17 March 2013

Be Mine, My Maid? Episode 17


Episode 17
TENGKU Hanis Amira. Bayi perempuan hasil perkongsian hidup Tengku Hafiz dan Sharifah Amira kini sudah berusia 3 bulan. Hampir setiap minggu Engku Maryam dan Tengku Jamil akan berulang-alik dari Kuantan ke Kuala Lumpur untuk menghabiskan masa dengan cucu pertama keluarga mereka.
            Kandungan NurAlia pula sudah masuk bulan yang ke-4 kini. Selera makannya kini sudah tidak seperti biasa. Sejak masuk bulan ke-4, selera makannya bagaikan sudah berubah sepenuhnya. Kini dia akan memaksa suaminya untuk memasak makanan yang diidamnya. Bagi Tengku Haris pula dia kini bagaikan sudah terbiasa masuk dapur untuk memasak. Jika dulunya dia sendiri tidak tahu membezakan garam dan ajinomoto, kini dia sudah boleh membezakan keduanya.
            “Abang......” Sengaja dia melembutkan nadanya memanggil suaminya yang sedang mengadap laptop didalam bilik pejabatnya. NurAlia mengatur langkah menghampiri suaminya apabila panggilannya tidak bersahut.
            Tengku Haris mengangkat kepalanya apabila perasan isterinya sudah berdiri dihadapan pintu. ‘Ni mesti nak apa-apa ni.’ Detiknya dalam hati.
            “Kenapa sayang?” Tanya Tengku Haris sambil memandang isterinya yang sudah menghampirinya.
            “Abang busy ke?” Tanya NurAlia yang sudah berdiri disebelah suaminya.
            “Sort of.” Jawab Tengku Haris ringkas. Dia terus berpura-pura meneliti kertas.
            NurAlia mengambil kertas yang sedang diteliti Tengku Haris. Mata Tengku Haris membulat memandang isterinya.
            “Busy lah sangat. Habis tu, kat kertas ni apa? Oooo... Abang cakap abang busy pasal abang tak nak Lia kacau abang ya? Nah, ambil balik kertas abang ni. Lia nak naik tidur.” Lantas kertas yang penuh dengan nama NurAlia itu diletak kembali diatas meja Tengku Haris. Belum sempat kakinya ingin melangkah, Tengku Haris terlebih dahulu mencapai tangan isterinya yang sudah merajuk itu.
            “Sayang...” Panggil Tengku Haris lembut.
            “Sayang, abang saja jelah nak sakat Lia. Cepatnya dia merajuk. Lia nak apa? Abang buatkan. Tell me.” Pujuk Tengku Haris sambil memegang bahu isterinya yang masam mencuka itu.
            NurAlia diam lagi. Sengaja dia menundukkan mukanya.
            “Sayang, cepatlah beritahu abang. Lia nak makan apa?” Tengku Haris cuba menarik dagu isterinya agar memandang dirinya.
            “Tak nak apa-apa. Lia nak tidur.” Ujar NurAlia akhirnya. Lalu dia meninggalkan suaminya disitu. ‘Padan muka. Cari pasal sangat.’ Desisnya dalam hati.
            Beberapa minit kemudian barulah Tengku Haris muncul didalam kamar mereka. Kelihatan isterinya sedang membaca majalah Pa&Ma dikatil. Tengku Haris menapak perlahan menghampiri isterinya. Lalu dia melabuhkan punggung disebelah isterinya yang sedang berbaring itu. Perut isterinya yang sedikit timbul itu diusap lembut. NurAlia sengaja tidak mengendahkan suaminya.
            “Lia...” Panggil Tengku Haris perlahan. NurAlia diam lagi. Lantas Tengku Haris berdiri lalu dia membuka satu persatu laci yang ada dalam bilik itu. Persis sedang mencari sesuatu. NurAlia menjeling ke arah suaminya yang sedang sibuk mencari sesuatu. Lantas dia membetulkan badannya.
            “Abang cari apa?” NurAlia bersuara akhirnya. Sejurus terdengar suara isterinya, Tengku Haris terus berpaling.
            “Abang cari suara sayang.” Jawab Tengku Haris ringkas. NurAlia terkedu. Senyuman manis terukir diwajahnya. Tengku Haris lega apabila melihat senyuman yang terukir dibibir isterinya itu. Lantas dia mendapatkan isterinya yang masih berbaring itu.
            “Sayang tolonglah lepas ni jangan merajuk macam ni lagi. Abang buntu  nak pujuk Lia tahu? Okaylah, abang lebih sanggup Lia marah abang daripada Lia diamkan diri macam ni. Terseksa jiwa abang ni.” Ujar Tengku Haris tenang. NurAlia ketawa.
            “Sorry bang, Lia saja nak test abang tadi.” Jawab NurAlia selamba. Tengku Haris membulatkan matanya apabila mendengar jawapan isterinya itu.
            “Kalau macam tu abang nak merajuk pulak lah.” Duga Tengku Haris. Cepat-cepat NurAlia mencapai tangan suaminya.
            “Lia janji tak buat macam tu lagi. Lia minta maaf...” Ujar NurAlia sambil memandang suaminya dengan senyuman dibibir. Tengku Haris meletakkan tangannya dikepala isterinya lalu membalas senyuman isterinya. ‘Macam manalah aku nak merajuk dengan dia ni, kalau sekali dia senyum macam ni hati ni dah cair.’ Tengku Haris mengeluh.

