22 April 2014

Bunga Cinta Hati - 16!


Episod 16
PUAN RAIHANA mengusap lembut rambut anaknya yang terbaring diatas sofa panjang di ruang tamu. Sejak kepulangan anak gadisnya itu, satu garis senyuman amat sukar dilihatnya. Farah lebih banyak menghabiskan masa dengan berkurung di dalam kamarnya dan hanya keluar apabila dipujuk beberapa kali.  
Lagaknya seperti remaja yang putus cinta. Puas ditanya, bibir anak gadisnya itu bagaikan di gam kemas. Puan Raihana melepaskan keluhan berat. Farah membuka matanya memandang Puan Raihana yang sedang memerhati dirinya.
“Ibu susah hati tengok awak ni, Farah. Dari hari pertama awak balik, sampai hari ni, ibu boleh kira berapa patah perkataan keluar dari mulut awak tu. Kalau iya pun ada masalah, jangan seksa diri macam ni.” Luah Puan Raihana dengan nada risau. Wajah anaknya dipandang penuh kasih. Farah membetulkan duduknya. Rambutnya yang panjang diikat satu.
You can share with me if you want. You know i’m always here, for you.” Ujar Puan Raihana lagi apabila melihat tiada reaksi positif daripada anak gadisnya itu.
I just.... can’t forget him. It’s really hurt me.” Luah Farah sebak. Puan Raihana terus memeluk erat anaknya itu. Air matanya turut mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Setelah beberapa hari dia berteka-teki, petang itu barulah dia mengerti apa yang sedang dipendam oleh anak gadisnya itu.

PUAN Sri Khatijah menjeling tajam ke arah anak bujangnya yang sedang menikmati sarapan pagi di taman mini yang baru siap dibina beberapa hari yang lalu. Lantas kakinya di atur menghampiri anak lelakinya itu.  Mukanya ditarik masam apabila melihat anak lelakinya itu menolak pinggan makanan sebaik sahaja sedar akan kehadirannya.
            “Am masuk dalam dulu.” Ujar Dato’ Darwisy tenang.
            “Duduk dulu Am. Banyak perkara Mami nak bincang dengan Am.” Tegas Puan Sri Khatijah. Tanpa bantahan, Dato’ Darwisy kembali melabuhkan punggungnya.
            “Mami dah bincang dengan wedding planner majlis Am  nanti. Semuanya dah Mami aturkan. Am tak payah serabutkan kepala Am fikir tentang persiapan majlis Am.” Ujar Puan Sri Khatijah sambil mencapai sekeping roti bakar.
            “Just do whatever you want. Am tak nak ambil tahu. I will just follow what you want me to do without saying anything.” Balas Dato’ Darwisy sinis. Lantas dia bangkit dari duduknya.
            “Mami belum habis cakap lagi, Am. Duduk dulu.” Ujar Puan Sri Khatijah sambil memegang lengan anaknya itu. 
            “Am penatlah Mami. Just do whatever you want. I’m going home.” Bantah Dato’ Darwisy sambil menarik lengannya. Lantas dia meninggalkan wanita itu keseorangan di taman mini.
            Kay yang baru sahaja muncul dari dapur basah sempat memandang abangnya yang baru sahaja mendaki anak tangga ke tingkat atas. Tanpa berfikir panjang, dia mengatur langkah menuju ke taman mini untuk bersarapan.
            “Pagi-pagi lagi dah termenung jauh. Rindu dekat ayah ke?” Tegur Kay ceria.
            Puan Sri Khatijah melepaskan keluhan panjang.
            “Kenapa ni Mami? Panjang sangat mengeluh tu. Chill la.” Gurau Kay selamba. Nasi goreng yang belum diusik itu dicapainya.
            “Am dengan budak perempuan tu dah putus ke?” Soal Puan Sri Khatijah tiba-tiba.
            “Kenapa Mami tanya Kay pula?” Tanya Kay selamba. Sengaja ingin menarik tali.
            “Yelah. Lain macam je Mami tengok Am kali ni. Baguslah kalau dia dah tinggalkan budak perempuan tu. Mami tak suka. Entah dari mana asal-usul budak tu.” Ulas Puan Sri Khatijah.
            Mahu sahaja dia menekup telinganya ketika itu. Malas mahu mendengar leteran Maminya tentang Farah yang tidak pernah habis itu.  Akhirnya dia mencari jalan pintas untuk mengembalikan mood Maminya. Diana. Ya, sebut sahaja nama itu pasti seribu kebaikan yang meniti dibibir wanita itu.
           
