Episod 14
PUAN Sri Khatijah tersenyum lebar sambil memandang bakal
menantunya itu. Gadis berambut coklat kemerahan leka berborak dengan kedua
bakal iparnya. Sudah hampir 20 tahun mereka mengenali keluarga kecil itu. Sejak
suaminya mengambil keputusan untuk menerima Haji Aziz sebagai rakan kongsi
syarikatnya. Sejak itulah mereka menjadi akrab dengan keluarga kecil itu.
“Mami Khaty, Am tak balik KL ke? Dia tak tahu ke D dah balik Malaysia?” Tanya
Diana sedikit muram. Puan Sri Khatijah memandang anak perempuannya silih
berganti.
“Mami sengaja tak beritahu Am. Mami nak surprisekan
Am. Nanti mami minta dia balik KL.” Bohongnya. Rin dan Lis cuma mengangguk.
Bersetuju dengan kata-kata maminya itu. Diana mengukir senyuman lebar.
Terbayang wajah lelaki itu diruang matanya.
“Mami, apa kata kalau D pergi sana? Tak payahlah susahkan Am tinggalkan kerja
pejabat dia. Kan mama?” Ujar Diana sambil memegang lengan mamanya. Puan Sri
Khatijah terdiam. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan.
“Bagus juga idea D tu. Kan Rin?” Celah Lis tiba-tiba. Rin yang sedang menghirup
airnya terus mengangguk tanpa berfikir panjang. Diana tersenyum lebar.
“Mama tak kisah. Tapi D jangan menyusahkan Am pula.” Ujar Hajah Zarina lembut.
Diana mengangguk. Hatinya begitu teruja untuk
membuat kejutan kepada tunangnya itu. Puan Sri Khatijah menjeling anak
perempuannya itu. Menyedari jelingan tajam maminya, Rin terus menukar tajuk
perbualan mereka. Sengaja dia bertanyakan tentang persiapan perkahwinan adiknya
dan Diana yang bakal diadakan 2 bulan sahaja lagi.
TIBA sahaja di villa, Puan Sri Khatijah merebahkan badannya
disofa empuk ruang tamu. Kepalanya berserabut memikirkan sebarang kemungkinan
yang bakal terjadi sepanjang Diana berada di Terengganu. Apabila teringatkan
Kay yang masih bercuti di Terengganu, lantas dia cuba menghubungi anak
bongsunya itu. Dia mendengus hampa apabila panggilannya tidak dijawab.
Kay yang baru sahaja keluar dari bilik air itu terus mencapai telefon bimbitnya
yang berada diatas katil. Nama maminya tertera diskrin. Lantas dia membalas
panggilan maminya itu. Beberapa saat kemudian, suara maminya sudah berada
ditalian.
“Sorry, Kay dalam toilet tadi. Ada apa mami call Kay? Mami sehat?” Tanyanya sebaik
sahaja mendengar suara maminya itu.
“Sehat aje. Mami cuma nak minta Kay sampaikan pada Am yang Diana akan ke sana.
Mungkin esok atau lusa. Jangan pula dia sibuk melayan budak perempuan tu
nanti.” Ujar wanita itu dihujung talian. Ternganga mulut Kay apabila mendengar
kata-kata maminya itu. Tanpa mendengar respon anaknya itu, Puan Sri Khatijah
terus mematikan talian.
Kay melepaskan keluhan berat. Lantas dia menyarung pakaian ke tubuhnya kemudian
dia terus melangkah keluar dari biliknya. Apabila mendengar suara abangnya
ditingkat bawah, lantas dia berlari anak menuruni anak tangga.
“Nak ke mana tu laju sangat?” Tegur Dato’ Darwisy apabila memandang adiknya
yang terkocoh-kocoh menuruni tangga. Tanpa sepatah kata Kay terus mendapatkan
abangnya yang sedang menonton tv.
“Diana nak datang sini esok!” Jerit Kay sambil melompat naik atas sofa. Berubah
terus air muka abangnya itu.
“You are not joking, right?” Tanya Dato’ Darwisy cuba meminta kepastian.
