Episod 19
PUAN RAIHANA sengaja
bersikap dingin terhadap anak tunggalnya apabila dia merasakan anak tunggalnya itu
sudah keterlaluan. Baginya sudah tiba masanya anak gadisnya itu melupakan
sejarah hitam yang pernah singgah didalam hidup mereka satu ketika dulu. 10 tahun sudah cukup untuk merawat segalanya.
Tangannya
diangkat lalu digerakkan berkali-kali barulah lelaki muda itu perasan akan
dirinya. Dengan senyuman terukir
dibibir, lelaki itu berjalan menghampiri mejanya.
“Sorry, buat auntie tunggu lama.” Ujar lelaki itu sebaik sahaja dia melabuhkan
punggung dikerusi kayu.
“Auntie pun baru sampai. Sorrylah
auntie menyusahkan Am datang jumpa
orang tua ni.” Ujar Puan Raihana pula.
Amma
ketawa mendengar kata-kata yang keluar dari bibir wanita anggun dihadapannya.
“Auntie ada masalah ke? Lain macam saja
Am tengok.” Teka Ammar pula.
Puan
Raihana menunduk.
“You can share with me. Anytime.” Tawar
Ammar mesra.
“Farah.”
Ujar Puan Raihana.
“Kenapa
dengan Farah? Something happened to her?”
Tanya Ammar dengan air muka yang sudah berubah. Puan Raihana menguntum
senyuman. Sudah lama dia mendapat membaca isi hati anak muda itu.
“Tak.
Farah okay saja. Cuma auntie dah tak
tahu macamana nak lembutkan hati dia.” Luah Puan Raihana sambil memangku
kepalanya.
“Kenapa?
Apa yang dia dah buat?” Tanya Ammar pula.
Puan
Raihana menggeleng kepala.
“Ammar
kenal pemilik Intan Permata Sdn. Bhd?” Tanya Puan Raihana pula.
Lelaki
muda dihadapannya mengangguk.
“Dialah
ayah kandung Farah.” Ujar Puan Raihana tenang. Dari situ bermulalah 1001 cerita
mengenai masa silam dia dan Farah. Tekun sekali Ammar mendengar setiap butir
bicara wanita anggun itu. Tanpa mereka
sedari ada sepasang mata yang sedang menjadi pemerhati mereka.
PEDIH hatinya tatkala
wajah ibunya dan lelaki muda itu terbayang dimatanya. Pelbagai andaian yang
bermain di mindanya ketika melihat ibunya berdampingan dengan lelaki muda itu.
Entah
mengapa perasaannya menjadi bercampur baur.
Marah, geram, sedih dan tidak tenteram apabila memikirkan ibunya bersama
lelaki itu. Keluhan berat dilepaskan. Telefon bimbit yang sepi tanpa sebarang
notifikasi itu dicapainya. Hatinya
tergerak untuk memeriksa email yang sudah lama tidak dibukanya.
Matanya
membulat melihat ratusan email yang tidak dibacanya. Jarinya digerakkan ke bawah. Matanya
tertancap pada satu email yang dirasakan berbeza dengan email yang lain.
|
“Lima
April? Lagi dua minggu?” Ujarnya sendirian. Matanya memandang segenap inci
ruang biliknya itu.
“Baju
apa aku nak pakai nanti?” Lantas dia melompat turun dari katil, lalu melangkah
ke wardrobe. Deretan pakaian yang tergantung dalam wardrobenya ditilik
satu-persatu. Akhirnya satu keluhan terlepas dibibirnya. Tiada satu pun yang
dapat menarik minatnya.
“Kalau
macam ni bolehlah aku shopping!”
Jeritnya bagaikan kanak-kanak yang tidak sabar untuk dibawa bersiar-siar.
Dengan sekelip mata, hilang segala stress yang dihadapinya sebentar tadi.
Lantas
dia mencapai telefon bimbit miliknya lalu aplikasi Safari dibukanya. Lambakan fesyen pakaian yang dicarinya
tertera diskrin telefon. Dia menggigit
bibir. Hatinya menjadi teruja apabila matanya terpandang salah satu pakaian
yang diperagakan oleh model. Tanpa
berfikir panjang, dia terus menukar pakaian dan bersiap untuk keluar.
AMMAR ARIF memandang kereta merah yang diparkir di
perkarangan banglo keluarganya. Langkah kakinya semakin pantas menuju ke pintu
utama. Sempat dia memberi salam sebelum
menapak masuk ke dalam perut banglo mewah itu.
Telinganya
menangkap butir perbualan diruang tamu utama.
Lantas kakinya diatur menuju ke ruang tamu utama. Senyuman terukir tatkala matanya bertentang
mata dengan Wan Nur Umairah, kakak iparnya.
“Balik
pun anak bertuah ni. Am pergi mana?
Hujung minggu macam ni pun kerja ke?” Tegur Puan Sri Nora apabila melihat Ammar
yang baru sahaja muncul itu.
