3 October 2013

Bunga Cinta Hati - 11

Episod 11
“BILA i boleh jumpa family you?” Tanya Farah sebaik sahaja Dato’ Darwisy muncul di biliknya yang sederhana besar itu. Dato’ Darwisy membulat. Kakinya kaku. Langkahnya terhenti seketika. Farah tersenyum melirik memandang  reaksi Dato’ Darwisy
            “Kenapa you tercegat dekat situ pula Dato’? Please come in.” Tegur Farah sambil bangun dari tempat duduknya. Dato’ Darwisy menguntum senyuman sambil menghampiri meja kerja Farah.
            “I tak bermimpi kan?” Tanya Dato’ Darwisy meminta kepastian.
            Farah menggeleng lalu menguntum senyuman manis.
            “You dah ready?” Tanya Dato’ Darwisy lagi.
            “Yes, i am. So, bila you nak bawa i pergi jumpa family you?” Tanya Farah pula.
            Dato’ Darwisy melabuhkan punggungnya dihadapan Farah yang sedang berpeluk tubuh dihadapannya itu.
            “Erm... apa kata hujung minggu ni?” Usul lelaki itu
            Farah membetulkan duduknya. Otaknya sarat memikirkan jadual kerjanya.    
            “This weekend? Lusa?” Soal Farah pula.
            “Yup.” Jawab Dato’ Darwisy sedikit teruja. Farah memangku dagu memandang Dato’ Darwisy yang kemas berkemeja ungu itu.
            “So, you tiba-tiba masuk bilik i ni ada apa-apa yang you nak i buatkan ke?” Tanya Farah sambil mengemas kertas diatas mejanya.
            “Nak jumpa buah hati sendiri pun tak boleh ke?” Balas Dato’ Darwisy sinis. Farah memuncungkan bibirnya.
         “Dato’, hari-hari kita jumpa tak cukup lagi ke? Tak jemu ke tengok muka i ni?” Tanya Farah sambil mencatat sesuatu di kertas putih. Dato’ Darwisy menguntum senyuman nakal. Sengaja dia mendekatkan wajahnya dengan Farah.
            “Macam mana i nak jemu kalau setiap masa i rindu? I never feel this way before, my dear.” Ujar Dato’ Darwisy sambil membetulkan muncung tudung dipakai Farah. Farah mengerutkan dahinya. Kurang percaya dengan apa didengarinya. Lantas dia menjauhkan wajahnya daripada lelaki dihadapannya itu.
            “Never?” Soalnya untuk mendapat kepastian.
            “Ya, never.” Jawab Dato’ Darwisy yakin. Tawa Farah meletus.
            “Kenapa you ketawa?” Tanya Dato’ Darwisy. Sedikit hairan.
            “Lelaki macam you takkan tak pernah ada girlfriend sebelum ni?”
            Dato’ Darwisy melepaskan keluhan.
            “Tipulah kalau i cakap tak ada. But, this time is totaly different.” Luah Dato’ Darwisy sambil memangku kepala dihadapan Farah.
            Farah menggigit bibirnya. Jelas keikhlasan dari kata-kata lelaki itu dapat menyerap masuk ke lubuk hatinya.
            “Dah lah Dato’, i busy ni. Lagi i layan you, alamatnya lambatlah siap kerja i.” Rungut Farah sengaja menukar mood.
            “Okaylah. I keluar dulu. Nanti kita lunch sama-sama ek. I tunggu you dekat bawah. Don’t be late.” Ujar Dato’ Darwisy sambil kenyit mata. Farah ketawa. Matanya menemani langkah Dato’ Darwisy yang sudah hampir dengan pintu.
            “Bye sayang.” Ujar Dato’ Darwisy sambil membuat flying kiss.

