Episod 1
“T ak perlu nak berlagak wahai Tengku. Saya tidak perlukan pertolongan Tengku itu.”
NurAlia
menjeling ke arah sebatang tubuh dihadapannya itu. Geram sungguh dia dengan lelaki itu. Sudah 2bulan lelaki itu menganggu keamanan
hidupnya. Ada sahaja kerenah lelaki itu
yang harus dia turuti. Bekerja sebagai
seorang pembantu rumah di sebuah rumah mewah yang bagaikan istana itu cukup
menyesakkannya. Kalau tidak kerana
kata-katanya kepada Tan Sri Azman 3bulan yang lalu, sudah pasti dia tidak
mengharungi kehidupan yang tidak mententeramkan itu. Tanpa sedar, sebuah keluhan terhinggap
dibibirnya.
Lantas
NurAlia berdiri sambil memegang punggungnya dan mengatur langkah ke dapur. Hatinya yang masih sakit dengan tingkah laku
lelaki itu sebentar tadi hanya meninggalkan kesan dalam hatinya. ‘takpe, ade
ubi ade batas, ade hari aku balas kau cukup-cukup Monyet!’ Bibik
Biah memandang NurAlia yang masam mencuka itu.
Dia menggeleng sambil tersenyum.
“Kali ni
ape pulak dia buat kat kamu Lia? Nampak macam teruk sangat je.”
NurAlia
mengeluh. “Bik, kali ni dia main kotor.
Dia letak kulit pisang atas lantai.”
NurAlia melangkah ke arah sinki dan mula mencuci pinggan yang ada di
dalam sinki itu.
Bibik
Biah tersenyum. ‘ade-ade saje budak berdua ni. Macam anjing dengan kucing.’
“Saya
tak tahulah Bik, kenapa sejak saya mula-mula kerja dekat sini sampai lah hari ni,
Tengku tak pernah nak berhenti cari pasal dengan saya.”
“Dahlah
Lia. Tengku tu memang nakal sikit. Tapi hati dia baik. Tak payah nak ambil hati sangat. Buat aje keje kita Lia. Oh ya, Mak Engku mungkin balik esok. Lia jangan terkejut pulak tengok Mak Engku
nanti.”
Entah
kenapa kata-kata Bik Biah sedikit membimbangkannya. Sejak 2 bulan dia bekerja di rumah mewah itu,
dia tidak pernah bertentang mata dengan majikannya. Bibik Biah tidak pernah bercerita tentang
wanita itu. Sepanjang 2bulan dia disitu,
dia hanya perlu melayani anak lelaki keluarga itu sahaja. ‘mesti ada something wrong dengan family ni.
Misteri sungguh.’ NurAlia menutup pili paip itu lalu mencapai tuala kecil untuk
mengelap tangannya. Matanya tepat
memandang Bik Biah yang sedang memasak itu.
“Bik,
kenapa dengan Mak Engku? Saya tak pernah
pun jumpa Mak Engku tu? “
“Bik
takut kamu tu terkejut tengok Mak Engku sebab Mak Engku tu tak macam anak
lelaki dia tu. Mak Engku tu baik, tak
cerewet macam orang kaya lain. Dia tak
sombong. Esok dia mesti terkejut tengok
kamu. Yelah, sebelum ni pekerja dia yang
uruskan kamu kerja kat sini.”
“Mak
Engku tu tak tinggal sekali ngan Tengku Haris ke? Mak Engku tak ada anak lain
ke selain Tengku Haris tu?”
“Hish
kamu ni. Banyak pulak soalan dia.” Bibik
Biah menutup periuk dengan penutupnya lalu dia menarik tangan gadis
disebelahnya itu duduk di beranda dapur.
“Mak
Engku dengan Pak Engku ade rumah lain di Pahang. Pak Engku ada bisnes disana. Jadi rumah ni
rumah kedua merekalah. Mak Engku ada 3
orang anak. 2 lelaki dan sorang
perempuan.”
“Habis
tu, lagi 2 tinggal kat mana?”
“Yang
sulung tu menetap di London dah dekat 6tahun dah, yang bongsu pulak belajar
lagi di Sabah. Mereka berdua ni memang
jarang sangat balik. Kalau dorang balik,
rumah nilah mereka berkumpul. Kamu tak
payah risau dengan Mak Engku dan Pak Engku tu..sebab mereka memang tak
sombong.” NurAlia
mengangguk. Tiba-tiba dia terfikirkan
sesuatu.
“Habis
tu, Tengku Haris tu tinggal kat sini kenapa?”
“Sebab
Tengku Haris kena uruskan Syarikat Pak Engku yang kat sini. Sebab tulah Bik tak cakap apa kalau dia asyik
menyakat kamu. Dia sunyi sebenarnya.”
“Alah,
kalau dah tahu sunyi kenapa tak cari bini aje?
