Episod 2
Bibik
Biah dan NurAlia mengangkat beberapa beg dan barangan yang dibawa oleh Tengku
Jamil dan Engku Maryam masuk ke dalam ruang tamu rumah mewah itu. Engku Maryam agak terkejut dengan pembantu
rumah barunya itu. Namun apabila melihat
kepetahan gadis itu, dia menjadi senang.
Jam
8malam Tengku Jamil dan Engku Maryam menikmati makan malam bersama 2 orang
anaknya dengan pelbagai cerita yang dikongsi bersama. NurAlia yang melihat
keakraban hubungan ahli keluarga itu merasakan sedikit tersentuh. Dia dan Tan Sri Azman sudah tidak rapat sejak
papanya mengambil keputusan untuk berkahwin lagi selepas setahun pemergian
Arwah Mamanya. Ibu tirinya pula hanya
3tahun tua daripadanya.
“Lia,
tolong bawa buah-buahan ni ke depan.”
NurAlia
mengangguk. Lantas dia menyambut huluran Bibik Biah lalu dia melangkah ke
hadapan. Ketika dia meletakkan pinggan itu di atas meja, Tengku Jamil
menegurnya.
“Marilah
duduk makan sekali, Alia.”
“Haah
Lia, mari makan sekali..”
“Takpelah
Pak Engku, Mak Engku. Saya teman Bik
Biah makan kat belakang nanti. Terima kasih.”
Sejurus
itu, NurAlia melangkah ke dapur.
“Muda
kan bang? Anak kita ni pun tak reti buat kerja dapur macam si Alia tu.”
Tengku
Melissa mencebik.
“Bukan
Tak reti Bonda, tapi Bonda yang tak pernah bagi Lisa masuk dapur. Kan abang
Haris?”
Tengku
Haris tersenyum.
“Tu
kalau jadi menantu kita pun, saya tak kisah Yam oii.. Baik budaknye tu.”
Tengku
Haris tersedak. Tengku Melissa ketawa melihat reaksi abang nya itu.
“Kamu ni
bila nak bawak bakal menantu tunjuk kat Bonda ni, Haris?”
Tengku
Haris mengeluh. Dia kalau boleh memang
nak mengelak daripada bercakap soal kahwin dengan Bondanya. Tapi kali ini, dia
tidak dapat mengelak lagi.
“Ala
Bonda ni... Ris muda lagi. Nanti Ris dah jumpa, Ris tunjuk kat Bonda. Nak cari
perempuan yang betul-betul baik bukan senang.”
Tengku
Jamil ketawa mendengar kata-kata anak lelakinya itu.
“Yang
kat dapur tu dah cukup baik Papa tengok Haris. Kamu nak tunggu siapa lagi?
Bukan tak cantik si Lia tu. Kalau nak banding dia dengan kawan-kawan perempuan
kau tu, jauh lagi cantik dia tu.”
Engku
Maryam tersenyum.
“Muda
apanya kamu ni... dah 28tahun. Dah dekat 30tahun dah. Betul cakap Papa tu. Tak payah cari jauh-jauh, si Alia tu ade.
Bonda berkenan sangat dah dengan dia tu.”
“Bonda,
Papa, she’s our maid okay. I’m not interested to her at all. Nanti ada jodoh,
Ris kahwin okay?”
Engku
Maryam mencebik. Dia menghalakan pandangannya ke Televisyen.
“Hafiz
dah nak balik Malaysia katanya. Bawak
bini dia sekali.”
“Baguslah
kalau macam tu. Tak payah nak pergi sana semata-mata nak melawat dia tu. Saya
ni dah tak larat naik flight berjam-jam Yam.”
“Yelah
abang tu. Pergi business trip larat pulak ye...”
Tengku Hafiz,
mengahwini seorang wanita dari London 2 tahun yang lalu. Walaupun Papa dan Bonda tidak bersetuju
dengan perkahwinan mereka, namun mereka tidak pernah mengeluh dengan jalan yang
dipilih Tengku Hafiz. Sejak berkahwin, Tengku Hafiz tidak pernah pulang ke
Malaysia lagi. Merajuk katanya. Entahlah, Tengku Haris pun tidak tahu keadaan
sebenarnya.
Engku
Maryam mengatur langkah ke dapur. Dia ingin berkenalan dengan pembantu rumah
baru itu.
“Mak
Engku nak apa-apa ke?”
“Dahla
buat kerja tu Lia. Mari duduk kat sini. Saya nak kenal-kenal dengan awak.”
NurAlia
akur sahaja. Dia melabuhkan punggung dihadapan majikannya itu.
“Macammana
kerja kat sini?”
“Alhamdulillah
Mak Engku. Saya suka kerja kat sini.”
“Baguslah.
Mak Engku pon suka Lia kerja kat sini. Ada jugak teman berborak. Macam mana si
Haris tu? Cerewet tak?”
NurAlia
tersenyum apabila nama lelaki itu meniti dibibir wanita anggun dihadapannya
itu.
“Tak
adalah Mak Engku. Dia biasa saja. Tak adalah cerewet mana pun Mak Engku.”
“Baguslah
macam tu. Erm..Lia asal dari mana?”
“Saya
asal dari Kuala Terengganu.”
“Umur
Lia berape? Muda lagi ni Mak Engku tengok. Tak sambung belajar ke?”
“Lia dah
24 tahun dah Mak Engku. Orang susah macam saya ni manalah ada duit nak sambung
belajar Mak Engku. Insyaallah kalau ada rezeki, saya akan sambung belajar.”
“Baguslah
kalau Lia ada cita-cita macam tu. Kalau Lia ada masalah, beritahu Mak Engku.
