2 July 2013

Bunga Cinta Hati 1

Episod 1
Farah Balqis Firdaus. Itulah nama yang diberi oleh kedua orang tuanya. Kata Ibu, nenek yang berkenan sangat dengan nama Farah. Sehinggakan semua nama cucu perempuan nenek, bermula dengan Farah. Senang kata nenek. Sekali panggil Farah, semua keenam-enam cucu perempuan nenek akan datang padanya.
            Pejam celik sudah hampir 3 tahun Farah merantau di negeri orang. Kerana tuntutan kerja, dia terpaksa keluar dari ‘comfort zone’ yang ditawarkan oleh ibu. Tawaran menjadi arkitek landskap di salah satu negeri di Pantai Timur lebih menarik minatnya daripada bekerja dibawah pengurusan Ibu di Megah Hill Sdn. Bhd.
            “Hoiii Cik Farah! Jauh termenung? Dah sampai mana? Nah, aku buatkan milo untuk kau.”  Sergah Amy sambil menghulurkan semug air milo yang masih panas.
            “Thanks. Cik Amy cantik!”
            “Kau puji tak ikhlas. Macam aku tak tahu.”
            “Nampak sangat ke?” Usik Farah lagi. Suka tengok rakannya itu menarik muncung. Hehehe.....
            “Kau menungkan apa tadi Farah? Kau ada masalah ke?” Amy cuba mengorek.
            “Taklah. Termenung kosong aje tu. Teringatkan ibu aku. Lama aku tak balik KL.” Iphone 5 hitam miliknya dibelek belakang depan.
            “Macam mana lah kau nak balik KL kalau projek baru asyik kejar kau saja?” Amy sengaja membakar perasaan kawannya itu. Bukan dia tidak kenal rakannya itu. Sibuk mengalahkan menteri!
            “Mana ada. Kau ni Amy, over sangat kan? Nak buat macam mana Dato’ jenis tak suka tengok aku bersenang-lenang dekat pejabat tu. Aku nak sangat ikut macam kau tahu?”
            “Mengaku sajalah Farah oii yang kau tu anak emas Dato’. Macamlah aku tak tahu kan? Cakap pasal Dato’, aku ada sesuatu nak tanya kau.”
            “Tanya apa pula kau ni Amy?” Farah membetulkan duduknya. Amy menarik muka.
            “Cepatlah. Tarik muka pulak.” Bantal kecil dilempar ke arah Amy.
            “Kenapa Dato’ kalau cakap dengan kau mesti ramah semacam saja? Dengan aku dan staff lain tak ada pula dia macam tu. Nak tengok dia senyum pun bukan main payah.” Ujar Amy sambil dahi berkerut. Farah ketawa.
            “Perasaan kau saja kot. Aku rasa macam sama je. Dahlah, jom keluar? Aku laparlah Amy.” Ujar Farah dengan nada sedikit manja. Sengaja ingin berlagak gedik. Akhirnya satu balingan bantal kecil menjadi hadiah daripada Amy.

