14 March 2013

Be Mine, My Maid? Episode 16



“INI alamat yang kami terima dari salah seorang penduduk kampung tu. Menurut penduduk kampung tu, dia dah hampir 16 tahun berpindah ke Kuala Terengganu. Orang upahan I akan inform I once dorang dah dapat trace lokasi sebenar nanti.” Terang Hakim bersungguh-sungguh. NurAlia mengangguk.

Entah mengapa sejak Subuh lagi kepalanya mula pening dan badannya bagaikan begitu malas mahu bangkit dari katil. Jika tidak teringatkan janjinya dengan Hakim pada hari itu, dia pasti masih bermalasan dikatil ketika ini.

Encik Hakim berjalan menghampiri meja kerjanya lalu dia mencapai sebuah dokumen sederhana tebal lalu dihulur kepada NurAlia. Kemudian dia mengambil tempat duduk disofa sebelah NurAlia. NurAlia membelek fail tersebut dengan teliti. Satu persatu helaian yang ditelitinya.

            “Kenapa cuma 45%? Bukankah jumlah keseluruhan saham Tan Sri 55%?” Soal NurAlia tiba-tiba. Encik Hakim yang sedang leka dengan Ipad ditangannya itu terus mengangkat kepalanya memandang NurAlia.

            “I minta maaf. I tak sempat halang. But it doesn’t matter right? Lagipun you dah ada 10%, bila you dah beli lagi 45% ni you tetap akan jadi pemegang saham terbesar Mega. And you dah pun berjaya dapatkan bahagian Arwah Mama you.” Balas Encik Hakim berbaur memujuk. NurAlia mengangkat kening. Bersetuju dengan kata-kata peguamnya itu.

            “So, i dah boleh tandatangan?” Tanya NurAlia. Encik Hakim tersenyum lalu mengangguk. Tidak lama kemudian NurAlia menarik keluar buku cek dari begnya. Setelah mencatat sejumlah nilai diatas cek, kemudian cek itu bertukar tangan. Dokumen perjanjian ditolak sedikit oleh NurAlia.

            “I will call you once semua ni dah selesai. Erm... I harap once semuanya dah selesai nanti, you dah bersedia untuk hadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bagi perlantikan baru CEO Mega. I harap you dah bersedia.” Terang Encik Hakim. NurAlia memandang peguamnya sambil mengetap bibirnya.
            “Bila? I mean, bila mesyuarat tu? Tak boleh ke you wakilkan I? Please?” Rayu NurAlia.

            “Alia, you tahu kan you tak boleh bergantung pada I sampai bila-bila? I cuma peguam yang bertanggungjawab untuk menjaga aset you, bukan perkara peribadi you. Lagipun, sampai bila you nak sorokkan hal ni daripada pengetahuan suami you? Lambat-laun suami you akan dapat tahu juga.” Bidas Encik Hakim tegas.

NurAlia yang sedang memicit kepala dipandang sekilas. Wajah wanita itu yang sedikit pucat itu membuatkan dia dipalit rasa bersalah. Encik Hakim mengeluh berat.

            “I minta maaf kerana dah babitkan you dalam masalah I. I cuma belum ada kekuatan untuk berterus-terang hal ni kepada suami i. Macam-macam kemungkinan yang I fikirkan. Nantilah, i akan cuba.” Ujar NurAlia. Wajah suaminya bermain dimatanya ketika itu.

            “Jangan risau, I sentiasa ada dibelakang you.” Sokong Encik Hakim. NurAlia mengukir senyuman dibibirnya. 

            “You tak sehat ke? Muka you nampak pucat.” Tegur Encik Hakim. NurAlia mengerutkan dahinya.

            “Taklah. I okay aje. Cuma pening jer sikit.” Jawab NurAlia selamba. Encik Hakim mengakat kening.

            “Are you pregnant Puan Alia?” Soal Encik Hakim dengan nada yang ceria tiba-tiba. Soalan yang memukul telinganya itu sedikit mengejutkannya. ‘Aku pregnant? Hishh...’ Detik NurAlia dalam hati.

