Episod 8
SEPANJANG berada didalam dewan konvensyen itu, Farah bagaikan tidak
senang duduk apabila ditinggalkan keseorangan dimeja makan yang dipenuhi dengan
tetamu yang cukup asing baginya. Lantas dia mengambil keputusan untuk menyedut
udara malam diluar dewan tersebut. Sedang dia melayani fikirannya, tiba-tiba
ada satu suara menegurnya dari arah belakang.
“Ammar?” Balasnya sedikit terkejut. Lelaki itu menguntum senyuman sambil
meletakkan kedua tangannya didalam poket seluar.
“What are you doing here?” Tanya lelaki itu yang sudah berdiri
disebelahnya. Farah menghalakan pandangannya kearah langit yang
bertemankan bulan.
“Sejuk sangat dekat dalam tu.” Balasnya pendek tanpa memandang lelaki berkemeja
merah hati itu.
“Erm... is that you boyfriend?”
Tanya Ammar Arif tiba-tiba. Lelaki itu dipandang sekilas sambil ketawa kecil.
“He is my boss.” Jawabnya tenang sambil berpeluk tubuh.
Diam.
“Sayang....” Tiba-tiba ada satu suara menegur. Kedua-dua mereka menoleh ke arah
pemilik suara itu. Dato’ Darwisy menghampiri Farah yang sudah berkerut seribu
itu.
“Am!” Tegur Ammar sambil menghulur tangan untuk berjabat.
“Rif!” Kedua lelaki itu berjabat tangan mesra. Farah memandang lelaki
dihadapannya itu.
“He is my cousin.” Ujar Dato’ Darwisy tenang. Farah mengangguk
lalu tersenyum.
“Well Am, aku tak nak
kacau you both, aku masuk
dalam dulu lah. Bye Farah.” Selamba sahaja Ammar mengenyitkan matanya kepada
Farah. Farah menjegilkan matanya. Dengan ketawa masih bersisa lelaki itu
meninggalkan mereka.
“Kenapa you duduk dekat sini? You tak selesa ke?” Dato’ Darwisy cuba meneka.
“You ajak i temankan you, tapi you biarkan i sorang-sorang. Jomlah, i nak
balik.” Farah menghambur kata-kata. Dato’ Darwisy menarik lengan gadis itu yang
sudah membuka langkah itu.
“I’m sorry okay?” Ucapnya lembut sambil merenung tajam ke arah sepasang
mata bulat milik gadis dihadapannya itu. Farah memalingkan mukanya.
Bimbang hatinya yang beku itu berubah rupa.
“Come, i hantarkan you balik.” Selamba sahaja lelaki itu menarik
tangannya menuju ke parkir. Dia akur tanpa sebarang bantahan. Hatinya berbunga
mekar. Sempat dia tersenyum lebar sambil memandang tangannya yang berada
digenggaman lelaki itu.
Sengaja dia memasamkan mukanya ketika lelaki itu membuka pintu kereta untuknya.
Tanpa sepatah kata, Farah menyelinap masuk ke dalam kereta. Dato’ Darwisy
melangkah menuju ke bahagian pemandu.
“I minta maaf pasal tadi. Tak sepatutnya i tinggalkan you sorang-sorang.” Ujar
lelaki itu sambil menghidupkan enjin kereta. Farah diam tanpa balas. Dato’
Darwisy melepaskan keluhan berat. Lalu dia memandu keluar dari kawasan Masjid
Kristal yang gah berdiri itu.
KASUT tumit tinggi berwarna peach dibuka sebaik sahaja pintu lif
terbuka luas. Laju kakinya diatur menuju ke pintu utama pejabat operasi. Tanpa
memandang kiri dan kanan, Farah berlari anak menuju ke bilik pejabatnya.
“What is wrong with you Farah?
Tak pernah aku tengok kau macam ni.” Tegur Irham yang kebetulan baru muncul
dari pantry.
