Episod 17
Dua
minggu kemudian....
AMMAR
ARIF. Satu-satunya anak lelakinya yang masih belum menamatkan zaman bujangnya.
Sudah berpuluh-puluh gadis yang cuba diperkenalkannya namun tetap ditolak mentah-mentah
oleh anak lelakinya itu.
Apabila dileter,
anak bongsunya itu pasti akan memberi alasan yang sama. Satu hari nanti dia
tetap akan membawa pulang bakal isterinya. Itulah alasan yang sudah
didengarinya hampir setahun!
Puan Sri Nora
bukanlah seorang yang cerewet dalam memilih menantu. Dia tidak pernah
meletakkan apa-apa kriteria pada bakal menantunya. Gambar keluarganya dipandang
sepi. Timbul rasa rindu dihatinya.
“Nora, ni kenapa monyok
semacam saja muka abang tengok. Ada apa-apa tidak kena ke?” Tegur Tan Sri Ahmad
Hishamudin yang baru muncul itu.
Puan Sri Nora
mengeluh berat.
“Bila agaknya kita
boleh tengok anak bongsu kita tu ada keluarga sendiri ya bang? Dah jemu saya
menunggu.” Rungut Puan Sri Nora.
“In Sha Allah Nora.
Ajal, maut, jodoh itu semua kerja Allah S.W.T. Kita cuma perlu berdoa untuk
anak kita tu.” Pujuk Tan Sri Ahmad Hishamudin lembut. Puan Sri Nora diam
membisu.
“Awak jangan nak
ikut kakak awak pula. Saya tak berkenan dengan apa yang dia buat pada Am.
Kesian budak tu abang tengok.” Ujar Tan Sri Ahmad Hishamudin tiba-tiba.
Puan Sri Nora
memandang wajah suaminya.
“Kak Khaty buat
macam tu ada sebabnya bang. Dia cuma tak mahu si Am tu pilih perempuan yang tak
setaraf dengan keluarga kita aje. Tak salahkan bang?”
“Abang tak mahu
Nora buat macam tu pada Ammar.” Tegas Tan Sri Ahmad Hishamudin. Puan Sri Nora
terus mengangguk. Kata-kata suaminya bukan boleh dibantah. Kalau A katanya,
maka A lah jawabnya.
AMMAR
ARIF melonggarkan sedikit tali leher biru yang dipakainya. Kertas
kerja dihadapannya diteliti satu persatu. Jam Rolex yang dipakainya direnung
seketika. Sejak jam kesayangannya itu dipulangkan padanya beberapa bulan yang
lalu, hampir setiap hari jam itu dipakainya.
Farah
Balqis Firdaus. Sebaris nama yang tidak asing dalam hatinya. Kalau dulu dia
cuba melupakan perasaannya terhadap gadis itu, namun sejak mendengar berita
perkahwinan sepupunya yang bakal berlangsung tidak lama lagi, hatinya berbunga
kembali.
Melalui Puan
Raihana, dia dapat mengetahui serba sedikit tentang Farah. Dia gembira dengan
penerimaan wanita 50an itu terhadapnya. Sudah hampir setahun dia mengenali Puan
Raihana. Dunia perniagaan telah menemukan mereka.
“Encik
Ammar, Tan Sri nak jumpa dibilik mesyuarat sekarang.” Zetty bersuara.
Ammar
berdehem. Lama dia mengelamun. Jam dipergelangan tangan dikerling. Kemudian dia
mencapai kertas kerja dan buku notanya.
“Dah
lama ke Tan Sri sampai?” Tanya Ammar pada Zetty sambil berjalan menuju ke bilik
mesyuarat.
“Tak lah
bos. Baru aje.” Jawab Zetty tenang.
“Okay.
You boleh sambung kerja you. I’ll call
you if i need anything.” Ujar Ammar. Kakinya terus diatur menuju ke bilik
mesyuarat. Pintu bilik mesyuarat ditolak perlahan. Papanya yang sedang sibuk dengan
telefon pintarnya dipandang Ammar.
“Good morning Tan Sri Ahmad Hishamudin. How
are you today?” Tegur Ammar berlagak formal.
