25 September 2013

Bunga Cinta Hati - 10

Episod 10
FARAH membalas lambaian tangan Dato’ Darwisy tatkala dia melangkah keluar dari lif.  Sebaik sahaja pintu lif tertutup, barulah Farah mengatur langkah menuju ke bilik pejabatnya ditemani senyuman lebar.
            Pintu bilik pejabat Farah diketuk Idham. Lamunan Farah terganggu dek kerana ketukan itu. Sempat dia membetulkan duduknya sebelum pintu bilik dibuka dari luar. Idham yang muncul dengan dua helai kertas dipandang Farah.
            “Ada tender baru masuk ke Id?” Tanya Farah seraya lelaki itu meletakkan dua helai kertas dihadapannya.
            “Projek yang kau uruskan tu dah settle kan?” Tanya lelaki itu pula tanpa menjawab pertanyaan Farah.
            “Hampir siap. Cuma tinggal nak kena pergi recheck balik. Kenapa?”
            Idham mengangguk. Lalu lelaki menolak sedikit kertas dibawanya. Farah mengerutkan dahi. Lalu salah satu surat itu dibacanya.
            “Ada dua tender baru. Encik Hanif minta kita buat lakaran untuk dua tender ni. So aku nak kau pilih yang mana satu kau nak.” Ujar Idham sambil menyandarkan badannya.
            Farah meneliti kedua-dua helai surat itu.
            “Landskap perumahan ni complicated sikit. Ambil masa panjang nak siap pula tu. Nak kena dapatkan lakaran perumahan tu lagi. Bila due kedua-dua ni?” Ujar Farah bersahaja.
            “Sebelum Khamis minggu depan. So kau pilih yang mana?”
            “Okaylah. Memandangkan kau masih ada banyak kerja on progress, aku tak nak double up kerja kau. So aku pilih yang Sri Ibai ni.” Ujar Farah sambil menayangkan salah satu surat.
            “Alhamdulillah. Settle satu hal.” Ujar lelaki itu sambil mengangkat punggung.
            Farah menguntum senyuman. Lelaki itu mengatur langkah keluar dari bilik pejabat Farah. Sebaik sahaja lelaki itu menghilang, Farah membuka diari hitam miliknya. Lalu dia mencatit sesuatu.
            Kemudian dia melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke bilik Pengurus Projek. Beberapa ketukan sahaja dia sudah terdengar suara Encik Hanif. Dia tergamam seketika apabila melihat Dato’ Darwisy yang sedang berbual dengan Encik Hanif.


AMMAR Arif mengetuk meja sambil memandang sekeliling restoran. Matanya membulat tatkala melihat seorang gadis bertudung litup yang sedang bercakap dengan pelayan restoran. Lantas dia menapak menghampiri meja gadis itu.
            “Hai Farah!” Tegur Ammar sambil tersenyum.
            “Ammar.” Balas Farah.
            “You sorang je ke?” Tanya Ammar sambil menarik kerusi.
            “No. I dengan....” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, ada satu suara menegur Ammar dari belakang.
            “Rif!” Tegur Dato’ Darwisy yang baru muncul itu. Farah memaniskan wajahnnya. Ammar menepuk bahu sepupunya itu.
            “Kau belum balik KL ke?” Tanya Dato’ Darwisy sambil melabuhkan punggung. Ammar menggeleng.
            “Belum. Kerja aku tak settle lagi.” Jawab Ammar tenang.
            “Habis tu kau stay mana?” Tanya Dato’ Darwisy lagi. Farah hanya menjadi pendengar setia perbualan dua lelaki itu.
            “Hotel lah. Aku tak nak susahkan kau. Itu yang aku tak call kau.” Ujar Ammar lagi.
            “Tak ada susahkan aku pun. Lagipun aku tinggal sorang.” Ujar Dato’ Darwisy sambil mengeluarkan telefon bimbit dari poket.
            “You all berdua ni tak nak isi perut ke? I dah lapar ni.” Farah mencelah. Perutnya yang sudah bergendang kuat itu perlu diisi. Lantas Ammar melambai tangan memanggil pelayan restoran.

AMMAR Arif membuntuti langkah sepupunya  masuk ke dalam bilik pejabat lelaki itu. Dia menyandarkan badannya ke sofa empuk itu. Dato’ Darwisy memandang sepupunya yang sedang menggerakkan jarinya di skrin telefon bimbit.
            “Apa pendapat kau tentang Farah?” Dato’ Darwisy membuka bicara. Ammar mengangkat wajahnya memandang sepupunya itu.
            “Farah?” Tanya Ammar seperti meminta kepastian.
            Dato’ Darwisy mengangguk.
            “She’s nice.” Ujar Ammar ringkas.
            Dato’ Darwisy menggeleng kepala tatkala mendengar jawapan ringkas Ammar.
            “Itu aku tahu. Describe her please.”
            Ammar mengetap bibir.
            “Aku tak kenal dia macam mana kau kenal dia, Am. Tapi untuk pertemuan pertama, aku dapat rasakan yang dia bukanlah calang-calang perempuan. Kalau kau ada niat untuk permainkan dia, aku rasa better kau simpanlah niat tu.” Ujar Ammar panjang. ‘Dan perempuan itu jugalah yang berjaya mengubah persepsi aku pada perempuan bertudung, Am.’ Ujarnya dalam hati.
            “Aku serius dengan Farah. Cuma aku bimbang tentang satu perkara.” Dato’ Darwisy memicit kepalanya.
            “Apa yang kau bimbangkan lagi?”
            “Mami. Kau pun tahu mami aku macam mana kan?”
            Ammar mengukir senyuman. Terbayang wajah garang ibu saudaranya itu.
            “Take it slow Am. I’m sure she will like her.” Ujar Ammar tenang. Bukan dia tidak tahu macam mana garangnya ibu saudaranya itu. Tidak pernah ada seorang pun yang berani membantah segala keputusan yang dibuat oleh wanita 60-an itu. Jika hitam katanya, maka hitamlah jawapannya.
           
