13 August 2014

Bunga Cinta Hati -19


Episod 19
PUAN RAIHANA sengaja bersikap dingin terhadap anak tunggalnya apabila dia merasakan anak tunggalnya itu sudah keterlaluan. Baginya sudah tiba masanya anak gadisnya itu melupakan sejarah hitam yang pernah singgah didalam hidup mereka satu ketika dulu.  10 tahun sudah cukup untuk merawat segalanya.           
            Tangannya diangkat lalu digerakkan berkali-kali barulah lelaki muda itu perasan akan dirinya.  Dengan senyuman terukir dibibir, lelaki itu berjalan menghampiri mejanya.
            “Sorry, buat auntie tunggu lama.” Ujar lelaki itu sebaik sahaja dia melabuhkan punggung dikerusi kayu.
            “Auntie pun baru sampai.  Sorrylah auntie menyusahkan Am datang jumpa orang tua ni.” Ujar Puan Raihana pula.
            Amma ketawa mendengar kata-kata yang keluar dari bibir wanita anggun dihadapannya.
            “Auntie ada masalah ke? Lain macam saja Am tengok.” Teka Ammar pula.
            Puan Raihana menunduk.
            “You can share with me. Anytime.” Tawar Ammar mesra.
            “Farah.” Ujar Puan Raihana.
            “Kenapa dengan Farah? Something happened to her?” Tanya Ammar dengan air muka yang sudah berubah. Puan Raihana menguntum senyuman. Sudah lama dia mendapat membaca isi hati anak muda itu.
            “Tak. Farah okay saja. Cuma auntie dah tak tahu macamana nak lembutkan hati dia.” Luah Puan Raihana sambil memangku kepalanya.
            “Kenapa? Apa yang dia dah buat?” Tanya Ammar pula.
            Puan Raihana menggeleng kepala.
            “Ammar kenal pemilik Intan Permata Sdn. Bhd?” Tanya Puan Raihana pula.
            Lelaki muda dihadapannya mengangguk.
            “Dialah ayah kandung Farah.” Ujar Puan Raihana tenang. Dari situ bermulalah 1001 cerita mengenai masa silam dia dan Farah. Tekun sekali Ammar mendengar setiap butir bicara wanita anggun itu.  Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang sedang menjadi pemerhati mereka.

PEDIH hatinya tatkala wajah ibunya dan lelaki muda itu terbayang dimatanya. Pelbagai andaian yang bermain di mindanya ketika melihat ibunya berdampingan dengan lelaki muda itu. 
            Entah mengapa perasaannya menjadi bercampur baur.  Marah, geram, sedih dan tidak tenteram apabila memikirkan ibunya bersama lelaki itu. Keluhan berat dilepaskan. Telefon bimbit yang sepi tanpa sebarang notifikasi itu dicapainya.  Hatinya tergerak untuk memeriksa email yang sudah lama tidak dibukanya.
            Matanya membulat melihat ratusan email yang tidak dibacanya.  Jarinya digerakkan ke bawah. Matanya tertancap pada satu email yang dirasakan berbeza dengan email yang lain. 

Reunion? Mell? Gadis kacukan Melayu dan Cina yang sentiasa bertocang satu 10 tahun dahulu berlayar dimatanya.  Perasaan rindu mula membuak-buak dalam dirinya.  Lantas tanpa berfikir panjang, dia membalas emeil tersebut tanpa ragu. 
            “Lima April? Lagi dua minggu?” Ujarnya sendirian. Matanya memandang segenap inci ruang biliknya itu.
            “Baju apa aku nak pakai nanti?” Lantas dia melompat turun dari katil, lalu melangkah ke wardrobe. Deretan pakaian yang tergantung dalam wardrobenya ditilik satu-persatu. Akhirnya satu keluhan terlepas dibibirnya. Tiada satu pun yang dapat menarik minatnya.
            “Kalau macam ni bolehlah aku shopping!” Jeritnya bagaikan kanak-kanak yang tidak sabar untuk dibawa bersiar-siar. Dengan sekelip mata, hilang segala stress yang dihadapinya sebentar tadi.
            Lantas dia mencapai telefon bimbit miliknya lalu aplikasi Safari dibukanya.  Lambakan fesyen pakaian yang dicarinya tertera diskrin telefon.  Dia menggigit bibir. Hatinya menjadi teruja apabila matanya terpandang salah satu pakaian yang diperagakan oleh model.
            “Butik Minaz?”
            Lantas dia mencari alamat butik pakaian tersebut. Sekelip mata sahaja dia sudah berjaya mendapatkan alamat butik itu.  Tanpa berfikir panjang, dia terus menukar pakaian dan bersiap untuk keluar. 
           