            “Kan? I perhati you sejak mula-mula sampai tadi lagi Lia. Muka you pucat. Lepas tu you cakap you pening pulak ni. Mana tahu kan, i nak dapat anak saudara.” Ujar Encik Hakim selamba. Bibirnya tidak lekang daripada senyuman. NurAlia ketawa mendengar perkataan anak saudara yang sengaja ditekankan itu.
            “You ketawa kenapa? Excited nak dapat baby? I rasa you kena pergi klinik lah Lia. Mana tahu kan?” Cadang Encik Hakim sedikit teruja. NurAlia dah dianggap sebagai adiknya sejak hari pertama dia bertemu mata dengan wanita didepannya itu. Dia sedikit simpati dengan nasib yang menimpa wanita itu.

            “Ada-ada jelah you ni. Mungkin I penat kot. Tu yang pening-pening macam ni. Dah lah, dah nak dekat lunch hour ni. I nak minta diri dululah. Tak nak kacau you lama-lama.” Ujar NurAlia sambil mengemas begnya.

            “Tak ada maknanya kacau I Puan Alia oii. Since dah dekat lunch hour ni kan, apa kata kita lunch sekali? Dah terlanjur you dekat sini ni.” Cadang Encik Hakim tiba-tiba.

NurAlia terdiam sejenak. Good idea. Lagipun Tengku Haris tak balik lunch harini.
           
            “Okay lah macam tu. Jom!” Akhirnya dia bersetuju. Baru sahaja dia ingin melangkah matanya berpinar-pinar dan badannya terhuyung-hayang. NurAlia jatuh terjelepok diatas karpet bilik pejabat Encik Hakim.


TENGKU Haris mengesat bibirnya lalu mengeluh berat. Sudah 3 kali dia berulang alik dari tandas kecil yang terdapat dalam bilik pejabatnya. Kapalanya sarat memikirkan makanan yang sudah dimakannya semalam. Cuba meneka. Hampir setiap 30minit dia pasti akan berlari ke tandas untuk memuntahkan segala isi perutnya.

Jarinya ligat menekan butang ditelefon bimbitnya. Dahinya dikerutkan sedikit apabila panggilannya tidak berjawab. Dua kali dia cuba menghubungi isterinya itu namun masih tidak berjawab. ‘Kemas rumah agaknya’ bisik Tengku Haris. Kemudian dia cuba menumpukan perhatian pada skrin laptop.

Sementara itu, di dalam bilik pejabat Encik Hakim pula NurAlia kelihatan baru membuka kelopak matanya. Encik Hakim menarik nafas lega apabila melihat NurAlia yang sudah sedar itu. 

            “You okay ke?” Soalan itu yang terpancul dibibir Encik Hakim apabila melihat NurAlia sudah membetulkan duduknya.

            “I minta maaf dah susahkan you.” Ujar NurAlia lalu mengerling jam didinding bilik pejabat peguamnya.

            “I nak balik dululah.” NurAlia mula menarik tas tangannya yang terletak diatas meja hadapannya. Encik Hakim berdiri. Cuba menghalang.

            “You sure you boleh drive balik? I think you better pergi klinik dulu.” Cadang Encik Hakim. NurAlia menggeleng. Sebaik sahaja meminta diri, NurAlia terus melangkah keluar.

“TAHNIAH Puan Alia, tak lama lagi awak akan jadi ibu.” Beritahu Doktor Marini lembut. NurAlia ternganga. Doktor Marini ketawa kecil melihat reaksi terkejut NurAlia.

“Kandungan awak dah pun berusia 3 minggu Puan Alia.” Beritahu Doktor Marini lagi. NurAlia membulat memandang doktor wanita dihadapannya itu. Bagaikan bermimpi mendengar berita yang baru diterima itu.

Dia hanya mendengar nasihat-nasihat yang diberikan oleh Doktor Marini petang itu. Setelah mengambil ubat dan membuat bayaran, NurAlia terus meninggalkan bangunan klinik itu. Setibanya dirumah, dia terus menghubungi suaminya.

Perutnya diusap perlahan sambil tersenyum. Lantas dia melangkah ke dapur untuk mengisi perut. Hatinya girang menunggu kepulangan suaminya untuk memberitahu berita kehamilannya itu. Tengku Haris memaklumkan bahawa dia akan pulang awal petang itu.

