8 October 2013

Bunga Cinta Hati - 13

Episod 13
P
APAN tanda Lebuhraya Karak dipandang Farah dengan penuh tanda tanya. Segala soalan yang dituju kepada lelaki itu sedikit pun tidak memberi jawapan yang dimahukan. Beberapa kali dia bertanyakan ke mana lokasi yang sedang dituju mereka, namun hanya dibalas dengan senyuman penuh makna oleh Dato’ Darwisy.

          “Where are we going Dato’ Darwisy Amran? Tell me.” Soalnya sekali lagi. Kali ini dengan nada yang tegas.
            “Relax lah sayang. I’m not going to kidnap you. You will know soon, don’t worry.” Jawab Dato’ Darwisy tenang lalu memandang Farah sekilas. Farah mendengus geram. Akhirnya dia diam melayan perasaan sambil bermain applikasi permainan didalam telefon pintar miliknya.
            “You lapar tak sayang? Kalau you lapar, i boleh belikan anything sebelum mendaki tempat tinggi ni.” Ujar Dato’ Darwisy tiba-tiba. Farah membeliakkan matanya. ‘mendaki? Tempat tinggi?’ Desisnya dalam hati. Matanya memandang sekeliling lebuhraya itu.
            “Don’t tell me we are heading to Genting Highland.” Bahu Dato’ Darwisy ditampar lembut.  Lelaki itu ketawa kuat melihat keterujaan buah hatinya itu.  
            “Yes, we are. You like it?” Tanya Dato’ Darwisy sambil membelok kereta ke hentian rehat Genting Sempah. Farah mengangguk laju. Matanya bersinar-sinar. Teruja

KERETA dipandu Dato’ Darwisy diparkir kemas dihadapan Genting Strawberry Leisure Farm. Suhu yang sejuk itu sudah mula menyelinap masuk ke badan mereka. Dato’ Darwisy menghulur jaket kulit berwarna coklat yang dipinjam daripada Kay kepada buah hatinya itu.       
            Lengan Farah dipegangnya lalu mereka sama-sama melangkah masuk ke ladang strawberi yang sudah menjadi tumpuan pelawat itu. Farah terkulat-kulat sendirian sambil memerhati segenap inci ladang strawberi. Dato’ Darwisy yang sedang bercakap dengan salah seorang pekerja ladang itu turut menjadi perhatiannya. Beberapa minit kemudian barulah lelaki itu menghampirinya.
            “You nak petik strawberi ke?” Tanya Dato’ Darwisy sambil membetulkan kaca mata hitam yang dipakainya.
            “Boleh ke?” Tanya Farah meminta kepastian.
            “Erm... i malaslah sayang. Boleh tak kita pusing-pusing dulu?” Tolaknya. Farah memuncungkan bibirnya. Dato’ Darwisy mengangkat bahu.
            “Jom sayang, follow me.” Ajak Dato’ Darwisy sambil menarik lengan gadis itu.
            Taman santai atau kebun rekreasi yang sungguh nyaman dan menyegarkan dengan haruman bunga-bungaan pelbagai jenis dan berwarna warni itu telah berjaya menarik perhatian Farah. Terus hilang kecewa tidak dapat memetik strawberi sebentar tadi.
            Mereka berjalan menyusuri setiap barisan pokok-pokok tanpa sepatah bicara. Satu-persatu laluan disusuri mereka. Tiba-tiba Dato’ Darwisy menarik lengannya. Farah akur sahaja. Lelaki itu membawanya ke laluan pelawat yang dikiri kanannya terdapat pelbagai jenis kaktus dan bunga ros. Ditengah-tengah laluan itu terdapat sebuah bangku bersaiz sederhana yang terletak ditengah-tengah laluan pelawat itu. Dato’ Darwisy menguntum senyuman sambil memandang Farah. Farah membalas pandangan lelaki itu dengan penuh tanda tanya.
            “Untuk you.” Ujar Dato’ Darwisy lembut. Farah terkesima. Matanya diarahkan pada buah strawberi yang disusun berbentuk hati itu.
            “I’m speechless. Anyway, thanks sayang.” Ujar Farah lembut. Dato’ Darwisy mengukir senyuman.
            “I harap luka dalam hati you, dah beransur pulih. I tahu you terluka dengan apa yang terjadi semalam.” Ujar Dato’ Darwisy lembut. Farah melepaskan keluhan.
            “Dear, you tak perlu lakukan semua ni untuk menebus rasa bersalah dalam diri you. I tak nak you fikir lagi tentang tu.” Ujar Farah tegas. Dia sendiri sudah tidak mahu memikirkan lagi tentang kejadian itu. Dato’ Darwisy menarik nafas lega apabila mendengar kata-kata gadis dihadapannya itu.
            Dari Genting Strawberry Leisure Farm, mereka ke First World Theme Park. Sempat juga mereka mencuba beberapa permainan sepanjang hampir 2 jam mereka disana. Oleh kerana tidak mahu pulang lewat petang, mereka mengambil keputusan untuk terus bertolak pulang ke Kuala Lumpur sebaik sahaja mengisi perut di KFC.

