KERETA yang dipandu Tengku Haris membelok
masuk ke perkarangan kediamannya. Matanya melilau mencari kelibat isterinya
disegenap inci kawasan banglonya itu. Jiwanya resah apabila kelibat isterinya
gagal dikesan. Lantas pintu kereta ditolak. Lalu secepat mungkin dia melangkah
menghampiri pintu utama.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam, matanya
sekali lagi mencari isterinya. Kakinya laju diatur ke tingkat atas. Pintu kamar
ditolak perlahan. Kipas siling berputar laju. Matanya terarah pada sofa.
Isterinya yang sedang lena tidur itu dihampirinya. Bibirnya mengukir senyuman
apabila terdengar dengkuran halus isterinya. Pipi isterinya diusap lembut.
Lantas dahi isterinya dihadiahkan sebuah kucupan. Kemudian dia terus mengatur
langkah ke bilik air untuk membersihkan diri.
NurAlia terjaga tatkala terdengar bunyi desiran air
dari bilik air. Matanya terarah pada briefcase hitam milik suaminya. Kata-kata
peguamnya ketika pertemuan mereka pagi tadi bagaikan berputar laju
difikirannya. NurAlia mengeluh berat. Dia bimbang jika suaminya menuduh dirinya
sebagai penipu jika perihal sebenar dirinya diketahui lelaki itu kelak. Tidak
sanggup dia membayangkan rumahtangga mereka jika itu berlaku. Jauh disudut
hati, dia mendoakan kesejahteraan perkahwinan mereka berkekalan.
Jam didinding dipandang seketika. Lantas dia
berdiri, lalu mengatur langkah menuju ke dapur ditingkat bawah.
TENGKU Haris tersenyum melihat isterinya
yang sedang menyiapkan makan malam mereka didapur. Apron yang tergantung
disebelah peti ais dipandang Tengku Haris. Lantas dia menapak perlahan untuk
mencapai apron itu.
“Nak abang
tolong?” Tengku Haris bersuara tiba-tiba. NurAlia yang sedang mencuci bahan
mentah disinki sedikit terperanjat. Tengku Haris yang sudah lengkap ber‘apron’
itu dipandang NurAlia dari atas ke bawah. Tengku Haris menguntum senyuman
menampakkan kedua lesung pipitnya.
“Betul ni?” Duga NurAlia. Tengku Haris mengangguk.
Lantas itu NurAlia menyuruh suaminya mengupas
beberapa biji bawang merah serta bawang putih. NurAlia tersenyum melihat
suaminya yang kelihatan sedikit kekok itu. Tidak lama kemudian kelihatan Tengku
Haris sudah mula mengesat matanya. Pedih. Sebaik sahaja siap mengupas bawang,
Tengku Haris terus berlari ke tandas untuk mencuci muka. NurAlia hanya
menggeleng melihat suaminya itu.
“Fuhh.... barulah lega sikit.” Ucap Tengku Haris
yang baru muncul itu. NurAlia ketawa kecil. Tengku Haris menghampiri isterinya
yang sedang mengacau lauk itu. Kemudian senduk yang berada ditangan NurAlia
bertukar tangan.
10 minit kemudian, beberapa hidangan sudah
terhidang diatas meja makan diruang makan. Selesai sahaja Tengku Haris
mengaminkan doa makan, mereka menjamu selera sambil berbual rancak. Sebaik
sahaja selesai makan malam, NurAlia mengemas meja makan dibantu oleh Tengku
Haris.
“Abang, Lia ingat esok nak pergi supermarket lah.
Nak shopping groceries sikit. Banyak dah habis lah.” Ujar NurAlia yang sedang
mencuci pinggan disinki.
“Kita pergi sekali lah sayang. Lagipun dah lama kan
abang tak teman sayang keluar.”
“Erm... abang tak kerja ke esok?” Soal NurAlia.
Tengku Haris menggeleng. Lantas pinggang isterinya dipaut lembut lalu mereka
melangkah ke ruang tamu.