“I nak bawa you jumpa family i.” Ujar Dato’ Darwisy sebaik sahaja kereta lelaki itu berhenti dihadapan pagar rumah sewa Farah.
            Air muka Farah terus berubah. Bibir yang dihiasi senyuman sebentar tadi sudah bertukar menjadi kaku.
            “Cuba you ulang balik apa you cakap tadi.” Arah gadis bertudung ungu itu.
            “I cakap, i nak bawa you jumpa my family.” Ulang Dato’ Darwisy lembut. Sengaja dia menekankan perkataan family.
            “My dear, you tak rasa terlalu cepat ke?”
            “No. I tak rasa macam tu.” Ujar Dato’ Darwisy pula.
            Farah melepaskan keluhan. Dato’ Darwisy tersenyum melihat kegelisahan buah hatinya itu.
            “Sayang, kita bukannya baru kenal. Dah hampir 3 tahun lebih you bekerja dengan i. I rasa sepanjang tempoh tu dah terlalu cukup untuk kita memulakan perjalanan yang baru untuk hidup kita.” Ujar Dato’ Darwisy lembut.
            “Am, 3 tahun tu you kenal i sebagai pekerja. Bukan sebagai kawan. Banyak bezanya.” Tegas Farah lagi.
            “I know. Tapi bagi itu dah cukup. Banyak i tahu tentang you sepanjang tempoh tu. Walaupun you pekerja i.” Ujar Dato’ Darwisy pula.
            Farah membisu. Tiada respon.
            “Sayang, tahun depan i dah nak masuk 35 tahun tau?” Ujar Dato’ Darwisy tiba-tiba.
            Farah mengerutkan dahinya. Sedikit tidak percaya dengan angka itu.
            “Macam nilah. You bagi i sedikit waktu untuk i pertimbangkan. Bila i dah dapat jawapan, i akan beritahu you.” Ujar Farah sambil membuka pintu kereta.
            “As soon as possible please?” Ujar Dato’ Darwisy sedikit merayu. Farah tersenyum lalu mengangguk.

MASUK sahaja ke dalam rumah, Farah melompat gembira sambil menjerit halus. Amy yang sedang menonton tv hanya mengurut dada melihat temannya yang bagaikan orang tercabut wayar itu.
            “Hoi cik kak!” Jerit Amy yang sudah sakit mata melihat temannya itu. Farah memandang Amy yang kehairanan itu.
            “Sorry.” Ujar Farah sambil tersengih. Kaki diatur menuju ke biliknya.
            “Dato’ dah lamar kau ke?” Teka Amy sambil berdiri memandang Farah yang sedang membuka pintu kamarnya.
            Pertanyaan Amy hanya dibalas dengan segaris senyuman sahaja. Lalu dia menyelinap masuk ke dalam kamarnya. Amy menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. kemudian dia kembali menyambung menonton wayang dengan seribu teka-teki.

FARAH melabuhkan punggung disofa yang terletak bersebelahan dengan sofa panjang dihadapan televisyen. Mug yang berisi air milo dicapainya. Amy memandang Farah yang sedang menghirup air milo.
            “Kau belum jawab soalan aku tadi.” Ujar Amy tiba-tiba.
            Farah mengerutkan dahinya sambil menguntum senyuman.
            “Dato’ dah lamar kau ke?” Tanya Amy sekali lagi.
            Senyuman dibibir Farah makin melebar.
            “Kalau tengok dari senyuman kau ni, aku rasa aku dah dapat jawapan.” Ujar Amy pula.
            “Erm...Dato’ tak adalah lamar aku. Cuma dia nak bawa aku jumpa family dia. Is it consider as lamar?”
            “Wah... itu tandanya Dato’ betul-betul serius dengan kau. Tapi, masih tak boleh consider as melamar lagi. So, bila kau nak pergi jumpa family Dato’?” Tanya Amy lagi.
            Farah menggigit bibir.
            “Kau belum bersedia lagi ke?” Amy cuba meneka.
            Farah mengangguk. “Tak terlalu cepat ke?”
            “Kalau aku, aku on je. Siapa tak nak bakal suami macam Dato’ tu.” Jawab Amy selamba. Satu tamparan hinggap dipeha Amy. Amy mengaduh sakit sambil menggosok pehanya.
            “Padan muka. Tak malu, dah berlaki pun boleh cakap macam tu lagi.” Ujar Farah geram. Amy ketawa mengekek mendengar kata-kata Farah.
            “Aku buntu ni Amy.” Rungut Farah pula.
            “Nak buntu apa? Kau dengan Dato’ tu bukan baru kenal. Kita kerja dengan Dato’ bukannya baru lagi. Aku yang jadi pembantu Encik Hanif ni pun dah kenal sangat dengan perangai Dato’ tu. Inikan pula kau. Dato’ tu Farah, bukannya tak laku tau. Kang melepas, kau juga yang merana.” Ujar Amy panjang lebar.
            Farah terdiam sejenak. Amy memandang Farah sekilas.
            “Kau dengan Dato’ tu bukannya muda lagi. Dah boleh fikir tentang masa depan tau. Kahwin ni seronok, Farah. Sakit pening kau, ada orang tengokkan. Lelaki macam Dato’ tu, susah nak jumpa sekarang tau. Aku yakin Dato’ tak akan sia-siakan kau.” Ujar Amy lagi. Cuba meyakinkan sahabatnya itu. Sedikit sebanyak kata-kata Amy dapat diterima Farah. Farah menguntum senyuman sambil memeluk bahu Farah.
            “Thanks sahabat.” Ucap Farah sambil menepuk bahu Amy.

            “Apa gunanya kawan kan? Tak lama lagi aku dah boleh makan nasi minyak kau lah nampak gayanya.” Ujar Amy dalam nada bergurau. Farah menjelirkan lidahnya. Hatinya bagaikan sudah tidak sabar untuk memberitahu jawapannya kepada si pemilik hatinya itu. 

