Episod
5
JADUAL
kerja yang baru disiapkannya ditilik sekali lagi. Dahinya dipicit perlahan. Memikirkan
kerja yang tidak pernah habis itu sedikit sebanyak memeningkannya. Tiba-tiba
terdengar pintu biliknya diketuk.
“Masuk.” Jeritnya.
Tidak lama kemudian wajah Amy
muncul.
“Kau tak sihat ke?” Tanya Amy
apabila melihat temannya itu sedang memicit dahi.
“Tak adalah. Ni haa... aku tension tengok jadual aku ni.”
Amy mencapai diari putih milik
temannya itu. Dia mengangguk.
“Patutlah.” Ujarnya sambil
melabuhkan punggungnya dikerusi empuk berhadapan temannya itu.
“Tak mengapalah. Projek yang satu
lagi ni dah nak siap. Aku harap sangat lepas selesai yang ni, aku boleh
rehatkan otak aku sikit.”
“InshaAllah boleh.” Ujar Amy sambil
mengetuk meja.
“Kau ada masalah ke? Lain macam aje
muka kau aku tengok. Berkerut semacam aje.”
Amy mengeluh berat.
“Umi aku call. Umi ingatkan aku tentang persiapan wedding aku.”
Farah membulatkan matanya.
“Bila tarikhnya ni?”
“Hujung bulan depan.” Jawab Amy
muram.
“What?!!”
Jerit Farah. Seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Takkanlah secepat ni?”
Amy mengangguk.
“Nanti aku kena cari housemate barulah nampaknya.”
Amy diam. Farah yang mengerti akan
perasaan temannya itu cepat-cepat dia menukarkan suasana itu.
“Amy, balik nanti aku belanja kau
makan nak tak? Aku teringin nak makan spageti dekat Pizza Hut tu lah.” Dia cuba
memancing minat temannya itu.
“Aku ikut aje. Kau nak belanja
lagilah aku tak kisah. Tapi, macam mana ni Farah? Aku tak tahu apa aku perlu
buat. Masa terlalu singkat. Aku bimbang kalau aku tak sempat nak settle semuanya.”
Farah melepaskan keluhan berat.
“Erm... Kau dah buat keputusan kan?
Kau dah terima pilihan umi kau kan?”
Amy terangguk-angguk sebagai
jawapan.
“Okay, aku akan bantu kau semampu
aku boleh. Erm... jap.” Farah memusingkan kerusinya seketika sebelum
menghabiskan kata-katanya. Amy mengerutkan dahinya melihat temannya itu yang
sedang membongkokkan badannya itu.
“Kau buat apa tu?” Soalnya hairan.
Farah tersengih menampakkan giginya
yang tersusun cantik.
“Nah. Buat senarai apa yang patut
kita mulakan dulu.” Kertas A4 putih bersih itu disuakan kepada Amy yang
terpinga-pinga itu.
“Untung aku dapat kawan macam kau.”
Ujar Amy sambil membuka penutup pen.
Farah tersenyum. Dia menghalakan
pandangannya pada skrin laptopnya. Amy tekun sekali mencatit sesuatu pada
kertas kosong itu.
“Wah... banyaknya!” Jerit Farah. Amy
memuncungkan bibirnya.
“Sempat ke Farah?” Dia berhenti
menulis.
“InshaAllah sempat. Kau tak payah
nak bimbang sangat.” Ujar Farah. Selang beberapa minit kemudian barulah Amy
melangkah keluar dari bilik pejabat temannya itu. Baru sahaja dia ingin
melangkah ke mejanya, dia terpandang kelibat ‘big boss’nya yang baru sahaja keluar dari bilik Pengurusnya.
Dia memaniskan wajahnya.
“Selamat pagi, Dato’.” Tegur Amy
hormat. Lelaki itu tersenyum.
“Selamat pagi. You dari mana?”
“Er... I dari bilik Farah, Dato’.”
Jawabnya sedikit gugup.
“Farah busy ke?” Soal Dato’ Darwisy tenang.
“Dari apa yang saya tengok, tak busy
sangat.”
“Mood
dia okay tak?” Amy menahan tawanya apabila mendengar pertanyaan ketuanya itu.
“Taklah kut.” Jawabnya pendek.
