Episod 12
PUAN Sri Khatijah tidak lepas dari memerhati gadis yang
dibawa anak lelakinya. Dimatanya gadis itu tetap tidak dapat menandingi Diana
yang baginya terlalu sempurna untuk anak lelakinya itu. Dimana kurangnya Diana
dimata anaknya itu dia sendiri tidak pasti. Kalau mahu dibandingkan dengan baju
kurung yang dipakai gadis pujaan anaknya itu, jauh lebih berbeza dengan Diana
yang lebih ‘up-to-date’.
Farah
kaku ditempat duduknya. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Masing-masing
diam seribu bahasa. Bibirnya tidak henti mengukir senyuman. Beberapa minit
kemudian seorang lelaki lingkungan 60an muncul diruang tamu yang serba mewah
itu. Lelaki itu mengatur langkah menyertai mereka.
“Ayah,
bakal menantu ayah dah lama tunggu ayah.” Kata Kay sambil menarik lengan Tan Sri
Amdan. Lelaki yang berkain pelikat itu tersenyum mesra.
“Ayah,
Am kenalkan, ini Farah. Sayang, inilah ayah i. My mentor.” Dato’ Darwisy
memperkenalkan ayahnya pada Farah. Farah berdiri lalu dengan penuh hormat dia
menyalami tangan lelaki itu.
“Apa
khabar Uncle?” Sapa Farah mesra.
“Alhamdulillah,
sehat. Pandai Am pilih bakal menantu ayah.” Puji Tan Sri Amdan sambil menepuk
bahu anak lelakinya itu. Rin dan Lis yang mendengar pujian itu terus menjeling
tajam kepada Farah.
“Parents you ada lagi ke? Parents you kerja apa? Orang mana?” Soal
Puan Sri Khatijah bertalu-talu. Farah memandang Dato’ Darwisy sekilas kemudian
dia menguntum senyuman. Dia menerangkan serba sedikit tentang latar belakang
keluarganya. Apabila nama syarikat ibu meniti dibibirnya, laju sahaja Lis
mencelah.
“Megah
Hill? Apa jawatan ibu you di Megah Hill tu? Tea
lady ke?” Tanya Lis sinis sambil memandang Farah dari atas ke bawah.
“Lin! Mind your words, please?” Tegas Dato’
Darwisy. Hatinya panas apabila Farah diperli sinis sebegitu. Tidak menjawab
pertanyaan sinis itu sebaliknya dia hanya menghadiahkan senyuman kepada ibu beranak dua itu.
“Lis,
tak elok cakap macam tu pada tetamu kita.” Ujar Tan Sri Amdan lembut. Anak
perempuannya itu memuncungkan bibirnya yang merah merekah itu.
“Tanya
sikit pun dah nak naik angin. Aku tanya sebab Zarif kerja dekat situ. Mana tahu
Zarif boleh tolong naikkan pangkat mak dia dekat situ. Tak adalah nanti mami
dengan ayah segan bila ada kawan-kawan mami tanya tentang keluarga bakal
menantu mami nanti.” Ulas Lis dengan nada yang sedikit tinggi.
Kata-kata
yang dilemparkan oleh Lis sedikit sebanyak mencabar kesabaran Farah yang
semakin menipis itu. Apa tidaknya adik kepada buah hatinya itu sedang
menjadikan perihal ibunya sebagai topik perbualan mereka.
“Eh Lis,
kalau Farah anak mak cik cleaner
sekali pun aku tetap akan jadikan dia isteri aku. Kau tahu kenapa? Sebab duit
tak akan dapat bahagiakan aku.” Bidas Dato’ Darwisy yang sudah hilang sabar
itu. Farah memegang lengan Dato’ Darwisy yang sudah ingin berdiri itu. Mereka
berpandangan seketika. Bagaikan memberi isyarat supaya bersabar. Sejurus
selepas itu, seorang lelaki muda berkaca mata muncul.