JAM 9 pagi Tengku Haris dan Tengku Hafiz ke Mega Jaya Sdn. Bhd bagi menghadiri mesyuarat perlantikkan ahli lembaga pengarah baru syarikat itu. Tengku Haris meneliti dokumen yang baru diserahkan kepada setiap mereka yang hadir itu. Setiap helaian ditelitinya. Sekali lagi sebaris nama yang baru menjadi sasaran anak matanya membuatkan jantungnya berdengup. Matanya melilau memadang segenap bilik mesyuarat yang sudah penuh itu.
            Tuan Haji Baharin selaku penasihat Mega Jaya Sdn. Bhd mula membuka bicara. Semua yang ada dibilik itu menumpukan sepenuh perhatian kepada Tuan Haji Baharin dihadapan.
            Para hadirin mula menunjukkan minat apabila lelaki itu mula bercerita sejarah Mega Jaya serta perjalanan perniagaan Mega hingga ke hari ini.  10 minit kemudian barulah lelaki itu mula memperkenalkan dua pemegang saham terbaru Mega Jaya. Tengku Hafiz berdiri sejurus namanya diperkenalkan oleh Tuan Haji Baharin.
            Tengku Haris sedikit hampa apabila pemilik nama yang ditunggunya tidak kelihatan malah hanya menghantar peguamnya sebagai wakil. Mata Tengku Haris tidak lepas memandang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai wakil kepada salah seorang pemilik saham terbaru Mega.
            Jam 11:00 pagi, selesailah mesyuarat yang diketuai oleh Tuan Haji Baharin itu. Tengku Hafiz dan Tengku Haris mengambil keputusan untuk terus pulang ke pejabat. Belum sempat pintu lif tertutup, ada seseorang sempat menahan pintu itu daripada tertutup rapat. Tengku Haris membulat memandang Hakim Azimin yang baru sahaja meluru memasukki lif itu.
            “Thanks, anyway.” Ucap Hakim Azimin sambil menghulurkan tangan kepada Tengku Hafiz kemudiannya beralih kepada Tengku Haris.
            “I rasa kita pernah jumpa sebelum ni kan?” Tanya Tengku Haris tiba-tiba. Hakim Azimin tersenyum penuh makna.
            “Ya. Ini kali kedua I diwakilkan untuk attend meeting disini.” Jawab Hakim Azimin tenang.
            “Sepanjang I attend meeting disini, tak pernah sekali pun I jumpa Puan NurAlia. But her name still active till today.” Ujar Tengku Haris selamba. Belum sempat lelaki itu menjawab, pintu lif sudah terbuka.  Mereka berjalan beriringan menuju ke pintu utama lobi.
            “Dia ada. Cuma masih belum tiba waktu yang sesuai untuk dia muncul. You pun tahu Mega punyai sejarahnya yang tersendiri. Maybe sebab itu client I still harapkan I untuk work on behalf of her. I think, tak lama lagi you akan jumpa dia, Tengku. So, I gerak dulu. Nice to meet you both.” Sengaja bahu Tengku Haris ditepuk perlahan dengan senyuman penuh makna. Lantas langkah kaki diatur meninggalkan dua beradik itu.

