4 October 2013

Bunga Cinta Hati - 12

Episod 12
PUAN Sri Khatijah tidak lepas dari memerhati gadis yang dibawa anak lelakinya. Dimatanya gadis itu tetap tidak dapat menandingi Diana yang baginya terlalu sempurna untuk anak lelakinya itu. Dimana kurangnya Diana dimata anaknya itu dia sendiri tidak pasti. Kalau mahu dibandingkan dengan baju kurung yang dipakai gadis pujaan anaknya itu, jauh lebih berbeza dengan Diana yang lebih ‘up-to-date’.
            Farah kaku ditempat duduknya. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Masing-masing diam seribu bahasa. Bibirnya tidak henti mengukir senyuman. Beberapa minit kemudian seorang lelaki lingkungan 60an muncul diruang tamu yang serba mewah itu. Lelaki itu mengatur langkah menyertai mereka.
            “Ayah, bakal menantu ayah dah lama tunggu ayah.” Kata Kay sambil menarik lengan Tan Sri Amdan. Lelaki yang berkain pelikat itu tersenyum mesra.
            “Ayah, Am kenalkan, ini Farah. Sayang, inilah ayah i. My mentor.” Dato’ Darwisy memperkenalkan ayahnya pada Farah. Farah berdiri lalu dengan penuh hormat dia menyalami tangan lelaki itu.
            “Apa khabar Uncle?” Sapa Farah mesra.
            “Alhamdulillah, sehat. Pandai Am pilih bakal menantu ayah.” Puji Tan Sri Amdan sambil menepuk bahu anak lelakinya itu. Rin dan Lis yang mendengar pujian itu terus menjeling tajam kepada Farah.
            “Parents you ada lagi ke? Parents you kerja apa? Orang mana?” Soal Puan Sri Khatijah bertalu-talu. Farah memandang Dato’ Darwisy sekilas kemudian dia menguntum senyuman. Dia menerangkan serba sedikit tentang latar belakang keluarganya. Apabila nama syarikat ibu meniti dibibirnya, laju sahaja Lis mencelah.
            “Megah Hill? Apa jawatan ibu you di Megah Hill tu? Tea lady ke?” Tanya Lis sinis sambil memandang Farah dari atas ke bawah.
            “Lin! Mind your words, please?” Tegas Dato’ Darwisy. Hatinya panas apabila Farah diperli sinis sebegitu. Tidak menjawab pertanyaan sinis itu sebaliknya dia hanya menghadiahkan  senyuman kepada ibu beranak dua itu.
            “Lis, tak elok cakap macam tu pada tetamu kita.” Ujar Tan Sri Amdan lembut. Anak perempuannya itu memuncungkan bibirnya yang merah merekah itu.
            “Tanya sikit pun dah nak naik angin. Aku tanya sebab Zarif kerja dekat situ. Mana tahu Zarif boleh tolong naikkan pangkat mak dia dekat situ. Tak adalah nanti mami dengan ayah segan bila ada kawan-kawan mami tanya tentang keluarga bakal menantu mami nanti.” Ulas Lis dengan nada yang sedikit tinggi.
            Kata-kata yang dilemparkan oleh Lis sedikit sebanyak mencabar kesabaran Farah yang semakin menipis itu. Apa tidaknya adik kepada buah hatinya itu sedang menjadikan perihal ibunya sebagai topik perbualan mereka.
            “Eh Lis, kalau Farah anak mak cik cleaner sekali pun aku tetap akan jadikan dia isteri aku. Kau tahu kenapa? Sebab duit tak akan dapat bahagiakan aku.” Bidas Dato’ Darwisy yang sudah hilang sabar itu. Farah memegang lengan Dato’ Darwisy yang sudah ingin berdiri itu. Mereka berpandangan seketika. Bagaikan memberi isyarat supaya bersabar. Sejurus selepas itu, seorang lelaki muda berkaca mata muncul.
            “Am, tak baik Am cakap macam tu pada Lis. Kalau Zarif dengar nanti kecik hati dia.” Ujar Puan Sri Khatijah perlahan. Dato’ Darwisy menjeling maminya. Zarif bersalaman dengan Abang iparnya dan kedua mentuanya kemudian lelaki itu mengambil tempat duduk bersebelahan dengan isterinya, Lis.
            “Entah-entah ibu Farah ni boleh tendang suami Lis keluar dari Megah Hill tak? Yela, manusia ni kita tak boleh judge melalui apa yang dipakai je. Ada  yang jenis tak berduit, tapi suka bergaya tak ingat poket yang nipis tu.” Sindir Dato’ Darwisy sambil memberi jelingan kepada adiknya itu. Zarif memandang Dato’ Darwisy dengan seribu tanda tanya.
            Farah bungkam. Tidak selesa dengan keadaan yang semakin tegang itu. seperti dapat membaca air muka Farah, lantas Kay menyelamatkan gadis itu.
            “Eloklah bawa keluar perempuan ni. Tak hingin aku mengadap muka dia lama-lama.” Bidas Rin yang mendiamkan diri sejak tadi. Farah tersentak. Badannya dipusingkan menghadap Rin dan Lis. Kecewa dilayan seperti tetamu tidak diundang. Terasa seperti dirinya menjadi punca pertegangan urat antara dua beradik itu.
            “Aunty, Uncle, i minta maaf kalau kedatangan i harini dah menyebabkan perbalahan antara anak-anak Aunty dan Uncle.” Ucapnya lalu menyalami tangan kedua orang tua Dato’ Darwisy. Kemudian dia mengatur langkah selaju yang  mungkin keluar dari rumah mewah itu.
            Tanpa sepatah kata, Dato’ Darwisy mengejar Farah yang sudah melangkah pergi itu. Mujurlah dia sempat mencapai kunci kereta adik bongsunya. Nama Farah dipanggil berkali-kali. Farah berhenti melangkah. Pipi yang sudah basah itu dipandang Dato’ Darwisy. Lalu dia menyentuh kedua belah pipi Farah.
            “I’m sorry sayang. Please don’t cry.” Pujuk Dato’ Darwisy lembut.
            “I nak balik.” Ujar Farah dalam sendu. Dato’ Darwisy mengangguk. Tanpa banyak soal, dia menarik tangan gadis itu ke kereta milik Kay. Sepanjang dalam perjalanan, mereka lebih banyak melayan perasaan masing-masing daripada berbual.
            Kereta yang dipandu lelaki itu berhenti betul-betul dihadapan kedai Tutty Frutti yang terletak berdekatan dengan kawasan tempat tinggal Farah. Farah memandang Dato’ Darwisy yang sedang membuka tali pinggang keledar.
            “Sekejap ya sayang.” Itu sahaja pesan lelaki itu sebelum lelaki itu keluar dari perut kereta kecil itu. Farah memerhati Dato’ Darwisy yang melangkah masuk ke dalam kedai aiskrim terkenal itu. Selang beberapa minit sahaja lelaki itu muncul bersama satu mangkuk bewarna merah jambu ditangan kanannya.
            “Nah. I belikan untuk you.” Ujar Dato’ Darwisy seraya memasukki ke dalam kereta. Farah membulatkan matanya apabila melihat aiskrim dan beberapa jenis buah yang ada didalam mangkuk itu.
            “Thanks.” Ujarnya perlahan sambil menyuapkan aiskrim ke mulut Dato’ Darwisy.
            “I tahu you sedih. A friend told me, perempuan kalau sedih atau stress suka makan something yang sweet. So i harap, aiskrim ni dapat merawat hati you.” Ujar Dato’ Darwisy tenang sambil memandu kereta. Farah tersenyum lebar. Lelaki disebelahnya itu terlalu memahami dirinya. Terubat seketika hatinya yang pedih sebentar tadi.
            “I tak nak you fikir lagi tentang apa yang terjadi sebentar tadi. I know how to handle them.” Pesan lelaki itu ketika kereta kecil itu berhenti betul-betul dihadapan kediaman Farah.
Farah tidak menjawab. Cuma mengangguk.
            “Sekali lagi, i nak minta maaf bagi pihak keluarga i.” Ujar Dato’ Darwisy jelas sekali kesal dengan apa yang berlaku. Farah tidak memberi respon sebaliknya dia menguntum senyuman lalu menepuk bahu lelaki itu beberapa kali. Kemudian dia melangkah keluar dari perut kereta kecil itu.