AMMAR ARIF  memandang kereta merah yang diparkir di perkarangan banglo keluarganya. Langkah kakinya semakin pantas menuju ke pintu utama.  Sempat dia memberi salam sebelum menapak masuk ke dalam perut banglo mewah itu.  
            Telinganya menangkap butir perbualan diruang tamu utama.  Lantas kakinya diatur menuju ke ruang tamu utama.  Senyuman terukir tatkala matanya bertentang mata dengan Wan Nur Umairah, kakak iparnya.     
            “Balik pun anak bertuah ni.  Am pergi mana? Hujung minggu macam ni pun kerja ke?” Tegur Puan Sri Nora apabila melihat Ammar yang baru sahaja muncul itu.
            Ammar hanya ketawa mengekek.  Amira Jannah yang sedang asyik dengan permainannya menjadi sasaran Ammar. Anak kecil bertocang satu itu digomol sepuas hati. Tan Sri Hishamudin menggeleng kepala melihat anak bongsunya itu.
            “Tengok, sebab itulah mama suruh Am kahwin. Ada anak sendiri. Tak adalah gomol anak orang sampai macam tu sekali.” Ujar Puan Sri Nora sambil menepuk peha suaminya.
            “Belum sampai seru lagi lah mama. Relaks lah. Kan Zam?” Ujar Ammar selamba.
            “Belum sampai seru Am tu dari tahun lepas lagi mama dengar. Entah tuan puteri manalah yang Am cari. Dah bosan mama tunggu tahu?” Leter Puan Sri Nora.
            “Dahlah tu Nora. Nanti dia bawa baliklah menantu baru. Berdoa banyak-banyak. Mana tahu tahun ni doa awak dimakbulkan. Ha... Zam, malam nanti siapa hantar Zam ke Airport?” Tan Sri Hishamudin cuba mengalihkan topik. Ammar menarik nafas lega.
            “Flight kau malam ni ke Zam?” Tanya Ammar sambil memandang abangnya itu.
            “Ha’ah malam ni. Kau tolong hantarkan kami boleh?” Tanya Amirul Aizam dengan mata bersinar.
            “No problem lah.” Jawabnya sambil mengenyitkan matanya kepada Amirul Aizam.  Tan Sri Hishamudin tersenyum.
            “Nanti Mira tinggal dengan daddy Su, kita pergi jalan-jalan pusing satu Malaysia ye.” Ujar Ammar sambil mengusap rambut anak saudaranya itu.  Puan Sri Nora membuat muka sambil memandang Amirul Aizam.

