24 February 2013

Be Mine, My Maid? Episode 15



KERETA yang dipandu Tengku Haris membelok masuk ke perkarangan kediamannya. Matanya melilau mencari kelibat isterinya disegenap inci kawasan banglonya itu. Jiwanya resah apabila kelibat isterinya gagal dikesan. Lantas pintu kereta ditolak. Lalu secepat mungkin dia melangkah menghampiri pintu utama. 

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam, matanya sekali lagi mencari isterinya. Kakinya laju diatur ke tingkat atas. Pintu kamar ditolak perlahan. Kipas siling berputar laju. Matanya terarah pada sofa. Isterinya yang sedang lena tidur itu dihampirinya. Bibirnya mengukir senyuman apabila terdengar dengkuran halus isterinya. Pipi isterinya diusap lembut. Lantas dahi isterinya dihadiahkan sebuah kucupan. Kemudian dia terus mengatur langkah ke bilik air untuk membersihkan diri.

NurAlia terjaga tatkala terdengar bunyi desiran air dari bilik air. Matanya terarah pada briefcase hitam milik suaminya. Kata-kata peguamnya ketika pertemuan mereka pagi tadi bagaikan berputar laju difikirannya. NurAlia mengeluh berat. Dia bimbang jika suaminya menuduh dirinya sebagai penipu jika perihal sebenar dirinya diketahui lelaki itu kelak. Tidak sanggup dia membayangkan rumahtangga mereka jika itu berlaku. Jauh disudut hati, dia mendoakan kesejahteraan perkahwinan mereka berkekalan. 

Jam didinding dipandang seketika. Lantas dia berdiri, lalu mengatur langkah menuju ke dapur ditingkat bawah.


TENGKU Haris tersenyum melihat isterinya yang sedang menyiapkan makan malam mereka didapur. Apron yang tergantung disebelah peti ais dipandang Tengku Haris. Lantas dia menapak perlahan untuk mencapai apron itu. 

 “Nak abang tolong?” Tengku Haris bersuara tiba-tiba. NurAlia yang sedang mencuci bahan mentah disinki sedikit terperanjat. Tengku Haris yang sudah lengkap ber‘apron’ itu dipandang NurAlia dari atas ke bawah. Tengku Haris menguntum senyuman menampakkan kedua lesung pipitnya.

“Betul ni?” Duga NurAlia. Tengku Haris mengangguk.

Lantas itu NurAlia menyuruh suaminya mengupas beberapa biji bawang merah serta bawang putih. NurAlia tersenyum melihat suaminya yang kelihatan sedikit kekok itu. Tidak lama kemudian kelihatan Tengku Haris sudah mula mengesat matanya. Pedih. Sebaik sahaja siap mengupas bawang, Tengku Haris terus berlari ke tandas untuk mencuci muka. NurAlia hanya menggeleng melihat suaminya itu. 

“Fuhh.... barulah lega sikit.” Ucap Tengku Haris yang baru muncul itu. NurAlia ketawa kecil. Tengku Haris menghampiri isterinya yang sedang mengacau lauk itu. Kemudian senduk yang berada ditangan NurAlia bertukar tangan. 

10 minit kemudian, beberapa hidangan sudah terhidang diatas meja makan diruang makan. Selesai sahaja Tengku Haris mengaminkan doa makan, mereka menjamu selera sambil berbual rancak. Sebaik sahaja selesai makan malam, NurAlia mengemas meja makan dibantu oleh Tengku Haris.

“Abang, Lia ingat esok nak pergi supermarket lah. Nak shopping groceries sikit. Banyak dah habis lah.” Ujar NurAlia yang sedang mencuci pinggan disinki. 

“Kita pergi sekali lah sayang. Lagipun dah lama kan abang tak teman sayang keluar.”  

“Erm... abang tak kerja ke esok?” Soal NurAlia. Tengku Haris menggeleng. Lantas pinggang isterinya dipaut lembut lalu mereka melangkah ke ruang tamu. 


