23 October 2012

Be Mine, My Maid? Episode 3


Episod 3

Tengku Haris memandang Bibik Biah yang sedang mencuci pinggan di sinki dapur basah itu.  Matanya melilau memandang sekeliling dapur itu, mencari kelibat gadis yang sudah berjaya mengetuk pintu hatinya dalam tidak sedar itu. 
“Hai Tengku, tak payah lah cari si Alia. Dia sedang berehat dalam bilik tu. Dia tak sihat. Demam.”
Tengku Haris terkedu.
“Demam Bik Biah? Dah bagi dia makan ubat ke belum?”
“ Dia makan panadol aje pagi tadi, Tengku.  Makan pun belum.”
“Bibik Biah kejutkan dia, suruh dia bersiap. Saya nak bawa Alia ke Klinik.”
“Baiklah Tengku.”
Risau benar Bibik Biah melihat airmuka Tengku Haris sebentar tadi.  Wanita  50an itu menguntum senyuman. Beberapa minit kemudian, NurAlia mengatur langkah perlahan ke ruang tamu banglo itu.  Tengku Haris yang baru sahaja melabuhkan punggung di sofa terus berdiri apabila melihat kelibat gadis itu. Lantas dia mendapatkan NurAlia yang kelihatan tidak bermaya itu.
“Jom. Saya bawa pergi klinik. Bik, kunci semua pintu tau.”

*****


“Tak payah sibuk nak buat kerjalah. Awak tu demam lagi, Alia.  Bibik, jangan  bagi si Alia ni buat kerja. Suruh dia berehat ajer.”
NurAlia mendengus.  Tengku Haris memandang wajah masam gadis itu. Akhirnya dia akur dan terus mengatur langkah masuk ke dalam biliknya untuk berehat.
Tengku Haris terus mendaki tangga ke biliknya untuk menyiapkan kerja pejabatn yang perlu disiapkan..  Sepanjang dia sedang menyiapkan kerjanya,  kepalanya sentiasa memikirkan keadaan gadis itu.  Entah mengapa dia terlalu risau sebegitu rupa.  Satu keluhan akhirnya dilepaskan jua. Jam 1pagi barulah dia berjaya menyiapkan kertas kerja yang perlu dibentangkan esok. Sebaik sahaja selesai, dia terus meletakkan kepalanya di atas bantal dan akhirnya dia terlena.

NurAlia membaringkan tubuhnya yang masih tidak bermaya itu di atas katil empuk itu.  Dia mengesat airmatanya.  Sejak kedatangan Engku Maryam dan Tengku Jamil beberapa hari yang lalu, jiwanya sedikit sebanyak menjadi tidak kuat.  Dia amat merindui Arwah mamanya yang sudah meninggalkannya itu. Fikirannya bertambah kusut apabila memikirkan hubungannya dengan Tan Sri Azman yang bermasalah sejak kehadiran ibu tirinya.  Dia bagaikan hilang tempat bergantung kini.
Sejak dia dihalau keluar dari Villa MaMa 3bulan yang lalu, NurAlia terpaksa mengharungi pelbagai kepahitan dalam kehidupan yang belum pernah dia lalui sepanjang 24tahun dia bernafas. Namun, kerana Arwah Mamanyalah, dia berjaya mendapatkan sedikit ketabahan untuk mengharungi pahit getir kehidupan sebaik sahaja dia melangkah keluar dari Villa MaMa itu. 
Dia sangat bersyukur apabila mendapat tawaran untuk bekerja di banglo milik keluarga Tengku Haris ketika dia bekerja sebagai pelayan sebuah restoran makanan laut di Kuala Terengganu beberapa bulan yang lalu.  Dia berterima kasih kepada Tuan Karim, pembantu Engku Maryam yang kebetulan rakan baik kepada majikannya ketika dia bekerja di Restoran makanan laut itu kerana memberi peluang untuk berkhidmat di banglo besar ini. 
NurAlia menarik nafas perlahan. Dia tahu dia harus tabah untuk menghadapi kehidupan barunya kini. Dia bukan lagi anak manja Papa yang sentiasa melayani kerenahnya itu.  NurAlia akhirnya terlena kesan daripada ubat yang dimakannya sebentar tadi.