21 September 2013

Bunga Cinta Hati - 9

Episod 9
FARAH Balqis melangkah  masuk ke dalam bilik pejabatnya sambil bernyanyi riang. Beberapa orang rakan pejabat yang lain memandang dirinya dengan penuh tanda tanya. Tidak pernah mereka melihat gadis itu seceria itu sepanjang tempoh mereka berkhidmat disitu.  Tepat jam 10 pagi, Dato’ Darwisy muncul di department operasi.
            “Cik Farah ada dekat dalam ke?” Tanya Dato’ Darwisy kepada Atia yang sedang membelek kertas. Gadis itu terus apabila tersedar ketuanya itu sudah berdiri dihadapannya.
            “Er... Ada, ada dekat dalam Dato’. Dato’ nak saya panggilkan ke?” Jawab Atia sedikit gagap.
            “No, it’s okay. You boleh sambung buat kerja.” Ujar Dato’ Darwisy sambil mengetuk meja Atia. Dato’ Darwisy melangkah menghampiri pintu bilik pejabat Farah yang tertutup rapat itu. Tanpa mengetuk pintu bilik gadis itu, Dato’ Darwisy terus memulas tombol pintu bilik Farah.
            Farah mengangkat kepalanya apabila terdengar pintu biliknya ditutup. Dato’ Darwisy yang sedang menghampiri mejanya dipandang sambil mengangkat kening. Lelaki itu tampak segak dengan kemeja berwarna ungu yang dipakainya.
            “Kenapa you tak nak i jemput you pagi tadi?” Soalan itu terpancul dibibir lelaki itu sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di kerusi dihadapan Farah.
            “Dato’, i ada banyak sangat kerja yang nak diselesaikan sekarang. Nanti kalau i tak dapat siapkan kerja i mengikut deadline yang Dato’ tentukan, habislah i.” Ujar Farah sambil memandang kertas putih yang dibentang diatas mejanya. Dato’ Darwisy mencapai pensel yang berada ditangan Farah. Farah mengangkat wajahnya.
            “I’m only need 5 minutes to talk with you, Farah. Deadline tu masih berbaki 13 hari.” Ujar Dato’ Darwisy sedikit tegas. Matanya memandang tepat ke arah Farah.
            “Yelah. Apa yang penting sangat tu?” Tanya Farah sambil menggulung kembali kertas putih yang dibentangnya.
            “Nothing. Just... i miss you.” Ujar Dato’ Darwisy selamba sambil bermain-main pensel ditangan.
            Farah menundukkan wajahnya. Wajahnya terasa panas seketika.
            “Farah.” Panggil lelaki itu pula.
            “Hurm...”
            “I nak cakap itu aje. I keluar dulu. ” Ujar lelaki itu selamba. Pensel ditangannya diletakkan ditengah-tengah meja. Farah memandang Dato’ Darwisy yang sudah membuka pintu biliknya itu. Beberapa kali dia mengetuk mejanya apabila lelaki itu sudah keluar dari biliknya.  

JANJI yang dibuat Dato’ Darwisy pagi tadi terpaksa dibatalkan kerana lelaki itu mempunyai urusan penting bersama seorang klien syarikat. Tanpa banyak soal Farah anggukan sahaja dek kerana ingin menyiapkan kerjanya secepat yang mungkin.
            Sedang dia asyik menyiapkan lakarannya, pintu biliknya diketuk seseorang. Farah memandang jam didinding.
            “Masuk.” Jerit Farah sambil membetulkan duduknya.
            “Assalamualaikum Cik Farah.”
            Farah memanjangkan lehernya memandang ke arah pemilik suara itu.
            “Waalaikummussalam. Lah, Lan rupanya. Masuklah.” Ujar Farah sambil berdiri. Lelaki yang memakai kemeja putih itu melangkah menghampiri meja Farah.
            “Dato’ minta Lan hantarkan makanan untuk Cik Farah.” Ujar Azlan sambil meletakkan plastik berisi bungkusan pizza diatas meja Farah. Farah terkedu seketika. Terasa pipinya panas.
            “Dato’ ni ada-ada je. Erm... Terima kasih banyak-banyaklah Lan sebab tolong hantarkan.” Ujar Farah sedikit segan.  Lelaki itu hanya mengangguk dan terus berlalu meninggalkan Farah.
            Farah menggeleng kepala apabila melihat spagethi yang diletakkan didalam bekas dan pizza yang masih didalam kotak itu. ‘Makin tembam lah aku lepas ni kalau hari-hari dapat macam ni.’ Ujarnya dalam hati. Plastik berisi pizza dan spagethi diletakkan diatas meja sisi sofa.  Jam didinding dipandang kejap. Lantas dia mencapai beg yang diletakkan telekung solat lalu dia melangkah menuju ke surau.

KENAPA you tak makan lagi?” Tegur Dato’ Darwisy tatkala melihat Farah yang baru muncul itu. Farah mengurut dadanya.
            “You ni kan, tak reti bagi salam dulu ke?” Marah Farah. Kaki diatur menuju ke meja kerja. Dato’ Darwisy tersenyum.
            “Garangnya.” Ujar Dato’ Darwisy perlahan namun dapat didengari Farah. Sempat dia memberi jelingan kepada lelaki itu.
            “Tak elok tau you biarkan perut you kosong macam tu. Nanti masuk angin, gastrik, siapa yang susah? I juga kan?” Ujar Dato’ Darwisy lembut. Farah mengangkat kening. Lantas dia berjalan menghampiri sofa bertentangan dengan Dato’ Darwisy. Lelaki itu menarik keluar spagethi dan pizza yang masih belum terusik itu.
            “You nak i suapkan ke?” Tanya Dato’ Darwisy sambil tersenyum lebar. Farah mengerutkan dahinya.
            “Mengada-ngadalah you ni.” Balas Farah sambil membuka penutup bekas spagethi. Bau sos spagethi membuka seleranya. Dato’ Darwisy menjadi pemerhati gadis itu menjamu selera. Farah membuka kotak pizza lalu dia mengambil sepotong pizza lalu disuakan kepada Dato’ Darwisy yang menjadi pemerhatinya itu.
            “I dah makan tadi. It’s okay, don’t mind me. Just enjoy your meal.” Tolak Dato’ Darwisy. Farah menarik muka masam.
            “Kalau you tak nak makan, i pun tak nak makanlah kalau macam tu.” Ujar Farah pura-pura merajuk.
            Dato’ Darwisy mengerutkan dahinya. Farah yang sudah mencuka itu dipandangnya. Tanpa berfikir panjang dia mengambil sepotong pizza lalu digigitnya.
            “Puas hati?” Tanya Dato’ Darwisy lembut. Sesaat sahaja wajah masam itu kembali berseri. Dato’ Darwisy menguntum senyuman bahagia. Sudah sekian lama dia mencari perasaan bahagia itu. Dia bersyukur kerana dia berjaya menemui perasaan itu kembali kini.
            Hampir separuh pizza dihabiskan Dato’ Darwisy petang itu. Terasa hubungan yang baru terjalin itu seperti sudah bertahun-tahun disulam cinta. Sebaik sahaja mengemas meja, Farah kembali menyambung kerjanya yang tertangguh itu.