Orang macam dia tu petik jari ajelah Bik, mesti ramai yang beratur
nakkan dia tu.”
Tiba-tiba
ada satu suara yang memanggil nama NurAlia dari dapur rumah mewah itu. Bibik Biah cepat-cepat menyuruh NurAlia masuk
ke dapur. Lantas NurAlia berlari anak
masuk ke dapur.
Tengku
Haris merenung tajam gadis dihadapannya.
NurAlia membalas pandangan anak majikannya itu.
“Tengku
nak apa?” Tanya Alia gugup.
“Saya
nak makan. Cepat siapkan.” Sebaik kata-kata itu terlafaz, lelaki itu menapak ke ruang tamu.
“Baik,
Tengku.”
Tengku
Haris menekan punat alat kawalan jauh TV.
Dia memandang skrin TV dengan pandangan kosong. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Lantas dia mencapai telefon bimbit itu lalu
menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum
Bonda. Ris tengah rehat aje Bonda....Bonda sampai KL pukul berapa esok? Ris balik awal sikitlah esok. Boleh dinner
skali dengan Bonda ngan Papa.” Tengku
Haris ketawa sejenak.
“Maid
baru? She’s okay. Takda bawak masalah
lagi setakat ni Bonda. Si Lisa balik sekali ke Bonda? Bagus la macam tu. Nanti
Ris bagitahu Bibik apa yang Bonda pesan ni. Kirim salam kat Papa.
Assalamualaikum." Sebaik
sahaja mematikan talian telefon, Tengku Haris memanggil Bibik Biah. Bibik Biah yang sedang mengemas dapur itu
terus berlari mendapatkan Tengku Haris di ruang tamu.
“Ada apa
Tengku?”
“Bonda
sampai sini dalam pukul 6 esok. Bibik sediakanlah apa yang patut esok.” Arah Tengku Haris sambil matanya memandang tepat ke arah kaca tv.
“Tengku,
Bibik kena periksa dulu stok makanan dalam peti ais tu dulu. Sebab banyak yang
dah habis.”
Tengku
Haris terdiam sejenak. Memikirkan
sesuatu.
“
Takpe. Bibik periksa dulu apa yang takde
dalam peti ais tu, esok suruh Alia ikut saya pergi pasar. Cakap
kat si Alia tu
pukul 10pagi tunggu kat luar tu.”
“Baiklah
Tengku. Bik masuk dulu ye.”Bibik Biah mengatur langkah perlahan menuju ke dapur. Tiba-tiba suara Tengku Haris menampar telinganya.
“Eh Bik,
tolong suruh si Alia tu bancuhkan milo panas untuk saya.”
“Baiklah
Tengku.”
Tepat
jam 10pagi NurAlia sudah pun berdiri di pintu utama dengan wajah yang masam
mencuka. 10 minit kemudian barulah kelibat Tengku Haris muncul
disebelahnya. Tengku Haris mengukir
senyuman ke arah gadis itu. NurAlia
menjeling geram. ‘Aku tengah panas kat sini, kau boleh senyum lagi.’
“Dah,
jomlah. Nak berdiri kat situ sampai esok ke?
Cepat-cepat.”
NurAlia
melangkah mendapatkan BMW putih itu. Dia hanya diam sepanjang perjalanan itu.
Tengku
Haris memandu keretanya menuju ke Tesco Ampang.
Wajah masam gadis disebelahnya dipandang sekilas.
“Muncung
awak tu kan kalau saya ikat pakai getah rambut awak tu mesti lagi cantik
kan? Rilek la. 10minit lambat je pun.”NurAlia
mendengus geram. Namun dia hanya diam. Malas nak melayani kata-kata lelaki itu.
Sebaik sahaja kereta Tengku Haris diparkir, lantas NurAlia keluar dari perut
kereta itu.
Tengku Haris hanya memandang gadis itu. Dari cara pemakaian gadis itu yang sangat simple
itu langsung tidak menampakkan gaya seorang pembantu rumah. Walaupun gadis itu
hanya memakai baju kurung berkain cotton yang bercorak sangat simple dan rambut
yang diikat tocang satu itu namun kelembutan tetap menyerlah diwajahnya. Lantas
Tengku Haris mengejar langkah NurAlia yang sedang menolak troli itu.
NurAlia
terpana melihat Tengku Haris yang sudah berada disebelahnya itu. Kacak! Lantas NurAlia mengalih pandangannya
kehadapan sebaik sahaja matanya menemui sepasang mata lelaki itu.
Hampir
2jam mereka di dalam perut bangunan Tesco itu.
NurAlia hanya menahan geram di dalam hatinya apabila setiap barang yang
diletak di dalam troli, diteliti oleh lelaki itu. Hampir separuh barang yang dia pilih di
letakkan kembali oleh lelaki itu.
Akhirnya, dia hanya menolak troli dan lelaki itu memilih barangan.
No comments:
Post a Comment