Episod 16
PUAN RAIHANA
mengusap lembut rambut anaknya yang terbaring diatas sofa panjang di ruang
tamu. Sejak kepulangan anak gadisnya itu, satu garis senyuman amat sukar
dilihatnya. Farah lebih banyak menghabiskan masa dengan berkurung di dalam
kamarnya dan hanya keluar apabila dipujuk beberapa kali.
Lagaknya seperti remaja yang putus
cinta. Puas ditanya, bibir anak gadisnya itu bagaikan di gam kemas. Puan
Raihana melepaskan keluhan berat. Farah membuka matanya memandang Puan Raihana
yang sedang memerhati dirinya.
“Ibu susah hati tengok awak ni, Farah.
Dari hari pertama awak balik, sampai hari ni, ibu boleh kira berapa patah
perkataan keluar dari mulut awak tu. Kalau iya pun ada masalah, jangan seksa
diri macam ni.” Luah Puan Raihana dengan nada risau. Wajah anaknya dipandang
penuh kasih. Farah membetulkan duduknya. Rambutnya yang panjang diikat satu.
“You
can share with me if you want. You know i’m always here, for you.” Ujar
Puan Raihana lagi apabila melihat tiada reaksi positif daripada anak gadisnya
itu.
“I
just.... can’t forget him. It’s really hurt me.” Luah Farah sebak. Puan
Raihana terus memeluk erat anaknya itu. Air matanya turut mengalir tanpa dapat
ditahan lagi. Setelah beberapa hari dia berteka-teki, petang itu barulah dia
mengerti apa yang sedang dipendam oleh anak gadisnya itu.
PUAN
Sri Khatijah menjeling tajam ke arah anak bujangnya yang sedang menikmati
sarapan pagi di taman mini yang baru siap dibina beberapa hari yang lalu.
Lantas kakinya di atur menghampiri anak lelakinya itu. Mukanya ditarik masam apabila melihat anak
lelakinya itu menolak pinggan makanan sebaik sahaja sedar akan kehadirannya.
“Am masuk dalam dulu.” Ujar Dato’
Darwisy tenang.
“Duduk dulu Am. Banyak perkara Mami
nak bincang dengan Am.” Tegas Puan Sri Khatijah. Tanpa bantahan, Dato’ Darwisy
kembali melabuhkan punggungnya.
“Mami dah bincang dengan wedding
planner majlis Am nanti. Semuanya dah
Mami aturkan. Am tak payah serabutkan kepala Am fikir tentang persiapan majlis
Am.” Ujar Puan Sri Khatijah sambil mencapai sekeping roti bakar.
“Just
do whatever you want. Am tak nak ambil tahu. I will just follow what you want me to do without saying anything.”
Balas Dato’ Darwisy sinis. Lantas dia bangkit dari duduknya.
“Mami belum habis cakap lagi, Am.
Duduk dulu.” Ujar Puan Sri Khatijah sambil memegang lengan anaknya itu.
“Am penatlah Mami. Just do whatever you want. I’m going home.” Bantah Dato’ Darwisy
sambil menarik lengannya. Lantas dia meninggalkan wanita itu keseorangan di
taman mini.
Kay yang baru sahaja muncul dari
dapur basah sempat memandang abangnya yang baru sahaja mendaki anak tangga ke
tingkat atas. Tanpa berfikir panjang, dia mengatur langkah menuju ke taman mini
untuk bersarapan.
“Pagi-pagi lagi dah termenung jauh.
Rindu dekat ayah ke?” Tegur Kay ceria.
Puan Sri Khatijah melepaskan keluhan
panjang.
“Kenapa ni Mami? Panjang sangat
mengeluh tu. Chill la.” Gurau Kay
selamba. Nasi goreng yang belum diusik itu dicapainya.
“Am dengan budak perempuan tu dah
putus ke?” Soal Puan Sri Khatijah tiba-tiba.
“Kenapa Mami tanya Kay pula?” Tanya
Kay selamba. Sengaja ingin menarik tali.
“Yelah. Lain macam je Mami tengok Am
kali ni. Baguslah kalau dia dah tinggalkan budak perempuan tu. Mami tak suka.
