Episod 11
“BILA i boleh jumpa family you?” Tanya Farah sebaik sahaja Dato’
Darwisy muncul di biliknya yang sederhana besar itu. Dato’ Darwisy membulat.
Kakinya kaku. Langkahnya terhenti seketika. Farah tersenyum melirik
memandang reaksi Dato’ Darwisy
“Kenapa you tercegat dekat situ pula Dato’? Please
come in.” Tegur Farah sambil bangun dari tempat duduknya. Dato’ Darwisy
menguntum senyuman sambil menghampiri meja kerja Farah.
“I tak bermimpi kan?” Tanya Dato’ Darwisy meminta kepastian.
Farah menggeleng lalu menguntum senyuman manis.
“You dah ready?” Tanya
Dato’ Darwisy lagi.
“Yes, i am. So,
bila you nak bawa i pergi jumpa family you?” Tanya Farah pula.
Dato’ Darwisy melabuhkan punggungnya dihadapan Farah yang sedang berpeluk tubuh
dihadapannya itu.
“Erm... apa kata hujung minggu ni?” Usul lelaki itu
Farah membetulkan duduknya. Otaknya sarat memikirkan jadual
kerjanya.
“This weekend? Lusa?” Soal
Farah pula.
“Yup.” Jawab Dato’ Darwisy
sedikit teruja. Farah memangku dagu memandang Dato’ Darwisy yang kemas
berkemeja ungu itu.
“So, you tiba-tiba masuk bilik i ni ada apa-apa yang you nak i buatkan
ke?” Tanya Farah sambil mengemas kertas diatas mejanya.
“Nak jumpa buah hati sendiri pun tak boleh ke?” Balas Dato’ Darwisy sinis.
Farah memuncungkan bibirnya.
“Dato’, hari-hari kita
jumpa tak cukup lagi ke? Tak jemu ke tengok muka i ni?” Tanya Farah sambil
mencatat sesuatu di kertas putih. Dato’ Darwisy menguntum senyuman nakal. Sengaja
dia mendekatkan wajahnya dengan Farah.
“Macam
mana i nak jemu kalau setiap masa i rindu? I
never feel this way before, my dear.” Ujar Dato’ Darwisy sambil membetulkan
muncung tudung dipakai Farah. Farah mengerutkan dahinya. Kurang percaya dengan
apa didengarinya. Lantas dia menjauhkan wajahnya daripada lelaki dihadapannya
itu.
“Never?” Soalnya untuk mendapat kepastian.
“Ya, never.” Jawab Dato’ Darwisy yakin. Tawa
Farah meletus.
“Kenapa you
ketawa?” Tanya Dato’ Darwisy. Sedikit hairan.
“Lelaki
macam you takkan tak pernah ada girlfriend
sebelum ni?”
Dato’
Darwisy melepaskan keluhan.
“Tipulah
kalau i cakap tak ada. But, this time is
totaly different.” Luah Dato’ Darwisy sambil memangku kepala dihadapan
Farah.
Farah
menggigit bibirnya. Jelas keikhlasan dari kata-kata lelaki itu dapat menyerap
masuk ke lubuk hatinya.
“Dah lah
Dato’, i busy ni. Lagi i layan you,
alamatnya lambatlah siap kerja i.” Rungut Farah sengaja menukar mood.
“Okaylah.
I keluar dulu. Nanti kita lunch
sama-sama ek. I tunggu you dekat bawah. Don’t
be late.” Ujar Dato’ Darwisy sambil kenyit mata. Farah ketawa. Matanya menemani
langkah Dato’ Darwisy yang sudah hampir dengan pintu.
“Bye sayang.” Ujar Dato’ Darwisy sambil
membuat flying kiss.
PUAN Sri Khatijah
mengurut dadanya sebaik sahaja mematikan talian. Berita yang baru diterimanya
sebentar tadi menyesakkan dadanya. Kay yang kebetulan ingin menuju ke ruang
tamu sempat memasang telinga perbualan maminya sebentar tadi. Dengan selamba
dia melabuhkan punggung disebelah mami yang masam mencuka itu.
“Mami ni
kenapa? Masam sangat muka tu Kay tengok.” Sapa Kay sambil menepuk peha Puan Sri
Khatijah.