*****

Jam 7:00 pagi NurAlia sudah pun siap menyediakan sarapan pagi untuk Tengku Haris. Dia ingin mengucapkan terima kasih kerana membawanya ke klinik semalam. Dia menghidangkan sarapan pagi di atas meja makan utama seperti biasa, lalu dia berlari anak mendaki tangga. Pintu bilik lelaki itu diketuk lama sehinggalah lelaki itu membuka pintu biliknya.
Terpana NurAlia seketika apabila matanya memandang sebatang tubuh dihadapannya yang persis Chace Crawford aka Nate Archibald dalam drama Gossip Girls itu. Kacak sekali dia pagi ini.  Jantungnya berdengup kencang apabila matanya bertembung dengan anak mata lelaki dihadapannya itu.  Cepat-cepat dia menundukkan wajahnya.
“Hoi..Termenung pulak Kau yer... nak apa ketuk pintu pagi-pagi ni?” sergah Tengku Haris.
“Err.... Sarapan Tengku dah pun saya siapkan.”
NurAlia menahan getaran suaranya. Tengku Haris menahan tawa melihat kegugupan gadis dihadapannya itu.
“Yelah. Nanti aku turun makan.”
NurAlia melangkah ke tingkat bawah sambil mengurut dadanya perlahan. ‘Apa tak kena dengan kau ni Lia oii..Be cool okay.’ NurAlia menghembus nafasnya perlahan.  Kemudian dia terus mendapatkan air Milo yang menjadi kegemaran Tengku Haris itu lalu dituangkan kedalam cawan.  Ketika itu Tengku Haris baru sahaja muncul di ruang makan itu.  
“Wah... Mee goreng. Rajin kau masak pagi ni. Biasanya Bibik Biah yang siapkan sarapan aku.”
NurAlia tidak menjawab kata-kata lelaki itu sebaliknya dia terus menyedok mee goreng ke dalam pinggan Tengku Haris. Tengku Haris hanya memerhati kelakuan pembantunya itu.  ‘Dah sihat agaknya.’ Tengku Haris menarik nafas lega. Satu senyuman nakal diukir diwajahnya. ‘Dia dah sehat, takdelah bosan sangat aku nanti.’
“Harini saya bangun awal. Sebab tu saya sediakan sarapan untuk Tengku harini. Jemput makan Tengku.  Saya ke belakang dulu, Tengku.”
“Eh, kau nak ke mana tu? Duduk sini. Temankan aku makan.”
NurAlia mencebik. Badannya dipusingkan menghadap Tengku Haris yang sedang menyuap mee goreng itu.  ‘Ala, aku tak selesalah duduk satu meja dengan kau. Makan pun nak berteman.’ NurAlia mengeluh.
“Takpe lah. Tengku makan ajelah. Saya nak kemas dapur.”
“Takde-takde. Kalau kau tak nak temankan aku, tak nak aku makan mee goreng kau ni.”
Adoi..Dalam berat hati, NurAlia menarik kerusi berdekatan lelaki itu lalu dia membatukan diri.
“Dah kebah ke demam tu?”
“Dah. Terima kasih Tengku yer sebab hantarkan saya ke klinik semalam.  Sian Tengku penat-penat balik kerja semalam kena hantar saya ke Klinik pulak.  Maaflah saya menyusahkan Tengku semalam.”
Tengku Haris buat tidak tahu apabila mendengar ucapan terima kasih dan maaf dari bibir gadis itu.  Dia hanya menikmati mee goreng yang dimasak oleh gadis disebelahnya itu. NurAlia menahan gugupnya apabila kata-katanya tidak diendahkan oleh Tengku Haris.  Dia kaku.
Tengku Haris yang perasan akan perubahan NurAlia itu, lantas dia tersenyum.
“Dah tak payah nak tunjuk muka monyok kau tu.  Aku tak suka tengok. Hilang selera aku.”
NurAlia mendengus. Dia memandang pinggan Tengku Haris. ‘Tak ada selera, tapi makan sampai habis licin. Banyakla tak ada selera kau.’ Namun kata-kata itu hanya berjaya bermain difikirannya sahaja.
“Dah. Aku pergi kerja dulu.”
Cepat-cepat NurAlia berdiri apabila melihat Tengku Haris berdiri.
“Baiklah, Tengku.”

