13 June 2020

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20


Episod 20
K
ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.  Berulang kali otaknya mengulangi kata-kata Ammar. Ternyata isteri yang baru dinikahinya itu bagaikan keliru apabila layanan dingin yang sentiasa diterima kini bagaikan berubah sekelip mata. 
            Diana memandang Dato’ Darwisy yang sedang menghirup teh panas di beranda.  Mahu sahaja dia mengikut gerak hatinya untuk menemani suaminya yang keseorangan mengambil angin malam. Namun dek kerana tidak mahu menerima makian dan cacian daripada lelaki itu, dia membatalkan niatnya. Puan Sri Khatijah yang baru sahaja muncul di ruang tamu memerhati gerak-geri menantunya itu.
            Lantas diatur langkah menghampiri beranda. Diana yang sedang tegak berdiri diruang tamu dihadiahkan senyuman. Dato’ Darwisy membetulkan duduknya. Cawan yang masih berisi air teh itu dihirup perlahan.
            “Jauh Am termenung. Menungkan apa?” Puan Sri Khatijah cuba memancing.
            Dato’ Darwisy menggeleng.
            Puan Sri Khatijah menjeling ke arah ruang tamu. Kosong. Kelibat menantunya sudah tiada.
            “Am masih tak lupakan perempuan tu?” Tanya Puan Sri Khatijah dengan wajah masam mencuka.
            Dato’ Darwisy melepaskan keluhan. Malas mahu mendengar leteran wanita itu. Malas mahu menjawab soalan maminya itu, dia bingkas bangun dari duduknya.
            “Sampai bila Am nak hidup macam ni? Apa yang dah perempuan tu buat dekat Am sampai Am masih tak boleh lupakan dia?” Leter Puan Sri Khatijah lantang. Tan Sri Amdan yang baru pulang dari masjid itu turut menyertai anak dan isterinya di beranda.
            “You ni kalau sehari tak berleter, memang tak sah kan? Duduk dulu Am.” Tan Sri Amdan bersuara tegas.  Dato’ Darwisy akur.
            “Macam mana i boleh diam bila tengok rumahtangga anak i macam ni? Isteri dah ada depan mata pun otak masih fikir tentang perempuan lain.”  Balas Puan Sri Khatijah dengan nada tidak puas hati.
            Diana tergamam. Pertama kali dia terdengar tentang perkara itu. Tanpa berfikir panjang dia mengatur langkah ke beranda.
            “Siapa perempuan tu?” Sergah Diana sambil menjeling Dato’ Darwisy. Puan Sri Khatijah terpana.
            “Duduk dulu D.” Ujar Tan Sri Amdan tenang.
            “Siapa perempuan tu Am?” Soal Diana lagi tanpa mempedulikan orang tua lelaki itu.  Dato’ Darwisy membisu.
            “D, it is not like what you think. Perempuan tu dah tak ada hubungan dengan Am.”
            “Oh... Jadi kerana perempuan tulah rumahtangga kami macam ni? Kenapa mami tak beritahu D tentang perkara ni dari awal dulu?” Marah Diana dengan air mata yang sudah bertakung.
            Dato’ Darwisy bangkit dari duduknya lalu dia menghampiri isterinya. Bahu Diana disentuh lembut. Rasa bersalah terhadap isterinya itu semakin menebal didalam dirinya. Ketika itu kata-kata sepupunya telah memberi kesan yang mendalam dalam dirinya. Sungguh.
            I’m sorry. Truly sorry.” Itu sahaja yang mampu diucapkan ketika itu.
            Puan Sri Khatijah dan Tan Sri Amdan memerhati pasangan itu. Diana diam seribu bahasa.
            “D tak sangka mami sanggup tipu D macam ni. D tak akan maafkan mami.” Ujar Diana lalu dia berlari laju menuju ke kamar ditingkat atas.  Beberapa minit kemudian dia muncul bersama tas tangan dan kunci keretanya.
            “D!” Panggil Dato’ Darwisy beberapa kali sambil mengejar isterinya itu. Lengan Diana berjaya dicapainya.
            “Apa lagi yang you nak daripada I, Am? Tak cukup lagikah you dengan keluarga you permainkan i selama ni?” Tempik Diana. Lengannya ditarik sekuat hati. Tanpa menunggu respon Dato’ Darwisy, dia meluru menuju ke kereta merah hati miliknya.
            Dato’ Darwisy hanya memandang Diana yang sudah masuk ke dalam perut kereta. Dia membiarkan isterinya itu pergi meninggalkan perkarangan kediaman keluarganya itu. Kakinya menapak perlahan menuju ke pintu utama kediaman.
            “Dah puas hati Am?” Sindir Puan Sri Khatijah. Dato’ Darwisy tidak menghiraukan sindiran maminya itu sebaliknya dia menapak menuju ke tangga.
            Dato’ Darwisy menutup pintu kamarnya. Fikirannya kosong tatkala itu. Tangannya cuba menghubungi Diana berkali-kali. Perasaannya bercampur baur. Rasa rindu kepada wajah ayu Farah terasa membuak-buak didadanya. Perit dirasakan ketika itu.
            Mengikut kata hatinya, ingin sahaja dia mencari gadis yang masih dicintainya itu. Perkahwinannya dengan Diana seperti tiada hala tuju. Dia tidak mampu untuk menerima Diana sebagai isterinya. Hatinya masih ingin memiliki satu-satunya gadis yang dicintainya.
            Beberapa tahun dahulu dia pernah mengejar cinta Diana. Namun kerana gadis itu tidak menghargai dirinya, hubungan mereka retak seribu. Tiada siapa yang mengetahui punca perpisahan mereka. Baginya Diana hanyalah masa silamnya. Perkahwinan yang dibina atas aturan keluarganya itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya.

