29 April 2014

Bunga Cinta Hati-17

Episod 17
Dua minggu kemudian....
AMMAR ARIF.  Satu-satunya anak lelakinya yang masih belum menamatkan zaman bujangnya. Sudah berpuluh-puluh gadis yang cuba diperkenalkannya namun tetap ditolak mentah-mentah oleh anak lelakinya itu.
Apabila dileter, anak bongsunya itu pasti akan memberi alasan yang sama. Satu hari nanti dia tetap akan membawa pulang bakal isterinya. Itulah alasan yang sudah didengarinya hampir setahun!
Puan Sri Nora bukanlah seorang yang cerewet dalam memilih menantu. Dia tidak pernah meletakkan apa-apa kriteria pada bakal menantunya. Gambar keluarganya dipandang sepi. Timbul rasa rindu dihatinya.
“Nora, ni kenapa monyok semacam saja muka abang tengok. Ada apa-apa tidak kena ke?” Tegur Tan Sri Ahmad Hishamudin  yang baru muncul itu.
Puan Sri Nora mengeluh berat.
“Bila agaknya kita boleh tengok anak bongsu kita tu ada keluarga sendiri ya bang? Dah jemu saya menunggu.” Rungut Puan Sri Nora.
“In Sha Allah Nora. Ajal, maut, jodoh itu semua kerja Allah S.W.T. Kita cuma perlu berdoa untuk anak kita tu.” Pujuk Tan Sri Ahmad Hishamudin lembut. Puan Sri Nora diam membisu.
“Awak jangan nak ikut kakak awak pula. Saya tak berkenan dengan apa yang dia buat pada Am. Kesian budak tu abang tengok.” Ujar Tan Sri Ahmad Hishamudin tiba-tiba.
Puan Sri Nora memandang wajah suaminya.
“Kak Khaty buat macam tu ada sebabnya bang. Dia cuma tak mahu si Am tu pilih perempuan yang tak setaraf dengan keluarga kita aje. Tak salahkan bang?”
“Abang tak mahu Nora buat macam tu pada Ammar.” Tegas Tan Sri Ahmad Hishamudin. Puan Sri Nora terus mengangguk. Kata-kata suaminya bukan boleh dibantah. Kalau A katanya, maka A lah jawabnya.

