2 September 2013

Bunga Cinta Hati - 8

Episod 8

SEPANJANG berada didalam dewan konvensyen itu, Farah bagaikan tidak senang duduk apabila ditinggalkan keseorangan dimeja makan yang dipenuhi dengan tetamu yang cukup asing baginya. Lantas dia mengambil keputusan untuk menyedut udara malam diluar dewan tersebut. Sedang dia melayani fikirannya, tiba-tiba ada satu suara menegurnya dari arah belakang.
            “Ammar?” Balasnya sedikit terkejut. Lelaki itu menguntum senyuman sambil meletakkan kedua tangannya didalam poket seluar.
            “What are you doing here?” Tanya lelaki itu yang sudah berdiri disebelahnya. Farah menghalakan pandangannya kearah langit yang  bertemankan bulan.
            “Sejuk sangat dekat dalam tu.” Balasnya pendek tanpa memandang lelaki berkemeja merah hati itu.     
            “Erm... is that you boyfriend?” Tanya Ammar Arif tiba-tiba. Lelaki itu dipandang sekilas sambil ketawa kecil.
            “He is my boss.” Jawabnya tenang sambil berpeluk tubuh.
            Diam.
            “Sayang....” Tiba-tiba ada satu suara menegur. Kedua-dua mereka menoleh ke arah pemilik suara itu. Dato’ Darwisy menghampiri Farah yang sudah berkerut seribu itu.
            “Am!” Tegur Ammar sambil menghulur tangan untuk berjabat.
            “Rif!” Kedua lelaki itu berjabat tangan mesra. Farah memandang lelaki dihadapannya itu.
            “He is my cousin.” Ujar Dato’ Darwisy tenang.  Farah mengangguk lalu tersenyum.
            “Well Am, aku tak nak kacau you both, aku masuk dalam dulu lah. Bye Farah.” Selamba sahaja Ammar mengenyitkan matanya kepada Farah. Farah menjegilkan matanya. Dengan ketawa masih bersisa lelaki itu meninggalkan mereka.
            “Kenapa you duduk dekat sini? You tak selesa ke?” Dato’ Darwisy cuba meneka.
            “You ajak i temankan you, tapi you biarkan i sorang-sorang. Jomlah, i nak balik.” Farah menghambur kata-kata. Dato’ Darwisy menarik lengan gadis itu yang sudah membuka langkah itu.
            “I’m sorry okay?” Ucapnya lembut sambil merenung tajam ke arah sepasang mata bulat milik gadis dihadapannya itu.  Farah memalingkan mukanya. Bimbang hatinya yang beku itu berubah rupa.
            “Come, i hantarkan you balik.” Selamba sahaja lelaki itu menarik tangannya menuju ke parkir. Dia akur tanpa sebarang bantahan. Hatinya berbunga mekar. Sempat dia tersenyum lebar sambil memandang tangannya yang berada digenggaman lelaki itu.
            Sengaja dia memasamkan mukanya ketika lelaki itu membuka pintu kereta untuknya. Tanpa sepatah kata, Farah menyelinap masuk ke dalam kereta. Dato’ Darwisy melangkah menuju ke bahagian pemandu.
            “I minta maaf pasal tadi. Tak sepatutnya i tinggalkan you sorang-sorang.” Ujar lelaki itu sambil menghidupkan enjin kereta. Farah diam tanpa balas. Dato’ Darwisy melepaskan keluhan berat. Lalu dia memandu keluar dari kawasan Masjid Kristal yang gah berdiri itu.