Farah tersengih. Tanpa menjawab soalan lelaki itu, dia berlalu masuk ke dalam
bilik pejabatnya itu. Masuk sahaja didalam biliknya, kasut tumit tinggi itu
dilempar ke atas karpet. Puas dia menyumpah seranah kasut yang baru dibelinya
itu.
Punggungnya dihenyek ke kerusi. Lalu punat ‘ON’ pada laptop ditekan. Lalu
tangannya meraba-raba ke dalam handbagnya. Telefon bimbit dikeluarkan. Laju
tangannya menaip nombor telefon ibunya. Beberapa saat sahaja, suara ibunya
sudah berada dihujung talian.
“Erm... Farah minta maaf bu. Farah tak fikir Farah boleh lakukan apa yang ibu
sedang lakukan sekarang. Farah harap ibu maafkan Farah sebab Farah tak ikut ibu
balik KL.” Ujarnya perlahan.
“Awak tak boleh ikutkan hati sangat, Farah. He
is you father. Baik atau buruk dia, he
is still your father. Nobody
can deny it. Ibu harap sangat Farah datang, lawat ayah. Almost everyday ayah sebut nama Farah.” Puan Raihana
cuba memujuk anak tunggalnya itu.
Farah diam dihujung talian.
“Farah balik ya?” Pujuk Puan Raihana lagi.
“Farah tak bersedia lagi bu. I’m
really sorry. Ibu take
care yer. Nanti Farah call ibu lagi.” Ujarnya sebelum mematikan
talian.
Puan Raihana melepaskan keluhan berat. Fail dihadapannya ditolaknya. Jauh
disudut hatinya dia mendoakan agar Tuhan melembutkan hati anak tunggalnya
itu. Sejak penceraian dia dengan Tan Sri Firdaus 10 tahun yang lalu, anak
perempuannya itu bagaikan memusuhi bapanya itu.
Sepanjang 10 tahun itulah hanya beberapa kali sahaja anaknya itu berjumpa
dengan bekas suaminya itu. Itu pun puas dipaksanya. Diawal perpisahan mereka,
Puan Raihana turut memusuhi bekas suaminya itu namun demi anak tunggalnya
itu, Puan Raihana cuba melupakan sejarah hitam bersama bekas suaminya itu.
“SELAMAT pagi Cik Farah. Ada delivery untuk Cik Farah.” Ujar lelaki bertopi
sambil mengetuk pintu. Farah mengangkat muka. ‘Bunga lagi.’ Detiknya dalam
hati. Tanpa berkasut, Farah menghampiri lelaki bertopi itu sambil bercekak
pinggang.
Kad yang terselit disebalik bunga mawar merah itu dicapainya. Lalu dia membaca
satu baris ayat yang ditulis didalam kad tersebut. Farah menggelengkan
kepalanya.
“Susah betul kalau orang tak ada confident dalam diri sendiri ni kan?” Rungut
Farah sambil mengambil jambangan bunga segar itu.
“Mungkin orang tu masih menunggu waktu yang sesuai, Cik Farah.” Ujar lelaki
bertopi itu sebelum melangkah keluar dari bilik pejabat itu. Jambangan bunga
itu diletakkan diatas meja kopi berhampiran sofa tetamu. Lalu dia kembali
menyambung tugasnya yang tergendala itu.
Jam 1 tengahari Farah bergegas keluar dari bilik pejabatnya untuk pulang ke
rumah sewanya. Dia tidak jadi untuk melangkah masuk ke dalam lif apabila
melihat Ammar Arif yang sedang berdiri didalam lif. Lelaki itu memandang ke
arah selipar jepun yang dipakainya. Farah mengangkat kening. Lalu dia mengatur
langkah masuk ke dalam lif.
“Tak tahu pula i ada company bagi pekerja pakai selipar pergi
kerja. Cantik selipar you. Warna pink lagi.” Perli Ammar yang tidak lekang
menguntum senyuman itu.