RESTORAN Pizza Hut menjadi pilihan mereka pada petang itu. Sengaja ingin bertukar selera kata Farah. Selesai membuat pesanan, Farah dan Amy sibuk menumpukan perhatian pada telefon masing-masing.   Mata Farah membulat memandang mesej ringkas daripada seseorang didalam peti masuk Facebook.
            “Amy....” Farah bersuara tiba-tiba. Amy memandang rakannya itu.
            “Why?”
            “Alif.”
            Amy membulatkan matanya memandang tepat ke arah Farah. Telefon pintar milik Farah bertukar tangan seketika.
            “Are you ready to meet him?” Tanya Amy sebaik sahaja selesai membaca mesej pendek itu. Farah menjungkit bahu.
            “Why not?”
            “Aku tak bersedia nak jumpa dia. Lagipun dia kan dah ada tunang. Buat apa lagi dia nak jumpa aku?”
            “Haah kan? Tak payahlah kau layan mamat tu. Dah sampai pun makanan kita.” Ujar Amy tidak sabar. Pelayan perempuan itu meletakkan satu per satu pesanan mereka diatas meja. Kemudian pelayan itu berlalu pergi.
            “Baik kita makan dulu. Tak payahlah kau serabutkan kepala kau fikir pasal mamat tu.” Pujuk Amy lagi. Farah mengangguk. Tanpa menunggu lama, mereka menikmati pizza yang masih panas itu.
            Sebaik sahaja mereka menghabiskan pizza dan pasta, Farah dan Amy berjalan manghampiri kaunter untuk membuat bayaran. Selesai membuat pembayaran, Farah melangkah keluar dari restoran itu.
            Baru sahaja kakinya melangkah keluar dari restoran itu, bahunya dilanggar seseorang. Telefon bimbit dan purse yang belum sempat dimasukkan ke dalam tas tangan terjatuh ke lantai. Farah terjerit perlahan apabila terlihat telefon bimbitnya yang sudah mencium lantai itu.
            Lelaki yang berkaca mata dihadapannya itu beberapa kali mengucap kata maaf. Purse dan telefon bimbit milik Farah dikutipnya lalu dihulurkan kepada Farah. Lelaki yang masih berkaca mata hitam itu seperti merenung dirinya.
            “Lain kali kalau berjalan, pandang depan. Bukan pandang telefon!” Marah Farah pada lelaki itu. Dia menggosok perlahan telefon bimbitnya. Lalu butang kecil yang terdapat pada telefonnya itu ditekan perlahan. Matanya bulat memandang skrin telefon pintarnya itu.
            “Tengok apa awak dah buat?” Ujar Farah dengan nada yang sedikit meninggi. Skrin telefon pintar miliknya yang sudah retak itu ditenung lama.
            “I’m really sorry Cik. Tapi kalau you tak keberatan...” Jam dipergelangan dipandang sekilas. Otaknya ligat memikirkan sesuatu.
            “Macam ni Cik, i akan bayar ganti rugi handphone you ni. Tapi bukan sekaranglah. I’m running out of cash now. Mungkin esok?” Cadang lelaki berkaca mata itu. Farah memandang Amy yang menjadi saksi antara mereka itu.
            “Boleh ke saya percaya awak ni? Lagipun bukan saya kenal awak pun.” Ujar Farah tegas. Lelaki itu mati akal.
            “Okay. Kalau macam tu, you ambil jam i. Esok kita jumpa dekat mana-mana boleh?” Jam dipergelangan tangan dilucutkan lalu dihulurkan kepada Farah yang masih masam itu.
            “Kalau setakat jam beli dekat pasar tak payah lah Encik oiii.” Perli Farah pula. Amy mencuit bahu sahabatnya itu. Lelaki itu tersenyum sinis.
            “I can buy hundred of Iphones with this watch lah makcik!” Ujar lelaki itu. Lantas lelaki itu meletakkan jam tangan itu didalam genggaman Farah. Dia terkesima dengan tindakan pantas lelaki itu. Sebelum beredar, lelaki itu sempat menetapkan tempat dan masa untuk berjumpa pada esok hari.
            Amy ternganga apabila melihat kenyitan mata lelaki itu sebelum lelaki itu meninggalkan mereka. Lengan sahabatnya itu ditarik perlahan.
            “Handsomenya!!” Jerit Amy. Farah mencebik sambil memandang Amy yang sudah gila bayang itu.
            “Tak ada maknanya Amy. Dahlah. Jom kita balik.” Farah menarik tangan rakannya itu menuju ke kereta. Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, Farah sempat membelek jam tangan milik lelaki itu. Matanya terlopong apabila melihat tulisan yang tertera. ‘Mampus kalau aku hilangkan jam ni.’
           