“AYAH tengok budak Farah tu sopan elok aje. Apa masalah dengan kamu berdua ni? Dia datang sebagai tetamu kita, sepatutnya kita layan dia elok-elok. Bukan dengan kasar macam awak berdua layan dia. Ayah malu dengan perangai anak-anak ayah. Zarif, kamu kena nasihatkan isteri kamu ni.” Bebel Tan Sri Amdan sebaik sahaja anak lelakinya keluar dari villa. Matanya memandang isteri dan anak-anaknya silih berganti.
            “Anak lelaki kita yang nak emosi lebih. Budak tu tak ada apa-apa pun.” Celah Puan Sri Khatijah sambil membetulkan gelang ditangan kanannya.Tan Sri Amdan menjeling isterinya yang langsung tidak ada rasa bersalah itu.
“Mami dah beritahu Diana tentang Am dengan perempuan tu?” Tanya Rin sebaik sahaja melihat Tan Sri Amdan berlalu meninggalkan mereka diruang tamu. Dia melangkah menuju ke beranda untuk menenangkan fikirannya. Puan Sri Khatijah melepaskan keluhan berat.
            “Mami tak sampai hati nak beritahu Diana. Mami tak nak pelajaran dia terganggu disebabkan perkara ni. Kalau boleh, biarlah kita selesaikan tanpa pengetahuan Diana.” Jawab Puan Sri Khatijah tenang. Tiada lagi wajah yang kelat menghiasi wajahnya yang sudah dimamah usia itu.
            “Am pun satu hal, mami. Dah ada tunang pun gatal cari perempuan lain lagi. Apa lagi kurangnya si Diana tu.” Rungut Rin sambil menepuk punggung anak lelakinya.
            “Tak apa Rin. Tak lama lagi Diana akan tamat belajar, mami akan berbincang dengan Uncle Aziz untuk percepatkan perkahwinan mereka berdua.” Ujar Puan Sri Khatijah sambil tersenyum.
            “Baguslah kalau macam tu mami. Lis setuju sangat kalau mami percepatkan tarikh perkahwinan mereka berdua. Lagi cepat, lagi bagus.” Sokong Lis sambil mengusap rambut anak perempuannya.
            “Kak Lis dengan mami ni sama je. Kesian abang Am. Asyik kena ikut telunjuk mami.” Ujar Kay lantang. Sakit hatinya mendengar segala butir perbualan maminya dan kakaknya itu.
            “Hish budak ni. Tak payah masuk campur kalau Kay tak suka. Am tu satu-satunya anak lelaki mami. Mami tak nak bermenantukan perempuan yang belum tentu asal usulnya dan tak setaraf dengan kita.” Balas Puan Sri Khatijah dengan nada sedikit meninggi. Kay mendengus geram. Lantas dia berdiri. Kakak-kakaknya dicerlung tajam.
            “Tapi bukan dengan menetapkan segalanya tanpa persetujuan abang Am. Mami ingat Kay tak tahu yang mami rancang majlis pertunangan abang Am dengan Diana tanpa pengetahuan abang Am sendiri? Mami nak ke anak mami tak bahagia?” Kali ini dia tidak mampu mengawal perasaan marahnya lagi. Segala yang terbuku dihatinya akhirnya tersembur jua.         
            Tan Sri Amdan yang sedang bermain permainan di Ipadnya turut menyaksikan ketegangan yang berlaku itu. Dia hanya menggeleng kepala melihat isterinya yang tidak pernah sedar itu.
            “Agaknya you terlupa tentang sesuatu Kathy. You dulu pun bukanlah setaraf dengan i, Kathy.” Ujar Tan Sri Amdan sinis. Puan Sri Khatijah mendengus geram. Sakit hatinya makin bertambah apabila suaminya itu turut sama membidasnya.
            Dato’ Darwisy menghampiri Tan Sri Amdan yang sedang menghirup udara petang di beranda. Langsir nipis berwarna putih berterbangan apabila ditiup angin petang. Telinga sempat menangkap kata-kata ayahnya itu. Dia melepaskan keluhan berat.
            “Ayah.” Tegurnya sambil menghampiri kerusi kayu yang terletak disebelah ayahnya. Matanya sempat mengerling ruang tamu yang masih menjadi tempat lepak ahli keluarganya itu.
Sebaik sahaja terpandangkan abangnya itu, Kay terus melangkah menyertai abang dan ayahnya yang sedang berehat di beranda itu.  Malas mahu menadah telinga mendengar kata-kata kasar yang bakal meniti dibibir ketiga-tiga wanita itu.
            “Farah okay ke Am?” Tanya Tan Sri Amdan tenang.
            Dato’ Darwisy mengangguk. Kemudian matanya memandang kolam ikan yang dibina bersebelahan beranda.
            “Kay tak sangka yang abang ada girlfriend secantik tu. Kan ayah?” Kay cuba mengembalikan mood abangnya yang muram itu. Tan Sri Amdan menguntum senyuman.
            “Walaupun ayah tak kenal Farah, tapi ayah dapat rasakan yang Farah adalah yang terbaik buat Am. Jangan jadi macam ayah. Ayah masih lagi tak mampu untuk menjinakkan perangai mami yang satu tu.” Ujar Tan Sri Amdan perlahan. Kay menguntum senyuman mendengar kata-kata nasihat ayahnya itu.