Entah dari mana asal-usul budak tu.” Ulas Puan Sri Khatijah.
Mahu sahaja dia menekup telinganya
ketika itu. Malas mahu mendengar leteran Maminya tentang Farah yang tidak
pernah habis itu. Akhirnya dia mencari
jalan pintas untuk mengembalikan mood Maminya. Diana. Ya, sebut sahaja nama itu
pasti seribu kebaikan yang meniti dibibir wanita itu.
GADIS
berbaju merah jambu yang sedang beratur di KFC Mid Valley menarik minatnya. Lama
dia memerhati gadis itu. Sehinggalah dia perasan sesuatu. Lantas dia berdiri
lalu berjalan menghampiri wanita 50-an yang kelihatan seperti menanti
seseorang.
“Puan Raihana. What a pleasent surprise.” Tegur Ammar Arif dengan senyuman yang
lebar.
“Encik Ammar. Tak sangka boleh
terjumpa you dekat sini. Sorang saja ke?” Tanya Puan Raihana. Ammar menguntum
senyuman lalu mengangguk. Farah mengerutkan dahinya melihat ibunya yang sedang
berbual dengan seseorang.
“Ibu.” Tegur Farah sambil meletakkan
dulang yang dibawanya ke atas meja.
Puan Raihana memandang Farah dengan
senyuman lebar. Farah memandang kedua mereka dengan hairan. Mr. Rolex!
“Ammar?” Tegur Farah sambil
memandang lelaki itu.
“You
all know each other?” Tanya Puan Raihana kehairanan.
“She
is my.....”
“Erm... He is my ex client. Ya, my ex
client.” Potong Farah selamba. Sengaja menjegilkan matanya ke arah Ammar.
Puan Raihana mengangguk beberapa
kali. Sengaja Puan Raihana meminta anak
tunggalnya menemani Ammar Arif memesan makanannya. Bibirnya diukir senyuman
apabila melihat anaknya yang sedang berbual mesra dengan lelaki itu. Bagaikan
pasangan yang cocok dimatanya.
“I
like him.” Ujar Puan Raihana tiba-tiba. Ketika itu kereta BMW merah milik
Puan Raihana sudah membelok masuk ke perkarangan banglo. Farah memandang ibunya dengan 1001 soalan.
“Kenapa awak pandang ibu macam tu?”
Tanya Puan Raihana sebaik sahaja mematikan enjin kereta.
“He
is too young for you. Kalau ibu nak kahwin lagi, better ibu cari yang umur sebaya dengan ibu.” Ujar Farah tenang.
Puan Raihana menggeleng kepalanya. Pintu kereta ditolak perlahan.
“Ke situ pula awak ni. Bukan untuk
ibulah. Untuk awak. Ammar tu sesuai untuk Farah. Secocok sangat ibu tengok.”
Ujar Puan Raihana lembut. Farah mendengus. Tidak mahu mendengar apa yang bakal
keluar dari bibir ibunya, cepat-cepat dia keluar dari perut kereta itu.
“Esok ikut ibu masuk office?” Tanya Puan Raihana dengan nada
sedikit memujuk. Farah memandang ibunya.
“Farah tak janji.” Jawabnya selamba.
“Please?
Dah sampai masanya untuk ibu rehat dekat rumah pula. At
least, kerja di pejabat dapat bantu Farah lupakan dia.” Puan Raihana
menepuk bahu anak gadisnya itu.
Farah menunduk. Wajah ibunya
dipandang seketika. Lahir rasa simpati pada ibunya. Sudah beberapa kali ibunya
itu menyatakan hasrat untuk bersara dari dunia perniagaan. Namun dek kerana
kedegilannya, wanita itu terpaksa mematikan hasratnya.
“In Sha Allah bu. I will make it.” Jawab Farah akhirnya. Tersenyum
lebar Puan Raihana mendengar jawapan dari bibir anaknya itu.
Katil bersaiz king yang dibaluti
selimut tebal berwarna merah hati menjadi tempat dia merebahkan badannya.
