Showing posts with label Be Mine. Show all posts
Showing posts with label Be Mine. Show all posts

29 June 2013

Be Mine, My Maid? Episod 20+21

Episode 20
KINI usia kandungan NurAlia sudah menginjak ke angka 8 bulan. Perut yang sudah besar itu membataskan pergerakkan NurAlia. Dia lebih banyak berehat daripada melakukan kerja-kerja rumah. Segala kerja-kerja rumah kini telah pun diserahkan kepada pembantu yang sudah hampir 2 bulan bekerja dikediaman mereka itu.
            Sejak kehadiran pembantu rumah, Tengku Haris kini kerap pulang lewat dari kebiasaannya akibat timbunan kerja di pejabat. NurAlia pula kini sudah mula belajar selok-belok perjalanan Mega Jaya Sdn. Bhd. Memandangkan dia telah mengambil keputusan untuk mengambil alih syarikat itu selepas selesai berpantang.
            Gelas kaca yang berisi susu itu dicapai lalu dia menghirup air susu yang masih bersisa itu. Kemudian matanya kembali fokus pada skrin kaca televisyen yang sedang menayangkan rancangan Wanita Hari Ini.  Topik perbualan yang berkisar asam garam rumah tangga itu sedikit sebanyak menarik minatnya untuk terus menonton rancangan itu.
            Bunyi deringan pesanan ringkas membuatkan tumpuan NurAlia pada televisyen sedikit terganggu. Lantas NurAlia mencapai telefon bimbit yang terletak di atas meja kopi itu lalu dia membuka pesanan itu. Mata NurAlia membulat apabila membuka pesanan ringkas yang dihantar oleh Tengku Malissa itu.  Airmatanya perlahan-lahan membasahi pipinya.
            Gambar Tengku Haris dan Sharifah Adira yang sedang makan disebuah restoran itu direnung kembali. Fikirannya mula menerawang jauh. Mengingati detik kali pertama dia berjumpa dengan Sharifah Adira di rumah keluarga Tengku Haris.

“PUAN Alia mana Kak Na?” Tanya Tengku Haris yang baru sahaja tiba itu. Tali lehernya dilonggarkan sedikit. Beg sandangnya diletakkan di atas sofa. Matanya melilau mencari kelibat isterinya.
            “Puan berehat dekat bilik. Tengku nak saya panggilkan ke?” Tanya Kak Su pula.
            “Tak apalah Kak Su. Saya nak naik mandi.” Ujar Tengku Haris lalu mengatur langkah menuju ke tangga.
            Pintu bilik ditolak perlahan. Matanya terbuntang ke arah katil. NurAlia yang sedang lena itu dipandang. Jam dipergelangan tangan dikerling sekilas. ‘Dah nak masuk maghrib.’ Desisnya. Tengku Haris terus menghampiri isterinya yang masih lena itu. Pipi isterinya itu dielus lembut. Kemudian dia mengejutkan isterinya itu. NurAlia memandang suaminya penuh makna. Hatinya pedih. Gambar yang dikirim melalui pesanan ringkas itu kembali tergambar dilayar fikirannya.
            “Lia tak sihat ke?” Tanya Tengku Haris sambil mengusap rambut panjang isterinya itu. NurAlia menggeleng.
            “Lia okay. Abang dah lama sampai?”
            “Baru je. Abang nak mandi dulu, kejap lagi kita jemaah sekali ya sayang? Dah lama kita tak jemaah sekali kan?” Usul Tengku Haris. NurAlia mengangguk. Sedikit sejuk hatinya mendengar permintaan suaminya itu.
            Sebaik sahaja suaminya itu menghilang ke bilik air, NurAlia mencapai telefon bimbit suaminya yang terletak di atas meja sisi katil. Laju sahaja jarinya digerakkan menyentuh skrin telefon bimbit suaminya itu. Matanya terbuntang apabila melihat senarai panggilan masuk yang memaparkan sebaris nama yang sudah mula bermain dikepalanya.
            Dari senarai panggilan, NurAlia beralih pula ke pesanan ringkas. Belum sempat dia membuka salah satu pesanan ringkas yang terdapat dalam senarai itu, dia terdengar pintu bilik air dibuka. Lantas  NurAlia cepat-cepat meletak kembali telefon bimbit itu ditempat asal.
            Tengku Haris yang hanya bertuala separas lutut itu melangkah keluar dari bilik air. NurAlia cepat-cepat menggerakkan badannya untuk berdiri. Tengku Haris mencapai tuala isterinya lalu dia menghulurkan tuala itu kepada isterinya.
            “Hati-hati sayang.” Pesan Tengku Haris lembut. Pandangannya menghantar isterinya sehingga isterinya itu hilang dari pandangannya. Di dalam bilik air, NurAlia menangis semahunya. Segala luka dihatinya diluahkan melalui tangisannya itu.

SEBAIK sahaja selesai menunaikan solat Maghrib berjemaah, NurAlia menyambut huluran salam suaminya itu seperti kebiasaan. Tengku Haris perasan wajah isterinya itu sedikit suram. Timbul tanda tanya dibenaknya. Namun lidahnya bagaikan keras untuk bertanya. Melihat isterinya yang sedang berusaha untuk berdiri itu lantas dibantunya.
            “Thanks.” Ucap NurAlia bersahaja. Telekung yang dipakainya sebentar tadi diletakkan diatas rak.
            “Lia nak ke mana tu?” Tanya Tengku Haris seraya melihat isterinya sudah melangkah ke pintu.
            “Lia nak tolong Kak Su siapkan makan malam.” Jawab NurAlia.
            “Tak payahlah sayang. Abang nak bawa Lia dinner kat satu restaurant favourite abang.” Ujar Tengku Haris sambil menarik tangan isterinya ke katil. NurAlia mengerutkan dahinya. Hairan.
            “Ada something yang Lia tak tahu ke?” Tanya NurAlia pula.
            Tengku Haris tersenyum.
            “Tak lah sayang.”
            “Birthday abang ke? Rasanya bukan.”
            “No. Kita dah lama tak habiskan masa berdua kan. Jomlah sayang.” Tengku Haris menarik tangan isterinya. Tubuh isterinya dihadapkan ke arah almari pakaian isterinya itu. Laju sahaja tangan Tengku Haris mencapai pakaian yang tergantung didalam almari itu lalu disuakan kepada isterinya seketika. NurAlia kaku. Tengku Haris yang sibuk memilih pakaian itu dipandang dengan seribu tanda tanya.
            Dress labuh berwarna pink lembut dan maternity cardigan berwarna hitam menjadi pilihan Tengku Haris. NurAlia akur tanpa bantahan. Tengku Haris tersenyum melihat NurAlia yang sudah lengkap memakai pakaian yang dipilihnya itu.
            “Cantik.” Puji Tengku Haris sambil mengusap rambut isterinya itu. NurAlia tersenyum. Tepat jam 8.05 malam, kereta milik Tengku Haris sudah dipandu keluar dari perkarangan kediaman mereka.
            Tengku Haris menarik tangan NurAlia masuk ke dalam sebuah restoran mewah yang terletak ditengah Kuala Lumpur. Hidangan masakan barat menjadi pilihan pasangan itu.
            “Dah lama kita tak dinner macam ni kan sayang?” Tengku Haris bersuara sebaik sahaja pelayan restoran itu meninggalkan meja mereka.
            “Abang sibuk sangat.” NurAlia menarik muka. Berpura-pura merajuk. Tengku Haris ketawa kecil.
            “Sorry lah sayang. Papa bagi abang banyak sangat kerja dekat pejabat tu. Abang janji lepas ni dah tak ada balik lambat lagi.” Ujar Tengku Haris bersungguh-sungguh. NurAlia memaniskan wajahnya.
            “Lia faham, bang. Lagipun abang buat semua tu kan untuk keluarga kita jugak. As long as abang tak buat perkara bukan-bukan, Lia tak kisah.”
            “Thanks sayang. Erm... sayang duduk sini kejap, abang nak pergi toilet. Jangan pergi mana-mana tau.” Pesan Tengku Haris. NurAlia mengangguk bagaikan anak kecil. Tengku Haris terus meninggalkan isterinya.
            Beberapa minit selepas pemergian Tengku Haris, telefon bimbit milik suaminya berbunyi nada pendek menandakan ada pesanan ringkas masuk. NurAlia memandang skrin telefon bimbit suaminya yang bernyala itu.  Dia terpegun apabila melihat notification WhatsApp muncul diskrin Iphone 5 milik suaminya itu. Adira! Sebaris nama itu bagaikan menikam jantungnya. Lantas NurAlia mendapatkan nombor telefon milik Adira didalam buku telefon suaminya. Lalu telefon bimbit suaminya diletakkan ditempat asal kembali. Dia menenangkan dirinya seketika sebelum suaminya muncul. Sebak yang didada ditahannya.
            Tengku Haris muncul dengan sejambak bunga mawar merah. NurAlia kaku seketika.
            “Abang rasa bersalah sangat dengan isteri abang. Kebelakangan ni abang tak banyak habiskan masa abang dengan sayang. Sekali lagi, abang minta maaf ya sayang?” Tengku Haris menghulurkan jambangan bunga itu kepada isterinya yang masih terpana itu. NurAlia menguntum senyuman semanis mungkin apabila dia sendiri dapat merasakan keikhlasan suaminya dari sepasang mata milik suaminya.
            “Lia faham bang. Lia tak ambil hati pun. Abang tak perlulah nak rasa bersalah lagi.” Ujar NurAlia sambil menyambut huluran suaminya. Tengku Haris kembali duduk ditempatnya.

