23 October 2012

Be Mine, My Maid? Episode 1


Episod 1
“T ak perlu nak berlagak wahai Tengku.  Saya tidak perlukan pertolongan Tengku itu.”
NurAlia menjeling ke arah sebatang tubuh dihadapannya itu.  Geram sungguh dia dengan lelaki itu.  Sudah 2bulan lelaki itu menganggu keamanan hidupnya.  Ada sahaja kerenah lelaki itu yang harus dia turuti.  Bekerja sebagai seorang pembantu rumah di sebuah rumah mewah yang bagaikan istana itu cukup menyesakkannya.  Kalau tidak kerana kata-katanya kepada Tan Sri Azman 3bulan yang lalu, sudah pasti dia tidak mengharungi kehidupan yang tidak mententeramkan itu.  Tanpa sedar, sebuah keluhan terhinggap dibibirnya.

Lantas NurAlia berdiri sambil memegang punggungnya dan mengatur langkah ke dapur.  Hatinya yang masih sakit dengan tingkah laku lelaki itu sebentar tadi hanya meninggalkan kesan dalam hatinya. ‘takpe, ade ubi ade batas, ade hari aku balas kau cukup-cukup Monyet!’ Bibik Biah memandang NurAlia yang masam mencuka itu.  Dia menggeleng sambil tersenyum.

“Kali ni ape pulak dia buat kat kamu Lia? Nampak macam teruk sangat je.”

NurAlia mengeluh.  “Bik, kali ni dia main kotor. Dia letak kulit pisang atas lantai.”  NurAlia melangkah ke arah sinki dan mula mencuci pinggan yang ada di dalam sinki itu.

Bibik Biah tersenyum. ‘ade-ade saje budak berdua ni. Macam anjing dengan kucing.’

“Saya tak tahulah Bik, kenapa sejak saya mula-mula kerja dekat sini sampai lah hari ni, Tengku tak pernah nak berhenti cari pasal dengan saya.”

“Dahlah Lia.  Tengku tu memang nakal sikit.  Tapi hati dia baik.  Tak payah nak ambil hati sangat.  Buat aje keje kita Lia.  Oh ya, Mak Engku mungkin balik esok.  Lia jangan terkejut pulak tengok Mak Engku nanti.”

Entah kenapa kata-kata Bik Biah sedikit membimbangkannya.  Sejak 2 bulan dia bekerja di rumah mewah itu, dia tidak pernah bertentang mata dengan majikannya.  Bibik Biah tidak pernah bercerita tentang wanita itu.  Sepanjang 2bulan dia disitu, dia hanya perlu melayani anak lelaki keluarga itu sahaja.  ‘mesti ada something wrong dengan family ni. Misteri sungguh.’ NurAlia menutup pili paip itu lalu mencapai tuala kecil untuk mengelap tangannya.  Matanya tepat memandang Bik Biah yang sedang memasak itu.

“Bik, kenapa dengan Mak Engku?  Saya tak pernah pun jumpa Mak Engku tu? “

“Bik takut kamu tu terkejut tengok Mak Engku sebab Mak Engku tu tak macam anak lelaki dia tu.  Mak Engku tu baik, tak cerewet macam orang kaya lain.  Dia tak sombong.  Esok dia mesti terkejut tengok kamu.  Yelah, sebelum ni pekerja dia yang uruskan kamu kerja kat sini.”

“Mak Engku tu tak tinggal sekali ngan Tengku Haris ke? Mak Engku tak ada anak lain ke selain Tengku Haris tu?”

“Hish kamu ni. Banyak pulak soalan dia.” Bibik Biah menutup periuk dengan penutupnya lalu dia menarik tangan gadis disebelahnya itu duduk di beranda dapur.

“Mak Engku dengan Pak Engku ade rumah lain di Pahang.  Pak Engku ada bisnes disana. Jadi rumah ni rumah kedua merekalah.  Mak Engku ada 3 orang anak.  2 lelaki dan sorang perempuan.”

“Habis tu, lagi 2 tinggal kat mana?”

“Yang sulung tu menetap di London dah dekat 6tahun dah, yang bongsu pulak belajar lagi di Sabah.  Mereka berdua ni memang jarang sangat balik.  Kalau dorang balik, rumah nilah mereka berkumpul.  Kamu tak payah risau dengan Mak Engku dan Pak Engku tu..sebab mereka memang tak sombong.” NurAlia mengangguk.  Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu.

“Habis tu, Tengku Haris tu tinggal kat sini kenapa?”

“Sebab Tengku Haris kena uruskan Syarikat Pak Engku yang kat sini.  Sebab tulah Bik tak cakap apa kalau dia asyik menyakat kamu.  Dia sunyi sebenarnya.”

“Alah, kalau dah tahu sunyi kenapa tak cari bini aje?  Orang macam dia tu petik jari ajelah Bik, mesti ramai yang beratur nakkan dia tu.”

