Episod 15
DATO’ Darwisy berjalan
sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar slack hitamnya. Tanpa
sedikit pun memandang kearah Diana yang masam mencuka itu, dia melabuhkan
punggungnya diatas sofa bertentangan dengan perempuan itu.
“Ada apa
you cari i sampai ke sini?” Soalnya sambil memangku dagu.
Diana
mendengus kasar.
“Salah
ke i nak jumpa tunang i? Setiap kali i balik ke Malaysia, tak pernah sekali pun
i boleh jumpa you. You asyik dengan alasan you yang kononnya sibuk memanjang.
Apa yang i nampak sekarang, you taklah sesibuk mana pun.” Rungut Diana yang
masih masam mencuka itu. Lelaki itu tersenyum sambil menggeleng kepalanya.
“Terpulang
pada you. I memang sibuk.” Jawab Dato’ Darwisy selamba.
“Untuk
luangkan waktu dengan tunang sendiri pun you berkira?” Diana bertanya. Matanya
mencerlung lelaki dihadapannya itu.
“I rasa
you dah tahu jawapannya kan? Dahlah. I tak nak bazirkan masa i. I banyak
kerja!” Ujar Dato’ Darwisy lalu melangkah menghampiri meja kerjanya. Diana
mendengus.
“Am!!!” Bentaknya
kuat. Dato’ Darwisy memusingkan badannya
memandang Diana yang sudah berang itu.
“Apa lagi yang you
nak Diana?” Tanya Dato’ Darwisy dengan suara yang sedikit meninggi. Dia
memandang Diana sejenak kemudian kakinya diatur menghampiri meja kerjanya
kembali. Tidak ada mood untuk melayani kerenah gadis itu.
“Kalau you fikir i
akan bawa you keluar jalan-jalan, i rasa lebih baik you lupakan saja. Driver i ada dekat bawah, dia akan bawa
you ke mana saja you nak pergi.” Ujar Dato’ Darwisy lantang.
“I nak you. Bukan driver you!”
Dato’ Darwisy
memalingkan wajahnya. Lalu mengukir senyuman sinis.
“Jangan menjerit
boleh tak? I belum pekak lagi tau. You menjerit sampai tercabut anak tekak
sekalipun, jawapannya tetap sama. You
have no choice.” Ujar Dato’ Darwisy sinis sambil membelek helaian kertas
kerja.
Diana mendengus
kuat. Lantas dia mengambil tas tangannya lalu berlalu keluar dari bilik lelaki
itu. Lelaki itu dimakinya didalam hati. Mahu sahaja dia terbang pulang ke Kuala
Lumpur ketika itu. Namun kerana tidak mahu mamanya berfikir negatif, hasrat itu
terpaksa dilupakan.
FARAH mengetuk meja sambil matanya merenung tepat ke arah dinding yang dicat
bewarna putih itu. Kerja yang menimbun itu langsung tidak berjaya menarik
minatnya ketika itu. Tiada mood untuk berdepan dengan kerja yang tidak pernah
habis itu. Di dalam fikirannya hanya ada lelaki itu. Ya, lelaki itu.
Kepalanya
dipicit perlahan. Jam dipergelangan tangannya sudah menunjukkan jam 4.40
petang. Dia berkira-kira mahu pulang awal. Kertas-kertas yang tersusun di atas
mejanya dirasakan memberi tekanan padanya ketika itu. Cepat-cepat dia
menyelinap keluar dari bilik pejabatnya. Kakinya diatur menuju ke lif.
Sebaik
sahaja pintu lif terbuka, matanya membulat memandang Dato’ Darwisy yang sudah
berada didalam lif itu. Tanpa berfikir panjang, Farah melangkah masuk ke dalam
lif. Wajahnya masam mencuka ketika itu.
“Farah...”
Panggil Dato’ Darwisy perlahan.
Farah
membatu. Sebaik sahaja pintu lif di lobi terbuka, laju kaki Farah melangkah
menuju ke pintu utama bangunan itu. Dato’
Darwisy berlari anak mendapatkan Farah yang sudah menghampiri pintu
utama itu.
Belum
pun sempat dia menarik pintu kaca itu, Diana menerpa masuk.
“Honey!” Jerit Diana lantang sambil
memaut lengan Dato’ Darwisy.
Dato’
Darwisy memandang Farah yang turut memandangnya dari cermin luar. Hatinya
dirasakan semakin pedih tatkala melihat gadis itu memalingkan wajahnya dan
melangkah pergi.
“Kenapa
dengan you ni?!” Marahnya. Dia menarik lengannya kasar.