FARAH memandang Puan Raihana yang muncul dengan semangkuk buah-buahan yang dipotong kecil. Puas dia menangis dibahu ibunya itu sejurus dia pulang dari rumah keluarga Dato’ Darwisy petang tadi. Saluran tv dialihkan sehinggalah menemui rancangan menarik minatnya untuk menonton.
            “Bila awak balik Terengganu?” Tanya Puan Raihana sambil menghulur mangkuk berisi buah-buahan kepada anak tunggalnya itu.
            “Sepatutnya esok bu. Tapi, Farah rasa macam nak minta extra cuti. Nak rehat. Shopping.” Jawabnya tenang.
            “Awak kerja dengan ibu ajelah. Balik tinggal  dekat KL ni. Tak adalah ibu bosan sangat.” Ujar Puan Raihana sambil memegang bahu anaknya itu. Farah mengerutkan dahinya.
            “Ibu, i’m really love my work. Ibu tahukan?” Ujar Farah pula.
            “Awak tak kesiankan ibu ke? Ibu sorang-sorang dekat sini. Sunyi.” Pujuk Puan Raihana lagi.
            Farah bungkam. Dia mencapai tangan ibunya.
            “Ibu, nanti Farah dah puas kerja dengan orang, Farah akan balik sini tolong ibu. Tapi bukan sekarang. Erm... kalau ibu bosan tak ada teman nak borak, ibu boraklah dengan bibik.” Pujuknya pula. Puan Raihana memuncungkan bibirnya.
            “Erm... apa kata ibu ambil anak angkat? Boleh teman ibu berbual. Dapat juga Farah merasa ada adik.” Cadang Farah sambil mengangkat keningnya. Puan Raihana menampar bahu Farah perlahan.
            “Ke situ pula fikirnya. Tak apalah, nanti ibu cuba pujuk Aunty Rai balik Malaysia. Dah lama sangat dia menetap dekat negara orang. Ada juga teman berbual ibu nanti.” Ujar Puan Raihana sambil tangannya laju mencapai telefon pintar yang diletakkan diatas meja kopi dihadapan mereka.
            Sudah hampir 10 tahun saudara kembar ibunya itu menetap di Australia. Dek kerana kegagalan perkahwinannya, ibu saudaranya itu membawa diri ke jauh ke negara orang. Rasa rindu kepada saudara kembar ibunya itu menyelinap masuk ke dalam dirinya.
            “Kalau iya pun ibu nak call Aunty Rai, cuba tengok jam tu dulu. Apalah ibu ni.” Celah Farah apabila melihat ibunya berkali-kali menekup telefon ditelinga.
            “Awal lagi dekat sana ni.” Ujar Puan Raihana yakin. Farah mengangkat bahu. Matanya dihala ke televisyen. Telefon bimbitnya yang terletak didalam poket seluarnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas diterimanya. Lantas dikeluarkannya.
            ‘Esok pagi i nak bawa you ke satu tempat. Tempat yang kita boleh hilangkan stress. I know you will like it. Pukul 10 pagi i akan jemput you dirumah. Love you apple.’ Farah mengukir senyuman membaca pesanan ringkas daripada buah hatinya itu. Ibunya yang sedang berbual dengan ibu saudaranya dalam talian dipandang sekilas. Kemudian laju jarinya membalas pesanan ringkas buah hatinya itu.
            ‘Nice! Surprise me. Love you too Durian.’  Balasnya pula.
            ‘Durian? Okay, i’ll bring durian to you tomorrow. How much do you want sayang?’ Balas lelaki itu pula.
Ketawa Farah meletus apabila membaca pesanan ringkas daripada Dato’ Darwisy. Puan Raihana menampar peha anak gadisnya itu apabila terperanjat mendengar tawa anaknya itu.
            “Sorry.” Ujar Farah sambil menggerakkan jarinya di skrin telefon pintar miliknya.