            “INTAN PERMATA SDN BHD?”
                        Fail yang berada di atas meja Azira, pembantu peribadi Puan Raihana dicapainya.  Satu persatu helaian ditelitinya.
                        What is this, Azira?” Tanya Farah dengan wajah masam mencuka.  Tanpa menunggu jawapan daripada Azira, dia melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Puan Raihana.
                        What is this Puan Raihana?” Tanyanya sambil menayangkan fail ditangannya.
                        Puan Raihana menarik kaca mata yang dipakainya.
                        “Duduk dulu, Farah. Let me explain everything.” Arah Puan Raihana lembut. Farah akur. Penjelasan daripada Puan Raihana cuba dicernanya. Sesekali Farah menyampuk menyuarakan tidak puas hatinya.
                        “Perkara tu dah hampir 10 tahun dah. Sampai bila awak nak berdendam dengan ayah kandung awak sendiri? Ibu rasa 10 tahun tu satu tempoh yang panjang untuk sembuhkan luka dalam hati awak tu. Ajal, maut dan jodoh semuanya ditangan Tuhan. Siapa kita untuk menidakkan semua ini?” Ujar Puan Raihana panjang lebar.  Matanya memandang tepat ke arah anaknya yang sudah tertunduk itu.
                        Come on Farah. Salah satu punca income untuk syarikat kita adalah melalui tawaran projek daripada syarikat luar yang kita terima. Ibu akan pertimbangkan setiap tawaran yang syarikat kita terima demi keuntungan syarikat kita. Bukan demi kepentingan peribadi.” Sambung Puan Raihana lagi.
                        “Dahlah ibu. Nak bertekak pasal ni memang tak akan habis. Give me some more time.  Farah akan cuba terima Tan Sri Firdaus sebagai ayah kandung Farah seperti mana 10 tahun dulu. But with one condition.” Ujar Farah sambil mengangkat jari telunjuknya.
                        Puan Raihana mengangkat kening.
                        “Pasal proposal ni, biar Farah yang uruskan.” Pinta Farah tegas.
                        Puan Raihana menguntum senyuman.
                        That’s good. Ibu tak ada halangan. Dan ibu nak Farah berurusan secara terus dengan ayah mengenai proposal ni.” Balas Puan Raihana lembut. Farah bungkam.
                        “Macamana? Setuju?” Tanya Puan Raihana lagi.
                        “Errr..... Fine. Farah setuju.” Jawab Farah sambil menarik kertas kerja didepannya. Kemudian dia bangkit dari kerusi lalu meminta diri untuk ke bilik pejabatnya. Baru sahaja dia ingin menolak pintu bilik ibunya itu, ada tangan yang terlebih dahulu  menarik pintu itu dari luar.
                        Ammar Arif membuka matanya luas memandang Farah yang kaku berdiri dihadapannya. Bibirnya menguntum senyuman paling manis kepada gadis dihadapannya.  Farah menjeling tajam. Bahu lelaki itu sengaja dilanggarnya. Lantas kakinya diatur menuju ke biliknya.
                        Ammar menggeleng kepala apabila dirinya diperlakukan sebegitu. Puan Raihana ketawa kecil melihat adengan itu.  Ammar mengatur langkah menghampiri Puan Raihana yang sudah sedia menantinya.
                        Morning my preety Aunty. How are you today?” Sapa Ammar ceria.
                        I’m good. You?”
                        Ammar menarik kerusi dihadapan Puan Raihana lalu melabuhkan punggungnya.
                        Everything is fine. As usual.”
                        Sounds like something not so good?” Teka Puan Raihana sambil tersenyum.  Ammar mengeluh perlahan.
                        “Kenapa dengan Farah tu Aunty? Angin semacam  je.” Risik Ammar. Puan Raihana tersenyum mendengar pertanyaan anak muda dihadapannya itu.
                        “Biasalah Am. Ada aje yang tak kena. Sekejap aje tu dinginnya. Nanti okaylah tu.  So, ada apa Am nak jumpa Aunty ni? Aunty baru aje review kertas kerja yang Am hantar.” Ujar Puan Raihana sambil mencapai kertas kerja yang dihantar Ammar tempoh hari.
                        “So how is it?” Tanya Ammar lagi.
            “It’s good. But still need a few adjustment. Am tahu kan segala transaksi syarikat bukan lagi
dibawah kuasa Aunty?”
            I know.” Jawab Ammar perlahan.
            Puan Raihana mengukir senyuman.
                        “I can help you with these. No worries.” Ujar Puan Raihana bersemangat.  Ammar tersenyum mendengar kata-kata wanita anggun itu.  Hampir satu jam mereka berbincang mengenai kertas kerja yang diusul oleh Ammar itu.