BAGAIKAN bercinta diusia remaja, hampir setiap malam mereka akan berhubung melalui pesanan ringkas dan pastinya akan berakhir dengan berbual ditelefon berjam-jam lamanya sehinggalah salah seorang daripada mereka ‘surrender’ untuk tidur. Dipejabat pula jika tidak ada urusan bersama klien, Dato’ Darwisy pasti akan meluangkan masa untuk makan tengahari bersama buah hatinya itu.
            Staf dipejabat sudah maklum tentang hubungan cinta mereka. Ada yang gembira dengan hubungan yang baru terjalin itu, ada juga yang menunjukkan perasaan tidak suka akan hubungan mereka. Namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka meneruskan hubungan mereka itu.
            Setelah 2 minggu Amy bercuti, pagi Selasa itu barulah pengantin baru itu muncul dipejabat. Farahlah orang yang paling gembira apabila melihat kemunculan Amy dipejabat. Sengaja dia memilih untuk menginap di hotel sebelum pulang ke rumah sewa kerana tidak mahu rakan baiknya itu merasa kurang selesa dengan suaminya itu.
            “Bila kau nak balik rumah kita ni? Bilik kau dah bersawang agaknya.” Ujar Farah sambil membetulkan duduknya dihadapan Amy.
            “Malam nanti kut. Rindunya bilik aku tu. Ehem.. ehem.. aku dengar ada gosip baru dekat office. Pandai kau ya, langsung tak nak share dengan aku.” Ujar Amy sambil tersenyum nakal. Farah berpura-pura tidak dapat menangkap kata-kata pengantin baru itu.
            “Gosip apa? Hari-hari aku masuk office ni tak ada pula dengar gosip-mosip ni.” Ujarnya sambil memandang skrin telefonnya.
            “Yelah tu. So, bila kau nak join the club ni? Aku harap sangat Dato’ melamar kau cepat.” Ujar Amy sambil menekan butang monitor.
            “Hish kau ni. Ke situ pula. Dah lah aku nak pergi buat kerja aku.”
            Amy ketawa melihat temannya itu.
            “By the way, nanti kita lunch sekali nak?” Ajak Farah sebelum melangkah meninggalkan temannya itu.
            “Sure.” Jawab Amy ceria. Farah menunjukkan isyarat tangan kepada Amy tanda setuju. Lalu dia mengatur langkah menuju ke biliknya.

DATO’ Darwisy memandang Farah yang sudah menyinga itu. Matanya melirik pada pintu biliknya. Dia menarik nafas lega apabila melihat pintu bilik yang tertutup kemas itu. Kalau tidak, mahu si Anis perasan ketegangan mereka itu.
            “You owe me an explaination, Dato’.” Ujar Farah tegas. Wajahnya ketika itu sudah masam mencuka. Sakit hatinya makin bertambah apabila melihat reaksi lelaki itu tika dia menghemburkan segala kemarahannya terhadap lelaki itu sebentar tadi.
            “Duduk dulu sayang. Cool down. I will explain everything.” Ujar Dato’ Darwisy lembut. Dengan wajah yang masih mencuka, Farah melabuhkan punggung sambil berpeluk tubuh.
            “Explain.” Ujarnya pula.
            Dato’ Darwisy menarik nafas sedalamnya.
            “Easy. I tak nak you dekat dengan Ash. That’s it.” Jawab Dato’ Darwisy tenang.  
            Farah membeliakkan matanya. Meja Dato’ Darwisy menjadi sasaran tapak tangannya.
            “Dato’, this is business. Yet, business and personal can’t go together. I know you are my big boss. And every decision you did i have to follow. But, i don’t think this is the best decision you did as a Managing Director. It such a childish decision for me.” Ujar Farah panjang lebar. Lantas dia berdiri. Ingin meninggalkan lelaki itu. Namun sempat ditahan lelaki itu. Farah memandang Dato’ Darwisy sambil cuba menarik tangannya dari genggaman lelaki itu.
            “Let me go.” Ujarnya tegas. 
            “I buat macam ni sebab i sayangkan you and i tak nak kehilangan you. I tahu apa isi hati Ash pada you.” Ujar Dato’ Darwisy lembut. Farah mendengus.
            “Right, you’re the boss. Whatever.” Ujar Farah sambil menarik tangannya dari genggaman lelaki itu. Sebaik sahaja pegangan tangan dapat dilepaskan, laju sahaja kakinya melangkah keluar dari bilik mewah itu.
            Keluar sahaja dari pintu lif, Farah terus meluru ke bilik Idham yang terletak bersebelahan dengan biliknya. Pintu bilik yang terbuka itu diketuk seketika. Idham mengangkat muka. Farah menapak masuk ke dalam bilik bersaiz sederhana itu.
            “Monyok aje muka kau, Farah. Something wrong?” Sapa Idham sambil mengetuk pembaris.
            Farah tidak menjawab sebaliknya dia menarik kerusi yang teerletak dipenjuru bilik itu.
            “Jarang aku tengok kau monyok macam ni. Mesti kes tak puas hati ni.” Ujar Idham lagi.
            “Lakaran yang Encik Hanif minta tu kau dah siapkan?” Tanya Farah seketika. Idham mengerutkan dahinya.
            “Tak salah aku deadline untuk lakaran tu lambat lagi. Lagipun aku belum dapat actual details daripada pihak pemaju lagi.” Jawab Idham perlahan.
            Farah cuba menyembunyikan rasa bersalahnya. Jawapan lelaki itu membuatkan dia mati akal.
            “Kau kenapa sebenarnya ni? Apa yang tak kena ni? Erm... biar aku teka. Kau rasa bersalah dengan landskap Tuan Haji tu kan?” Teka Idham sambil mengangkat pensel ditangan kirinya.
            Farah mengangkat muka.
            “Nampak sangat ke?”
            Pertanyaan Farah membuatkan lelaki itu ketawa kuat.
            “Dahlah. Aku tak ada masalah pun. Kau tak payah fikirlah Farah.” Pujuk Idham sambil memandang kertas putih dihadapannya.
            “Sebenarnya landskap Tuan Haji di Dungun tu dah 100% settle.” Ujar Farah perlahan.
            Idham memandang Farah.
            “Habis tu? Projek apa yang Dato’ nak aku uruskan tu?” Tanya Idham hairan.
            Farah menarik nafas.
            “Projek landskap di kuarters polis di Gong Badak. Tender tu syarikat Tuan Haji yang pegang. So, Tuan Haji minta khidmat syarikat kita untuk siapkan landskap di kawasan kuarters tu.Yang aku tak puas hati, kenapa Dato’ awal-awal lagi dah kecualikan aku untuk uruskan projek tu. Sah-sahlah dia dah tahu yang kau tengah carry 3 kerja sekarang. Kalau macam tu, apa gunanya aku kerja dekat syarikat ni kan?” Luah Farah dengan nada yang sedikit tegang. Idham mengukir senyuman apabila mendengar luahan gadis itu.
            “He’s the boss. Apa jua yang dia arahkan, itulah yang aku akan lakukan. Lainlah kau dengan Dato’. Erm... why not kau try slow talk dengan dia.” Usul Idham selamba. Farah mengangkat kening.
            “Aku tak campur urusan peribadi dengan kerja. That’s not me. Dahlah Id. Aku masuk bilik dululah. Nanti kalau ada apa-apa kau inform aku. Sorry ganggu kau buat kerja.” Ujar Farah sambil melangkah menghampiri pintu. Lalu dia melangkah menuju ke biliknya untuk menyambung kerja yang terbengkalai.