SELESAI sarapan, mereka terus bersiap untuk keluar membeli belah seperti yang telah dirancang mereka. Tengku Haris menolak troli yang masih kosong menghampiri isterinya yang sedang asyik membelek produk mandian itu. 

Dengan hanya mengenakan seluar pendek separas lutut dan t-shirt berserta dengan topi dikepala, Tengku Haris kelihatan muda dari usianya. Bibirnya tidak lekang dari senyuman tatkala matanya bertembung dengan mata pengunjung lain. 

Bahu NurAlia dicuit Tengku Haris. NurAlia terus memusingkan badannya menghadap suaminya. Cecair mandian dan sebotol shampoo diletakkan didalam troli. 

“Jomlah kita ke bahagian groceries pulak. Lia nak beli barang keperluan dapur kita.” Ujar NurAlia sambil menarik tangan suaminya. Tengku Haris cuma mengangguk. Mereka berjalan beriringan menuju ke bahagian sayur-sayuran dan bahan mentah

 “Sayang, ingat lagi tak kita pernah datang sini shopping groceries?” Bisik Tengku Haris tiba-tiba. NurAlia mengangguk laju sambil tersenyum. Adegan beberapa bulan yang lalu terlayar dimata NurAlia. NurAlia ketawa kecil.

“Lia bengang gila dengan abang masa tu.” Rungut NurAlia sambil memuncungkan mulutnya. Tengku Haris ketawa. Bibir NurAlia yang sudah muncung itu dicuitnya. 

“Saja abang nak sakat Lia. Kalau Lia nak tahu, itulah pertama kali abang shopping groceries tahu?” Ujar Tengku Haris. NurAlia tersenyum. Lalu mereka sama-sama mencari barang-barang yang telah disenarai pendek oleh NurAlia.

Setelah selesai membuat bayaran, mereka terus pulang ke kediaman mereka. NurAlia terus ke dapur untuk memasak hidangan tengahari mereka. Tengku Haris menawarkan diri untuk mengemas barang-barang yang baru dibeli oleh mereka sebentar tadi. 

“Sayang, abang ingat lepas kita pergi honeymoon nanti, abang nak daftarkan sayang masuk kelas memandu. Senang kalau sayang nak ke mana-mana.” Usul Tengku Haris. NurAlia yang sedang mencuci ayam mentah itu memandang suaminya seketika. 

“Abang, Lia dah ada lesen memandulah. Dah lama dah Lia ambil.” Ujar NurAlia perlahan. Tengku Haris memandang isterinya dengan penuh tanda tanya.

“Lia ambil setahun selepas Lia habis SPM.” Terang NurAlia ringkas.

“Habis tu kenapa Lia tak drive kereta abang pergi mana-mana sebelum ni?” Soal Tengku Haris lagi. 

“Lia tak beranilah bang. Kereta tu besar sangat.” Balas NurAlia selamba.

“Ada-ada jelah isteri abang ni. Dah, lepas ni abang tak izinkan Lia naik teksi lagi. Bahaya tau?” Tegas Tengku Haris. NurAlia mengangguk. Tiada pilihan. Selesai sahaja Tengku Haris mengemas, dia terus menghilang ke tingkat atas untuk menunaikan solat zohor. 

Usai menunaikan solat, Tengku Haris berbaring diatas katil untuk merehatkan badannya. Otaknya mula merencanakan sesuatu. Dia berkira-kira untuk menghadiahkan isterinya sebuah kereta untuk memudahkan isterinya bergerak. Lantas tangannya mencapai telefon bimbit lalu dia menghubungi seseorang.


MALAM itu, Tengku Haris menghubungi orang tuanya untuk memberitahu bahawa meraka akan berangkat ke London pada malam esok. NurAlia yang berada disebelah suaminya hanya mendengar butir bicara suaminya sahaja. Sebaik sahaja panggilan dimatikan, Tengku Haris memandang isterinya.
“Bonda dengan papa kirim salam.” Ujar Tengku Haris ringkas. 

