25 September 2013

Bunga Cinta Hati - 10

Episod 10
FARAH membalas lambaian tangan Dato’ Darwisy tatkala dia melangkah keluar dari lif.  Sebaik sahaja pintu lif tertutup, barulah Farah mengatur langkah menuju ke bilik pejabatnya ditemani senyuman lebar.
            Pintu bilik pejabat Farah diketuk Idham. Lamunan Farah terganggu dek kerana ketukan itu. Sempat dia membetulkan duduknya sebelum pintu bilik dibuka dari luar. Idham yang muncul dengan dua helai kertas dipandang Farah.
            “Ada tender baru masuk ke Id?” Tanya Farah seraya lelaki itu meletakkan dua helai kertas dihadapannya.
            “Projek yang kau uruskan tu dah settle kan?” Tanya lelaki itu pula tanpa menjawab pertanyaan Farah.
            “Hampir siap. Cuma tinggal nak kena pergi recheck balik. Kenapa?”
            Idham mengangguk. Lalu lelaki menolak sedikit kertas dibawanya. Farah mengerutkan dahi. Lalu salah satu surat itu dibacanya.
            “Ada dua tender baru. Encik Hanif minta kita buat lakaran untuk dua tender ni. So aku nak kau pilih yang mana satu kau nak.” Ujar Idham sambil menyandarkan badannya.
            Farah meneliti kedua-dua helai surat itu.
            “Landskap perumahan ni complicated sikit. Ambil masa panjang nak siap pula tu. Nak kena dapatkan lakaran perumahan tu lagi. Bila due kedua-dua ni?” Ujar Farah bersahaja.
            “Sebelum Khamis minggu depan. So kau pilih yang mana?”
            “Okaylah. Memandangkan kau masih ada banyak kerja on progress, aku tak nak double up kerja kau. So aku pilih yang Sri Ibai ni.” Ujar Farah sambil menayangkan salah satu surat.
            “Alhamdulillah. Settle satu hal.” Ujar lelaki itu sambil mengangkat punggung.
            Farah menguntum senyuman. Lelaki itu mengatur langkah keluar dari bilik pejabat Farah. Sebaik sahaja lelaki itu menghilang, Farah membuka diari hitam miliknya. Lalu dia mencatit sesuatu.
            Kemudian dia melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke bilik Pengurus Projek. Beberapa ketukan sahaja dia sudah terdengar suara Encik Hanif. Dia tergamam seketika apabila melihat Dato’ Darwisy yang sedang berbual dengan Encik Hanif.


AMMAR Arif mengetuk meja sambil memandang sekeliling restoran. Matanya membulat tatkala melihat seorang gadis bertudung litup yang sedang bercakap dengan pelayan restoran. Lantas dia menapak menghampiri meja gadis itu.
            “Hai Farah!” Tegur Ammar sambil tersenyum.
            “Ammar.” Balas Farah.
            “You sorang je ke?” Tanya Ammar sambil menarik kerusi.
            “No. I dengan....” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, ada satu suara menegur Ammar dari belakang.
            “Rif!” Tegur Dato’ Darwisy yang baru muncul itu. Farah memaniskan wajahnnya. Ammar menepuk bahu sepupunya itu.
            “Kau belum balik KL ke?” Tanya Dato’ Darwisy sambil melabuhkan punggung. Ammar menggeleng.
            “Belum. Kerja aku tak settle lagi.” Jawab Ammar tenang.
            “Habis tu kau stay mana?” Tanya Dato’ Darwisy lagi. Farah hanya menjadi pendengar setia perbualan dua lelaki itu.
            “Hotel lah. Aku tak nak susahkan kau. Itu yang aku tak call kau.” Ujar Ammar lagi.
            “Tak ada susahkan aku pun. Lagipun aku tinggal sorang.” Ujar Dato’ Darwisy sambil mengeluarkan telefon bimbit dari poket.
            “You all berdua ni tak nak isi perut ke? I dah lapar ni.” Farah mencelah. Perutnya yang sudah bergendang kuat itu perlu diisi. Lantas Ammar melambai tangan memanggil pelayan restoran.