 PUAS dipujuk, anak kecil itu tetap mengeluarkan airmata.  Baik Puan Sri Nora mahupun Tan Sri Hishamudin, kedua mereka tidak berjaya memujuk cucu mereka itu.  Ammar pula sudah buntu memikirkan cara untuk memujuk anak saudaranya itu.  
            Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, anak kecil itu tidak henti menangisi pemergian mama dan papanya. Puan Sri Nora memeluk erat cucunya itu. Tangisan semakin perlahan. Akhirnya anak kecil itu terlena didalam pelukan Puan Sri Nora.
            Kereta Audi hitam milik Tan Sri Hishamudin yang dipandu oleh Ammar membelok masuk ke perkarangan banglo mewah keluarganya. Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan, Ammar terus menapak keluar dari kereta dan menuju ke pintu kereta dibahagian belakang pemandu.  Pipi yang masih basah dek airmata itu ditatapnya. 
            “Am bawa Mira masuk.” Ujarnya kepada Puan Sri Nora.
            Amira yang masih lena itu dipapah Ammar masuk ke dalam perut rumah. Kakinya diatur menuju ke tangga.
            “Am nak bawa Mira tidur dekat mana tu?” Tanya Puan Sri Nora yang sedang membuang selendang kepalanya.
            “Bilik Am.” Jawab Ammar pendek.  Lalu dia mendaki anak tangga satu persatu dengan berhati-hati.
            Pintu biliknya ditolak perlahan. Kakinya menapak masuk menuju ke katil. Anak kecil itu dibaringkan ke atas tilam yang dibaluti dengan cadar berwarna biru gelap. Rambut Amira diusap beberapa kali. Kemudian dia menarik selimut tebal menutupi badan kecil itu.
            Suis penghawa dingin ditekan. Kemudian pintu bilik ditutup rapat. Badannya direbahkan ke atas sofa L. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar. Aplikasi Facebook dibukanya. Jarinya digerakkan ke atas dan ke bawah. Lama dia berkeadaan begitu.
            Jam didinding dikerlingnya seketika. Nama Farah meniti dibibirnya. Tanpa berfikir panjang, icon WhatsApp ditekannya. Nama Farah yang sudah berada di senarai perbualan ditekannya.
            ‘Goodnight.  Sweet dream, preety.’  Pesanan ringkas itu dihantarnya. Lama dia memerhatikan skrin telefonnya.  Mengharap balasan daripada gadis itu.  Namun tiada.  Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja kopi bersebelahan dengan sofa.
Farah mencebik tatkala membaca pesanan ringkas daripada Ammar.  Pesanan itu dibiarkan sahaja tanpa balasan. Perasaan yang dirasanya siang tadi menjelma kembali.  Lantas dia menarik selimut tebal menutupi badannya. 
Matanya dipejam rapat. Cuba untuk tidur. Namun gagal apabila hatinya bagaikan memanggil untuk membalas pesanan ringkas itu.  Wajah lelaki itu berlayar dimatanya tatkala matanya dipejam rapat.  Dia mendengus kasar. 
“Kenapa dengan aku ni? Tutup  mata je nampak dia.  Menyampahlah.” Rungutnya.
Matanya kembali dipejamkan. Bibirnya terkumat-kamit membaca doa tidur.  Akhirnya dia terlena dengan 1001 mimpi.

JAM didinding sudah menunjukkan pukul 10.25 pagi, Farah masih bermalasan diatas tilamnya.  Cuaca yang redup itu membuatkan dia berat mahu meninggalkan tilamnya. Perut yang berkeroncong minta diisi itu memaksa dirinya untuk bangkit dari katil.
            Dengan langkah yang malas, Farah menapak masuk ke bilik air. Membiarkan badannya dibawah pancuran air hujan dengan lama supaya badannya kembali segar. 30 minit kemudian barulah dia menapak keluar dari kamar tidurnya.  Kakinya berlari anak menuruni anak tangga satu demi satu.  
            “Anak ibu tak keluar ke hari ni?” Tegur Puan Raihana yang sedang menikmati sarapan di meja makan.
            Farah memandang Puan Raihana sambil menarik kerusi.
            “Tak.” Jawabnya pendek.
            Puan Raihana memerhati Farah yang masih dingin itu.
            “Jom, ikut ibu keluar shopping?” Tawarnya. Sengaja ingin memancing minat anaknya itu.
            “Nevermind. Farah nak rehat dekat rumah hari ni.” Jawabnya bersahaja. Tangannya ligat menyapu jem pada roti.
            “Ala... Takkan ibu nak pergi shopping sorang-sorang?”
            “Kenapa tak ajak boyfriend muda ibu tu saja?” Sindir Farah selamba.  Lalu dia mencapai segelas jus oren lalu meninggalkan ibunya yang terkulat-kulat di meja makan.

PAGI Ahad yang redup itu kediaman Tan Sri Hishamudin menerima kunjungan daripada Puan Sri Khaty, anak dan menantu barunya. Puan Sri Nora menyambut kakak dan anak saudaranya dengan mesra.
            Ammar bersalaman dengan ibu saudara dan sepupunya itu. Kemudian dia mengajak sepupunya itu berbual di gazebo yang terletak dihalaman rumah. Bagaikan memahami isyarat yang diberikan Ammar, Dato’ Darwisy hanya membuntuti langkah sepupunya itu.
            “Lama betul aku tak datang rumah kau ni.” Ujar Dato’ Darwisy sambil memerhati sekeliling halaman.
            “Kau dengan Diana macamana? Okay?” Tanya Ammar tanpa ragu.
            Dato’ Darwisy melepaskan keluhan.
            “Kau tahu kan macamana aku boleh kahwin dengan dia? Sampai sekarang hati aku belum terbuka untuk dia, Rif.” Jawab Dato’ Darwisy perlahan.
            “Kau masih tak boleh lupakan Farah?” Ammar cuba meneka.
            Dato’ Darwisy menguntum senyuman. Lalu dia menggeleng kepala.
            “Dia terlalu istimewa dalam hidup aku, Rif.  Susah untuk aku lupakan dia.” Jawab Dato’ Darwisy tanpa selindung.
            “Suka atau tidak, kau tetap kena lupakan dia. Dia masa silam kau dan Diana pula masa depan kau. Aku tengok Diana tak adalah teruk sangat. Cuma dia gedik sikit je.”  Ujar Ammar pula.  Dato’ Darwisy tersenyum pahit. 
           