Lelaki itu mengangguk lalu mengatur langkah menuju ke pekerja lain. Amy menarik
kerusinya lalu duduk sambil memerhati ketuanya itu. Lelaki itu pasti akan muncul di bahagian pengurusan dan
operasi jika ada waktu terluang untuk memantau pekerjanya. Sikap ketuanya yang
suka mengambil berat tentang kebajikan pekerjanya berjaya membuatkan ramai
pekerja di syarikat itu menyenangi peribadi Dato’ muda itu.
FARAH
terus berdiri tatkala melihat ketuanya itu membuka pintu bilik pejabatnya.
Lelaki itu menapak masuk menghampiri Farah yang kaku berdiri itu. Senyuman dibibir lelaki itu dibalasnya.
“Busy?”
Sapa Dato’ Darwisy sambil menyandarkan badannya dikerusi empuk itu.
Farah mengangkat kening.
“Kalau i cakap i busy you nak tolong kurangkan kerja i ke
Dato’?” Ujar Farah bersahaja. Sengaja dia tidak menggunakan gelaran baru yang diberi
lelaki itu memandangkan mereka berada di pejabat.
“It’s
Am. Bukan Dato’. I thought we already
had a deal yesterday.” Ujar Dato’ Darwisy tegas. Farah ketawa.
“Dato’, kita di pejabat sekarang. Di
pejabat you ketua i. Lagipun deal
semalam dah tak valid untuk harini.”
Farah sengaja menarik tali.
Dato’ Darwisy merenung wajah bersih
milik gadis bertudung dihadapannya itu. Entah kenapa dia tertarik dengan
personaliti gadis dihadapannya itu. Makin hari dirasakan dia ingin mendekati gadis
itu.
Farah cuba menumpukan perhatian pada
skrin laptop kesayangannya itu. Dia jadi tidak keruan apabila lelaki
dihadapannya itu asyik memandangnya.
“Dato’, you jumpa i ni ada apa-apa
yang i perlu bantu ke?” Ujarnya sedikit menyinga.
Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya
hanya tersengih. Farah mengeluh. Belum sempat dia ingin berkata-kata, telefon
bimbit lelaki itu berbunyi. Farah kembali memandang skrin laptop. Lelaki itu
dengan selamba menjawab panggilan telefon itu.
Mendengar perbualan pendek itu
membuatkan Farah sedikit menggelegak. Dia berhenti menaip. Lelaki dihadapannya
menjadi sasaran tenungannya. Sebaik sahaja panggilan dimatikan, Dato’ Darwisy
berdiri tanpa mempedulikan tenungan tajam Farah.
“Esok kita ke Dungun. Tuan Haji
minta you percepatkan tarikh site visit.
Lusa dia kena fly ke Sabah.” Ujar
Dato’ Darwisy selamba. Dengan tenang dia mengatur langkah ingin menghampiri
pintu.
Farah menarik nafas sedalamnya.
“Kenapa Tuan Haji tak contact i directly? Boleh tak you jangan masuk campur urusan kerja i? You dah
amanahkan i untuk uruskan projek ni atas alasan Tuan Haji request untuk i uruskan. Tapi bila i baru nak mulakan step, you yang sibuk interfere pula? Boleh tak you biarkan i
uruskan kerja i dengan aman macam kerja-kerja yang i dah uruskan sebelum ni?”
Farah menarik muka masam. Lelaki itu memusingkan badannya.
“You tak percayakan hasil kerja i
ke?” Duga Farah sambil membalas pandangan lelaki itu.
“Bukan macam tu Farah. I cuma nak
bantu you untuk permudahkan kerja you. Itu saja.” Jawab Dato’ Darwisy pendek.
“Tak perlu Dato’. I tak suka. I tahu
apa yang perlu i buat.” Ujar Farah tegas.
“Well...
if you said so, it’s okay then. Kalau ada masalah, please come to me.” Ujar lelaki itu lembut. Lalu dia melangkah
keluar dari bilik itu.
Kata-kata terakhir lelaki itu
sedikit sebanyak menyejukkan hati Farah. Pintu bilik yang tertutup rapat itu
dipandangnya. Farah melepaskan keluhan. Sedikit kesal dengan kata-katanya
sendiri.