“Waalaikummussalam. Er... Lia nak naik atas dulu lah bang. Lia nak packing baju.” Kata NurAlia. Tengku Haris mengangguk. Lantas NurAlia mengatur langkah meninggalkan suaminya yang sedang menonton tv diruang tamu. 

Ketika mendaki tangga, kepalanya ligat memikirkan tentang sesuatu.  Di dalam bilik, NurAlia termenung menghadap bagasi besar yang diletakkan dihadapan almari pakaian. ‘Ala, baru 2 bulan period tak datang. Normal lah kut.’ Bisik NurAlia didalam hati. Cuba menenangkan hatinya. ‘Tapi kalau pregnant?’. NurAlia memegang perutnya. ‘Takkan kut’. 

NurAlia menggelengkan kepalanya. Enggan memikirkan tentang itu bimbang dia akan meletak harapan yang tinggi dan akhirnya dia kecewa. NurAlia mengeluh berat. 

Bagasi yang sudah penuh dengan pakaian mereka dipandang NurAlia. Setelah sudah berpuas hati, NurAlia menutup kemas bagasi itu kemudian ditolak ke tepi. Jam didinding dipandang sekilas. Kaki diatur menuju ke tangga.

Tengku Haris yang sedang terlena disofa dihampirinya. Sebuah kucupan hinggap dipipi suaminya. “Sayang abang.” Bisik NurAlia.


SEPANJANG 6 hari mereka berada di California, pelbagai tempat yang mereka sudah lawati. Hubungan mereka suami isteri kian bertambah erat kini. Pelbagai ole-ole yang sempat dibeli ketika mereka melawati tempat-tempat disana. Setibanya mereka di KLIA, mereka terus mendapatkan teksi untuk pulang ke kediaman mereka. Sengaja mereka tidak memberitahu kepulangan mereka dek kerana ingin memberi kejutan kepada keluarga mereka. 

Setibanya di kediaman mereka, Tengku Haris membuka luas pintu pagar utama rumah. NurAlia memandang sebuah kereta yang terparkir di porch. Mereka berjalan memasuki perkarangan kediaman mereka. Tengku Haris tersenyum melihat kekerutan didahi isterinya. 

“Kereta siapa ni?” Soal NurAlia hairan. Tengku Haris tersenyum. Lantas dia berlari anak menuju ke kabinet kasut yang terletak ditepi pintu utama. Lalu dia mencari sesuatu. Matanya tertancap pada sebuah kotak kecil berbalut cantik itu. 

NurAlia menghampiri suaminya. Tengku Haris menghulurkan kotak itu kepada isterinya. NurAlia memandang suaminya dengan seribu tanda tanya. Dengan penuh sabar kotak itu dibuka. NurAlia memeluk Tengku Haris tatkala melihat isi didalam kotak itu. 

“Macam mana abang boleh buat semua ni?” Tanya NurAlia yang masih teruja itu. Tengku Haris tersenyum.

“Sehari sebelum kita berangkat. Abang tak pernah bagi sayang hadiah. Kebetulan Lia cakap Lia tak berani nak drive kereta abang kan, so abang rasa kereta ni boleh buat Lia rasa selesa. Sayang suka tak?” Terang Tengku Haris. NurAlia tersenyum lalu dia mengucup pipi suaminya lama. 

“Terima kasih abang. Lia suka sangat hadiah abang ni. Lia janji Lia akan jaga kereta ni baik-baik.” Ujar NurAlia sambil menggoyangkan kunci kereta. 

“Malam nanti kita keluar makan abang nak sayang drive kereta ni.” Cadang Tengku Haris sambil mencubit pipi isterinya itu. 

“Okay.” Jawab NurAlia teruja.