“Am, tak
baik Am cakap macam tu pada Lis. Kalau Zarif dengar nanti kecik hati dia.” Ujar
Puan Sri Khatijah perlahan. Dato’ Darwisy menjeling maminya. Zarif bersalaman
dengan Abang iparnya dan kedua mentuanya kemudian lelaki itu mengambil tempat
duduk bersebelahan dengan isterinya, Lis.
“Entah-entah
ibu Farah ni boleh tendang suami Lis keluar dari Megah Hill tak? Yela, manusia
ni kita tak boleh judge melalui apa
yang dipakai je. Ada yang jenis tak
berduit, tapi suka bergaya tak ingat poket yang nipis tu.” Sindir Dato’ Darwisy
sambil memberi jelingan kepada adiknya itu. Zarif memandang Dato’ Darwisy
dengan seribu tanda tanya.
Farah
bungkam. Tidak selesa dengan keadaan yang semakin tegang itu. seperti dapat
membaca air muka Farah, lantas Kay menyelamatkan gadis itu.
“Eloklah
bawa keluar perempuan ni. Tak hingin aku mengadap muka dia lama-lama.” Bidas
Rin yang mendiamkan diri sejak tadi. Farah tersentak. Badannya dipusingkan
menghadap Rin dan Lis. Kecewa dilayan seperti tetamu tidak diundang. Terasa
seperti dirinya menjadi punca pertegangan urat antara dua beradik itu.
“Aunty,
Uncle, i minta maaf kalau kedatangan i harini dah menyebabkan perbalahan antara
anak-anak Aunty dan Uncle.” Ucapnya lalu menyalami tangan kedua orang tua Dato’
Darwisy. Kemudian dia mengatur langkah selaju yang mungkin keluar dari rumah mewah itu.
Tanpa
sepatah kata, Dato’ Darwisy mengejar Farah yang sudah melangkah pergi itu.
Mujurlah dia sempat mencapai kunci kereta adik bongsunya. Nama Farah dipanggil
berkali-kali. Farah berhenti melangkah. Pipi yang sudah basah itu dipandang
Dato’ Darwisy. Lalu dia menyentuh kedua belah pipi Farah.
“I’m sorry sayang. Please don’t cry.” Pujuk Dato’ Darwisy lembut.
“I nak
balik.” Ujar Farah dalam sendu. Dato’ Darwisy mengangguk. Tanpa banyak soal,
dia menarik tangan gadis itu ke kereta milik Kay. Sepanjang dalam perjalanan,
mereka lebih banyak melayan perasaan masing-masing daripada berbual.
Kereta
yang dipandu lelaki itu berhenti betul-betul dihadapan kedai Tutty Frutti yang
terletak berdekatan dengan kawasan tempat tinggal Farah. Farah memandang Dato’
Darwisy yang sedang membuka tali pinggang keledar.
“Sekejap
ya sayang.” Itu sahaja pesan lelaki itu sebelum lelaki itu keluar dari perut
kereta kecil itu. Farah memerhati Dato’ Darwisy yang melangkah masuk ke dalam
kedai aiskrim terkenal itu. Selang beberapa minit sahaja lelaki itu muncul
bersama satu mangkuk bewarna merah jambu ditangan kanannya.
“Nah. I
belikan untuk you.” Ujar Dato’ Darwisy seraya memasukki ke dalam kereta. Farah
membulatkan matanya apabila melihat aiskrim dan beberapa jenis buah yang ada
didalam mangkuk itu.
“Thanks.” Ujarnya perlahan sambil
menyuapkan aiskrim ke mulut Dato’ Darwisy.
“I tahu
you sedih. A friend told me,
perempuan kalau sedih atau stress suka makan something yang sweet. So
i harap, aiskrim ni dapat merawat hati you.” Ujar Dato’ Darwisy tenang sambil
memandu kereta. Farah tersenyum lebar. Lelaki disebelahnya itu terlalu memahami
dirinya. Terubat seketika hatinya yang pedih sebentar tadi.