SELESAI sarapan, mereka
terus bersiap untuk keluar membeli belah seperti yang telah dirancang mereka. Tengku Haris
menolak troli yang masih kosong menghampiri isterinya yang sedang asyik
membelek produk mandian itu.
Dengan hanya mengenakan seluar pendek separas
lutut dan t-shirt berserta dengan topi dikepala, Tengku Haris kelihatan muda
dari usianya. Bibirnya tidak lekang dari senyuman tatkala matanya bertembung
dengan mata pengunjung lain.
Bahu NurAlia dicuit Tengku Haris. NurAlia terus
memusingkan badannya menghadap suaminya. Cecair mandian dan sebotol shampoo
diletakkan didalam troli.
“Jomlah kita ke bahagian groceries pulak. Lia nak
beli barang keperluan dapur kita.” Ujar NurAlia sambil menarik tangan suaminya.
Tengku Haris cuma mengangguk. Mereka berjalan beriringan menuju ke bahagian
sayur-sayuran dan bahan mentah
“Sayang,
ingat lagi tak kita pernah datang sini shopping groceries?” Bisik Tengku Haris
tiba-tiba. NurAlia mengangguk laju sambil tersenyum. Adegan beberapa bulan yang
lalu terlayar dimata NurAlia. NurAlia ketawa kecil.
“Lia bengang gila dengan abang masa tu.” Rungut
NurAlia sambil memuncungkan mulutnya. Tengku Haris ketawa. Bibir NurAlia yang
sudah muncung itu dicuitnya.
“Saja abang nak sakat Lia. Kalau Lia nak tahu,
itulah pertama kali abang shopping groceries tahu?” Ujar Tengku Haris. NurAlia
tersenyum. Lalu mereka sama-sama mencari barang-barang yang telah disenarai
pendek oleh NurAlia.
Setelah selesai membuat bayaran, mereka terus
pulang ke kediaman mereka. NurAlia terus ke dapur untuk memasak hidangan
tengahari mereka. Tengku Haris menawarkan diri untuk mengemas barang-barang
yang baru dibeli oleh mereka sebentar tadi.
“Sayang, abang ingat lepas kita pergi honeymoon
nanti, abang nak daftarkan sayang masuk kelas memandu. Senang kalau sayang nak
ke mana-mana.” Usul Tengku Haris. NurAlia yang sedang mencuci ayam mentah itu
memandang suaminya seketika.
“Abang, Lia dah ada lesen memandulah. Dah lama dah
Lia ambil.” Ujar NurAlia perlahan. Tengku Haris memandang isterinya dengan
penuh tanda tanya.
“Lia ambil setahun selepas Lia habis SPM.” Terang
NurAlia ringkas.
“Habis tu kenapa Lia tak drive kereta abang pergi
mana-mana sebelum ni?” Soal Tengku Haris lagi.
“Lia tak beranilah bang. Kereta tu besar sangat.”
Balas NurAlia selamba.
“Ada-ada jelah isteri abang ni. Dah, lepas ni abang
tak izinkan Lia naik teksi lagi. Bahaya tau?” Tegas Tengku Haris. NurAlia
mengangguk. Tiada pilihan. Selesai sahaja Tengku Haris mengemas, dia terus
menghilang ke tingkat atas untuk menunaikan solat zohor.
Usai menunaikan solat, Tengku Haris berbaring
diatas katil untuk merehatkan badannya. Otaknya mula merencanakan sesuatu. Dia
berkira-kira untuk menghadiahkan isterinya sebuah kereta untuk memudahkan
isterinya bergerak. Lantas tangannya mencapai telefon bimbit lalu dia
menghubungi seseorang.
MALAM itu, Tengku Haris
menghubungi orang tuanya untuk memberitahu bahawa meraka akan berangkat ke
London pada malam esok. NurAlia yang berada disebelah suaminya hanya mendengar
butir bicara suaminya sahaja. Sebaik sahaja panggilan dimatikan, Tengku Haris
memandang isterinya.