BAKUL bersaiz sederhana itu dipandang Farah. Lalu dia menguntum senyuman. Lantas dicapainya sebiji buah strawberi dari dalam bakul itu. Bibik yang baru sahaja muncul dari dapur itu berjalan menghampirinya.
            “Banyaknya strawberi.” Sapa Bibik sambil membuka apron yang dipakainya.
            “Bibik nak?” Soalnya sambil menolak bakul itu. Wanita 40an itu menggeleng.
            “Kalau bibik nak, bibik ambil je nanti. Saya nak naik mandi, nanti bibik tolong simpan dalam freeze ya?” Ujarnya sambil menepuk bahu wanita itu.
            “Yelah. Awak nak makan tak? Boleh bibik panaskan lauk.”
            Farah memandang wanita itu seketika.
            “Tak apalah bik. Saya tunggu ibu.” Jawabnya. Lalu mengatur langkah menuju ke tangga.

“JAUH termenung abang Kay ni. Seharian keluar dating, takkan rindu lagi kot.” Tegur Kay yang baru sahaja mengambil tempat disebelah Dato’ Darwisy.          
            “Mengarutlah Kay ni.” Ujar Dato’ Darwisy sambil memandang bintang dilangit.
            “Abang tengah fikir apa sebenarnya ni? Nak Kay tolong?” Tawarnya pula.
            Dato’ Darwisy memicit hidung mancung adik bongsunya itu.
            “Abang tak ada fikir apa pun.” Balas Dato’ Darwisy dengan senyuman masih bersisa.
            “Abang, Kay dengar mami berbual dengan Aunty Ina petang tadi.” Beritahu Kay perlahan.
            Dato’ Darwisy memandang adiknya itu.
            “Tak lama lagi Diana akan balik Malaysia. Mami nak percepatkan tarikh nikah abang dengan Diana.” Ujar Kay dengan nada perlahan. Dato’ Darwisy membulatkan matanya.          
            “What???!” Suara lelaki itu sedikit meninggi. Berita yang baru didengari itu membuatkan darahnya menyirap ke kepala.
            “Kali ini abang tak akan setuju. Walau macam mana sekalipun, abang tetap dengan pendirian abang.” Ujar Dato’ Darwisy tegas. Kay mengangguk. Setuju dengan kata-kata abangnya itu.
            “Kay harap abang berjaya. Abang bukan tak kenal mami kita tu macam mana. Mami mana pernah nak dengar apa pendapat kita. Kalau A yang mami kata, tak ada siapa pernah bantah. Termasuk abang sendiri. Kak Rin dan Kak Lis mungkin boleh tunduk segala kemahuan mami. Tapi tidak bagi Kay. Kay tak akan biarkan mami masuk campur urusan hidup Kay seperti mana mami paksa Kak Rin dulu.” Luah Kay tenang.
            Ya, siapa tak kenal perangai mami mereka itu. selama 34 tahun dia hidup, tidak pernah sekalipun dia membantah apa jua kemahuan maminya itu. Namun, dek kerana ingin bahagia dengan sipilihan hatinya, dia harus tegas dengan pendiriannya. Rin, kakak sulungnya. Terpaksa menerima jodoh pilihan maminya. Dek kerana sogokkan kemewahan, kakaknya itu menerima jodoh yang dipilih maminya itu. Akhirnya belum sampai 5 tahun usia perkahwinan mereka, ibu beranak dua itu telah dimadukan.
            “Bila abang nak balik Terengganu?” Tanya Farah tiba-tiba.
            “Esok petang.” Jawabnya pendek sambil menikmati angin malam yang sepoi-sepoi bahasa itu. Cukup menenangkan.
            “Kay nak ikut?”
            Dato’ Darwisy memandang adiknya itu seketika.
            “Habis kerja dekat hotel tu macam mana? Siapa nak uruskan?” Tanya Dato’ Darwisy bertalu-talu. Hotel milik Tan Sri Amdan yang terletak di Port Dickson diurus sepenuhnya oleh Kay dan dua orang anak saudara Tan Sri Amdan sendiri.
            “Ala abang ni. Bukan lama pun. Lagipun sikembar Paksu kan ada.” Jawab Kay selamba. Dato’ Darwisy menggeleng kepala. Kay tersenyum puas.
            “Teruknya dapat bos macam Kay ni.” Balas Dato’ Darwisy sambil mencubit pipi adiknya itu. Kay ketawa mendengar kata-kata abangnya itu.