            “Ris rasa macam ada sesuatu yang dia sembunyikan dari kita semualah. Entah kenapa Ris dapat rasa macam tu.” Ujar Tengku Haris ketika mereka sudah didalam perjalan pulang ke pejabat.
            Tengku Hafiz yang sedang membelek telefon bimbitnya terhenti seketika. Lalu dia memandang adiknya yang sedang memandu itu.
            “Apa yang membuatkan Ris fikir macam tu?” Soal Tengku Hafiz pula.
            “Entahlah. Mungkin perasaan Ris saja kot.” Jawab Tengku Haris akhirnya.

SETIBANYA di bilik pejabat, Tengku Haris terus meluru menghampiri almari fail yang terletak dipenjuru bilik pejabatnya. Laju sahaja tangannya mencapai fail yang bertanda Mega itu.
            Cepat-cepat dia membelek helaian dokumen yang ada di dalam fail tersebut. Matanya terarah pada sebaris nama yang menjadi tanda tanya sejak pagi lagi. Jantungnya berdengup kencang. Tengku Haris berfikir sejenak. Wajah isterinya mula bermain dimata. Bagaikan cukup misteri baginya ketika itu. Hakim Azimin! Hatinya kuat menyatakan ada sesuatu tentang lelaki itu. Panahan mata lelaki itu padanya bagaikan ada maksud tersirat melalui kata-katanya.
            Tengku Haris mengeluh berat. Sekali lagi butiran tentang sebaris nama itu diperhatinya. Tarikh lahir pemilik nama itu membuatkan Tengku Haris sedikit terkejut. “Adakah NurAlia Roslan dan NurAlia Ahmad orang yang sama?” Ujar Tengku Haris sendirian.
            Tengku Hafiz yang sudah lama perhatikan adiknya itu berdehem. Pelik dengan sikap adiknya yang bercakap sendirian itu. Tengku Haris memandang Tengku Hafiz yang sudah menghampirinya.
            “Apa yang tak kena ni Ris? Lain macam aje abang tengok Ris ni. Abang dengar Ris sebut nama Lia. Kenapa dengan Lia?” Tanya Tengku Hafiz bertalu-talu.
            “NurAlia Roslan.” Sebaris nama itu meniti dibibir Tengku Haris sekali lagi. Tengku Hafiz melabuhkan punggung disofa bertentangan adiknya.
            “Kenapa dengan dia? Ris kenal dia?”
            Tengku Haris menggeleng.
            “So? What’s the matter?” Tanya Tengku Hafiz lagi.
            “Birth date dia sama dengan isteri Ris. Cuma nama ayah dorang tak sama. Entahlah Ris macam dapat rasa dua nama ni adalah orang yang sama.” Luah Tengku Haris sambil memicit kepalanya.
            Tengku Haris membelek fail yang terbuka itu.
            “Maybe satu kebetulan?” Tengku Hafiz cuba berfikir positif.
            Tengku Haris diam.
            “Ris, tak baik tahu curiga macam ni. Abang tak fikir Lia boleh buat perkara macam ni. Lagipun abang rasa Ris lebih kenal Lia.” Ujar Tengku Hafiz.
            “Ris kenal dia selepas dia jadi maid rumah kita. Sejarah hidup dia tak banyak yang Ris tahu. Hati Ris ni kuat menyatakan dua nama ni adalah orang yang sama.”
            “Abang rasa Ris patut jumpa peguam tu dulu to make things clear. Abang tak nak Ris buat keputusan terburu-buru nanti. Lagipun isteri Ris tu kan tengah mengandung.” Nasihat Tengku Hafiz lagi. Tengku Haris diam tidak bersuara. 
            “Dah, tak payah kusutkan kepala tu. Jom, ikut abang lunch dengan Lisa.” Ajak Tengku Hafiz.
            “Lisa ada kat KL ke?”
            “Haah. Dah 2 hari ada kat sini. Jomlah kita lunch sekali.”
            Tengku Haris melihat jam ditangan sekilas. Teringat isterinya dirumah. “Tak boleh lah bang. Lia kat rumah tu tunggu Ris balik. Lain kalilah kita lunch sekali?”
            Tengku Hafiz ketawa.
            “Tadi bukan main curiga dekat bini. Tak pelah. Ris baliklah. It’s okay.” Ujar Tengku Hafiz sambil menepuk bahu adiknya berkali. Tengku Haris tersenyum pahit.