“Bonda dengan papa kirim salam.” Ujar Tengku Haris
ringkas.
“Waalaikummussalam. Er... Lia nak naik atas dulu
lah bang. Lia nak packing baju.” Kata NurAlia. Tengku Haris mengangguk. Lantas
NurAlia mengatur langkah meninggalkan suaminya yang sedang menonton tv diruang
tamu.
Ketika mendaki tangga, kepalanya ligat memikirkan
tentang sesuatu. Di dalam bilik, NurAlia
termenung menghadap bagasi besar yang diletakkan dihadapan almari pakaian.
‘Ala, baru 2 bulan period tak datang. Normal lah kut.’ Bisik NurAlia didalam
hati. Cuba menenangkan hatinya. ‘Tapi kalau pregnant?’. NurAlia memegang
perutnya. ‘Takkan kut’.
NurAlia menggelengkan kepalanya. Enggan memikirkan
tentang itu bimbang dia akan meletak harapan yang tinggi dan akhirnya dia
kecewa. NurAlia mengeluh berat.
Bagasi yang sudah penuh dengan pakaian mereka
dipandang NurAlia. Setelah sudah berpuas hati, NurAlia menutup kemas bagasi itu
kemudian ditolak ke tepi. Jam didinding dipandang sekilas. Kaki diatur menuju
ke tangga.
Tengku Haris yang sedang terlena disofa
dihampirinya. Sebuah kucupan hinggap dipipi suaminya. “Sayang abang.” Bisik
NurAlia.
SEPANJANG 6 hari mereka
berada di California, pelbagai tempat yang mereka sudah lawati. Hubungan mereka
suami isteri kian bertambah erat kini. Pelbagai ole-ole yang sempat dibeli
ketika mereka melawati tempat-tempat disana. Setibanya mereka di KLIA, mereka
terus mendapatkan teksi untuk pulang ke kediaman mereka. Sengaja mereka tidak
memberitahu kepulangan mereka dek kerana ingin memberi kejutan kepada keluarga
mereka.
Setibanya di kediaman mereka, Tengku Haris membuka
luas pintu pagar utama rumah. NurAlia memandang sebuah kereta yang terparkir di
porch. Mereka berjalan memasuki perkarangan kediaman mereka. Tengku Haris
tersenyum melihat kekerutan didahi isterinya.
“Kereta siapa ni?” Soal NurAlia hairan. Tengku
Haris tersenyum. Lantas dia berlari anak menuju ke kabinet kasut yang terletak
ditepi pintu utama. Lalu dia mencari sesuatu. Matanya tertancap pada sebuah
kotak kecil berbalut cantik itu.
NurAlia menghampiri suaminya. Tengku Haris menghulurkan
kotak itu kepada isterinya. NurAlia memandang suaminya dengan seribu tanda
tanya. Dengan penuh sabar kotak itu dibuka. NurAlia memeluk Tengku Haris
tatkala melihat isi didalam kotak itu.
“Macam mana abang boleh buat semua ni?” Tanya
NurAlia yang masih teruja itu. Tengku Haris tersenyum.
“Sehari sebelum kita berangkat. Abang tak pernah
bagi sayang hadiah. Kebetulan Lia cakap Lia tak berani nak drive kereta abang
kan, so abang rasa kereta ni boleh buat Lia rasa selesa. Sayang suka tak?”
Terang Tengku Haris. NurAlia tersenyum lalu dia mengucup pipi suaminya lama.
“Terima kasih abang. Lia suka sangat hadiah abang
ni. Lia janji Lia akan jaga kereta ni baik-baik.” Ujar NurAlia sambil
menggoyangkan kunci kereta.
“Malam nanti kita keluar makan abang nak sayang
drive kereta ni.” Cadang Tengku Haris sambil mencubit pipi isterinya itu.
“Okay.” Jawab NurAlia teruja.
