15 July 2013

Bunga Cinta Hati -2

Episod 2
TELEFON hitam miliknya diusap lembut dengan senyuman yang lebar. Hatinya senang melihat telefon bimbitnya itu yang sudah ‘pulih’ setelah beberapa hari tidak ‘sihat’. Kereta putih kesayangannya membelok ke restoran Uncle Chua Signature yang terletak ditengah bandar Kuala Terengganu.
            Matanya melilau mencari kelibat temannya yang sudah hampir 15 minit menunggunya disitu. Melihat tangan yang sedang melambai ke arahnya Farah menguntum senyuman. Kakinnya diatur menghampiri Amy. Tiba-tiba dia terlanggar bahu seseorang. Beberapa kali ucapan maaf terpancul dibibirnya.        
            “Farah...” Terdengar lelaki yang dilanggarnya memanggilnya. Farah mengangkat muka.
            “Eh... Dato’... apa Dato’ buat dekat sini?” Terasa dirinya kurang cerdik ketika itu kerana bertanya soalan yang sudah terang dan nyata jawapannya. Dato’ Darwisy menjawab melalui isyarat mata. Farah tersenyum.
            “You sorang-sorang ke?”
            “Taklah Dato’. I dengan Amy. Kalau Dato’ belum makan, jomlah join kami sekali.” Ujar Farah sambil memandang ke arah Amy sekilas.
            “I dah makan. Tak apa, i tak nak menganggu you. I pergi dulu ya. So, enjoy your meal.” Tolak Dato’ Darwisy lembut. Farah menarik nafas lega.
            “Thank you Dato’.” 
            Lelaki itu sempat memberikan senyuman sebelum melangkah pergi. Farah melangkah menghampiri Amy yang setia menunggu itu.
            “Yang kau tersengih sorang-sorang ni kenapa?” Tegur Farah sambil menarik kerusi untuk duduk.
            “Aku terbayangkan kau dengan Dato’ bersanding atas pelamin. Mesti sepadan.” Ujar Amy selamba. Farah mencerlung ke arah Amy.
            “Kau ni over sangat kan? Aku dengan Dato’ tak ada apa-apa pun, kau dah mengelamun jauh. Hari ni kau belanja aku makan. Tak kira.” Balas Farah pula. Sengaja dia ingin mengenakan rakannya itu.
            “Ala, apa salahnya kan? Mana tahu Dato’ tu jodoh kau. Aku doakan kebahagiaan kau.” Usik Amy lagi. Farah mencebik lalu dia membelek menu.
            “Tak pasal-pasal ada orang belanja aku makan hari ni. Thanks yer Cik Amy sayang.” Ujar Farah sebaik sahaja pelayan restoran itu mengambil order.  Amy menarik muncung. Masam. Farah ketawa geli hati melihat reaksi rakannya itu.

KHAMIS itu Farah Balqis hampir sedikit kaget apabila melihat ada sejambak bunga ros merah dan berserta kad kecil turut terselit disebalik kuntuman bunga itu. Farah mengerutkan dahinya. Kad kecil bercorak kartun itu dicapai.
            “D.A?” Kepalanya ligat berfikir beberapa nama yang dikenalinya. Dia menepuk dahi beberapa kali.
            “Siapa D.A pula ni? Adui... nak main menyorok dengan aku pula. Malas aku nak fikir dah. Buat kerja lagi bagus.” Akhirnya jambangan bunga itu diberikan kepada Atia. Tanpa berfikir panjang dia kembali menyambung tugasan yang perlu disiapkan.
            Beberapa minit kemudian Farah mendapat panggilan daripada setiausaha Dato’ Darwisy yang menyatakan Dato’ muda itu ingin berjumpanya. Tanpa banyak songeh, Farah akur sahaja dengan permintaan itu.
           
