24 August 2013

Bunga Cinta Hati - Episod 7

Episod 7
KERETA milik Dato’ Darwisy diparkir di perkarangan banglo 2 tingkat milik Tuan Haji Ibrahim.  Dengan diari hitam ditangan kanan, Farah menapak menghampiri beberapa orang pekerja yang sedang gigih menyiapkan kolam ikan dibahagian kanan banglo.
            “Cik Farah.” Tegur salah seorang daripada mereka.
            Farah menguntum senyuman.
            “Anak Tuan Haji ada datang tak?”
            “Tak ada pula Cik Farah.”
            Farah mengangguk. Dia memandang Dato’ Darwisy yang sedang meneliti rumput hijau yang baru ditanam itu. Telefon bimbit yang berada didalam poket dikeluarkannya.
            “What’s wrong Farah?” Tanya Dato’ Darwisy tenang.
            “Nothing. Just nak remind Encik Ashraf yang dia ada appointment dengan kita sekarang.” Jawab Farah sambil memandang skrin telefonnya.
            Dato’ Darwisy mencebik. Sakit hatinya apabila mendengar nama Ashraf meniti dibibir gadis itu.
            “No, no. You don’t have to call him. I’ll call him.” Cantas Dato’ Darwisy. Lantas dia mencari nama temannya itu dari senarai kontak. Beberapa minit sahaja suara temannya itu sudah berada ditalian.
            Farah terkedu. Dia hanya mendengar perbualan pendek itu. Keluhan dilepaskan. Bangku yang sudah siap dipasang itu menjadi sasaran punggungnya. Dato’ Darwisy tersenyum puas.
            “Sekejap lagi sampailah mamat tu.” Ujar Dato’ Darwisy.
            Farah mengangguk. Matanya memandang pekerja yang sedang menyiapkan kolam ikan itu.  Dia sengaja tidak mahu menunjuk minat terhadap lelaki dihadapannya itu kerana bimbang isi hatinya dapat dibaca oleh lelaki itu.

FARAH menarik nafas lega apabila melihat senarai kerja yang berjaya dia selesaikan. Dek kerana tidak tahan panas terik, Farah meminta diri untuk masuk ke dalam kereta milik Dato’ Darwisy. Kelihatan kedua lelaki itu rancak berbual. Farah menekan punat radio. Badannya disandarkan. Lega. Matanya dipejamkan.
            “Nanti dah settle kerja dekat rumah aku ni, susahlah aku nak tengok si Farah tu.” Ujar Ashraf. Dato’ Darwisy tersenyum.
            “Baguslah macam tu.” Dengan selamba kata-kata itu terlintas dibibirnya.
            “Apa dia?” Tanya Ashraf apabila tidak dapat menangkap butir bicara temannya itu.
            Sambil menoleh ke arah Farah yang berada didalam kereta, Dato’ Darwisy tersengih. “Tak ada apalah. Aku gerak balik dululah Ash. Kalau ada apa-apa masalah, kau call je aku.” Pesan Dato’ Darwisy sambil menepuk bahu rakannya itu.
            “Yela. Sebelum tu aku nak pesan sikit, kau jangan nak potong line aku pula Am. Si Farah tu aku dah cop tau.” Ujar Ashraf dengan bersungguh-sungguh. Dato’ Darwisy ketawa mengekek.
            “The best man win, bro!” Dengan tawa yang masih bersisa, Dato’ Darwisy melangkah ke kereta. Ashraf menjelir lidahnya apabila mendengar kata-kata akhir sahabatnya itu. Sempat dia menghantar pandangannya ke arah kereta mewah temannya yang sudah bergerak itu.

FARAH menolak pintu bilik pejabat dengan perlahan. Dengan lafaz bismillah dia melangkah memasukki ruang bilik pejabatnya itu. Kerusi empuk bagaikan memanggilnya untuk merehatkan badan. Sepanjang perjalanan pulang ke pejabat sebentar tadi dia lebih banyak menyepikan diri daripada melayani lelaki itu berbual kosong.
            Tangannya laju sahaja mencari telefon bimbitnya yang diletakkan didalam handbag berwarna coklat itu. Lain yang dicari, lain pula yang dikeluarkannya. Jam Rolex yang masih tidak bertemu tuan itu direnungnya.
            “Macam manalah aku nak pulangkan kau ni wahai Mr. Rolex. Selagi kau masih dengan aku, selagi itulah hati aku tak tenteram.” Keluhnya perlahan. Dahinya dipicit perlahan. Cuba mengingati rupa paras pemilik jam tersebut namun gagal. Satu keluhan berat dilepaskan.
            Jam dipergelangan tangan dipandangnya. Lantas dia bergegas mencapai beg kecil yang diletakkan didalam laci lalu melangkah keluar dari bilik pejabatnya.