“SAYANG, boleh Lia beritahu abang macam mana ciri-ciri rumah impian Lia? Abang rasa abang tak pernah tahu apa impian Lia. Apa Lia suka.” Tanya Tengku Haris ketika mereka sedang berehat didalam kamar mereka.
            NurAlia meletakkan kepalanya diatas dada suaminya. “Erm... Lia suka rumah ala english style. Ada pokok-pokok hijau, bunga segar dan ada elemen semulajadi. Sebab itu yang boleh membuatkan Lia tenang. Nanti lepas Lia bersalin, Lia nak tambah taman mini dekat depan rumah kita. Setiap petang bolehlah kita rehat sambil menghirup udara nyaman kan? Abang suka tak?” Ujar NurAlia panjang lebar. Tengku Haris tersenyum mendengar kata-kata NurAlia.

            “Insha Allah sayang, nanti kalau diizinkan Allah abang akan tunaikan impian Lia.” Ujar Tengku Haris lembut. NurAlia tersenyum. Walaupun ada seribu satu persoalan yang bermain dimindanya ketika itu, dia cuba untuk berdiam diri terdahulu. Dia ingin mencari waktu yang sesuai untuk merungkai segala kekusutan yang ada. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Episod 21
B
EBERAPA keping gambar Sharifah Adira dan Tengku Haris ditatap berkali-kali. Hatinya bagaikan ditikam berkali-kali dirasakan ketika itu. Gambar-gambar itu dimasukkan kembali ke dalam sampul berwarna putih apabila terdengar telefon bimbitnya berbunyi. Nama peguamnya tertera diskrin. Lantas dia menjawab panggilan itu. Beberapa minit kemudian NurAlia sudah bersiap ingin keluar.  Enjin kereta merah hati itu dihidupkan. Kemudian dia memandu keluar menuju ke pejabat peguamnya.
            Setibanya dipejabat peguamnya, pembantu Hakim Azimin menyambut baik kehadirannya petang itu. Pintu bilik Hakim Azimin ditolak perlahan oleh Haida, pembantu Hakim Azimin dengan ucapan terima kasih, NurAlia terus menapak perlahan memasuki bilik pejabat peguamnya itu.
            “Sampai pun you. Dah sarat sangat dah i tengok.” Tegur Hakim Azmin sebaik sahaja NurAlia muncul. NurAlia melabuhkan punggung diatas sofa bilik itu.
            “You nak minum apa-apa tak?” Tanya Hakim Azmin.
            “No thanks. I dah minum sebelum datang tadi.” Jawab NurAlia lembut.
            “Alright.” Hakim Azmin duduk menghadap NurAlia. Kemudian sehelai kertas kecil dikeluarkan daripada poketnya.
            “Nah.” Kertas kecil itu dihulurkan kepada NurAlia yang kelihatan sedikit muram itu. Kertas kecil itu bertukar tangan.
            “Alamat Encik Roslan sekarang. Budak-budak i dah comfirmkan 2 hari lepas.” Ujar Hakim Azimin tenang. NurAlia menutup mulutnya. Terkejut dengan apa yang didengarinya.
            “Ayah i? You dah jumpa?” NurAlia masih lagi tidak percaya. Sekali lagi dia meneliti alamat yang ditulis pada kertas itu.
            “Bila you nak jumpa ayah you?” Tanya Hakim Azimin. NurAlia memandang lelaki itu seketika.
            “I... entahlah. Mungkin bila i bersedia untuk jumpa ayah, barulah i pergi.” Jawab NurAlia ringkas.
            “Boleh i tanya you sesuatu?” Tanya Hakim Azimin lagi. NurAlia mengangguk.
            “I tengok you macam sedih aje. Ada masalah ke?”
            NurAlia cepat-cepat menggeleng kepalanya.
            “Kalau you ada masalah, you boleh beritahu i. Kalau i boleh tolong, inshaAllah i tolong.” Ujar Hakim Azimin.
            “Thanks. Selagi i mampu, i tak akan menyusahkan orang lain. Erm... kalau dah tak ada apa-apa, i minta diri dululah Hakim.” Ujar NurAlia yang sudah berdiri itu.
            “I hantar you ke kereta.”
            “No thanks. Nanti apa pula staff you kata. Don’t worrylah Hakim.” Ujar NurAlia cuba menyakinkan lelaki itu.
            “Okaylah kalau you dah cakap macam tu. Take care ya.” Pesan Hakim Azimin. Dia tahu ada sesuatu yang sedang membelengu fikiran bakal ibu itu. Dia sudah menganggap perempuan itu seperti adiknya sendiri kerana bersimpati dengan kehidupan yang dijalani perempuan itu.

NURALIA melangkah keluar dari lif lalu mengatur langkah perlahan menuju ke pejabat Red Property Consultation. Seorang receptionist wanita menyambut mesra NurAlia ketika NurAlia muncul disitu.
            “Tengku Haris ada?” Tanya NurAlia lembut.
            “Ada Puan Alia. Mari, saya bawakan Puan ke bilik Tengku.” Pelawa gadis muda yang bernama Aza itu. Lantas NurAlia menolak lembut permintaan gadis itu. Kemudiannya dia melangkah perlahan menuju ke  bilik pejabat suaminya. Nancy yang sudah ternampak isteri ketuanya itu lantas dia menghampiri NurAlia.
            “Puan Alia...” Tegur Nancy sedikit janggal. NurAlia menguntum senyuman manis kepada pembantu suaminya itu.
            “Tengku ada kat dalam tak Nancy?” Tanya NurAlia.
            “Err.. Boss ada tetamu sekarang. Apa kata Puan duduk dulu?” Ujar Nancy sedikit kelam kabut. NurAlia mengerutkan dahinya. Namun dia akur sahaja. Baru beberapa minit NurAlia melabuhkan punggung, kelihatan Sharifah Adira melangkah keluar dari bilik pejabat Tengku Haris. Perempuan itu sempat menjeling tajam ke arah NurAlia yang sedang duduk di ruang menunggu berhadapan bilik Tengku Haris.
            Beberapa saat kemudian interkom dimeja Nancy berbunyi seketika. Suara Tengku Haris kedengaran memanggil Nancy. Nancy yang baru sahaja ingin melangkah ke bilik Tengku Haris itu dihalang NurAlia. Lantas dia mengatur langkah masuk ke dalam bilik pejabat suaminya.