“KENAPA YOU TAK REPLY MY MESSAGE?”  Soal Ammar sambil melangkah masuk ke bilik pejabat Farah yang serba ungu itu.
            Farah mendengus kasar. Sengaja dia tidak mengendahkan kehadiran lelaki itu didalam bilik pejabatnya.  Matanya masih lagi tidak memandang Ammar yang sudah duduk dihadapannya.  Ammar mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Laju sahaja jarinya menekan huruf-huruf diskrin  6 inci itu.
Sebaik sahaja telinganya menangkap bunyi nada pesanan ringkas, cepat-cepat Farah mencapai telefon bimbit yang terletak hampir dengannya itu. Tindakan Farah itu diperhati Ammar dengan tenang.  Dahi Farah sedikit berkerut tatkala aplikasi WhatsApp dibukanya. Mesej daripada  Ammar dibacanya. Kepala digerakkan menghadap Ammar yang sudah tersengih.
“Kalau you datang cuma nak tayang gigi dekat i, you boleh balik. I’m busy.” Ujar Farah sedikit garang tanpa memandang wajah milik lelaki itu.
“You ni Farah, garang sangat. So what is the answer?” Soal Ammar pula. Dia tahu gadis itu tidaklah sesibuk seperti yang dikatakan. Sudah hampir 5 minit gadis itu menaip perkataan yang sama diskrin komputer. Mahu dilepaskan tawanya, namun bimbang gadis itu akan memarahinya.
What answer do you want from me? A YES from me? Of course not!” Soal Farah selamba. Sengaja ditekankan perkataan YES itu kepada Ammar.  Ammar  mengangguk laju dengan menayangkan giginya yang tersusun cantik.
“I’ll take it as a YES.  So, i’ll fetch you at  home tonight?” Sengaja Ammar tidak mengendahkan penolakkan gadis itu. Dengan senyuman nakal, dia bangkit daripada kerusi empuk itu.
            Farah menarik muka masam.
            “Jangan lupa malam nanti tau. Bye Farah.” Ujar Ammar dengan senyuman masih bersisa dibibir. Lelaki itu menapak keluar meninggalkan Farah yang masih masam mencuka itu.
            “Kau tunggulah sampai esok.” Ujar Farah perlahan lalu dia mencapai telefon bimbitnya.