IBU dah ada dekat rumah ke?” Tanya Amy sambil memandu keluar dari kawasan bangunan pejabat.
            “Yup. Malam nanti kita bawa ibu makan dekat restoran ikan bakar nak?” Usul Farah sedikit teruja.
            “Ikan bakar? Kau ni kacau diet aku jelah Farah.” Rungut Amy. Farah ketawa.
            “Diet? Badan kau dah macam lidi ni pun kau nak diet lagi? Tak faham lah aku dengan kau ni.” Bidas Farah selamba. Sengaja ingin membakar perasaan temannya itu.
            “Lidi amendanya, aku tengok dah macam buah epal badan aku ni. Kau sengaja perli aku kan Farah?” Balas Amy pula. Ketika itu kereta dipandunya sudah memasukki lorong perumahan mereka.
            “Kau balik Kuantan hari apa? Dato’ dah approve cuti kau ke?” Sengaja dia mengalih topik perbualan mereka.
            “Lusa. Dato’ bagi aku cuti 2 minggu.”
            “Okaylah tu. Sempatlah kau pergi honeymoon ye?” Usik Farah pula. Amy menarik muncung panjang.  
            “Aku gurau jelah makcik. Esok kau temankan aku cari baju untuk jadi pengapit kau.” Ujar Farah lagi. Mendengar perkataan pengapit wajah Amy terus bertukar manis. Terimbau kembali ketika dia menyuakan borang permohanan cuti kepada ketuanya beberapa jam sebelum habis waktu kerja.
            Berubah 100% air muka majikannya itu tatkala mendengar permintaannya untuk menggandingkan lelaki itu dan temannya sebagai pengapit di majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung itu.
            “You ni biar betul Amy. Nanti mengamuk si Farah tu.” Ujar Dato’ Darwisy sambil berpeluk tubuh.
            “Jangan risau, Farah tak tahu tentang ni. I bet, dia mesti terkejut beruk on that day. Setuju jelah Dato’.”
            Dato’ Darwisy menguntum senyuman. “Erm... If you insist, erm... i okay jelah.” Jawabnya lambat. Amy tersenyum.
            “Beres! Senang kerja i macam ni. Dato’ pakai baju warna pink tau. Baru sedondon dengan Farah.” Ujarnya. Pilihan warna pakaian dihulurkan kepada lelaki 30an didepannya itu. Tanpa banyak soal, lelaki itu mengangguk tanda setuju.
            Dengan senyuman yang masih terukir dibibir, Amy mematikan enjin kereta. Farah disebelahnya memandang dirinya dengan dahi yang berkerut.
            “Kau ni dah kenapa Amy? Senyum sorang-sorang pulak dah. Tak sabar sangat nak berlaki ke makcik oii?” Usik Farah sambil membuka pintu kereta. Amy mencebik.
            “Lega hati ibu kamu berdua dah balik.” Sapa Puan Raihana sambil berdiri di pintu. Farah menguntum senyuman lalu menyalami tangan ibunya penuh hormat.
            “Dah lama ibu habis meeting?”
            “Lama lah juga. Macam mana kerja harini?”
            “Macam tulah bu. Tak pernah nak habis. Kan Amy?” Jawabnya sambil merebahkan badannya disofa.
            “Kau je yang kerja tak pernah nak habis.” Sindir Amy. Puan Raihana tersenyum.
            “Kerja tu kerja juga, Farah. Jangan sampai tak ingat dunia. Awak tu tak lama lagi nak masuk 30 tahun.” Leter Puan Raihana sambil memandang kaca televisyen.
            Farah memandang Amy yang ketawa mendengar leteran Puan Raihana itu. Malas mendengar leteran ibunya yang bakal berjela itu, Farah bangkit dari sofa lalu meminta diri untuk membersihkan diri. Puan Raihana hanya menggeleng kepala.

