3 August 2013

Bunga Cinta Hati - 6

Episod 6
GUBAHAN hantaran yang tersusun rapi diatas karpet ruang tamu ditatapnya. Tersenyum sendirian apabila melihat hasil tangannya itu. Dia sendiri tidak menyangka dia berjaya membantu Amy menyiapkan 4 dulang hantaran untuk pihak lelaki.
            Petang Sabtu itu mereka hanya lepak dirumah dek kerana ingin memanfaatkan waktu rehat. Amy yang sedang menyusun kad jemputan perkahwinan itu dipandang sekilas. Sedikit sebanyak dia merasa sedih kerana temannya itu bakal menjadi isteri orang.
            “Sunyilah aku nanti, Amy.” Farah bersuara dengan nada sedih.
            Amy memandang Farah seketika.
            “Ala, kau bukan tak boleh jumpa aku. Aku bukannya berhenti kerja pun.” Ujar Amy seakan memujuk temannya yang muram itu.
            “Ha’ah kan? Lupa.” Farah ketawa kecil.
            “Minggu depan aku dah nak balik Kuantan. Macam manalah agaknya persiapan dekat sana.”
            “Kau jangan risaulah. Kan umi dah beritahu semua dah settle.” Ujar Farah tenang.
            Mereka diam seketika.
            “Farah, kalau aku request something boleh tak?” Tiba-tiba Amy bersuara.
            “Lah, cakap sajalah.”
            Amy memandangnya. Farah mengangkat kening.
            “Kau jadi pengapit aku? Please?”
            Farah membulatkan matanya.
            “Tak naklah. Ala, seganlah.” Farah menggeleng kepala.
            “Ala Farah, kau je kawan baik aku ada. Aku nak kau ada dengan aku pada hari bermakna aku tu.” Rayu Amy lagi.
            Farah memuncungkan bibirnya.
            “Please?”
            “Ala... Tak baik tau kau buat aku macam ni Amy. Serba salah aku jadinya.” Leter Farah.
            “Aku tak nak request apa-apa lagi. Yang ni je. Please Farah? Jadi pengapit aku?” Ujar Amy lagi.
            “Yelah. Nanti ikut aku cari baju.” Dia akur akhirnya. Amy tersenyum lebar. Nampak gayanya ideanya bakal menjadi kenyataan. Tidak sabar rasanya ingin melihat air muka temannya pada hari persandingannya nanti.
            “Thanks kawan.” Ujar Amy sambil tersenyum. 
           
SEJAK dia berjumpa dengan Ashraff  Haji Ibrahim beberapa minggu yang lalu, lelaki itu kerap menghubunginya melalui sms. Dia kurang senang dengan sikap lelaki itu yang seperti ingin merapati dirinya. Dia lebih selesa menjalinkan hubungan atas dasar kerja dengan lelaki itu memandangkan lelaki itu hanyalah client syarikat dia bekerja.
            Telefon bimbit yang berlagu riang itu menyedarkan dirinya daripada lamunan. Lantas dia mencapai telefon bimbitnya. Nama diskrin telefon membuatkan dia tersenyum.
            “Assalamualaikum ibu.”
            Waalaikummussalam.” Jawab Puan Raihana lembut.
            “Ibu apa khabar? Sehat?”
            “Alhamdulillah, sehat. Lama Farah tak call ibu kan? Sibuk sangat ke?”
            Farah ketawa kecil.
            “Sibuk sikit lately. Tolong Amy buat persiapan wedding dia.” Jawab Farah sambil memintal rambutnya yang panjang itu.
            “Amy? Housemate awak ke? Tengok, housemate awak dah nak kahwin dah. Awak bila lagi Farah? Am sehat?”
            “Er... Am? Sehatlah kut.” Sengaja dia tidak menjawab pertanyaan tentang kahwin kerana tidak mahu memanjangkan leteran ibunya itu.
            “Ibu call ni nak beritahu, malam esok ibu fly ke Kuala Terengganu. Ada meeting. Farah jemput ibu dekat airport ya?”   
            “Malam esok? Pukul berapa flight ibu?” Soal Farah tenang.
            “8.20 malam.”
            “Okay, Farah jemput ibu esok malam.” Ujar Farah.
            “Thank you sayang. Jumpa esok.”
            Sebaik sahaja panggilan dimatikan, Farah meluru keluar dari biliknya. Amy yang sedang mengemas ruang tamu dipandangnya.
            “Esok malam ibu aku datang sini. Ada meeting katanya.” Beritahunya sambil meluru menghampiri bilik tamu.
            “Baguslah. Dah lama aku tak jumpa ibu kau.”
            “Matilah aku Amy. Ibu aku tengok hantaran kau nanti, mesti teruk aku dileternya.” Ujar Farah bimbang. Amy ketawa.
            Pintu bilik tamu dibuka luas. Dia mengemas apa yang patut. Setelah berpuas hati dengan keadaan bilik tamu itu, dia melangkah keluar dari bilik itu. Jam didinding dipandang kejap. Perutnya berlagu riang.