AMMAR ARIF melonggarkan sedikit tali leher biru yang dipakainya. Kertas kerja dihadapannya diteliti satu persatu. Jam Rolex yang dipakainya direnung seketika. Sejak jam kesayangannya itu dipulangkan padanya beberapa bulan yang lalu, hampir setiap hari jam itu dipakainya.
            Farah Balqis Firdaus. Sebaris nama yang tidak asing dalam hatinya. Kalau dulu dia cuba melupakan perasaannya terhadap gadis itu, namun sejak mendengar berita perkahwinan sepupunya yang bakal berlangsung tidak lama lagi, hatinya berbunga kembali.
            Melalui Puan Raihana, dia dapat mengetahui serba sedikit tentang Farah. Dia gembira dengan penerimaan wanita 50an itu terhadapnya. Sudah hampir setahun dia mengenali Puan Raihana. Dunia perniagaan telah menemukan mereka.
            “Encik Ammar, Tan Sri nak jumpa dibilik mesyuarat sekarang.” Zetty bersuara.
            Ammar berdehem. Lama dia mengelamun. Jam dipergelangan tangan dikerling. Kemudian dia mencapai kertas kerja dan buku notanya.
            “Dah lama ke Tan Sri sampai?” Tanya Ammar pada Zetty sambil berjalan menuju ke bilik mesyuarat.
            “Tak lah bos. Baru aje.” Jawab Zetty tenang.
            “Okay. You boleh sambung kerja you. I’ll call you if i need anything.” Ujar Ammar. Kakinya terus diatur menuju ke bilik mesyuarat. Pintu bilik mesyuarat ditolak perlahan. Papanya yang sedang sibuk dengan telefon pintarnya dipandang Ammar.
            “Good morning Tan Sri Ahmad Hishamudin. How are you today?” Tegur Ammar berlagak formal.
            “I’m good. As you can see me now. Payah nak jumpa Ammar lately. Mama dekat rumah dah bising tahu?” Tan Sri Ahmad Hishamudin memandang anak bongsunya itu.
            “Busy sikit papa.” Jawab Ammar ringkas.
            “Busy? What are you working on now?” Tan Sri Ahmad Hishamudin cuba mengorek.
            “This.” Jawab Ammar sambil meletakkan kertas kerja yang dibawanya itu diatas meja. Tanpa banyak soal papanya membelek satu persatu helaian kertas kerja itu.
            “Megah Hill Sdn. Bhd?” Tan Sri Ahmad Hishamudin meminta kepastian. Ammar mengangguk. Matanya bersinar.
            “Kenapa? Papa tak percaya ke?” Tanya Ammar pula.
            Papanya mengukir senyuman.
            “Habis tu? What’s wrong with Megah Hill?” Tanya Ammar lagi.
            “Macammana Ammar boleh convince Megah Hill tentang projek ni?” Giliran papanya bertanya pula.
            “I’m just trying my luck by offering this proposal to them. Papa kenal Puan Raihana kan?”
            “Siapa tak kenal Raihana Rahman? Wanita besi. Dah berapa banyak dia tolak tawaran untuk bekerjasama dengan syarikat luar. She’s very genius. I don’t know how she can handle everything by herself. Alone. You are the lucky one, Ammar. I would say, don’t miss this opportunity.” Ujar papanya panjang lebar. Memang diakui Puan Raihana sememangnya wanita besi.
“Nampaknya keputusan papa bersara awal memang tak salah. Cuma, papa ada satu soalan nak tanya Ammar. Papa harap harini jawapan yang papa dapat dari Ammar, boleh melegakan hati mama dekat rumah tu.” Ujar Tan Sri Ahmad Hishamudin bersahaja.
            Ammar mengangkat keningnya sambil menguntum senyuman.
            “Bila nak bawa balik calon menantu bongsu kami?”
Ya, itulah soalan yang paling dia elak selama ini.
“In sha Allah papa. Beri Ammar masa. Kalau ada jodoh Ammar dengan dia, Ammar akan kenalkan pada papa dan mama.” Jawab Ammar tenang. Papanya mengukir senyuman. Terasa kelainan pada riak wajah anaknya ketika itu.
“Istikharah, son. Minta petunjuk dariNya.” Pesan papanya lembut. Ammar mengangguk. Ada betul kata papanya itu.

BARU sahaja ingin melangkah keluar dari bilik pejabat ibunya, Farah terpandangkan sesuatu di atas meja kopi. Tanpa berfikir panjang dia mencapai sampul surat yang masih belum terusik.
            Kad tebal berwarna coklat dan krim ditarik keluar dari sampul surat. Matanya membulat apabila terpandangkan sebaris nama yang tertera di kad tersebut. Air  mata yang ditahan akhirnya gugur jua.
            Lantas dia meletakkan kembali kad itu di atas meja, lalu dia mengatur langkah keluar dari bilik pejabat ibunya dengan wajah yang muram.
            Puan Raihana yang baru tiba itu tercengang melihat anaknya yang baru sahaja keluar dari biliknya. Puan Raihana menapak masuk ke bilik pejabatnya. Matanya terpandang kad jemputan yang sudah dibuka. Keluhan berat dilepaskan. Lantas dia mengatur langkah ke bilik pejabat anaknya. Kakinya berhenti dihadapan meja pembantu anaknya yang kemas itu.
            “Cik Farah ada dekat dalam?” Tanya Puan Raihana dengan riak bimbang.

