10 December 2012

Be Mine, My Maid? Episode 9


Episode 9
SEJAK mereka pulang dari Kuantan tempoh hari, Tengku Haris kelihatan dingin sekali dimata NurAlia. Dia tidak berani untuk bertanyakan perihal lelaki itu kerana bimbang lelaki itu akan bersangka buruk terhadapnya.

Sharifah Amira yang kini sedang hamil 3bulan lebih banyak menghabiskan waktunya di banglo itu.  Tengku Hafiz pula sudah 2 minggu tidak ke pejabat dek kerana tempias ‘morning sickness’ si isteri.  NurAlia seakan perasan tentang perubahan Sharifah Amira kepadanya kerana wanita itu semakin hari semakin kasar dengannya berbanding sebelum ini. Namun kerana memikirkan mungkin pembawakan budak, NurAlia hanya bertahan walaupun makian bagaikan makanan telinganya kini.

Bibik Biah menghampiri NurAlia yang sedang asyik menyiram pokok-pokok bunga di taman mini itu.  

“Bibik... tak perasan pulak Bibik ada dekat sini.” Seloroh NurAlia. Dia menutup pili air lalu dia menghampiri Bibik Biah yang sedang duduk di bangku kayu di sebelah kolam ikan kecil itu.

“Macammana nak perasan, Lia tu khusyuk sangat duk menyiram pokok. Bibik tengok, Lia macam ada masalah aje? Gaduh dengan Tengku Haris ke?” Serkap Bibik Biah.

NurAlia cepat-cepat menggeleng kepalanya.

“Takde apalah Bik. Lia okay aje.” Ujar NurAlia perlahan. Lantas dia mematikan paip air. Lalu dia melabuhkan punggung diatas bangku kayu di taman mini.

“Biasalah Lia, orang dah nak kahwin ni macam-macam dugaannya. Lia kena banyak bersabar.” Ujar Bibik Biah berbaur nasihat. NurAlia merenung ke tanah sambil menguis kakinya.

Deruan enjin kereta Tengku Haris mematikan lamunan gadis muram itu. NurAlia memandang kereta BMW putih itu. Lalu dia mengangkat punggung lalu meninggalkan taman mini.  Tengku Haris yang baru sahaja memarkir keretanya di porch banglo sempat melihat tingkah NurAlia sebentar tadi.


TENGKU  Haris merenung ke langit yang hanya diterangi bulan yang terang bercahaya. Sejak pulang dari Kuantan tempoh hari, dia sering pulang lewat malam dek kerana menyiapkan tugasan di pejabat yang tidak pernah selesai itu. Fikirannya sedikit terganggu apabila memikirkan majlis perkahwinannya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Tiba-tiba kedengaran pintu biliknya dibuka. Lantas dia memusingkan badannya menghadap pintu biliknya. Melihat Tengku Hafiz yang muncul disebalik pintu, Tengku Haris terus tersenyum.

“Nampak abang je terus senyum? Apa yang kelakar wahai Tengku Haris?” Tegur Tengku Hafiz sambil berjalan menghampiri balkoni bilik itu. Tengku Haris menggelengkan kepalanya.

Teruk jugak ye alahan abang ni. Sampai kurus dah Ris tengok.”

“Boleh tahanlah Ris. Tapi hari ni okay sikit daripada semalam. Mungkin dah beransur baik kot. Alah, nanti kalau si Alia tu mengandung, tahulah Ris macammana rasa alahan ni. Sekarang boleh lah gelakkan abang.” Ujar Tengku Hafiz panjang lebar. Tengku Haris mendengar kata-kata abangnya itu hanya tersenyum pahit. ‘that is not going to be happen lah bang’ bisik Tengku Haris di dalam hati.

“Ris dah ready nak jadi suami orang ke ni?” Tanya Tengku Hafiz dengan wajah yang serius.

“In Shaa Allah bang. I will be a very good husband to her.  Don’t worry lah.” Ucap Tengku Haris seakan cuba meyakinkan abangnya itu.

“Baguslah kalau macam tu. Haa.. lupa abang nak bagitahu Ris. Esok Lisa balik sini. Dah cuti katanya.” Ujar Tengku Haris mendatar.