“Salah
ke i nak bermanja dengan tunang i sendiri?” Balas Diana lantang. Beberapa orang
pekerja yang lalu lalang di situ sempat menolah ke arah mereka. Dato’ Darwisy
mendengus geram. Tidak mahu menjadi bahan perbualan pekerjanya, lantas Dato’
Darwisy menarik lengan gadis itu menuju ke kereta yang sudah diparkir dihadapan
pintu utama.
“Kita ke Permai Hotel. Hantar Cik Diana.” Arah Dato’ Darwisy tegas.
“Tak
payah. Driver, kita balik rumah
Dato’. I dah checked out pagi tadi. Tak kuasalah i nak stay dekat hotel sorang-sorang.”
Ujar Diana sambil membetulkan duduknya.
“I
tak izinkan you datang ke rumah i.
Kamil, saya yang bayar gaji awak, ikut cakap saya.” Tegas Dato’ Darwisy
sambil menjeling Diana yang sudah masam mencuka.
“Baik,
Dato’.” Ujar Kamil. Akur dengan arahan majikannya. Kereta putih milik Dato’
Darwisy dipandu menuju ke Hotel Permai. Diana yang masam mencuka langsung tidak
dipedulinya.
Tiba
sahaja di pintu utama Hotel Permai, Diana terus melangkah keluar dari perut
kereta mewah itu tanpa sepatah kata. Kamil berlari anak menuju ke boot kereta.
Dato’ Darwisy memandang Diana yang menarik kasar bagasi dari tangan pemandunya.
Tingkap kereta diturunkan.
“Kalau
you nak balik KL, i boleh arrangekan flight ticket untuk you. Just let me
know.” Pesan Dato’ Darwisy selamba. Diana menjeling tajam. Kemudian tingkap
kereta dinaikkan dengan senyuman lebar.
PESANAN ringkas yang baru diterimanya daripada Dato’ Darwisy dibacanya. Telefon
bimbitnya dilempar perlahan ke atas sofa. Kepalanya memikirkan permintaan
lelaki itu yang mahu berjumpa dengannya. Mengimbas kembali kejadian di lobi
petang tadi membuatkan hatinya semakin terluka.
Entah
mengapa otaknya ligat mengimbau kembali ketika dia sedang menuntu di universiti
beberapa tahun yang lalu. Alif Aizad.
Lelaki pertama yang pernah singgah didalam hatinya. Lelaki itu jugalah
mengajarnya erti cinta. Hampir 2 tahun menyulam cinta, hubungan mereka terputus
akibat orang ketiga.
Darwisy
Amran. Lelaki kedua yang berjaya membuka hatinya. Namun memikirkan status
lelaki itu yang sudah menjadi tunangan orang membuatkan dirinya mahu melupakan
lelaki itu. Ya, melupakan lelaki itu dari ingatannya.
Malam
itu dia berfikir panjang sebelum terlena dibuai mimpi. Dia mengharapkan
keputusan yang diambilnya itu menjadi yang terbaik untuk dirinya. Sampul surat
berwarna putih yang terletak disebelah tas tangannya dipandang seketika. Satu
keluhan dilepaskan. Kemudian matanya ditutup perlahan.
DATO’ Darwisy memandang sampul surat bewarna putih diatas mejanya. Bulat
matanya memandang isi kandungan surat itu. Lantas dia meluru keluar dari
biliknya. Anis yang sedang mengemas meja kerjanya ditegurnya.
“Cik
Farah ada masuk bilik i ke hari ni?” Tanya Dato’ Darwisy meminta kepastian.
“Tak
ada pula Dato’. Tapi awal pagi tadi Cik Farah ada datang. Dia minta i letakkan
surat tu atas meja Dato’.” Jawab Anis tenang. Dato’ Darwisy melepaskan keluhan
berat. Lantas dia melangkah menuju ke lif.
Pintu
bilik pejabat Farah ditolak kuat. Meja kerja yang dulunya sarat dengan fail dan
kertas, kini kemas tanpa ada sebarang kertas. Dahinya dipicit seketika.
Beberapa kali dia cuba menghubungi gadis itu namun talian telefon telah
dimatikan.
“Cik
Farah tak masuk pejabat harini?” Tanya Dato’ Darwisy sambil mengetuk meja Atia.
“Tak,
Dato’. Cuti kot.” Jawab Atia pendek. Dato’ Darwisy mengangguk.
Dia
melangkah menuju ke lif. Beberapa saat
sahaja pintu lif terbuka luas. Punat G ditekanya. Beberapa minit sahaja dia
sudah berada di lobi lalu dia meluru
menghampiri kereta putih miliknya yang sudah sedia menanti dihadapan pintu
utama. Daun pintu dibahagian pemandu dibukanya. Kamil yang jelas terperanjat
itu diminta keluar dari perut kereta.