JAM di dinding sudah ke angka 8.15 malam. Farah masih bermalasan di atas katilnya. Jarinya laju digerakkan di atas skrin telefon bimbitnya. Aplikasi Facebook berjaya mengisi waktu dikala dia dilanda kebosanan.  Nada dering aplikasi WhatsApp berbunyi menandakan ada pesanan baru diterima. Melihat nama yang tertera, Farah menelan liur. Belum sempat dia membuka pesanan ringkas itu, nama Ammar tertera diskrin.
            “I dah ada dekat depan rumah you ni.” Ujar Ammar sebaik sahaja Farah menjawab panggilan lelaki itu. Farah menepuk dahi.
            “I dah cakap i tak nak keluar dengan you. Takkan you tak faham lagi.” Balas Farah bersahaja.
            “Farah, i dah ada depan rumah you ni. Please?” Jawab Ammar sedikit merayu. Farah bangkit dari katilnya lalu menuju ke tingkap. Langsir diselaknya sedikit. Dari tingkap biliknya jelas kelihatan susuk lelaki itu sedang berdiri hampir dengan kenderaannya.
            “I cakap i tak nak.” Tolak Farah.
            “I akan tunggu.” Jawab lelaki itu tegas.
Farah mematikan talian.
            Tanpa sedar Farah meneliti susuk lelaki itu satu persatu. Telefon bimbitnya kembali berbunyi. Nama lelaki itu sekali lagi menghiasi skrin depan telefon bimbitnya. Sengaja dibiarnya deringan itu. Beberapa kali lelaki itu cuba menghubunginya namun sengaja dibiarkan deringan itu. Dia kembali ke pembaringannya sambil melayari aplikasi Instagram.
            30 minit berlalu. Farah bangkit dari katilnya lalu dia menyelak langsir. Matanya membulat melihat susuk tubuh lelaki itu masih menantinya. Kedengaran dentuman guruh seketika. Langit malam ternyata sudah bertukar gelap tanpa cahaya bulan. ‘Kejap lagi mesti hujan turun. Hish, menyusahkan betul mamat ni.’ Gumamnya. Dengan langkah yang malas, dia mencapai selendang panjang lalu dililit kemas kemudian dia melangkah keluar dari biliknya.
            Puan Raihana memandang anak tunggalnya yang baru sahaja mucul itu.  Sengaja dia memerhati tingkah anaknya itu. Farah melangkah menuju ke pintu utama lalu disarungnya selipar. Remote pagar utama ditekannya. Baru sahaja langkahnya diatur, hujan gerimis mulai turun membasahi bumi.
Farah menelan liur. Lantas dicapainya payung yang berada di dalam kabinet kasut lalu langkahnya diatur perlahan menghampir Ammar. Lelaki itu sudah berlari anak menghampiri Farah. Farah sedikit resah apabila tubuh mereka sedikit hampir ketika itu. Payung yang dipegangnya bertukar tangan. Dengan selamba lelaki itu mengatur langkah menghampiri porch kediaman Puan Raihana. Farah terkulat seketika. Hujan yang makin lebat itu dirasakan membasahi selendang yang dipakainya.
“Are you coming?” Tanya Ammar yang perasan gadis itu tidak berganjak. Lengan pijama gadis itu ditariknya.
“Where are you going? Inside?” Tanya Farah dengan nada yang sedikit tinggi.
Ammar menutup payung yang dipegangnya. Kemudian bibirnya diukir senyuman manis.
“Assalamualaikum.” Ammar menghampiri pintu utama kediaman milik Puan Raihana itu.  Terdengar suara ramah Puan Raihana dari dalam banglo itu.
“Jemput masuk, Ammar. Dah basah kuyup tetamu kita ni Farah.”
Dengan wajah yang mencuka Farah mengatur langkah masuk ke dalam kediaman milik ibunya. Tanpa mempedulikan Ammar, dia menghampiri Puan Raihana.
“What’s going on here?” Tanya Farah kehairanan.
Puan Raihana menguntum senyuman.
“Ibu jemput Ammar dinner dengan kita malam ni. Jom lah, rasanya semua dah siap kat meja makan tu. Jom sayang, join us.” Ajak Puan Raihana lembut.
Farah mengeluh berat. Sakit hati. Terasa dirinya dipermainkan oleh ibunya sendiri. Pijama yang sudah lencun itu dipandangnya.
“Ibu makanlah dengan tetamu kesayangan ibu ni ye. Farah tak lapar. He’s your guest after all.” Jawab Farah selamba. Langkahnya diatur laju menuju ke tangga. Sebelum sampai dibiliknya dia sudah bersin beberapa kali.

