12 March 2014

Bunga Cinta Hati - Episod 15

Episod 15
DATO’ Darwisy berjalan sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar slack hitamnya. Tanpa sedikit pun memandang kearah Diana yang masam mencuka itu, dia melabuhkan punggungnya diatas sofa bertentangan dengan perempuan itu.
            “Ada apa you cari i sampai ke sini?” Soalnya sambil memangku dagu.
            Diana mendengus kasar.
            “Salah ke i nak jumpa tunang i? Setiap kali i balik ke Malaysia, tak pernah sekali pun i boleh jumpa you. You asyik dengan alasan you yang kononnya sibuk memanjang. Apa yang i nampak sekarang, you taklah sesibuk mana pun.” Rungut Diana yang masih masam mencuka itu. Lelaki itu tersenyum sambil menggeleng kepalanya.
            “Terpulang pada you. I memang sibuk.” Jawab Dato’ Darwisy selamba.
            “Untuk luangkan waktu dengan tunang sendiri pun you berkira?” Diana bertanya. Matanya mencerlung lelaki dihadapannya itu.
            “I rasa you dah tahu jawapannya kan? Dahlah. I tak nak bazirkan masa i. I banyak kerja!” Ujar Dato’ Darwisy lalu melangkah menghampiri meja kerjanya. Diana mendengus.
            “Am!!!” Bentaknya kuat. Dato’ Darwisy memusingkan badannya  memandang Diana yang sudah berang itu.
“Apa lagi yang you nak Diana?” Tanya Dato’ Darwisy dengan suara yang sedikit meninggi. Dia memandang Diana sejenak kemudian kakinya diatur menghampiri meja kerjanya kembali. Tidak ada mood untuk melayani kerenah gadis itu.
“Kalau you fikir i akan bawa you keluar jalan-jalan, i rasa lebih baik you lupakan saja. Driver i ada dekat bawah, dia akan bawa you ke mana saja you nak pergi.” Ujar Dato’ Darwisy lantang.
“I nak you. Bukan driver you!”
Dato’ Darwisy memalingkan wajahnya. Lalu mengukir senyuman sinis.
“Jangan menjerit boleh tak? I belum pekak lagi tau. You menjerit sampai tercabut anak tekak sekalipun, jawapannya tetap sama. You have no choice.” Ujar Dato’ Darwisy sinis sambil membelek helaian kertas kerja.
Diana mendengus kuat. Lantas dia mengambil tas tangannya lalu berlalu keluar dari bilik lelaki itu. Lelaki itu dimakinya didalam hati. Mahu sahaja dia terbang pulang ke Kuala Lumpur ketika itu. Namun kerana tidak mahu mamanya berfikir negatif, hasrat itu terpaksa dilupakan.

FARAH mengetuk meja sambil matanya merenung tepat ke arah dinding yang dicat bewarna putih itu. Kerja yang menimbun itu langsung tidak berjaya menarik minatnya ketika itu. Tiada mood untuk berdepan dengan kerja yang tidak pernah habis itu. Di dalam fikirannya hanya ada lelaki itu. Ya, lelaki itu.
            Kepalanya dipicit perlahan. Jam dipergelangan tangannya sudah menunjukkan jam 4.40 petang. Dia berkira-kira mahu pulang awal. Kertas-kertas yang tersusun di atas mejanya dirasakan memberi tekanan padanya ketika itu. Cepat-cepat dia menyelinap keluar dari bilik pejabatnya. Kakinya diatur menuju ke lif.
            Sebaik sahaja pintu lif terbuka, matanya membulat memandang Dato’ Darwisy yang sudah berada didalam lif itu. Tanpa berfikir panjang, Farah melangkah masuk ke dalam lif. Wajahnya masam mencuka ketika itu.
            “Farah...” Panggil Dato’ Darwisy perlahan. 
            Farah membatu. Sebaik sahaja pintu lif di lobi terbuka, laju kaki Farah melangkah menuju ke pintu utama bangunan itu. Dato’  Darwisy berlari anak mendapatkan Farah yang sudah menghampiri pintu utama itu.
            Belum pun sempat dia menarik pintu kaca itu, Diana menerpa masuk.
            “Honey!” Jerit Diana lantang sambil memaut lengan Dato’ Darwisy.
            Dato’ Darwisy memandang Farah yang turut memandangnya dari cermin luar. Hatinya dirasakan semakin pedih tatkala melihat gadis itu memalingkan wajahnya dan melangkah pergi.
            “Kenapa dengan you ni?!” Marahnya. Dia menarik lengannya kasar.
“Salah ke i nak bermanja dengan tunang i sendiri?” Balas Diana lantang. Beberapa orang pekerja yang lalu lalang di situ sempat menolah ke arah mereka. Dato’ Darwisy mendengus geram. Tidak mahu menjadi bahan perbualan pekerjanya, lantas Dato’ Darwisy menarik lengan gadis itu menuju ke kereta yang sudah diparkir dihadapan pintu utama.
 “Kita ke Permai Hotel. Hantar Cik Diana.”  Arah Dato’ Darwisy tegas.
“Tak payah. Driver, kita balik rumah Dato’. I dah checked out pagi tadi. Tak kuasalah i nak stay dekat hotel sorang-sorang.” Ujar Diana sambil membetulkan duduknya.
“I tak izinkan you datang ke rumah i.  Kamil, saya yang bayar gaji awak, ikut cakap saya.” Tegas Dato’ Darwisy sambil menjeling Diana yang sudah masam mencuka.
“Baik, Dato’.” Ujar Kamil. Akur dengan arahan majikannya. Kereta putih milik Dato’ Darwisy dipandu menuju ke Hotel Permai. Diana yang masam mencuka langsung tidak dipedulinya.
Tiba sahaja di pintu utama Hotel Permai, Diana terus melangkah keluar dari perut kereta mewah itu tanpa sepatah kata. Kamil berlari anak menuju ke boot kereta. Dato’ Darwisy memandang Diana yang menarik kasar bagasi dari tangan pemandunya. Tingkap kereta diturunkan.
“Kalau you nak balik KL, i boleh arrangekan flight ticket untuk you. Just let me know.” Pesan Dato’ Darwisy selamba. Diana menjeling tajam. Kemudian tingkap kereta dinaikkan dengan senyuman lebar.