SAYU hatinya tatkala melihat ibunya yang sudah memasukki ke balai berlepas Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Satu panggilan yang diterima jam 7 petang membuatkan Puan Raihana bergegas mahu pulang ke Kuala Lumpur. Seribu alasan terpaksa diberikan oleh Farah apabila wanita itu beberapa kali memujuknya supaya turut sama pulang ke Kuala Lumpur.
            Langkah kaki diatur laju menuju ke pintu utama lapangan terbang. Tanpa mempedulikan manusia yang tidak putus keluar dari balai ketibaan yang terletak disebelah kiri bangunan, Farah melangkah laju menuju ke pintu utama.
            Sambil matanya melilau mencari kelibat keretanya yang dipandu Amy, tiba-tiba ada seorang lelaki berdiri dihadapannya sekaligus menghalang pandangannya. Farah mengerutkan dahinya sambil memandang hairan ke arah lelaki dihadapannya itu.
            “You.... i think i’ve met you before!” Ujar lelaki itu sambil menggerakkan jari telunjuknya kepada Farah.
            “Err... sorry. I don’t think so.” Balasnya pula sambil menjarakkan dirinya. ‘Mana pula si Amy ni.’ Rintihnya dalam hati. Lehernya dipanjangkan. Matanya sibuk mencari kelibat Amy di laluan kereta berhadapan pintu utama itu.
            “Handphone you dah okay ke?” Terpancul soalan itu dibibir lelaki itu.
            Farah terpana seketika.
            “That day i terlanggar you kan depan Pizza Hut. Remember?” Soalnya lagi.
            ‘Mr. Rolex?’ Desisnya dalam hati.
            “Jam. Yes, jam tangan i ada pada you.” Ujarnya pula.
            Matanya mengamati wajah lelaki dihadapannya itu. Namun masih gagal mengingati insiden tersebut.
            “Erm... macam mana i nak pastikan yang you betul-betul pemilik jam tu? Sebab i tak nak tanggung apa-apa risiko.” Ujarnya berterus-terang.
            Lelaki dihadapannya tersenyum. “Okay. I faham. Macam nilah, kita jumpa di restoran yang i tunggu you that day. Dalam pukul 1 petang. Can you make it?” Cadang lelaki itu pula.
            Farah diam sejenak.
            “Okaylah kalau macam tu.” Farah akhirnya bersetuju dengan cadangan lelaki itu. Hatinya sedikit lega apabila ternampak Amy yang sedang melambai tangan kearahnya. Tidak lama kemudian mereka sama-sama meminta diri untuk pulang ke tempat masing-masing.

JAM 12.30 tengahari kereta Farah sudah terpacak dihadapan restoran Secret Recipe. Sengaja dia datang lebih awal kerana sudah sedia maklum tentang parkir yang agak terhad itu. Jam tangan milik lelaki itu yang diletakkan didalam kotak kecil dipandangnya dengan senyuman.
            Sebaik sahaja dia ternampak kelibat pemilik jam tersebut, dia terus keluar dari perut kereta lalu meluru masuk ke dalam restoran itu. Sempat dia membetulkan tudungnya sebelum melangkah menghampiri lelaki itu.
            “Hai.” Sapa lelaki berkaca mata hitam itu. Farah mengangkat kening sahaja sambil menarik kerusi.
            “So, you nak makan apa?” Tanyanya pula.
            “No, it’s okay. I just nak pulangkan jam tangan you.” Tolaknya. Lelaki itu membuka kaca mata yang dipakainya.
            “Alang-alang dah ada dekat sini, why not have a lunch with me. Don’t worry, it’s my treat.” Ujar lelaki itu sambil melebarkan bibirnya. Farah terpaku. Sepasang lesung pipit di kedua belah pipi lelaki itu menarik perhatiannya.
            “Er... well, if you insist.” Jawabnya tenang. Lelaki itu menguntum senyuman.
            Ketika itu seorang pelayan lelaki memberikan menu kepada mereka. Dengan lambat-lambat Farah membelek menu tersebut.  Sebaik sahaja pesanan diambil, bibir Farah bagaikan digam. Kelu lidah untuk bersuara.
            “So, what’s you name?” Tanya lelaki itu sambil tangannya digenggam kemas.
            “Farah. Just call me Farah. You?”
            “Ammar Arif. You can call me Arif.” Jawab lelaki itu mesra.
            “I think Ammar is better.” Ujar Farah sambil tersenyum menampakkan giginya.
            “Or maybe you boleh panggil i darling atau sayang.” Usik Ammar selamba. Farah menjegilkan matanya.
            “Ada-ada ajelah you ni. By the way, you orang mana? Terengganu ke?”
            “No. I’m from Kuala Lumpur. Kebetulan ada meeting dekat sini. Luckily i decide nak datang awal. Kalau tak, tak dapatlah i jumpa you harini.” Terang Ammar sambil mengamati wajah bersih gadis dihadapannya.
            “Oh yer. Jam tangan you.” Farah mengambil sesuatu dari tas tangannya. Kotak kecik berwarna merah itu dihulurkan kepada lelaki dihadapannya itu. Dengan senyuman melirik, Ammar membuka kotak tersebut. Jam tangan Rolex miliknya kini sudah berada ditangannya. Kemudian dia memandang Farah yang sedang menyedut jus.
            “You tak payah risaulah, i tak pernah pakai jam tu pun. Lega hati i bila dah dapat pulangkan jam ni.” Ujar Farah apabila melihat lelaki itu asyik membelek jam tersebut.
            Tawa Ammar meletus.  
            “Jam ni terlalu bermakna buat i. Alhamdulillah Allah ketemukan i dengan you semalam.” Ujarnya sambil meletakkan kembali jam tangan tersebut didalam kotak kecil itu. Farah tersenyum.
           