“MOOD Dato’ okay tak?” Terpancul soalan itu dari bibir kecil Farah sebelum pintu bilik Dato’ ditolaknya. Anis mengangkat bahu sambil tersenyum. Dengan lafaz bismillah dia menolak pintu bilik ketuanya.
            “Assalamualaikum Dato’” Dia cuba menyembunyikan gugupnya. Dato’ Darwisy yang sedang membelek dokumen itu terhenti seketika sebaik sahaja mendengan suara Farah.
            “Waalaikummussalam. Come, and have a seat Cik Farah.” Ujar Dato’ Darwisy mesra.  Tanpa sepatah kata, Farah hanya akur. Majikannya itu mengambil sesuatu dari lacinya. Lalu dihulurkan kepada Farah dengan senyuman yang melebar. Farah terpana seketika apabila melihat senyuman itu. Pertama kali melihat kewujudan lesung pipit milik lelaki itu.
            “Tuan Haji Ibrahim suka dengan kerja you tempoh hari. I dah bincang dengan Tuan Haji tentang ketiga-tiga lakaran tu, fortunately Tuan Haji suka dengan hasil lakaran you. So, i nak you baca dulu surat ni.” Ujar Dato’ Darwisy tenang.
            Farah mengangguk. Dahinya sedikit berkerut apabila melihat isi kandungan surat itu. Lalu dia memandang majikannya itu.
            “Macam mana? Boleh you handle?”
            Farah mengurut dahinya.
            “Dato’, i don’t think i can. I ada 2 lagi projek yang tengah pending sekarang. I’m really sorry Dato’, i can’t make it.” Ujar Farah sambil menolak surat itu dihadapan Dato’ Darwisy.
            “Tuan Haji percayakan hasil kerja you. Sebab itulah dia minta i berikan job ni pada you. Lagipun Tuan Haji ni memang our loyal client.”
            “Ya, i tahu. Cuma i tak boleh handle 3 benda dalam satu masa. Lagipun projek ni bukan kecil.”
            “Okaylah kalau macam tu. I pun tak nak tambahkan tekanan kerja you. I will see what i can do. You boleh sambung buat kerja.” Ujar Dato’ Darwisy sambil tangannya ligat menyentuh skrin telefon pintarnya. Farah menjeling sekilas melihat ketuanya yang sedang memandang skrin telefon itu.
            “I keluar dulu, Dato’.” Cepat-cepat Farah mengatur langkah keluar dari bilik mewah itu. Kepalanya yang sedikit berdenyut itu dipicit lembut sambil melangkah menuju ke lif.

BARU beberapa minit dia menyambung kerja, tiba-tiba Idham muncul dibiliknya. Farah mengangkat kening memandang rakan kerjanya itu.
            “Hai... tiba-tiba aje muncul ni ada apa-apa ke Id?” Tanya Farah sambil menutup penutup pen. Lelaki itu menapak menghampiri kerusi dihadapan Farah.
            “Dato’ tak call kau ke?”
            Farah mengerutkan dahinya.
            “Tadi baru saja dia panggil aku naik atas. Kenapa?”
            Idham menggaru kepalanya.
            “Kenapa pula ni?”
            “Dato’ minta aku uruskan projek landskap di Batu Rakit tu.” Ujar Idham perlahan.
            Dengan automatik dia berdiri selepas mendengar kata-kata Idham.
            “What?!” Pen ditangan sudah melenting jatuh ke lantai. Dia kembali duduk.
            “Dia nak kau handle landskap perumahan company Tuan Haji tu. Since projek di Batu Rakit tu baru masuk, so dia minta aku ambil alih sebab dia tak nak bagi kau tekanan.” Ujar Idham sambil mengetuk meja. Farah mengeluh.
            “Macam-macam hal. Tak apalah kalau dah Dato’ bagi arahan macam tu. Aku dah siapkan hampir separuh lakaran kasar landskap. Kau keluar dulu, aku nak siapkan semua dokumen projek tu. Nanti dah settle, aku hantar dekat bilik kau. Okay?”
            Idham mengangguk. Lalu lelaki itu melangkah keluar dari biliknya. Farah melepaskan keluhan panjang. Beberapa saat kemudian dia menyibukkan diri menyiapkan dokumen penting untuk diserahkan kepada Idham.

“KALAU kau ada masalah, feel free to ask me.” Sempat dia berpesan kepada Idham  sebelum melangkah keluar dari bilik lelaki itu.  Baru sahaja dia melangkah ke biliknya, dia terdengar satu suara sedang memanggil namanya. Apabila melihat pemilik suara itu, air muka Farah sedikit masam. Tidak semena dia memberi jelingan kepada lelaki itu. Entah dari mana kekuatan yang dia dapat ketika itu.
            Langkah kaki diatur kembali menuju ke biliknya. Lelaki itu membuntuti langkahnya masuk ke biliknya.
            “Yes Dato’ Darwisy.  Ada apa-apa yang i boleh bantu?” Sengaja dia memaniskan wajahnya ketika itu. Dengan tenang lelaki itu melabuhkan punggungnya dihadapan Farah.
            “You ni Farah, boleh tahan garang juga kan? Susahlah i kalau macam ni.” Ujar Dato’ Darwisy selamba. Farah mengerutkan dahinya.
            “Ada apa Dato’ datang jumpa i ni?”
            “You dah serahkan projek tu pada Idham ke?”
            Farah mendengus perlahan.
            “Dah Dato’. Semuanya dah i serahkan.”
            Lelaki itu mengangguk. Matanya melilau melihat sekeliling bilik pejabat Farah.
            “ Baguslah kalau macam tu.”
            “Hai Dato’, kalau setakat nak tanya pasal itu, tak payahlah susah-susah datang jumpa i ni. Macam tak berbaloi pula.” Ujar Farah sambil memberi fokus pada skrin komputer.
            “Apa salahnya i turun jenguk my favourite staff kan?” Ujar Dato’ Darwisy selamba.
            Farah mendengus. Ketawa lelaki itu meletus.