Mak Engku boleh tolong.”
“Terima
kasih Mak Engku. Mak Engku layan saya baik ni pun saya bersyukur sangat.”
“Lia ada
berapa beradik? Mak ayah kerja apa?”
NurAlia
terdiam sejenak. Memikirkan jawapan yang
sesuai.
“Erm.. Saya anak tunggal. Ayah ada kat kampung,
kerja kampung aje Mak Engku. Mak saya
dah lama meninggal.”
“oo...Mak
Engku minta maaf Lia. Mulai hari ni, anggap saja Mak Engku mak Lia. Panggil Mak
Engku, Bonda. No more Mak Engku-Mak Engku lepas ni yer.”
Engku
Maryam memeluk bahu NurAlia. Entah kenapa dia jatuh sayang kepada gadis itu.
NurAlia membalas pelukan wanita itu. Terasa kasih sayang seorang Ibu menjalar
ke dalam salur darahnya. Dia menyeka airmatanya. “Terima kasih Bonda.”
Engku
Maryam senyum. “Bonda nak naik ke bilik dulu, Lia. Esok kita borak lagi.”
NurAlia
senyum. Matanya menghantar langkah wanita 50-an itu. Terasa rindu kepada arwah Mama dan Papanya.
Dia tidak mampu lagi menahan airmatanya. Tanpa sedar, ada sepasang mata sedang
memandang NurAlia dari jauh.
Tengku
Haris sedar ada kelainan yang dirasakan kini.
Dirinya sedikit terisi dengan kehadiran gadis itu dirumah itu. Sejak dia melihat airmata gadis itu beberapa
hari yang lalu, dia tidak lagi menyakiti hati gadis itu. Hatinya sakit apabila
melihat airmata gadis itu. Entah mengapa dia harus ada perasaan itu dalam
hatinya. Jatuh cintakah dia kepada gadis itu?
Ketukan
pintu bilik pejabatnya mengejutkan dia dari lamunannya. Tengku Haris
membetulkan duduknya lalu mengarahkan setiausahanya masuk.
“Boss,
Encik Adam dah sampai.”
“Suruh
dia masuk. Nancy, make two cup of coffee.”
“Baik
Boss.”
Tak lama
kemudian, rakan karibnya muncul disebalik pintu.
“Hey
dude! Long time no see.”
Tengku
Haris menyambut huluran salam rakannya dan berpelukan seketika. Lama sungguh
mereka tidak bertemu. Rakannya itu baru sahaja pulang dari oversea 2 hari yang
lalu.
“Wah... dah
banyak berubah office kau ni yer, Ris. Makin tinggi taste kau aku tengok.”
“Well...
aku kan CEO. Kenalah ada taste.”
Mereka
ketawa.
“Kau dah
mula masuk kerja ke?”
Syed
Adam tersenyum meleret.
“Aku
baru saja abis study, kau dah suruh aku masuk office. Tunggu dulu lah Ris. Aku
nak rehatkan otak aku ni dulu. Kau ape cerita sekarang? Dah jumpe Princess
kau?”
Tengku
Haris mencebik.
“Ni haa
‘Princess’ aku.”
Tengku
Haris memusingkan skrin komputer ribanya ke arah rakannya itu. Ketawa mereka
meletus.
“Kau ni...
kalau iye pon tension, tak payah la nak conteng kertas tu bagai. Alia. Who that
girl?”
Tengku
Haris membuka matanya seluas yang mungkin memandang cebisan kertas yang sudah
berada di tangan sahabatnya itu. Penuh satu kertas dicontengnya nama gadis itu.
Mukanya merah padam menahan malu. Kebetulan pula setiausahanya, Nancy baru
sahaja menghantar 2cawan kopi. Adoii...
“Kau
ni.. agak-agakla. Tu secretary aku gelakkan aku sekali tu.”
“Ini ke
princess tu?”
“Bukanlah.
Tak ada siapa-siapa pun. Aku suka nama Alia aje. Dah... minum kopi tu. Tak
payah tanya banyak-banyak.”
“Yelah
kau ni. Tu pun dah nak marah ke? Takpe, one day nanti aku akan tahu jugak siapa
si Alia ni. She must be someone special to you.”
Tengku
Haris tersenyum. Syed Adam menghirup air
kopi itu dengan penuh tanda tanya. Sesungguhnya mana-mana perempuan yang
berjaya membuka pintu hati Tengku Haris adalah seorang yang sangat bertuah
kerana sahabatnya itu tidak pernah berminat untuk menjalinkan hubungan dengan
mana-mana perempuan. Tapi bukan GAY okay.
“Kau
dengan Dayana bila nak langsung? Bercinta bukan main lama lagi.”
Syed
Adam mengeluh berat.
“Dayana
tu demand sangatlah Ris. Dia tu nak kahwin ngan aku ke ngan harta aku entah.
Macam-macam benda dia minta aku belikan. Naik serabut pulak aku rasa.”
Tengku
Haris ketawa. Syed Adam mencebik.
“Tulah
kau, haritu aku dah pesan kat kau awal-awal. Kau tak percaya cakap aku. Sayang
gila konon. Tengok lah sekarang? Habis, dah putus ke belum?”
Syed
Adam tersenyum.
“Aku
balik Malaysia tak beritahu dia pun. Dia ada kat London lagi. Baik aku cari
perempuan lain ajer. Tak pun Alia ni pun boleh jugak kalau kau tak nak.”
Tengku
Haris mencerlung rakannya yang sedang ketawa terbahak-bahak.
“Dahlah.
Jom lunch. Aku lapar.”
“Jom.
Untung aku jumpa kau hari ni. Boleh makan free.”
No comments:
Post a Comment