FARAH menolak perlahan pintu bilik pejabatnya. Selepas menghidupkan laptopnya, dia terus menggodek beberapa fail microsoft word yang disimpan didalam laptopnya. Beberapa minit kemudian dia membuka dairi hitam miliknya.
            “Esok nak kena pergi Dungun pulak. Malasnya nak jumpa si Ash ni.” Ujarnya sendiri. Kemudian dia melangkah keluar dari biliknya lalu menuju ke bilik Encik Hanif, Pengurus Projek syarikat.
            Selepas beberapa kali pintu bilik itu diketuk, barulah dia melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Encik Hanif.
            “Ha... Farah? Ada apa jumpa i ni?” Tegur Encik Hanif sebaik sahaja dia melangkah masuk.
            “Encik Hanif,             i nak tanya sikitlah. Esok i kena pergi ke Dungun, i nak minta progress list untuk landskap banglo Tuan Haji. Ada apa-apa pending lagi tak?” Soalnya pula.
            Lelaki 40-an itu tertunduk mencari dokumen.
            “Nah... Sepatutnya harini dorang dah siapkan kolam kecil dekat bahagian kanan taman mini. You kena check up balik lah esok. I risau kalau ada barang yang tak cukup. You tolong list out apa-apa yang tak cukup. Dan pokok-pokok sepatutnya dah sampai harini. You tolong recheck nanti. Setakat ni yang ni saja.” Terang Encik Hanif panjang. Farah meneliti jadual kerja satu persatu.
            “Erm... baiklah. Esok i akan serahkan balik jadual ni. Harap-harap tak ada banyak masalah macam landskap di Batu Rakit lah.”
            “InshaAllah tak ada masalah. Sebab supplier kita deliver barang cepat. Kalau ada sebarang masalah you boleh inform i.” Ujar Encik Hanif lagi.
            “Alright. Thank you Encik Hanif. I keluar dulu.” Ujarnya sebelum melangkah keluar dari bilik itu.
            Baru sahaja dia ingin melangkah menuju ke bilik pejabatnya, dia ternampak kelibat Dato’ Darwisy muncul. Farah menguntum senyuman lalu mengatur langkah ke biliknya.
            “Cik Farah.” Panggil Dato’ Darwisy.
            Langkah Farah terhenti. Dia memusingkan badannya.
            “Ada apa Dato’?”
            Dato’ Darwisy melangkah menghampirinya. Beberapa staff yang berada berdekatan hanya memandang mereka.
            “Busy?”
            Farah tersenyum. Sinis.         
            “Sort of. Kenapa Dato’?”
            Dato’ Darwisy tersenyum. Sampul surat berwarna coklat dihulur kepadanya. Farah mengerutkan dahinya.
            “Take this. I nak you buat 2 lakaran yang berbeza. Submit to me before Wednesday.” Arah Dato’ Darwisy sambil tersenyum.
            Farah mengeluh. ‘Kerja lagi!’ Desisnya.
            Air muka Farah yang sudah masam itu dipandangnya.
            “Oh ya, jangan lupa esok pagi kita ke Dungun. 10 a.m. Jangan lupa tau.” Sempat dia berpesan sebelum meninggalkan Farah terkulat dihadapan pintu biliknya. Dengan keluhan berat, dia menolak pintu biliknya.
            Sampul surat coklat itu dibukanya. 2 helai kertas ditarik keluar. Matanya membulat melihat nama tempat yang tertera di atas kertas itu.
            “Nyet tu nak aku siapkan 2 lakaran dalam masa 2 hari?  Gila ke apa!!!” Bentak Farah.