BAGASI bersaiz sederhana ditolak perlahan. Jam didinding ruang tamu rumah sewanya itu sudah berhenti ke angka 5.45 petang. Farah mencapai kunci keretanya lalu ditolak perlahan bagasi menuju ke porch. Amy pula awal-awal lagi sudah bertolak pulang ke Kuantan.
            Dengan lafaz bismillah dia memulakan perjalanan yang panjang itu. Dengan bertemankan radio yang dipasang, hilang sedikit kebosanan yang bakal ditempuh sepanjang perjalanannya itu.
            Sengaja dia tidak memaklumkan kepulangannya kepada ibunya kerana bimbang wanita 50-an itu akan berleter panjang. Sambil bernyanyi mengikut lagu diradio, Farah memecut laju keretanya menuju ke Kuala Lumpur.

TEPAT jam 10.05 malam Farah memandu masuk ke kawasan RnR Temerloh. Dia terpaksa mengalah dengan perutnya yang berlagu riang meminta diisi itu.  Sempat dia membetulkan tudungnya sebelum melangkah meninggalkan keretanya.
            Sebungkus nasi lemak dan air mineral menjadi pilihannya. Dia menikmati makan malamnya sambil memerhati gelagat pengunjung disitu. Setelah mencuci tangannya, Farah mengatur langkah menuju ke keretanya. Tiba-tiba ada seseorang memanggil namanya. Dia memusingkan badannya menghadap pemilik suara itu.
            “Dato’?”
            Lelaki itu menguntum senyuman menampakkan lesung pipitnya.
            “Tak sangka boleh terjumpa you dekat sini.”
            Farah tersenyum.
            “You... sorang saja ke?” Mata Dato’ Darwisy memerhati sekeliling.
            “I sorang je.”
            Mata lelaki itu membulat.
            “You drive sorang-sorang dari Terengganu?” Lelaki itu kelihatan tidak percaya.
            “Yalah. Siapa lagi nak tolong drive. Kenapa? You tak percaya i boleh drive ke?”
            “No. Cuma tak sangka you berani macam ni.” Ujar lelaki itu.
            Farah mengerling jam dipergelangan tangannya.
            “Dato’, i think i should go now. Nanti makin lewat sampai KL.” Ujar Farah yang sudah mula ingin mengatur langkah itu. Belum sempat dia membuka langkah, lelaki itu menarik lengannya. Matanya bertembung dengan sepasang mata milik lelaki itu. Dadanya berdengup kencang.
            “No. I tak benarkan you drive sorang-sorang.” Ujar Dato’ Darwisy tegas. Lalu lelaki itu melangkah meninggalkannya. Farah terpinga-pinga. Keliru dengan keadaan itu. Tanpa berlengah, dia berjalan menghampiri keretanya. Baru sahaja mahu menutup pintu kereta, ada tangan yang menghalang.
            “Kan i cakap i tak benarkan you drive sorang-sorang? You ni degillah Farah.” Ujar Dato’ Darwisy dengan nada yang sedikit meninggi itu.
            Tangan Farah ditarik Dato’ Darwisy. Tanpa kata lelaki itu menarik tangan Farah menuju ke tempat duduk sebelah pemandu. Bagaikan dipukau, Farah hanya akur. Lelaki itu berlari anak menuju ke tempat duduk pemandu. Tanpa sepatah kata, kereta itu meluncur laju keluar dari kawasan RnR itu.
            Farah yang diam seribu bahasa itu dijeling sekilas. Bibirnya mengukir senyuman.
            “Marah i ke Cik Farah?” Suara Dato’ Darwisy memecah kesunyian.
            “Tak lah.”
            “I’m sorry kalau i dah buat you marah. I cuma risaukan you. You kan perempuan. I rasa you faham kenapa i risaukan you.” Ujar Dato’ Darwisy lembut. Farah menahan debaran didadanya. Entah mengapa perasaan bahagia terselit dihatinya ketika itu.
            “Erm... i lupa nak tanya. You nak pergi KL juga ke?”
            “Ha’ah. Family i tinggal dekat KL. You?”
            “Samalah. Parents i tinggal dekat KL. By the way, kereta you macam mana? Takkan you tinggal dekat situ kot.”
            Lelaki itu ketawa kecil.
            “Taklah. I minta Driver i drive tadi.” Jawab lelaki itu ringkas.
            Farah mengangguk. Matanya sudah dirasakan mahu tertutup rapat ketika itu. Tanpa sepatah kata, Farah terlena dibahagian sebelah pemandu. Dato’ Darwisy memandang Farah yang sudah terlena itu. Tangannya meraba tempat duduk belakang. Jaket hitam miliknya diletakkan dibadan Farah. Sempat dia memandang wajah polos Farah yang dibuai lena itu.