PUAN Sri Khatijah mengurut dadanya sebaik sahaja mematikan talian. Berita yang baru diterimanya sebentar tadi menyesakkan dadanya. Kay yang kebetulan ingin menuju ke ruang tamu sempat memasang telinga perbualan maminya sebentar tadi. Dengan selamba dia melabuhkan punggung disebelah mami yang masam mencuka itu.
            “Mami ni kenapa? Masam sangat muka tu Kay tengok.” Sapa Kay sambil menepuk peha Puan Sri Khatijah.
            “Abang Kay nak bawa balik perempuan hujung minggu ni. Entah dari mana asal usul budak perempuan tu pun mami tak tahu.” Bebel Puan Sri Khatijah dengan muka yang kelat. Kay tersenyum mendengar kata-kata maminya itu. Senyuman yang terukir dibibirnya disorokkan dari pandangan maminya.
            Baginya berita yang baru didengarinya itu adalah satu perkembangan positif daripada abangnya itu. bukan dia tidak tahu abang tunggalnya itu amatlah susah untuk membuka hati untuk perempuan. Dia yakin perempuan yang berjaya membuka hati abangnya itu bukanlah calang-calang perempuan.
            “Yang Kay senyum sorang-sorang ni kenapa? Mami tengah serabut ni dia boleh senyum-senyum pula.” Rungut wanita itu sambil menyandarkan badannya ke sofa kulit itu.
            “Mami nak serabut apa? Sepatutnya mami happy tau sebab nak dapat menantu perempuan.” Ujar Kay sengaja menyimbah minyak ke dalam api yang sedang marak.
            “Eh, eh budak ni. Lupa ke yang abang awak tu dah ada tunang?” Suara Puan Sri Khatijah sedikit meninggi. Kay menggigit bibir.
            “Tapi itu pilihan mami. Bukan pilihan abang.” Jawab Kay selamba. Lantas dia bangkit dari sofa lalu berlari anak menuju ke dapur. Bimbang dia akan menjadi mangsa leteran maminya itu.

FARAH memeluk erat Puan Raihana sebaik sahaja ibunya itu tiba dirumah. Wanita itu menjerit kecil apabila mendengar anak tunggalnya memanggil namanya sebaik sahaja pintu utama ditutup rapat.
            “Kenapa tak beritahu ibu yang awak nak balik?” Tanya wanita itu sebaik sahaja pelukan dileraikan. Farah menguntum senyuman lebar. Tanpa menjawab pertanyaan ibunya, Farah melangkah menuju ke sofa. Puan Raihana mengerutkan dahinya melihat reaksi anak tunggalnya itu.
            “Something wrong sayang?” Soal wanita itu lagi.
            Farah menggeleng kepala.
            “Habis tu?”
            “I’m in love with someone.” Ujar Farah sambil tersenyum lebar. Puan Raihana membulatkan matanya.
            “Really sayang? Who is that lucky guy?” Soal Puan Raihana teruja. Beberapa kali bahu anaknya itu dipeluknya. Akhirnya impian untuk melihat anak perempuannya itu berumah tangga akan tercapai tidak lama lagi.
            “Surprise. You will meet him tomorrow.” Ujar Farah dengan senyuman yang masih terukir.
            “I hate surprise.” Ujar Puan Raihana.
            “Nak tak nak, ibu kena tunggu esok.” Balas Farah lembut. Puan Raihana akur.
            “Awak balik dengan apa? Kereta awak tak ada pula dekat porch.”
            “Dengan flight bu. Ibu dah dinner ke? Kalau belum, Farah nak suruh bibik tolong panaskan lauk.” Ujar Farah sambil memegang lengan ibunya.
            “Boleh juga. Thanks sayang.” Ujar Puan Raihana lembut. Terubat rindunya terhadap anak gadisnya itu.
           