TEPAT jam 6.20 pagi
NurAlia terjaga dari lenanya. Lantas dia cepat-cepat membersihkan diri dan
berwuduk. Selepas lengkap berpakaian barulah dia menunaikan solat. Tengku Haris
yang terjaga apabila menyedari isterinya sudah tiada sebelahnya. Terpandangkan
NurAlia yang sedang menunaikan solat barulah dia bangkit dari katil dan
melangkah ke bilik air.
Sebaik sahaja selesai solat, NurAlia mencapai baju
kerja suaminya yang tergantung didalam almari lalu diletakkan diatas katil.
Tengku Haris yang baru keluar dari bilik air dipandang NurAlia.
“Lia turun bawah sediakan sarapan dulu ya?”
“Okay. Nanti abang turun.”Jawab Tengku Haris.
Sejurus isterinya pergi, Tengku Haris terus menunaikan solat subuh.
NurAlia membasuh ayam mentah untuk diletakkan
didalam mee goreng kegemaran suaminya. Selesai menggoreng mee, NurAlia mencapai
mug lalu dia membancuh milo panas buat suaminya. Kemudian dia menghidang sarapan
di ruang makan. Baru sahaja dia ingin memanggil suaminya, Tengku Haris
kelihatan sedang menuruni tangga bersama briefcase dan segak berpakaian
pejabat.
NurAlia menyambut briefcase suaminya lalu tangan
suaminya ditarik menuju ke ruang makan. Tengku Haris tersenyum melihat menu
sarapan pagi itu.
“Mee goreng. Macam tahu-tahu aje abang nak
breakfast mee pagi ni.” Tengku Haris menarik kerusi lalu duduk. NurAlia
mencedok mee goreng ke dalam pinggan dihadapan suaminya.
“Lia tak makan sekali ke?” Tanya Tengku Haris seraya
melihat hanya ada satu pinggan dan semug milo panas sahaja diatas meja makan.
“Tak. Lia kenyang lagi.” Jawab NurAlia sambil
menarik kerusi disebelah suaminya. Tengku Haris mengerutkan dahinya.
“Boleh macam tu? Nanti jangan biarkan perut tu
kosong. Tak elok. So, apa plan Lia harini? Drive kereta baru?” Usik Tengku Haris
sambil menyuap mee ke dalam mulutnya. NurAlia tersengih. Kepalanya mula ligat
memikirkan hala tuju untuk hari itu.
“Duduk rumah kot. Abang balik lunch hari ni tak?”
Soal NurAlia pula.
“Taklah kut.” Jawab Tengku Haris ringkas.
Sebaik sahaja kereta Tengku Haris hilang dari
pandangan, NurAlia terus menutup pagar besar dengan alat kawalan jauh. Pintu
utama ditutup kemas. Lantas dia mendaki tangga ke tingkat atas.
TENGKU Hafiz tidak jadi
melangkah menuju ke bilik pejabatnya tatkala matanya terpandang bilik adiknya
yang terang itu. Lantas kakinya menapak laju menuju ke bilik adiknya itu. Nancy
yang sedang menulis sesuatu itu terus berdiri apabila terpandangkan ketuanya
itu.
“Tengku Haris dah balik ke?” Tanya Tengku Hafiz sambil
matanya memerhati bilik pejabat adiknya itu.
Belum pun sempat Nancy menjawab soalan Tengku Hafiz,
Tengku Haris terlebih dahulu bersuara tiba-tiba. Entah bila lelaki itu sudah
berada di muka pintu bilik pejabat itu. Tengku Hafiz menguntum senyuman apabila
melihat adiknya itu. Akhirnya mereka sama-sama melangkah masuk ke bilik pejabat
itu.
“Bila Ris sampai KL?” Soal Tengku Hafiz yang sudah
melabuhkan punggung berhadapan dengan adiknya itu.
“Semalam. Saja Ris tak nak beritahu. Nak surprisekan
semua.” Ujar Tengku Haris. Tengku Hafiz ketawa kecil.
“So, seronok honeymoon? Lia apa khabar?”
