23 October 2012

Be Mine, My Maid? Episode 5


Episode 5

SUDAH hampir seminggu Tengku Hafiz dan isterinya berada di Malaysia.  NurAlia dan Bibik Biah sangat menyenangi dengan keramahan menantu Engku Maryam itu.  Tengku Hafiz kini sudah pun bekerja di syarikat milik keluarganya bersama adiknya, Tengku Haris.  Manakala Syarifah Amira pula kini lebih selesa berehat dirumah sebelum menyibukkan diri untuk menyelasaikan urusan pembukaan butik pakaiannya di ibukota itu.

NurAlia mengusap perlahan rantai pemberian Arwah mamanya yang sentiasa menemaninya itu.  Setiap kali dia memerlukan seseorang pasti rantai itu akan diusapnya dan seperti ada kuasa ajaib, dia pasti akan merasa tenang dan kuat untuk menghadapi dunianya yang nyata itu.  Hanya itu harta yang dia ada sejak dia di halau oleh Tan Sri Azman beberapa bulan yang lalu. Tan Sri Azman, lelaki yang pernah mesra dengan panggilan PAPA dan seorang yang penyayang dimatanya. Lelaki itu jugalah memberinya untuk merasai kasih sayang seorang ayah namun setelah kematian Mamanya, segalanya telah berubah secara drastik. Dia dihalau tanpa belas oleh lelaki itu dan segala kesenangan yang pernah dikecapinya ditarik sekelip mata.  Namun dia bersyukur kerana dipertemukan dengan Tuan Karim yang sanggup membantunya.  Dia sedar dia tidak punya ahli keluarga lain untuk dijadikan tempat mengadu atau bergantung nasib.

Sejak kejadian tempoh hari, NurAlia tidak lagi memaniskan wajahnya untuk tatapan lelaki itu dan dia tidak lagi meramahkan mulutnya untuk berbicara dengan lelaki itu seperti sebelumnya. Dirinya terasa begitu kerdil dan seolah-olah tidak ada nilai dimata lelaki itu.  NurAlia memandang Bibik Biah yang sedang asyik menonton televisyen di dalam biliknya itu. Wanita itu langsung tidak sedar dirinya sedang diperhatikan olehnya. NurAlia tersenyum. Jam di dinding dipandangnya sekilas. 'Eh, dah pukul 4:25 petang. Apa aku nak sediakan untuk minum petang nanti ye?' Matanya melilau sekeliling ruang dapur supaya dapat memberinya idea untuk menyediakan minum petang. Matanya terpandangkan buah pisang yang diletakkan didalam bakul itu. Satu senyuman terukir dibibirnya. Sepantas kilat dia mula mengatur langkah untuk menyediakan banana pancake yang digemarinya. Dek kerana dia sudah beberapa kali menyediakan banana pancake sebelum peninggalan Arwah Mamanya, dia tidak lagi kelihatan kekok dan teragak-agak untuk menyediakannya.

*****
"Ris, macammana malam ni? Jangan tak jadi pulak. Kesian si Sara tunggu kau nanti."
Tengku Haris membimbit briefcasenya sambil berbual dengan rakannya, Syed Adam yang sedang ditalian. Kakinya menapak perlahan kedalam banglo.
"Mana boleh tak jadi, bukan senang nak dapat chance dinner dengan si Sara tu.  Kau pun tahu kan, dia tu macammana. Dahlah, apa-apa hal nanti aku call kau. Bye." Sengaja dia mematikan talian tanpa mendengar bebelan si Syed Adam. Matanya memerhati sekeliling ruang banglo itu.

Ada sesuatu kelainan yang dapat dirasai ketika itu. Dipandang briefcase yang masih dalam pegangannya itu. Kini NurAlia sudah jarang sekali muncul didepannya kini. Tidak seperti sebelum ini, gadis itu pasti akan muncul didepannya tatkala ketika dia baru pulang dari pejabat. Pelbagai soalan yang merimaskannya akan dituju kepadanya. namun kini, dia perasan akan perubahan itu. Apa aku kisah? dia ada ke tak ada ke, lantaklah. desisnya didalam hati. Kaki terus melangkah menujuk ke biliknya ditingkat atas.

NurAlia yang baru sahaja muncul dari dapur kering itu sedikit terkejut apabila menyedari kehadiran Tengku Haris di ruang itu. Dia memandang lelaki itu sekilas lalu terus mengatur langkah menuju ke beranda bersama dengan dulang yang berisi minuman petang dan sepinggan kuih banana pancake yang disedia olehnya.  Tengku Haris menjeling dulang yang ditatang oleh NurAlia. Hatinya teruja untuk merasakan kuih yang dibawa oleh NurAlia sebentar tadi. Lantas dia berlari anak mendaki anak tangga menuju ke kamarnya.