TENGKU Haris cuba memaniskan wajahnya sebelum melangkah masuk kedalam perut rumahnya. Bau kari menyengat hidungnya. Tengku Haris melangkah ke dapur basah. NurAlia yang sedang bernyanyi sambil memegang senduk itu menjadi tatapan sepasang mata milik Tengku Haris.
            “Abang, dah lama balik?” Tegur NurAlia tatkala terpandang suaminya yang sedang berdiri disudut.
            “Baru jer. Lia masak apa?” Tanya Tengku Haris cuba meneutralkan keadaan.
            “Kari ayam. Teringin sangat nak makan.” Jawab NurAlia lembut sambil menarik tangan suaminya menghampiri kerusi.
            “Kenapa tak tunggu abang balik? Abang boleh masakkan.” Ujar Tengku Haris. Bukan dia tak tahu, sejak kandungan isterinya memasukki bulan yang ke-3, tekak isterinya sedikit berubah. NurAlia tidak lagi makan makanan yang dimasaknya. Sejak itulah juga, dia pula mengambil alih tugas memasak dan isterinya pula petah mengeluarkan resipi masakan.
            “Tak apalah. Lia tak nak kacau abang. Lagipun harini Lia rasa nak masak sendiri.” Jawab NurAlia ringkas. Tengku Haris kemudiannya berlalu ke ruang tamu untuk berehat seketika.
            Ketika dimeja makan, mereka tidak banyak berbual seperti kebiasaannya. Tengku Haris lebih selesa melayani fikirannya sambil menikmati hidangan tengahari itu. NurAlia pula bagaikan mengikut rentak suaminya. Dia sedikit kaget dengan apa yang disampaikan peguamnya pagi tadi. Suaminya itu bagaikan mengesyaki sesuatu ketika mesyuarat yang diadakan di Mega.
           




18 comments:

  1. Bilalah alia nak terus terang dengan haris ni?

    ReplyDelete
  2. nak tunggu apa lagi alia? terus-terang ajelah.

    ReplyDelete
  3. eish..asallah Alia tak terus terang je dr awal pada Haris...kan nanti akan susahkan diri dia sendiri...

    ReplyDelete
  4. adakah hubbynya akan mengamuk sakan bila mengetahui yg bininya tu pemilik terbesar saham Mega..dan secara logiknya mengapa pula T.Haris akan memarahi dan merajuk kerana dirinya sendiri tidak pernah berusaha untuk mengetahui latarbelakang keluarga Lia kan..dan kenapa dia boleh end up jadi maid dirumahnya..

    ReplyDelete
  5. haaaa. i likee. terbit la buku tu. x sabar ni. kalau boleh bia sadis sikit. hihi -kang gary

    ReplyDelete
  6. best. jgn lupa bgtau klu novel dah kluar. mmg nak kena beli ni

    ReplyDelete
  7. best. jgn lupa bgtau klu novel dah kluar. mmg nak kena beli ni

    ReplyDelete
  8. best giler..tp macam pernah baca..hehe,tp di mana ya..

    ReplyDelete
  9. sambung lah cepat. tak sabar nak baca ni :)

    ReplyDelete
  10. Cptlaaa.x sbr ni.....bla nk smbung...

    ReplyDelete
  11. saya suka,, saya suka . hahaha .. harap cepat sambung ye cik writer .. tak sabar dah nak tunggu ni :)

    ReplyDelete
  12. gary okay? ahahhaa

    ReplyDelete
  13. baru bcee...mmg bezz...cpt2 nvel tu kluar..
    xsbar nk bl!.....heee ;)

    ReplyDelete
  14. cerita ni mirip kepada drama lakonan haliza misbun dengan ahmad idham - cinderella.. yg juga telah diterbitkan dlm btk novel..

    ReplyDelete