SAYANG, what are you doing here?” Tanya Tengku Haris yang kelihatan sedikit terkejut dengan kehadiran isterinya itu. NurAlia terus melabuhkan punggungnya di sofa. Sengaja tidak menjawab pertanyaan suaminya itu. Tengku Haris menutup pintu biliknya lalu menghampiri isterinya disofa.
            Tanpa sepatah kata NurAlia membuka kotak yang berisi pizza. Tengku Haris hanya memerhati isterinya itu.  Lalu sepotong pizza disuapkan kepada suaminya. Sepasang mata milik NurAlia jatuh pada dada bidang suaminya. Dia terkedu. Kesan gincu pada baju kemeja biru suaminya menyebakkannya.
            Tengku Haris diam mengikut rentak isterinya. Dia sedar ada kedinginan antara mereka ketika itu. Hampir separuh pizza mereka nikmati petang itu.
            “Do you love her?” Tanya NurAlia tiba-tiba. Tengku Haris membulatkan matanya. Sedikit terkejut dengan soalan NurAlia. Tengku Haris mencapai tangan isterinya. Namun ditepis NurAlia.
            “I repeat, do you love her?” Ulang NurAlia lagi. Tengku Haris merenung tajam isterinya itu.
            “No.” Jawab Tengku Haris pendek. NurAlia menguntum senyuman sinis. Air mata yang ditahan akhirnya menitis juga. Jari NurAlia bermain didada suaminya. Tengku Haris menunduk.
            “Sayang, it’s not like what you think. Let me explain.” Ujar Tengku Haris sambil memegang bahu isterinya. NurAlia menggeleng.
            “Mungkin betul apa yang Lisa kata pada Lia sebelum ini. Lia hanyalah perampas. Tak sedar diri. Abang, kalau sebelum ini Lia boleh bertahan dengan segala makian daripada adik abang, tapi tidak lagi hari ini. Segala kata-kata adik abang pada Lia dah Allah tunjukkan kebenarannya.” Ujar NurAlia.
            Sampul surat putih dikeluarkan dari tas tangannya lalu diletakkan diatas meja kemudian dia berdiri dan melangkah keluar dari bilik pejabat itu. Tengku Hafiz yang baru sahaja melangkah keluar dari lif itu tidak sempat menghalang NurAlia yang sudah melangkah masuk ke dalam lif. Lantas kaki diatur untuk mendapatkan Tengku Haris.

PUAS Tengku Haris cuba memujuk isterinya namun tiada impak positif diterimanya. Dia buntu. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan untuk meraih perhatian isterinya itu. Sudah 2 hari isterinya itu bersikap dingin dengannya. Segala persoalan hanya dijawab dengan sepatah perkataan sahaja.
            Dirasakan suara isterinya terlalu mahal ketika itu. Namun, dalam kedinginan isterinya itu, wanita itu masih lagi tahu menjalani tanggungjawabnya sebagai isteri. Segala makan pakai Tengku Haris masih lagi disediakan seperti biasa.
            Sebaik sahaja tangan itu dikucup, NurAlia terus meninggalkan suaminya yang masih berdiri di pintu utama. Tengku Haris terkedu seketika. Kemudian dia melangkah keluar menuju ke kereta.
            NurAlia menyelak sedikit langsir biliknya. Matanya menghantar pemergian suaminya itu.  Sebaik sahaja kereta biru suaminya itu hilang daripada pandangan mata, lantas NurAlia mencapai telefon bimbitnya lalu nama Sharifah Adira dicari melalui senarai kontek.
            Nasibnya baik kerana sempat mengambil nombor telefon gadis itu melalui telefon bimbit suaminya beberapa bulan yang lalu. Satu pesanan ringkas dihantar kepada gadis itu.
            Sudah puas dia berfikir tentang masalah rumahtangga mereka. Dia ingin bertentang mata dengan gadis itu.  Hanya itu cara baginya untuk mengetahui perkara sebenar antara suaminya dan Sharifah Adira. Dan ketika itu jugalah dia sudah mendapat kekuatan dirinya.
            NurAlia bersiap ala kadar. Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya, dia melangkah keluar dari biliknya. Kakinya melangkah perlahan menuruni anak tangga. Kunci kereta dicapai dari bakul kecil diatas almari kasut.

DENGAN lafaz basmallah, NurAlia mengatur langkah perlahan masuk ke restoran The Loaf di Paradigm Mall. Matanya tertancap kearah seorang gadis berambut panjang berkulit putih yang sedang sibuk dengan telefon bimbit.
            “Assalamualaikum.” Sapa NurAlia lembut. Tangan dihulur. Gadis itu sedikit mencebik. Dengan terpaksa, gadis itu menyambut huluran tangannya. NurAlia tersenyum lalu duduk. Tidak lama kemudian seorang pelayan wanita datang ke meja mereka. NurAlia hanya memesan Vanilla Latte pada pagi itu.
            “So, apa yang you nak tahu sangat tentang i dan suami you?” Sharifah Adira bersuara.  Dia sedikit terganggu dengan wajah tenang dihadapannya itu.
            “I hanya nak tahu apa hubungan you dengan suami i. Itu saja.” Jawab NurAlia tenang. Sharifah Adira tersenyum. Mereka diam ketika pelayan wanita menghantar air yang dipesan.
            “Kenapa you nak tahu? You dah rasa tergugat ke?”
            “I berhak untuk tahu perkara sebenar Cik Adira. Tengku Haris is my husband. Untuk apa i nak rasa tergugat? I tak nampak apa-apa sebab untuk i rasa tergugat.” Jawab NurAlia.
            “For your information Alia, kami dah lama bercinta. Dan untuk pengetahuan you juga, Engku Maryam dah pun datang jumpa keluarga untuk merancang perkahwinan kami few weeks sebelum Haris ambil keputusan untuk mengahwini you!” Ujar Sharifah Adira lantang. NurAlia terpana seketika.
            “Kalau you tak muncul antara i dan Haris, perkara ni tak akan terjadi. You dah rampas Haris daripada i, Alia.” Ujar Sharifah Adira. Namun suaranya sedikit perlahan berbanding tadi. NurAlia menggeleng kepala.
            “I bukan merampas Tengku Haris daripada you, Adira. I tak merampas.” Ujar NurAlia perlahan. Dia tidak mahu punca sebenar perkahwinannya diketahui gadis dihadapannya itu.  
            “Kalau you tak merampas, tinggalkan Haris.” Ujar Sharifah Adira tegas. NurAlia membulat memandang Sharifah Adira.
            “Anak yang i kandung ini adalah anak kami. I tak mahu anak i lahir tanpa bapa...”          “You sanggup ke tengok suami you tak bahagia dengan you? You sanggup ke tengok Haris ada perempuan lain dibelakang you?” Sharifah Adira cuba memasang jerat.
            “Kalau Allah dah tetapkan jodoh i dan Haris tak panjang, i redha. Tetapi, kalau Allah tetapkan jodoh i dan Haris panjang, i tak akan biarkan orang macam you kacau rumahtangga kami.  I harap you boleh berfikir dengan waras jika you berada ditempat i sekarang. Assalamualaikum.” Ujar NurAlia tegas lalu dia berdiri. Sebelum dia melangkah, dia sempat meletakkan sekeping not RM50 di atas meja.
           