KASUT tumit tinggi berwarna peach dibuka sebaik sahaja pintu lif terbuka luas. Laju kakinya diatur menuju ke pintu utama pejabat operasi. Tanpa memandang kiri dan kanan, Farah berlari anak menuju ke bilik pejabatnya.
            “What is wrong with you Farah? Tak pernah aku tengok kau macam ni.” Tegur Irham yang kebetulan baru muncul dari pantry.
            Farah tersengih. Tanpa menjawab soalan lelaki itu, dia berlalu masuk ke dalam bilik pejabatnya itu. Masuk sahaja didalam biliknya, kasut tumit tinggi itu dilempar ke atas karpet. Puas dia menyumpah seranah kasut yang baru dibelinya itu.
            Punggungnya dihenyek ke kerusi. Lalu punat ‘ON’ pada laptop ditekan. Lalu tangannya meraba-raba ke dalam handbagnya. Telefon bimbit dikeluarkan. Laju tangannya menaip nombor telefon ibunya. Beberapa saat sahaja, suara ibunya sudah berada dihujung talian.
            “Erm... Farah minta maaf bu. Farah tak fikir Farah boleh lakukan apa yang ibu sedang lakukan sekarang. Farah harap ibu maafkan Farah sebab Farah tak ikut ibu balik KL.” Ujarnya perlahan.
            “Awak tak boleh ikutkan hati sangat, Farah. He is you father. Baik atau buruk dia, he is still your father. Nobody can deny it. Ibu harap sangat Farah datang, lawat ayah. Almost everyday ayah sebut nama Farah.” Puan Raihana cuba memujuk anak tunggalnya itu.
            Farah diam dihujung talian.
            “Farah balik ya?” Pujuk Puan Raihana lagi.
            “Farah tak bersedia lagi bu. I’m really sorry. Ibu take care yer. Nanti Farah call ibu lagi.” Ujarnya sebelum mematikan talian.
            Puan Raihana melepaskan keluhan berat. Fail dihadapannya ditolaknya. Jauh disudut hatinya dia mendoakan agar Tuhan melembutkan hati anak tunggalnya itu.  Sejak penceraian dia dengan Tan Sri Firdaus 10 tahun yang lalu, anak perempuannya itu bagaikan memusuhi bapanya itu.
            Sepanjang 10 tahun itulah hanya beberapa kali sahaja anaknya itu berjumpa dengan bekas suaminya itu. Itu pun puas dipaksanya. Diawal perpisahan mereka, Puan Raihana turut  memusuhi bekas suaminya itu namun demi anak tunggalnya itu, Puan Raihana cuba melupakan sejarah hitam bersama bekas suaminya itu.

“SELAMAT pagi Cik Farah. Ada delivery untuk Cik Farah.” Ujar lelaki bertopi sambil mengetuk pintu. Farah mengangkat muka. ‘Bunga lagi.’ Detiknya dalam hati. Tanpa berkasut, Farah menghampiri lelaki bertopi itu sambil bercekak pinggang.
            Kad yang terselit disebalik bunga mawar merah itu dicapainya. Lalu dia membaca satu baris ayat yang ditulis didalam kad tersebut. Farah menggelengkan kepalanya.
            “Susah betul kalau orang tak ada confident dalam diri sendiri ni kan?” Rungut Farah sambil mengambil jambangan bunga segar itu.
            “Mungkin orang tu masih menunggu waktu yang sesuai, Cik Farah.” Ujar lelaki bertopi itu sebelum melangkah keluar dari bilik pejabat itu. Jambangan bunga itu diletakkan diatas meja kopi berhampiran sofa tetamu. Lalu dia kembali menyambung tugasnya yang tergendala itu.
            Jam 1 tengahari Farah bergegas keluar dari bilik pejabatnya untuk pulang ke rumah sewanya.  Dia tidak jadi untuk melangkah masuk ke dalam lif apabila melihat Ammar Arif yang sedang berdiri didalam lif. Lelaki itu memandang ke arah selipar jepun yang dipakainya. Farah mengangkat kening. Lalu dia mengatur langkah masuk ke dalam lif.
            “Tak tahu pula i ada company bagi pekerja pakai selipar pergi kerja. Cantik selipar you. Warna pink lagi.” Perli Ammar yang tidak lekang menguntum senyuman itu.
            Farah mendengus geram. Tanpa membalas kata-kata lelaki itu, Farah menekan punat G.
            “You nak ke mana? Lunch? Boleh i join?”
            Farah tidak menjawab sebaliknya dia memberi jelingan kepada lelaki disebelahnya. Sebaik sahaja pintu lif terbuka luas, Farah terus meluru keluar meninggalkan lelaki itu dibelakang.
            Ammar Arif tersenyum melihat perilaku gadis itu. Teringat kata-kata sepupunya sebentar tadi mengenai gadis bertudung itu. Sepupunya itu terlalu menyukai gadis itu namun perasaan sebenar terhadap gadis itu masih kemas terpendam.
Terimbau kembali ketika pertama kali pertemuannya dengan gadis itu beberapa bulan yang lalu. Ternyata dirinya juga terpaut dengan kelembutan yang dapat dilihat pada wajah lembut gadis itu. Jika suatu ketika dulu gadis bertudung bukanlah ‘taste’nya, namun kini ternyata gadis itu telah berjaya membuka matanya.

