Episode
17
TENGKU Hanis Amira. Bayi perempuan hasil perkongsian hidup Tengku
Hafiz dan Sharifah Amira kini sudah berusia 3 bulan. Hampir setiap minggu Engku
Maryam dan Tengku Jamil akan berulang-alik dari Kuantan ke Kuala Lumpur untuk
menghabiskan masa dengan cucu pertama keluarga mereka.
Kandungan NurAlia pula sudah masuk bulan yang ke-4 kini. Selera makannya kini
sudah tidak seperti biasa. Sejak masuk bulan ke-4, selera makannya bagaikan
sudah berubah sepenuhnya. Kini dia akan memaksa suaminya untuk memasak makanan
yang diidamnya. Bagi Tengku Haris pula dia kini bagaikan sudah terbiasa masuk
dapur untuk memasak. Jika dulunya dia sendiri tidak tahu membezakan garam dan
ajinomoto, kini dia sudah boleh membezakan keduanya.
“Abang......” Sengaja dia melembutkan nadanya memanggil suaminya yang sedang
mengadap laptop didalam bilik pejabatnya. NurAlia mengatur langkah menghampiri
suaminya apabila panggilannya tidak bersahut.
Tengku Haris mengangkat kepalanya apabila perasan isterinya sudah berdiri
dihadapan pintu. ‘Ni mesti nak apa-apa ni.’ Detiknya dalam hati.
“Kenapa sayang?” Tanya Tengku Haris sambil memandang isterinya yang sudah
menghampirinya.
“Abang busy ke?” Tanya NurAlia yang sudah berdiri disebelah suaminya.
“Sort of.” Jawab Tengku Haris ringkas. Dia terus berpura-pura meneliti kertas.
NurAlia mengambil kertas yang sedang diteliti Tengku Haris. Mata Tengku Haris
membulat memandang isterinya.
“Busy lah sangat. Habis tu, kat kertas ni apa? Oooo... Abang cakap abang busy
pasal abang tak nak Lia kacau abang ya? Nah, ambil balik kertas abang ni. Lia
nak naik tidur.” Lantas kertas yang penuh dengan nama NurAlia itu diletak
kembali diatas meja Tengku Haris. Belum sempat kakinya ingin melangkah, Tengku
Haris terlebih dahulu mencapai tangan isterinya yang sudah merajuk itu.
“Sayang...” Panggil Tengku Haris lembut.
“Sayang, abang saja jelah nak sakat Lia. Cepatnya dia merajuk. Lia nak apa?
Abang buatkan. Tell me.” Pujuk Tengku Haris sambil memegang bahu isterinya yang
masam mencuka itu.
NurAlia diam lagi. Sengaja dia menundukkan mukanya.
“Sayang,
cepatlah beritahu abang. Lia nak makan apa?” Tengku Haris cuba menarik dagu
isterinya agar memandang dirinya.
“Tak nak
apa-apa. Lia nak tidur.” Ujar NurAlia akhirnya. Lalu dia meninggalkan suaminya
disitu. ‘Padan muka. Cari pasal sangat.’ Desisnya dalam hati.
Beberapa
minit kemudian barulah Tengku Haris muncul didalam kamar mereka. Kelihatan isterinya
sedang membaca majalah Pa&Ma dikatil. Tengku Haris menapak perlahan
menghampiri isterinya. Lalu dia melabuhkan punggung disebelah isterinya yang
sedang berbaring itu. Perut isterinya yang sedikit timbul itu diusap lembut.
NurAlia sengaja tidak mengendahkan suaminya.
“Lia...”
Panggil Tengku Haris perlahan. NurAlia diam lagi. Lantas Tengku Haris berdiri
lalu dia membuka satu persatu laci yang ada dalam bilik itu. Persis sedang
mencari sesuatu. NurAlia menjeling ke arah suaminya yang sedang sibuk mencari
sesuatu. Lantas dia membetulkan badannya.
“Abang
cari apa?” NurAlia bersuara akhirnya. Sejurus terdengar suara isterinya, Tengku
Haris terus berpaling.
“Abang
cari suara sayang.” Jawab Tengku Haris ringkas. NurAlia terkedu. Senyuman manis
terukir diwajahnya. Tengku Haris lega apabila melihat senyuman yang terukir
dibibir isterinya itu. Lantas dia mendapatkan isterinya yang masih berbaring
itu.