            Beberapa minit kemudian pintu biliknya diketuk dari luar. Farah membetulkan duduknya.
            “Masuk.”
            Seorang lelaki bertopi dan sejambak bunga muncul. Farah terus berdiri.
            “Kak, ini bunga untuk kakak. Kakak tolong tandatangan.” Ujar lelaki itu sambil menghulur resit penerimaan. Farah mengeluh.
            “Dik, boleh akak tahu siapa pengirim bunga ni?” Soalnya sambil menandatangani resit itu.
            “Saya tak tahulah kak. Saya ni penghantar saja.” Jawab lelaki bertopi itu. Farah mencebik.
            “Terima kasih ya dik.” Ujarnya sambil menarik kad berwarna ungu. Matanya terpempan melihat ayat pendek yang begitu bermakna itu.
         ‘I forgot to breathe when I saw you; I think I love you. – D.A’
            Dia menguntum senyuman. Dia merenung kuntuman segar itu. Jarinya ligat mengira kuntuman bunga yang digubah cantik itu.
            “Erm... harini ada 33 kuntum. Apa maksud dia ya?” Ujarnya sendiri. Hatinya berbunga riang.  Hampir setiap minggu dia pasti akan menerima jambangan bunga yang berbeza bilangan kuntum bunga. Sekali lagi kad yang diselit itu diamatinya.
            Kini sudah hampir 2 bulan dia dihujani kuntuman bunga dari pengirim misteri. Pada awalnya dia kurang menyenangi setiap jambangan yang diterimanya. Namun makin lama dia bagaikan menunggu setiap jambangan tiba dihadapannya. Walaupun hanya sekeping kad sebagai pengantara, sudah cukup untuk membuatkan hatinya berbunga mekar.
            Amy muncul tanpa disedarinya. Dengan tersenyum nakal, dia menghampiri sahabatnya itu.
            “Wah... bunga lagi. Untung kau Farah. Ada secret admirer.” Usik Amy sambil mengambil kad ditangan temannya itu.
            “Wow.... ayat dia. Dia ni betul-betul sukakan kau ni.” Ujar Amy begitu teruja.
            “Entah. Aku tak kenal siapa pengirim misteri ni.”
            “D.A? Itu saja hint yang kau ada.” Ujar Amy lagi.
            Farah membalas pandangan temannya itu.
            “Takkan lah Dato’ yang hantar. Aku rasa bukan dia lah. Anak Tuan Haji tu?”
            “Kenapa kau fikir bukan Dato’ yang hantar?” Amy cuba menduga temannya itu. Jauh disudut hatinya dia seperti tahu siapakah gerangan si pengirim itu.
            “Sebab aku rasa bukan dialah. Dahlah. Aku nak buat kerja ni. Kau jumpa aku ni ada apa-apa ke?”
            “Tak ada. Saja nak kacau kau.” Ujar Amy selamba. Farah memuncungkan bibirnya. Skrin laptopnya ditatapnya.
            “Malam nanti ibu sampai. Kita pergi sekali nak? Boleh bawa ibu makan dekat Waterfront tu.” Cadang Farah sedikit teruja. Amy membulatkan matanya.
            Farah ketawa. Bukan dia tidak tahu kegilaan temannya itu terhadap pankek ala melayu di salah sebuah restoran yang terletak di Waterfront, Pulau Kambing.
            “Alhamdulillah. Rezeki aku malam ni. Dapatlah aku merasa pankek Zie Corner tu.”
            “Tak habis-habis dengan pankek kau tu. Dahlah. Aku nak buat kerja ni. Layan kau borak, tak siap kerja aku.” Rungut Farah sambil menarik muka. Amy mencebik. Perlahan-lahan dia menapak keluar dari bilik pejabat temannya itu.