                       
           


            






3 August 2014

Bunga Cinta Hati - 18

Episod 18



BERITA perkahwinan Dato’ Darwisy telah tersebar luas di media massa. Majlis resepsi yang diadakan di Empire Hotel milik keluarga Dato’ Darwisy berlangsung dengan cukup meriah.
            Puan Sri Khatijah adalah orang yang paling gembira dengan perkahwinan anak lelakinya. Diana pula bagaikan tidak jemu berdiri di sisi suami yang baru dinikahinya walaupun jelas sekali suaminya itu sudah beberapa kali memberi jelingan yang tajam padanya.
            Tilam empuk yang dibaluti cadar berwarna keemasan dituju Dato’ Darwisy. Jam dipergelangan tangan dipandang sekilas. Lalu dia merebahkan badannya ke atas tilam tersebut. Lega. Hilang seketika keletihan yang bersarang dalam badannya.
            Baru sahaja ingin melelapkan mata, kedengaran bunyi pintu ditutup.  Dato’ Darwisy melepaskan keluhan kasar. Sudah dapat meneka siapa gerangan itu. Tanpa menunggu lama dia bangkit lalu melangkah ke sofa panjang yang terdapat di dalam bilik suite itu.
            Diana menarik muka masam apabila melihat perilaku suaminya itu. Tanpa mempedulikan lelaki itu, dia menapak menuju ke arah katil. Dia memandang segenap inci bilik yang luas itu.  Akhir sekali matanya tertumpu pada sebatang tubuh yang sedang berbaring diatas sofa. Tanpa berfikir panjang dia mencapai tuala lalu menapak ke bilik air.
            Farah Balqis. Wajah itu bermain dimata. Perasaan rindu yang tersimpan kemas didalam hatinya kembali menyelinap didalam diri. Dahinya dipicit perlahan. Terlalu sukar untuk membuang perasaannya terhadap gadis itu walaupun sudah lama tidak bersua muka.
            Bau wangi mandian menusuk ke rongga hidungnya. Semakin lama makin kuat bau itu dapat dihidunya. Kelopak matanya dibuka sedikit. Diana yang sedang berdiri memerhatikan dirinya dipandangnya.  Diana memberanikan diri menyentuh pipi suaminya yang sudah terlelap itu. Lambat-lambat tangannya digerakkan.
            “You nak apa?” Tegah Dato’ Darwisy masam mencuka. Matanya membulat.
            Diana kaget. Terasa panas dipipinya.
            “I...i cuma....” Diana gagap. Perasaan malu menebal ketika itu.
            “Sudahlah. Jangan kacau i. Pergi tidur.” Arah Dato’ Darwisy sambil menutup mata.
            Diana terkedu. Langkahnya diatur ke katil besar ditengah-tengah bilik suite itu.

PUAN RAIHANA melepaskan keluhan berat apabila mengingati wajah muram anak tunggal kesayangannya. Jika diberi pilihan, tidak mungkin dia akan menjejakkan kakinya di majlis resepsi anak rakan perniagaannya itu. Mengenangkan Farah yang kembali muram, hatinya dipalit pilu.
            Farah memandang telefon pintar miliknya yang sepi itu. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menghubungi lelaki yang sudah bergelar suami orang itu. Namun dek kerana kewarasan akal masih mengawal dirinya, dimatikan sahaja kata hatinya.
            Amy. Apa khabar agaknya rakannya itu. Sudah lama tidak berhubung. Rasa rindu menyerbu di dalam hatinya. Lantas dia mencapai telefon pintar miliknya. Berkira-kira mahu menghubungi temannya itu. Namun hampa. Apabila panggilannya tidak bersahut. Dengan wajah tanpa secalit senyuman, dia bangkit dari duduknya lalu mengatur langkah masuk ke dalam perut kediaman mewahnya.