Tiba-tiba ada satu suara yang memanggil nama NurAlia dari dapur rumah mewah itu.  Bibik Biah cepat-cepat menyuruh NurAlia masuk ke dapur.  Lantas NurAlia berlari anak masuk ke dapur.
Tengku Haris merenung tajam gadis dihadapannya.  NurAlia membalas pandangan anak majikannya itu.

“Tengku nak apa?” Tanya Alia gugup.

“Saya nak makan.  Cepat siapkan.” Sebaik kata-kata itu terlafaz, lelaki itu menapak ke ruang tamu.

“Baik, Tengku.”


Tengku Haris menekan punat alat kawalan jauh TV.  Dia memandang skrin TV dengan pandangan kosong.  Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.  Lantas dia mencapai telefon bimbit itu lalu menjawab panggilan itu. 

“Assalamualaikum Bonda. Ris tengah rehat aje Bonda....Bonda sampai KL pukul berapa esok?  Ris balik awal sikitlah esok. Boleh dinner skali dengan Bonda ngan Papa.” Tengku Haris ketawa sejenak.

“Maid baru? She’s okay.  Takda bawak masalah lagi setakat ni Bonda. Si Lisa balik sekali ke Bonda? Bagus la macam tu. Nanti Ris bagitahu Bibik apa yang Bonda pesan ni. Kirim salam kat Papa. Assalamualaikum." Sebaik sahaja mematikan talian telefon, Tengku Haris memanggil Bibik Biah.  Bibik Biah yang sedang mengemas dapur itu terus berlari mendapatkan Tengku Haris di ruang tamu.

“Ada apa Tengku?”

“Bonda sampai sini dalam pukul 6 esok. Bibik sediakanlah apa yang patut esok.” Arah Tengku Haris sambil matanya memandang tepat ke arah kaca tv.

“Tengku, Bibik kena periksa dulu stok makanan dalam peti ais tu dulu. Sebab banyak yang dah habis.”
Tengku Haris terdiam sejenak.  Memikirkan sesuatu.

“ Takpe.  Bibik periksa dulu apa yang takde dalam peti ais tu, esok suruh Alia ikut saya pergi pasar. Cakap 
kat si Alia tu pukul 10pagi tunggu kat luar tu.”

“Baiklah Tengku.  Bik masuk dulu ye.”Bibik Biah mengatur langkah perlahan menuju ke dapur. Tiba-tiba suara Tengku Haris menampar telinganya.

“Eh Bik, tolong suruh si Alia tu bancuhkan milo panas untuk saya.”

“Baiklah Tengku.”

Tepat jam 10pagi NurAlia sudah pun berdiri di pintu utama dengan wajah yang masam mencuka. 10 minit kemudian barulah kelibat Tengku Haris muncul disebelahnya.  Tengku Haris mengukir senyuman ke arah gadis itu.  NurAlia menjeling geram. ‘Aku tengah panas kat sini, kau boleh senyum lagi.’

“Dah, jomlah. Nak berdiri kat situ sampai esok ke?  Cepat-cepat.”
NurAlia melangkah mendapatkan BMW putih itu. Dia hanya diam sepanjang perjalanan itu.
Tengku Haris memandu keretanya menuju ke Tesco Ampang.  Wajah masam gadis disebelahnya dipandang sekilas.

“Muncung awak tu kan kalau saya ikat pakai getah rambut awak tu mesti lagi cantik kan?  Rilek la. 10minit lambat je pun.”NurAlia mendengus geram. Namun dia hanya diam. Malas nak melayani kata-kata lelaki itu. Sebaik sahaja kereta Tengku Haris diparkir, lantas NurAlia keluar dari perut kereta itu. 

Tengku Haris hanya memandang gadis itu.  Dari cara pemakaian gadis itu yang sangat simple itu langsung tidak menampakkan gaya seorang pembantu rumah. Walaupun gadis itu hanya memakai baju kurung berkain cotton yang bercorak sangat simple dan rambut yang diikat tocang satu itu namun kelembutan tetap menyerlah diwajahnya. Lantas Tengku Haris mengejar langkah NurAlia yang sedang menolak troli itu.

NurAlia terpana melihat Tengku Haris yang sudah berada disebelahnya itu.  Kacak! Lantas NurAlia mengalih pandangannya kehadapan sebaik sahaja matanya menemui sepasang mata lelaki itu. 
Hampir 2jam mereka di dalam perut bangunan Tesco itu.  NurAlia hanya menahan geram di dalam hatinya apabila setiap barang yang diletak di dalam troli, diteliti oleh lelaki itu.  Hampir separuh barang yang dia pilih di letakkan kembali oleh lelaki itu.  Akhirnya, dia hanya menolak troli dan lelaki itu memilih barangan.

No comments:

Post a Comment

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...