“SAYA tengok kereta Lia tak ada. Dia ke mana?” Tali leher dilonggarkan sedikit.
            “Puan tak ada pula beritahu Kak Na tadi.” Jawab Kak Na jujur. Tengku Haris mengeluh berat. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket. Sambil melangkah masuk ke rumah, dia cuba menghubungi NurAlia. Namun hampa. Tiada jawapan. Lantas Tengku Haris memanjat tangga ke kamarnya.
            NurAlia membulat apabila melihat kereta milik suaminya sudah berada diperkarangan kediaman mereka. ‘Awal abang balik harini.’ Desisnya. Dia memakir kereta disebelah kereta milik suaminya. Dengan perlahan dia keluar dari perut keretanya itu.
            “Tengku dah lama balik ke Kak Na?” Tanya NurAlia sebaik sahaja terlihat pembantunya berdiri di pintu utama.
            “Baru lagi Puan. Tengku ada kat atas.” Jawab Kak Na. NurAlia mengangguk sahaja. Lalu dia mengatur langkah masuk ke dalam kemudian dia mendaki tangga ke tingkat atas. Pintu kamar yang tertutup rapat itu dibukanya. Tengku Haris yang sedang melipat sejadah itu menjadi tatapannya. Lantas dia menghampiri suaminya itu. Dia menyalami tangan suaminya.
            “Sayang ke mana?” Tengku Haris melabuhkan punggung di sofa sambil memerhatikan isterinya. NurAlia duduk disebelah suaminya itu.
            “Jumpa Adira.” Ringkas sahaja jawapan yang meniti dibibir NurAlia.
            “Kenapa tak beritahu abang Lia nak jumpa dia?” Ada perubahan pada intonasi suara suaminya ketika itu. NurAlia tersenyum sinis.
            “Kenapa? Tak boleh ke Lia jumpa Adira?”  
            “Bukan macam tu. Sayang, abang cuma bimbang kalau ada apa-apa berlaku pada sayang. Lagipun abang tahu, Lia berhak jumpa dia untuk dapatkan penjelasan tentang apa yang sedang berlaku antara kita sekarang. Tapi abang cuma bimbangkan keadaan Lia. Itu aje.” Tengku Haris mengusap tangan isterinya perlahan. NurAlia membisu.
            “Sayang, look... abang nak Lia dengar apa yang abang cuba sampaikan sekarang. First of all, abang nak tegaskan antara abang dan Adira dah lama berakhir. Hubungan kami dah lama putus. Dan abang dah tak ada perasaan pada dia. Hanya Lia dalam hati abang.
            Lia isteri abang dunia akhirat. Second, Abang tak tahu menahu tentang rancangan Bonda yang nak kahwinkan abang dengan Adira. Tolonglah percaya dengan apa yang abang cakap ni.” Jelas Tengku Haris panjang lebar. NurAlia yang masih membisu itu dipandangnya.
            “Aduh....”      
            Tengku Haris terpinga-pinga.
            “Kenapa sayang? Sayang sakit ke?” Tanya Tengku Haris risau.
            “Bukan. Anak kita....”
            Lantas dia meletakkan tangan suaminya diperut.
            “Tendang perut mama ya sayang? Anak papa jangan nakal-nakal tau. Kesian mama.” Ujar Tengku Haris lembut. Lalu dia mengucup lembut perut isterinya yang membesar itu. NurAlia tersenyum.
            “Dah senyum pun isteri abang ni. Baru lega hati abang.”
            “Lia percaya apa yang abang cakap tadi. Maafkan Lia ya bang?”
            Tangan suaminya dikucup. Tengku Haris mengusap rambut isterinya itu.
            “Sayang belum solat kan? Sayang pergi solat dulu.” Ujar Tengku Haris. NurAlia mengangguk. Lantas Tengku Haris membantu isterinya yang kelihatan sukar untuk berdiri itu.
           

            









1 May 2013

Be Mine, My Maid? 19


Episod 19
JAM 7.15 pagi NurAlia sudah didapur membantu Bibik Biah menyediakan sarapan pagi. Walaupun sudah banyak kali wanita separuh abad itu menghalang NurAlia daripada membantunya, namun bakal ibu itu sedikit pun tidak mengendahkannya. Beberapa minit kemudian barulah Engku Maryam muncul didapur itu.
            “Morning Bonda...” NurAlia bersuara tatkala melihat Engku Maryam. Wanita itu mengerutkan dahinya apabila melihat kelincahan NurAlia didapur.
            “Dah-dah, pergi rehat dekat depan Lia. Awak tu mengandung, tak boleh banyak sangat bergerak macam tu. Biar Bonda je tolong Bibik siapkan sarapan ni.” Ujar Engku Maryam lantang. Bimbang sungguh dia melihat menantunya itu.  NurAlia tersengih. Engku Maryam hanya menggeleng kepala.
            “Lia tolong Bibik goreng mee ni aje Bonda. Dah nak siap dah ni pun.” Ujar NurAlia sambil tangannya lincah mengacau mee dalam kuali.
            “Haris belum bangun lagi Lia?” Tanya Engku Maryam.
            “Belum lagi agaknya. Lepas solat Subuh pagi tadi terus dia sambung tidur balik.” Jawab NurAlia lembut. NurAlia mengerling jam ditangannya. Sudah pukul 7:45 pagi.
            “Nak ke mana tu Lia?” Tanya Engku Maryam yang masih tercegat di dapur.  NurAlia berhenti melangkah.
            “Naik atas sekejap Bonda. Nak kejutkan abang.” Jawab NurAlia sopan. Engku Maryam mengangguk. Lantas NurAlia melangkah laju menuju ke tangga. Baru sahaja dia melangkah anak tangga yang terakhir, Sharifah Amira muncul bersama puteri sulungnya. NurAlia menguntum senyuman buat ibu muda itu. Seperti terpaksa, Sharifah Amira menggerakkan bibirnya. Lalu dia perlahan-lahan menuruni anak tangga.
            NurAlia menolak pintu kamar mereka dengan perlahan. Matanya membulat melihat suaminya yang sedang meneliti penampilannya dihadapan cermin. NurAlia menguntum senyuman apabila mata mereka bertembung.
            “Dah lama abang bangun? Sorry, Lia tolong Bik Biah siapkan sarapan tadi.” Ujar NurAlia lembut. Tengku Haris yang sedang menghampirinya dipandang.
            “Lepas sarapan nanti, kita balik rumah kita teruslah sayang.” Ujar Tengku Haris sambil melabuhkan punggung disebelah isterinya. NurAlia mengerutkan dahinya.
            “Cepatnye nak balik? Kenapa? Abang ada meeting ke?” Soal NurAlia. Tengku Haris menggeleng. Dia sebenarnya ingin mengelak daripada bertembung dengan perempuan yang dibawa pulang oleh adik bongsunya malam tadi.
            “Taklah sayang. Abang nak siapkan kertas kerja sikit kat rumah. Boleh?”
            NurAlia merenung mata suaminya tajam. ‘Lia tahu abang ada sembunyikan sesuatu dari Lia.’ Bisik NurAlia dalam hati. NurAlia mengukir senyuman. Pahit. Tengku Haris mengusap rambutnya. Timbul rasa bersalah kepada isterinya ketika itu.
            “Jomlah, kita turun sarapan. Tadi Bonda ada tanyakan abang.” Ajak NurAlia sambil menarik tangan suaminya. Tengku Haris menguntum senyuman lalu akur dengan tindakan isterinya itu. Mereka sama-sama menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah.

TENGKU Haris mengeluh perlahan apabila melihat kelibat Sharifah Adira di ruang makan. Lantas dia memaut bahu isterinya sambil menuju ke ruang makan.
            “Selamat pagi semua...” Ucap Tengku Haris ceria. Dia menahan resah di dalam hatinya.
            “Muncul pun kamu berdua. Mari sarapan sekali.” Jemput Tengku Jamil sebaik sahaja melihat anak dan menantunya itu muncul di ruangan itu. Tengku Haris menarik kerusi untuk isterinya. Sharifah Adira yang melihat kemesraan terpamer dihadapannya itu mendengus geram.
            “Kenapa sikit sangat Lia makan? Ris, isteri Ris tak sehat ke?” Tanya Engku Maryam sebaik sahaja melihat makanan dalam pinggan menantunya itu. Airmuka menantunya itu sedikit muram dimatanya.
            “Eh tak adalah Bonda. Lia okay je. Lagipun perut ni kenyang lagi.” Jawab NurAlia pantas. Disaat itu matanya bertembung dengan adik iparnya. Tengku Malissa mencebik apabila mendengar NurAlia bersuara.
            “Kalau macam tu tak apa lah.” Ujar Engku Maryam perlahan. Suasana di ruang makan pagi itu menjadi ceria dengan keletah Tengku Hanis Amira. Sharifah Adira merenung tajam Tengku Haris dihadapannya itu. Terlerai juga kerinduannya buat lelaki itu akhirnya.
           