“Sayang
tolonglah lepas ni jangan merajuk macam ni lagi. Abang buntu nak pujuk
Lia tahu? Okaylah, abang lebih sanggup Lia marah abang daripada Lia diamkan
diri macam ni. Terseksa jiwa abang ni.” Ujar Tengku Haris tenang. NurAlia
ketawa.
“Sorry
bang, Lia saja nak test abang tadi.” Jawab NurAlia selamba. Tengku Haris
membulatkan matanya apabila mendengar jawapan isterinya itu.
“Kalau
macam tu abang nak merajuk pulak lah.” Duga Tengku Haris. Cepat-cepat NurAlia
mencapai tangan suaminya.
“Lia janji
tak buat macam tu lagi. Lia minta maaf...” Ujar NurAlia sambil memandang
suaminya dengan senyuman dibibir. Tengku Haris meletakkan tangannya dikepala
isterinya lalu membalas senyuman isterinya. ‘Macam manalah aku nak merajuk
dengan dia ni, kalau sekali dia senyum macam ni hati ni dah cair.’ Tengku Haris
mengeluh.
JAM 9 pagi Tengku Haris
dan Tengku Hafiz ke Mega Jaya Sdn. Bhd bagi menghadiri mesyuarat perlantikkan
ahli lembaga pengarah baru syarikat itu. Tengku Haris meneliti dokumen yang
baru diserahkan kepada setiap mereka yang hadir itu. Setiap helaian
ditelitinya. Sekali lagi sebaris nama yang baru menjadi sasaran anak matanya
membuatkan jantungnya berdengup. Matanya melilau memadang segenap bilik
mesyuarat yang sudah penuh itu.
Tuan Haji
Baharin selaku penasihat Mega Jaya Sdn. Bhd mula membuka bicara. Semua yang ada
dibilik itu menumpukan sepenuh perhatian kepada Tuan Haji Baharin dihadapan.
Para
hadirin mula menunjukkan minat apabila lelaki itu mula bercerita sejarah Mega
Jaya serta perjalanan perniagaan Mega hingga ke hari ini. 10 minit kemudian barulah lelaki itu mula
memperkenalkan dua pemegang saham terbaru Mega Jaya. Tengku Hafiz berdiri
sejurus namanya diperkenalkan oleh Tuan Haji Baharin.
Tengku
Haris sedikit hampa apabila pemilik nama yang ditunggunya tidak kelihatan malah
hanya menghantar peguamnya sebagai wakil. Mata Tengku Haris tidak lepas
memandang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai wakil kepada salah seorang
pemilik saham terbaru Mega.
Jam 11:00
pagi, selesailah mesyuarat yang diketuai oleh Tuan Haji Baharin itu. Tengku
Hafiz dan Tengku Haris mengambil keputusan untuk terus pulang ke pejabat. Belum
sempat pintu lif tertutup, ada seseorang sempat menahan pintu itu daripada
tertutup rapat. Tengku Haris membulat memandang Hakim Azimin yang baru sahaja
meluru memasukki lif itu.
“Thanks,
anyway.” Ucap Hakim Azimin sambil menghulurkan tangan kepada Tengku Hafiz
kemudiannya beralih kepada Tengku Haris.
“I rasa
kita pernah jumpa sebelum ni kan?” Tanya Tengku Haris tiba-tiba. Hakim Azimin
tersenyum penuh makna.
“Ya. Ini
kali kedua I diwakilkan untuk attend meeting disini.” Jawab Hakim Azimin
tenang.
“Sepanjang
I attend meeting disini, tak pernah sekali pun I jumpa Puan NurAlia. But her
name still active till today.” Ujar Tengku Haris selamba. Belum sempat lelaki
itu menjawab, pintu lif sudah terbuka.
Mereka berjalan beriringan menuju ke pintu utama lobi.
“Dia ada.
Cuma masih belum tiba waktu yang sesuai untuk dia muncul. You pun tahu Mega
punyai sejarahnya yang tersendiri. Maybe sebab itu client I still harapkan I
untuk work on behalf of her. I think, tak lama lagi you akan jumpa dia, Tengku.
So, I gerak dulu. Nice to meet you both.” Sengaja bahu Tengku Haris ditepuk
perlahan dengan senyuman penuh makna. Lantas langkah kaki diatur meninggalkan
dua beradik itu.