“Abang Kay
nak bawa balik perempuan hujung minggu ni. Entah dari mana asal usul budak
perempuan tu pun mami tak tahu.” Bebel Puan Sri Khatijah dengan muka yang
kelat. Kay tersenyum mendengar kata-kata maminya itu. Senyuman yang terukir
dibibirnya disorokkan dari pandangan maminya.
Baginya
berita yang baru didengarinya itu adalah satu perkembangan positif daripada
abangnya itu. bukan dia tidak tahu abang tunggalnya itu amatlah susah untuk
membuka hati untuk perempuan. Dia yakin perempuan yang berjaya membuka hati
abangnya itu bukanlah calang-calang perempuan.
“Yang Kay
senyum sorang-sorang ni kenapa? Mami tengah serabut ni dia boleh senyum-senyum
pula.” Rungut wanita itu sambil menyandarkan badannya ke sofa kulit itu.
“Mami nak
serabut apa? Sepatutnya mami happy
tau sebab nak dapat menantu perempuan.” Ujar Kay sengaja menyimbah minyak ke
dalam api yang sedang marak.
“Eh, eh
budak ni. Lupa ke yang abang awak tu dah ada tunang?” Suara Puan Sri Khatijah
sedikit meninggi. Kay menggigit bibir.
“Tapi itu
pilihan mami. Bukan pilihan abang.” Jawab Kay selamba. Lantas dia bangkit dari
sofa lalu berlari anak menuju ke dapur. Bimbang dia akan menjadi mangsa leteran
maminya itu.
FARAH memeluk erat Puan
Raihana sebaik sahaja ibunya itu tiba dirumah. Wanita itu menjerit kecil
apabila mendengar anak tunggalnya memanggil namanya sebaik sahaja pintu utama
ditutup rapat.
“Kenapa
tak beritahu ibu yang awak nak balik?” Tanya wanita itu sebaik sahaja pelukan
dileraikan. Farah menguntum senyuman lebar. Tanpa menjawab pertanyaan ibunya,
Farah melangkah menuju ke sofa. Puan Raihana mengerutkan dahinya melihat reaksi
anak tunggalnya itu.
“Something wrong sayang?” Soal wanita itu
lagi.
Farah
menggeleng kepala.
“Habis tu?”
“I’m in love with someone.” Ujar Farah
sambil tersenyum lebar. Puan Raihana membulatkan matanya.
“Really sayang? Who is that lucky guy?” Soal Puan Raihana teruja. Beberapa kali
bahu anaknya itu dipeluknya. Akhirnya impian untuk melihat anak perempuannya
itu berumah tangga akan tercapai tidak lama lagi.
“Surprise. You will meet him tomorrow.”
Ujar Farah dengan senyuman yang masih terukir.
“I hate surprise.” Ujar Puan Raihana.
“Nak tak
nak, ibu kena tunggu esok.” Balas Farah lembut. Puan Raihana akur.
“Awak
balik dengan apa? Kereta awak tak ada pula dekat porch.”
“Dengan flight bu. Ibu dah dinner ke? Kalau belum, Farah nak suruh bibik tolong panaskan lauk.”
Ujar Farah sambil memegang lengan ibunya.
“Boleh
juga. Thanks sayang.” Ujar Puan
Raihana lembut. Terubat rindunya terhadap anak gadisnya itu.
VILLA Khatijah yang
tersergam indah itu menjadi saksi pertegangan urat dua beranak itu. Tan Sri Amdan
hanya mampu menggeleng kepalanya melihat perbalahan antara siibu dan anak
lelaki mereka.
“Abang Am!”
Jerit Kay yang baru sahaja muncul di ruang tamu. Dato’ Darwisy memandang adik
bongsunya yang sedang berlari anak menghampirinya itu. Puan Sri Khatijah
menjeling anak bongsunya itu.
“Dah lama
abang sampai?” Tanya Kay sambil memeluk lengan Dato’ Darwisy.
“Agaklah.”
Jawab Dato’ Darwisy pendek. Sedar akan ketegangan diantara mami dan abangnya
itu, lantas dia mengatur langkah menghampiri ayahnya yang sedang leka dengan
ipad.
“Kenapa dengan
mami tu ayah?” Tanya Kay sambil duduk disebelah Tan Sri Amdan.