Jam 5:45petang Tengku Haris menuruni tangga dan terus menuju ke beranda banglo.  Kelihatan abang dan kakak iparnya sedang menikmati minum petang sambil berborak. Derapnya diatur perlahan untuk menyertai mereka.

"Awal kau balik hari ni Ris?" Tengku Hafiz memandang adiknya yang baru sahaja melabuhkan punggung bertentangan dengannya itu. Tengku Haris membalas pandangan abangnya itu lalu beralih memandang kakak iparnya yang sedang menuang air teh untuknya.
"Ris tak balik pejabat lepas lunch tadi.  Lepas jumpa client dekat Bangsar tadi, Ris terus balik rumah. Penat sangat harini." Ujarnya sambil ingin menyuap banana pancake yang menjadi idamannya sejak pulang tadi. Dia memandang kakak iparnya tidak berkelip apabila mengunyah banana pancake kedalam mulutnya.

Tengku Hafiz memandang reaksi wajah adiknya itu. Apesal pulak dengan adik aku ni? Pandang bini aku macam nak telan. Desisnya.
"Kenapa Ris? Tak sedap ke? I makan okay je kan Bang?"
 "Sedap! Siapa yang buat ni?" Soal Tengku Haris.
"Bibik Biah kot. I suka texture dia. sangat lembut kan Ris?"
Tengku Haris mengangguk.  Sedar tak sedar sudah 5biji dia makan kuih petang itu. Syarifah Amira dan Tengku Hafiz hanya ketawa melihat selera adiknya itu. 
"Ris ni sayang, tak pernah suka makan kuih-kuih macam ni tau.  Nilah first time abang tengok dia suka makan kuih macam ni.  Tapi kalau cocktail, tak payah panggil dia pun takpe. Nanti kita yang tak sempat nak makan." Tengku Hafiz menahan tawanya melihat reaksi adiknya itu.
"Eh... Ris dah lama tau suka makan kuih-kuih macam ni. Lagi-lagi kuih melayu ni. Abang je yang tak tahu." Tengku Haris menghirup air teh yang masih lagi panas itu. Matanya melilau sekeliling halaman rumah. Bunyi deruan air dari kolam ikan buatan mendamaikan suasana. Engku Maryam memang seorang yang suka akan kehijauan dan sesuatu yang bersifat semulajadi. Seluruh landskap halaman rumah itu datangnya daripada idea Engku Maryam sendiri.

Tepat jam 8:00 malam Tengku Haris sudah memandu keluar dari banglo untuk menjemput Sara Amani yang sedang menantinya dikediaman gadis itu. Hatinya begitu teruja untuk menemui gadis itu walaupun pertemuan malam itu adalah pertemuan kali kedua mereka.  Kereta mewah milik Tengku Haris berhenti didepan banglo 2 tingkat yang masih lagi terang bercahaya itu. Pintu kereta ditolak perlahan. Dia berdiri menghadap banglo milik gadis itu. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman cukup untuk menggambarkan perasaannya ketika itu.

Menyingkap kembali pertemuan pertama antara dia dan Sara Amani beberapa hari yang lalu, Tengku Haris menggeleng kepalanya.  Syed Adamlah yang bertanggungjawab memperkenalkan gadis itu kepadanya. Mereka bertemu di satu majlis makan malam anjuran syarikat keluarga temannya itu. Sara Amani adalah seorang model dan pelakon tanahair yang sedang meningkat naik. Dia sendiri tidak menyangka ketika dia diperkenalkan oleh temannya, gadis itu seolah-olah menunjukkan minat kepadanya. Hatinya pula bagaikan sudah terpaut pada kecantikan yang dimiliki gadis itu.

"Hai, jauh you mengelamun Tengku Haris? You dah sampai mana dah?" Sara Amani mencuit lengan lelaki didepannya itu. Tengku Haris memandang wajah manis yang sedang menguntum senyuman kepadanya itu. "I dah sampai Paris dah. Kapal terbang I baru je nak landing tadi." Tengku Haris membalas gurauan gadis didepannya itu.
"Macam-macam lah you ni Ris. Jomlah. I dah lapar ni."
Tengku Haris senyum lalu mencubit pipi gebu Sara yang merengek seperti budak kecil itu. Pintu kereta dibukakan untuk gadis itu. Beberapa minit kemudian, kereta Tengku Haris meluncur laju meredah kesunyian malam.