Bagaikan hilang seketika segala kepenatan yang ditanggungnya. Memang betul kata
orang, shopping adalah terapi untuk semua perempuan bila stress, penat, tension
dan sedih. Matanya diarah pada beberapa buah beg kertas yang terletak diatas
meja dipenjuru bilik.
PUAN Raihana tersenyum melihat keletah anak gadisnya yang
sedang sibuk meneliti dokumen syarikat bersama pembantu yang baru dilantik itu.
Gembira dengan apa yang dilihatnya. Sudah lama dia menantikan pemandangan itu.
Dia mengetuk pintu bilik anaknya yang terbuka luas itu.
“Ibu.” Tegur Farah dengan senyuman di bibir.
“So, any problem so
far?” Tanya Puan Raihana sambil menarik kerusi dihadapan Farah.
“Everything is perfect. Even the decorations. Thank you
so much bu.” Jawab Farah sambil memandang sekeliling ruang bilik
pejabatnya.
“Anything for you
my dear. Ibu ada lunch meeting
dengan bakal share partner syarikat
kita. Farah nak join sekali?” Tawar
Puan Raihana.
“Tak lah kut, bu. Lain kali Farah join ya bu.” Tolak Farah dengan nada lembut. Puan Raihana mengangguk.
“Kalau macam tu, ibu keluar dulu lah. Take care sayang.” Ujar Puan Raihana
sambil berdiri.
“You too, ibu.”
Langkah ibunya yang sudah menghampiri pintu bilik
pejabatnya dihantar dengan pandangan matanya. Dina yang sedang duduk
dihadapannya dipandang sekilas. Kemudian matanya difokuskan kembali pada skrin
komputer.
Jawatan sebagai Pengarah Eksekutif yang baru disandangnya
di Megah Hill Sdn. Bhd itu membuatkan dirinya perlu memahami keseluruhan
perjalanan syarikat. Dahinya diurut seketika. Jam dipergelangan tangannya sudah
keangka 4.45 petang. Dia sudah
berkira-kira mahu pulang. Lantas dia menutup segala fail dihadapannya lalu tas
tangan yang berada disebelah komputer dicapainya.
Baru sahaja ingin melintasi meja setiausahanya, langkah
Farah terhenti seketika. Kemudian dia menghampiri meja setiausahanya itu.
“Sebelum i terlupa, boleh you sediakan dua
atau tiga fail projek-projek yang dah selesai dibina dan letakkan atas meja i. Esok
pagi i nak tengok.” Arah Farah.
Dina mengangguk tanda faham. Farah mengukir senyuman. Baru
sahaja ingin mengatur langkah, dia teringatkan sesuatu.
“One more thing, i
don’t like fake flowers on my desk. Please replace them with red roses and
white carnations. Those are my favorites.” Arah Farah lagi. Ada ketegasan
dalam nadanya.
“Baiklah Cik Farah.”
“Thanks. I
balik dulu.” Farah menghulur segaris senyuman pada pembantunya lalu dia
mengatur langkah menuju ke lif.
Sebaik sahaja bayangan Farah hilang dari matanya, Dina
terus menapak masuk ke dalam bilik pejabat Farah. Bunga yang dikatakan Farah
sebentar tadi dicapainya lalu dibawa keluar dari bilik itu.
“Kau nak bawa ke mana pula bunga tu Dina?” Tegur Kamaliah
yang kebetulan mahu melangkah ke pantri.
“Cik Farah minta aku tukarkan bunga dalam bilik dia.”
Jawab Dina bersahaja. Bunga itu diletakkan didalam pasu yang baru lalu
ditempatkan ditengah-tengah meja didalam pantri.
“Cik Farah tu cerewet juga orangnya ya?” Teka Kamaliah
sambil mencuci cawannya.
“Entahlah Kama. Aku pun baru harini jumpa Cik Farah tu.
Aku sambung kerja dulu lah Kama.” Dina minta diri. Dia mahu menyediakan dokumen
yang diarahkan ketuanya sebentar tadi.