“Of course lah seronok. Bercuti dengan orang
tersayang. Lagi best daripada bercuti sorang diri tau? Lia sehat alhamdulillah.
Malam nanti Ris bawa Lia balik sana.” Ujar Tengku Haris panjang lebar.
“Eloklah. Papa dengan Bonda ada dekat rumah tu.”
“Kak Mira due bila?” Soal Tengku Haris.
“InshaAllah minggu depan. Ris ni bila lagi?”
Pancing Tengku Hafiz. Tengku Haris ketawa apabila mendengar soalan daripada
abangnya itu.
“Belum ada rezeki lagi. Nanti dah ada, abanglah
orang pertama Ris beritahu. Promise.” Tengku Haris mengangkat tangannya sebagai
tanda berjanji. Tengku Hafiz menggeleng kepalanya melihat reaksi adiknya itu.
“By the way, macam mana dengan Mega? Dah buat
keputusan?” Tanya Tengku Haris tiba-tiba. Tengku Hafiz tersenyum.
“Abang hanya dapat beli 10% saja. The rest dah pun ada
pembeli.” Jawab Tengku Hafiz. Jawapan yang baru didengar itu sedikit
mengejutkan Tengku Haris. Lantas Tengku Haris mencapai fail hitam yang bertanda
MEGA itu.
“Maknanya dah ada calon terbaru untuk perlantikkan
CEO Mega?” Tanya Tengku Haris sambil matanya meneliti senarai pemegang saham
Mega Jaya Sdn. Bhd. Matanya tertancap pada sebaris nama yang sangat familiar
dengan dirinya. NurAlia bt Ahmad. ‘Alah, ramai kut manusia dalam Malaysia ni
nama sama macam bini aku.’ Bisik Tengku Haris.
“Oh ya Ris, Abang dengan Papa dah bincang untuk
buka satu organisasi baru. Anak syarikat lah senang kata.” Ujar Tengku Hafiz tiba-tiba.
Tengku Haris terus menutup kembali fail itu lalu dia menghantar pandangannya ke
arah Tengku Hafiz.
“Anak syarikat baru?”
“Yes. Untuk membantu organisasi lain yang mempunyai
masalah dari segi modal which is financing, dan kita akan tawarkan khidmat
rundingan kepada organisasi baru.” Terang Tengku Hafiz panjang lebar.
“Good idea bang. So siapa yang akan manage?”
Tengku Hafiz tersenyum mendengar pertanyaan adiknya
itu. Tengku Haris yang melihat senyuman di bibir abangnya itu bagaikan sudah
memahami maksud tersirat disebalik senyuman itu.
“Ris? Again? Why not kita beri percayaan kepada
Lisa? She’s good in management and marketing.” Cadang Tengku Haris.
“Nanti kita meeting fasal projek baru ni dengan
papa. Kalau papa setuju, nampak gayanya kena train si Lisa tu sampai dia tahu
macam mana nak set up bisnes.” Tengku Hafiz mengeluh. Tengku Haris ketawa kecil
mendengar keluhan abangnya itu.
Tidak lama kemudian Tengku Hafiz meminta diri untuk
balik ke bilik pejabatnya. Tengku Haris menyambung kerjanya sejurus selepas
abangnya menghilang dari biliknya. Tepat jam 12.35 tengahari, Tengku Haris dikejutkan
dengan panggilan daripada isterinya.
Baru sahaja panggilan dimatikan, pintu bilik
pejabat Tengku Haris ditolak. Tengku Haris bingkas berdiri tatkala melihat
isterinya berada didepan matanya. NurAlia menyalami tangan suaminya seperti
biasa.
“Lia bawa makan tengahari. Jom kita makan
sama-sama.” Ajak NurAlia yang sudah menarik suaminya ke sofa. Tengku Haris
membulatkan matanya apabila melihat lauk kegemarannya.