*****


NurAlia kelihatan begitu asyik sekali menyiram pokok bunga sambil bernyanyi-nyanyi riang di taman mini di perkarangan banglo mewah itu.  Ketika itu jam baru sahaja menginjak ke angka 5:30 petang.  Bibik Biah tersenyum memerhati pembantunya itu.  Sudah hampir 3 bulan NurAlia bekerja dibanglo itu.  Perwatakan gadis itu sangat menyenangkan.  Dia sendiri sudah menyayangi gadis itu seperti anaknya sendiri. 
Kadang-kadang dia bersimpati dengan gadis itu yang sentiasa dibuli oleh anak majikannya. Namun, dia senang apabila melihat perubahan yang ketara yang ditunjuk Tengku Haris kini.  Kehadiran NurAlia sedikit sebanyak telah memberi cahaya kebahagiaan dalam keluarga majikannya itu. 
Kereta BMW putih milik Tengku Haris memasuki perkarangan banglo tanpa disedari oleh NurAlia.  Bibik Biah terus menyambut Tengku Haris yang baru sahaja pulang itu.
“Bik, gembira sangat si Alia tu kenapa?”
Bibik Biah menjugkit bahu tanda tidak tahu.  Tengku Haris menggeleng kepalanya.
“Tengku nak makan? Biar Bibik panaskan lauk.”
“Takpe Bik, saya dah makan tengahari tadi.  Saya nak naik dulu.”
Bibik Biah mengangguk.  Tengku Haris menapak perlahan menuju ke arah pintu utama banglo. Bibik Biah mengekori langkah Tengku Haris memasuki banglo.