FARAH memeluk erat sahabatnya itu yang baru bergelar isteri itu. Airmata gembira turut membasahi pipi tatkala melihat sahabatnya itu turut mengalirkan airmata ketika akad dilafazkan.
            “I’m happy for you. Kau jangan lupa aku yer Amy?” Ujarnya sambil menggenggam tangan sahabatnya itu. Beberapa orang saudara Amy yang masih berlegar-legar diruang tamu itu memerhati keakraban mereka.
            “Aku tak akan lupakan kau. Kaulah satu-satunya kawan baik yang aku ada, Farah.” Balas Amy pula. Farah mengesat airmatanya sambil menguntum senyuman. Amy menarik Farah menghampiri suami yang baru dinikahinya. Lalu dia memperkenalkan Farah kepada suaminya itu.
            Jam 11 malam barulah Farah meminta diri untuk pulang ke hotel. Beberapa kali temannya itu mengingatkannya tentang hari persandingannya pada esok hari. Orang terpenting katanya. Pertama kali menjadi pengapit, sedikit sebanyak rasa gementar juga terselit dalam dirinya.

SEMPAT dia membetulkan tudungnya sebelum melangkah keluar dari kereta. Kakinya diatur masuk ke perkarangan rumah Amy. Farah memaniskan wajahnya dan bersalaman dengan ahli keluarga Amy yang berlegar-legar diruang tamu. Kakinya diatur menuju ke bilik pengantin. Pintu bilik Amy diketuk beberapa kali sebelum mendengar suara Amy.
            “Farah..... Cantiknya kau.” Jerit Amy sedikit teruja melihat penampilan sahabatnya itu. Farah mencebik.
            “Aku ada surprise untuk kau harini.” Ujar Amy tiba-tiba.
            Farah memandang Amy yang sedang dimekapkan oleh Mak Andam.
            “Surprise apa pula ni Amy? Kau jangan, aku ni dahlah tengah nervous nak jadi pengapit kau ni.” Rungut Farah. Sengaja dia memasamkan mukanya.
            “Alah, nanti kau tengok sendirilah. Kau rilaks jer Farah.” Ujar Amy sambil menggenggam tangan Farah.
            Jam 11 pagi barulah rombongan pengantin lelaki tiba. Amy menggenggam tangan Farah yang berdiri disebelahnya sebagai pengapit itu. Entah kenapa dadanya dirasakan berdebar-debar. Farah beristighfar untuk menghilangkan debaran didadanya. Namun tidak berjaya.
            Matanya terpaku tatkala terpandang lelaki berkaca mata hitam yang sedang memayungi pengantin lelaki. Farah bagaikan terpaku dengan ketampanan lelaki yang lengkap berbaju melayu dan bersampin itu. Kemudian dia memandang baju kurung yang tersarung dibadannya. Lantas lengan Amy dicubitnya.
            “Kau kenakan aku kan? Ini surprise yang kau cakap tu ya?” Bisiknya. Amy menahan tawa.
            “Handsomenya bos kita Farah.” Balas Amy pula. Farah menjegilkan matanya. Sekali lagi lengan Amy menjadi sasarannya. Dato’ Darwisy menguntum senyuman apabila matanya bertembung dengan sepasang mata milik Farah.
            Farah memaniskan wajahnya sepanjang menjadi pengapit sahabatnya itu. Perlahan sahaja tangannya mengipas pengantin yang sedang bersanding itu. Dato’ Darwisy pula tidak lepas memandang Farah yang berdiri disebelah Amy.
            Ketika pengantin diarah ke meja beradab, sempat Farah berbisik sesuatu kepada temannya itu. Air yang berais itu bagaikan memberi kelegaan padanya.
            “Nak i ambilkan air lagi?” Tegur satu suara yang tidak asing padanya. Farah menggeleng tanpa memandang lelaki yang sudah melabuhkan punggung disebelahnya.
            “Bila you sampai?” Tanya Farah sambil memandang Dato’ Darwisy yang sedang mengelap peluh dengan tisu.
            “Around 7 a.m.” Jawab Dato’ Darwisy. Farah kemudiannya membisu. Memandang para tetamu yang sedang menikmati hidangan.
            “I dengar makcik-makcik dekat sini ada merisik you. Betul ke?” Tanya Dato’ Darwisy selamba. Farah kelu seketika.
            “Gosip tv berapa yang you tengok ni Dato’?”
            Dato’ Darwisy tersenyum.
            “Breaking news macam ni biasanya akan tersiar disemua channel sayang oii.” Jawab Dato’ Darwisy lembut.
            “Kalau ye pun makcik-makcik dekat sini risik i, tak ada kena-mengena dengan you pun.” Balas Farah pula. Gelas ditangan diusapnya.
            “Siapa cakap tak ada kena-mengena dengan i? Kan i dah cakap, you ni bakal isteri i. So, semua tentang you, i perlu ambil tahu.” Ujar Dato’ Darwisy sedikit tegas. Lantas gelas ditangan Farah diambilnya lalu diletakkan didalam bakul yang sudah tersedia.
            Farah terpana seketika. Dato’ Darwisy kembali duduk disebelah Farah.
            “Soal nikah kahwin ni, i tak main-main Farah. I serius.” Ujar Dato’ Darwisy lagi. Farah memandang sepasang mata redup milik Dato’ Darwisy. Ada keikhlasan terbit disitu. Entah mengapa dia bagaikan bahagia apabila mendengar kata-kata yang diucapkan Dato’ Darwisy.
            “Erm.. i nak masuk dalam dulu.” Ujar Farah. Tanpa menunggu lama dia meninggalkan lelaki itu dibawah kanopi yang dihias cantik itu. Sengaja dia meninggalkan lelaki itu terkulat-kulat tanpa sebarang respon darinya.