Farah mendengus geram. Tanpa membalas kata-kata lelaki itu, Farah menekan punat
G.
“You nak ke mana? Lunch?
Boleh i join?”
Farah tidak menjawab sebaliknya dia memberi jelingan kepada lelaki
disebelahnya. Sebaik sahaja pintu lif terbuka luas, Farah terus meluru keluar
meninggalkan lelaki itu dibelakang.
Ammar Arif tersenyum melihat perilaku gadis itu. Teringat kata-kata sepupunya
sebentar tadi mengenai gadis bertudung itu. Sepupunya itu terlalu menyukai
gadis itu namun perasaan sebenar terhadap gadis itu masih kemas terpendam.
Terimbau kembali ketika pertama kali pertemuannya dengan
gadis itu beberapa bulan yang lalu. Ternyata dirinya juga terpaut dengan
kelembutan yang dapat dilihat pada wajah lembut gadis itu. Jika suatu ketika
dulu gadis bertudung bukanlah ‘taste’nya, namun kini ternyata gadis itu telah
berjaya membuka matanya.
FARAH memeluk erat sahabatnya itu yang baru bergelar isteri itu.
Airmata gembira turut membasahi pipi tatkala melihat sahabatnya itu turut
mengalirkan airmata ketika akad dilafazkan.
“I’m happy for you. Kau jangan lupa aku yer Amy?” Ujarnya sambil
menggenggam tangan sahabatnya itu. Beberapa orang saudara Amy yang masih
berlegar-legar diruang tamu itu memerhati keakraban mereka.
“Aku tak akan lupakan kau. Kaulah satu-satunya kawan baik yang aku ada, Farah.”
Balas Amy pula. Farah mengesat airmatanya sambil menguntum senyuman. Amy
menarik Farah menghampiri suami yang baru dinikahinya. Lalu dia memperkenalkan
Farah kepada suaminya itu.
Jam 11 malam barulah Farah meminta diri untuk pulang ke hotel. Beberapa kali
temannya itu mengingatkannya tentang hari persandingannya pada esok hari. Orang
terpenting katanya. Pertama kali menjadi pengapit, sedikit sebanyak rasa
gementar juga terselit dalam dirinya.
SEMPAT dia membetulkan tudungnya sebelum melangkah keluar dari
kereta. Kakinya diatur masuk ke perkarangan rumah Amy. Farah memaniskan
wajahnya dan bersalaman dengan ahli keluarga Amy yang berlegar-legar diruang
tamu. Kakinya diatur menuju ke bilik pengantin. Pintu bilik Amy diketuk
beberapa kali sebelum mendengar suara Amy.
“Farah..... Cantiknya kau.” Jerit Amy sedikit teruja melihat penampilan
sahabatnya itu. Farah mencebik.
“Aku ada surprise untuk kau harini.” Ujar Amy tiba-tiba.
Farah memandang Amy yang sedang dimekapkan oleh Mak Andam.
“Surprise apa pula ni Amy?
Kau jangan, aku ni dahlah tengah nervous nak jadi pengapit kau ni.” Rungut
Farah. Sengaja dia memasamkan mukanya.
“Alah, nanti kau tengok sendirilah. Kau rilaks jer Farah.” Ujar Amy sambil
menggenggam tangan Farah.
Jam 11 pagi barulah rombongan pengantin lelaki tiba. Amy menggenggam tangan
Farah yang berdiri disebelahnya sebagai pengapit itu. Entah kenapa dadanya
dirasakan berdebar-debar. Farah beristighfar untuk menghilangkan debaran
didadanya. Namun tidak berjaya.
Matanya terpaku tatkala terpandang lelaki berkaca mata hitam yang sedang
memayungi pengantin lelaki. Farah bagaikan terpaku dengan ketampanan lelaki
yang lengkap berbaju melayu dan bersampin itu. Kemudian dia memandang baju
kurung yang tersarung dibadannya. Lantas lengan Amy dicubitnya.