JAM 4 petang Tengku Haris sudah pun tiba dikediamannya. Apabila pintu utama dibuka, matanya terpandangkan sebatang tubuh yang sedang terlena diruang tamu utama rumah. Wajah bersih NurAlia yang kelihatan berseri itu dipandangnya. Lalu dia mengatur langkah menghampiri isterinya itu.
NurAlia membuka matanya seraya terhidu haruman minyak wangi yang selalu dipakai suaminya. Bibirnya terukir senyuman manis tatkala terpandang suaminya didepan matanya. Tengku Haris mengucup dahi NurAlia lembut.

            “Abang nampak tak sehat jer.” Tegur NurAlia apabila perasan wajah suaminya sedikit muram itu. Tengku Haris melabuhkan punggung disebelah isterinya.

            “Abang asyik muntah-muntah aje kat office tadi. Tak tahulah apa kena dengan abang hari ni. Salah makan kut.” Terang Tengku Haris.

NurAlia tersenyum mendengar kata-kata suaminya. ‘Aku yang mengandung, dia yang muntah-muntah.’ Detik NurAlia dalam hati. Lantas dia mencapai tangan suaminya. Lalu dibawa ke perutnya. Cuba memancing suaminya. Namun tiada respon daripada suaminya ketika itu.  

            “Tak adalah bang. Bukan sebab salah makan. Tapi....” NurAlia sengaja tidak menghabiskan ayatnya. Sengaja dia menekan tangan suaminya yang berada diperutnya itu. Tengku Haris memandang isterinya dengan pelbagai soalan. NurAlia senyum meleret.

            “Abang akan jadi Papa? Tak lama lagi?”

NurAlia ketawa sambil menganggukkan kepalanya. Tengku Haris mengusap perut isterinya lembut. “Bila Lia dapat tahu?” Tanya Tengku Haris lagi.

            “Tengahari tadi Lia ke klinik.” Jawab NurAlia ringkas. Dia gembira melihat reaksi daripada suaminya ketika itu.
            “Malam nanti kita ke klinik tu. Abang nak minta nasihat dari doktor tu.” Tegas Tengku Haris.

            “Yelah bang. Abang dah makan ke? Boleh Lia panaskan lauk.”

            “No, no. Lia duduk kat sini, biar abang buat sendiri. Abang tak nak susahkan Lia dah. Abang nak Lia jaga kandungan Lia elok-elok. Abang tak nak jadi apa-apa dekat Lia.” Ujar Tengku Haris tidak lekang mengusap perut isterinya yang masih kempis itu.

NurAlia ketawa mendengar kata-kata suaminya itu. “Abang ni, itu kan tanggungjawab Lia. Lagipun Lia bukannya dah sarat. Abang ni...” Ujar NurAlia tidak puas hati.

            “No. Abang tak izinkan. Duduk sini aje. Rehat.” Tegas Tengku Haris lagi.

            “Tapi, abang pandai ke buat semua tu?” Soal NurAlia selamba. Tengku Haris yang baru sahaja ingin melangkah ke dapur itu kembali berpatah apabila terdengar pertanyaan isterinya itu.

            “Dah, jom teman abang kat dapur. Just teach me.” Ujar Tengku Haris akhirnya. NurAlia ketawa melihat airmuka suaminya separuh merayu itu.

Berita kehamilan NurAlia telah disambut baik oleh keluarga mertuanya. Engku Maryamlah yang banyak memberi nasihat kepada NurAlia dan Tengku Haris. Sudah 3 hari Tengku Haris tidak ke pejabat dek kerana terkena alahan kehamilan isterinya berbeza pula dengan isterinya yang kelihat cergas setiap hari.

Tengku Haris kembali bermaya selepas 3 hari dia berehat dirumah. Walaupun masih terpaksa berulang alik dari mejanya ke tandas, namun digagahkan juga untuk menghadap fail yang makin bertimbun dimejanya.
Hujung minggu itu Tengku Haris dan NurAlia ke kediaman yang kini didiami Tengku Hafiz dan isterinya di Bukit Antarabangsa untuk berkumpul dengan keluarga mereka. 

Engku Maryam dan Tengku Jamil menyambut mesra NurAlia dan Tengku Haris yang baru tiba itu. Sharifah Amira yang baru sahaja muncul diruang tamu bersama suaminya memasamkan wajahnya apabila melihat Engku Maryam memeluk erat NurAlia yang baru tiba itu.

NurAlia mengatur langkah menghampiri Sharifah Amira yang sedang duduk disofa. Lantas dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Sharifah Amira yang sarat itu. Bagaikan terpaksa, Sharifah Amira menyambut tangan NurAlia yang ingin bersalaman itu. Engku Maryam tersenyum melihat menantunya itu.