“Ris rasa
macam ada sesuatu yang dia sembunyikan dari kita semualah. Entah kenapa Ris
dapat rasa macam tu.” Ujar Tengku Haris ketika mereka sudah didalam perjalan
pulang ke pejabat.
Tengku
Hafiz yang sedang membelek telefon bimbitnya terhenti seketika. Lalu dia
memandang adiknya yang sedang memandu itu.
“Apa yang
membuatkan Ris fikir macam tu?” Soal Tengku Hafiz pula.
“Entahlah.
Mungkin perasaan Ris saja kot.” Jawab Tengku Haris akhirnya.
SETIBANYA di bilik
pejabat, Tengku Haris terus meluru menghampiri almari fail yang terletak
dipenjuru bilik pejabatnya. Laju sahaja tangannya mencapai fail yang bertanda
Mega itu.
Cepat-cepat
dia membelek helaian dokumen yang ada di dalam fail tersebut. Matanya terarah
pada sebaris nama yang menjadi tanda tanya sejak pagi lagi. Jantungnya
berdengup kencang. Tengku Haris berfikir sejenak. Wajah isterinya mula bermain
dimata. Bagaikan cukup misteri baginya ketika itu. Hakim Azimin! Hatinya kuat
menyatakan ada sesuatu tentang lelaki itu. Panahan mata lelaki itu padanya bagaikan
ada maksud tersirat melalui kata-katanya.
Tengku Haris
mengeluh berat. Sekali lagi butiran tentang sebaris nama itu diperhatinya. Tarikh
lahir pemilik nama itu membuatkan Tengku Haris sedikit terkejut. “Adakah NurAlia
Roslan dan NurAlia Ahmad orang yang sama?” Ujar Tengku Haris sendirian.
Tengku Hafiz
yang sudah lama perhatikan adiknya itu berdehem. Pelik dengan sikap adiknya
yang bercakap sendirian itu. Tengku Haris memandang Tengku Hafiz yang sudah
menghampirinya.
“Apa yang
tak kena ni Ris? Lain macam aje abang tengok Ris ni. Abang dengar Ris sebut
nama Lia. Kenapa dengan Lia?” Tanya Tengku Hafiz bertalu-talu.
“NurAlia
Roslan.” Sebaris nama itu meniti dibibir Tengku Haris sekali lagi. Tengku Hafiz
melabuhkan punggung disofa bertentangan adiknya.
“Kenapa dengan
dia? Ris kenal dia?”
Tengku Haris
menggeleng.
“So? What’s
the matter?” Tanya Tengku Hafiz lagi.
“Birth
date dia sama dengan isteri Ris. Cuma nama ayah dorang tak sama. Entahlah Ris
macam dapat rasa dua nama ni adalah orang yang sama.” Luah Tengku Haris sambil
memicit kepalanya.
Tengku Haris
membelek fail yang terbuka itu.
“Maybe
satu kebetulan?” Tengku Hafiz cuba berfikir positif.
Tengku Haris
diam.
“Ris, tak
baik tahu curiga macam ni. Abang tak fikir Lia boleh buat perkara macam ni.
Lagipun abang rasa Ris lebih kenal Lia.” Ujar Tengku Hafiz.
“Ris kenal
dia selepas dia jadi maid rumah kita. Sejarah hidup dia tak banyak yang Ris
tahu. Hati Ris ni kuat menyatakan dua nama ni adalah orang yang sama.”
“Abang
rasa Ris patut jumpa peguam tu dulu to make things clear. Abang tak nak Ris
buat keputusan terburu-buru nanti. Lagipun isteri Ris tu kan tengah mengandung.”
Nasihat Tengku Hafiz lagi. Tengku Haris diam tidak bersuara.
“Dah, tak
payah kusutkan kepala tu. Jom, ikut abang lunch dengan Lisa.” Ajak Tengku Hafiz.
“Lisa ada
kat KL ke?”
“Haah. Dah
2 hari ada kat sini. Jomlah kita lunch sekali.”
Tengku Haris
melihat jam ditangan sekilas. Teringat isterinya dirumah. “Tak boleh lah bang.
Lia kat rumah tu tunggu Ris balik. Lain kalilah kita lunch sekali?”
Tengku Hafiz
ketawa.