“Kau kenakan aku kan? Ini surprise yang kau cakap tu ya?” Bisiknya. Amy
menahan tawa.
“Handsomenya bos kita Farah.” Balas Amy pula. Farah menjegilkan matanya.
Sekali lagi lengan Amy menjadi sasarannya. Dato’ Darwisy menguntum senyuman
apabila matanya bertembung dengan sepasang mata milik Farah.
Farah memaniskan wajahnya sepanjang menjadi pengapit sahabatnya itu. Perlahan
sahaja tangannya mengipas pengantin yang sedang bersanding itu. Dato’ Darwisy
pula tidak lepas memandang Farah yang berdiri disebelah Amy.
Ketika pengantin diarah ke meja beradab, sempat Farah berbisik sesuatu kepada
temannya itu. Air yang berais itu bagaikan memberi kelegaan padanya.
“Nak i ambilkan air lagi?” Tegur satu suara yang tidak asing padanya. Farah
menggeleng tanpa memandang lelaki yang sudah melabuhkan punggung disebelahnya.
“Bila you sampai?” Tanya Farah sambil memandang Dato’ Darwisy yang sedang
mengelap peluh dengan tisu.
“Around 7 a.m.” Jawab Dato’ Darwisy. Farah kemudiannya membisu.
Memandang para tetamu yang sedang menikmati hidangan.
“I dengar makcik-makcik dekat sini ada merisik you. Betul ke?” Tanya Dato’
Darwisy selamba. Farah kelu seketika.
“Gosip tv berapa yang you tengok ni Dato’?”
Dato’ Darwisy tersenyum.
“Breaking news macam ni
biasanya akan tersiar disemua channel sayang oii.” Jawab Dato’ Darwisy
lembut.
“Kalau ye pun makcik-makcik dekat sini risik i, tak ada kena-mengena dengan you
pun.” Balas Farah pula. Gelas ditangan diusapnya.
“Siapa cakap tak ada kena-mengena dengan i? Kan i dah cakap, you ni bakal
isteri i. So, semua tentang you, i perlu ambil tahu.” Ujar Dato’ Darwisy
sedikit tegas. Lantas gelas ditangan Farah diambilnya lalu diletakkan didalam
bakul yang sudah tersedia.
Farah terpana seketika. Dato’ Darwisy kembali duduk disebelah Farah.
“Soal nikah kahwin ni, i tak main-main Farah. I serius.” Ujar Dato’ Darwisy
lagi. Farah memandang sepasang mata redup milik Dato’ Darwisy. Ada keikhlasan
terbit disitu. Entah mengapa dia bagaikan bahagia apabila mendengar kata-kata
yang diucapkan Dato’ Darwisy.
“Erm.. i nak masuk dalam dulu.” Ujar Farah. Tanpa menunggu lama dia
meninggalkan lelaki itu dibawah kanopi yang dihias cantik itu. Sengaja dia
meninggalkan lelaki itu terkulat-kulat tanpa sebarang respon darinya.
JAM 5 petang barulah Farah pulang ke bilik hotel. Lenguh
badannya terasa hilang apabila badannya mencium tilam empuk itu. Baru sahaja
ingin terlelap, telefon bimbitnya berbunyi. Matanya membulat apabila melihat
nama Dato’ Darwisy tertera diskrin. Sengaja dibiarkan panggilan itu tidak
dijawab.
Kepalanya ligat memutarkan kejadian tengahari tadi. Ketika pertama kali melihat
lelaki itu lengkap berbaju melayu melayu hatinya bagaikan terpaut pada lelaki
itu entah untuk ke berapa kali. Dia sendiri keliru dengan hatinya sendiri.