“Apa kata abang ajak Abang Hafiz makan sekali. Lia
memang sengaja bawa lebih ni.” Usul NurAlia. Tengku Haris terus mengeluarkan
handphonenya lalu nombor abangnya didail. 5 minit kemudian barulah Tengku Hafiz
muncul.
“Wah, seronok kalau hari-hari macam ni.” Seloroh
Tengku Hafiz. NurAlia tersenyum lalu dia mencedok nasi ke dalam pinggan lalu
dihulur kepada abang iparnya itu. Mereka bertiga menikmati makan tengahari
sambil berbual rancak. Tengku Hafiz tidak habis-habis memuji masakan NurAlia
tengahari itu.
BEBERAPA hari selepas
mereka pulang dari honeymoon, NurAlia perasan bagaikan ada perubahan pada dirinya.
Badannya dirasakan cepat penat sehinggakan hampir setiap hari dia akan tidur
petang. Makan pula lebih banyak daripada biasa.
Tangannya menggosok perut yang
kempis itu. ‘Aku mengandung ke? Period memang dah terlebih lambat ni. Tapi tak
ada pulak aku loya pening-pening.’ Bisik NurAlia. Kepalanya digaru tidak gatal.
NurAlia mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan
diatas bantal. Lalu dia membuka kiriman SMS yang baru sahaja masuk itu. Matanya
membulat apabila membaca berita yang baru diterima daripada peguamnya.
‘Alia, I
dah dapatkan dokumen yang you perlu tandatangan untuk proses pembelian saham
Tan Sri Azman. I harap I dapat jumpa you secepat mungkin untuk uruskan proses
pembelian dan penukaran nama.’
NurAlia termenung seketika. Memikirkan sesuatu. Tidak
lama kemudian laju sahaja jarinya menaip untuk membalas pesanan SMS.
‘Baiklah. Esok
pagi I akan ke office you.’
Ringkas
sahaja jawapan dari NurAlia. Kemudian butang send ditekannya. Beberapa minit
kemudian nada pesanan SMS berbunyi lagi. Lantas NurAlia membukanya.
‘ Anyway,
orang upahan I dah dapat jejak ayah you di Kuala Terengganu. Esok I akan bagi
you alamat dan gambar beliau kepada you.’
NurAlia melopong. Tangannya
mula menggigil. Namun jauh disudut hati dia memanjat syukur kehadrat ilahi
kerana akhirnya pencariannya membuahkan hasil. Hatinya teruja untuk menunggu
esok.
cemane nt kalau haris tau alia yg beli saham mega tu bini die....? alia pregnant...?bestnye..
ReplyDeleteOh alia....cecepatlah bgtau u bought the shares of mega. Tak best lah diorang gaduh. Hohoho. Tq for the entry. :)
ReplyDeletelamanya sy tggu episode 15 heheheh
ReplyDeleteAnyway cerita ni besh :)
nak lg lama tau tunggu.
ReplyDeletealia prgnt ??...best !!
ReplyDeletenk lg ...plz..
x sabar nk tngu next en3.. bgmana alia nk confront dgn haris? apakah reaksi haris bila dpt tahu siapa alia yg sbnarnya? dan bgmana penerimaan kluarga mertua alia? dlm dilemma dan konflik, alia plak didapati berbadan dua..cik writer, keep up good work!!!
ReplyDeletehmm bagus2. derah ket wak hok baru. wak abeh gitu. hahaha -M
ReplyDeletebestlah novel ni x sabar tunggu episod akn dtg...
ReplyDeletebaik lia cpt beritahu haris siapa dia sebenarnya. mungkin kalau marah pun tak lama...sayang binikan.tambah2 kalau tau lia dah pregnant.
ReplyDeletemakin best ni. x sabar nak beli novel. jgn lupa bgtau klu dah kluar nnt, ye
ReplyDeletemy dearest...the story is getting hot!!! like it so much
ReplyDeleteHoneymoon kat phuket ke carlifornia?
ReplyDeleteSorry. My bad.
DeleteWah...the story is very amazing and I think,I want to buy this novel when it will diterbitkan soon...
ReplyDelete