TUDUNG bewarna biru yang tersarung dikepala dibetulkan. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, barulah dia melangkah keluar dari rumah untuk ke pejabat. Kereta putih kesayangan Farah meluncur laju keluar dari taman perumahan menuju ke pejabatnya.
            “Atia, ada surat untuk saya tak?” Kakinya berhenti dimeja kerani muda itu.  Atia membelek beberapa keping surat kemudian dia menghulurkan 2 keping surat bersampul putih kepada Farah.
            “Lambat Cik Farah sampai hari ni?” Tanya Atia sebaik sahaja surat itu bertukar tangan.
            “Haah. Semalam siapkan lakaran landskap sampai pukul 3 pagi. Lepas Subuh tadi rasa macam tak puas rehat pulak. Nanti kalau Dato’ dah masuk pejabat, tolong notify saya ya?”
            “Okay Cik Farah.”
            Kerusi empuk didalam pejabatnya menjadi sasaran untuk menghenyekkan punggungnya. Beberapa fail diatas meja dipandang kosong. Tanpa berfikir panjang, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangannya. Lalu dia menekan punat kekunci.
            “Alamak. Lupa pulak.” Jam dipergelangan tangan dipandang kejap. Dia menepuk dahi. Lantas dia berdiri lalu melangkah keluar dari biliknya. Kakinya diatur menuju ke meja Amy. Amy yang sedang menghadap komputer dicuitnya.
            “Hah... Kau baru sampai ke Farah?” Tanya Amy sebaik sahaja memusingkan badannya menghadap rakannya itu.
            “Baru lah juga. Macam manalah aku boleh terlupa nak jumpa mamat tu pagi ni? Macam mana ni Amy?” Rengek Farah dengan nada sedikit perlahan. Amy memandang jam diskrin komputer.
            “Dia janji pukul berapa dengan kau semalam?” Tanya Amy.
            “Dia janji pukul 10 pagi. Sekarang dah 11:15 pagi. Macam mana ni Amy? Tentang handphone aku tu tak adalah aku risaukan sangat. Yang aku risau sekarang ni jam mamat tu ada dengan aku.” Farah menggigit bibir.
            “Apa kata kau cuba pergi intai mamat tu dekat restoran tu dulu. Mana tahu kan dia masih tunggu kau? Lagipun kau cuma lambat 1 jam lebih kan.” Usul Amy. Dia cuba menyakinkan rakannya itu. Farah mengangguk tanda setuju dengan cadangan sahabatnya itu.
            “Office?”
            “Tak apa. Nanti kalau Dato’ cari kau, pandai-pandailah aku jawab.”
            “Thanks Amy. Aku pergi dulu.” Farah terus meluru keluar dari pejabat. Dengan pantas dia ingin meninggalkan bangunan pejabat itu.
PUAS dia memerhati segenap ruang restoran itu namun dia hampa. Jam Rolex milik lelaki yang tidak dikenalinya digosok lembut. Dengan hampa dia melangkah keluar dari restoran menuju ke kereta.
            ‘Macam manalah aku nak cari tuan kau ni wahai jam?’ Bisiknya dalam hati. Dia memandu kereta pulang ke pejabat. Sebaik sahaja tiba di pejabat, dia terus meluru masuk ke dalam bilik pejabatnya dan memulakan tugas seperti biasa.
            Ketika waktu lunch Amy muncul dan mengajaknya keluar untuk makan tengahari. Namun dia menolak baik pelawaan rakannya itu dengan alasan kerja yang menimbun itu.  Amy akur dan terus keluar bersama staff yang lain.
            Diari hitam yang menjadi pembantu kerjanya dibuka. Dia meneliti satu persatu tarikh yang telah ditanda. Telefon bimbit yang rosak itu bermain difikiran. Satu keluhan berat dilepaskan. Macam manalah manusia boleh hidup tanpa telefon ya? Persoalan itu mula bermain difikirannya.
            Jam 3.05 petang Farah mengatur langkah keluar dari biliknya lalu menuju lif untuk ke bahagian korporat yang terletak ditingkat atas. Dia sempat membetulkan penampilannya sebelum melangkah keluar dari lif. Dia berjalan menghampiri meja reception. Wani, receptionist ditegurnya.
            “Dato’ garang tak hari ni?” Farah memperlahankan suaranya.
            “Taklah. Cik Farah nak jumpa Dato’ ke?”
            “Ha’ah.”
            “Alah, kalau Cik Farah jumpa dia mesti Dato’ tak garang punya lah.” Usik Wani sambil menguntum senyuman. Farah mengerutkan dahinya. Kemudian dia mengatur langkah masuk ke ruang koperat D’Art Berhad. Selepas menegur setiausaha Dato’ Darwisy, Farah mengetuk pintu bilik pejabat majikannya itu.
            “Masuk.”
             Sebaik sahaja terdengar suara Dato’ Darwisy, Farah memulas tombol pintu bilik majikannya. Dengan lafaz bismillah dia menapak perlahan masuk ke dalam bilik pejabat Dato’ Darwisy.
            “Selamat petang Dato’.” Ucap Farah sopan.
            Dato’ Darwisy mengangkat kepala memandang Farah yang berdiri dihadapannya.
            “Farah... duduklah.”
            Farah membalas senyuman itu. Kerusi empuk itu ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya.
            “Dato’, ini lakaran yang I dah siapkan untuk banglo Tuan Haji Ibrahim di Dungun. I dah perbetulkan mengikut citarasa Tuan Haji.” Ujar Farah sedikit berdebar. Dato’ muda dihadapannya itu meneliti kertas lakaran hasil tangannya. Dia menelan liur. Menanti komen daripada Dato’ muda dihadapannya itu.
            “Okay. Thanks.”
            Farah terkedu seketika. Keliru.
            “You boleh keluar sekarang.”
            Farah mengangguk. Akur dengan permintaan majikannya. Pintu bilik ketuanya itu ditutup kembali.
            Dato’ Darwisy menekup telefon bimbitnya ditelinga. Beberapa saat sahaja terdengar suara Tuan Haji Ibrahim dihujung talian. Setelah menetapkan tempat untuk berjumpa, dia terus melangkah keluar dari bilik pejabatnya.