“Macamlah
Kay tak kenal mami tu macam mana.” Jawab Tan Sri Amdan tenang sambil jarinya ligat
menari-nari diatas skrin ipad. Kay mendengus. Geram dengan perangai maminya
yang tidak pernah berubah itu.
“Am tak
akan lepaskan Farah, mami. She is
everything to me. She is my life. Bukan Diana. Dia masa silam Am. Dan dia
tak ada dalam hati Am. Am tak cintakan dia.”
“Dia
tunang Am. Bakal isteri Am dan bakal menantu perempuan dalam keluarga kita.
Ingat Am, hanya dia yang mami akan terima sebagai menantu dalam keluarga kita.”
Ujar Puan Sri Khatijah tegas. Dato’ Darwisy melepaskan keluhan yang berat.
“Macam mana
Am tegaskan yang Am tak boleh terima Diana sebagai tunang Am, macam itu juga
lah Am tak boleh terima Diana sebagai bakal isteri Am. Am tak pernah setuju
dengan pertunangan yang mami aturkan. Esok, Am akan bawa Farah datang ke rumah
ini. Am tak nak mami tunjuk muka masam mami pada dia. Dia tak ada kena-mengena
dengan semua ni. Kalau mami rosakkan hubungan kami, Am akan pastikan yang mami
tak akan dapat jumpa Am lagi.” Ujar Dato’ Darwisy lantang. Lantas dia bangun
dari duduknya, lalu dia mengatur langkah menuju ke tangga. Tan Sri Amdan
mengangkat mukanya. Matanya memandang isterinya yang sedang mengurut dada itu.
“Puas hati
awak Khaty? Am tu satu-satunya anak lelaki yang kita ada. I tak nak you paksa
dia ikut segala telunjuk you. I diam tak bermakna i setuju dengan segala tindakan
you.” Tegas Tan Sri Amdan. Puan Sri Khatijah menjeling suaminya itu lalu dia
melangkah menuju ke kamarnya yang terletak ditingkat atas.
Kay
menguntum senyuman mendengar kata-kata abangnya itu. Dia sendiri hairan kenapa
mami dan kakak-kakaknya terlalu memuji perempuan yang bernama Diana itu. Entah
mengapa, dari pandangan matanya ada sesuatu yang tidak kena dengan perempuan
itu. Dan hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang berlaku antara abangnya dan
perempuan itu sehinggalah abangnya itu mengambil keputusan untuk memutuskan
hubungan mereka berdua.
FARAH mengenakan baju
kurung moden bewarna krim dan dipadankan pula dengan tudung berwarna ungu lembut.
Selepas berpuas hati dengan penampilannya, dia mencapai tas tangan lalu
mengatur langkah keluar dari kamarnya. Debaran didadanya semakin rancak terasa.
“Dah turun
pun tuan puteri kita.” Sapa Puan Raihana lembut. Farah menguntum senyuman.
“Cantiknya
anak ibu.” Puji Puan Raihana sambil tersenyum. tidak lama kemudian, kedengaran
hon kereta dari luar. Sepantas kilat Puan Raihana membuka pintu utama. Farah
menggeleng kepala melihat keterujaan ibunya itu.
Pintu
pagar automatik terbuka luas. Mini Cooper berwarna merah menyusur masuk ke
perkarangan kediaman Puan Raihana. Senyuman kian melebar terukir dibibir Puan
Raihana tatkala kereta kecil itu berhenti dibelakang keretanya.
Dato’
Darwisy membetulkan rambutnya sebelum melangkah keluar dari kereta. Dengan lafaz
bismillah dia membuka pintu kereta. Farah memegang bahu ibunya yang kelihatan
tidak sabar untuk melihat gerangan si pencuri hati anak tunggalnya itu.
“Am!”
Tegur Puan Raihana yang sedikit terperanjat itu. Farah ketawa melihat reaksi
ibunya itu. Dato’ Darwisy menyalami tangan Puan Raihana dengan penuh hormat.
“Alhamdulillah.
Anak ibu memang tak salah pilih.” Ujar Puan Raihana sambil menepuk bahu Dato’
Darwisy.
“Aunty apa
khabar?” Tanya Dato’ Darwisy lembut. Kemudian matanya memandang Farah yang
berdiri di muka pintu.