“I tak
nak you fikir lagi tentang apa yang terjadi sebentar tadi. I know how to handle them.” Pesan lelaki itu ketika kereta kecil
itu berhenti betul-betul dihadapan kediaman Farah.
Farah tidak menjawab. Cuma mengangguk.
“Sekali
lagi, i nak minta maaf bagi pihak keluarga i.” Ujar Dato’ Darwisy jelas sekali
kesal dengan apa yang berlaku. Farah tidak memberi respon sebaliknya dia
menguntum senyuman lalu menepuk bahu lelaki itu beberapa kali. Kemudian dia
melangkah keluar dari perut kereta kecil itu.
“AYAH tengok budak Farah tu sopan elok aje. Apa masalah dengan
kamu berdua ni? Dia datang sebagai tetamu kita, sepatutnya kita layan dia
elok-elok. Bukan dengan kasar macam awak berdua layan dia. Ayah malu dengan
perangai anak-anak ayah. Zarif, kamu kena nasihatkan isteri kamu ni.” Bebel Tan
Sri Amdan sebaik sahaja anak lelakinya keluar dari villa. Matanya memandang
isteri dan anak-anaknya silih berganti.
“Anak
lelaki kita yang nak emosi lebih. Budak tu tak ada apa-apa pun.” Celah Puan Sri
Khatijah sambil membetulkan gelang ditangan kanannya.Tan Sri Amdan menjeling
isterinya yang langsung tidak ada rasa bersalah itu.
“Mami dah beritahu
Diana tentang Am dengan perempuan tu?” Tanya Rin sebaik sahaja melihat Tan Sri
Amdan berlalu meninggalkan mereka diruang tamu. Dia melangkah menuju ke beranda
untuk menenangkan fikirannya. Puan Sri Khatijah melepaskan keluhan berat.
“Mami
tak sampai hati nak beritahu Diana. Mami tak nak pelajaran dia terganggu
disebabkan perkara ni. Kalau boleh, biarlah kita selesaikan tanpa pengetahuan
Diana.” Jawab Puan Sri Khatijah tenang. Tiada lagi wajah yang kelat menghiasi
wajahnya yang sudah dimamah usia itu.
“Am pun
satu hal, mami. Dah ada tunang pun gatal cari perempuan lain lagi. Apa lagi kurangnya
si Diana tu.” Rungut Rin sambil menepuk punggung anak lelakinya.
“Tak apa
Rin. Tak lama lagi Diana akan tamat belajar, mami akan berbincang dengan Uncle
Aziz untuk percepatkan perkahwinan mereka berdua.” Ujar Puan Sri Khatijah
sambil tersenyum.
“Baguslah
kalau macam tu mami. Lis setuju sangat kalau mami percepatkan tarikh
perkahwinan mereka berdua. Lagi cepat, lagi bagus.” Sokong Lis sambil mengusap
rambut anak perempuannya.
“Kak Lis
dengan mami ni sama je. Kesian abang Am. Asyik kena ikut telunjuk mami.” Ujar
Kay lantang. Sakit hatinya mendengar segala butir perbualan maminya dan
kakaknya itu.
“Hish
budak ni. Tak payah masuk campur kalau Kay tak suka. Am tu satu-satunya anak
lelaki mami. Mami tak nak bermenantukan perempuan yang belum tentu asal usulnya
dan tak setaraf dengan kita.” Balas Puan Sri Khatijah dengan nada sedikit
meninggi. Kay mendengus geram. Lantas dia berdiri. Kakak-kakaknya dicerlung
tajam.
“Tapi
bukan dengan menetapkan segalanya tanpa persetujuan abang Am. Mami ingat Kay
tak tahu yang mami rancang majlis pertunangan abang Am dengan Diana tanpa
pengetahuan abang Am sendiri? Mami nak ke anak mami tak bahagia?” Kali ini dia
tidak mampu mengawal perasaan marahnya lagi. Segala yang terbuku dihatinya
akhirnya tersembur jua.