“Tadi
bukan main curiga dekat bini. Tak pelah. Ris baliklah. It’s okay.” Ujar Tengku
Hafiz sambil menepuk bahu adiknya berkali. Tengku Haris tersenyum pahit.
TENGKU Haris cuba
memaniskan wajahnya sebelum melangkah masuk kedalam perut rumahnya. Bau kari
menyengat hidungnya. Tengku Haris melangkah ke dapur basah. NurAlia yang sedang
bernyanyi sambil memegang senduk itu menjadi tatapan sepasang mata milik Tengku
Haris.
“Abang,
dah lama balik?” Tegur NurAlia tatkala terpandang suaminya yang sedang berdiri
disudut.
“Baru jer.
Lia masak apa?” Tanya Tengku Haris cuba meneutralkan keadaan.
“Kari
ayam. Teringin sangat nak makan.” Jawab NurAlia lembut sambil menarik tangan
suaminya menghampiri kerusi.
“Kenapa tak
tunggu abang balik? Abang boleh masakkan.” Ujar Tengku Haris. Bukan dia tak
tahu, sejak kandungan isterinya memasukki bulan yang ke-3, tekak isterinya
sedikit berubah. NurAlia tidak lagi makan makanan yang dimasaknya. Sejak itulah
juga, dia pula mengambil alih tugas memasak dan isterinya pula petah
mengeluarkan resipi masakan.
“Tak apalah.
Lia tak nak kacau abang. Lagipun harini Lia rasa nak masak sendiri.” Jawab
NurAlia ringkas. Tengku Haris kemudiannya berlalu ke ruang tamu untuk berehat
seketika.
Ketika
dimeja makan, mereka tidak banyak berbual seperti kebiasaannya. Tengku Haris lebih
selesa melayani fikirannya sambil menikmati hidangan tengahari itu. NurAlia
pula bagaikan mengikut rentak suaminya. Dia sedikit kaget dengan apa yang
disampaikan peguamnya pagi tadi. Suaminya itu bagaikan mengesyaki sesuatu
ketika mesyuarat yang diadakan di Mega.
Bilalah alia nak terus terang dengan haris ni?
ReplyDeletenak tunggu apa lagi alia? terus-terang ajelah.
ReplyDeleteeish..asallah Alia tak terus terang je dr awal pada Haris...kan nanti akan susahkan diri dia sendiri...
ReplyDeleterilex la rilex la rilex la. hehehe
ReplyDeleteadakah hubbynya akan mengamuk sakan bila mengetahui yg bininya tu pemilik terbesar saham Mega..dan secara logiknya mengapa pula T.Haris akan memarahi dan merajuk kerana dirinya sendiri tidak pernah berusaha untuk mengetahui latarbelakang keluarga Lia kan..dan kenapa dia boleh end up jadi maid dirumahnya..
ReplyDeletehaaaa. i likee. terbit la buku tu. x sabar ni. kalau boleh bia sadis sikit. hihi -kang gary
ReplyDeleteGary lah sangat.
ReplyDeletekenapa x bagi tahu aje.
ReplyDeletebest la.. smbng lgi ♥
ReplyDeletebest. jgn lupa bgtau klu novel dah kluar. mmg nak kena beli ni
ReplyDeletebest. jgn lupa bgtau klu novel dah kluar. mmg nak kena beli ni
ReplyDeletebest giler..tp macam pernah baca..hehe,tp di mana ya..
ReplyDeletesambung lah cepat. tak sabar nak baca ni :)
ReplyDeleteCptlaaa.x sbr ni.....bla nk smbung...
ReplyDeletesaya suka,, saya suka . hahaha .. harap cepat sambung ye cik writer .. tak sabar dah nak tunggu ni :)
ReplyDeletegary okay? ahahhaa
ReplyDeletebaru bcee...mmg bezz...cpt2 nvel tu kluar..
ReplyDeletexsbar nk bl!.....heee ;)
cerita ni mirip kepada drama lakonan haliza misbun dengan ahmad idham - cinderella.. yg juga telah diterbitkan dlm btk novel..
ReplyDeleteluckyclub.live【Malaysia】⚡ casino site【WG98.VIP】
ReplyDelete【lucky club.live】⚡ casino luckyclub.live site【WG98.VIP】 【lucky club.live】⚡ casino site】⚡ casino site】⚡ bonus online casino site【WG98.VIP】