Sebaik
sahaja daun pintu kereta ditutup, dia terus memandu keluar menuju ke rumah sewa
Farah. Gadis itu perlu dicarinya. Dia mahu menyelesaikan kekusutan yang sedang
bermain dikepalanya.
SEAWAL jam 7.45 pagi lagiFarah sudah terpacak dihadapan pintu bilik pejabat
Dato’ Darwisy. Kakinya berat mahu melangkah masuk ke dalam bilik itu. Hampir 5
minit dia berdiri dihadapan pintu yang tertutup rapat itu.
“Awal
Cik Farah datang.” Tegur satu suara dari belakang. Farah menepuk dahinya.
Lambat-lambat dia memusingkan badannya. Dia menghadiahkan senyuman kepada
setiausaha Dato’ Darwisy itu.
“Kenapa
tak masuk aje Cik Farah?” Tanya Anis sambil memandang ke arahnya.
“Entahlah.
Erm... i bagi dekat you sajalah. Nanti you tolong pass pada Dato’.” Ujar Farah sambil menghulur surat yang masih
kemas bersampul surat itu.
“Baiklah
Cik Farah. Nanti i sampaikan kepada Dato’.” Ujar Anis sambil tersenyum.
“By the way, thanks.” Ujar Farah sebelum
dia melangkah keluar dari ruang korperat itu.
Kotak
bersaiz sederhana yang ditinggalkan di salah sebuah meja di lobi, diangkatnya.
Laju langkahnya diatur menuju ke parkir kereta. Niatnya hanya satu. Mahu cepat
keluar dari bangunan itu. Bimbang jika terserempak dengan lelaki itu. Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan, tanpa menunggu
lama Farah terus memandu keluar dari kawasan syarikat itu. Keretanya dipandu
menuju keluar dari tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu. Walaupun
keputusannya dilihat sedikit drastik, namun dia merasakan itulah yang terbaik
buat dirinya.
DATO’ Darwisy memandang segenap inci rumah sewa milik Farah yang kelihatan
kemas berbeza dari kebiasaannya. Dia melepaskan keluhan berat. Dengan penuh
kekecewaan dia memandu keluar dari kawasan perumahan tersebut.
Enjin
kereta dimatikan dihadapan pintu utama lobi bangunan syarikatnya. Kamal yang
sudah terpacak dihadapan pintu utama itu dipandang tanpa kata. Kaki diatur
menuju ke lif. Tanpa secalit senyuman Dato’ Darwisy menuju ke bilik pejabatnya. Pintu biliknya ditolak
perlahan.
“You
ke mana?”
Belum
pun sempat dia menutup pintu biliknya, ada satu suara menegurnya. Lihat sahaja
pemilik suara itu, Dato’ Darwisy menarik muka masam. Tanpa mempedulikan
perempuan itu dia menghampiri meja kerjanya. Tali lehernya dilonggarkan
sedikit.
“You
pergi mana? Kenapa driver you ada
dekat bawah?” Soal Diana sambil menarik kerusi dihadapan Dato’ Darwisy.
Dato’
Darwisy membisu.
“Mami
called. Mami dah bincang dengan
parents i tentang our wedding. 2
bulan dari sekarang kita akan disatukan. I’m
so happy.” Ujar Diana dengan nada ceria.
Dato’
Darwisy yang sedang tekun dengan kertas kerjanya, terus mengangkat wajahnya
memandang Diana yang masih tersenyum lebar itu.
“Our wedding? Are you crazy?” Nadanya
sedikit meninggi.
Diana
mencuka. Dato’ Darwisy mencapai telefon bimbitnya lalu cuba menghubungi Puan Khatijah.
Namun dia kecewa apabila panggilannya tidak dijawab. Dato’ Darwisy mendengus
geram. Dia meraup mukanya dengan kedua belah tangannya. Lalu dia melepaskan
keluhan berat.
“I
nak you balik KL. I akan minta secretary
i book flight ticket untuk you malam
ni.” Ujar Dato’ Darwisy tegas. Dia mahukan ketenangan ketika itu. Otaknya sudah
sarat hanya dengan memikirkan FARAH.
“I
akan balik. Tapi hanya dengan you. Fullstop.”
Diana berkeras. Mereka berbalas pandangan untuk seketika.
“Fine.” Lantas Dato’ Darwisy mencapai
briefcase dan telefon bimbitnya. Diana memerhati tingkah laku lelaki itu dengan
tanda tanya.
“Let’s go.” Ujar Dato’ Darwisy selamba
dengan langkah laju menghampiri pintu bilik pejabatnya.