TEPAT jam 6.20 pagi NurAlia terjaga dari lenanya. Lantas dia cepat-cepat membersihkan diri dan berwuduk. Selepas lengkap berpakaian barulah dia menunaikan solat. Tengku Haris yang terjaga apabila menyedari isterinya sudah tiada sebelahnya. Terpandangkan NurAlia yang sedang menunaikan solat barulah dia bangkit dari katil dan melangkah ke bilik air.

Sebaik sahaja selesai solat, NurAlia mencapai baju kerja suaminya yang tergantung didalam almari lalu diletakkan diatas katil. Tengku Haris yang baru keluar dari bilik air dipandang NurAlia. 

“Lia turun bawah sediakan sarapan dulu ya?” 

“Okay. Nanti abang turun.”Jawab Tengku Haris. Sejurus isterinya pergi, Tengku Haris terus menunaikan solat subuh. 

NurAlia membasuh ayam mentah untuk diletakkan didalam mee goreng kegemaran suaminya. Selesai menggoreng mee, NurAlia mencapai mug lalu dia membancuh milo panas buat suaminya. Kemudian dia menghidang sarapan di ruang makan. Baru sahaja dia ingin memanggil suaminya, Tengku Haris kelihatan sedang menuruni tangga bersama briefcase dan segak berpakaian pejabat.
NurAlia menyambut briefcase suaminya lalu tangan suaminya ditarik menuju ke ruang makan. Tengku Haris tersenyum melihat menu sarapan pagi itu. 

“Mee goreng. Macam tahu-tahu aje abang nak breakfast mee pagi ni.” Tengku Haris menarik kerusi lalu duduk. NurAlia mencedok mee goreng ke dalam pinggan dihadapan suaminya. 

“Lia tak makan sekali ke?” Tanya Tengku Haris seraya melihat hanya ada satu pinggan dan semug milo panas sahaja diatas meja makan.

“Tak. Lia kenyang lagi.” Jawab NurAlia sambil menarik kerusi disebelah suaminya. Tengku Haris mengerutkan dahinya. 

“Boleh macam tu? Nanti jangan biarkan perut tu kosong. Tak elok. So, apa plan Lia harini? Drive kereta baru?” Usik Tengku Haris sambil menyuap mee ke dalam mulutnya. NurAlia tersengih. Kepalanya mula ligat memikirkan hala tuju untuk hari itu. 

“Duduk rumah kot. Abang balik lunch hari ni tak?” Soal NurAlia pula. 

“Taklah kut.” Jawab Tengku Haris ringkas.  

Sebaik sahaja kereta Tengku Haris hilang dari pandangan, NurAlia terus menutup pagar besar dengan alat kawalan jauh. Pintu utama ditutup kemas. Lantas dia mendaki tangga ke tingkat atas.


TENGKU Hafiz tidak jadi melangkah menuju ke bilik pejabatnya tatkala matanya terpandang bilik adiknya yang terang itu. Lantas kakinya menapak laju menuju ke bilik adiknya itu. Nancy yang sedang menulis sesuatu itu terus berdiri apabila terpandangkan ketuanya itu.

“Tengku Haris dah balik ke?” Tanya Tengku Hafiz sambil matanya memerhati bilik pejabat adiknya itu.

Belum pun sempat Nancy menjawab soalan Tengku Hafiz, Tengku Haris terlebih dahulu bersuara tiba-tiba. Entah bila lelaki itu sudah berada di muka pintu bilik pejabat itu. Tengku Hafiz menguntum senyuman apabila melihat adiknya itu. Akhirnya mereka sama-sama melangkah masuk ke bilik pejabat itu.

“Bila Ris sampai KL?” Soal Tengku Hafiz yang sudah melabuhkan punggung berhadapan dengan adiknya itu.

“Semalam. Saja Ris tak nak beritahu. Nak surprisekan semua.” Ujar Tengku Haris. Tengku Hafiz ketawa kecil.

“So, seronok honeymoon? Lia apa khabar?” 