Tangannya laju mendail nombor
pejabat Tuan Haji Ibrahim untuk mengesahkan kedatangannya untuk melawat banglo
Tuan Haji Ibrahim di Dungun keesokkan hari.
FARAH
menyertai Amy yang sedang menonton televisyen diruang tamu. Bantal kecil
bercorak flora dijadikan alas kepalanya. Iphone 5 miliknya digenggam seketika.
Dia berkira-kira untuk menghantar sms kepada ketuanya untuk melahirkan rasa
kesalnya berikutan insiden petang tadi.
Amy yang perasan kegelisahan
temannya itu lantas ditegurnya. Namun
dia sengaja tidak menceritakan tentang insiden itu kepada temannya itu. Beberapa minit kemudian dia meninggalkan
temannya itu sendirian diruang tamu.
JAM
8.15 pagi Farah sudah bersiap untuk ke Dungun. Dia menghidupkan enjin
keretanya. Beberapa minit kemudian barulah Amy muncul. Setelah pagar ditutup
kemas, mereka berangkat ke tempat kerja.
“Aku nak ke Dungun kejap lagi. Ada meeting dengan client.” Beritahu Farah ketika keretanya sudah berada berhampiran
dengan kawasan pejabat.
“Kau pergi dengan siapa?”
“Soranglah. Kau tak payah risaulah.
Aku masuk pejabat lepas lunch.
InshaAllah. Yang pasti sebelum pukul 3 petang aku dah ada dekat pejabat.” Ujar
Farah yakin.
“Okay. Take care. Ada apa-apa kau call
aku tau?” Pesan Amy sebelum melangkah keluar dari kereta.
Selepas menurunkan Amy dihadapan
pejabat, dia memulakan perjalanan ke Dungun bertemankan radio yang
berkumandang.
FARAH
melangkah masuk ke kawasan banglo yang hampir siap itu. Seorang lelaki yang
segak berkemeja ungu menyapanya.
“Cik Farah?”
“Ya.”
“I Ashraf. Anak Tuan Haji. Datang
sorang saja ke?”
Farah tersenyum. Lalu mengangguk.
Kemudiannya lelaki itu mengajaknya berbincang disebuah bangku yang terdapat di
bahagian kanan banglo itu. Farah menyerahkan lakaran landskap yang dibawanya
kepada lelaki dihadapannya.
Dia cuba menerangkan sedikit
sebanyak lakaran itu kepada lelaki itu. Bagaikan burung belatuk, lelaki itu terangguk-angguk.
Segala idea lelaki itu dicatitnya. Dia lebih senang bertukar idea dengan lelaki
itu berbanding dengan anak perempuan Tuan Haji Ibrahim. Kerana baginya lelaki
itu tidak cerewet dan tidak banyak kerenah seperti anak perempuan Tuan Haji
Ibrahim.
Setelah selesai berbincang mengenai
landskap yang bakal dibina dikawasan banglo itu, Farah meminta diri untuk
pulang ke pejabat.
“You dah lama kerja dengan Dato’
Darwisy?” Tanya lelaki itu ketika Farah ingin membuka pintu kereta.
“Lamalah juga. 3 tahun lebih. You
kenal Dato’ ke?”
“Taklah sangat. Rakan bisnes saja.
Rasanya sebelum ni you pernah handle job
dengan my dad kan?”
“Ha’ah. Last year.” Jawabnya pendek.
“Wow... amazing. So this is your second job with us? My dad suka dengan hasil kerja you. No wonderlah my dad chose
you untuk design landskap rumah baru
kami ni.” Ujar lelaki itu. Farah tersenyum. Kemudiannya meminta diri untuk
pulang. Mereka sempat bertukar kad sebelum Farah meninggalkan banglo itu.
DATO’
Darwisy mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Nama Ashraf Haji Ibrahim
tertera diskrin. Tanpa berfikir dia menjawab panggilan itu.
“Am! Kenapa kau tak pernah beritahu
aku yang kau ada staff cun macam tu?”
Sergah temannya dihujung talian. Dato’ Darwisy mengerutkan dahinya.
“Staff
cun mana pula ni Ash?”
Ashraf ketawa dihujung talian.
“Cik Farah. Kau tak tahu ke?”
Dato’ Darwisy terdiam. Dia menepuk
dahinya.