KERETA Mercedes Benz putih milik Puan Raihana dipandu masuk
ke perkarangan banglo 3 tingkat milik Puan Raihana. Matanya melilau ke arah
garaj yang terletak disebelah kanan laman kediaman mereka. Kereta harian milik
Puan Raihana tiada digaraj. Jam dipergelangan tangan dikerling. Timbul tanda
tanya dibenaknya.
“Lama betul ibu meeting.”
Ujarnya sendirian sambil menolak pintu kereta. Kasut tumit tinggi kegemarannya
diletakkan didalam almari kasut seperti kebiasaannya. Dengan langkah longlai
dia menapak masuk ke dalam.
Bibik menyambut kepulangannya dengan segaris senyuman.
Farah membalas senyuman wanita 40an itu. Badannya direbahkan di atas sofa
panjang. Penat. Bibik menggeleng kepala melihat Farah yang jelas kelihatan
penat itu.
“Bibik buatkan minuman untuk Cik Farah ya?”
“Yelah bik.” Jawab Farah sambil matanya dipejam rapat.
Tidak sampai 5 minit, Bibik muncul dengan segelas jus
tembikai sejuk.
“Cik Farah, ini airnya.” Ujar bibik. Farah membuka matanya.
Jus tembikai! Lantas dia membetulkan kedudukannya kemudian gelas berisi jus
tembikai bertukar tangan. Farah meneguk jus itu dengan mata yang terpejam. Terasa
kenikmatan menjalar keseluruh tubuhnya yang kepenatan itu.
“Terima kasih bibik. Sedap.” Ujar Farah sambil menghulur
gelas yang sudah kosong kepada bibik. Habis licin diteguknya jus tembikai itu.
“Cik Farah nak makan? Bibik boleh hidangkan?” Tanya
Bibik. Farah menggeleng.
“Saya tunggu ibu.” Ujarnya. Lalu dia melangkah menghampiri
anak tangga. Baru sahaja ingin mendaki anak tangga, dia terdengar enjin kereta
dilaman. Lantas dia melangkah ke pintu utama.
“Lambat ibu balik?” Tegur Farah seraya melihat ibunya
keluar dari perut kereta.
“Meeting.” Jawab
Puan Raihana pendek.
‘Iya ke meeting
ibu aku ni? Macam tak caya jer.’ Desisnya dalam hati.
“Man, awak dah boleh balik. Esok pagi datang awal sikit
ya.” Pesan Puan Raihana pada pemandunya. Lalu kakinya diatur menghampiri pintu
utama dimana anak tunggalnya sedang berdiri.
“Lama ibu meeting.
Ada tender baru ke?” Farah cuba mengorek.
“Tak adalah tender baru. Cuma meeting untuk kembangkan bisnes kita je. Once
dah comfirm, ibu akan beritahu Farah.”
Jawab Puan Raihana bersahaja.
Farah tidak menjawab. Sebaliknya membuntuti langkah
ibunya.
“So, how’s work?”
Tanya Puan Raihana.
“Banyak lagi Farah perlu study and learn. I need at
least three days to understand the whole Megah Hill Sdn. Bhd.” Ujar Farah tenang.
“Take your time.
Tak perlu rushing. Kalau ada masalah,
ask Dina to help you. She can assist you. Dah lama dia kerja
dengan ibu. I know her very well. Once
Farah dah okay, ibu nak Farah melawat semua cawangan kita. Ibu nak Farah familiar
dengan semua yang berkaitan dengan perniagaan kita sebelum ibu bersara.” Ujar
Puan Raihana panjang lebar.
“I will. Terima
kasih sebab percayakan Farah.” Farah menyentuh tangan ibunya.
“Cuma satu lagi harapan ibu.” Ujar Puan Raihana pula.
Farah mengangkat kening sambil memandang ibunya.
“Menantu. Make it
before 29!”
Farah membulatkan matanya. 28, 29! Alamak! Hanya segaris
senyuman diberikan pada ibunya sebelum dia menghilangkan diri ke kamarnya.

Best lama tunggu.
ReplyDeleteSuka suka suka...nak lagi...dh lama tggu ni tau...
ReplyDeletekesian farah...
ReplyDelete