatu?” Tanya NurAlia lembut. Tengku Haris mengangguk sambil matanya menumpu
perhatian pada kaca tv.
“Macam mana abang boleh tahu NurAlia
Roslan dan Lia adalah orang yang sama?” Pertanyaan NurAlia itu membuatkan
Tengku Haris tergamam seketika. Dia menarik nafas perlahan. Kemudian wajah
isterinya dipandang.
“Entahlah sayang. Pada mulanya abang
jadi hairan bila setiap meeting, pasti ada wakil dari pihak NurAlia Roslan. Hampir
setahun papa arah abang untuk uruskan hal di Mega, tak pernah sekali pun abang
jumpa NurAlia Roslan ni. Sampailah beberapa hari lepas, bila nama Lia diumumkan
sebagai pemegang saham terbesar Mega, hati abang terdetik sesuatu. Macam ada
sesuatu dengan nama NurAlia Roslan tu. And that day jugaklah first time abang
berbual dengan Encik Hakim.” Terang Tengku Haris panjang lebar. NurAlia
disebelahnya mengerutkan dahi apabila nama Encik Hakim meniti di bibir
suaminya.
“Firasat abang kuat mengatakan ada
sesuatu yang Encik Hakim sembunyikan. Entahlah Lia. Cara dia bercakap dengan
kami, macam ada sesuatu. Sebab itulah abang dipanggil untuk perjelaskan
keadaan. Bayangkan, setiap kali nama Lia disebut, hati abang ni jadi lain
macam. Abang nak sangat berjumpa dengan NurAlia Roslan ni. Misteri sungguh.”
Ujar Tengku Haris panjang. Sempat dia mencubit pipi isterinya itu.
NurAlia tersenyum meleret. “Lia
minta maaf bang. Kesal sungguh rasanya. Lia janji Lia tak akan sembunyikan
apa-apa lagi dengan abang lepas ni.” Ujar NurAlia bersungguh-sungguh. Tengku Haris
menepuk peha isterinya perlahan. NurAlia tersenyum.
SABTU
itu NurAlia dan Tengku Haris ke Bukit Antarabangsa untuk menyambut hari
kelahiran Tengku Jamil yang ke 63 tahun. Setibanya disana, NurAlia dan Tengku Haris disambut
mesra oleh Engku Maryam dan Tengku Jamil.
Sharifah Amira yang baharu sahaja
muncul bersama anak kecilnya itu disapa Tengku Jamil untuk duduk berkumpul
bersama. NurAlia memaniskan wajahnya apabila matanya bertembung dengan mata
Sharifah Amira.
Kek yang dibawa Tengku Haris diletakkan
diatas meja berhadapan dengan Tengku Jamil. Apabila lilin dinyalakan, mereka
sekeluarga menyanyikan lagu ‘happy birthday’ untuk Tengku Jamil. Lalu lilin
yang bernyala itu ditiup.
“Happy birthday Papa. Abang dengan
Mira harap Papa sentiasa berada dalam lindunganNya dan dirahmati Allah. Ini
hadiah dari abang sekeluarga. Abang harap, Papa suka.” Ucap Tengku Hafiz sambil
memeluk Tengku Jamil. Tengku Jamil menepuk bahu anak sulungnya itu
berkali-kali.
“Ris pun nak ucapkan selamat hari
lahir kepada papa, and Ris nak papa tahu selama ni papalah pembakar semangat
Ris. Kalau bukan kerana Papa, Ris tak mungkin dapat apa yang Ris ada sekarang. Kami
semua doakan papa sentiasa sehat dan panjang umur.” Ujar Tengku Haris lalu
memeluk erat Tengku Jamil.
“Papa doakan anak-anak papa sentiasa
bahagia dunia dan akhirat. Yam, abang bangga dengan anak-anak kita ni.” Ujar
Tengku Jamil sambil menepuk bahu Tengku Haris. NurAlia tersenyum.
“Pa, ini hadiah dari Ris dan Lia. I
hope you like it.” Ujar Tengku Haris lagi. Bungkusan hadiah itu bertukar
tangan.
“Dah tua-tua macam ni ada hadiah
lagi ke? Apa-apa pun terima kasih. Papa hargai semua ni. Dapat dua cucu tahun
ni dah jadi hadiah paling bermakna bagi papa.” Ujar Tengku Jamil sambil
bermain-main dengan jari-jemari Tengku Hanis yang berada diriba Engku Maryam. Petang
itu mereka sekeluarga berkumpul sambil berbual panjang zaman kanak-kanak Tengku
Hafiz dan Tengku Haris.
Pada malam itu barulah Tengku Malissa
tiba di Bukit Antarabangsa ditemani rakannya yang juga adik kepada Sharifah
Amira. Seperti biasa, gadis itu pasti akan mengeluarkan kata-kata kesat kepada
NurAlia apabila mereka bertembung.
Yang menjadi persoalan dibenak
NurAlia, perubahan airmuka suaminya tatkala melihat Sharifah Adira yang muncul
bersama Tengku Malissa pada malam itu membuatkan NurAlia tidak sedap hati.
Best....#^_^
ReplyDeletesh. adira itu ex girlfriend haris ke ?
ReplyDeletesape pulak sharifah adira tu?? mesti parasit antara lia and haris ni...
ReplyDeletesapa adira?? kekasih lama kah...
ReplyDeleteBest! Nnt buku dah terbit,cepat2 announce ye. :-)
ReplyDeleteMESTI ADA PARASIT....NI YG WAT TAK SABAR NAK BELI NI.....ANYWY CONGRATZ ANNAROSE
ReplyDeleteNOVEL YG MENARIK...JGN LUPA ANNOUNCE TAU BILA NIVEL SUDAH DI PASARAN...
suspen!!!sape adira tuh?harap2 cinta antara ris ngan lia kukuh & kekal selamanya....
ReplyDeleteCEPATLAH SAMBUNG YA.
ReplyDeletelama follow BMMM... best sgt2... harap hubungan ris dan lia x de yg mengganggu... cik penulis ada fb x?...
ReplyDeletemmg sangat best cite ni..
ReplyDeletengape kalu nk bahagia je mesti ada perosak?????
geram sungguh....grrrrr......
hapuskan segera adira tu......menci....
pape pn.......thumbs up.....
jgn lambat sangat sambung ye cik writer....
;)
may i know bila novel ni nak keluar ? serius dah tak sbar nak beli. ingat nak borong masa pesta buku nnt. ada dah ka ? bawah publisher sapa ?
ReplyDeleteAs salam....novel ni dah keluar???
ReplyDeleteHaha..thniah shbat..jd penulis novel dh leni
ReplyDeleteAs salam.,, novel ni ad x lg kt pasaran?
ReplyDeletePlay free online casino site【VIP】 | Lucky Club
ReplyDeleteWe have 3 casinos in the world with games 카지노사이트luckclub like LuckyLand, Spin Casino and more with exciting games and special bonuses. We hope you enjoy playing at the best