FARAH mengerutkan dahinya memandang bungkusan yang dibalut cantik berada diatas meja kerjanya.  Dengan seribu tanda tanya, dia mengatur langkah menghampiri meja kerjanya. Dia mencapai kad yang terletak kemas diatas bungkusan itu.
            “Start your day with your beautiful smile. You look pretieer when you smile. Ammar Arif.” Bacanya.
            ‘He sent this?’ Desisnya dalam hati. Lantas dia membuka balutan itu.
            Satu kotak coklat Ferrero Rocher yang bersaiz sederhana menjamah matanya. Hatinya berbunga melihat susunan kemas coklat didalam kotak itu. Bibirnya menguntum senyuman. Satu persatu coklat itu dimakannya. Itulah satu-satunya coklat kegemarannya.   
            Ketukan pintu beberapa kali membuatkan dia jadi tidak tentu arah. Cepat-cepat dia membetulkan kedudukannya. Dina muncul bersama diarinya.
            “Good morning, Cik Farah.” Sapa Dina lembut. Matanya terarah pada bungkusan yang sudah dibuka.
            “Morning. Duduk dulu, Dina. Sorry, a little bit messy here.” Ujar Farah sambil mengemas mejanya.
            “So, any messages for me?” Tanya Farah sambil berpeluk tubuh.
            Dina memandang diarinya seketika. Lalu satu demi satu gadis itu membaca apa yang dicatatnya.
            “By the way, ada sesiapa masuk bilik i pagi tadi?” Tanya Farah sebaik sahaja selesai perbincangan.
            “Tak ada Cik Farah. Bungkusan yang ada atas meja Cik Farah pagi tadi, i yang letakkan. Ada someone yang minta i letak bungkusan tu atas meja Cik Farah.” Terang Dina bersungguh-sungguh.
            “Tak apalah kalau macam tu. Erm... i nak you buat sesuatu untuk i harini.  I nak you belikan coklat yang sama macam ni but one size bigger than this one. And then you bungkus cantik-cantik, then you hantar ke alamat ni.” Arah Farah sambil menghulur sekeping kertas dan dua keping not RM50 kepada pembantunya itu.
            “Okay boss. Ada apa-apa lagi?” Tanya Dina.
            “No. You may go now. Thanks Dina.” Balas Farah dengan senyuman.
            Puan Raihana menapak  masuk ke dalam bilik pejabat anaknya dengan senyuman terukir dibibir. Hajatnya mahu melihat sendiri permberian yang dikatakan oleh Ammar ketika di dalam talian sebentar tadi.
            “Ibu.” Tegur Farah seraya menyedari kehadiran Puan Raihana.
            Puan Raihana menguntum senyuman kepada anaknya. Dia menarik kerusi dihadapan anaknya itu. Matanya melilau memerhati segenap ruang bilik anaknya itu.
            “Ibu cari apa ni?” Tanya Farah apabila memerhati gelagat ibunya itu.
            “Tak ada apalah. Saja ibu datang jenguk awak. Lunch dengan ibu harini? Boleh ibu kenalkan Farah dengan client ibu.” Ajak Puan Raihana. Farah membuat muka.
            “Terima kasih banyak-banyak lah ibuku sayang.” Balas Farah dengan muka toya.   Puan Raihana ketawa mendengar kata-kata anak tunggalnya itu. Ternyata anaknya itu sudah sembuh daripada lukanya. Lega sedikit hatinya melihat perubahan itu.  Puan Raihana meninggalkan bilik anaknya apabila mendapat panggilan daripada seseorang.