*****
“Eh, bila Tengku balik Bik? Tak perasan pulak saya.”
Bibik Biah tersenyum.
“Macam mana nak perasan, kamu tu sedap sangat duk menyanyi tadi.  Dah, nanti kamu tolong hidangkan makan malam untuk Tengku.  Tengku ada kat atas tu. Pukul 8malam nanti panggil Tengku makan.”
“Baik Bibik. Saya masuk mandi dulu yer Bibik.”
“Yelah Alia.”
NurAlia melangkah laju menuju ke biliknya.
*****
NurAlia mengetuk pintu bilik Tengku Haris berkali-kali.  ‘tidur mati agaknya. Aku ketuk pintu sampai nak lebam dah tangan aku ni.’
NurAlia memberanikan diri memulas tombol pintu bilik Tengku Haris.  Dia menolak perlahan daun pintu bilik itu.  Sekeliling bilik itu dipandangnya.  Kakinya mula menapak masuk ke dalam bilik Tengku Haris itu.  Dia memandang sesusuk tubuh yang sedang berbaring di atas katil itu.
NurAlia memandang Tengku Haris.  Dari mata yang tertutup rapat itu jatuh ke hidung mancung lelaki itu.  Tengku Haris sememangnya mempunyai wajah yang menarik dimatanya.  Jantungnya bendengup laju.  NurAlia mengurut dadanya.
Tanpa disedari, tangan NurAlia telah pun mengusap pipi bersih Tengku Haris. ‘Hish..apa aku buat ni?’ Sebaik sahaja NurAlia menarik tangannya, mata Tengku Haris membuntang ke arahnya. NurAlia terkedu. Tidak tahu apa harus dia lakukan ketika itu.  Tengku Haris bangun dari pembaringan. Dia berdiri di hadapan NurAlia yang menunduk itu.
“Kenapa kau ada dalam bilik aku ni??!!!”
NurAlia terkejut apabila ditengking sebegitu.  Belum pernah dia ditengking sebegitu.  Airmata yang ditahan akhirnya gugur juga dihadapan lelaki dihadapannya.
“Saya minta maaf Tengku. Saya nak jemput Tengku turun makan malam.  Itu saja, Tengku.”
Tengku Haris mendengus geram.
“Lain kali kau jangan berani-berani nak masuk dalam bilik aku ni!!   Dah, keluar sekarang!.”
NurAlia akur. Dia berlari keluar dari bilik itu.  Laju dia berlari menuruni anak tangga sehingga dia tersadung jatuh ke lantai rumah.  NurAlia menjerit kuat apabila badannya tidak dapat diimbangkan sebentar tadi.
Jeritan NurAlia mengejutkan Bibik Biah yang baru sahaja selesai solat Isyak didalam bilik itu.  Cepat-cepat wanita itu keluar dari bilik untuk mencari NurAlia.
“Ya Allah Lia, kenapa boleh jadi macam ni? Mari Bibik tolong kamu masuk bilik.”
NurAlia yang sudah lencun dengan airmata itu hanya mengangguk lemah.  Dia memaksa diri untuk berdiri walaupun kakinya terasa sungguh sakit.  Bibik Biah memapah NurAlia masuk ke bilik.  Tiba-tiba ada satu suara menegur. 
“Bibik, kenapa dengan Alia ni?”
NurAlia diam tidak berkata.  Bibik Biah menoleh ke arah Tengku Haris yang sedang berdiri di belakang mereka itu.
“Dia terjatuh tangga tadi.”
Mata Tengku Haris tidak lepas memandang NurAlia ketika itu. 
“Macam mana boleh jatuh pulak ni? Cuai la kau ni Alia. Mari, aku bawak kau masuk. Bibik tolong ambilkan ubat kat depan.”
Bibik Biah akur. Tengku Haris terus mencempung NurAlia ke bilik.  NurAlia hanya berdiam diri.
“Lain kali hati-hati sikit.  Aku minta maaf sebab marah kau tadi.  Aku tak berniat nak marah kau tadi.”
NurAlia mengangguk. Langsung tidak memandang lelaki dihadapannya itu.  Bibik Biah yang baru sahaja muncul itu terus menghulurkan sebotol minyak urut kepada Tengku Haris.  Sebaik sahaja botol minyak itu bertukar  tangan,  lantas Tengku Haris ligat menyapu minyak di kaki kanan NurAlia yang sudah kemerahan itu.
“Biar saya buat sendirilah Tengku, lagipun bukan teruk sangat ni.”
NurAlia cuba mengalihkan kakinya. Namun dihalang keras oleh Tengku Haris.  Akhirnya dia membiarkan sahaja.
“Esok kalau bengkak lagi, aku bawa kau ke klinik.  Dah, kau rehat kat sini. Jangan gatal nak bergerak sana sini.”
NurAlia hanya membatukan diri.  Mata Tengku Haris terpandangkan sekeping gambar yang berada disebelah bantal NurAlia.  Lantas dia mencapai gambar itu.  NurAlia terpana.
“Perempuan kecil dalam gambar ni mesti kau masa kecil kan?  Yang ni pulak, mak kau kan?”
NurAlia mengangguk.  Malas mahu mengambil pusing.  Tengku Haris meletakkan kembali gambar itu lalu melangkah keluar dari bilik itu.  NurAlia meraup wajahnya.  ‘apesallah aku ni cuai sangat. Kan dah dapat sakit. Adoi...’
Tengku Haris memandang televisyen dengan pandangan kosong.  Rasa bersalah terhadap gadis itu masih lagi bersarang dalam dirinya.  Dia yakin Alia tidak menyangka bahawa dia akan memarahinya sebentar tadi.  Tengku Haris meraup wajahnya. Suara Bibik Biah mengejutkan dia dari lamunannya.
“Tengku nak makan? Bibik sediakan?” Bibik Biah memerhati majikannya itu.  Pertanyaan Bibik Biah hanya dibalas dengan gelengan kepala sahaja.  Bibik Biah terus melangkah ke dapur meninggalkan Tengku Haris di ruang tamu.  Beberapa minit kemudian Tengku Haris  menapak ke tingkat atas untuk berehat di bilik.  

No comments:

Post a Comment

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...