Kadang-kadang dia menantikan kemunculan D.A yang tidak pernah muncul
dihadapannya. Kadang-kadang juga dia menantikan keprihatinan Dato’ Darwisy
terhadapnya. Sedang dia asyik melayan perasaan, telefon bimbitnya berbunyi
menandakan satu pesanan ringkas diterimanya.
Lantas dia mencapai telefon bimbitnya lalu membuka pesanan ringkas yang
dihantar menerusi aplikasi i-message.
Matanya membulat apabila membaca pesanan ringkas daripada Dato’ Darwisy itu.
‘Boleh kita jumpa malam ni? I
jemput you?’
Dia berfikir sejenak. Beberapa saat kemudian laju sahaja
tangannya menyentuh huruf-huruf diskrin.
‘I
penat. Maybe next time.’
Beberapa
minit kemudian satu lagi pesanan ringkas masuk ke peti pesanan.
‘I have
something to tell you. And need to tell you. Please?’
Farah mengerutkan dahinya apabila membaca pesanan ringkas terakhir Dato’
Darwisy. Akhirnya pesanan ringkas itu dibiarkan tidak berbalas. Farah
membetulkan perbaringan. Lalu ditutup kedua belah matanya. Akhirnya dia diulit
mimpi.
Dato’
Darwisy mengeluh perlahan. Telefon bimbitnya digenggamnya. Masih menanti
balasan daripada gadis yang dicintainya itu. Akhirnya dia terlena sambil
menggenggam telefon bimbitnya.
TEPAT jam 7.55 malam barulah Farah terjaga dari lenanya. Jam di
telefon bimbitnya dipandang.
“Shit!!!” Lantas dia bangkit dari katil lalu berlari ke bilik air.
Cepat-cepat dia membersihkan diri dan berwuduk. Sebaik sahaja siap berpakaian,
Farah menghamparkan sejadah ke arah kiblat. Lalu dia menyarung telekung.
Dato’ Darwisy melipat sejadah lalu diletakkan diatas katil. Kain pelikat yang
dipakainya ditukarkan kepada seluar khaki berwarna coklat. Dia membetulkan
tshirt polo yang dipakainya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Dato’
Darwisy mencapai telefon bimbit dan walletnya lalu melangkah keluar dari
biliknya.
Kaki diatur menuju ke lif. Butang lif ditekannya. Beberapa minit sahaja pintu
lif sudah terbuka luas didepannya. Tanpa menunggu lama lantas dia melangkah
masuk ke dalam lif. Butang G ditekannya. Tiba ditingkat 5 pintu lif terbuka
luas. Dato’ Darwisy mengangkat kepalanya.
Farah terkedu apabila melihat Dato’ Darwisy yang berada didalam lif tersebut.
Kakinya bagaikan kaku untuk melangkah masuk. ‘Alamak. Dia lagi.’ Katanya dalam
hati. Dato’ Darwisy memandang Farah yang masih kaku itu.
“Sayang, are you coming?”
Sapa Dato’ Darwisy lembut. Hampir gugur jantung Farah mendengar intonasi suara
lelaki itu. Dengan langkah perlahan, Farah melangkah masuk ke dalam lif.
“Kenapa you tak reply mesej i?”
“I tertidur.” Bohongnya. Dato’ Darwisy menguntum senyuman.
“Okay. Kalau macam tu, i anggap you setuju untuk keluar dengan i malam ni.”
Ujar Dato’ Darwisy tenang. Farah mati akal. Dia terperangkap dengan bibirnya
sendiri. Akhirnya tanpa banyak soal, dia bersetuju dengan pelawaan lelaki itu.
PANTAI Teluk Cempedak menjadi saksi pertemuan mereka malam itu. Mereka
berdiri menghadap laut yang luas terbentang itu. Farah memeluk tubuh apabila
merasakan angin malam menyapa.
“Apa yang
you nak beritahu i sangat tu? Sampai you bawa i ke sini?” Farah bersuara. Dato’
Darwisy memusingkan badannya menghadap Farah yang berpeluk tubuh itu.