DATO’ Darwisy memandang telefon bimbitnya yang sepi tidak berbunyi itu. Hatinya dihambat perasaan bersalah terhadap buah hatinya itu. Dia memilih untuk mengecualilkan buah hatinya daripada terlibat dengan projek yang baru diterimanya itu adalah semata-mata kerana tidak sanggup melihat buah hatinya itu diintai lelaki bernama Ashraf.
            Dia yakin teman lamanya itu mempunyai agenda tersendiri apabila memilih syarikatnya untuk bekerjasama dalam sebuah tender yang baru diperolehi mereka. Bukan dia tidak kenal lelaki yang bernama Ashraf itu. Suatu ketika dulu mereka pernah menyukai gadis yang sama. Oleh kerana turut mengetahui tentang isi hati rakannya itu, dia memilih untuk mengundur diri daripada permaianan itu.  Dan kini, kejadian yang sama turut berlaku. Namun dia nekad untuk tetap mempertahankan cinta yang sudah bersarang dalam hatinya itu.
            Hati buah hatinya harus dipujuk. Dia tidak mahu kemarahan gadis itu terhadap dirinya berlanjutan. Kepalanya buntu memikirkan bagaimana caranya untuk melembutkan hati gadis itu. Gadis itu bukanlah seorang yang mudah cair dengan hanya memberi hadiah. Akhirnya Google menjadi enjin mencari idea untuk memujuk gadis itu. Dato’ Darwisy menguntum senyuman tatkala melihat beberapa gambar yang menarik perhatiannya.
FARAH tercengang apabila melihat jambangan bunga yang tersusun rapi di atas sofa panjang. Perlahan-lahan dia menutup daun pintu rumah sambil matanya tidak lepas memandang 5 jambangan bunga merah itu. Lantas kakinya diatur menghampiri salah satu jambangan bunga yang tersusun rapi itu.
            “Tuan puteri dah balik ya. Tak dengar pula kereta kau.” Tegur Amy yang baru sahaja keluar dari kamarnya.
            “Untungnya kau Amy dapat suami romantik macam Khairul tu. Mahu termuntah aku tengok bunga-bunga ni.” Ujar Farah sambil memandang bunga-bunga tersebut. Amy mengerutkan dahinya.
            “Hoi cik kak! Kau tak tengok kad ke? Kalau suami aku yang bagi, mahu tak makan sebulan kami tau.” Balas Amy lantang. Farah mengangkat muka memandang temannya itu. Lantas dia membelek salah satu jambangan bunga itu. Kad yang bersaiz sederhana berwarna merah hati ditarik keluar dari celah-celah balutan plastik itu.
            “Untung kau dapat lelaki macam Dato’ tu Farah.” Ujar Amy sambil memeluk salah satu jambangan bunga itu. Tanpa mempedulikan kata-kata Amy, Farah membuka kad tersebut.
            ‘If i could give you one thing in life, i would give you the ability to see yourself through my eyes. Only then you will realize how special you are to me. I’m sorry. Please bring back your smile, sweetie.’
                                                                                                                      p.s. I Love You.
                                                                                                       -D.A
            Farah mengukir senyuman tatkala membaca ayat yang terakhir. Hilang segala amarahnya terhadap lelaki itu ketika itu. Lantas dia mencapai telefon bimbit yang berada didalam tas tangannya. Amy yang berada dibelakangnya hanya menjadi pemerhati. Laju jarinya menaip pesanan ringkas yang ingin dihantar kepada Dato’ Darwisy.
            ‘Thousand of roses means nothing to me, but your heart mean everything to me. I’m so touched. P.s: Rumah i dah macam kedai bunga dah ni.’  Kemudian butang ‘send’ ditekannya dengan senyuman terukir dibibir.
            “Eloklah tu senyum sorang-sorang macam tu.” Ujar Amy sambil mencuit pinggangnya.  
            “Dengki lah tu. Kalau kau nak, kau ambil jelah. Aku tak kisah.” Ujar Farah lembut. Mata Amy sudah bersinar apabila mendengar kata-kata Farah.
            “Betul ke ni?”
            Farah mengangguk berkali-kali.
            “Ambil ajelah. Aku pun tak tahu nak letak dekat mana. Dahlah, aku nak masuk mandi dulu.” Ujar Farah lagi. Dia mencapai salah satu jambangan bunga itu lalu dipeluknya masuk ke dalam kamar tidurnya.Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa berbunganya hatinya ketika itu. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menemui lelaki itu. Mujurlah akalnya masih waras ketika itu.


2 September 2013

Bunga Cinta Hati - 8

Episod 8

SEPANJANG berada didalam dewan konvensyen itu, Farah bagaikan tidak senang duduk apabila ditinggalkan keseorangan dimeja makan yang dipenuhi dengan tetamu yang cukup asing baginya. Lantas dia mengambil keputusan untuk menyedut udara malam diluar dewan tersebut. Sedang dia melayani fikirannya, tiba-tiba ada satu suara menegurnya dari arah belakang.
            “Ammar?” Balasnya sedikit terkejut. Lelaki itu menguntum senyuman sambil meletakkan kedua tangannya didalam poket seluar.
            “What are you doing here?” Tanya lelaki itu yang sudah berdiri disebelahnya. Farah menghalakan pandangannya kearah langit yang  bertemankan bulan.
            “Sejuk sangat dekat dalam tu.” Balasnya pendek tanpa memandang lelaki berkemeja merah hati itu.     
            “Erm... is that you boyfriend?” Tanya Ammar Arif tiba-tiba. Lelaki itu dipandang sekilas sambil ketawa kecil.
            “He is my boss.” Jawabnya tenang sambil berpeluk tubuh.
            Diam.
            “Sayang....” Tiba-tiba ada satu suara menegur. Kedua-dua mereka menoleh ke arah pemilik suara itu. Dato’ Darwisy menghampiri Farah yang sudah berkerut seribu itu.
            “Am!” Tegur Ammar sambil menghulur tangan untuk berjabat.
            “Rif!” Kedua lelaki itu berjabat tangan mesra. Farah memandang lelaki dihadapannya itu.
            “He is my cousin.” Ujar Dato’ Darwisy tenang.  Farah mengangguk lalu tersenyum.
            “Well Am, aku tak nak kacau you both, aku masuk dalam dulu lah. Bye Farah.” Selamba sahaja Ammar mengenyitkan matanya kepada Farah. Farah menjegilkan matanya. Dengan ketawa masih bersisa lelaki itu meninggalkan mereka.
            “Kenapa you duduk dekat sini? You tak selesa ke?” Dato’ Darwisy cuba meneka.
            “You ajak i temankan you, tapi you biarkan i sorang-sorang. Jomlah, i nak balik.” Farah menghambur kata-kata. Dato’ Darwisy menarik lengan gadis itu yang sudah membuka langkah itu.
            “I’m sorry okay?” Ucapnya lembut sambil merenung tajam ke arah sepasang mata bulat milik gadis dihadapannya itu.  Farah memalingkan mukanya. Bimbang hatinya yang beku itu berubah rupa.
            “Come, i hantarkan you balik.” Selamba sahaja lelaki itu menarik tangannya menuju ke parkir. Dia akur tanpa sebarang bantahan. Hatinya berbunga mekar. Sempat dia tersenyum lebar sambil memandang tangannya yang berada digenggaman lelaki itu.
            Sengaja dia memasamkan mukanya ketika lelaki itu membuka pintu kereta untuknya. Tanpa sepatah kata, Farah menyelinap masuk ke dalam kereta. Dato’ Darwisy melangkah menuju ke bahagian pemandu.
            “I minta maaf pasal tadi. Tak sepatutnya i tinggalkan you sorang-sorang.” Ujar lelaki itu sambil menghidupkan enjin kereta. Farah diam tanpa balas. Dato’ Darwisy melepaskan keluhan berat. Lalu dia memandu keluar dari kawasan Masjid Kristal yang gah berdiri itu.