SHARIFAH Adira memandang NurAlia yang baru sahaja hilang ke tingkat atas. Bibirnya mengukir senyuman penuh makna. Tengku Haris yang sedang berehat sendirian di taman mini itu menjadi fokusnya. Lantas dia mengatur langkah menghampiri lelaki itu. Tengku Haris yang sedang asyik memerhati ikan di dalam kolam kecil itu sedikit pun tidak sedar kehadiran Sharifah Adira yang sedang berdiri dibelakangnya. Bahu lelaki itu dicuit perlahan.
            “Sayang belum......” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Tengku Haris terpana melihat perempuan yang disangka isterinya itu.
            “You buat apa dekat sini?” Tanya Tengku Haris yang sudah mahu berlalu itu. Lantas Sharifah Adira menarik lengan lelaki itu. Renungan tajam daripada lelaki itu membuatkan hati perempuannya kembali berkocak.
            “You nak apa lagi?” Bentak Tengku Haris bengang.
            “You apa khabar?” Sharifah Adira mula bersuara. Tengku Haris mendengus. Tidak mahu menjawab soalan daripada perempuan itu. Dia mahu berlalu bimbang jika isterinya berfikiran negatif terhadapnya.
            “Wait... Ris, I dapat rasa yang you still marahkan I.” Ujar Sharifah Adira perlahan. Tengku Haris memandang Sharifah Adira.
            “Marah? I rasa tak ada apa pun yang perlu I marah. Dah lah, I rasa tak perlulah you nak ungkitkan perkara yang lepas lagi.” Bidas Tengku Haris lagi. Sharifah Adira mendengus geram.   
            “Kalau you dah tak marahkan I, kenapa you langsung tak tegur I?” Tanya Sharifah Adira lagi.
            “I don’t think it’s necessary.” Jawab Tengku Haris selamba lalu dia mengatur langkah secepat mungkin meninggalkan Sharifah Adira yang sudah mendidih itu.  Tengku Haris mendaki tangga menuju ke kamarnya ditingkat atas. Pintu bilik ditolak perlahan. NurAlia memandang suaminya yang baru sahaja muncul itu.
            “Dah siap sayang?” Tanya Tengku Haris sambil melabuhkan punggungnya disofa.
            “Dah.” Jawab NurAlia pendek.
            “Jomlah.” Tengku Haris membimbit beg pakaian mereka sambil memimpin tangan isterinya keluar dari kamar mereka itu. NurAlia akur cuma.  Ketika tiba ditingkat bawah, kelihatan Tengku Malissa bersama Sharifah Adira dan Sharifah Amira sedang berborak diruang tamu.
            “Abang nak pergi mana tu?” Tanya Tengku Malissa apabila melihat pasangan itu muncul bersama beg kecil. NurAlia disisi abangnya itu dijeling tajam.
            “Kak Mira, abang Hafiz ikut papa sekali ke?” Tanya Tengku Haris. Sengaja tidak mengendahkan pertanyaan adik bongsunya itu. Hatinya sakit melihat gelagat Sharifah Adira disebelah Tengku Malissa itu.
            “Taklah. Ada kat dalam bilik pejabat.” Jawab Sharifah Amira. Tengku Haris mengangguk. Pandangannya jatuh kepada isterinya yang muram disebelahnya.
            “Sayang tunggu abang dalam kereta. Abang nak jumpa Abang Hafiz sekejap. Boleh?” Tanya Tengku Haris. Dia tahu isterinya itu tidak betah disitu. Dia dapat melihat airmuka adik bongsunya itu.
            “Okay, Lia tunggu abang dalam kereta. Jangan lama tau.” Pesan NurAlia perlahan. Matanya menghantar pemergian suaminya itu. Tengku Malissa mendengus melihat kemesraan abangnya itu. NurAlia cuba memaniskan wajahnya. Lantas dia menghampiri Sharifah Amira untuk bersalaman sebelum keluar dari banglo itu.
            Ibu muda itu menyambut hulurannya dengan wajah yang manis. NurAlia sempat mengusap pipi gebu Tengku Hanis sebelum beralih untuk bersalaman dengan Sharifah Adira dan Tengku Malissa. Sharifah Adira menarik mukanya tatkala NurAlia menghulur tangan untuk berjabat.
            “Dah, tak payah kau nak tunjuk baik depan kami. Tak ingin aku sentuh perempuan tak sedar diri macam kau ni. Lagi cepat kau berambus lagi senang hati aku.” Herdik Tengku Malissa. NurAlia hanya tersenyum mendengar kata-kata adik iparnya itu.
            “Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.” Ucap NurAlia lembut. Lantas dia mengatur langkah keluar dari banglo itu secepat yang mungkin. Beberapa saat NurAlia meninggalkan mereka bertiga, Tengku Hafiz dan Tengku Haris kelihatan berjalan beriringan keluar dari bilik pejabat. Tengku Haris mencerlung tajam ke arah Tengku Malissa.
            “Kenapa abang pandang Lisa macam nak telan ni?” Tanya Tengku Malissa tanpa rasa bersalah. Tengku Haris mendengus.
            “Kenapa Lisa cakap macam tu dekat Alia tadi? Kami dengar apa yang Lisa cakapkan tadi.” Ujar Tengku Hafiz masam. Isterinya yang sedang memangku anak mereka dipandang seketika. Dia tahu isterinya sudah tidak bermasam muka dengan NurAlia sejak Tengku Hanis Amira dilahirkan. Dan dia sendiri tahu punca isterinya dan Tengku Malissa bermasam muka dengan NurAlia sejak gadis itu menjadi ahli keluarga mereka.
            “Lisa tak fahamlah apa masalah orang dalam rumah ni. Semua nak bela perempuan mata duitan tu. Abang-abang Lisa ni agaknya buta hati kot.” Jawab Tengku Malissa lantang. Tengku Haris menghampiri Tengku Malissa. Mukanya sudah kemerahan akibat menahan amarah.
            “Perempuan yang Lisa cakap mata duitan tu isteri abang. Selama abang hidup dengan dia, tak pernah sekali pun dia minta abang belikan barang kemas ke, baju mahal-mahal macam Lisa pakai ke. Lia bukanlah seperti yang Lisa fikirkan.” Balas Tengku Haris tegas. Lantas dia melangkah keluar dari banglo dan menuju ke kereta. NurAlia yang muram itu dipandang dari cermin luar kereta. Tengku Haris menarik nafas sedalam yang mungkin barulah dia memasukki perut kereta.