PESANAN ringkas yang baru diterimanya daripada Dato’ Darwisy dibacanya. Telefon bimbitnya dilempar perlahan ke atas sofa. Kepalanya memikirkan permintaan lelaki itu yang mahu berjumpa dengannya. Mengimbas kembali kejadian di lobi petang tadi membuatkan hatinya semakin terluka.
            Entah mengapa otaknya ligat mengimbau kembali ketika dia sedang menuntu di universiti beberapa tahun yang lalu.  Alif Aizad. Lelaki pertama yang pernah singgah didalam hatinya. Lelaki itu jugalah mengajarnya erti cinta. Hampir 2 tahun menyulam cinta, hubungan mereka terputus akibat orang ketiga.
Darwisy Amran. Lelaki kedua yang berjaya membuka hatinya. Namun memikirkan status lelaki itu yang sudah menjadi tunangan orang membuatkan dirinya mahu melupakan lelaki itu. Ya, melupakan lelaki itu dari ingatannya.
Malam itu dia berfikir panjang sebelum terlena dibuai mimpi. Dia mengharapkan keputusan yang diambilnya itu menjadi yang terbaik untuk dirinya. Sampul surat berwarna putih yang terletak disebelah tas tangannya dipandang seketika. Satu keluhan dilepaskan. Kemudian matanya ditutup perlahan.

DATO’ Darwisy memandang sampul surat bewarna putih diatas mejanya. Bulat matanya memandang isi kandungan surat itu. Lantas dia meluru keluar dari biliknya. Anis yang sedang mengemas meja kerjanya ditegurnya.
            “Cik Farah ada masuk bilik i ke hari ni?” Tanya Dato’ Darwisy meminta kepastian.
            “Tak ada pula Dato’. Tapi awal pagi tadi Cik Farah ada datang. Dia minta i letakkan surat tu atas meja Dato’.” Jawab Anis tenang. Dato’ Darwisy melepaskan keluhan berat. Lantas dia melangkah menuju ke lif.
Pintu bilik pejabat Farah ditolak kuat. Meja kerja yang dulunya sarat dengan fail dan kertas, kini kemas tanpa ada sebarang kertas. Dahinya dipicit seketika. Beberapa kali dia cuba menghubungi gadis itu namun talian telefon telah dimatikan.
“Cik Farah tak masuk pejabat harini?” Tanya Dato’ Darwisy sambil mengetuk meja Atia.
“Tak, Dato’. Cuti kot.” Jawab Atia pendek. Dato’ Darwisy mengangguk.
Dia melangkah menuju ke lif.  Beberapa saat sahaja pintu lif terbuka luas. Punat G ditekanya. Beberapa minit sahaja dia sudah berada di lobi lalu dia  meluru menghampiri kereta putih miliknya yang sudah sedia menanti dihadapan pintu utama. Daun pintu dibahagian pemandu dibukanya. Kamil yang jelas terperanjat itu diminta keluar dari perut kereta.
Sebaik sahaja daun pintu kereta ditutup, dia terus memandu keluar menuju ke rumah sewa Farah. Gadis itu perlu dicarinya. Dia mahu menyelesaikan kekusutan yang sedang bermain dikepalanya.
           