AMMAR menggerakkan pen ditangannya.  Nama gadis yang sedang bermain di kotak fikirannya memenuhi segenap inci kertas bersaiz A4 itu.  Fail yang bertimbun minta disemak dibiarkan sahaja.
            Kepalanya diangkat sedikit apabila terdengar ketukan pintu dari luar. Belum sempat dia membetulkan duduknya, pintu biliknya sudah dibuka dari luar. Lantas dia berdiri tatkala melihat kelibat abangnya, Amirul Aizam yang sudah menapak masuk itu.
            “Long time no see big brother.  Mimpi Ammar semalam ke?” Tegur Ammar sambil menghulur tangan kepada abangnya itu. Tangannya disambut. Kemas digenggam. Mata redup lelaki dihadapannya bagaikan ingin menyatakan sesuatu yang terbuku.
            “Tak kuasalah nak mimpikan kau, Am. Kebetulan aku ada urusan area sini, itu yang aku singgah sekejap. Kau apa khabar? Bila lagi nak bagi mama menantu baru?” Tanya Amirul Aizam bersahaja.
            Ammar memuncungkan bibirnya. Kurang gemar dengan pertanyaan abangnya itu.
            “Insha Allah bila ada anak dara yang sanggup sehidup semati dengan Am, baru Am kahwin. Buat masa sekarang, Am belum jumpa.” Jawab Ammar sedikit cuak.
            “Muka macam ni pun tak laku ke Am? Kau memilih sangat kot.” Ujar Amirul Aizam lagi.
            “Tak adalah. Anyway, anak saudara Am apa khabar? Lama tak jumpa budak kecil tu.”  Terbayang wajah putih bersih Amira Jannah yang sudah berusia empat tahun.
            “Mira macam tulah. Kalau bawa pergi mall, semua benda nak dibelinya. Pening mama dia dibuatnya. Makin hari makin bertambah manjanya. Kalau ditakdirkan aku dan Kak Umai kau tak ada, entah macamana agaknya Mira tu.” Amirul Aizam mengurut dahinya.
            “Ke situ pula kau ni Zam.” Sergah Ammar.
            “Aku dengan Umai rancang nak ke London minggu depan untuk selesaikan urusan Umai disana.” Ujar Amirul Aizam sambil memandang skrin telefon pintar miliknya.
            “Habis tu?”
            “Aku terpaksa tinggalkan Mira dengan mama sepanjang pemergian kami ke London. Terlalu banyak urusan kami sebaik sahaja kami sampai disana nanti. Aku tak nak Mira rasa terabai nanti. Antara kau dengan adik beradik kita yang lain, Mira lebih rapat dan selesa dengan kau. Sebab itulah aku tinggalkan Mira dengan mama. Aku harap kau boleh jagakan Mira semasa ketiadaan kami nanti.” Pinta Amirul dengan wajah yang cukup tenang.
            Ammar menyandarkan badannya. Berfikir sejenak.
            “Mama dah tahu kau nak ke London ni?” Soal Ammar seketika.
            Lelaki dihadapannya hanya mengangguk.
            “Tentang Mira?” Tanya Ammar lagi.
            “We spoke on the phone yesterday. And she has no problem with it.” Jawab Amirul Aizam dengan senyuman.
            “Okaylah kalau macam tu. So, kau tak perlu risaulah tentang Mira. Aku boleh tolong tengokkan nanti.” Ujar Ammar dengan yakin.
            “Lega hati aku. Aku tahu kau boleh jaga Mira.” Ujar Amirul Aizam pula.
            “Nanti jangan lupa belikan aku ole-ole dari sana.” Gurau Ammar selamba. Abangnya itu hanya menguntum senyuman penuh makna. Beberapa minit kemudian, telefon disebelahnya berbunyi. Lantas dia menjawab panggilan itu. Tidak sampai seminit ganggang telefon diletakkan kembali.
            Amirul Aizam mengerling jam dipergelangan seketika. Kemudian dia meminta diri untuk pulang. Mereka berjabat tangan. Kali ini tangan Ammar ditarik sehingga mereka berpelukkan seketika. Beberapa kali belakang badannya ditepuk oleh abangnya itu. Timbul persoalan disitu. Aneh. Namun dipendamnya. Sempat lelaki itu melambai tangan padanya sebelum menutup daun pintu.
            Beberapa saat kemudian, pembantu peribadinya muncul bersama bungkusan yang dibalut kemas. Dia mengerutkan dahinya. Zetty yang tersenyum lebar itu diperhatinya.
            “Bungkusan ini untuk Encik Ammar.” Bungkusan ditangan Zetty diletakkan di atas meja.
            “Siapa yang hantar?” Tanya Ammar kehairanan.
            “Entah. Ada budak delivery yang hantar tadi.” Jawab Zetty ringkas.
            “It’s okay. You boleh sambung kerja.” Arah Ammar.
            Mata Ammar jatuh pada bungkusan itu. Dia membelek segenap inci bungkusan itu. Mencari kad yang mungkin terselit. Hampa. Tiada. Lantas dia membuka balutan itu. Matanya membulat apabila melihat isi bungkusan itu. Keningnya dikerutkan sedikit. Berfikir sejenak. Farah? Bibirnya mengukir senyuman.
            Telefon bimbit yang sentiasa disisi dicapainya. Lantas dia membuka aplikasi WhatsApp.  Nama Farah dicarinya dari senarai pengguna WhatsApp.  Laju jarinya menekan huruf diskrin telefon bimbitnya sebaik sahaja nama gadis itu dijumpainya. 