PAVLOVA yang dipesan sudah ada didepan matanya. Dengan lafaz bismillah Farah menikmati kemanisan pavlova dari Alexis, The Garden.
            Ammar mengecilkan matanya memandang seseorang yang sedang asyik mengisi perut. Senyuman terukir dibibirnya. Sebaik sahaja memesan makanan, dia mengatur langkah menghampiri meja Farah.
            “Hai Farah. Tak sangka boleh jumpa you kat sini.” Tegur Ammar tenang.
            Farah mengangkat wajahnya memandang lelaki yang menegurnya.
            “Oh, hai! Ammar.” Balas Farah sedikit terkejut dengan kehadiran lelaki itu disitu. Dengan selamba Ammar menarik kerusi dihadapan Farah.  Matanya tidak lepas memandang wajah manis dihadapannya itu.
            “You sorang aja ke?” Soal Farah sambil memandang sekeliling.
            “Ya. Selalu ke you datang sini?” Tanya Ammar pula sambil memerhati pelayan lelaki yang sedang meletakkan pesanannya di depannya.
            “Thank you.” Ujarnya pada pelayan tersebut. Matanya kembali pada gadis dihadapannya.
            “Tak lah. Harini entah kenapa rasa nak makan this sweet meringue. So, here i am. You pulak?” Giliran Farah menyoal Ammar.
            “I? Selalu juga. My mum suka sangat dengan pavlova di Alexis ni. That’s why i selalu datang sini. Luckily harini i terjumpa you dekat sini. Kebetulan i nak belikan pavlova untuk my mum.” Ujar Ammar panjang lebar. Farah mengangguk beberapa kali.
            Sepi. Menikmati makanan masing-masing.
            Dari pandangan Ammar ada kesedihan yang sedang menyelubungi gadis itu. Rasa ingin tahu semakin menebal dalam dirinya.
            Jam tangan yang melekat ditangan lelaki itu menarik perhatian Farah. Dia kenal dengan jam itu.
            “Now i can see you really love that watch.” Ujar Farah lembut. Ammar memandang jam tangannya. Lalu dia menguntum senyuman.
            “Jam ni terlalu bermakna buat i.” Jam tangannya disentuh. ‘Dan kerana jam ini juga aku jatuh cinta!’ Jerit Ammar dalam hati.
            Hampir satu jam mereka disitu. Pelbagai perkara menjadi topik perbualan mereka.  Bagi Ammar itu adalah peluang keemasannya. Kerana dari situlah dia dapat mengenali gadis dihadapannya itu.
Nur Kamalia menjegilkan matanya berkali-kali apabila terpandang pasangan yang baru sahaja keluar dari sebuah butik terkenal di The Garden. Tambah mengejutkannya apabila lelaki yang mendampingi gadis yang cukup dikenalinya itu adalah sepupunya! Timbul rasa cemburu didalam dirinya. Mujurlah abangnya dan Diana tiada bersamanya ketika itu. Kalau tidak...

PUAN SRI NORA memanjangkan lehernya ke arah pintu utama apabila terdengar bunyi pintu ditutup. Lantas dia berdiri apabila melihat wajah anak bongsunya yang baru tiba itu.
            “Mama ingat Ammar dah lupa jalan balik rumah ni.” Tegur mamanya dengan nada sedikit merajuk. Ammar ketawa kecil mendengar teguran mamanya itu.
            “Takkanlah Ammar lupa. Ammar tak lupa mama tau. Tengok, apa Ammar beli untuk mama.” Pujuknya sambil menunjukkan 2 kotak pavlova.
            “Pandai Ammar ni. Jom, teman mama makan.” Ajak Puan Sri Nora sambil menarik lengan anaknya ke dapur kering. Tawa Ammar meletus melihat perubahan drastik mamanya itu.
            Tan Sri Ahmad Hishamudin menangkap suara anak dan isterinya ditingkat bawah. Tanpa menunggu lama dia menuruni anak tangga. Lehernya dipanjangkan mencari kelibat dua beranak itu.
            “Tahun depan Ammar dah masuk 30 tahun tahu? Sepatutnya sekarang Ammar dah ada isteri. Bila lagi Ammar? Mama runsing bila fikir pasal Ammar ni.” Bunyi Puan Sri Nora sambil menyuap pavlova ke mulut anaknya. Tan Sri Hishamudin melangkah menyertai dua beranak yang sedang berbual diruang makan keluarga.
            “Ammar tu baru je balik, awak dah berleter. Bagilah anak awak tu rehat dulu.” Sergah Tan Sri Hishamudin yang baru melabuhkan punggung disebelah isterinya. Ammar tersengih.
            “Relaks lah mama. Cool okay? Nanti dah sampai masa, Ammar akan bawa bakal isteri Ammar jumpa mama dulu.” Ujar Ammar lembut. Memujuk hati mamanya.
            “Maknanya sekarang Ammar dah ada seseorang?” Tanya Puan Sri Nora dengan nada teruja.
            Ammar menepuk dahi. Sedar bahawa dia sudah terlanjur kata. Ligat otaknya memikirkan ayat untuk memudarkan ingatan mamanya kembali.
            “Dah lah Nora. Tak payah banyak soal sangat. Kan Ammar dah cakap, nanti-nanti dia akan bawa balik bakal isteri dia jumpa kita.” Tan Sri Ahmad Hishamudin cuba menjernihkan keadaan. Ammar menarik nafas lega. Dia membalas senyuman papanya.
            “Hish... bapak dengan anak sama je!” Rajuk Puan Sri Nora dengan muka masam.
            Dua beranak itu tertawa mendengar kata-kata Puan Sri Nora.                                