Tan Sri
Amdan yang sedang bermain permainan di Ipadnya turut menyaksikan ketegangan
yang berlaku itu. Dia hanya menggeleng kepala melihat isterinya yang tidak
pernah sedar itu.
“Agaknya
you terlupa tentang sesuatu Kathy. You dulu pun bukanlah setaraf dengan i,
Kathy.” Ujar Tan Sri Amdan sinis. Puan Sri Khatijah mendengus geram. Sakit
hatinya makin bertambah apabila suaminya itu turut sama membidasnya.
Dato’
Darwisy menghampiri Tan Sri Amdan yang sedang menghirup udara petang di
beranda. Langsir nipis berwarna putih berterbangan apabila ditiup angin petang.
Telinga sempat menangkap kata-kata ayahnya itu. Dia melepaskan keluhan berat.
“Ayah.”
Tegurnya sambil menghampiri kerusi kayu yang terletak disebelah ayahnya.
Matanya sempat mengerling ruang tamu yang masih menjadi tempat lepak ahli keluarganya
itu.
Sebaik sahaja
terpandangkan abangnya itu, Kay terus melangkah menyertai abang dan ayahnya
yang sedang berehat di beranda itu. Malas
mahu menadah telinga mendengar kata-kata kasar yang bakal meniti dibibir
ketiga-tiga wanita itu.
“Farah
okay ke Am?” Tanya Tan Sri Amdan tenang.
Dato’
Darwisy mengangguk. Kemudian matanya memandang kolam ikan yang dibina
bersebelahan beranda.
“Kay tak
sangka yang abang ada girlfriend
secantik tu. Kan ayah?” Kay cuba mengembalikan mood abangnya yang muram itu. Tan Sri Amdan menguntum senyuman.
“Walaupun
ayah tak kenal Farah, tapi ayah dapat rasakan yang Farah adalah yang terbaik
buat Am. Jangan jadi macam ayah. Ayah masih lagi tak mampu untuk menjinakkan
perangai mami yang satu tu.” Ujar Tan Sri Amdan perlahan. Kay menguntum senyuman
mendengar kata-kata nasihat ayahnya itu.
FARAH memandang Puan Raihana yang muncul dengan semangkuk
buah-buahan yang dipotong kecil. Puas dia menangis dibahu ibunya itu sejurus
dia pulang dari rumah keluarga Dato’ Darwisy petang tadi. Saluran tv dialihkan
sehinggalah menemui rancangan menarik minatnya untuk menonton.
“Bila
awak balik Terengganu?” Tanya Puan Raihana sambil menghulur mangkuk berisi
buah-buahan kepada anak tunggalnya itu.
“Sepatutnya
esok bu. Tapi, Farah rasa macam nak minta extra
cuti. Nak rehat. Shopping.” Jawabnya tenang.
“Awak
kerja dengan ibu ajelah. Balik tinggal dekat
KL ni. Tak adalah ibu bosan sangat.” Ujar Puan Raihana sambil memegang bahu
anaknya itu. Farah mengerutkan dahinya.
“Ibu, i’m
really love my work. Ibu tahukan?” Ujar Farah pula.
“Awak
tak kesiankan ibu ke? Ibu sorang-sorang dekat sini. Sunyi.” Pujuk Puan Raihana
lagi.
Farah bungkam.
Dia mencapai tangan ibunya.
“Ibu,
nanti Farah dah puas kerja dengan orang, Farah akan balik sini tolong ibu. Tapi
bukan sekarang. Erm... kalau ibu bosan tak ada teman nak borak, ibu boraklah
dengan bibik.” Pujuknya pula. Puan Raihana memuncungkan bibirnya.
“Erm...
apa kata ibu ambil anak angkat? Boleh teman ibu berbual. Dapat juga Farah
merasa ada adik.” Cadang Farah sambil mengangkat keningnya. Puan Raihana
menampar bahu Farah perlahan.