SUDAH lima hari Farah kembali ke pejabat. Begitu juga Dato’ Darwisy. Sepanjang lima hari itu juga, Kay berada di negeri penyu ini. Jika disebelah pagi, dia lebih seronok merehatkan diri di kediaman milik abangnya itu. Disebelah petang pula dia akan keluar bersiar-siar sambil menghirup udara nyaman ditepi pantai.
            Farah memicit dahinya sambil menyandarkan badannya. Kerja yang menimbun itu membuatkan kepalanya pening. Jam didinding sudah hampir ke angka 5 petang. Lantas dia mengemas mejanya. Hatinya melonjak untuk pulang.
            Baru sahaja ingin membuka pintu biliknya, Dato’ Darwisy terlebih dulu membukanya dari luar. Farah tergamam. Lelaki berkot hitam itu memandangnya dari atas ke bawah. Farah berdehem seketika.
            “Jom, balik?” Ajak lelaki itu.
            Farah tersenyum. Lalu mengangguk. Mereka berjalan beriringan menuju ke lif. Beberapa perkerja lain yang turut sedang bersiap untuk pulang sempat menegur mereka. Farah hanya membalas senyuman rakan sekerjanya. Bimbang dicop sombong!
            “Dinner with me tonight, sayang?” Cadang lelaki itu. Pintu lif tertutup rapat.
            Farah memandang anak mata lelaki itu. Briefcase yang dibimbitnya dipandang berat.
            “I don’t think i can make it. Banyak sangat kerja yang nak disiapkan.” Tolak Farah. Briefcase yang dipegangnya ditampar beberapa kali. Pintu lif terbuka luas. Mereka melangkah beriringan menuju ke pintu utama lobi.
            “Banyak sangat ke kerja Encik Hanif bagi dekat you, apple? Jangan sampai you skip your meal. Nanti you tak sihat, susah i nanti.” Ujar Dato’ Darwisy sebaik sahaja mereka masuk ke dalam perut kereta. Farah tersenyum.
            “Kerja i ni kena kejar deadline. Bila sedar deadline dah nak dekat, lagi terkejarlah i dibuatnya. Don’t worry, i know how to handle myself.” Ujar Farah cuba meyakinkan lelaki itu. Dato’ Darwisy yang sedang memandu itu sempat mengerling buah hatinya sekilas.
            “Nanti kita dah kahwin, i tak nak you kerja lagi. I nak you rehat dekat rumah, tunggu i balik kerja. I tak suka tengok you letih macam ni.” Ujar lelaki itu sambil membelok keretanya ke kawasan perumahan rumah sewa Farah. Mendengar kata-kata lelaki itu, Farah terus membuka matanya.
            “You tak bagi i kerja? Bertambah lemaklah i kalau macam tu.” Balas Farah sambil memasamkan wajahnya. Tersedar ada perubahan pada nada gadis itu, Dato’ Darwisy ketawa kecil.
            “Okaylah tu. Bertambah comellah you nanti.” Seloroh Dato’ Darwisy. Ketika itu keretanya sudah berada betul-betul dihadapan rumah sewa buah hatinya.
            “Malas i nak layan you. See you tomorrow.” Ujarnya sebelum melangkah keluar dari kereta putih milik Dato’ Darwisy. Lelaki itu ketawa melihat Farah yang sudah masam mencuka itu.
            “I’ll call you tonightTake care sayang.” Ujar lelaki itu sambil melambai tangan kepada Farah. Farah membalas lambaian tangan lelaki itu dengan menjelirkan lidahnya. Ketawa Dato’ Darwisy meletus melihat kenakalan buah hatinya itu.
            Farah menutup pintu utama rumahnya. Matanya membulat apabila melihat kotak-kotak yang tersusun berhampiran pintu utama. Kakinya diatur perlahan menghampiri pintu bilik Amy yang terbuka luas itu.
            “Hoiii..... sibuk nampak.” Sergah Farah dengan nada yang sedikit meninggi.Amy mengurut dadanya. Terkejut disergah begitu. Farah ketawa melihat rakannya yang terperanjat dengan sergahannya.
            “Sunyilah aku nanti.” Farah duduk dibucu katil sambil memerhati sekeliling bilik Amy yang sudah hampir kosong itu.
            “Nanti kau carilah housemate baru. Tak pun, kau cepat-cepat ajak Dato’ kahwin. Hari-hari ada orang temankan kau. Tak payah menyewa lagi. Dapat duduk rumah besar pula tu. Untungnya kau Farah.” Ujar Amy sambil memasukkan barangnya ke dalam kotak. Farah muram. Mendengar perkataan kahwin sudah mengingatkannya tentang penerimaan keluarga Dato’ Darwisy terhadapnya. Dia sengaja tidak mahu menceritakan perihal keluarga Dato’ Darwisy kepada teman baiknya itu. Tidak mahu menganggu Amy yang sedang teruja ingin berpindah rumah itu.
            “Bila kau dah pindah jauh ni, kau jangan lupakan aku tau. Kalau aku dah nak dapat anak saudara nanti, kau jangan lupa beritahu aku tau.” Ujar Farah dengan wajah yang muram. Amy memandang temannya yang sudah berubah wajah itu. Lantas dia memeluk bahu sahabatnya itu.
            “Kuantan dengan Terengganu tak jauhlah Farah. Kau kawan paling rapat dengan aku. Takkan aku nak lupa kau pula. Ala, nanti kita still boleh calling-calling.” Pujuk Amy lembut sambil menepuk bahu Farah. Farah mengesat airmatanya dengan tisu. Lalu dia berusaha menguntum senyuman kepada Amy.
            “Aku nak masuk bilik, mandi dengan solat dulu. Nanti aku tolong kau kemas bilik.” Ujar Farah lembut.
            “Tak payah susah-susahlah Farah. Tak banyak dah ni. Kau rehatlah dulu.” Tolak Amy lembut. Farah menggigit bibirnya.
            “Kalau macam tu, biar aku masak makan malam. Nanti kita boleh makan sama-sama.” Ujar Farah. Tanpa menunggu persetujuan Amy, lantas dia melangkah keluar dari bilik sederhana besar itu.
             