                                                               
PUAN SRI KHATIJAH tersenyum meleret melihat anak terunanya yang sudah segak dengan baju melayu berwarna krim.  Sembilan dulang hantaran yang cantik tersusun diruang tamu utama menjadi perhatiannya. Sanak saudara yang sedang berbual mesra diruang tamu menaikkan lagi keterujaan dalam diri Puan Sri Khatijah.       
            “Senyumlah sikit Am. Sekejap lagi dah nak jadi suami orang. Serabutlah mami tengok muka masam Am ni.” Bisik Puan Sri Khatijah pada Dato’ Darwisy Amran.
            Tanpa sebarang reaksi, matanya melontar pandangan pada Kay yang sedang termenung di gazebo. Sudah dua hari adiknya itu tidak seceria seperti kebiasaannya. Tanpa mempedulikan kata-kat maminya sebentar tadi, Dato’ Darwisy mengatur langkah menuju ke gazebo.
            “Sepatutnya abang yang monyok macam tu tau. Apasal ni Kay? Termenung sorang-sorang.” Dia turut melabuhkan punggung disebelah adiknya itu.
            Kay diam. Tidak berkutik.
            “Abang rasa macam nak lari.  Can i?” Tanya Dato’ Darwisy sambil menekup wajahnya dengan kedua belah tangannya.
            “It’s your choice, abang.” Jawab Kay selamba. Dato’ Darwisy mengangkat wajahnya memandang adiknya.
            “I don’t think i have a choice.” Ujar Dato’ Darwisy sedikit kesal.
            Diam.
            “Back to the point. Kay ada masalah ke?” Tanya Dato’ Darwisy. Kay membalas pandangan abangnya. Lalu dia menggeleng kepala.
            “Habis tu? Someone break your heart? Tekanya. Riak wajah adiknya itu seakan dapat dibacanya.
            “Tak tahu pulak Kay dah ada boyfriend. Siapa dia tu?” Risik Dato’ Darwisy tenang.
            Kay mengeluh.
            “Dia? Just someone. Very special to me. Almost limited edition. Tall. Handsome of course. But...” Belum pun sempat dia menghabiskan ayatnya, Dato’ Darwisy terlebih cepat mencelah.
            “But he break your heart into pieces. Right?” Celah Dato’ Darwisy selamba. Satu tamparan di pehanya dihadiahkan oleh Kay.
            “Is he someone i know?” Tanya Dato’ Darwisy lagi.
            “Am! Am!” Jerit Puan Sri Khatijah dari dalam villa.

            Kay menarik nafas lega. 









6 comments:

  1. Selamat pengantin baru semoga berbahagia sampai ke Anak cucu amin.

    ReplyDelete
  2. Salam. Tahniah! Semoga kekal abadi. ;-)

    ReplyDelete
  3. Selamat pengantin baru buat cik Eda. Moga kekal hingga Jannah.
    Datuk, ikut kata hati, jgn nikah. Huhuhu

    ReplyDelete
  4. Selamat Pengantin Baru edamustafa & pasangan...didoakan bahagia hingga ke akhir hayat....

    ReplyDelete
  5. selamat pengantin baru...
    semoga bahagia...

    ReplyDelete
  6. Bila nak update lagi. Lama tunggu nie. Hehe

    ReplyDelete

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...