JAM 5 petang barulah Farah pulang ke bilik hotel. Lenguh badannya terasa hilang apabila badannya mencium tilam empuk itu. Baru sahaja ingin terlelap, telefon bimbitnya berbunyi. Matanya membulat apabila melihat nama Dato’ Darwisy tertera diskrin. Sengaja dibiarkan panggilan itu tidak dijawab.
            Kepalanya ligat memutarkan kejadian tengahari tadi. Ketika pertama kali melihat lelaki itu lengkap berbaju melayu melayu hatinya bagaikan terpaut pada lelaki itu entah untuk ke berapa kali. Dia sendiri keliru dengan hatinya sendiri.
            Kadang-kadang dia menantikan kemunculan D.A yang tidak pernah muncul dihadapannya. Kadang-kadang juga dia menantikan keprihatinan Dato’ Darwisy terhadapnya. Sedang dia asyik melayan perasaan, telefon bimbitnya berbunyi menandakan satu pesanan ringkas diterimanya.
            Lantas dia mencapai telefon bimbitnya lalu membuka pesanan ringkas yang dihantar menerusi aplikasi i-message. Matanya membulat apabila membaca pesanan ringkas daripada Dato’ Darwisy itu.
            ‘Boleh kita jumpa malam ni? I jemput you?’
Dia berfikir sejenak. Beberapa saat kemudian laju sahaja tangannya menyentuh huruf-huruf diskrin.
            ‘I penat. Maybe next time.’
            Beberapa minit kemudian satu lagi pesanan ringkas masuk ke peti pesanan.
            ‘I have something to tell you. And need to tell you. Please?’
            Farah mengerutkan dahinya apabila membaca pesanan ringkas terakhir Dato’ Darwisy.  Akhirnya pesanan ringkas itu dibiarkan tidak berbalas. Farah membetulkan perbaringan. Lalu ditutup kedua belah matanya. Akhirnya dia diulit mimpi.
            Dato’ Darwisy mengeluh perlahan. Telefon bimbitnya digenggamnya. Masih menanti balasan daripada gadis yang dicintainya itu. Akhirnya dia terlena sambil menggenggam telefon bimbitnya.

TEPAT jam 7.55 malam barulah Farah terjaga dari lenanya. Jam di telefon bimbitnya dipandang.
            “Shit!!!” Lantas dia bangkit dari katil lalu berlari ke bilik air. Cepat-cepat dia membersihkan diri dan berwuduk. Sebaik sahaja siap berpakaian, Farah menghamparkan sejadah ke arah kiblat. Lalu dia menyarung telekung.
            Dato’ Darwisy melipat sejadah lalu diletakkan diatas katil. Kain pelikat yang dipakainya ditukarkan kepada seluar khaki berwarna coklat. Dia membetulkan tshirt polo yang dipakainya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Dato’ Darwisy mencapai telefon bimbit dan walletnya lalu melangkah keluar dari biliknya.
            Kaki diatur menuju ke lif. Butang lif ditekannya. Beberapa minit sahaja pintu lif sudah terbuka luas didepannya. Tanpa menunggu lama lantas dia melangkah masuk ke dalam lif. Butang G ditekannya. Tiba ditingkat 5 pintu lif terbuka luas. Dato’ Darwisy mengangkat kepalanya.
            Farah terkedu apabila melihat Dato’ Darwisy yang berada didalam lif tersebut. Kakinya bagaikan kaku untuk melangkah masuk. ‘Alamak. Dia lagi.’ Katanya dalam hati.  Dato’ Darwisy memandang Farah yang masih kaku itu.
            “Sayang, are you coming?” Sapa Dato’ Darwisy lembut. Hampir gugur jantung Farah mendengar intonasi suara lelaki itu. Dengan langkah perlahan, Farah melangkah masuk ke dalam lif.
            “Kenapa you tak reply mesej i?”
            “I tertidur.” Bohongnya. Dato’ Darwisy menguntum senyuman.
            “Okay. Kalau macam tu, i anggap you setuju untuk keluar dengan i malam ni.” Ujar Dato’ Darwisy tenang. Farah mati akal. Dia terperangkap dengan bibirnya sendiri. Akhirnya tanpa banyak soal, dia bersetuju dengan pelawaan lelaki itu.