“APA masalah Lisa sebenarnya? Abang tak nampak satu pun cacat cela Lia sampai Lisa boleh nak maki-maki dia. Nanti kalau papa tahu, lagi teruk Lisa kena tadah telinga.” Ujar Tengku Hafiz sebaik sahaja Tengku Haris menghilang.
            “Sepatutnya Kak Dira yang jadi kakak ipar Lisa. Bukan perempuan kampung tu. Lisa dapat rasa dia ada agenda dia sendiri. Sebab itulah dia dah guna-gunakan Abang Ris tu.” Jawab Tengku Malissa selamba. Sharifah Adira terdiam. Anak mata Tengku Hafiz terarah pada isterinya.
            “I tak nak masuk campur.” Ujar Sharifah Amira pantas.
            “Lia guna-gunakan Ris? Are you sure?” Tanya Tengku Hafiz bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya dari mulut adik bongsunya itu.
            “Yelah. Kalau tak, kenapa Abang Ris tiba-tiba boleh buat keputusan nak kahwin dengan perempuan kampung tu? Maid rumah kita ni pulak tu. Cuba Abang fikir logik. Abang Ris tu punya high taste, tup-tup kahwin dengan maid sendiri. Perempuan kampung tu mesti nak kikis harta Abang Ris.” Terang Tengku Malissa panjang lebar. Penjelasan Tengku Malissa itu membuatkan ketawa Tengku Hafiz meletus.
            Sharifah Amira memandang suaminya yang sedang ketawa itu.  “You ni kenapa ketawa tiba-tiba ni?” Tanya Sharifah Amira hairan dengan sikap suaminya itu.
            “Abang rasa pilihan Ris adalah pilihan yang terbaik. Lia adalah yang terbaik buat Ris. And Lisa, jangan terlalu berfikiran negatif. Abang kenal Lia. Dan sekali lagi abang nak ingatkan Lisa, Lia bukanlah perempuan yang macam Lisa fikirkan. Hati dia bersih. Kalau tak, masakan dia tolong isteri abang ni? Betul tak sayang?” Tengku Hafiz menarik tangan isterinya.
            Sharifah Amira mengangguk. Suatu ketika dulu, dia pernah mencaci NurAlia serta menyakitkan hati perempuan itu. Namun sejak anak perempuannya dilahirkan, segala perasaan negatif itu hilang begitu sahaja. Wajah putih bersih itu menyejukkan pandangannya. Dia akui perempuan itu mempunyai hati yang bersih.
            Tengku Malissa mencebik. Lalu dia mengangkat kaki mendaki tangga menuju ke biliknya ditingkat atas.

“ABANG minta maaf sayang. Kerana abang, Lia terluka.” Ujar Tengku Haris sebaik sahaja kereta  BMW putih miliknya sudah bergerak keluar dari kawasan elit itu. Wajah muram isterinya itu memberi kesan didalam hatinya.
            “Bukan salah abang. Ini ujian dari Allah S.W.T kepada hubungan kita. Lia redha.” Ujar NurAlia pula. Dia memegang tangan suaminya untuk meredakan keadaan.
            “Abang bersyukur kerana Allah ciptakan Lia untuk abang. Abang janji, abang tidak akan membiarkan Lia terluka lagi.” Ujar Tengku Haris tenang. NurAlia tersenyum. Didalam hatinya dia tidak putus-putus memanjat kesyukuran kerana memperoleh seorang suami seperti Tengku Haris.
            “Abang... boleh tak Lia nak request something dengan abang?” Tanya NurAlia tiba-tiba.  Pertanyaan daripada isterinya itu membuatkan Tengku Haris mengerutkan dahinya.
            “Anything for you, sayang.” Jawab Tengku Haris tenang sambil menumpukan perhatian pada pemanduannya.
            “Lia rasa nak makan ikan masak asam yang abang buatkan. Boleh tak abang tolong masakkan?” NurAlia tersengih membalas pandangan suaminya itu. Tengku Haris mencubit perlahan pipi gebu milik isterinya itu.
            “Itu aje? Abang ingat Lia nak minta apa lah tadi.” Jawab Tengku Haris selamba. NurAlia ketawa.
            “Kita singgah market dululah bang. Lia nak beli stok makanan rumah kita.” Ujar NurAlia lagi. Tengku Haris hanya akur dengan permintaan isterinya itu. Kereta yang dipandunya terus meluncur laju menuju ke Tesco untuk membeli barang keperluan.

NURALIA tersenyum lebar melihat makanan yang terhidang di atas meja. Tengku Haris yang masih ber`apron` itu dipandangnya. Sebuah kucupan hinggap dipipi Tengku Haris sebagai tanda terima kasih.
            “Untuk apa?” Tanya Tengku Haris sambil memegang tangan isterinya itu. NurAlia menguntum senyuman manis.
            “Untuk semua ni.” Pendek sahaja jawapan dari bibir NurAlia. Matanya memandang lauk yang dimasak oleh suaminya itu. Tengku Haris tersenyum lalu mencubit pipi isterinya lalu menarik kerusi untuk duduk. NurAlia membalas senyuman suaminya itu lalu mencapai pinggan bersih untuk menyedok nasi.
            “Hurm... dah banyak peningkatan dah. Kalau macam ni abang masak, dah boleh buka kedai dah. Lia bagi 4 bintang setengah untuk abang.” Ujar NurAlia sebaik sahaja menghirup kuah masak asam itu.
            “Kenapa ada setengah pulak? Lagi setengah tu?” Tanya Tengku Haris sambil menggaul nasi dalam pinggannya. NurAlia tersenyum.
            “Lagi setengah tak ada sebab abang fail tang presentation.” NurAlia ketawa kecil. Tengku Haris berpura-pura menarik muka masam.
            “Ala, Lia gurau jelah bang.” Ujar NurAlia yang masih tersenyum lebar. Lalu dia menghabiskan baki nasi di dalam pinggannya.

TENGKU Haris membelek kertas kerja yang sudah 2 hari tidak disentuh didalam bilik pejabat. Sebaik sahaja selesai menunaikan solat zohor selepas makan tengahari tadi, Tengku Haris terus menyibukkan diri didalam bilik pejabatnya itu.
            Sedang dia meneliti kertas kerja itu, fikirannya tiba-tiba teringatkan Sharifah Adira. Lantas peristiwa ketika dia dan Sharifah Adira masih menuntut di Cambridge beberapa tahun yang lalu bermain difikirannya. Kepalanya dipicit perlahan.
            “ Minggu depan I dah nak berangkat balik ke Malaysia. I rasa dah sampai masanya untuk kita jumpa family masing-masing. I tak nak hubungan kita terlalu lama macam ni tanpa sebarang ikatan. I harap you dah bersedia.” Ujar Tengku Haris tanpa berselindung. Airmuka sikekasih hatinya ketika itu sedikit berubah sebaik sahaja hasrat hatinya diluahkan.
            “Dira… I’m waiting…” Tengku Haris bersuara lagi. Kini bahu gadis itu dicuit perlahan.
            “I tak bersedia lagi Ris. Kenapa you nak terburu-buru? Lagipun kita muda lagi kan?” Tanya Sharifah Adira bertalu-talu. Tengku Haris memandang tepat kearah Sharifah Adira yang sudah berdiri tegak dihadapannya itu.
            “Okay, kalau itu jawapan you. You know how much I love you right? I akan tetap menunggu sampai you betul-betul bersedia.” Ujar Tengku Haris bersungguh-sungguh.
            “Abang….Abang….” Panggil NurAlia beberapa kali. Badannya disandarkan pada dinding bilik pejabat suaminya itu. Kemudian dia mengatur langkah menghampiri suaminya. Bahu suaminya digoncang perlahan.
            Tengku Haris membetulkan duduk  apabila tersedar dari lamunannya. Wajah isterinya ditatap.  NurAlia mengerutkan dahinya.
            “Abang ada masalah ke?” Tanya NurAlia. Sedikit bimbang melihat keadaan suaminya itu. Tengku Haris cepat-cepat menggelengkan kepalanya lalu tangan isteriya dicapai.
            “Tak adalah. Abang just penat sikit. Sayang nak apa-apa ke? Abang buatkan.” Tanya Tengku Haris. NurAlia tersenyum. Hatinya sedikit kembang dengan sikap prihatin suaminya itu.
            “Tak, Lia bosan lah bang duduk dekat depan tu sorang-sorang. Abang sibuk ke?” Rungut NurAlia manja sambil mengusap perut. Tengku Haris menguntum senyuman. Lantas dia berdiri.
            “Jomlah abang temankan.” Tengku Haris memeluk bahu isterinya itu lalu mereka sama-sama melangkah keluar dari bilik itu.