“I tak
tahu macam mana nak luahkan semua yang terbuku dalam hati i. Erm... I cut it short, i love you.” Akhirnya
tiga patah perkataan itu meniti juga dibibir lelaki itu. Farah terdiam. Dia tidak
tahu apa yang harus dia lakukan ketika itu. Dia mengetap bibir. Bimbang ada
senyuman tergaris dibibir. Kalau diikutkan hati ingin sahaja dia melompat
ketika itu.
Dato’
Darwisy memandang Farah yang sedang melontar pandangan jauh pada pantai.
Hatinya disapa kebimbangan apabila melihat tiada reaksi daripada gadis itu.
“Farah... please answer me.” Ujar Dato’ Darwisy
separuh merayu. Lengan gadis itu dicuitnya.
“What answer do you want Dato’?” Farah
cuba menduga lelaki itu.
“Will you please stop calling me Dato’?”
Marah lelaki itu. Farah tertunduk. Dato’ Darwisy mengangkat dagu gadis itu
supaya pandang ke arahnya.
“Call me Am. Or maybe you nak tahu nama panggilan i yang lain?” Dato’ Darwisy
cuba menduga gadis itu. Farah membalas renungan Dato’ Darwisy.
“D.A.”
Ujar lelaki itu sambil menguntum senyuman lebar.
Mata Farah
membulat.
D.A?
Bunga? Desisnya dalam hati.
“You? D.A?”
Tanya Farah cuba mendapatkan kepastian.
“Darwisy
Amran Haji Amdan. A.k.a D.A.” Dato’ Darwisy tersenyum lebar. Laju sahaja tangan
Farah menampar lengan lelaki dihadapannya itu.
Dato’ Darwisy ketawa.
“ So
selama ni you lah yang pengecut tu?”
“Pengecut?”
Farah
menahan tawa apabila melihat perubahan mendadak pada wajah Dato’ Darwisy.
“Yela,
pengecut. You main hide and seek
dengan i almost few months. You
luahkan perasaan you melalui kad. Dan you biarkan i berteka-teki tentang
identiti you. Kenapa you tak berterus-terang macam apa yang you buat hari ni?” Ujar
Farah panjang lebar.
“I tak ada
keyakinan untuk berterus-terang tentang perasaan sebenar i pada you setiap kali
kita jumpa.” Jawab Dato’ Darwisy tenang. Farah mencebik.
“Habis tu?
Now what?”
“I rasa
inilah waktu yang sesuai untuk i luahkan segalanya pada you. I takut i
terlambat.” Luah lelaki itu lagi. Farah menguntum senyuman.
“Terlambat?”
Lelaki itu
menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Farah mendengus geram apabila
pertanyaan tidak dijawab.
bestnya....sambung lagi cik adik
ReplyDeletebestnya....sambung lagi cik adik
ReplyDeletenak lagiiiii...
ReplyDeletenak lagi....
ReplyDeleteWe want more! We want more!
ReplyDeletebest..... tp xkan Mr Rolex hilang cam tu jer..... mesti ada konflik kan... sbb Mr Rolex pun minat kat farah... but laluan DA ni cam mudah jer...... bukan ker Farah pun ada minat dgn Mr Rolex..... huhuhu
ReplyDeletebest o......
ReplyDeleteaduyai..... hari2 singgah..... x nampak pun n3 baru.... huhuhu ms writer. di mana dikau....???????
ReplyDeletewe need new n3 sebelum DA... Mr Rolex ... Farah... ilang dari ingatan.... huhuhuhu........ plssssssss
cik adik.....bila nak masukkan n3....rindu dgn si dato' dan farah
ReplyDeletecik adik.....bila nak masukkan n3....rindu dgn si dato' dan farah
ReplyDeleteBila nak ade episod bari cik eda!
ReplyDelete