“IBU dengar Amy dah nak kahwin? Bila langsungnya?” Soal Puan Raihana ketika mereka sedang menikmati makan malam di restoran bercirikan ala santai itu.
            Farah menjadi tidak keruan apabila ibunya sudah bersuara tentang kahwin.
            “Erm... tak lama lagi dah bu. Minggu depan. Ibu datanglah sekali dengan Farah.”
            Puan Raihana memandang anak tunggalnya yang sedang menyuap makanan itu. Amy tersenyum. Farah mengerutkan dahinya sambil membalas pandangan ibunya itu.
            “InshaAllah. Kalau tak ada halangan, sampailah ibu ke rumah Amy nanti. Nak harapkan anak sendiri kahwin, calon pun tak ada lagi.” Rungut Puan Raihana lagi. Farah mencebik.
            “Dia dah mula dah. Ibu, nanti bila Farah dah ada calon, ibulah orang pertama yang Farah akan beritahu. Relaks lah bu. Ibu doakan je Farah cepat bertemu jodoh.” Ujar Farah tenang. Amy menepuk tangan Puan Raihana tanda setuju dengan kata-kata temannya itu.
            “Yelah. Esok Farah pergi kerja pukul berapa?” Puan Raihana mengalih topik.      
            “Biasanya pukul 8.15 pagi dah keluar rumah. Kenapa bu? Nak Farah hantarkan ke tempat ibu meeting ke?”
            “Ibu meeting pukul 10.00 pagi.”
            Farah diam sejenak.
            “Erm.. esok pagi Farah kena pergi ke Dungun. Ada site visit. Okay, macam nilah. Ibu drive kereta Farah pergi meeting. Farah tumpang Amy aje esok. Boleh?” Usul Farah. Amy mengangguk cuma.
            “Habis ibu bukannya tahu sangat jalan area sini.”
            “Ibu meeting dekat Hotel Permai Inn kan? Senang je. Nanti Farah tunjukkan dekat ibu. Jalan di Kuala Terengganu ni bukan macam KL bu. Kan Amy?” Ujar Farah selamba.
            “Yela. Kalau senang, tak apalah.”
            Hampir satu jam mereka berada di restoran itu dek kerana Puan Raihana yang sukakan kedamaian suasana tepi sungai itu. Pulang sahaja ke rumah, mereka terus masuk ke bilik masing-masing untuk merehatkan badan.