3 April 2013

Be Mine, My Maid? Episod 18


Episod 18
NURALIA binti Roslan. Matanya meneliti maklumat peribadi yang tertera dalam helaian itu. Kemudiannya dia mengalih pandangannya pada salinan IC isterinya yang menjadi simpanannya itu. Bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya, Tengku Haris menggosok-gosok kedua belah matanya itu.
            Alamat dan nombor IC yang tercatat adalah sama namun hanya berbeza nama bapa kedua-dua nama itu. Tengku Haris yakin kedua nama itu adalah orang yang sama. Wajah isterinya bermain dimatanya. Tengku Haris meraup mukanya dengan tangannya. Keliru dengan perasaannya ketika itu.
            Tengku Hafiz menolak pintu bilik adiknya itu. Airmuka adiknya yang sedikit muram itu menimbulkan tanda tanya dibenaknya. Kakinya melangkah menghampiri meja Tengku Haris.
            “Ris, kenapa monyok semacam je ni?” Tegur Tengku Hafiz sambil matanya memandang kertas diatas meja adiknya itu.
            Tengku Haris tidak menjawab pertanyaan abangnya itu sebaliknya dia menunjukkan dokumen diatas mejanya itu. Tengku Hafiz memandang satu persatu butiran yang tercatat. Kemudiannya dia memandang Tengku Haris bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru dilihatnya.
            “Ris tak tahu macam mana nak berdepan dengan Lia. Ris tak pasti apa yang Ris patut lakukan sekarang. Ris tak rasa Ris boleh berlagak macam biasa bila berdepan dengan isteri Ris.” Luah Tengku Haris sambil mengurut dahinya. Tengku Hafiz menarik nafas perlahan.
            “Ris, abang rasa Lia ada sebab tersendiri kenapa dia sembunyikan identiti diri dia yang sebenar. Dan abang fikir, Ris tak perlu nak menghukum Lia atas apa yang dia lakukan ni.” Terang Tengku Hafiz. Cuba untuk berfikir positif. Dia tidak mahu mengeruhkan hubungan pasangan itu.
            Tengku Haris mengeluh berat. Dia beristighfar berkali-kali. Cuba menenangkan dirinya.
            “Abang tak nak hubungan Ris dengan Lia jadi keruh disebabkan perkara ni. Isteri Ris tu kan sedang mengandung. Jangan buat dia susah hati. Takkanlah disebabkan perkara ni, Ris nak hukum Lia? Lagipun abang yakin, dia ada reason dia yang tersendiri.” Ujar Tengku Hafiz lagi. Cuba memulihkan fikiran adiknya itu.
            “Betul cakap abang tu. Erm... abang datang bilik Ris ni ada apa-apa ke?” Soal Tengku Haris kembali normal. Pertanyaan dari Tengku Haris itu membuatkan Tengku Hafiz teringatkan sesuatu. Lalu sampul surat yang berada didalam poket dikeluarkannya. Kemudian sampul itu bertukar tangan. Tengku Haris memandang abangnya sebaik sahaja habis membaca isi surat tersebut.
            “Papa? Macam mana nanti?” Soalan itu terpancul dibibir Tengku Haris. Tengku Hafiz mengetap bibir.
            “I will take care of him. Don’t worry.” Jawab Tengku Hafiz sambil tersenyum. Faham apa yang sedang bermain difikiran adiknya itu.
            “Ris betul-betul tak sangka orang yang Ris nak sangat jumpa, rupanya orang yang terlalu dekat dengan Ris. Hampir setahun Papa wakilkan Ris attend segala meeting di Mega, this NurAlia Roslan tak pernah muncul. Hinggalah this few months, dia hantar peguam dia untuk attend.” Luah Tengku Haris lagi. Tengku Hafiz tersenyum.

TIBA sahaja dikediaman, Tengku Haris terus mencari kelibat isterinya. Tiada lagi perasaan marah terhadap isterinya sebaik sahaja Tengku Hafiz berjaya menenangkannya pagi tadi. NurAlia yang terlena disofa ruang tamu dihampirinya perlahan. Wajah itu cukup tenang pada pandangan matanya.
            Perut isterinya yang sedikit timbul itu diusap perlahan. Lalu sebuah kucupan hinggap didahi isterinya lama. NurAlia membuka matanya seraya terasa ada pergerakkan di perutnya. Tengku Haris menghadiahkan senyuman manis kepada isterinya apabila wanita itu membuka mata.
            “Abang dah lama balik? Lia minta maaf, Lia tak sedar abang dah balik.” Ujar NurAlia sambil membetulkan kedudukannya supaya suaminya dapat melabuhkan punggung disebelahnya.
            “Abang nak minum tak? Lia ambilkan jus?” Tanya NurAlia lembut. Tengku Haris menggeleng kepalanya. Tengku Haris mencapai briefcasenya lalu dia menarik sampul surat putih keluar dari beg itu. Kemudian dia menghulurkan surat itu kepada isterinya. NurAlia mengerutkan dahinya. Surat yang masih bersampul itu dbukanya. Tengku Haris menanti reaksi dari isterinya itu.
            Mata NurAlia bulat apabila membaca isi surat tersebut. Matanya memandang suaminya. Cuba membaca perasaan suaminya ketika itu. Namun wajah itu tenang. Bagaikan tiada secalit perasaan marah padanya.
            “Abang, Lia... Erm.. Lia minta maaf. Ampunkan Lia, bang.” Tangan suaminya dikucup berkali-kali. Laju sahaja airmatanya merembes keluar ketika itu. Kebisuan suaminya itu bagaikan menikam hatinya.
            “Abang....” Panggil NurAlia perlahan. Tengku Haris memandang wajah isterinya yang sudah basah itu.
            “ Siapa Lia sebenarnya?” Tengku Haris bersuara. NurAlia tunduk.
            “Kenapa Lia sembunyikan semua ni dari abang?” Soal Tengku Haris lagi.
            “Lia tak tahu nak beritahu abang macam mana. Lia tak bersedia nak berdepan dengan abang tentang semua ni.” Jawab NurAlia sambil menahan sendu.
            “Macam mana Lia boleh ada kaitan dengan Mega?” Terpacul soalan itu akhirnya. NurAlia meramas tangan suaminya cuba mencari sedikit kekuatan. Mata Tengku Haris tidak lepas memandang isterinya itu. Entah kenapa, wajah isterinya itu memberi ketenangan padanya. Tiada perasaan marah walaupun secalit kepada wanita dihadapannya itu.
            “Lia dapat tahu tentang semua ni selepas kita kahwin. Wasiat yang arwah mama tinggalkan pada Lia hanya dapat dibaca selepas Lia berkahwin. Arwah Mama dulunya adalah pemegang saham terbesar di Mega tetapi sejak arwah mama berkahwin dengan Tan Sri Azman, hampir keseluruh saham milik mama dirampas oleh Tan Sri.” Terang NurAlia perlahan. Tengku Haris terpegun seketika.
            “Tan Sri Azman? Ayah tiri Lia?”
            NurAlia mengangguk.
            “Kenapa Lia boleh kerja.....” Belum sempat suaminya menghabiskan ayatnya, NurAlia mencelah.
            “Sehari selepas mama meninggal, Tan Sri bawa balik perempuan lain dalam rumah tu. Lia dihalaunya keluar dari rumah dimana tempat Lia membesar. Nasib Lia baik kerana Lia dipertemukan dengan Tuan Karim. Dan Tuan Karimlah yang bawa Lia ke rumah abang.” Ujar NurAlia lagi. Tengku Haris mengesat airmata yang membasahi pipi isterinya itu. Lantas dia menarik isterinya ke dalam pelukannya. Kata-kata Tengku Hafiz di pejabat pagi tadi bagaikan bermain ditelinganya. Dia mengakui ada betulnya nasihat abangnya itu.
            “Lia minta maaf sebab Lia rahsiakan perkara ni pada abang. Lia tak bermaksud untuk membohong...” Tengku Haris meletakkan jari telunjuknya dibibir isterinya. NurAlia terdiam.
            “Abang faham, sayang. Cuma abang harap, Lia tak akan sembunyikan apa-apa lagi daripada abang lepas ni.” Ujar Tengku Haris tegas. NurAlia diam. Fikirannya teringatkan sesuatu. Lantas dia meleraikan pelukan suaminya. Tangan suaminya diramas lembut.
            “Abang, sebenarnya ayah kandung Lia masih hidup. Cuma masih belum dapat dikesan dimana ayah sekarang.” Ujar NurAlia jujur. Matanya tepat merenung sepasang mata milik suaminya itu. Tengku Haris mengerutkan dahinya.
            “Ayah dengan arwah mama berpisah selepas beberapa bulan Lia dilahirkan. Arwah mama pernah minta Lia cari ayah. Tetapi Lia tak tahu dari mana patut Lia mulakan pencarian. Selepas wasiat itu dibaca, ada sekeping surat Mama tulis. Dalam surat tu ada alamat lama rumah keluarga ayah. Dengan bantuan peguam mama, kami dapat tahu yang ayah masih hidup.” Terang NurAlia lagi.
            “Abang akan bantu Lia cari ayah. Insha Allah, satu hari nanti kita akan jumpa ayah.” Ujar Tengku Haris. Dia tidak menyangka isterinya itu mempunyai bebanan kisah silam yang menyakitkan. Jauh disudut hatinya, dia berjanji untuk menjaga isterinya sebaik mungkin.
            “Abang, terima kasih kerana masih sudi menerima Lia.” Ucap NurAlia syahdu. Tangan suaminya dikucup lembut. Tengku Haris mengusap ubun isterinya.
            “Abang tak akan sia-siakan Lia dan anak kita yang bakal lahir ni.” Ujar Tengku Haris bersungguh-sungguh. Tengku Haris menguntum senyuman buat isterinya itu. NurAlia menarik nafas lega apabila melihat senyuman dibibir suaminya itu. Segala bebanan dibahunya kini sudah boleh dilepaskan.