            ‘Only one. There is no two or three even millions. There is only one in the world. See you tomorrow honey.’ Balasnya tenang. Terasa sebak apabila mengimbau kembali kejadian petang tadi.  Peha ibunya menjadi sasaran kepalanya. Rambutnya diusap lembut. Tenang rasanya apabila dibelai sebegitu.




P/S: Thanks for reading. Would be nice if you can leave me a comment. :)

10 comments:

  1. aduii mnikam smp ke ulu ati bila di hina.. ssh kn bila ada org yg xsdar diri..arap farah tabah

    ReplyDelete
  2. Nice n3 Eda..bila di fikir2 balik, saya rasa saya lebih suka kalau Farah bukan dgn Dato' Darwisy, maybe ada hero lain ke....apa2 pun do continue with new n3 ye. See ya!

    ReplyDelete
  3. Sms on the last chapter mampu menghapus sentap yg hadir dr awal chapter. Hohoho best sgt ! Tq akak, update faster ek. Hihihi

    ReplyDelete
  4. Huhuhu... Kenapa Puan Sri buat Farah macam itu? Apa-apa pun, mice entry. Keep it up, writer!

    ReplyDelete
  5. HOHOHO...... PUAN SRI JGN EGO....... JGN X TAU IBU FARAH LEBIH TERROR DR PUAN SRI..... TGU LA ZARIF AKAN TERPERANJAT BERUK..... BILA TAU "TEA LADY" YANG IS3 DIA CKP ADA KUASA UNTUK "TENDANG" ZARIF DR MEGAH HILL........ WATCH OUT

    ReplyDelete

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...