“I’m good. As you can see me now. Payah
nak jumpa Ammar lately. Mama dekat
rumah dah bising tahu?” Tan Sri Ahmad Hishamudin memandang anak bongsunya itu.
“Busy sikit papa.” Jawab Ammar ringkas.
“Busy? What are you working on now?” Tan
Sri Ahmad Hishamudin cuba mengorek.
“This.” Jawab Ammar sambil meletakkan
kertas kerja yang dibawanya itu diatas meja. Tanpa banyak soal papanya membelek
satu persatu helaian kertas kerja itu.
“Megah
Hill Sdn. Bhd?” Tan Sri Ahmad Hishamudin meminta kepastian. Ammar mengangguk.
Matanya bersinar.
“Kenapa?
Papa tak percaya ke?” Tanya Ammar pula.
Papanya
mengukir senyuman.
“Habis
tu? What’s wrong with Megah Hill?” Tanya
Ammar lagi.
“Macammana
Ammar boleh convince Megah Hill
tentang projek ni?” Giliran papanya bertanya pula.
“I’m just trying my luck by offering this
proposal to them. Papa kenal Puan Raihana kan?”
“Siapa
tak kenal Raihana Rahman? Wanita besi. Dah berapa banyak dia tolak tawaran
untuk bekerjasama dengan syarikat luar. She’s
very genius. I don’t know how she can
handle everything by herself. Alone. You are the lucky one, Ammar. I would say,
don’t miss this opportunity.” Ujar papanya panjang lebar. Memang diakui
Puan Raihana sememangnya wanita besi.
“Nampaknya keputusan
papa bersara awal memang tak salah. Cuma, papa ada satu soalan nak tanya Ammar.
Papa harap harini jawapan yang papa dapat dari Ammar, boleh melegakan hati mama
dekat rumah tu.” Ujar Tan Sri Ahmad Hishamudin bersahaja.
Ammar
mengangkat keningnya sambil menguntum senyuman.
“Bila
nak bawa balik calon menantu bongsu kami?”
Ya, itulah soalan
yang paling dia elak selama ini.
“In sha Allah papa.
Beri Ammar masa. Kalau ada jodoh Ammar dengan dia, Ammar akan kenalkan pada
papa dan mama.” Jawab Ammar tenang. Papanya mengukir senyuman. Terasa kelainan
pada riak wajah anaknya ketika itu.
“Istikharah, son. Minta petunjuk dariNya.” Pesan
papanya lembut. Ammar mengangguk. Ada betul kata papanya itu.
BARU sahaja ingin melangkah keluar dari bilik pejabat ibunya,
Farah terpandangkan sesuatu di atas meja kopi. Tanpa berfikir panjang dia
mencapai sampul surat yang masih belum terusik.
Kad
tebal berwarna coklat dan krim ditarik keluar dari sampul surat. Matanya
membulat apabila terpandangkan sebaris nama yang tertera di kad tersebut. Air mata yang ditahan akhirnya gugur jua.
Lantas
dia meletakkan kembali kad itu di atas meja, lalu dia mengatur langkah keluar
dari bilik pejabat ibunya dengan wajah yang muram.
Puan
Raihana yang baru tiba itu tercengang melihat anaknya yang baru sahaja keluar
dari biliknya. Puan Raihana menapak masuk ke bilik pejabatnya. Matanya
terpandang kad jemputan yang sudah dibuka. Keluhan berat dilepaskan. Lantas dia
mengatur langkah ke bilik pejabat anaknya. Kakinya berhenti dihadapan meja
pembantu anaknya yang kemas itu.
“Cik
Farah ada dekat dalam?” Tanya Puan Raihana dengan riak bimbang.
PAVLOVA
yang dipesan sudah ada didepan matanya. Dengan lafaz
bismillah Farah menikmati kemanisan pavlova dari Alexis, The Garden.
Ammar
mengecilkan matanya memandang seseorang yang sedang asyik mengisi perut.
Senyuman terukir dibibirnya. Sebaik sahaja memesan makanan, dia mengatur
langkah menghampiri meja Farah.
“Hai
Farah. Tak sangka boleh jumpa you kat sini.” Tegur Ammar tenang.
Farah
mengangkat wajahnya memandang lelaki yang menegurnya.