Ammar
hanya ketawa mengekek. Amira Jannah yang
sedang asyik dengan permainannya menjadi sasaran Ammar. Anak kecil bertocang
satu itu digomol sepuas hati. Tan Sri Hishamudin menggeleng kepala melihat anak
bongsunya itu.
“Tengok,
sebab itulah mama suruh Am kahwin. Ada anak sendiri. Tak adalah gomol anak
orang sampai macam tu sekali.” Ujar Puan Sri Nora sambil menepuk peha suaminya.
“Belum
sampai seru lagi lah mama. Relaks lah. Kan Zam?” Ujar Ammar selamba.
“Belum
sampai seru Am tu dari tahun lepas lagi mama dengar. Entah tuan puteri manalah
yang Am cari. Dah bosan mama tunggu tahu?” Leter Puan Sri Nora.
“Dahlah
tu Nora. Nanti dia bawa baliklah menantu baru. Berdoa banyak-banyak. Mana tahu
tahun ni doa awak dimakbulkan. Ha... Zam, malam nanti siapa hantar Zam ke
Airport?” Tan Sri Hishamudin cuba mengalihkan topik. Ammar menarik nafas lega.
“Flight
kau malam ni ke Zam?” Tanya Ammar sambil memandang abangnya itu.
“Ha’ah
malam ni. Kau tolong hantarkan kami boleh?” Tanya Amirul Aizam dengan mata
bersinar.
“No problem lah.” Jawabnya sambil
mengenyitkan matanya kepada Amirul Aizam.
Tan Sri Hishamudin tersenyum.
“Nanti
Mira tinggal dengan daddy Su, kita pergi jalan-jalan pusing satu Malaysia ye.”
Ujar Ammar sambil mengusap rambut anak saudaranya itu. Puan Sri Nora membuat muka sambil memandang
Amirul Aizam.
PUAS dipujuk, anak kecil itu tetap mengeluarkan airmata. Baik Puan Sri Nora mahupun Tan Sri
Hishamudin, kedua mereka tidak berjaya memujuk cucu mereka itu. Ammar pula sudah buntu memikirkan cara untuk
memujuk anak saudaranya itu.
Sepanjang
perjalanan pulang ke rumah, anak kecil itu tidak henti menangisi pemergian mama
dan papanya. Puan Sri Nora memeluk erat cucunya itu. Tangisan semakin perlahan.
Akhirnya anak kecil itu terlena didalam pelukan Puan Sri Nora.
Kereta
Audi hitam milik Tan Sri Hishamudin yang dipandu oleh Ammar membelok masuk ke
perkarangan banglo mewah keluarganya. Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan,
Ammar terus menapak keluar dari kereta dan menuju ke pintu kereta dibahagian
belakang pemandu. Pipi yang masih basah
dek airmata itu ditatapnya.
“Am bawa
Mira masuk.” Ujarnya kepada Puan Sri Nora.
Amira
yang masih lena itu dipapah Ammar masuk ke dalam perut rumah. Kakinya diatur
menuju ke tangga.
“Am nak
bawa Mira tidur dekat mana tu?” Tanya Puan Sri Nora yang sedang membuang
selendang kepalanya.
“Bilik
Am.” Jawab Ammar pendek. Lalu dia
mendaki anak tangga satu persatu dengan berhati-hati.
Pintu
biliknya ditolak perlahan. Kakinya menapak masuk menuju ke katil. Anak kecil
itu dibaringkan ke atas tilam yang dibaluti dengan cadar berwarna biru gelap.
Rambut Amira diusap beberapa kali. Kemudian dia menarik selimut tebal menutupi
badan kecil itu.
Suis
penghawa dingin ditekan. Kemudian pintu bilik ditutup rapat. Badannya
direbahkan ke atas sofa L. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar.
Aplikasi Facebook dibukanya. Jarinya digerakkan ke atas dan ke bawah. Lama dia
berkeadaan begitu.
Jam didinding
dikerlingnya seketika. Nama Farah meniti dibibirnya. Tanpa berfikir panjang,
icon WhatsApp ditekannya. Nama Farah yang sudah berada di senarai perbualan
ditekannya.
‘Goodnight.
Sweet dream, preety.’ Pesanan ringkas
itu dihantarnya. Lama dia memerhatikan skrin telefonnya. Mengharap balasan daripada gadis itu. Namun tiada.
Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja kopi bersebelahan dengan sofa.
Farah mencebik
tatkala membaca pesanan ringkas daripada Ammar.
Pesanan itu dibiarkan sahaja tanpa balasan. Perasaan yang dirasanya
siang tadi menjelma kembali. Lantas dia
menarik selimut tebal menutupi badannya.
Matanya
dipejam rapat. Cuba untuk tidur. Namun gagal apabila hatinya bagaikan memanggil
untuk membalas pesanan ringkas itu. Wajah
lelaki itu berlayar dimatanya tatkala matanya dipejam rapat. Dia mendengus kasar.
“Kenapa dengan
aku ni? Tutup mata je nampak dia. Menyampahlah.” Rungutnya.