AMMAR memandang Puan Raihana yang sedang membetulkan cermin matanya. Rasa bersalah terhadap Farah kian menebal apabila gadis itu berkeras tidak mahu makan malam bersama. Dia sedar hati gadis itu masih lagi belum pulih sepenuhnya.
            “Ammar jangan ambil hati ya. Farah tu memang keras kepala sikit. Ammar faham kan?” Ujar Puan Raihana lembut. Dia tahu anak muda itu menaruh hati terhadap anak tunggalnya. Sejak mengenali anak muda di hadapannya ini tahun lalu, belum pernah dia melihat lelaki itu bersama mana-mana perempuan.
            “Saya faham Aunty. Tak mengapalah, saya minta diri dululah Aunty.” Jawab Ammar mesra.
            “Tentang apa yang kita bincang sebentar tadi, Aunty akan cuba explain everything to Farah. Cuma Aunty dapat rasa Ammar perlu bersedia kalau Farah reject here and there. Aunty pun tak faham rentak kerja anak Aunty sendiri. Too details, too many complains.” Ujar Puan Raihana sambil menguntum senyuman. Ammar yang sudah memakai kasut itu turut ketawa.
            “Biasalah Aunty, JV ni bukan perkara kecil. Kalau Ammar pun, i will do the same thing.” Balas Ammar penuh makna. Sekali lagi dia meminta diri dan mengucapkan terima kasih, lalu dia mengatur langkah menuju ke keretanya.
            Enjin kereta dihidupkan. Tangannya ligat menekan di skrin telefon miliknya. Aplikasi Whatsapp dibukanya. Nama Farah ditekan.
‘I’m sorry if i hurt you. Really didn’t mean it. Have a good night Sweety.’  Butang hantar laju ditekannya. Telefon bimbitnya diletakkan diatas kerusi penumpang. Keretanya meluncur laju menuju ke rumah mamanya.



No comments:

Post a Comment

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...