“Oh,
hai! Ammar.” Balas Farah sedikit terkejut dengan kehadiran lelaki itu disitu.
Dengan selamba Ammar menarik kerusi dihadapan Farah. Matanya tidak lepas memandang wajah manis
dihadapannya itu.
“You
sorang aja ke?” Soal Farah sambil memandang sekeliling.
“Ya.
Selalu ke you datang sini?” Tanya Ammar pula sambil memerhati pelayan lelaki
yang sedang meletakkan pesanannya di depannya.
“Thank you.” Ujarnya pada pelayan
tersebut. Matanya kembali pada gadis dihadapannya.
“Tak
lah. Harini entah kenapa rasa nak makan this
sweet meringue. So, here i am. You pulak?” Giliran Farah menyoal Ammar.
“I?
Selalu juga. My mum suka sangat
dengan pavlova di Alexis ni. That’s why
i selalu datang sini. Luckily harini
i terjumpa you dekat sini. Kebetulan i nak belikan pavlova untuk my mum.” Ujar Ammar panjang lebar. Farah
mengangguk beberapa kali.
Sepi.
Menikmati makanan masing-masing.
Dari
pandangan Ammar ada kesedihan yang sedang menyelubungi gadis itu. Rasa ingin
tahu semakin menebal dalam dirinya.
Jam
tangan yang melekat ditangan lelaki itu menarik perhatian Farah. Dia kenal
dengan jam itu.
“Now i can see you really love that watch.”
Ujar Farah lembut. Ammar memandang jam tangannya. Lalu dia menguntum senyuman.
“Jam ni
terlalu bermakna buat i.” Jam tangannya disentuh. ‘Dan kerana jam ini juga aku
jatuh cinta!’ Jerit Ammar dalam hati.
Hampir
satu jam mereka disitu. Pelbagai perkara menjadi topik perbualan mereka. Bagi Ammar itu adalah peluang keemasannya.
Kerana dari situlah dia dapat mengenali gadis dihadapannya itu.
Nur Kamalia menjegilkan
matanya berkali-kali apabila terpandang pasangan yang baru sahaja keluar dari
sebuah butik terkenal di The Garden. Tambah mengejutkannya apabila lelaki yang
mendampingi gadis yang cukup dikenalinya itu adalah sepupunya! Timbul rasa cemburu
didalam dirinya. Mujurlah abangnya dan Diana tiada bersamanya ketika itu. Kalau
tidak...
PUAN
SRI NORA memanjangkan lehernya ke arah
pintu utama apabila terdengar bunyi pintu ditutup. Lantas dia berdiri apabila
melihat wajah anak bongsunya yang baru tiba itu.
“Mama
ingat Ammar dah lupa jalan balik rumah ni.” Tegur mamanya dengan nada sedikit
merajuk. Ammar ketawa kecil mendengar teguran mamanya itu.
“Takkanlah
Ammar lupa. Ammar tak lupa mama tau. Tengok, apa Ammar beli untuk mama.”
Pujuknya sambil menunjukkan 2 kotak pavlova.
“Pandai
Ammar ni. Jom, teman mama makan.” Ajak Puan Sri Nora sambil menarik lengan
anaknya ke dapur kering. Tawa Ammar meletus melihat perubahan drastik mamanya
itu.
Tan Sri
Ahmad Hishamudin menangkap suara anak dan isterinya ditingkat bawah. Tanpa
menunggu lama dia menuruni anak tangga. Lehernya dipanjangkan mencari kelibat
dua beranak itu.
“Tahun
depan Ammar dah masuk 30 tahun tahu? Sepatutnya sekarang Ammar dah ada isteri.
Bila lagi Ammar? Mama runsing bila fikir pasal Ammar ni.” Bunyi Puan Sri Nora
sambil menyuap pavlova ke mulut anaknya. Tan Sri Hishamudin melangkah menyertai
dua beranak yang sedang berbual diruang makan keluarga.
“Ammar
tu baru je balik, awak dah berleter. Bagilah anak awak tu rehat dulu.” Sergah
Tan Sri Hishamudin yang baru melabuhkan punggung disebelah isterinya. Ammar
tersengih.