GADIS berbaju merah jambu yang sedang beratur di KFC Mid Valley menarik minatnya. Lama dia memerhati gadis itu. Sehinggalah dia perasan sesuatu. Lantas dia berdiri lalu berjalan menghampiri wanita 50-an yang kelihatan seperti menanti seseorang.
            “Puan Raihana. What a pleasent surprise.” Tegur Ammar Arif dengan senyuman yang lebar.
            “Encik Ammar. Tak sangka boleh terjumpa you dekat sini. Sorang saja ke?” Tanya Puan Raihana. Ammar menguntum senyuman lalu mengangguk. Farah mengerutkan dahinya melihat ibunya yang sedang berbual dengan seseorang.
            “Ibu.” Tegur Farah sambil meletakkan dulang yang dibawanya ke atas meja.
            Puan Raihana memandang Farah dengan senyuman lebar. Farah memandang kedua mereka dengan hairan. Mr. Rolex!
            “Ammar?” Tegur Farah sambil memandang lelaki itu.
            “You all know each other?” Tanya Puan Raihana kehairanan.
            “She is my.....”
            “Erm... He is my ex client. Ya, my ex client.” Potong Farah selamba. Sengaja menjegilkan matanya ke arah Ammar.
            Puan Raihana mengangguk beberapa kali.  Sengaja Puan Raihana meminta anak tunggalnya menemani Ammar Arif memesan makanannya. Bibirnya diukir senyuman apabila melihat anaknya yang sedang berbual mesra dengan lelaki itu. Bagaikan pasangan yang cocok dimatanya.
            “I like him.” Ujar Puan Raihana tiba-tiba. Ketika itu kereta BMW merah milik Puan Raihana sudah membelok masuk ke perkarangan banglo.  Farah memandang ibunya dengan 1001 soalan.
            “Kenapa awak pandang ibu macam tu?” Tanya Puan Raihana sebaik sahaja mematikan enjin kereta.
            “He is too young for you. Kalau ibu nak kahwin lagi, better ibu cari yang umur sebaya dengan ibu.” Ujar Farah tenang. Puan Raihana menggeleng kepalanya. Pintu kereta ditolak perlahan.
            “Ke situ pula awak ni. Bukan untuk ibulah. Untuk awak. Ammar tu sesuai untuk Farah. Secocok sangat ibu tengok.” Ujar Puan Raihana lembut. Farah mendengus. Tidak mahu mendengar apa yang bakal keluar dari bibir ibunya, cepat-cepat dia keluar dari perut kereta itu.
            “Esok ikut ibu masuk office?” Tanya Puan Raihana dengan nada sedikit memujuk. Farah memandang ibunya.
            “Farah tak janji.” Jawabnya selamba.
            “Please? Dah sampai masanya untuk ibu rehat dekat rumah pula.  At least, kerja di pejabat dapat bantu Farah lupakan dia.” Puan Raihana menepuk bahu anak gadisnya itu.
            Farah menunduk. Wajah ibunya dipandang seketika. Lahir rasa simpati pada ibunya. Sudah beberapa kali ibunya itu menyatakan hasrat untuk bersara dari dunia perniagaan. Namun dek kerana kedegilannya, wanita itu terpaksa mematikan hasratnya.
            “In Sha Allah bu. I will make it.” Jawab Farah akhirnya. Tersenyum lebar Puan Raihana mendengar jawapan dari bibir anaknya itu.
            Katil bersaiz king yang dibaluti selimut tebal berwarna merah hati menjadi tempat dia merebahkan badannya. Bagaikan hilang seketika segala kepenatan yang ditanggungnya. Memang betul kata orang, shopping adalah terapi untuk semua perempuan bila stress, penat, tension dan sedih. Matanya diarah pada beberapa buah beg kertas yang terletak diatas meja dipenjuru bilik.
           