TELEFON bimbit miliknya dimasukkan ke dalam tas tangan kembali. Bibirnya mengukir senyuman penuh makna. Lantas dia menghampiri suaminya yang sedang menikmati sarapan pagi di meja makan.
            “You nak ke mana hari ni Khaty?” Tanya Tan Sri Amdan sebaik sahaja terhidu minyak wangi kegemaran isterinya itu. Puan Sri Khatijah mengerutkan dahinya. Hairan dengan sikap suaminya itu. Lantas dia mengatur langkah menghampiri meja makan.
            “I ada appointment dengan Zarina pagi ini.” Jawabnya sambil membetulkan tas tangannya. Suaminya yang sedang membaca surat khabar itu dijeling sekilas.
            “Ada apa-apa yang i tak tahu ke?” Tanya Tan Sri Amdan lagi. Puan Sri Khatijah menjuihkan bibirnya. Malas mahu menjawab soalan suaminya. Lantas dia membimbit tas tangannya.  
            “I keluar dulu.” Pamitnya tanpa memandang suaminya itu. Tan Sri Amdan mengangkat muka memandang isterinya yang sudah menjauh itu. Kepalanya digelengkan. Pasti ada sesuatu yang sedang direncanakan oleh isterinya itu. Bukan dia tidak kenal isterinya itu.