AMMAR Arif membuntuti langkah sepupunya  masuk ke dalam bilik pejabat lelaki itu. Dia menyandarkan badannya ke sofa empuk itu. Dato’ Darwisy memandang sepupunya yang sedang menggerakkan jarinya di skrin telefon bimbit.
            “Apa pendapat kau tentang Farah?” Dato’ Darwisy membuka bicara. Ammar mengangkat wajahnya memandang sepupunya itu.
            “Farah?” Tanya Ammar seperti meminta kepastian.
            Dato’ Darwisy mengangguk.
            “She’s nice.” Ujar Ammar ringkas.
            Dato’ Darwisy menggeleng kepala tatkala mendengar jawapan ringkas Ammar.
            “Itu aku tahu. Describe her please.”
            Ammar mengetap bibir.
            “Aku tak kenal dia macam mana kau kenal dia, Am. Tapi untuk pertemuan pertama, aku dapat rasakan yang dia bukanlah calang-calang perempuan. Kalau kau ada niat untuk permainkan dia, aku rasa better kau simpanlah niat tu.” Ujar Ammar panjang. ‘Dan perempuan itu jugalah yang berjaya mengubah persepsi aku pada perempuan bertudung, Am.’ Ujarnya dalam hati.
            “Aku serius dengan Farah. Cuma aku bimbang tentang satu perkara.” Dato’ Darwisy memicit kepalanya.
            “Apa yang kau bimbangkan lagi?”
            “Mami. Kau pun tahu mami aku macam mana kan?”
            Ammar mengukir senyuman. Terbayang wajah garang ibu saudaranya itu.
            “Take it slow Am. I’m sure she will like her.” Ujar Ammar tenang. Bukan dia tidak tahu macam mana garangnya ibu saudaranya itu. Tidak pernah ada seorang pun yang berani membantah segala keputusan yang dibuat oleh wanita 60-an itu. Jika hitam katanya, maka hitamlah jawapannya.
           
“I nak bawa you jumpa family i.” Ujar Dato’ Darwisy sebaik sahaja kereta lelaki itu berhenti dihadapan pagar rumah sewa Farah.
            Air muka Farah terus berubah. Bibir yang dihiasi senyuman sebentar tadi sudah bertukar menjadi kaku.
            “Cuba you ulang balik apa you cakap tadi.” Arah gadis bertudung ungu itu.
            “I cakap, i nak bawa you jumpa my family.” Ulang Dato’ Darwisy lembut. Sengaja dia menekankan perkataan family.
            “My dear, you tak rasa terlalu cepat ke?”
            “No. I tak rasa macam tu.” Ujar Dato’ Darwisy pula.
            Farah melepaskan keluhan. Dato’ Darwisy tersenyum melihat kegelisahan buah hatinya itu.
            “Sayang, kita bukannya baru kenal. Dah hampir 3 tahun lebih you bekerja dengan i. I rasa sepanjang tempoh tu dah terlalu cukup untuk kita memulakan perjalanan yang baru untuk hidup kita.” Ujar Dato’ Darwisy lembut.
            “Am, 3 tahun tu you kenal i sebagai pekerja. Bukan sebagai kawan. Banyak bezanya.” Tegas Farah lagi.
            “I know. Tapi bagi itu dah cukup. Banyak i tahu tentang you sepanjang tempoh tu. Walaupun you pekerja i.” Ujar Dato’ Darwisy pula.
            Farah membisu. Tiada respon.
            “Sayang, tahun depan i dah nak masuk 35 tahun tau?” Ujar Dato’ Darwisy tiba-tiba.
            Farah mengerutkan dahinya. Sedikit tidak percaya dengan angka itu.
            “Macam nilah. You bagi i sedikit waktu untuk i pertimbangkan. Bila i dah dapat jawapan, i akan beritahu you.” Ujar Farah sambil membuka pintu kereta.
            “As soon as possible please?” Ujar Dato’ Darwisy sedikit merayu. Farah tersenyum lalu mengangguk.