SEPERTI yang telah dibincangkan semalam, pagi Selasa itu Farah dan Amy bersama-sama ke pejabat menaiki kereta Myvi kuning milik Amy. Ketika didalam perjalanan ke pejabat, sempat Farah melahirkan rasa bimbang pada ibunya itu.
            “Nanti kau call ibu. Tanya keadaan ibu. Lagipun semalam kau dah tunjuk arah nak pergi hotel tu kan? InshaAllah ibu dapat jumpa hotel tu.” Ujar Amy dengan nada memujuk. Farah mengangguk sahaja.
            Setibanya di pejabat, Farah terus meluru masuk ke bilik pejabatnya untuk menyediakan dokumen yang perlu dibawa ke Dungun sebentar lagi. Sedang dia mengemas meja kerjanya, telefon bimbitnya berbunyi. Nama Dato’ Darwisy tertera diskrin.
            Lantas dia menjawab panggilan itu. Beberapa saat kemudian lantas dia menapak laju keluar dari bilik pejabatnya bersama sebuah fail ditangan kanannya.

KERETA mewah berwarna putih milik Dato’ Darwisy sudah setia menunggunya dihadapan bangunan pejabat. Tanpa secalit senyuman, dia menghampiri kereta putih itu.
Dengan lafaz bismillah, dia membuka pintu kereta. Berderau darahnya apabila melihat Dato’ Darwisy yang kacak berkaca mata hitam ditempat pemandu itu.
            “Sorry buat you tunggu.” Ujar Farah sambil menarik tali pinggang keledar. Tanpa sepatah kata, lelaki itu memandu keluar dari kawasan pejabat.
            “You dah breakfast?”
            “Belum.” Jawabnya sepatah.
            “Do you want to eat anything?” Soal lelaki itu lembut.
            “No, it’s okay.” Jawabnya pula.
            Dato’ Darwisy memandang Farah sejenak.
            “Nanti perut you masuk angin, i juga yang susah. Nak i belikan roti or anything?” Ketika itu kereta putih itu sudah berhenti disebuah kedai 24jam. Farah menggaru kening.
            “You ni kan Farah, degil kan? Okay, i belikan je apa-apa yang i rasa you suka. You better lock the door.” Pesan Dato’ Darwisy sebelum melangkah keluar dari perut kereta. Tanpa sepatah kata, Farah akur. Dia memandang jam di dashboard kereta, kemudian dia menghubungi ibunya.
            “Ibu ada dekat mana?” Soalnya apabila terdengar suara ibunya ditalian.
            “Ibu dah sampai dekat hotel dah pun. Awak tak payah risaulah.” Jawab Puan Raihana.
            Tiba-tiba cermin tingkap dibahagian pemandu diketuk Dato’ Darwisy. Cepat-cepat Farah menekan punat unlock yang terletak di dashboard.
            “Erm... okaylah kalau macam tu. Petang nanti kita jumpa dekat rumah ya bu. Farah dah nak bertolak ke Dungun ni dengan boss Farah. Talk to you later. Love you bu.” Ujar Farah sebelum mematikan talian. Dato’ Darwisy memandang Farah yang baru sahaja meletakkan telefon bimbitnya didalam beg.
            “Your mum ada disini ke?” Tanya Dato’ Darwisy.
            Farah mengangguk.
            “Baguslah. Bolehlah i jumpa.”
            “Eh... Nak jumpa buat apa? Tak payah nak mengada-ngada sangat.” Bantah Farah selamba.
            Dato’ Darwisy tersengih.
            “Nah. I teka je apa you suka makan.” Plastik yang terisi beberapa jenis makanan ringan dan roti.
            “Banyaknya! Membazirlah you ni.” Marahnya.

            “I tak tahu you suka makan apa. So untuk alas perut you, i teka jelah.” Balas Dato’ Darwisy selamba sambil menarik tali pinggang keledar. Farah menyembunyikan senyuman. Terasa bahagia.

4 comments:

  1. Walaaa ! Best kak. Btw apa kbr mr. Rollex tu ek? Ehehe

    ReplyDelete
  2. Aah lama sgt mr. Rollex menghilang takut nnt terus hilang mcm tu je....

    ReplyDelete
  3. ms writer..... lama nya menunggu n3 yg baru..... be mine my maid bila nk sambung.......
    rindu sangat ........ pls la ms writer.... we are silent reader yang x biasa nk merayu di comment blok.....
    but we still follow ur story yang romantik ni.... tolongggg yer.... not only me yang menanti... tp most silent reader yang selalu singgah di blog nie ternanti2 kehadiran MAID tu.........
    Kami singgah selalu di sini tp yg dicari x kunjung tiba..... huhuhuhu

    ReplyDelete

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...