PAGI Jumaat yang mendamaikan itu telah menukar mood Dato’ Darwisy. Pesanan ringkas yang diterimanya pada pagi itu membuatkan matanya menjadi segar. Niat hatinya yang mahu tidur sepuasnya terbantut sebaik sahaja membuka pesanan ringkas daripada adiknya, Lis. Gambar yang dihantar adiknya itu membuatkan darahnya menyirap. Lantas dia bangkit dari pembaringan, bilik adik bongsunya menjadi sasarannya.
            Berkali-kali dia mengetuk pintu bilik Kay, barulah gadis itu membuka pintu. Dengan mata yang separa celik itu, Kay memandang abangnya. Dato’ Darwisy menggoncang bahu adiknya itu. Kay menjerit kuat apabila bahunya digoncang sebegitu. Lantas Dato’ Darwisy menghulur telefon bimbitnya kepada Kay yang sudah segar itu.
            “Kejutkan Kay just nak suruh Kay tengok handphone ke?” Tanya Kay geram. Dia memandang skrin telefon pintar milik abangnya itu. Matanya membulat. Dato’ Darwisy melangkah menghampiri katil bilik adiknya itu.
            Gambar maminya bersama Diana dan Puan Zarina disebuah restoran dipandang sekali lagi. Kay melabuhkan punggung disebelah abangnya. Mereka diam sambil memandang lantai. Dato’ Darwisy melepaskan keluhan berat.
            “Abang tak payah fikir sangatlah. Just wait and see.” Ujar Kay tenang. Dia sendiri tidak tahu apa yang sepatutnya dia katakan.
            Tiba-tiba telefon bimbit milik Dato’ Darwisy berbunyi. Nama maminya tertera diskrin. Mereka berpandangan. Lambat-lambat dia menekup telefon ditelinganya. Suara maminya didengarinya dihujung talian. Matanya bulat memandang Kay yang berada disebelahnya itu. Kay mengerutkan dahinya.
           
P/S: Kalau korang ada idea, boleh share ngan kita. :) Thanks for reading!


                       









7 comments:

  1. Kesian Farah. DA kena tegas. Cer buat mami nganga bila tau siapa Farah yg x dipandangnya itu. X sabar nk tau seterusnya.

    ReplyDelete
  2. dato darwis kena berani.....mesti kawin dengan farah

    ReplyDelete
  3. Best. Cepatlah sambung. Hehe

    ReplyDelete
  4. sambung larh cepat..jgn buat pembaca tertunggu-tunggu :) please?
    kalo dh ade next entry,inform me.... (twitter : @puteri_zanariah)

    ReplyDelete
  5. geram dengan mami DA....
    DA kena kawin dengan farah ok..
    serius tak sabar nak tunggu next entry....

    ReplyDelete