TENGKU Haris mengelap tangannya dengan tuala kecil sebaik sahaja dia selesai mencuci pinggan di sinki. NurAlia yang sedang membancuh milo panas itu dikerling seketika. Kepalanya terfikirkan mesyuarat yang akan diadakan di Mega bagi mengumumkan perlantikkan CEO baharu Mega.
            “Abang, abang tengah fikir apa ni? Lia dah siapkan milo panas abang ni. Jom, kita duduk dekat depan.” Tegur NurAlia sambil menarik lengan suaminya. Tengku Haris mengangguk cuma.
            Baru sahaja punggung Tengku Haris mencium sofa, NurAlia bersuara sekali lagi.
            “Abang fikir apa tadi? Ada masalah ke?” Tanya NurAlia lagi.
            Tengku Haris menggeleng. NurAlia mengangkat kening. Hairan. Lalu bahu suaminya diurut lembut.
            “Abang, boleh Lia tanya abang sesuatu?” Tanya NurAlia lembut. Tengku Haris mengangguk sambil matanya menumpu perhatian pada kaca tv.
            “Macam mana abang boleh tahu NurAlia Roslan dan Lia adalah orang yang sama?” Pertanyaan NurAlia itu membuatkan Tengku Haris tergamam seketika. Dia menarik nafas perlahan. Kemudian wajah isterinya dipandang.
            “Entahlah sayang. Pada mulanya abang jadi hairan bila setiap meeting, pasti ada wakil dari pihak NurAlia Roslan. Hampir setahun papa arah abang untuk uruskan hal di Mega, tak pernah sekali pun abang jumpa NurAlia Roslan ni. Sampailah beberapa hari lepas, bila nama Lia diumumkan sebagai pemegang saham terbesar Mega, hati abang terdetik sesuatu. Macam ada sesuatu dengan nama NurAlia Roslan tu. And that day jugaklah first time abang berbual dengan Encik Hakim.” Terang Tengku Haris panjang lebar. NurAlia disebelahnya mengerutkan dahi apabila nama Encik Hakim meniti di bibir suaminya.
            “Firasat abang kuat mengatakan ada sesuatu yang Encik Hakim sembunyikan. Entahlah Lia. Cara dia bercakap dengan kami, macam ada sesuatu. Sebab itulah abang dipanggil untuk perjelaskan keadaan. Bayangkan, setiap kali nama Lia disebut, hati abang ni jadi lain macam. Abang nak sangat berjumpa dengan NurAlia Roslan ni. Misteri sungguh.” Ujar Tengku Haris panjang. Sempat dia mencubit pipi isterinya itu.
            NurAlia tersenyum meleret. “Lia minta maaf bang. Kesal sungguh rasanya. Lia janji Lia tak akan sembunyikan apa-apa lagi dengan abang lepas ni.” Ujar NurAlia bersungguh-sungguh. Tengku Haris menepuk peha isterinya perlahan. NurAlia tersenyum.

SABTU itu NurAlia dan Tengku Haris ke Bukit Antarabangsa untuk menyambut hari kelahiran Tengku Jamil yang ke 63 tahun.  Setibanya disana, NurAlia dan Tengku Haris disambut mesra oleh Engku Maryam dan Tengku Jamil.
            Sharifah Amira yang baharu sahaja muncul bersama anak kecilnya itu disapa Tengku Jamil untuk duduk berkumpul bersama. NurAlia memaniskan wajahnya apabila matanya bertembung dengan mata Sharifah Amira.
            Kek yang dibawa Tengku Haris diletakkan diatas meja berhadapan dengan Tengku Jamil. Apabila lilin dinyalakan, mereka sekeluarga menyanyikan lagu ‘happy birthday’ untuk Tengku Jamil. Lalu lilin yang bernyala itu ditiup.
            “Happy birthday Papa. Abang dengan Mira harap Papa sentiasa berada dalam lindunganNya dan dirahmati Allah. Ini hadiah dari abang sekeluarga. Abang harap, Papa suka.” Ucap Tengku Hafiz sambil memeluk Tengku Jamil. Tengku Jamil menepuk bahu anak sulungnya itu berkali-kali.
            “Ris pun nak ucapkan selamat hari lahir kepada papa, and Ris nak papa tahu selama ni papalah pembakar semangat Ris. Kalau bukan kerana Papa, Ris tak mungkin dapat apa yang Ris ada sekarang. Kami semua doakan papa sentiasa sehat dan panjang umur.” Ujar Tengku Haris lalu memeluk erat Tengku Jamil.
            “Papa doakan anak-anak papa sentiasa bahagia dunia dan akhirat. Yam, abang bangga dengan anak-anak kita ni.” Ujar Tengku Jamil sambil menepuk bahu Tengku Haris. NurAlia tersenyum.
            “Pa, ini hadiah dari Ris dan Lia. I hope you like it.” Ujar Tengku Haris lagi. Bungkusan hadiah itu bertukar tangan.
            “Dah tua-tua macam ni ada hadiah lagi ke? Apa-apa pun terima kasih. Papa hargai semua ni. Dapat dua cucu tahun ni dah jadi hadiah paling bermakna bagi papa.” Ujar Tengku Jamil sambil bermain-main dengan jari-jemari Tengku Hanis yang berada diriba Engku Maryam. Petang itu mereka sekeluarga berkumpul sambil berbual panjang zaman kanak-kanak Tengku Hafiz dan Tengku Haris.
            Pada malam itu barulah Tengku Malissa tiba di Bukit Antarabangsa ditemani rakannya yang juga adik kepada Sharifah Amira. Seperti biasa, gadis itu pasti akan mengeluarkan kata-kata kesat kepada NurAlia apabila mereka bertembung.
            Yang menjadi persoalan dibenak NurAlia, perubahan airmuka suaminya tatkala melihat Sharifah Adira yang muncul bersama Tengku Malissa pada malam itu membuatkan NurAlia tidak sedap hati. 

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...