PUAN Raihana tersenyum melihat keletah anak gadisnya yang sedang sibuk meneliti dokumen syarikat bersama pembantu yang baru dilantik itu. Gembira dengan apa yang dilihatnya. Sudah lama dia menantikan pemandangan itu. Dia mengetuk pintu bilik anaknya yang terbuka luas itu.
            “Ibu.” Tegur Farah dengan senyuman di bibir.
            “So, any problem so far?” Tanya Puan Raihana sambil menarik kerusi dihadapan Farah.
            “Everything is perfect. Even the decorations. Thank you so much bu.” Jawab Farah sambil memandang sekeliling ruang bilik pejabatnya.      
            “Anything for you my dear. Ibu ada lunch meeting dengan bakal share partner syarikat kita. Farah nak join sekali?” Tawar Puan Raihana.
            “Tak lah kut, bu. Lain kali Farah join ya bu.” Tolak Farah dengan nada lembut. Puan Raihana mengangguk.
            “Kalau macam tu, ibu keluar dulu lah. Take care sayang.” Ujar Puan Raihana sambil berdiri.
            “You too, ibu.”
            Langkah ibunya yang sudah menghampiri pintu bilik pejabatnya dihantar dengan pandangan matanya. Dina yang sedang duduk dihadapannya dipandang sekilas. Kemudian matanya difokuskan kembali pada skrin komputer.
            Jawatan sebagai Pengarah Eksekutif yang baru disandangnya di Megah Hill Sdn. Bhd itu membuatkan dirinya perlu memahami keseluruhan perjalanan syarikat. Dahinya diurut seketika. Jam dipergelangan tangannya sudah keangka  4.45 petang. Dia sudah berkira-kira mahu pulang. Lantas dia menutup segala fail dihadapannya lalu tas tangan yang berada disebelah komputer dicapainya.
            Baru sahaja ingin melintasi meja setiausahanya, langkah Farah terhenti seketika. Kemudian dia menghampiri meja setiausahanya itu.
                        “Sebelum i terlupa, boleh you sediakan dua atau tiga fail projek-projek yang dah selesai dibina dan letakkan atas meja i. Esok pagi i nak tengok.” Arah Farah.
            Dina mengangguk tanda faham. Farah mengukir senyuman. Baru sahaja ingin mengatur langkah, dia teringatkan sesuatu.
            “One more thing, i don’t like fake flowers on my desk. Please replace them with red roses and white carnations. Those are my favorites.” Arah Farah lagi. Ada ketegasan dalam nadanya.
            “Baiklah Cik Farah.”
            “Thanks. I balik dulu.” Farah menghulur segaris senyuman pada pembantunya lalu dia mengatur langkah menuju ke lif.
            Sebaik sahaja bayangan Farah hilang dari matanya, Dina terus menapak masuk ke dalam bilik pejabat Farah. Bunga yang dikatakan Farah sebentar tadi dicapainya lalu dibawa keluar dari bilik itu.
            “Kau nak bawa ke mana pula bunga tu Dina?” Tegur Kamaliah yang kebetulan mahu melangkah ke pantri.
            “Cik Farah minta aku tukarkan bunga dalam bilik dia.” Jawab Dina bersahaja. Bunga itu diletakkan didalam pasu yang baru lalu ditempatkan ditengah-tengah meja didalam pantri.
            “Cik Farah tu cerewet juga orangnya ya?” Teka Kamaliah sambil mencuci cawannya.
            “Entahlah Kama. Aku pun baru harini jumpa Cik Farah tu. Aku sambung kerja dulu lah Kama.” Dina minta diri. Dia mahu menyediakan dokumen yang diarahkan ketuanya sebentar tadi.