“THANKS Dato’ drive sampai depan rumah i.” Ujar Farah sambil membuka pintu keretanya.
            “I tak tahu macam mana nak balas apa yang you dah buat harini.” Ujar Farah lagi. Lelaki itu tersenyum.
            “You balik Terengganu hari apa?”
            “You approve cuti i sampai hari Ahad, Dato’.” Jawab Farah pendek.
            “Okay, cun! On Sunday morning, i tunggu you depan rumah you ni. Kita balik Terengganu sama-sama.” Ujar Dato’ Darwisy selamba. Kakinya sudah melangkah menuju ke keretanya yang dipandu oleh pemandunya itu. Farah tergamam. Kereta milik Dato’ Darwisy sudah hilang dari pandangan. Farah mengeluh berat. Lalu dia menekan punat kunci automatik pagar. Kemudian dia berlari anak masuk ke dalam perut keretanya.
            Farah tersenyum apabila melihat ibunya membuka pintu utama. Dia menarik nafas panjang sebelum keluar dari perut keretanya. Dia pasti leteran panjang dari ibunya bakal menjadi makanan telinganya sebentar nanti. Bagasi sederhana besar diheret menghampiri pintu utama.
            Dengan senyuman melebar dia memandang ibunya. Puan Raihana memandang anak tunggalnya itu dengan masam mencuka. Tanpa sepatah kata Farah menyalami tangan ibunya itu.
            “Ibu belum tidur lagi?” Tegur Farah sambil menapak masuk.
            “Drive sorang-sorang lagi? Kan ibu dah pesan banyak kali, jangan bertolak lewat petang. Awak tu perempuan. Drive sorang pulak tu. Kalau jadi apa-apa dekat highway tu siapa nak tolong awak?” Leter Puan Raihana sambil menarik bagasi kecil anaknya itu. Farah tersenyum.  Itulah ibunya.
            “Tak ada apalah ibu. Farah tak nak tunggu esok sebab Farah rindu sangat dekat ibu.” Ujar Farah manja. Bahu ibunya dipeluk. Sekejap sahaja hati wanita anggun itu sejuk apabila mendengar kata-kata anak tunggalnya itu.
            “Lain kali kalau nak balik, naik flight saja. Senang. Cepat sampai. Haa.. kenapa awak tak balik dengan flight saja? Bos awak bagi gaji sikit ke? Itulah, ibu dah cakap awal-awal lagi dekat awak. Kerja dengan ibu. Kalau awak kerja dengan ibu, tak payah awak susah-susah drive macam ni.”  Ujar Puan Raihana lagi.
            “Ibu, Farah penat ni. Kita sambung esok ya? Dah lewat malam dah ni. Goodnight ibu.” Bagasi kecilnya bertukar tangan. Selepas mengucup pipi ibunya dia cepat-cepat mendaki anak tangga menuju ke kamarnya ditingkat atas.
            Dia tersenyum melihat biliknya yang tidak sedikit pun berubah itu. Lantas dia berlari anak menghampiri katil empuk itu lalu dia merebahkan badannya. Terasa nikmat yang tidak terkata ketika itu. Hilang seketika kepenatan yang terjalar diseluruh badannya itu.


            

2 comments:

  1. Best best. Sambung lagi.

    ReplyDelete
  2. rasanya kan mesti dato ada hati kat farah kan..kan...sapa plak mamat yg farah langgar2.
    TQ writer,,, next n3 please

    ReplyDelete