“Sehat,
Alhamdulillah. Kamu pula apa khabar?”
“Sehat,
Aunty.” Jawab Dato’ Darwisy tenang.
“Ibu,
nanti balik kita borak panjang bu. Rasanya family Am dah tunggu dekat sana.”
Ujar Farah yang faham akan lirikan mata lelaki itu.
“Ibu lupa awak
nak ke sana. It’s okay. Awak jangan nervous tau. Banyakkan berzikir baru
hilang nervous tu. Am jaga anak ibu
elok-elok tau.” Pesan Puan Raihana lembut. Farah mengangguk lalu menyalami
tangan ibunya.
“Kami
pergi dulu, Aunty.” Ujar Dato’ Darwisy kemudian dia menyalami sekali lagi
tangan wanita itu.
“Kirim
salam dengan parents kamu, Am.” Ujar Puan Raihana.
“InshaAllah
Aunty.” Balas Dato’ Darwisy lembut. Mereka sama-sama melangkah menuju ke
kereta.
KESEMUA adik beradik
Dato’ Darwisy telah pun berkumpul di villa petang Jumaat itu. Wajah Puan Sri
Khatijah sedikit pun tidak berhias dengan secalit senyuman. Kay lah orang yang
paling teruja untuk menyambut kedatangan pilihan hati abangnya. Hampir segala
persiapan memasak didapur dibantunya.
Sengaja
dia duduk menunggu abangnya di gazebo yang terletak ditengah-tengah laman villa
kerana tidak mahu mendengar leteran mami yang tiada penghujung itu. Hatinya
melonjak gembira apabila melihat keretanya yang dipandu abangnya sudah masuk ke
perkarangan villa.
Farah bungkam
melihat bangunan tersergam indah dihadapannya. Tidak jemu matanya memandang
kehijauan laman villa milik keluarga Dato’ Darwisy. Matanya memandang seseorang
yang sedang berdiri diluar kereta.
“That is my little sister, Kay.” Bagaikan
mengerti, Dato’ Darwisy memperkenalkan gadis berbaju kurung dan bertocang satu
itu kepada Farah.
“Jom,
sayang. I guess semua orang dah
tunggu kita.” Ujar Dato’ Darwisy lembut. Pintu kereta dibuka serentak. Beberapa
kali dia berzikir didalam hati untuk mengusir perasaan gementar itu.
“Abang!.”
Sapa Kay gembira. Bahu abangnya dipeluk.
“Mari,
abang kenalkan bakal kakak ipar Kay.” Dato’ Darwisy menghampiri Farah yang kaku
berdiri dihadapan mereka.
“Kay,
inilah bakal isteri abang. Namanya Farah.” Dato’ Darwisy memperkenalkan Farah
pada adik bongsunya itu. Kay membalas senyuman Farah lalu tangan gadis itu
digenggam kemas.
“I’m happy for both of you.” Ucap Kay mesra.
Dato’ Darwisy tersenyum mendengar kata-kata adiknya itu.
“Come, kita masuk dalam.” Ajak Dato’
Darwisy. Farah mengangguk. Kay memandang Farah penuh makna. Seperti cuba memberitahu
sesuatu. Farah menundukkan wajahnya. Bagaikan mengerti makna pandangan itu. Dia
cuba mencari kekuatan untuk berdepan dengan ahli keluarga Dato’ Darwisy.
Mujurlah
Kay memahami gelisah dijiwanya itu. Mereka melangkah beriringan menuju ke pintu
utama. Kay memegang lengan Farah supaya dapat memberi kekuatan kepada gadis itu
untuk berdepan dengan maminya.
“Assalamualaikum.” Dato’ Darwisy memberi salam sebaik
sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam villa. Tidak lama kemudian kedengaran
beberapa orang menjawab salam. Farah cuba berlagak tenang.
p/s: Komeng pelisssss.
Fuhh... Can't wait to see what Am's mother will say about Farah. Nak lagi! Hehe
ReplyDeletesoon yer. hehe...
ReplyDeleteFiuuu.. ! Beta merasakan debaran hati farah. Tegang siooot. Huhuhu update faster eh kak.. Hihi ;)
ReplyDeletebest....
ReplyDelete