“Ke situ
pula fikirnya. Tak apalah, nanti ibu cuba pujuk Aunty Rai balik Malaysia. Dah
lama sangat dia menetap dekat negara orang. Ada juga teman berbual ibu nanti.”
Ujar Puan Raihana sambil tangannya laju mencapai telefon pintar yang diletakkan
diatas meja kopi dihadapan mereka.
Sudah
hampir 10 tahun saudara kembar ibunya itu menetap di Australia. Dek kerana
kegagalan perkahwinannya, ibu saudaranya itu membawa diri ke jauh ke negara
orang. Rasa rindu kepada saudara kembar ibunya itu menyelinap masuk ke dalam
dirinya.
“Kalau
iya pun ibu nak call Aunty Rai, cuba
tengok jam tu dulu. Apalah ibu ni.” Celah Farah apabila melihat ibunya
berkali-kali menekup telefon ditelinga.
“Awal
lagi dekat sana ni.” Ujar Puan Raihana yakin. Farah mengangkat bahu. Matanya dihala
ke televisyen. Telefon bimbitnya yang terletak didalam poket seluarnya berbunyi
menandakan ada pesanan ringkas diterimanya. Lantas dikeluarkannya.
‘Esok pagi i
nak bawa you ke satu tempat. Tempat yang kita boleh hilangkan stress. I know
you will like it. Pukul 10 pagi i akan jemput you dirumah. Love you apple.’ Farah mengukir
senyuman membaca pesanan ringkas daripada buah hatinya itu. Ibunya yang sedang
berbual dengan ibu saudaranya dalam talian dipandang sekilas. Kemudian laju
jarinya membalas pesanan ringkas buah hatinya itu.
‘Nice! Surprise me. Love you too Durian.’
Balasnya pula.
‘Durian? Okay, i’ll bring durian to you
tomorrow. How much do you want sayang?’ Balas lelaki itu pula.
Ketawa Farah
meletus apabila membaca pesanan ringkas daripada Dato’ Darwisy. Puan Raihana
menampar peha anak gadisnya itu apabila terperanjat mendengar tawa anaknya itu.
“Sorry.” Ujar Farah sambil menggerakkan
jarinya di skrin telefon pintar miliknya.
‘Only one. There is no two or three even
millions. There is only one in the world. See you tomorrow honey.’ Balasnya
tenang. Terasa sebak apabila mengimbau kembali kejadian petang tadi. Peha ibunya menjadi sasaran kepalanya. Rambutnya
diusap lembut. Tenang rasanya apabila dibelai sebegitu.
P/S: Thanks for reading. Would be nice if you can leave me a comment. :)
aduii mnikam smp ke ulu ati bila di hina.. ssh kn bila ada org yg xsdar diri..arap farah tabah
ReplyDeleteTerbaekkk eda
ReplyDeletesiapakah dirimu wahai anon
ReplyDeleteNice n3 Eda..bila di fikir2 balik, saya rasa saya lebih suka kalau Farah bukan dgn Dato' Darwisy, maybe ada hero lain ke....apa2 pun do continue with new n3 ye. See ya!
ReplyDeleteSms on the last chapter mampu menghapus sentap yg hadir dr awal chapter. Hohoho best sgt ! Tq akak, update faster ek. Hihihi
ReplyDeletekasi terubat sikit hati yg tgh sedih tu
DeleteHuhuhu... Kenapa Puan Sri buat Farah macam itu? Apa-apa pun, mice entry. Keep it up, writer!
ReplyDeleteI mean, nice. Typo.
DeleteSambung please.
ReplyDeleteHOHOHO...... PUAN SRI JGN EGO....... JGN X TAU IBU FARAH LEBIH TERROR DR PUAN SRI..... TGU LA ZARIF AKAN TERPERANJAT BERUK..... BILA TAU "TEA LADY" YANG IS3 DIA CKP ADA KUASA UNTUK "TENDANG" ZARIF DR MEGAH HILL........ WATCH OUT
ReplyDelete