SEAWAL jam 7.45 pagi lagiFarah sudah terpacak dihadapan pintu bilik pejabat Dato’ Darwisy. Kakinya berat mahu melangkah masuk ke dalam bilik itu. Hampir 5 minit dia berdiri dihadapan pintu yang tertutup rapat itu.
            “Awal Cik Farah datang.” Tegur satu suara dari belakang. Farah menepuk dahinya. Lambat-lambat dia memusingkan badannya. Dia menghadiahkan senyuman kepada setiausaha Dato’ Darwisy itu.
            “Kenapa tak masuk aje Cik Farah?” Tanya Anis sambil memandang ke arahnya.
            “Entahlah. Erm... i bagi dekat you sajalah. Nanti you tolong pass pada Dato’.” Ujar Farah sambil menghulur surat yang masih kemas bersampul surat itu.
            “Baiklah Cik Farah. Nanti i sampaikan kepada Dato’.” Ujar Anis sambil tersenyum.
            “By the way, thanks.” Ujar Farah sebelum dia melangkah keluar dari ruang korperat itu.
            Kotak bersaiz sederhana yang ditinggalkan di salah sebuah meja di lobi, diangkatnya. Laju langkahnya diatur menuju ke parkir kereta. Niatnya hanya satu. Mahu cepat keluar dari bangunan itu. Bimbang jika terserempak dengan lelaki itu.  Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan, tanpa menunggu lama Farah terus memandu keluar dari kawasan syarikat itu. Keretanya dipandu menuju keluar dari tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu. Walaupun keputusannya dilihat sedikit drastik, namun dia merasakan itulah yang terbaik buat dirinya.

DATO’ Darwisy memandang segenap inci rumah sewa milik Farah yang kelihatan kemas berbeza dari kebiasaannya. Dia melepaskan keluhan berat. Dengan penuh kekecewaan dia memandu keluar dari kawasan perumahan tersebut.
            Enjin kereta dimatikan dihadapan pintu utama lobi bangunan syarikatnya. Kamal yang sudah terpacak dihadapan pintu utama itu dipandang tanpa kata. Kaki diatur menuju ke lif. Tanpa secalit senyuman Dato’ Darwisy menuju  ke bilik pejabatnya. Pintu biliknya ditolak perlahan.
            “You ke mana?”
            Belum pun sempat dia menutup pintu biliknya, ada satu suara menegurnya. Lihat sahaja pemilik suara itu, Dato’ Darwisy menarik muka masam. Tanpa mempedulikan perempuan itu dia menghampiri meja kerjanya. Tali lehernya dilonggarkan sedikit.
            “You pergi mana? Kenapa driver you ada dekat bawah?” Soal Diana sambil menarik kerusi dihadapan Dato’ Darwisy.
            Dato’ Darwisy membisu.
            “Mami called. Mami dah bincang dengan parents i tentang our wedding. 2 bulan dari sekarang kita akan disatukan. I’m so happy.” Ujar Diana dengan nada ceria.
            Dato’ Darwisy yang sedang tekun dengan kertas kerjanya, terus mengangkat wajahnya memandang Diana yang masih tersenyum lebar itu.
            “Our wedding? Are you crazy?” Nadanya sedikit meninggi.
            Diana mencuka. Dato’ Darwisy mencapai telefon bimbitnya lalu cuba menghubungi Puan Khatijah. Namun dia kecewa apabila panggilannya tidak dijawab. Dato’ Darwisy mendengus geram. Dia meraup mukanya dengan kedua belah tangannya. Lalu dia melepaskan keluhan berat.
            “I nak you balik KL. I akan minta secretary i book flight ticket untuk you malam ni.” Ujar Dato’ Darwisy tegas. Dia mahukan ketenangan ketika itu. Otaknya sudah sarat hanya dengan memikirkan FARAH.
            “I akan balik. Tapi hanya dengan you. Fullstop.” Diana berkeras. Mereka berbalas pandangan untuk seketika.
            “Fine.” Lantas Dato’ Darwisy mencapai briefcase dan telefon bimbitnya. Diana memerhati tingkah laku lelaki itu dengan tanda tanya.
            “Let’s go.” Ujar Dato’ Darwisy selamba dengan langkah laju menghampiri pintu bilik pejabatnya.
            Diana bingung seketika. Daun pintu dibuka. Dato’ Darwisy memandang Diana yang kelihatan kebingungan itu.
            “Are you coming?” Tanya Dato’ Darwisy sedikit sinis.
            Tanpa sepatah kata Diana akur.
            Sebaik sahaja daun pintu bilik pejabatnya ditutup rapat, Dato’ Darwisy menghampiri setiausahanya. Diana hanya menjadi pemerhati. Beberapa minit kemudian, mereka melangkah keluar menuju ke lif untuk ke lobi. Tanpa bersoal jawab, Diana hanya mengikut rentak lelaki itu.  Perasan akan kehadiran Dato’ Darwisy, Kamal terus berlari anak mendapatkan majikannya itu.
            “Kita ke Permai Hotel. Hantar Cik Diana.” Arah Dato’ Darwisy ringkas. Kamal mengangguk lalu berlari anak mendapatkan kereta yang diparkir dihadapan pintu utama lobi. Sepanjang perjalanan, mereka membisu sahaja. Bagaikan bibirnya terkunci, Diana akur dengan segala tindak tanduk lelaki itu.
            “Pack your things and check-out. I’ll fetch you later.” Ujar Dato’ Darwisy tanpa secalit senyuman. Diana memadang Dato’ Darwisy dengan seribu tanda tanya.
            “Where are we going?” Tanya Diana meminta kepastian.
            “Just do it. Jangan banyak tanya.” Jawab Dato’ Darwisy dengan nada sedikit meninggi. Diana menjeling tajam. Lantas dia melangkah keluar dari perut kereta.
            Sebaik sahaja gadis itu hilang dari pandangan, Dato’ Darwisy mengarahkan pemandunya memandu pulang ke kediamannya. Sepanjang perjalanan pulang, Dato’ Darwisy cuba menghubungi Farah berkali-kali. Namun masih gagal. Dahinya dipicit perlahan.
            Tiba sahaja dikediaman miliknya, cepat-cepat dia keluar dari perut keretanya. Sempat dia memberitahu pemandunya tentang ketiadaannya beberapa hari sebelum dia melangkah masuk ke dalam kediamannya itu.

