23 October 2012

Be Mine, My Maid? Episode 2


Episod 2

Bibik Biah dan NurAlia mengangkat beberapa beg dan barangan yang dibawa oleh Tengku Jamil dan Engku Maryam masuk ke dalam ruang tamu rumah mewah itu.  Engku Maryam agak terkejut dengan pembantu rumah barunya itu.  Namun apabila melihat kepetahan gadis itu, dia menjadi senang.
Jam 8malam Tengku Jamil dan Engku Maryam menikmati makan malam bersama 2 orang anaknya dengan pelbagai cerita yang dikongsi bersama. NurAlia yang melihat keakraban hubungan ahli keluarga itu merasakan sedikit tersentuh.  Dia dan Tan Sri Azman sudah tidak rapat sejak papanya mengambil keputusan untuk berkahwin lagi selepas setahun pemergian Arwah Mamanya.  Ibu tirinya pula hanya 3tahun tua daripadanya. 
“Lia, tolong bawa buah-buahan ni ke depan.”
NurAlia mengangguk. Lantas dia menyambut huluran Bibik Biah lalu dia melangkah ke hadapan. Ketika dia meletakkan pinggan itu di atas meja, Tengku Jamil menegurnya.
“Marilah duduk makan sekali, Alia.”
“Haah Lia, mari makan sekali..”
“Takpelah Pak Engku, Mak Engku.  Saya teman Bik Biah makan kat belakang nanti. Terima kasih.”
Sejurus itu, NurAlia melangkah ke dapur.
“Muda kan bang? Anak kita ni pun tak reti buat kerja dapur macam si Alia tu.”
Tengku Melissa mencebik.
“Bukan Tak reti Bonda, tapi Bonda yang tak pernah bagi Lisa masuk dapur. Kan abang Haris?”
Tengku Haris tersenyum.
“Tu kalau jadi menantu kita pun, saya tak kisah Yam oii.. Baik budaknye tu.”
Tengku Haris tersedak. Tengku Melissa ketawa melihat reaksi abang nya itu.


“Kamu ni bila nak bawak bakal menantu tunjuk kat Bonda ni, Haris?”
Tengku Haris mengeluh.  Dia kalau boleh memang nak mengelak daripada bercakap soal kahwin dengan Bondanya. Tapi kali ini, dia tidak dapat mengelak lagi.
“Ala Bonda ni... Ris muda lagi. Nanti Ris dah jumpa, Ris tunjuk kat Bonda. Nak cari perempuan yang betul-betul baik bukan senang.”
Tengku Jamil ketawa mendengar kata-kata anak lelakinya itu.
“Yang kat dapur tu dah cukup baik Papa tengok Haris. Kamu nak tunggu siapa lagi? Bukan tak cantik si Lia tu. Kalau nak banding dia dengan kawan-kawan perempuan kau tu, jauh lagi cantik dia tu.”
Engku Maryam tersenyum.
“Muda apanya kamu ni... dah 28tahun. Dah dekat 30tahun dah. Betul cakap Papa tu.  Tak payah cari jauh-jauh, si Alia tu ade. Bonda berkenan sangat dah dengan dia tu.”
“Bonda, Papa, she’s our maid okay. I’m not interested to her at all. Nanti ada jodoh, Ris kahwin okay?”
Engku Maryam mencebik. Dia menghalakan pandangannya ke Televisyen. 
“Hafiz dah nak balik Malaysia katanya.  Bawak bini dia sekali.”
“Baguslah kalau macam tu. Tak payah nak pergi sana semata-mata nak melawat dia tu. Saya ni dah tak larat naik flight berjam-jam Yam.”
“Yelah abang tu. Pergi business trip larat pulak ye...”
Tengku Hafiz, mengahwini seorang wanita dari London 2 tahun yang lalu.  Walaupun Papa dan Bonda tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka, namun mereka tidak pernah mengeluh dengan jalan yang dipilih Tengku Hafiz. Sejak berkahwin, Tengku Hafiz tidak pernah pulang ke Malaysia lagi. Merajuk katanya. Entahlah, Tengku Haris pun tidak tahu keadaan sebenarnya.
Engku Maryam mengatur langkah ke dapur. Dia ingin berkenalan dengan pembantu rumah baru itu.
“Mak Engku nak apa-apa ke?”
“Dahla buat kerja tu Lia. Mari duduk kat sini. Saya nak kenal-kenal dengan awak.”
NurAlia akur sahaja. Dia melabuhkan punggung dihadapan majikannya itu.
“Macammana kerja kat sini?”
“Alhamdulillah Mak Engku. Saya suka kerja kat sini.”
“Baguslah. Mak Engku pon suka Lia kerja kat sini. Ada jugak teman berborak. Macam mana si Haris tu? Cerewet tak?”
NurAlia tersenyum apabila nama lelaki itu meniti dibibir wanita anggun dihadapannya itu.
“Tak adalah Mak Engku. Dia biasa saja. Tak adalah cerewet mana pun Mak Engku.”
“Baguslah macam tu. Erm..Lia asal dari mana?”
“Saya asal dari Kuala Terengganu.”
“Umur Lia berape? Muda lagi ni Mak Engku tengok. Tak sambung belajar ke?”
“Lia dah 24 tahun dah Mak Engku. Orang susah macam saya ni manalah ada duit nak sambung belajar Mak Engku. Insyaallah kalau ada rezeki, saya akan sambung belajar.”
“Baguslah kalau Lia ada cita-cita macam tu. Kalau Lia ada masalah, beritahu Mak Engku. Mak Engku boleh tolong.”
“Terima kasih Mak Engku. Mak Engku layan saya baik ni pun saya bersyukur sangat.”
“Lia ada berapa beradik? Mak ayah kerja apa?”
NurAlia terdiam sejenak.  Memikirkan jawapan yang sesuai.
“Erm..  Saya anak tunggal. Ayah ada kat kampung, kerja kampung aje Mak Engku.  Mak saya dah lama meninggal.”
“oo...Mak Engku minta maaf Lia. Mulai hari ni, anggap saja Mak Engku mak Lia. Panggil Mak Engku, Bonda. No more Mak Engku-Mak Engku lepas ni yer.”
Engku Maryam memeluk bahu NurAlia. Entah kenapa dia jatuh sayang kepada gadis itu. NurAlia membalas pelukan wanita itu. Terasa kasih sayang seorang Ibu menjalar ke dalam salur darahnya. Dia menyeka airmatanya. “Terima kasih Bonda.”
Engku Maryam senyum. “Bonda nak naik ke bilik dulu, Lia. Esok kita borak lagi.”
NurAlia senyum. Matanya menghantar langkah wanita 50-an itu.  Terasa rindu kepada arwah Mama dan Papanya. Dia tidak mampu lagi menahan airmatanya. Tanpa sedar, ada sepasang mata sedang memandang NurAlia dari jauh.