Diana
bingung seketika. Daun pintu dibuka. Dato’ Darwisy memandang Diana yang
kelihatan kebingungan itu.
“Are you coming?” Tanya Dato’ Darwisy
sedikit sinis.
Tanpa
sepatah kata Diana akur.
Sebaik
sahaja daun pintu bilik pejabatnya ditutup rapat, Dato’ Darwisy menghampiri
setiausahanya. Diana hanya menjadi pemerhati. Beberapa minit kemudian, mereka
melangkah keluar menuju ke lif untuk ke lobi. Tanpa bersoal jawab, Diana hanya
mengikut rentak lelaki itu. Perasan akan
kehadiran Dato’ Darwisy, Kamal terus berlari anak mendapatkan majikannya itu.
“Kita
ke Permai Hotel. Hantar Cik Diana.” Arah Dato’ Darwisy ringkas. Kamal
mengangguk lalu berlari anak mendapatkan kereta yang diparkir dihadapan pintu
utama lobi. Sepanjang perjalanan, mereka membisu sahaja. Bagaikan bibirnya
terkunci, Diana akur dengan segala tindak tanduk lelaki itu.
“Pack your things and check-out. I’ll fetch
you later.” Ujar Dato’ Darwisy tanpa secalit senyuman. Diana memadang Dato’
Darwisy dengan seribu tanda tanya.
“Where are we going?” Tanya Diana meminta
kepastian.
“Just do it. Jangan banyak tanya.” Jawab
Dato’ Darwisy dengan nada sedikit meninggi. Diana menjeling tajam. Lantas dia
melangkah keluar dari perut kereta.
Sebaik
sahaja gadis itu hilang dari pandangan, Dato’ Darwisy mengarahkan pemandunya
memandu pulang ke kediamannya. Sepanjang perjalanan pulang, Dato’ Darwisy cuba
menghubungi Farah berkali-kali. Namun masih gagal. Dahinya dipicit perlahan.
Tiba
sahaja dikediaman miliknya, cepat-cepat dia keluar dari perut keretanya. Sempat
dia memberitahu pemandunya tentang ketiadaannya beberapa hari sebelum dia
melangkah masuk ke dalam kediamannya itu.
KAY
memandang abangnya yang pulang awal dari kebiasaannya itu. Air muka abangnya
yang sedikit tegang itu menimbulkan persoalan padanya. Tanpa berfikir panjang,
dia mendapatkan abangnya itu.
“Awal
abang balik harini? Curi tulang ye.” Tegur Kay cuba menceriakan wajah abangnya
itu.
“Pack your things. Kita balik KL kejap
lagi.” Ujar Dato’ Darwisy tenang.
“Kenapa
tiba-tiba je ni? What’s wrong?” Tanya
Kay dengan dahi berkerut.
“Mami
dah tetapkan tarikh perkahwinan abang dengan D.” Jawab Dato’ Darwisy sambil
melonggarkan tali lehernya.
“What?!!!” Jerit Kay lantang. Dato’
Darwisy memandang adiknya itu.
“Sakit
telinga tahu tak? Dah lah, abang nak naik atas packing pakaian. Before 11
a.m. kita bertolak. Kay lambat, abang tinggal.” Ujar Dato’ Darwisy selamba.
Kay mencebik.
“D
dah balik KL ke? Takkan abang nak tinggal dia dekat sini.” Ujar Kay pula.
Dato’
Darwisy yang sedang mendaki tangga terhenti seketika.
“I’ll fetch her after i’m done packing.”
Jawab Dato’ Darwisy tenang. Kay membulatkan matanya apabila mendengar jawapan
dari bibir abangnya itu.
“I’m not going to sit in the same car with
her. Never. Abang balik aje dengan D. I hope it will be fun. At least, for her.” Ujar Kay sambil menahan
tawanya. Tanpa membalas kata-kata adiknya, Dato’ Darwisy menyambung langkahnya
menuju ke kamarnya.
Tepat
jam 10.15 pagi Dato’ Darwisy sudah terpacak di lobi Permai Hotel menanti Diana
yang masih belum muncul itu. Sebaik
sahaja menghantar pesanan ringkas kepada gadis itu, Dato’ Darwisy sekali lagi
cuba menghubungi Farah. Mahu sahaja membaling telefon bimbitnya itu apabila
mendengar suara operator.
“Where are you sayang.” Dato’ Darwisy
bersuara. Keluhan berat dilepaskan.

Cerita Best Ms. Penulis. Cepat2 sikit ya upload next episod
ReplyDeleteYEPPP..TERNNT-NNTI
ReplyDeleteBest best best...next n3 plzz.....
ReplyDeleteBEST 3X NAK LAGI.
ReplyDelete