“Lama sungguh dia tak balik sini.” Ujar Tengku Haris.
Tengku Malissa, adik bongsu Tengku Hafiz dan Tengku Haris yang sedang menuntut di Universiti Malaysia Sabah (USM). Adiknya itu sangat jarang untuk pulang ke Kuala Lumpur berbanding rumah keluarga mereka di Kuantan. 



TENGKU Haris tersenyum mengagumi keindahan alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa itu.  Hilang segala bebanan kerja yang ditanggungnya selama seminggu dia sibuk di pejabat tempoh hari.

Jam 8:45 pagi Tengku Haris mendapat panggilan daripada Datin Rohana yang ingin bertemu dengannya pada petang Sabtu itu. Tengku Haris memandang NurAlia sekilas yang baru sahaja melintasi ruang tamu. Dia perasan gadis itu sedikit muram sejak semalam. Wajah gadis itu bermain di mindanya kini.

Tengku Hafiz dan Sharifah Amira yang baru muncul dari tingkat atas hanya memandang Tengku Haris yang kelihatan seperti sedang termenung. Tengku Hafiz mendapatkan adiknya itu manakala Sharifah Amira menghilang ke dapur.

“Hai Ris, orang nak jadi pengantin ni tak boleh banyak termenung sangat. Nanti takut hilang seri pengantin.” Usik Tengku Hafiz. Tengku Haris ketawa mendengar usikan daripada Tengku Hafiz.

“Abang nak keluar ke mana?”

“Nak pergi klinik dengan isteri abang. Kenapa?” Tanya Tengku Hafiz sambil matanya mencari sesuatu di atas meja kecil.

“Lisa datang sini dengan apa?”

“Erm... kata Bonda dia datang dengan kereta. Petang nanti sampailah dia tu.”
Tengku Haris cuma menganggukkan kepalanya sambil matanya terarah dikaca tv.  Beberapa minit kemudian Tengku Hafiz meminta diri untuk ke klinik bersama isterinya itu.

JAM 2:00 petang Tengku Haris sudah bersiap-siap untuk ke butik milik Datin Rohana. Sebelum dia melangkah keluar dari banglo itu dia sengaja mencari NurAlia di dapur.  Entah kenapa dia ingin melihat wajah itu sebelum dia melangkah keluar.

Sebaik sahaja namanya dipanggil oleh Tengku Haris, NurAlia terus cepat-cepat mendapatkan lelaki itu yang sedang berdiri di tengah-tengah dapur kering.

“Ada apa awak panggil saya?” Dia sengaja membahasakan Tengku Haris ‘awak’ kerana dia kini lebih selesa begitu. Walaupun dia tahu lelaki itu masih akan ber’aku’ dengannya.

“Aku nak keluar ke butik Datin Rohana. Kau ada nak request apa-apa tak?” Tanya Tengku Haris sambil matanya merenung segenap inci wajah gadis itu.

“Tak ada.” Ringkas sahaja jawapan yang keluar dari bibir kecil milik NurAlia.
Mendengar jawapan ringkas dari mulut gadis dihadapannya itu dia terus mengambil langkah keluar dari banglo itu.  Sebaik sahaja Tengku Haris pergi, NurAlia terus masuk ke dalam biliknya.

SUARA Bibik Biah yang sedang berbual mesra mencuri perhatian NurAlia yang sedang menulis sesuatu didalam diarinya. Lantas dia menyimpan diari itu didalam laci dan terus melangkah keluar dari biliknya. Bibik Biah memandang NurAlia yang baru sahaja keluar dari bilik itu. Gadis yang berambut perang yang berdiri berhadapan dengan Bibik Biah turut memusingkan badannya.

“Nilah perempuan yang nak kahwin dengan abang Lisa tu Bibik? Dasar perempuan tak tahu malu! Cuba kau cermin muka kau tu sikit Alia.!” Herdik Tengku Malissa.

“Maafkan saya Tengku. Saya sedar siapa saya ni, tetapi saya bukanlah seperti yang Tengku fikirkan.” Ucap NurAlia sebak. Lantas dia berlari meninggalkan dapur kering itu.
Bibik Biah mengeluh kesal. Tengku Malissa mencebik apabila mendengar kata-kata NurAlia sebentar tadi.