KASUT tumit tinggi berwarna peach dibuka sebaik sahaja pintu lif terbuka luas. Laju kakinya diatur menuju ke pintu utama pejabat operasi. Tanpa memandang kiri dan kanan, Farah berlari anak menuju ke bilik pejabatnya.
            “What is wrong with you Farah? Tak pernah aku tengok kau macam ni.” Tegur Irham yang kebetulan baru muncul dari pantry.
            Farah tersengih. Tanpa menjawab soalan lelaki itu, dia berlalu masuk ke dalam bilik pejabatnya itu. Masuk sahaja didalam biliknya, kasut tumit tinggi itu dilempar ke atas karpet. Puas dia menyumpah seranah kasut yang baru dibelinya itu.
            Punggungnya dihenyek ke kerusi. Lalu punat ‘ON’ pada laptop ditekan. Lalu tangannya meraba-raba ke dalam handbagnya. Telefon bimbit dikeluarkan. Laju tangannya menaip nombor telefon ibunya. Beberapa saat sahaja, suara ibunya sudah berada dihujung talian.
            “Erm... Farah minta maaf bu. Farah tak fikir Farah boleh lakukan apa yang ibu sedang lakukan sekarang. Farah harap ibu maafkan Farah sebab Farah tak ikut ibu balik KL.” Ujarnya perlahan.
            “Awak tak boleh ikutkan hati sangat, Farah. He is you father. Baik atau buruk dia, he is still your father. Nobody can deny it. Ibu harap sangat Farah datang, lawat ayah. Almost everyday ayah sebut nama Farah.” Puan Raihana cuba memujuk anak tunggalnya itu.
            Farah diam dihujung talian.
            “Farah balik ya?” Pujuk Puan Raihana lagi.
            “Farah tak bersedia lagi bu. I’m really sorry. Ibu take care yer. Nanti Farah call ibu lagi.” Ujarnya sebelum mematikan talian.
            Puan Raihana melepaskan keluhan berat. Fail dihadapannya ditolaknya. Jauh disudut hatinya dia mendoakan agar Tuhan melembutkan hati anak tunggalnya itu.  Sejak penceraian dia dengan Tan Sri Firdaus 10 tahun yang lalu, anak perempuannya itu bagaikan memusuhi bapanya itu.
            Sepanjang 10 tahun itulah hanya beberapa kali sahaja anaknya itu berjumpa dengan bekas suaminya itu. Itu pun puas dipaksanya. Diawal perpisahan mereka, Puan Raihana turut  memusuhi bekas suaminya itu namun demi anak tunggalnya itu, Puan Raihana cuba melupakan sejarah hitam bersama bekas suaminya itu.

“SELAMAT pagi Cik Farah. Ada delivery untuk Cik Farah.” Ujar lelaki bertopi sambil mengetuk pintu. Farah mengangkat muka. ‘Bunga lagi.’ Detiknya dalam hati. Tanpa berkasut, Farah menghampiri lelaki bertopi itu sambil bercekak pinggang.
            Kad yang terselit disebalik bunga mawar merah itu dicapainya. Lalu dia membaca satu baris ayat yang ditulis didalam kad tersebut. Farah menggelengkan kepalanya.
            “Susah betul kalau orang tak ada confident dalam diri sendiri ni kan?” Rungut Farah sambil mengambil jambangan bunga segar itu.
            “Mungkin orang tu masih menunggu waktu yang sesuai, Cik Farah.” Ujar lelaki bertopi itu sebelum melangkah keluar dari bilik pejabat itu. Jambangan bunga itu diletakkan diatas meja kopi berhampiran sofa tetamu. Lalu dia kembali menyambung tugasnya yang tergendala itu.
            Jam 1 tengahari Farah bergegas keluar dari bilik pejabatnya untuk pulang ke rumah sewanya.  Dia tidak jadi untuk melangkah masuk ke dalam lif apabila melihat Ammar Arif yang sedang berdiri didalam lif. Lelaki itu memandang ke arah selipar jepun yang dipakainya. Farah mengangkat kening. Lalu dia mengatur langkah masuk ke dalam lif.
            “Tak tahu pula i ada company bagi pekerja pakai selipar pergi kerja. Cantik selipar you. Warna pink lagi.” Perli Ammar yang tidak lekang menguntum senyuman itu.
            Farah mendengus geram. Tanpa membalas kata-kata lelaki itu, Farah menekan punat G.
            “You nak ke mana? Lunch? Boleh i join?”
            Farah tidak menjawab sebaliknya dia memberi jelingan kepada lelaki disebelahnya. Sebaik sahaja pintu lif terbuka luas, Farah terus meluru keluar meninggalkan lelaki itu dibelakang.
            Ammar Arif tersenyum melihat perilaku gadis itu. Teringat kata-kata sepupunya sebentar tadi mengenai gadis bertudung itu. Sepupunya itu terlalu menyukai gadis itu namun perasaan sebenar terhadap gadis itu masih kemas terpendam.
Terimbau kembali ketika pertama kali pertemuannya dengan gadis itu beberapa bulan yang lalu. Ternyata dirinya juga terpaut dengan kelembutan yang dapat dilihat pada wajah lembut gadis itu. Jika suatu ketika dulu gadis bertudung bukanlah ‘taste’nya, namun kini ternyata gadis itu telah berjaya membuka matanya.