Pertemuan demi pertemuan diselangi pula dengan hubungan mereka yang semakin rapat hari demi hari.  Kini sudah hampir 4 bulan mereka rapat dan hubungan mereka itu bukan lagi satu rahsia kerana awal-awal lagi pihak media sudah dapat menghidu tentang status hubungan yang baru terjalin itu.

Setiap hari Tengku Haris pasti akan mencuri waktu untuk bertemu sang kekasih hatinya walaupun hanya untuk waktu yang singkat. Kalau sebelum ini dia lebih banyak menghabiskan masanya berada dirumah, namun sejak mempunyai kekasih hati, dia lebih banyak menghabiskan masanya diluar berbanding sebelumnya. 2 tahun dia menutup pintu hatinya untuk perempuan, dek kerana kecewa dengan seorang wanita yang cukup dikasihinya. 5tahun memadu kasih, hubungan mereka terputus begitu sahaja apabila wanita itu memilih untuk membina kerjayanya di Australia.
Sejak itu dia tidak lagi dilihat bersama mana-mana perempuan. Walaupun pernah satu ketika dia akui, dia pernah terpikat dek kerana wajah polos milik NurAlia. Namun, oleh kerana gadis itu bekerja sebagai pembantu dirumahnya, dia menidakkan benih cinta yang baru sahaja bercambah untuk gadis itu. Dia bersyukur kerana telah dipertemukan dengan seorang perempuan yang telah lama diidamkannya. 

Ketukan bertalu-talu dari luar pintu mengejutkan dia dari lamunan. Suara Bonda yang sedang menjerit memanggil namanya membuatkan dia melompat dari katilnya. Lantas pintu bilik dibuka. Wajah masam Engku Maryam dipandangnya tidak berkelip.
"Bonda..." Daun pintu ditolak kasar oleh Engku Maryam. Tengku Haris menelan liur. Pasti ada something ni. Desisnya dalam hati. Dia menapak merapati Bondanya yang sedang duduk sofa biliknya.
Engku Maryam melempar akhbar ditangannya tepat mengenai kaki anaknya itu.
"Tolong jelaskan apa hubungan Ris dengan perempuan dalam gambar tu." Ujar Engku Maryam tegas. Tengku Haris mengambil suratkhabar yang dilempar oleh Bondanya sebentar tadi. Gambar dia dan Sara Amani menghiasi muka depan akhbar itu. Senyuman terukir dibibirnya.
"Bonda... sepatutnya Bonda bangga dengan anak Bonda ni. Lagipun, bukan ini ke yang Bonda tunggu selama ni?" Tengku Haris memberanikan diri untuk bersuara. Dia duduk di sebelah Bondanya yang sedang memandangnya.
"Ris, Bonda suruh Ris cari isteri. Bukan perempuan yang entah apa-apa ni."
"Bonda, Sara ni baik. Dia bukan macam perempuan yang pernah Ris kenal sebelum ni. She's very different Bonda. Lagipun, Ris dah decide untuk melamar dia jadi isteri Ris."
Mendengar kata-kata Tengku Haris, Engku Maryam terus berdiri.
"Bonda tak akan setuju kalau dia jadi isteri Ris. Kalau Ris nak kahwin juga dengan dia, Bonda akan pastikan Ris tak akan dapat walau satu sen pun harta keluarga kita." Tegas sekali kata-kata Engku Maryam.  Tengku Haris terkedu apabila kata-kata Bondanya menyapa telinga.
"Bonda please... Jangan buat Ris macam ni." Rayu Tengku Haris sambil memegang lengan Bondanya.  Engku Maryam memandang anaknya sekilas.
"Bonda bagi Ris masa selama 1 bulan untuk carikan calon isteri.  Kalau dalam tempoh itu Ris gagal, Bonda nak kamu terima calon yang dah Bonda carikan untuk Ris. Without any words." Sebaik sahaja Engku Maryam menyudahkan kata-katanya, lantas dia meninggalkan anaknya yang terperanjat mendengar kata-kata Bondanya itu.

2 comments:

  1. Suka sgt baca e novel ni.. takde sambungan dia ek?

    Tulisan yang santai..

    ReplyDelete
  2. best... bila nak sambung lagi..
    apa yang akan jadi pada weeding tenku dan lia...
    tak sabar nk tungu

    ReplyDelete

BUNGA CINTA HATI EPISOD 20

Episod 20 K ATA-KATA Ammar petang tadi sedikit sebanyak mempengaruhi Dato’ Darwisy.   Berulang kali otaknya mengulangi ka...