“No, i’m not. Mami yang call Kay tadi.” Jawab Kay dengan wajah yang
serius. Dato’ Darwisy menepuk dahi. Lantas dia menarik keluar telefon bimbitnya
dari poket seluar. Tanpa sepatah kata, dia menghubungi maminya itu. Beberapa
deringan sahaja dia sudah dapat mendengar suara maminya.
“Buat apa perempuan tu nak datang ke sini? Am tak ada masa nak layan dia.”
Ujarnya sebaik sahaja mendengar suara maminya.
“Apa salahnya tunang Am nak pergi jenguk Am? Lagipun D tu baru je balik Malaysia.
Dah tentu dia nak jumpa tunang dia kan.” Jawab Puan Sri Khatijah tenang. Dato’
Darwisy menggaru kepalanya. Kay menahan tawanya melihat abangnya yang lagaknya
seperti orang kurang siuman.
“Dah, Am tak nak dengar apa-apa lagi. Am tak pernah anggap dia tunang Am. Am
betul-betul tak ada masa nak layan dia. Am sibuk!” Tegasnya pula. Kemudian dia
terus mematikan talian.
“Kalau dia betul-betul datang macam mana? Mami kita tu, bukan kita tak tahu
macam mana.” Ujar Kay lembut. Dato’ Darwisy meraup mukanya.
“Farah. Abang tak nak libatkan dia dalam hal ni. Abang tak nak Farah tahu
tentang Diana. Kalau boleh, abang nak selesaikan semua ni tanpa pengetahuan
Farah.” Luah Dato’ Darwisy sambil meraup wajahnya.
Kay menunduk. Memikirkan jalan penyelesaian yang mungkin dapat membantu masalah
abangnya itu. Dato’ Darwisy diam membisu. Otaknya hanya memikirkan buah
hatinya itu.
“Kay rasa cara terbaik, abang perlu terangkan perkara yang sebenar kepada
Farah. Kay tak rasa, tindakan abang untuk merahsiakan perkara ini daripada
Farah, is a good idea.
Kalau satu hari nanti dia dapat tahu tentang perkara ini dari mulut orang lain,
keadaan akan menjadi semakin rumit.” Ujar Kay tenang. Dato’ Darwisy memandang
Kay dalam. Otaknya memproses cadangan adiknya itu.
“Abang takut Farah tak boleh terima. And
end up dia tinggalkan abang.”
Ujar Dato’ Darwisy pula. Jam didinding dipandang sekilas.
“I hate her. She ruined
my life.” Jerit Dato’ Darwisy tiba-tiba sambil melangkah ke tangga. Kay
ketawa melihat tingkah abangnya itu.
FARAH memandang sayu kereta Amy yang sudah bergerak meninggalkan
rumah itu. Tinggallah dia sendirian dirumah itu. Pintu utama dikunci kemas.
Kakinya melangkah ke dapur. Niat dihati ingin mengisi perut, namun hampa
apabila melihat isi peti ais yang sudah kosong. Jam didinding sudah ke angka
2.15 petang. Lantas dia menghantar pesanan ringkas kepada sikekasih hatinya.
Apabila mendapat balasan daripada lelaki itu, barulah Farah berlari anak masuk
ke dalam biliknya untuk bersiap.
Skirt labuh berwarna biru gelap menjadi pilihannya dan dipadankan pula dengan
blouse chiffon berwarna kelabu. Selepas berpuas hati dengan solekan nipis
diwajahnya, dia memilih selendang bewarna biru untuk menutup rambutnya.
Bunyi hon dari kereta Dato’ Darwisy membuatkan dirinya sedikit kelam kabut.
Laju dia berlari menuju ke pintu utama. Kasut yang diletakkan didalam almari
kecil dicapainya. Selepas mengunci pintu, dia terus melangkah menghampiri
kereta lelaki itu.
“Cantiknya.” Puji Dato’ Darwisy mesra. Farah tersenyum lalu menarik tali
pinggang keledar.
“So, where are we going?” Tanya Dato’ Darwisy sambil memandu keluar dari
kawasan perumahan itu.
“You dah lunch?” Tanya
Farah pula. Lelaki itu mengangguk.
“Belum. Jom, temankan i lunch dulu?”
Dato’ Darwisy mengangguk sambil menatap wajah Farah seketika.