“Of course lah seronok. Bercuti dengan orang tersayang. Lagi best daripada bercuti sorang diri tau? Lia sehat alhamdulillah. Malam nanti Ris bawa Lia balik sana.” Ujar Tengku Haris panjang lebar. 

“Eloklah. Papa dengan Bonda ada dekat rumah tu.”

“Kak Mira due bila?” Soal Tengku Haris.

“InshaAllah minggu depan. Ris ni bila lagi?” Pancing Tengku Hafiz. Tengku Haris ketawa apabila mendengar soalan daripada abangnya itu. 

“Belum ada rezeki lagi. Nanti dah ada, abanglah orang pertama Ris beritahu. Promise.” Tengku Haris mengangkat tangannya sebagai tanda berjanji. Tengku Hafiz menggeleng kepalanya melihat reaksi adiknya itu.

“By the way, macam mana dengan Mega? Dah buat keputusan?” Tanya Tengku Haris tiba-tiba. Tengku Hafiz tersenyum.

“Abang hanya dapat beli 10% saja. The rest dah pun ada pembeli.” Jawab Tengku Hafiz. Jawapan yang baru didengar itu sedikit mengejutkan Tengku Haris. Lantas Tengku Haris mencapai fail hitam yang bertanda MEGA itu. 

“Maknanya dah ada calon terbaru untuk perlantikkan CEO Mega?” Tanya Tengku Haris sambil matanya meneliti senarai pemegang saham Mega Jaya Sdn. Bhd. Matanya tertancap pada sebaris nama yang sangat familiar dengan dirinya. NurAlia bt Ahmad. ‘Alah, ramai kut manusia dalam Malaysia ni nama sama macam bini aku.’ Bisik Tengku Haris. 

“Oh ya Ris, Abang dengan Papa dah bincang untuk buka satu organisasi baru. Anak syarikat lah senang kata.” Ujar Tengku Hafiz tiba-tiba. Tengku Haris terus menutup kembali fail itu lalu dia menghantar pandangannya ke arah Tengku Hafiz.

“Anak syarikat baru?”

“Yes. Untuk membantu organisasi lain yang mempunyai masalah dari segi modal which is financing, dan kita akan tawarkan khidmat rundingan kepada organisasi baru.” Terang Tengku Hafiz panjang lebar.

“Good idea bang. So siapa yang akan manage?” 

Tengku Hafiz tersenyum mendengar pertanyaan adiknya itu. Tengku Haris yang melihat senyuman di bibir abangnya itu bagaikan sudah memahami maksud tersirat disebalik senyuman itu. 

“Ris? Again? Why not kita beri percayaan kepada Lisa? She’s good in management and marketing.” Cadang Tengku Haris.

“Nanti kita meeting fasal projek baru ni dengan papa. Kalau papa setuju, nampak gayanya kena train si Lisa tu sampai dia tahu macam mana nak set up bisnes.” Tengku Hafiz mengeluh. Tengku Haris ketawa kecil mendengar keluhan abangnya itu. 

Tidak lama kemudian Tengku Hafiz meminta diri untuk balik ke bilik pejabatnya. Tengku Haris menyambung kerjanya sejurus selepas abangnya menghilang dari biliknya. Tepat jam 12.35 tengahari, Tengku Haris dikejutkan dengan panggilan daripada isterinya. 

Baru sahaja panggilan dimatikan, pintu bilik pejabat Tengku Haris ditolak. Tengku Haris bingkas berdiri tatkala melihat isterinya berada didepan matanya. NurAlia menyalami tangan suaminya seperti biasa. 

“Lia bawa makan tengahari. Jom kita makan sama-sama.” Ajak NurAlia yang sudah menarik suaminya ke sofa. Tengku Haris membulatkan matanya apabila melihat lauk kegemarannya. 

“Apa kata abang ajak Abang Hafiz makan sekali. Lia memang sengaja bawa lebih ni.” Usul NurAlia. Tengku Haris terus mengeluarkan handphonenya lalu nombor abangnya didail. 5 minit kemudian barulah Tengku Hafiz muncul.