 VILLA Khatijah yang tersergam indah itu menjadi saksi pertegangan urat dua beranak itu. Tan Sri Amdan hanya mampu menggeleng kepalanya melihat perbalahan antara siibu dan anak lelaki mereka.
            “Abang Am!” Jerit Kay yang baru sahaja muncul di ruang tamu. Dato’ Darwisy memandang adik bongsunya yang sedang berlari anak menghampirinya itu. Puan Sri Khatijah menjeling anak bongsunya itu.
            “Dah lama abang sampai?” Tanya Kay sambil memeluk lengan Dato’ Darwisy.
            “Agaklah.” Jawab Dato’ Darwisy pendek. Sedar akan ketegangan diantara mami dan abangnya itu, lantas dia mengatur langkah menghampiri ayahnya yang sedang leka dengan ipad.
            “Kenapa dengan mami tu ayah?” Tanya Kay sambil duduk disebelah Tan Sri Amdan.
            “Macamlah Kay tak kenal mami tu macam mana.” Jawab Tan Sri Amdan tenang sambil jarinya ligat menari-nari diatas skrin ipad. Kay mendengus. Geram dengan perangai maminya yang tidak pernah berubah itu.
            “Am tak akan lepaskan Farah, mami. She is everything to me. She is my life. Bukan Diana. Dia masa silam Am. Dan dia tak ada dalam hati Am. Am tak cintakan dia.”
            “Dia tunang Am. Bakal isteri Am dan bakal menantu perempuan dalam keluarga kita. Ingat Am, hanya dia yang mami akan terima sebagai menantu dalam keluarga kita.” Ujar Puan Sri Khatijah tegas. Dato’ Darwisy melepaskan keluhan yang berat.
            “Macam mana Am tegaskan yang Am tak boleh terima Diana sebagai tunang Am, macam itu juga lah Am tak boleh terima Diana sebagai bakal isteri Am. Am tak pernah setuju dengan pertunangan yang mami aturkan. Esok, Am akan bawa Farah datang ke rumah ini. Am tak nak mami tunjuk muka masam mami pada dia. Dia tak ada kena-mengena dengan semua ni. Kalau mami rosakkan hubungan kami, Am akan pastikan yang mami tak akan dapat jumpa Am lagi.” Ujar Dato’ Darwisy lantang. Lantas dia bangun dari duduknya, lalu dia mengatur langkah menuju ke tangga. Tan Sri Amdan mengangkat mukanya. Matanya memandang isterinya yang sedang mengurut dada itu.
            “Puas hati awak Khaty? Am tu satu-satunya anak lelaki yang kita ada. I tak nak you paksa dia ikut segala telunjuk you. I diam tak bermakna i setuju dengan segala tindakan you.” Tegas Tan Sri Amdan. Puan Sri Khatijah menjeling suaminya itu lalu dia melangkah menuju ke kamarnya yang terletak ditingkat atas.
            Kay menguntum senyuman mendengar kata-kata abangnya itu. Dia sendiri hairan kenapa mami dan kakak-kakaknya terlalu memuji perempuan yang bernama Diana itu. Entah mengapa, dari pandangan matanya ada sesuatu yang tidak kena dengan perempuan itu. Dan hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang berlaku antara abangnya dan perempuan itu sehinggalah abangnya itu mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka berdua.