“DATO’.” Sapanya apabila melihat Dato’ Darwisy tercegat dimuka pintu.
            “Busy?” Tanyanya sambil melangkah masuk.
            “Taklah. Tiba-tiba aje muncul ni. Ada apa-apa ke?” Tanya Farah sambil menutup fail. Dato’ Darwisy melabuhkan punggungnya diatas kerusi bertentangan dengan Farah. Sambil menongkat dagu, Farah memandang lelaki dihadapannya itu.
            “Rindu yang tiba-tiba berlabuh dalam hati i membuatkan i berada dihadapan you sekarang, Farah.” Ujar Dato’ Darwisy selamba. Farah terpana seketika.
            “Dato’ demam ke?” Tanyanya pula.
            “Demam rindu kot.” Jawab lelaki itu sambil tayang gigi.
            Farah mencebik.
            Sekeping kad walimatul urus dihulur kepada Farah. Lambat-lambat dia membuka kad tersebut.
            “You nak kahwin? Tak pernah beritahu i pun?” Teka Farah selamba.
            “Kalau i nak kahwin, you lah orang terpenting dalam majlis i tahu?” Sengaja dia menduga gadis itu. Airmuka gadis itu sebentar tadi membuatkan hatinya berbunga. Hati Farah kembali normal apabila melihat nama bakal pengantin yang tertera dikad tersebut.
            “Teman i malam ni?” Ajaknya pula. Farah mengerutkan dahinya.
            “Kenapa pula i yang kena teman you?”
            “You kan bakal isteri i. Itu pun you tak tahu ke?” Dato’ Darwisy cuba menarik tali. Ternganga Farah dibuatnya.
            “You ni kena sampuk agaknya.” Balasnya geram. Dato’ Darwisy dihadapannya itu kelihatan sedikit berbeza dimatanya.
            “Sampuk pun sampuklah Farah. Malam ni i jemput you dirumah? Pukul 8.” Ujar Dato’ Darwisy sambil bangkit dari kerusi. Farah jadi tidak keruan apabila lelaki itu mula memberi arahan tanpa menunggu jawapan darinya.
            “Dato’, i belum decide nak temankan you atau pun tak.” Jerit Farah. Lelaki itu yang sudah berada dipintu memandang ke arahnya. Dato’ Darwisy menguntum senyuman lebar.
            “Malam nanti pukul 8 i jemput you dekat rumah you. Pakai cantik-cantik tau sayang.” Ujar Dato’ Darwisy selamba lalu mengatur langkah meninggalkan gadis itu yang masih kebingungan itu.

            

5 comments:

  1. Gedik gila doh Dato Darwish ni.. Macam menyampah pun ada. Gatal ke apa dia nii..

    ReplyDelete
  2. Finally updated ! Fufufu 3 guy weeyyyyh... Super la farah. Hahaha ok, i interesting more with ammar arif. Sgt misteri. Huhuhu ;)

    ReplyDelete
  3. what happened to the guy yg kasih watch dia macan tergantung pula story tu?$

    ReplyDelete