PANTAI Teluk Cempedak menjadi saksi pertemuan mereka malam itu. Mereka berdiri menghadap laut yang luas terbentang itu. Farah memeluk tubuh apabila merasakan angin malam menyapa.
            “Apa yang you nak beritahu i sangat tu? Sampai you bawa i ke sini?” Farah bersuara. Dato’ Darwisy memusingkan badannya menghadap Farah yang berpeluk tubuh itu.
            “I tak tahu macam mana nak luahkan semua yang terbuku dalam hati i. Erm... I cut it short, i love you.” Akhirnya tiga patah perkataan itu meniti juga dibibir lelaki itu. Farah terdiam. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan ketika itu. Dia mengetap bibir. Bimbang ada senyuman tergaris dibibir. Kalau diikutkan hati ingin sahaja dia melompat ketika itu.
            Dato’ Darwisy memandang Farah yang sedang melontar pandangan jauh pada pantai. Hatinya disapa kebimbangan apabila melihat tiada reaksi daripada gadis itu.
            “Farah... please answer me.” Ujar Dato’ Darwisy separuh merayu. Lengan gadis itu dicuitnya.
            “What answer do you want Dato’?” Farah cuba menduga lelaki itu.
            “Will you please stop calling me Dato’?” Marah lelaki itu. Farah tertunduk. Dato’ Darwisy mengangkat dagu gadis itu supaya pandang ke arahnya.
            “Call me Am. Or maybe you nak tahu nama panggilan i yang lain?” Dato’ Darwisy cuba menduga gadis itu. Farah membalas renungan Dato’ Darwisy.
            “D.A.” Ujar lelaki itu sambil menguntum senyuman lebar.
            Mata Farah membulat.
            D.A? Bunga? Desisnya dalam hati.
            “You? D.A?” Tanya Farah cuba mendapatkan kepastian.
            “Darwisy Amran Haji Amdan. A.k.a D.A.” Dato’ Darwisy tersenyum lebar. Laju sahaja tangan Farah menampar lengan lelaki dihadapannya itu.  Dato’ Darwisy ketawa.
            “ So selama ni you lah yang pengecut tu?”
            “Pengecut?”
            Farah menahan tawa apabila melihat perubahan mendadak pada wajah Dato’ Darwisy.
            “Yela, pengecut. You main hide and seek dengan i almost few months. You luahkan perasaan you melalui kad. Dan you biarkan i berteka-teki tentang identiti you. Kenapa you tak berterus-terang macam apa yang you buat hari ni?” Ujar Farah panjang lebar.
            “I tak ada keyakinan untuk berterus-terang tentang perasaan sebenar i pada you setiap kali kita jumpa.” Jawab Dato’ Darwisy tenang. Farah mencebik.
            “Habis tu? Now what?”
            “I rasa inilah waktu yang sesuai untuk i luahkan segalanya pada you. I takut i terlambat.” Luah lelaki itu lagi. Farah menguntum senyuman.
            “Terlambat?”
            Lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Farah mendengus geram apabila pertanyaan tidak dijawab.

           

11 comments:

  1. bestnya....sambung lagi cik adik

    ReplyDelete
  2. bestnya....sambung lagi cik adik

    ReplyDelete
  3. We want more! We want more!

    ReplyDelete
  4. best..... tp xkan Mr Rolex hilang cam tu jer..... mesti ada konflik kan... sbb Mr Rolex pun minat kat farah... but laluan DA ni cam mudah jer...... bukan ker Farah pun ada minat dgn Mr Rolex..... huhuhu

    ReplyDelete
  5. aduyai..... hari2 singgah..... x nampak pun n3 baru.... huhuhu ms writer. di mana dikau....???????
    we need new n3 sebelum DA... Mr Rolex ... Farah... ilang dari ingatan.... huhuhuhu........ plssssssss

    ReplyDelete
  6. cik adik.....bila nak masukkan n3....rindu dgn si dato' dan farah

    ReplyDelete
  7. cik adik.....bila nak masukkan n3....rindu dgn si dato' dan farah

    ReplyDelete
  8. Bila nak ade episod bari cik eda!

    ReplyDelete

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...