“Wah, seronok kalau hari-hari macam ni.” Seloroh Tengku Hafiz. NurAlia tersenyum lalu dia mencedok nasi ke dalam pinggan lalu dihulur kepada abang iparnya itu. Mereka bertiga menikmati makan tengahari sambil berbual rancak. Tengku Hafiz tidak habis-habis memuji masakan NurAlia tengahari itu.


 
BEBERAPA hari selepas mereka pulang dari honeymoon, NurAlia perasan bagaikan ada perubahan pada dirinya. Badannya dirasakan cepat penat sehinggakan hampir setiap hari dia akan tidur petang. Makan pula lebih banyak daripada biasa. 

Tangannya menggosok perut yang kempis itu. ‘Aku mengandung ke? Period memang dah terlebih lambat ni. Tapi tak ada pulak aku loya pening-pening.’ Bisik NurAlia. Kepalanya digaru tidak gatal.

NurAlia mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan diatas bantal. Lalu dia membuka kiriman SMS yang baru sahaja masuk itu. Matanya membulat apabila membaca berita yang baru diterima daripada peguamnya.

‘Alia, I dah dapatkan dokumen yang you perlu tandatangan untuk proses pembelian saham Tan Sri Azman. I harap I dapat jumpa you secepat mungkin untuk uruskan proses pembelian dan penukaran nama.’ 

NurAlia termenung seketika. Memikirkan sesuatu. Tidak lama kemudian laju sahaja jarinya menaip untuk membalas pesanan SMS.

‘Baiklah. Esok pagi I akan ke office you.’   

Ringkas sahaja jawapan dari NurAlia. Kemudian butang send ditekannya. Beberapa minit kemudian nada pesanan SMS berbunyi lagi. Lantas NurAlia membukanya.

‘ Anyway, orang upahan I dah dapat jejak ayah you di Kuala Terengganu. Esok I akan bagi you alamat dan gambar beliau kepada you.’  

NurAlia melopong. Tangannya mula menggigil. Namun jauh disudut hati dia memanjat syukur kehadrat ilahi kerana akhirnya pencariannya membuahkan hasil. Hatinya teruja untuk menunggu esok.

14 comments:

  1. cemane nt kalau haris tau alia yg beli saham mega tu bini die....? alia pregnant...?bestnye..

    ReplyDelete
  2. Oh alia....cecepatlah bgtau u bought the shares of mega. Tak best lah diorang gaduh. Hohoho. Tq for the entry. :)

    ReplyDelete
  3. lamanya sy tggu episode 15 heheheh
    Anyway cerita ni besh :)

    ReplyDelete
  4. alia prgnt ??...best !!
    nk lg ...plz..

    ReplyDelete
  5. x sabar nk tngu next en3.. bgmana alia nk confront dgn haris? apakah reaksi haris bila dpt tahu siapa alia yg sbnarnya? dan bgmana penerimaan kluarga mertua alia? dlm dilemma dan konflik, alia plak didapati berbadan dua..cik writer, keep up good work!!!

    ReplyDelete
  6. hmm bagus2. derah ket wak hok baru. wak abeh gitu. hahaha -M

    ReplyDelete
  7. bestlah novel ni x sabar tunggu episod akn dtg...

    ReplyDelete
  8. baik lia cpt beritahu haris siapa dia sebenarnya. mungkin kalau marah pun tak lama...sayang binikan.tambah2 kalau tau lia dah pregnant.

    ReplyDelete
  9. makin best ni. x sabar nak beli novel. jgn lupa bgtau klu dah kluar nnt, ye

    ReplyDelete
  10. my dearest...the story is getting hot!!! like it so much

    ReplyDelete
  11. Honeymoon kat phuket ke carlifornia?

    ReplyDelete
  12. Wah...the story is very amazing and I think,I want to buy this novel when it will diterbitkan soon...

    ReplyDelete

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...