“Dia dah jumpa Pak Haji ke?” Soalnya
sedikit kaget.
“Tak. Abah aku minta aku uruskan. Tadi
aku dah jumpa Cik Farah. Tak sangka kau ada staff
cun melecun.” Ujar Ashraf lagi.
Dato’ Darwisy meletak tangannya
dikepala. Tidak keruan.
“Kau jangan buat hal Ash. Dia tu staff aku. Dia tak macam perempuan lain.
Aku kenal dia macam mana.” Ujar Dato’ Darwisy.
“Ala kau ni Am...” Belum sempat dia
menghabiskan ayatnya, Dato’ Darwisy mencelah.
“Eh Ash. Aku ada meeting sekarang ni. Talk to you later?” Dato’ Darwisy
sengaja mencipta alasan.
“Alright.
Nanti aku ada kerja dekat sana, kita lepaklah.” Ujar Ashraf bersungguh-sungguh.
“Okay. Kau inform saja aku nanti.”
Sempat dia menjawab salam sebelum
mematikan talian. Dia mengeluh panjang selepas panggilan dimatikan. Tangannya ligat
mendail nombor P.A nya.
“Sha, you tolong call Amy. Kemudian sambungkan pada i.”
Arah Dato’ Darwisy tegas. Beberapa minit kemudian, suara Amy sudah berada
ditalian.
“Farah dah balik ke belum?” Belum
sempat Amy bersuara, lelaki itu terlebih dahulu bersuara.
“Er.... belum lagi Dato’. Katanya
mungkin after lunch baru masuk office. Dia ke Dungun pagi tadi.” Jawab
Amy. Dato’ Darwisy menjeling jam dipergelangan tangannya.
“Okay. Nanti kalau dia dah masuk office, you tolong inform i.” Ujar Dato’ Darwisy.
“Baiklah Dato’.”
“Thanks
Amy.” Ganggang telefon diletakkan kembali. Dia menyandarkan badannya ke kerusi.
Kepalanya ligat berfikir tentang
dirinya. Ada kerisauan apabila mendengar berita daripada Ashraf tentang Farah. Teman
yang dikenalinya beberapa tahun lalu itu seperti sudah menunjukkan minat
terhadap gadis pujaannya.
“Tak boleh jadi ni. Bahaya kalau aku
beri dia terus bekerjasama dengan si Ash ni.” Ujarnya sendiri.
Kepalanya ligat memikirkan insiden
di bilik pejabat gadis itu semalam. Kerana ingin mendekati gadis itu dia
sanggup memilih untuk turut mencampuri urusan kerja yang telah diberi pada
gadis itu. Terasa kredibilitinya sebagai ketua sedikit goyah apabila
mengingatkan insiden tersebut. Ada benar kata-kata gadis itu semalam.
Lantas tangannya laju mencapai
tetikus. Laman sesawang kedai bunga dibukanya. Dia menguntum senyuman melihat
gambar-gambar di laman sesawang tersebut. Tanpa berfikir panjang dia mendail
nombor kedai bunga tersebut untuk membuat tempahan.
JAM
12.45 tengahari barulah Farah muncul dipejabat. Orang pertama yang dicarinya
tentulah teman rapatnya, Amy. Namun dia hampa kerana temannya itu sudah keluar
makan tengahari bersama staff yang
lain.
Kakinya diatur menuju ke bilik pejabatnya.
Matanya membulat apabila melihat jambangan bunga ros merah cantik terletak
diatas meja kerjanya. Dahinya berkerut. Laju kakinya melangkah menghampiri
meja. Jambangan bunga yang sudah berada ditangannya itu dibeleknya. Kad kecil
bewarna merah jambu dibukanya.
‘I pretended to look around, but I was
actually looking at you. – D.A’
Farah memandang sekeliling seketika.
Lantas dia meletakkan kembali jambangan bunga itu dihujung meja. Malas hendak
memikir penghantar misteri itu. Keropok goreng yang dibelinya ketika dalam
perjalanan pulang dari Dungun dicapainya.
Sekali lagi dia memandang jambangan
bunga itu. Satu keluhan dilepaskan. Ligat kepalanya menjawab teka-teki gerangan
si pengirim bunga tersebut.
Best...#^_^
ReplyDeletebest nak lgi.
ReplyDelete