“Relaks
lah mama. Cool okay? Nanti dah sampai
masa, Ammar akan bawa bakal isteri Ammar jumpa mama dulu.” Ujar Ammar lembut.
Memujuk hati mamanya.
“Maknanya
sekarang Ammar dah ada seseorang?” Tanya Puan Sri Nora dengan nada teruja.
Ammar
menepuk dahi. Sedar bahawa dia sudah terlanjur kata. Ligat otaknya memikirkan
ayat untuk memudarkan ingatan mamanya kembali.
“Dah lah
Nora. Tak payah banyak soal sangat. Kan Ammar dah cakap, nanti-nanti dia akan
bawa balik bakal isteri dia jumpa kita.” Tan Sri Ahmad Hishamudin cuba
menjernihkan keadaan. Ammar menarik nafas lega. Dia membalas senyuman papanya.
“Hish...
bapak dengan anak sama je!” Rajuk Puan Sri Nora dengan muka masam.
Dua beranak
itu tertawa mendengar kata-kata Puan Sri Nora.
PUAN
SRI KHATIJAH tersenyum meleret
melihat anak terunanya yang sudah segak dengan baju melayu berwarna krim. Sembilan dulang hantaran yang cantik tersusun
diruang tamu utama menjadi perhatiannya. Sanak saudara yang sedang berbual
mesra diruang tamu menaikkan lagi keterujaan dalam diri Puan Sri Khatijah.
“Senyumlah
sikit Am. Sekejap lagi dah nak jadi suami orang. Serabutlah mami tengok muka
masam Am ni.” Bisik Puan Sri Khatijah pada Dato’ Darwisy Amran.
Tanpa
sebarang reaksi, matanya melontar pandangan pada Kay yang sedang termenung di
gazebo. Sudah dua hari adiknya itu tidak seceria seperti kebiasaannya. Tanpa mempedulikan
kata-kat maminya sebentar tadi, Dato’ Darwisy mengatur langkah menuju ke
gazebo.
“Sepatutnya
abang yang monyok macam tu tau. Apasal ni Kay? Termenung sorang-sorang.” Dia
turut melabuhkan punggung disebelah adiknya itu.
Kay
diam. Tidak berkutik.
“Abang
rasa macam nak lari. Can i?” Tanya Dato’ Darwisy sambil
menekup wajahnya dengan kedua belah tangannya.
“It’s your choice, abang.” Jawab Kay
selamba. Dato’ Darwisy mengangkat wajahnya memandang adiknya.
“I don’t think i have a choice.” Ujar
Dato’ Darwisy sedikit kesal.
Diam.
“Back to the point. Kay ada masalah ke?”
Tanya Dato’ Darwisy. Kay membalas pandangan abangnya. Lalu dia menggeleng
kepala.
“Habis
tu? Someone break your heart? Tekanya.
Riak wajah adiknya itu seakan dapat dibacanya.
“Tak tahu
pulak Kay dah ada boyfriend. Siapa
dia tu?” Risik Dato’ Darwisy tenang.
Kay
mengeluh.
“Dia? Just someone. Very special to me. Almost
limited edition. Tall. Handsome of course. But...” Belum pun sempat dia
menghabiskan ayatnya, Dato’ Darwisy terlebih cepat mencelah.
“But he break your heart into pieces. Right?”
Celah Dato’ Darwisy selamba. Satu tamparan di pehanya dihadiahkan oleh Kay.
“Is he someone i know?” Tanya Dato’
Darwisy lagi.
“Am! Am!”
Jerit Puan Sri Khatijah dari dalam villa.
Kay
menarik nafas lega.

Selamat pengantin baru semoga berbahagia sampai ke Anak cucu amin.
ReplyDeleteSalam. Tahniah! Semoga kekal abadi. ;-)
ReplyDeleteSelamat pengantin baru buat cik Eda. Moga kekal hingga Jannah.
ReplyDeleteDatuk, ikut kata hati, jgn nikah. Huhuhu
Selamat Pengantin Baru edamustafa & pasangan...didoakan bahagia hingga ke akhir hayat....
ReplyDeleteselamat pengantin baru...
ReplyDeletesemoga bahagia...
Bila nak update lagi. Lama tunggu nie. Hehe
ReplyDelete