Matanya
kembali dipejamkan. Bibirnya terkumat-kamit membaca doa tidur. Akhirnya dia terlena dengan 1001 mimpi.
JAM didinding sudah
menunjukkan pukul 10.25 pagi, Farah masih bermalasan diatas tilamnya. Cuaca yang redup itu membuatkan dia berat
mahu meninggalkan tilamnya. Perut yang berkeroncong minta diisi itu memaksa
dirinya untuk bangkit dari katil.
Dengan
langkah yang malas, Farah menapak masuk ke bilik air. Membiarkan badannya
dibawah pancuran air hujan dengan lama supaya badannya kembali segar. 30 minit
kemudian barulah dia menapak keluar dari kamar tidurnya. Kakinya berlari anak menuruni anak tangga
satu demi satu.
“Anak
ibu tak keluar ke hari ni?” Tegur Puan Raihana yang sedang menikmati sarapan di
meja makan.
Farah
memandang Puan Raihana sambil menarik kerusi.
“Tak.” Jawabnya
pendek.
Puan
Raihana memerhati Farah yang masih dingin itu.
“Jom,
ikut ibu keluar shopping?” Tawarnya.
Sengaja ingin memancing minat anaknya itu.
“Nevermind. Farah nak rehat dekat rumah
hari ni.” Jawabnya bersahaja. Tangannya ligat menyapu jem pada roti.
“Ala...
Takkan ibu nak pergi shopping sorang-sorang?”
“Kenapa
tak ajak boyfriend muda ibu tu saja?”
Sindir Farah selamba. Lalu dia mencapai
segelas jus oren lalu meninggalkan ibunya yang terkulat-kulat di meja makan.
PAGI Ahad yang redup
itu kediaman Tan Sri Hishamudin menerima kunjungan daripada Puan Sri Khaty, anak
dan menantu barunya. Puan Sri Nora menyambut kakak dan anak saudaranya dengan
mesra.
Ammar
bersalaman dengan ibu saudara dan sepupunya itu. Kemudian dia mengajak
sepupunya itu berbual di gazebo yang terletak dihalaman rumah. Bagaikan
memahami isyarat yang diberikan Ammar, Dato’ Darwisy hanya membuntuti langkah
sepupunya itu.
“Lama
betul aku tak datang rumah kau ni.” Ujar Dato’ Darwisy sambil memerhati
sekeliling halaman.
“Kau
dengan Diana macamana? Okay?” Tanya Ammar tanpa ragu.
Dato’
Darwisy melepaskan keluhan.
“Kau
tahu kan macamana aku boleh kahwin dengan dia? Sampai sekarang hati aku belum
terbuka untuk dia, Rif.” Jawab Dato’ Darwisy perlahan.
“Kau
masih tak boleh lupakan Farah?” Ammar cuba meneka.
Dato’
Darwisy menguntum senyuman. Lalu dia menggeleng kepala.
“Dia
terlalu istimewa dalam hidup aku, Rif.
Susah untuk aku lupakan dia.” Jawab Dato’ Darwisy tanpa selindung.
“Suka
atau tidak, kau tetap kena lupakan dia. Dia masa silam kau dan Diana pula masa
depan kau. Aku tengok Diana tak adalah teruk sangat. Cuma dia gedik sikit je.” Ujar Ammar pula. Dato’ Darwisy tersenyum pahit.

best....jgn lupa sambung
ReplyDeleteakak selalu ke blog ini...harap2 ada n3 baru...akhirnya ada juga..tq
ReplyDelete~k.min~
Kak Min- Sy sedang sedaya-upaya menarik balik 'Feel' untuk menulis. InshaAllah sambungan akan ada lagi. :) Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya yang masih perlu dibaiki ini.
ReplyDeleteHarap2 cepat bukukan citer ni..dah lama saya tertunggu-tunggu. Best dan menarik.
ReplyDeleteawaak..kenapa xbuat novel be mine my maid dah..:(.xbest la baca sekerat..hmm
ReplyDeleteAkak please smbung lagi. Sy dah lma tggu cerita ni. - lyeha-
ReplyDeleteLamanya takde entry baru!
ReplyDeleteits good to see you write again. :) -M
ReplyDeleteThanks for writing in such an encouraging post. I had a glimpse of it and couldn’t stop reading till I finished. I have already bookmarked you.
ReplyDeleteteeth whitening bleaching in india
Your posting is very great.
ReplyDeleteteeth whitening bleaching in india
Directory listing online had been a very popular search tool.
ReplyDeleteteeth whitening bleaching in india
It is this type of interesting thing with this post of yours. I had been interested with all the topic along with the flow in the story. Keep up to date the truly amazing work.
ReplyDeleteteeth whitening bleaching in india
thanks for this post. This post makes a great point about focusing your efforts.
ReplyDeleteteeth whitening bleaching in india
Yes, i agreed with the ideas that can provide in the post.
ReplyDeleteteeth whitening bleaching in india
Excellent info..thanks admin
ReplyDeleteteeth whitening bleaching in india