“Anything for you, sayang.” Jawab Dato’ Darwisy lembut. Farah menguntum
senyuman. Lantas dia memberitahu tempat yang ingin ditujunya. Tanpa banyak
soal, Dato’ Darwisy memandu keretanya menuju ke tempat yang ingin dituju Farah.
RESTORAN Secret Recipe menjadi pilihan gadis bertudung biru itu
untuk mengisi perut yang sudah berbunyi. Farah memesan spagethi meatballs dan jus epal untuk santapannya. Dato’
Darwisy pula hanya memesan caramel
ice latte untuknya. Kedua
mereka tidak bersuara sambil melayani telefon pintar ditangan sehinggalah
pesanan tiba.
“Kenapa you tak ajak Kay sekali?” Tanya Farah sambil menyuap spagethi ke
mulutnya.
“Dia malas nak keluar.” Jawab Dato’ Darwisy ringkas. Tanpa sepatah kata Farah
menghabiskan spagethi yang masih berbaki itu. Entah mengapa, dari sudut matanya
dia perasan lelaki itu cuba menyembunyikan sesuatu darinya. Malas mahu
bertanya, dia menghabiskan makannya secepat yang boleh.
“YOU ada masalah ke?” Farah memulakan perbualan. Laut yang
terbentang luas dihadapannya direnung lama. Bunyi ombak mendamaikan jiwanya.
Dato’ Darwisy disebelahnya dipandang sekilas.
“Kenapa you tanya macam tu?” Tanya lelaki itu pula.
“Jangan terkejut kalau i cakap i ada sixth
sense.” Balas gadis itu sambil memandang lelaki disebelahnya itu.
“Okay, kalau betul you ada sixth
sense, cuba you beritahu i apa yang ada dalam fikiran i sekarang.” Ujar
Dato’ Darwisy sambil tersenyum. Farah menggigit bibir.
“Dari apa yang i boleh baca, ada sesuatu yang sedang menganggu fikiran you
sekarang. Betul tak?” Teka Farah pula. Lelaki itu ketawa sinis lalu menggeleng
kepalanya. Pandangannya terarah pada ombak yang sedang beralun.
“Ada sesuatu yang i nak you tahu.” Ujar Dato’ Darwisy dengan wajah yang serius.
Farah memandang Dato’ Darwisy yang sudah bertukar wajah itu.
“I cintakan you sepenuh hati i.” Ujar Dato’ Darwisy dengan mata yang bercahaya.
Farah menguntum senyuman.
“Tapi ada sesuatu yang lebih penting yang i nak you tahu. I harap you dengar
dulu penjelasan i selepas i beritahu perkara ni.” Ujar Dato’ Darwisy lagi.
Farah mengangguk bersahaja.
Dato’ Darwisy menarik nafas sedalamnya.
“Apa dia?” Tanya Farah ingin tahu.
“I dah bertunang.” Luah Dato’ Darwisy dengan wajah yang serius. Farah terpana.
Bibirnya bagaikan terkunci rapat. Sungguh dia terkejut dengan apa yang baru
didengarinya itu. Jantungnya bagaikan berhenti berdengup. Dato’ Darwisy
memandang Farah yang diam seribu bahasa. Satu keluhan panjang terbit
dibibirnya.
“I tahu berita ini mengejutkan you. Tapi bukan niat i untuk berbohong dengan
you tentang diri i. Dan dia bukanlah orang yang i cinta, suka atau sayang. You
tahu kan dalam hati i cuma ada you?” Dato’ Darwisy cuba menjelaskan perkara
sebenar. Farah menunduk.
“Kenapa perlu bertunang kalau tak cinta?” Soal Farah yang sudah muram itu.
Lelaki itu meraup wajahnya seketika.
“You ingat waktu pertama kali kita balik KL sama-sama? Masa tu i terserempak
dengan you dekat R&R?” Soal lelaki itu pula. Tiada respon daripada gadis
itu.
“I balik KL that day semata-mata untuk batalkan pertunangan
i dengan perempuan tu. Percayalah, dalam hati i cuma ada you.” Luah Dato’
Darwisy sambil memandang Farah.