Tengku Haris sedar ada kelainan yang dirasakan kini.  Dirinya sedikit terisi dengan kehadiran gadis itu dirumah itu.  Sejak dia melihat airmata gadis itu beberapa hari yang lalu, dia tidak lagi menyakiti hati gadis itu. Hatinya sakit apabila melihat airmata gadis itu. Entah mengapa dia harus ada perasaan itu dalam hatinya. Jatuh cintakah dia kepada gadis itu?
Ketukan pintu bilik pejabatnya mengejutkan dia dari lamunannya. Tengku Haris membetulkan duduknya lalu mengarahkan setiausahanya masuk.
“Boss, Encik Adam dah sampai.”
“Suruh dia masuk. Nancy, make two cup of coffee.”
“Baik Boss.”
Tak lama kemudian, rakan karibnya muncul disebalik pintu.
“Hey dude! Long time no see.”
Tengku Haris menyambut huluran salam rakannya dan berpelukan seketika. Lama sungguh mereka tidak bertemu. Rakannya itu baru sahaja pulang dari oversea 2 hari yang lalu.
“Wah... dah banyak berubah office kau ni yer, Ris. Makin tinggi taste kau aku tengok.”
“Well... aku kan CEO. Kenalah ada taste.”
Mereka ketawa.
“Kau dah mula masuk kerja ke?”
Syed Adam tersenyum meleret.
“Aku baru saja abis study, kau dah suruh aku masuk office. Tunggu dulu lah Ris. Aku nak rehatkan otak aku ni dulu. Kau ape cerita sekarang? Dah jumpe Princess kau?”
Tengku Haris mencebik.
“Ni haa ‘Princess’ aku.”
Tengku Haris memusingkan skrin komputer ribanya ke arah rakannya itu. Ketawa mereka meletus.
“Kau ni... kalau iye pon tension, tak payah la nak conteng kertas tu bagai. Alia. Who that girl?”
Tengku Haris membuka matanya seluas yang mungkin memandang cebisan kertas yang sudah berada di tangan sahabatnya itu. Penuh satu kertas dicontengnya nama gadis itu. Mukanya merah padam menahan malu. Kebetulan pula setiausahanya, Nancy baru sahaja menghantar 2cawan kopi. Adoii...
“Kau ni.. agak-agakla. Tu secretary aku gelakkan aku sekali tu.”
“Ini ke princess tu?”
“Bukanlah. Tak ada siapa-siapa pun. Aku suka nama Alia aje. Dah... minum kopi tu. Tak payah tanya banyak-banyak.”
“Yelah kau ni. Tu pun dah nak marah ke? Takpe, one day nanti aku akan tahu jugak siapa si Alia ni. She must be someone special to you.”
Tengku Haris tersenyum.  Syed Adam menghirup air kopi itu dengan penuh tanda tanya. Sesungguhnya mana-mana perempuan yang berjaya membuka pintu hati Tengku Haris adalah seorang yang sangat bertuah kerana sahabatnya itu tidak pernah berminat untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan. Tapi bukan GAY okay.
“Kau dengan Dayana bila nak langsung? Bercinta bukan main lama lagi.”
Syed Adam mengeluh berat.
“Dayana tu demand sangatlah Ris. Dia tu nak kahwin ngan aku ke ngan harta aku entah. Macam-macam benda dia minta aku belikan. Naik serabut pulak aku rasa.”
Tengku Haris ketawa. Syed Adam mencebik.
“Tulah kau, haritu aku dah pesan kat kau awal-awal. Kau tak percaya cakap aku. Sayang gila konon. Tengok lah sekarang? Habis, dah putus ke belum?”
Syed Adam tersenyum.
“Aku balik Malaysia tak beritahu dia pun. Dia ada kat London lagi. Baik aku cari perempuan lain ajer. Tak pun Alia ni pun boleh jugak kalau kau tak nak.”
Tengku Haris mencerlung rakannya yang sedang ketawa terbahak-bahak.
“Dahlah. Jom lunch. Aku lapar.”
“Jom. Untung aku jumpa kau hari ni. Boleh makan free.”

No comments:

Post a Comment

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...