FARAH mengenakan baju kurung moden bewarna krim dan dipadankan pula dengan tudung berwarna ungu lembut. Selepas berpuas hati dengan penampilannya, dia mencapai tas tangan lalu mengatur langkah keluar dari kamarnya. Debaran didadanya semakin rancak terasa.
            “Dah turun pun tuan puteri kita.” Sapa Puan Raihana lembut. Farah menguntum senyuman.
            “Cantiknya anak ibu.” Puji Puan Raihana sambil tersenyum. tidak lama kemudian, kedengaran hon kereta dari luar. Sepantas kilat Puan Raihana membuka pintu utama. Farah menggeleng kepala melihat keterujaan ibunya itu.      
            Pintu pagar automatik terbuka luas. Mini Cooper berwarna merah menyusur masuk ke perkarangan kediaman Puan Raihana. Senyuman kian melebar terukir dibibir Puan Raihana tatkala kereta kecil itu berhenti dibelakang keretanya.
            Dato’ Darwisy membetulkan rambutnya sebelum melangkah keluar dari kereta. Dengan lafaz bismillah dia membuka pintu kereta. Farah memegang bahu ibunya yang kelihatan tidak sabar untuk melihat gerangan si pencuri hati anak tunggalnya itu.
            “Am!” Tegur Puan Raihana yang sedikit terperanjat itu. Farah ketawa melihat reaksi ibunya itu. Dato’ Darwisy menyalami tangan Puan Raihana dengan penuh hormat.
            “Alhamdulillah. Anak ibu memang tak salah pilih.” Ujar Puan Raihana sambil menepuk bahu Dato’ Darwisy.
            “Aunty apa khabar?” Tanya Dato’ Darwisy lembut. Kemudian matanya memandang Farah yang berdiri di muka pintu.
            “Sehat, Alhamdulillah. Kamu pula apa khabar?”
            “Sehat, Aunty.” Jawab Dato’ Darwisy tenang.
            “Ibu, nanti balik kita borak panjang bu. Rasanya family Am dah tunggu dekat sana.” Ujar Farah yang faham akan lirikan mata lelaki itu.
            “Ibu lupa awak nak ke sana. It’s okay. Awak jangan nervous tau. Banyakkan berzikir baru hilang nervous tu. Am jaga anak ibu elok-elok tau.” Pesan Puan Raihana lembut. Farah mengangguk lalu menyalami tangan ibunya.
            “Kami pergi dulu, Aunty.” Ujar Dato’ Darwisy kemudian dia menyalami sekali lagi tangan wanita itu.
            “Kirim salam dengan parents kamu, Am.” Ujar Puan Raihana.      
            “InshaAllah Aunty.” Balas Dato’ Darwisy lembut. Mereka sama-sama melangkah menuju ke kereta.
KESEMUA adik beradik Dato’ Darwisy telah pun berkumpul di villa petang Jumaat itu. Wajah Puan Sri Khatijah sedikit pun tidak berhias dengan secalit senyuman. Kay lah orang yang paling teruja untuk menyambut kedatangan pilihan hati abangnya. Hampir segala persiapan memasak didapur dibantunya.
            Sengaja dia duduk menunggu abangnya di gazebo yang terletak ditengah-tengah laman villa kerana tidak mahu mendengar leteran mami yang tiada penghujung itu. Hatinya melonjak gembira apabila melihat keretanya yang dipandu abangnya sudah masuk ke perkarangan villa.
            Farah bungkam melihat bangunan tersergam indah dihadapannya. Tidak jemu matanya memandang kehijauan laman villa milik keluarga Dato’ Darwisy. Matanya memandang seseorang yang sedang berdiri diluar kereta.
            “That is my little sister, Kay.” Bagaikan mengerti, Dato’ Darwisy memperkenalkan gadis berbaju kurung dan bertocang satu itu kepada Farah.
            “Jom, sayang. I guess semua orang dah tunggu kita.” Ujar Dato’ Darwisy lembut. Pintu kereta dibuka serentak. Beberapa kali dia berzikir didalam hati untuk mengusir perasaan gementar itu.
            “Abang!.” Sapa Kay gembira. Bahu abangnya dipeluk.
            “Mari, abang kenalkan bakal kakak ipar Kay.” Dato’ Darwisy menghampiri Farah yang kaku berdiri dihadapan mereka.
            “Kay, inilah bakal isteri abang. Namanya Farah.” Dato’ Darwisy memperkenalkan Farah pada adik bongsunya itu. Kay membalas senyuman Farah lalu tangan gadis itu digenggam kemas.
            “I’m happy for both of you.” Ucap Kay mesra. Dato’ Darwisy tersenyum mendengar kata-kata adiknya itu.
            “Come, kita masuk dalam.” Ajak Dato’ Darwisy. Farah mengangguk. Kay memandang Farah penuh makna. Seperti cuba memberitahu sesuatu. Farah menundukkan wajahnya. Bagaikan mengerti makna pandangan itu. Dia cuba mencari kekuatan untuk berdepan dengan ahli keluarga Dato’ Darwisy.
            Mujurlah Kay memahami gelisah dijiwanya itu. Mereka melangkah beriringan menuju ke pintu utama. Kay memegang lengan Farah supaya dapat memberi kekuatan kepada gadis itu untuk berdepan dengan maminya.
“Assalamualaikum.” Dato’ Darwisy memberi salam sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam villa. Tidak lama kemudian kedengaran beberapa orang menjawab salam. Farah cuba berlagak tenang.  




p/s: Komeng pelisssss.
             

4 comments:

  1. Fuhh... Can't wait to see what Am's mother will say about Farah. Nak lagi! Hehe

    ReplyDelete
  2. Fiuuu.. ! Beta merasakan debaran hati farah. Tegang siooot. Huhuhu update faster eh kak.. Hihi ;)

    ReplyDelete

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...