FARAH melangkah menghampiri pembantu peribadi Puan Raihana yang sedang tekun menyiapkan kerjanya.  Dia berdehem beberapa kali sambil memerhati bilik ibunya.
            “Azira, bos awak ada tetamu ke?” Tanya Farah sambil memerhati bilik ibunya.
            “Yes Cik Farah.” Jawab wanita 30an itu.
            “It’s okay. Nanti awak tolong pass this proposal to her. Bila bos awak free, let me know.” Ujar Farah dengan bersahaja.
            Baru sahaja ingin melangkah ke biliknya, telinganya menangkap bunyi suara orang ketawa.  Lantas dia memusingkan badannya ke arah pintu bilik ibunya. Bagaikan mahu luruh jantungnya tatkala melihat sebatang tubuh yang sudah lama tidak menjamu matanya.  Wajah ibunya menjadi sasarannya pula. Tiada senyuman terukir dibibirnya.
            “Farah.” Lelaki itu bersuara.
            Dia menghadiahkan jelingan yang tajam kepada lelaki 50an itu lalu kakinya mengatur langkah laju menuju ke bilik pejabatnya. Beberapa orang staff yang menjadi pemerhati dirinya tidak dipedulinya.

“KENAPA mesti ibu jemput dia datang pejabat kita? Kenapa ibu nak berurusan lagi dengan dia?” Marah Farah pada ibunya sebaik sahaja Puan Raihana muncul.
            “Sampai bila Farah nak bermusuh dengan Ayah? Walau apa yang berlaku, dia tetap Ayah awak tahu tak?” Bidas Puan Raihana sambil menapak masuk ke dalam bilik pejabat yang luas itu.  Farah mendengus kasar. Geram.
            “Ibu dah lupa ke apa dia pernah buat dekat ibu dulu? Tak pernah sedetik pun Farah lupa apa yang dia pernah buat dekat kita 10 tahun dulu.”
            “Ibu pun tak pernah lupa semua itu. Segalanya dah ditentukan olehNya, Farah. Cukuplah Farah. Buang yang keruh. Ayah dah berubah.” Pujuk Puan Raihana lembut.
Farah melepaskan keluhan. Kepalanya dipicitkan sedikit.
            “Dahlah ibu. Apa yang Farah nak tahu sekarang ni, atas urusan apa dia datang pejabat kita? Syarikat dia dah nak lingkup baru nak buat baik dekat kita? Dah habis duit dia perempuan tu kikis agaknya.” Ujar Farah lagi. Entah apa yang merasuknya petang itu.
            Puan Raihana mengucap panjang mendengar kata-kata anaknya itu.
            “Dahlah Farah. Ibu malas nak layan awak.” Puan Raihana mengatur langkah ingin keluar dari bilik anaknya itu.
            “Ibu kena ingat, segala urusan syarikat tidak lagi dibawah kuasa ibu sekarang. Dan sebarang transaksi keluar masuk syarikat perlu mendapatkan pengesahan dari Farah terlebih dahulu. Jadi, setiap perkara yang terjadi dalam syarikat kita, perlu mendapat persetujuan daripada Farah terlebih dahulu. Takkan ibu dah lupa?” Ujar Farah dengan tersenyum sinis.
            Tanpa sepatah kata, Puan Raihana meninggalkan bilik itu dengan 1001 perasaan terbuku dihatinya. Sebaik sahaja kelibat ibunya hilang dari pandangan, lantas Farah mencapai tas tangannya dan telefon bimbit lalu bergegas keluar dari biliknya.