“Tengku, Bibik kenal Alia tu macammana. Dah hampir setahun dia kerja dekat sini. Dia budak baik, Tengku.” Pujuk Bibik Biah lembut.

“Alah, Bibik bukan tahu apa pun. Entah-entah perempuan tu dah bagi ubat guna-guna dekat abang tu. Sampai abang nekad sangat nak nikah dengan perempuan yang entah dari keturunan mana tu.” Ujar Tengku Malissa dengan amarah yang masih bersisa itu.

Bibik Biah hanya mampu menggeleng kepala mendengar tuduhan dari mulut Tengku Malissa itu. Jauh disudut hati tuanya itu dia yakin pembantunya bukanlah seperti yang Tengku Malissa fikirkan.


NURALIA duduk termenung di bus stop kecil berhampiran taman perumahan elit itu. Hampir setengah jam dia berada di situ. Kepalanya sarat memikirkan keputusan besar yang telah dilakukannya tempoh hari. Perkahwinan yang bakal berlangsung tidak lama lagi bakal merubah hidupnya walaupun perkahwinan itu cuma seketika. Dia bimbang hatinya bakal terluka dengan permainannya sendiri. Tanpa sedar satu keluhan keluar dari bibirnya.

Langit yang sudah bertukar warna menarik kaki NurAlia untuk berjalan pulang ke banglo milik keluarga Tengku Haris. Baru sahaja kakinya menapak, tiba-tiba kereta BMW putih milik Tengku Haris berhenti berhampiran dengannya. NurAlia menjadi tidak keruan apabila tingkap kereta itu diturunkan.

“Kau buat apa kat sini Alia?” Tanya Tengku Haris. NurAlia menelan liurnya. Akhirnya dia cuma kaku berdiri menghadap kereta lelaki itu.

“Dah, masuk cepat. Hari nak hujan ni.” Arah Tengku Haris tegas.

NurAlia akur. Sebaik sahaja pintu kereta ditutup, Tengku Haris terus memandu laju menunju ke satu destinasi yang tidak diketahui NurAlia.

“Awak nak bawa saya ke mana  ni?” Tanya NurAlia. Tengku Haris sengaja membiarkan soalan itu.
Beberapa minit kemudian mereka sampai di satu taman permainan kanak-kanak. Tengku Haris mematikan enjin keretanya lalu melangkah keluar dari perut kereta. Melihat tingkah Tengku Haris, NurAlia terus keluar dari perut kereta mewah itu.

“Aku minta maaf sebab mungkin aku dah buat kau keliru. Aku tengok kau macam ada masalah jer Alia.” Ujar Tengku Haris perlahan. NurAlia turut menyandarkan badannya di kereta mewah Tengku Haris.

“Tak ada apalah Tengku. Mungkin sebab saya penat.” Ujar NurAlia ringkas.

“Aku minta maaf sebab heret kau dalam masalah aku dengan family aku ni. Aku janji perjanjian antara kita hanya untuk setahun. Aku tak akan letak apa-apa kesalahan di bahu kau bila hari ‘itu’ tiba nanti.” Ujar Tengku Haris lembut. Dia memandang NurAlia disebelahnya itu. NurAlia menahan getaran didadanya itu. Banyak perkara yang mereka bualkan petang itu. Kebanyakkan berkisar tentang perkahwinan yang bakal menjelang tiba nanti. 

13 comments:

  1. Best laa..nak lagi! !!!!!!!

    ReplyDelete
  2. best...bler nak kuar versi novel??

    ReplyDelete
  3. lambat lagi ka nak kuar bab 10 ????????? bila ek ?????

    ReplyDelete
  4. betnyerr..nk lagiiii

    ReplyDelete
  5. Adakah sharifah amira bekas kekasih tengku haris?

    ReplyDelete
  6. best..bler nak kuar ep 10

    ReplyDelete
  7. Nak Lagi boleh?cerita awak bestlah!!
    thumbs up!

    ReplyDelete
  8. Sorry. Episode 10 still in progress. Me bz ngan wedding. In shaa Allah esok I will upload it.

    Sabar na..

    ReplyDelete
  9. aih, lambat lg ke nk upload? nk lagi nk lagi nk lagi :)
    -M

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Bila nak keluarkan post terbaru?

    ReplyDelete