MASUK sahaja ke dalam rumah, Farah melompat gembira sambil menjerit halus. Amy yang sedang menonton tv hanya mengurut dada melihat temannya yang bagaikan orang tercabut wayar itu.
            “Hoi cik kak!” Jerit Amy yang sudah sakit mata melihat temannya itu. Farah memandang Amy yang kehairanan itu.
            “Sorry.” Ujar Farah sambil tersengih. Kaki diatur menuju ke biliknya.
            “Dato’ dah lamar kau ke?” Teka Amy sambil berdiri memandang Farah yang sedang membuka pintu kamarnya.
            Pertanyaan Amy hanya dibalas dengan segaris senyuman sahaja. Lalu dia menyelinap masuk ke dalam kamarnya. Amy menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. kemudian dia kembali menyambung menonton wayang dengan seribu teka-teki.

FARAH melabuhkan punggung disofa yang terletak bersebelahan dengan sofa panjang dihadapan televisyen. Mug yang berisi air milo dicapainya. Amy memandang Farah yang sedang menghirup air milo.
            “Kau belum jawab soalan aku tadi.” Ujar Amy tiba-tiba.
            Farah mengerutkan dahinya sambil menguntum senyuman.
            “Dato’ dah lamar kau ke?” Tanya Amy sekali lagi.
            Senyuman dibibir Farah makin melebar.
            “Kalau tengok dari senyuman kau ni, aku rasa aku dah dapat jawapan.” Ujar Amy pula.
            “Erm...Dato’ tak adalah lamar aku. Cuma dia nak bawa aku jumpa family dia. Is it consider as lamar?”
            “Wah... itu tandanya Dato’ betul-betul serius dengan kau. Tapi, masih tak boleh consider as melamar lagi. So, bila kau nak pergi jumpa family Dato’?” Tanya Amy lagi.
            Farah menggigit bibir.
            “Kau belum bersedia lagi ke?” Amy cuba meneka.
            Farah mengangguk. “Tak terlalu cepat ke?”
            “Kalau aku, aku on je. Siapa tak nak bakal suami macam Dato’ tu.” Jawab Amy selamba. Satu tamparan hinggap dipeha Amy. Amy mengaduh sakit sambil menggosok pehanya.
            “Padan muka. Tak malu, dah berlaki pun boleh cakap macam tu lagi.” Ujar Farah geram. Amy ketawa mengekek mendengar kata-kata Farah.
            “Aku buntu ni Amy.” Rungut Farah pula.
            “Nak buntu apa? Kau dengan Dato’ tu bukan baru kenal. Kita kerja dengan Dato’ bukannya baru lagi. Aku yang jadi pembantu Encik Hanif ni pun dah kenal sangat dengan perangai Dato’ tu. Inikan pula kau. Dato’ tu Farah, bukannya tak laku tau. Kang melepas, kau juga yang merana.” Ujar Amy panjang lebar.
            Farah terdiam sejenak. Amy memandang Farah sekilas.
            “Kau dengan Dato’ tu bukannya muda lagi. Dah boleh fikir tentang masa depan tau. Kahwin ni seronok, Farah. Sakit pening kau, ada orang tengokkan. Lelaki macam Dato’ tu, susah nak jumpa sekarang tau. Aku yakin Dato’ tak akan sia-siakan kau.” Ujar Amy lagi. Cuba meyakinkan sahabatnya itu. Sedikit sebanyak kata-kata Amy dapat diterima Farah. Farah menguntum senyuman sambil memeluk bahu Farah.
            “Thanks sahabat.” Ucap Farah sambil menepuk bahu Amy.

            “Apa gunanya kawan kan? Tak lama lagi aku dah boleh makan nasi minyak kau lah nampak gayanya.” Ujar Amy dalam nada bergurau. Farah menjelirkan lidahnya. Hatinya bagaikan sudah tidak sabar untuk memberitahu jawapannya kepada si pemilik hatinya itu. 

6 comments:

  1. Best best! Sambung lagi...

    ReplyDelete
  2. i luv it.......sambung cepat2 cik adik.....thanks

    ReplyDelete
  3. i luv it.......sambung cepat2 cik adik.....thanks

    ReplyDelete
  4. pendek pulak bab ni apa pun best ,

    ReplyDelete