“HANDPHONE kau macam mana Farah? Dah hantar kedai?” Amy memandang Farah yang monyok itu.
            “Lagi 2 hari handphone aku siap. Lamanya.” Rungut Farah.
            “Sabarlah. Sekejap aje 2 hari tu. Kau dah makan? Aku ada masakkan spagethi. Kalau kau nak makan, kau ambil ajelah dekat dapur tu.”
            “Nantilah. Aku kenyang lagi ni.”
            “Kau jumpa Dato’ tadi macam mana?” Tanya Amy dengan penuh minat. Minah ni kalau pasal Dato’ memang selalu bersemangat.
            “Entah. Aku tak fahamlah dengan dia tu. Sekarang ni aku tak tahu dia reject kerja aku atau sebaliknya. Keliru aku.” Farah merebahkan badannya ke atas sofa.
            “Kenapa pula?” Tanya Amy.
            “Yela. Lepas dia tengok lakaran landskap yang aku buat, dia terus suruh aku keluar. Aku dekat depan dia dah macam ternganga tadi tahu?” Bebel Farah sambil memintal rambutnya yang panjang itu.
            “Mood dia tak okay kot? Tapi kan, biasanya kalau dengan kau dia tak pernah garang macam dia tunjuk dengan kami ni.”
            “Kau ni mengarut jelah Amy. Aku cadang nak balik KL lah minggu ni. Kau nak ikut tak?”
            “Taklah Farah. Aku nak balik Kuantan.” Ujar Amy sambil menukar siaran tv.
            “Habis kau balik sini hari apa?”
            “InshaAllah hari Ahad. Kau?”
            “Ahad tak pun Isnin. Aku fikir nak duduk lama sikit dekat sana. Lagipun aku dah lama tak balik jenguk Ibu kan.”
            “Baguslah kalau macam tu. Habis, jam tu macam mana?”
            Farah mengeluh berat. Sedikit kesal.
            “Aku tak tahu apa yang aku perlu lakukan. Aku rasa mamat tu mesti fikir aku sengaja tak nak datang.” Farah memicit kepalanya. Dia sendiri buntu. Tidak tahu bagaimana cara untuk memulangkan jam tangan itu kepada pemiliknya.

            Jauh disudut hatinya dia berdoa agar dia dipertemukan kembali dengan lelaki berkaca mata hitam itu kali kedua untuk memulangkan jam tangan itu. Dia tidak mahu lelaki itu melabel dirinya sebagai wanita terdesak atau sebarang negatif persepsi.

4 comments:

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...