FARAH memeluk erat sahabatnya itu yang baru bergelar isteri itu. Airmata gembira turut membasahi pipi tatkala melihat sahabatnya itu turut mengalirkan airmata ketika akad dilafazkan.
            “I’m happy for you. Kau jangan lupa aku yer Amy?” Ujarnya sambil menggenggam tangan sahabatnya itu. Beberapa orang saudara Amy yang masih berlegar-legar diruang tamu itu memerhati keakraban mereka.
            “Aku tak akan lupakan kau. Kaulah satu-satunya kawan baik yang aku ada, Farah.” Balas Amy pula. Farah mengesat airmatanya sambil menguntum senyuman. Amy menarik Farah menghampiri suami yang baru dinikahinya. Lalu dia memperkenalkan Farah kepada suaminya itu.
            Jam 11 malam barulah Farah meminta diri untuk pulang ke hotel. Beberapa kali temannya itu mengingatkannya tentang hari persandingannya pada esok hari. Orang terpenting katanya. Pertama kali menjadi pengapit, sedikit sebanyak rasa gementar juga terselit dalam dirinya.

SEMPAT dia membetulkan tudungnya sebelum melangkah keluar dari kereta. Kakinya diatur masuk ke perkarangan rumah Amy. Farah memaniskan wajahnya dan bersalaman dengan ahli keluarga Amy yang berlegar-legar diruang tamu. Kakinya diatur menuju ke bilik pengantin. Pintu bilik Amy diketuk beberapa kali sebelum mendengar suara Amy.
            “Farah..... Cantiknya kau.” Jerit Amy sedikit teruja melihat penampilan sahabatnya itu. Farah mencebik.
            “Aku ada surprise untuk kau harini.” Ujar Amy tiba-tiba.
            Farah memandang Amy yang sedang dimekapkan oleh Mak Andam.
            “Surprise apa pula ni Amy? Kau jangan, aku ni dahlah tengah nervous nak jadi pengapit kau ni.” Rungut Farah. Sengaja dia memasamkan mukanya.
            “Alah, nanti kau tengok sendirilah. Kau rilaks jer Farah.” Ujar Amy sambil menggenggam tangan Farah.
            Jam 11 pagi barulah rombongan pengantin lelaki tiba. Amy menggenggam tangan Farah yang berdiri disebelahnya sebagai pengapit itu. Entah kenapa dadanya dirasakan berdebar-debar. Farah beristighfar untuk menghilangkan debaran didadanya. Namun tidak berjaya.
            Matanya terpaku tatkala terpandang lelaki berkaca mata hitam yang sedang memayungi pengantin lelaki. Farah bagaikan terpaku dengan ketampanan lelaki yang lengkap berbaju melayu dan bersampin itu. Kemudian dia memandang baju kurung yang tersarung dibadannya. Lantas lengan Amy dicubitnya.
            “Kau kenakan aku kan? Ini surprise yang kau cakap tu ya?” Bisiknya. Amy menahan tawa.
            “Handsomenya bos kita Farah.” Balas Amy pula. Farah menjegilkan matanya. Sekali lagi lengan Amy menjadi sasarannya. Dato’ Darwisy menguntum senyuman apabila matanya bertembung dengan sepasang mata milik Farah.
            Farah memaniskan wajahnya sepanjang menjadi pengapit sahabatnya itu. Perlahan sahaja tangannya mengipas pengantin yang sedang bersanding itu. Dato’ Darwisy pula tidak lepas memandang Farah yang berdiri disebelah Amy.
            Ketika pengantin diarah ke meja beradab, sempat Farah berbisik sesuatu kepada temannya itu. Air yang berais itu bagaikan memberi kelegaan padanya.
            “Nak i ambilkan air lagi?” Tegur satu suara yang tidak asing padanya. Farah menggeleng tanpa memandang lelaki yang sudah melabuhkan punggung disebelahnya.
            “Bila you sampai?” Tanya Farah sambil memandang Dato’ Darwisy yang sedang mengelap peluh dengan tisu.
            “Around 7 a.m.” Jawab Dato’ Darwisy. Farah kemudiannya membisu. Memandang para tetamu yang sedang menikmati hidangan.
            “I dengar makcik-makcik dekat sini ada merisik you. Betul ke?” Tanya Dato’ Darwisy selamba. Farah kelu seketika.
            “Gosip tv berapa yang you tengok ni Dato’?”
            Dato’ Darwisy tersenyum.
            “Breaking news macam ni biasanya akan tersiar disemua channel sayang oii.” Jawab Dato’ Darwisy lembut.
            “Kalau ye pun makcik-makcik dekat sini risik i, tak ada kena-mengena dengan you pun.” Balas Farah pula. Gelas ditangan diusapnya.
            “Siapa cakap tak ada kena-mengena dengan i? Kan i dah cakap, you ni bakal isteri i. So, semua tentang you, i perlu ambil tahu.” Ujar Dato’ Darwisy sedikit tegas. Lantas gelas ditangan Farah diambilnya lalu diletakkan didalam bakul yang sudah tersedia.
            Farah terpana seketika. Dato’ Darwisy kembali duduk disebelah Farah.
            “Soal nikah kahwin ni, i tak main-main Farah. I serius.” Ujar Dato’ Darwisy lagi. Farah memandang sepasang mata redup milik Dato’ Darwisy. Ada keikhlasan terbit disitu. Entah mengapa dia bagaikan bahagia apabila mendengar kata-kata yang diucapkan Dato’ Darwisy.
            “Erm.. i nak masuk dalam dulu.” Ujar Farah. Tanpa menunggu lama dia meninggalkan lelaki itu dibawah kanopi yang dihias cantik itu. Sengaja dia meninggalkan lelaki itu terkulat-kulat tanpa sebarang respon darinya.