KERETA Mercedes Benz putih milik Puan Raihana dipandu masuk ke perkarangan banglo 3 tingkat milik Puan Raihana. Matanya melilau ke arah garaj yang terletak disebelah kanan laman kediaman mereka. Kereta harian milik Puan Raihana tiada digaraj. Jam dipergelangan tangan dikerling. Timbul tanda tanya dibenaknya.
            “Lama betul ibu meeting.” Ujarnya sendirian sambil menolak pintu kereta. Kasut tumit tinggi kegemarannya diletakkan didalam almari kasut seperti kebiasaannya. Dengan langkah longlai dia menapak masuk ke dalam.
            Bibik menyambut kepulangannya dengan segaris senyuman. Farah membalas senyuman wanita 40an itu. Badannya direbahkan di atas sofa panjang. Penat. Bibik menggeleng kepala melihat Farah yang jelas kelihatan penat itu.
            “Bibik buatkan minuman untuk Cik Farah ya?”
            “Yelah bik.” Jawab Farah sambil matanya dipejam rapat.
            Tidak sampai 5 minit, Bibik muncul dengan segelas jus tembikai sejuk.
            “Cik Farah, ini airnya.” Ujar bibik. Farah membuka matanya. Jus tembikai! Lantas dia membetulkan kedudukannya kemudian gelas berisi jus tembikai bertukar tangan. Farah meneguk jus itu dengan mata yang terpejam. Terasa kenikmatan menjalar keseluruh tubuhnya yang kepenatan itu.
            “Terima kasih bibik. Sedap.” Ujar Farah sambil menghulur gelas yang sudah kosong kepada bibik. Habis licin diteguknya jus tembikai itu.
            “Cik Farah nak makan? Bibik boleh hidangkan?” Tanya Bibik. Farah menggeleng.
            “Saya tunggu ibu.” Ujarnya. Lalu dia melangkah menghampiri anak tangga. Baru sahaja ingin mendaki anak tangga, dia terdengar enjin kereta dilaman. Lantas dia melangkah ke pintu utama.
            “Lambat ibu balik?” Tegur Farah seraya melihat ibunya keluar dari perut kereta.
            “Meeting.” Jawab Puan Raihana pendek.
            ‘Iya ke meeting ibu aku ni? Macam tak caya jer.’ Desisnya dalam hati.
            “Man, awak dah boleh balik. Esok pagi datang awal sikit ya.” Pesan Puan Raihana pada pemandunya. Lalu kakinya diatur menghampiri pintu utama dimana anak tunggalnya sedang berdiri.
            “Lama ibu meeting. Ada tender baru ke?” Farah cuba mengorek.
            “Tak adalah tender baru. Cuma meeting untuk kembangkan bisnes kita je.  Once dah comfirm, ibu akan beritahu Farah.” Jawab Puan Raihana bersahaja.
            Farah tidak menjawab. Sebaliknya membuntuti langkah ibunya.
            “So, how’s work?” Tanya Puan Raihana.
            “Banyak lagi Farah perlu study and learn. I need at least three days to understand the whole Megah Hill Sdn. Bhd.” Ujar Farah tenang.
            “Take your time. Tak perlu rushing. Kalau ada masalah, ask Dina to help you. She can assist you. Dah lama dia kerja dengan ibu. I know her very well.  Once Farah dah okay, ibu nak Farah melawat semua cawangan kita. Ibu nak Farah familiar dengan semua yang berkaitan dengan perniagaan kita sebelum ibu bersara.” Ujar Puan Raihana panjang lebar.
            “I will. Terima kasih sebab percayakan Farah.” Farah menyentuh tangan ibunya.
            “Cuma satu lagi harapan ibu.” Ujar Puan Raihana pula. Farah mengangkat kening sambil memandang ibunya.
            “Menantu. Make it before 29!”
            Farah membulatkan matanya. 28, 29! Alamak! Hanya segaris senyuman diberikan pada ibunya sebelum dia menghilangkan diri ke kamarnya.
           

           

            




3 comments:

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...