NURALIA tersenyum melihat suaminya yang sedang membetulkan baju melayunya itu. Tengku Haris mengerutkan dahinya memandang isterinya.

            “Sayang? Apasal senyum sorang-sorang ni?” Tanya Tengku Haris sedikit cemas. NurAlia menggeleng kepala. Tengku Haris menghampiri isterinya lalu dia meletakkan tangannya didahi isterinya. NurAlia ketawa kecil.

            “Lia tak demamlah. Lia senyum sebab abang handsome sangat malam ni.” Ujar NurAlia selamba. Tengku Haris mencubit pipi isterinya perlahan.

            “Pakai kain pelikat dengan baju melayu macam ni pun handsome ke sayang?” Tanya Tengku Haris hairan. NurAlia tersenyum.

            “Nanti abang belikan hadiah untuk Lia.” Ujar Tengku Haris selamba sambil memakai songkok dikepalanya.

            “Kena puji dulu baru dapat hadiah dari abang ke? Teruklah abang ni.” NurAlia menarik muncung. Tengku Haris ketawa melihat muncung isterinya itu.

            “Nanti abang ambil tali, abang ikat muncung Lia tu buat reben. Mesti cantik.” Sakat Tengku Haris lagi. NurAlia menjeling. Tengku Haris ketawa kuat. Jam didinding dipandang seketika.

            “Nanti abang balik dari masjid, abang pujuk Lia yer. Lia duduk elok-elok kat rumah tau. Kalau ada apa-apa, panggil aje Bibik Biah.” Pesan Tengku Haris lembut. Dahi isterinya dikucup lembut. Sengaja dia mengenyitkan matanya sebelum beredar.

NURALIA mematikan langkahnya apabila terdengar jeritan dari bilik Tengku Hafiz yang terletak bersebelahan dengan biliknya. Lantas dia menjerit memanggil Bibik Biah yang berada ditingkat bawah. Kemudian dia menghampiri pintu bilik itu lalu daun pintu ditolak kuat. Lantas dia mendapatkan Sharifah Amira yang sedang menahan sakit diatas katil itu.

            “Lia, tolong I. Sakit sangat.” Rintih Sharifah Amira. NurAlia cuba membantu Sharifah Amira untuk berdiri. “Lia bawak Kak Mira ke hospital. Akak tahan sikit yer.” Ujar NurAlia lembut. Bibik Biah yang baru muncul itu seditkit cemas melihat NurAlia dengan Sharifah Amira.

            “Puan Mira...” Belum sempat Bibik Biah berkata-kata, NurAlia mencelah.

            “Bibik, tolong ambilkan beg Kak Mira dengan handbag Lia dekat dalam bilik. Lia nak bawa Kak Mira ke hospital. Cepat sikit Bik.” Arah NurAlia. Bibik Biah mengangguk. Mujurlah beg pakaian Sharifah Amira sudah tersedia.

NurAlia membantu Sharifah Amira masuk ke dalam perut kereta. Kemudian dia mengatur langkah menuju ke bahagian pemandu. Bibik Biah cuba menenangkan Sharifah Amira ditempat duduk belakang. Dengan lafaz bismillah, NurAlia memandu keluar kereta BMW putih milik suaminya menuju ke Hospital.

NurAlia dan Bibik Biah setia menunggu diluar wad kecemasan. Setibanya dihospital sebentar tadi, NurAlia terus menghubungi Tengku Hafiz untuk memaklumkan tentang Sharifah Amira. Tidak lama kemudian, Bibik Biah meminta diri ke surau untuk menunaikan solat Maghrib yang belum sempat ditunaikan.


4 comments:

  1. tak sabar tunggu next en3. Huhuhuu.. Best !

    ReplyDelete
  2. Best...cepat2 sambung ya!!!!

    ReplyDelete
  3. good job but jgn lh bg sma dgn y lain..maybe idea brbeza2 tp jln crta mcm kmi2 y mmbca dh thu ksudahnnya...n 1 more thing knpa ya pnulis skrg ska create klau istri hmil suami dpt alahan lh apa lh...ksian...

    ReplyDelete
  4. 5 minggu preggy tak tally dgn 2 kali missed period.

    ReplyDelete

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...