JAM 5 petang barulah Farah pulang ke bilik hotel. Lenguh badannya terasa hilang apabila badannya mencium tilam empuk itu. Baru sahaja ingin terlelap, telefon bimbitnya berbunyi. Matanya membulat apabila melihat nama Dato’ Darwisy tertera diskrin. Sengaja dibiarkan panggilan itu tidak dijawab.
            Kepalanya ligat memutarkan kejadian tengahari tadi. Ketika pertama kali melihat lelaki itu lengkap berbaju melayu melayu hatinya bagaikan terpaut pada lelaki itu entah untuk ke berapa kali. Dia sendiri keliru dengan hatinya sendiri.
            Kadang-kadang dia menantikan kemunculan D.A yang tidak pernah muncul dihadapannya. Kadang-kadang juga dia menantikan keprihatinan Dato’ Darwisy terhadapnya. Sedang dia asyik melayan perasaan, telefon bimbitnya berbunyi menandakan satu pesanan ringkas diterimanya.
            Lantas dia mencapai telefon bimbitnya lalu membuka pesanan ringkas yang dihantar menerusi aplikasi i-message. Matanya membulat apabila membaca pesanan ringkas daripada Dato’ Darwisy itu.
            ‘Boleh kita jumpa malam ni? I jemput you?’
Dia berfikir sejenak. Beberapa saat kemudian laju sahaja tangannya menyentuh huruf-huruf diskrin.
            ‘I penat. Maybe next time.’
            Beberapa minit kemudian satu lagi pesanan ringkas masuk ke peti pesanan.
            ‘I have something to tell you. And need to tell you. Please?’
            Farah mengerutkan dahinya apabila membaca pesanan ringkas terakhir Dato’ Darwisy.  Akhirnya pesanan ringkas itu dibiarkan tidak berbalas. Farah membetulkan perbaringan. Lalu ditutup kedua belah matanya. Akhirnya dia diulit mimpi.
            Dato’ Darwisy mengeluh perlahan. Telefon bimbitnya digenggamnya. Masih menanti balasan daripada gadis yang dicintainya itu. Akhirnya dia terlena sambil menggenggam telefon bimbitnya.

TEPAT jam 7.55 malam barulah Farah terjaga dari lenanya. Jam di telefon bimbitnya dipandang.
            “Shit!!!” Lantas dia bangkit dari katil lalu berlari ke bilik air. Cepat-cepat dia membersihkan diri dan berwuduk. Sebaik sahaja siap berpakaian, Farah menghamparkan sejadah ke arah kiblat. Lalu dia menyarung telekung.
            Dato’ Darwisy melipat sejadah lalu diletakkan diatas katil. Kain pelikat yang dipakainya ditukarkan kepada seluar khaki berwarna coklat. Dia membetulkan tshirt polo yang dipakainya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Dato’ Darwisy mencapai telefon bimbit dan walletnya lalu melangkah keluar dari biliknya.
            Kaki diatur menuju ke lif. Butang lif ditekannya. Beberapa minit sahaja pintu lif sudah terbuka luas didepannya. Tanpa menunggu lama lantas dia melangkah masuk ke dalam lif. Butang G ditekannya. Tiba ditingkat 5 pintu lif terbuka luas. Dato’ Darwisy mengangkat kepalanya.
            Farah terkedu apabila melihat Dato’ Darwisy yang berada didalam lif tersebut. Kakinya bagaikan kaku untuk melangkah masuk. ‘Alamak. Dia lagi.’ Katanya dalam hati.  Dato’ Darwisy memandang Farah yang masih kaku itu.
            “Sayang, are you coming?” Sapa Dato’ Darwisy lembut. Hampir gugur jantung Farah mendengar intonasi suara lelaki itu. Dengan langkah perlahan, Farah melangkah masuk ke dalam lif.
            “Kenapa you tak reply mesej i?”
            “I tertidur.” Bohongnya. Dato’ Darwisy menguntum senyuman.
            “Okay. Kalau macam tu, i anggap you setuju untuk keluar dengan i malam ni.” Ujar Dato’ Darwisy tenang. Farah mati akal. Dia terperangkap dengan bibirnya sendiri. Akhirnya tanpa banyak soal, dia bersetuju dengan pelawaan lelaki itu.

PANTAI Teluk Cempedak menjadi saksi pertemuan mereka malam itu. Mereka berdiri menghadap laut yang luas terbentang itu. Farah memeluk tubuh apabila merasakan angin malam menyapa.
            “Apa yang you nak beritahu i sangat tu? Sampai you bawa i ke sini?” Farah bersuara. Dato’ Darwisy memusingkan badannya menghadap Farah yang berpeluk tubuh itu.
            “I tak tahu macam mana nak luahkan semua yang terbuku dalam hati i. Erm... I cut it short, i love you.” Akhirnya tiga patah perkataan itu meniti juga dibibir lelaki itu. Farah terdiam. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan ketika itu. Dia mengetap bibir. Bimbang ada senyuman tergaris dibibir. Kalau diikutkan hati ingin sahaja dia melompat ketika itu.
            Dato’ Darwisy memandang Farah yang sedang melontar pandangan jauh pada pantai. Hatinya disapa kebimbangan apabila melihat tiada reaksi daripada gadis itu.
            “Farah... please answer me.” Ujar Dato’ Darwisy separuh merayu. Lengan gadis itu dicuitnya.
            “What answer do you want Dato’?” Farah cuba menduga lelaki itu.
            “Will you please stop calling me Dato’?” Marah lelaki itu. Farah tertunduk. Dato’ Darwisy mengangkat dagu gadis itu supaya pandang ke arahnya.
            “Call me Am. Or maybe you nak tahu nama panggilan i yang lain?” Dato’ Darwisy cuba menduga gadis itu. Farah membalas renungan Dato’ Darwisy.
            “D.A.” Ujar lelaki itu sambil menguntum senyuman lebar.
            Mata Farah membulat.
            D.A? Bunga? Desisnya dalam hati.
            “You? D.A?” Tanya Farah cuba mendapatkan kepastian.
            “Darwisy Amran Haji Amdan. A.k.a D.A.” Dato’ Darwisy tersenyum lebar. Laju sahaja tangan Farah menampar lengan lelaki dihadapannya itu.  Dato’ Darwisy ketawa.
            “ So selama ni you lah yang pengecut tu?”
            “Pengecut?”
            Farah menahan tawa apabila melihat perubahan mendadak pada wajah Dato’ Darwisy.
            “Yela, pengecut. You main hide and seek dengan i almost few months. You luahkan perasaan you melalui kad. Dan you biarkan i berteka-teki tentang identiti you. Kenapa you tak berterus-terang macam apa yang you buat hari ni?” Ujar Farah panjang lebar.
            “I tak ada keyakinan untuk berterus-terang tentang perasaan sebenar i pada you setiap kali kita jumpa.” Jawab Dato’ Darwisy tenang. Farah mencebik.
            “Habis tu? Now what?”
            “I rasa inilah waktu yang sesuai untuk i luahkan segalanya pada you. I takut i terlambat.” Luah lelaki itu lagi. Farah menguntum senyuman.
            “Terlambat?”
            Lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Farah mendengus geram apabila pertanyaan tidak dijawab.

           

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...