Farah tidak memberi reaksi. Dato’ Darwisy memicit dahinya. Bimbang dengan
perubahan pada wajah gadis disebelahnya itu.
“I nak
balik.” Minta Farah tanpa memandang Dato’ Darwisy.
Laju
sahaja otaknya mengimbas kembali pertemuan pertamanya dengan keluarga lelaki
itu. Dia cuba untuk mengaitkan apa yang telah diberitahu lelaki itu sebentar
tadi dengan layanan Puan Sri Khatijah pada pertemuan pertama mereka dikediaman
milik keluarga Dato’ Darwisy. Dia tahu
gadis itu adalah gadis pilihan keluarga Dato’ Darwisy. Tetapi entah mengapa berita
pertunangan lelaki itu tidak mampu ditelannya.
Jika layanan buruk keluarga lelaki itu berjaya membuatkan
dirinya untuk berjuang demi hubungan mereka, namun berita pertunangan itu
membuatkan hatinya hancur bagai dirobek-robek.
Dato’ Darwisy memandang Kay yang sedang membaca majalah di
ruang tamu. Telefon bimbitnya dilempar atas sofa bersebelahan Kay. Puas dia
menghubungi Farah namun gadis itu seperti sengaja tidak mahu menjawab
panggilannya.
“Beri Farah masa. Mungkin dia masih terkejut dengan apa yang
abang beritahu dia.” Ujar Kay tenang.
Dato’ Darwisy melepaskan keluhan yang berat.
“Relaks lah bang. Sooner
or later she will find you back. Trust me. You just have to wait. But please,
don’t push her.” Kay cuba menenangkan hati abangnya itu.
“Kay
tahu kan abang tak pernah cintakan mana-mana perempuan macam abang cintakan
Farah. Dia terlalu istimewa dalam diri abang. Abang dapat rasa Farah terluka.
Dan abang tak nak kehilangan dia. I love
her so much.” Luah Dato’ Darwisy dengan wajah yang muram.
“Apa pun
keputusan Farah, abang kena terima. Dia berhak untuk tarik diri dalam hubungan
abang. Walau payah sekali pun, you have
to forget her. I know how hurt it
will be, but life must go on.” Ujar Kay lagi. Majalah ditangannya sudah
diletakkan diatas meja.
“Thanks Kay. Kalau Kay tak ada sekarang,
tak tahulah apa yang abang akan lakukan sekarang. I owe you one sister!” Ucap Dato’ Darwisy sambil menepuk tangan
adiknya itu. Kay mengenyitkan matanya sambil tersengih.
“Kalau
macam tu, bolehlah Kay nak request
sesuatu dengan abang kan?” Pancing Kay dengan senyuman yang masih bersisa.
Dato’
Darwisy mengerutkan dahinya.
“Laju je
kan? Menyesal pulak abang cakap macam tu.” Usik Dato’ Darwisy selamba. Lantas
Kay mencubit lengan abangnya itu. Tergelak besar lelaki itu apabila melihat
perubahan pada wajah adiknya itu.
“Dah
muncung dah baby besar ni. Okaylah,
Kay nak abang belikan apa?”
“Tak
jadilah.” Rajuk Kay sambil mengangkat punggung.
“Peluang
datang sekali aje tau. Bukan senang abang nak tanya macam ni.” Ujar Dato’
Darwisy selamba.
Kay yang
sudah menapak menghampiri anak tangga itu terus menghentikan langkahnya sebaik
sahaja mendengar kata-kata abangnya itu. Dengan senyuman diukir dibibir, Kay
memusingkan badannya memandang abangnya itu.
“I’m planning to go to Paris next month.
Erm... if you don’t mind, boleh tak
abang sponsorkan airline ticket untuk
Kay? Please?” Lambat-lambat dia
menghabiskan ayatnya. Bimbang dengan reaksi abangnya itu.
“Takkanlah
Pengarah Urusan macam Kay ni tak mampu nak bayar airline ticket untuk bercuti kot?” Gurau Dato’ Darwisy sambil
membetulkan duduknya. Kay mencekak pinggangnya sambil memandang abangnya itu.
“Abang nak
sponsor atau tak nak ni?” Soal Kay yang sudah naik geram itu.