KAY memandang abangnya yang pulang awal dari kebiasaannya itu. Air muka abangnya yang sedikit tegang itu menimbulkan persoalan padanya. Tanpa berfikir panjang, dia mendapatkan abangnya itu.
            “Awal abang balik harini? Curi tulang ye.” Tegur Kay cuba menceriakan wajah abangnya itu.
            “Pack your things. Kita balik KL kejap lagi.” Ujar Dato’ Darwisy tenang.
            “Kenapa tiba-tiba je ni? What’s wrong?” Tanya Kay dengan dahi berkerut.
            “Mami dah tetapkan tarikh perkahwinan abang dengan D.” Jawab Dato’ Darwisy sambil melonggarkan tali lehernya.
            “What?!!!” Jerit Kay lantang. Dato’ Darwisy memandang adiknya itu.
            “Sakit telinga tahu tak? Dah lah, abang nak naik atas packing pakaian. Before 11 a.m. kita bertolak. Kay lambat, abang tinggal.” Ujar Dato’ Darwisy selamba. Kay mencebik.
            “D dah balik KL ke? Takkan abang nak tinggal dia dekat sini.” Ujar Kay pula.
            Dato’ Darwisy yang sedang mendaki tangga terhenti seketika.
            “I’ll fetch her after i’m done packing.” Jawab Dato’ Darwisy tenang. Kay membulatkan matanya apabila mendengar jawapan dari bibir abangnya itu.
            “I’m not going to sit in the same car with her. Never.  Abang balik aje dengan D. I hope it will be fun. At least, for her.” Ujar Kay sambil menahan tawanya. Tanpa membalas kata-kata adiknya, Dato’ Darwisy menyambung langkahnya menuju ke kamarnya.
            Tepat jam 10.15 pagi Dato’ Darwisy sudah terpacak di lobi Permai Hotel menanti Diana yang masih belum muncul itu.  Sebaik sahaja menghantar pesanan ringkas kepada gadis itu, Dato’ Darwisy sekali lagi cuba menghubungi Farah. Mahu sahaja membaling telefon bimbitnya itu apabila mendengar suara operator. 

            “Where are you sayang.” Dato’ Darwisy bersuara. Keluhan berat dilepaskan. 






4 comments:

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...