“Yelah,
abang sponsorkan. Gurau sikit pun dah naik angin. Nanti berkedut baru tahu.”
Usik Dato’ Darwisy lagi. Kay tersenyum lebar. ‘ Fuh...Selamat duit aku.’ Bisiknya dalam hati.
SENGAJA dia mengarahkan
pemandunya sahaja untuk menjemput Diana
di lapangan terbang dek kerana dia mahu perempuan itu sedar bahawa
kedatangannya tidak dialukan. Pintu bilik pejabatnya ditolak perlahan. Dengan
langkah perlahan dia menapak masuk ke dalam biliknya.
Kerusi
kulit hitam itu ditarik perlahan. Lalu dibiarkan punggungnya mencium kerusi
empuk itu. Fail diatas meja tidak berjaya menarik perhatiannya. Dibenaknya
ketika itu hanyalah bayangan sikekasih hati yang masih menyepikan diri. Ingin
sahaja dia menerjun turun ke tingkat bawah untuk menjenguk gadis itu. Namun
pesanan daripada Kay menjadi penghalang untuk berbuat demikian.
FARAH sengaja
menyibukkan dirinya dipejabat. Tidak mahu fikirannya diganggu dengan memikirkan
perihal lelaki itu. Baginya biarlah
mereka memberi ruang untuk diri mereka dahulu. Dia tidak mahu membuat keputusan
yang bakal mengecewakan hatinya kelak.
Badannya
disandarkan seketika. Lega. Hilang kepenatan mengadap kerjanya. Tiba-tiba
telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas diterimanya. Laju
sahaja tangannya mencapai telefon bimbitnya yang terletak dihujung meja.
Pesanan
ringkas yang dihantar oleh Dato’ Darwisy melalui aplikasi Whatsup itu
dibukanya. Dahinya berkerut apabila memandang gambar yang dihantar lelaki itu.
Gambar sekeping kertas yang ditulis perkataan ‘i love you’ dan tiga kuntum bunga dipandang Farah. Telefon
bimbitnya diletak kembali dihujung meja. Kemudian dia kembali menyambung
kerjanya yang masih tertangguh itu.
DATO’ Darwisy merenung
telefon bimbitnya. Menanti balasan daripada sikekasih hatinya. Beberapa kali
dia menekan punat di telefon bimbitnya, namun masih tiada tanda-tanda positif
daripada gadis itu. Dato’ Darwisy
melepaskan keluhan berat.
Bunyi
deringan telefon bimbit memeranjatkannya. Hatinya berbunga kembali. Apabila
melihat gerangan sipemanggil, wajahnya bertukar masam. Lambat-lambat dia
menjawab panggilan itu.
“Ada apa
you call i ni?” Soalnya sebaik sahaja
mendengar suara gadis itu dihujung talian.
“What’s wrong with you Am? Dari jauh i
datang semata-mata untuk you. I bukan datang sini nak jumpa driver you!” Jerit Diana dihujung
talian.
“Bukan i
yang mintak you datang sini, D. Remember
that.” Balas Dato’ Darwisy sinis lalu dia mematikan talian.
Beberapa minit
kemudian, sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. Apabila melihat nama
pemanggil, Dato’ Darwisy menggeleng kepala.
‘Ni mesti
kerja perempuan tu.’ Ujarnya perlahan sebelum menekup telefon ke telinganya.
“Am!”
Panggil mami dihujung talian.
“Yes mami. Ada apa mami call Am ni? Am sibuklah mami.” Ujarnya
dalam nada lembut. Sengaja dia melunakkan suaranya.
“Am, D called mami tadi. Kenapa Am tak pergi
jemput D di airport? Kesian D tau. Dia bukannya kenal sesiapa pun.” Ujar wanita
itu. Dato’ Darwisy melepaskan keluhan berat.
“Mami, D
bukannya budak kecil lagi mami. Kalau di oversea dia boleh berdikari, ini kan
pula Kuala Terengganu yang kecil ni mami. Am banyak kerja ni.” Rungutnya pula. Lalu
dimatikan talian. Tiba-tiba pintu biliknya ditolak kasar. Dato’ Darwisy berdiri.
Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja. Matanya memandang tepat pada Diana
yang masam mencuka itu.